[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, October 18, 2009

Salam. Maybe ini adalah post terakhir aku sepanjang aku duduk kat rumah minggu ini. As usual, buke sekolah nie kenalah struggle 4 SPM kan..?? Kurang lagi sebulan lagi. Cuak jugak lah kot2 tak leh nak catch up semua tapi Insyallah aku akan try yang da best supaya dapat banggakan semua orang di sekeliling aku especially mak bapak aku lah kan? sapa lagi..boyfren mana da lagi..haha..

Buke sekolah ini aku da 4 jamuan yang perlu aku hadiri. 4 jamuan..??!! Haha. Yup! Dan kesemuanya jamuan2 2 saling dekat2 sahaja maknanya tiap2 malam lah aku akan berdangdut dan berdisko. Haha. Mana adalah. Gurau jer. Maybe 4 malam2 2 aku akan tidur dalam keadaan perut yang mengenyangkan. Walaupun jamuan2 2 just diadakan di dewan sekolah je [huh!] tapi aku rasa itu adalah lebih bermakna dari terpaksa menghadiri jamuan2 di luar sekolah. 4 jamuan itu adalah Jamuan Badar [tak tahu nak pakai baju apa, baju kurung?] Jamuan Rumah [digalakkan pakai seluar sebab malam 2 da game untuk kitorang. Tema warna merah hitam putih] Aspuri Nite [tak sabar2 nak tggu jamuan ini sebab tema die adalah masqurade, alah yang pakai topeng2 2] dan akhir sekali Jamuan Malam Perdana [jamuan penutup lah kiranya. Semua cikgu akan datang dan kite akan tahu rumah mana yang akan menang]

So aku rasa 2 je lah perkembangan pasal diri aku. Oh ya! Lepas nie aku akan jarang2 je lah update blog ye sebab dah duduk kat asrama dan terpaksa pulak mengaktifkan diri ini dengan belajar belajar dan belajar. Tak pe. Demi SPM aku sangggup! Haha. Kalau da internet kat sekolah pown aku tak boleh nak update jugak sebab lambat.

Ok lah kawan2. Saya pergi dulu k. Doakan kejayaan saya dalam SPM supaya masa akan datang 6t saya akan lampirkan slip keputusan exam saya. Hehe. Insyaallah. 9A+..!! Ko tunggulah aku kejap nanti. Aku akan dapatkan ko dan akan aku kurung ko dalam almari aku supaya ko tak kan pergi mana2. Haha.

Toddles!




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, October 17, 2009

3 Dalam 1

Salam. Kali ini nak cerita benda lain pulak. Maybe ada banyak gambar so kalau tak suke,
sila klik petak X kat atas sebelah kanan 2. Haha.
Ok. Sehari sebelum kitorang semua pergi ke Kem Rehat Minda di Sekayu 2, sekolah kitorang da organize 3 majlis dalam 1 iaitu Majlis Perpisahan Ustaz Awang, Jamuan Hari Raya & Penggambaran Mentor Mentee. Aku cerita satu2 ok.

Ustaz Awang, PK HEM kitorang dah naik pangkat jd Pengetua di Sek Agama kat Dungun. Nth pe nth nama skul 2. Tak mau taw sebab sakit ati. Sakit ati sebab student kat skul agama 2 dapat Ustaz Awang sedangkan kitorang kena lepaskan Ustaz Awang pergi. Oh tidak..!!

budak Form4 buat persembahan. Haha. Memang kelakar giler ar. Mendapat tepukan gemuruh dari semua orang. Diorang buat macam musical lakonan lah jugak. Haha.

Salah satu babak masa lakonan diorang 2. Yang depan 2 lelaki taw tapi berlagak jd mak kepada budak yang pakai baju batik 2. Haih, masa diorang berlakon babak nie, lagu 'Ku Pohon Restu Ayah Bonda' by Mamat berkumandang.

Kita buli sama PKP Sester..!! Haha. Yang kat tengah 2 lah PKP kitorang bagi tahun nie. Die 2 boleh tahan nakal jugak lah. Haha. My classmate last year. Lupa nak bagitaw, nama dia Cik Nurhanani Suhaimi, budak Kota Bharu

Masa nak keluar dari aspuri baru perasan kitorang punya baju sama. Haha. Semua orang gelak tapi aku rileks jer. Actually warna je yang sama, bukannya jubah 2 yang sama. Paham?

Teng..!! Ni lah mentor mentee ku. Mentor mentee ini ibarat macam keluarga angkat kita lah. Yelah kan, jauh dari family masing2 so dengan ada mentor mentee ni at least terubat jugak lah rindu kat family 2. But honestly aku tak rapat sangat pown dengan mentee2 aku nie. Haha. Just cakap benda2 yang penting2 jer. Kalau nak lepak sama2 dengan diorang 2, rasanya terima kasih je lah ye. Haha. *saya taw saya sangat kejal dan tidak mengenang budi. Jangan kisah pasal saya! Fullstop!

Biasalah pompuan. Kalau tak da kerja nak buat bercakap bercakap dan bercakap. Masa nie kitorang tengah bercakap pasal kawan kitorang [budak lelaki nama tutt aka classmate aku] Masa jamuan ini dan masa pergi Sekayu dia tak join sekali sebab die balik rumah. Actually ada something happen kat dier. Org tuduh die buat something yang die tak buat. Kesian kat die sebab aku kenal die dari tahun lepas lagi. Dia ni seorang yang baik dan aku percaya die tak kan buat 'benda' tu. Benda apa? Hanya budak2 sekolah aku je yang tahu rahsia ini. Harap maaf! Saya tak nak malukan kawan saya 2.

Entah camana entah. Hari 2 warna ungu memang popular betol! Pandang sana, warna purple. Pandang sini warna ungu. Termasuklah cikgu aku yang kat tengah2 2 hah. Nama die Cikgu Fauzi, cikgu BM aka Cikgu Koko kitorang. Cikgu Fauzi ni pown sporting giler taw.

Ustaw Awang Dahan bin Jusoh. Kami budak2 Sester memang sayang sangat kat ustaz nie. Sebab die sangat2 lah baik, memahami jiwa remaja kami, sangat sporting, kelakar dan sangat2 cute! Die lah juga pembekal kad fon kat sekolah. Tanpa die, kami semua tak dapat nak call mak bapak kitorang. Tapi nak buat macam mana, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ustaz, kami kat Sester akan doakan ustaz di tempat baru. Kehadiran ustaz kami alu-alukan sentiasa. Kalau boleh Malam Perdana nanti ustaz datang boleh tak? Kami dah mula rindu dengan muka ustaz. Boleh ya ustaz?
Mood : Ustaz Awang?


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, October 16, 2009

Owl Game

Salam. Sekarang ini saya tengah free dan rasa2nya mau update blog. Haha. Aku tunai janji taw. Kali ini aku akan sambung balik cerita pasal permainan burung hantu yang tertangguh sebelum ini. Hehe.
Lepas dapat tahu yang malam 2 kitorang akan main burung hantu dengan budak2 Form4, aku cuak gak ar. Aku duduk atas meja kat astaka sekolah 2 and pikir2 balik. Dah lah masa 2 malam Jumaat, kebetulan aku tengah cuti-cuti malaysia masa 2. Takut gak ar. Takut 'benda' 2 ikut balik ker. Aku nyaris2 dah nak cakap dengan Peyra nak out dari game ni tapi bile pikir usik mengusik menjadi hobi aku dan dengan muka2 kawan aku yang memang tak sabar2 + keseronokan tak hingat dunia, so aku pown decide, aku on je. Sebelum 2 aku da gak baca2 sikit. Yelah, untuk perlindungan diri.
Lepas 2 Naib Pengerusi Kelab Kembara, Cik Balqis Hanani kite agih2 kan tempat dan budak2 yang nak kena sorok. Aku dapat budak sebelah bilik aku. Haha. Aku redha je. Tapi yang tak bestnya, aku kena bawak budak 2 area parking bas. Kat situ kan kan kan, tempat 2 sangat2lah keras. Sebab ada banyak batu! Haha
So sesi kacau mengacau pown bermula. Mula2 bawak budak 2 pergi berjalan2 sambil tutup mata dia. At first, aku jadi bingung and buntu jugak ar. Tak tahu nak buat apa. So aku serahkan pada Peyra je untuk membawa budak 2.
Hish, nak sorok kat manalah budak nie..
Nak cari tempat yang gelap punyer lah susah sebab kat area parking bas 2 dah tak da pokok2 yang besar2 2 sebab dah kena tebang untuk buat bangunan makmal yang baru. So terpaksalah berpusing2 di area 2 sambil cari2 tempat yang sesuai.

Lepas hampir satu jam jugak ar, akhirnya Peyra letak die kat dalam tandas Bangla yang buat bangunan makmal 2. Tandas 2 aku tgk tak adalah kotor sangat pown. Lepas buka mata budak 2, Peyra dan aku mula cari2 tempat untuk kitorang sorok. Motif game ini ialah letak mangsa kita kat tempat gelap, tinggalkan die sorang2, kite pown kena sorok jugak asalkan kite nampak mangsa kite 2 tapi mangsa kite tak nampak kite dan masa 2 lah bermulanya sessi usik mengusik.

Lama juga lah nak kacau budak ini. Aku baling batu, menjerit lah. Macam2. Peyra lak asyik duk gelak jer. Dah lama 2 skali aku tgk da 2 orang budak laki. Fendi dan Luke dengan selendang yang dorang amik dari mana ntah. Dorang nak dtg kat aku dan Peyra tapi aku bg bahasa isyarat jgn dtg, takot budak 2 nampak. Dorang paham then dorang ikut jln belakang. Masa nilah aku nampak Luke pakai selendang putih 2 dan ikat jadi macam hantu pocong. Seram gak ar masa 2.
Kacau kacau dan kacau. Aku dengar gak budak 2 menjerit tapi sekali dua jer. Dalam dekat2 pukul 1 lebh, barulah Balqis and the geng mari menyelamat budak 2 dan bawak budak 2 ke astaka balik.

On da way nak balik, Luke cerita yang die da kacau sorang budak nie kat dalam bilik stor belakang dewan 2. Bilik 2 sangat kecik dan jarang2 je dibuka. Masa die kacau budak 2, die just ketuk2 je pintu bilik stor 2. Aku ulang, Luke just ketuk2 je pintu bilik stor 2. Tapi tetiba je budak 2 cakap "..jangan sentuh aku boleh tak?.." pe kes?? Luke tak caya, die kacau budak lagi lagi dan lagi dan budak 2 asyik ulang ayat yang sama dan sebut "..janganlah garu.." apahal nie? Luke yang nak kacau budak 2 pon jadi takut and terus panggil Balqis, suruh bawak budak 2 keluar dari bilik 2.
2 cerita lain. Kat surau pulak lain kes nye. Salah seorang budak yang kena nie pandai mengaji. Luke ni pulak [Luke lagi? nasib ko lah Luke nak kena malam 2] pergilan main peranan dier. Masa die dah nak dekat2 pergi kacau budak 2, dier terdengar da orang pompuan mengaji. Sayup2 je suara budak 2. Luke ni mula lah pikir yang bukan. Ditambah lagi surau kitorang 2 terletak kat area kaki Bukit Besar. Haih, die pown pe lagi, terus patah balik pergi ke tempat lain. Actually Luke tak taw yang budak 2 pandai mengaji. Haha
Cerita yang aku dengar pulak dari budak Form4 yang kena. Masa die kena sorok dalam tandas kat surau [tandas 2 jarang2 je guna taw] die da tengok pintu tandas 2 terbuka. Masa 2 lah die nampak da satu lembaga putih dengan rambut yang agak panjang jugaklah, mencecah bahu katanya, lalu kat situ then tiba2 ke pintu tertutup. Budak ini wat rileks je lah sebab die tahu yang kitorang yang kacau. So aku pon tanyalah kawan2 aku yang usik budak ni. Tapi yang menghairankan lah, tak da sape pown dalam kalangan diorang yang buat macam budak 2 nampak. Hah sudah! Then sape die yang budak 2 nampak? Mampos ar ko.
Balik je kat astaka, aku tengok dah ramai dah kawan2 aku dengan budak2 Form4 yang kena sorok dah ada. Masa 2 aku just duk atas kerusi je. Ntah camana kawan aku menjerit "..weh Rosmaria tertinggal!!.." apa lagi berlarilah kawan2 aku yang bertugas untuk menyorokkan die pergi kat tempat dier kena sorok. Rosmaria 2 tertinggal sebab kawan2 aku pergi kacau budak2 yang lain lepas sorok dier. Syok2 kacau budak2 yang lain, budak dorang sendiri yang tertinggal. Haih, nasib2x..

Balik je bilik, aku tengok Peyra Wawa Anis & Ain tengah duk berbual2. Aku pown joinlah sekali. Cerita balik apa yang terjadi malam 2. Lepas 2 aku terus mandi, membersihkan diri dari kotoran2. Sebelum tdo 2 aku da baca2 sikit. Yelah, untuk perlindungan diri jugaklah.

Aku bukan apa. Masa kat sekolah lama dulu, masa Minggu Orientasi Form1 yang duduk kat asrama, dorang da main gak game nie. Akibatnya, sehari lepas game 2, kawan2 aku dan senior2 aku yang lain kena kacau. Teruk jugaklah. Haih, seram gak ar. Masa 2 aku Form2. Lepas kejadian 2 aku decide untuk keluar dari asrama 2. Huhu. Masa 2 kecik lagi lah! Haha
Alhamdulillah. Sejak dari hari kitorang main burung hantu 2 sampai sekarang, tak ada pape yang berlaku. Nasib baik kan? Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa.

Muka2 budak2 yang suke sangat mengusik orang. Haha. My friends


Cik Balqis Hanani kite [yang kecik molek dan pakai tudung putih] berucap..

"..saya mengucapkan trima kasih kpd kwan2 kerna menolong kami dan rancangan ini berjaya dengan cemerlang nya.. bla bla bla.."

Cik Aishah kite [yang kat tengah 2] dialah yang tertinggal Rosmaria 2. haha. My deskmate taw!

Pen off..!!





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Rehat Minda di Sekayu

Salam. As usual, all Form5 student akan pergi Kem Rehat Minda dimana2 tempat yg best. Tahun ini kitorang kan kan kan [psst Batch IX Sester lah] pergi ke Hutan Lipur Sekayu. Memang best lah dapat main air terjun. Haha. Seronok betol dapat pegang katak hijau. Haha
Bertolak pada pukul 9 pagi, Hari Khamis. Actually hari Khamis 2 kan sume student & teacher sibuk. Kebetulan masa Form5 buzy dengan nak naik bas pergi Sekayu, Form4 pulak da camp KRS kat padang sekolah. Helo! walaupun kat padang sekolah je tapi pengalaman 2 amat amatlah mengasyikkan dan tak kan dilupakan sampai bila2. Cerita lanjut pasal camp budak Form4? Klik sini [sini] *my junior punyer blog
Ok. Sambung cerita pasal Sekayu pulak. Ayahanda [our principal] tempah 3 bas eksklusif khas untuk kitorang. Yang syoknya, semua bas2 itu dikuasai oleh aspuri. Budak2 aspura naik bas sekolah je. Haha. 2 lah..sape suruh naik bas awal sangat kan? Sir Aimin naik skali dengan kitorang. Yang bestnya pulak pak cik drebar bas 2 amat2lah sporting gile habis lah! Dia keluarkan microphone and ajak kitorang karoke skali. Haha. Apa lagi, masing2 mula menyumbangkan suara walaupun tak sedap mana pown. Pape pown, Sir Aimin, you are born to be a singer, not a teacher. Haha.

Yang kat belakang skali 2 ready nak lompat tapi tak lompat2 pown! Haha

Tengah tunggu bas. Lambat betol! Mana tak lambat, bas datang pukul 9, pukul 7.05 kitorang dah terpacak kat sekolah

Sir Aimin. Suara you memang best..!! No one [in Sester ok] can challenge you sir..Haha

Kamilah budak2 yang paling last sampai kat rumah tumpangan 2. Haha

Budak2 Form5 yang nak amik SPM 09

Tengok! Semua orang pakai baju hitam. Hehe. Semuanya da sebab2 tertentu taw. Haha

Hehe. Mula2 celup kaki dalam air dulu. Cek suhu air berapa. Tapi nak bagitaw, memang sejuk giler air 2. Hehe.

Akhirnya basah juga aku. Memang best. Rasa nak cabut je tudung 2 dan menyelam tapi tak boleh doh. Tak pe. Tak kisah pown!

Membakar ikan. Lepas 2 semuanya pergi mandi. Lepas mandi bakar ayam pulak. Makan dengan nasi gorang. Memang masyuk betol!


Bersiap2 untuk balik. Masa ni nak pergi ke bas. Masa ini jugaklah da jejaka2 muka macam @&#*!? kacau kitorang. Bak kata Shah, "..muka bunuh.." Haha

Lawa kan baju outing kitorang? warna pink lagi. Haha

Its the time for say goodbye 2 Sekayu.

Bertolak balik ke Sester dalam pukul 3 ptg. Dalam bas masing2 syok tdo. Dah lah bas selesa giler + air cond yang memang sejuk. Memang asyik betol tdo. Sampai Sester dalam pukul 4. Masuk bilik, sambung tdo. Haha. Walaupun tak bermalam kat sana, tapi part main2 air 2 betol2 seronok.

Malam 2 pulak, da perjumpaan. New teacher, new rules! Ketiadaan Ustaz Awang telah digantikan dengan Cikgu Rozazat. *entry pasal Majlis Perpisahan Ustaz Awang akan diupdate kemudian. Then masa perjumpaan 2 Nani [our beloved pkp?] bagitaw yang Kelab Kembara kekurangan ahli untuk tolong diorang uruskan program untuk Form4 yang tengah duk camping 2. Diorang perlukan sukarelawan. So aku pown decide nak join jugak lah. Nasib baik Peyra pown nak jugak. So kitorang pergilah.

Rupa2 nya nak main burung hantu. Alah, main sorok2 budak then kacau2 dier.

Seronok jugaklah..

Opss..!! Aku rasa aku kena stop dulu okie. Haha. Aku rasa setakat ni jelah citer aku kali ni. Nanti aku update lagi ok. Yang pasti cerita psal permainan burung hantu nie agak menyeramkan jugak lah sebab da something happen yg di luar jangkaan kitorang. Hehe. Nak taw? Nantilah yer..hehe..




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Oh saya sudah graduate..!!

Salam. Maaf kerana lambat tak mengupload blog ini. Semuanya gara2 sejak ketiadaan Ustaz Awang dan tempatnye telah digantikan dengan Cikgu Rozazat yang pemerintahannya boleh diibaratkan sebagai agak mengongkong..!!Apa2 pown saya akan memanfaatkan masa yang ada di rumah ini untuk mengupdate blog ini dan mengupload kan pixx2 yang korang maybe nak tengok. Haha
Kite mulakan dengan Majlis Graduasi SM Sains Kuala Terengganu kali ke-9. Memang best lah. SPM tak habis lagi dah sibuk2 nak grad. Haha. Tak patut betol.

*gambar tuan punye blog. apa2 pown tetap menjadi keutamaan. Haha

Sedang bersiap-siap. Cermin surau menjadi tempat persinggahan kami.

mereka adalah Budak2 Aspuri Sester Batch IX 08/09

saya dan kawan2..sebelum memasuki dewan..fuh..rilex je masing2..haha..
panas2x..dah lah jubah 2 besar nak mampos..macam jubah Harry Potter..haha..

sayang sama mama..!muahx..
*ayah n adik tak datang..ayah di Sabah, adik di Dungun..huhu

Ain Maisarah. Mungkin kah kami pemegang Anugerah Roomate Sejati..??haha..

Masa terima sijil2 2. Cikgu suruh cakap "..terima kasih tuan.."

untuk kenangan pada masa hadapan..
I will remember this moment for the rest of my life..


teman seperjuangan..batch IX..batch yang paling banyak masalah..haha..

aku rasa melalui gambar2 yang aku uploadkan ini pown korang dah taw kan camana suasana masa aku grad semalam..?? memang seronok giler. Rasa macam kat universiti dah. Haha. Siap pakai jubah lagi. Cuma yang tak bestnyer tak ada topi. Kalau tak boleh ar kitorang baling topi 2. Budak2 laki pulak pakat baling songkok.

Apa2 pown, majlis graduasi di sekolah aku ini merupakan salah satu majlis yang paling penting dan berprestij selain dari Majlis Jamuan Perdana. Hah, jamuan itu akan diadakan pada 23hb nie. Alamatnya terlepaslah Nur Kasih. Huhu.

Majlis Graduasi juga sentiasa dinanti2kan oleh semua budak2 Form5 sebab lepas grad kitorang dah boleh bawa hp pergi asrama. Tapi aku tengok sebelum grad lagi dah ada dah pown yang bawak secara haram.

Sekarang aku tgh musykil sama ada aku nak bawak hp atau pown tak..hmm.. ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, October 01, 2009

latest about me

Salam. Saya masih berada di sekolah lagi. Maknanye sekarang nie tengah guna CC sekolah lah..hehe..
SPM pown makin dekat. So cikgu2 semua telah membuat satu jadual bagi menggantikan jadual kelas yg lama iaitu Kelas Anjal SPM [lebih kurang macam 2 ar..] Bayangkan belajar satu2 subjek 2 lebih dari satu jam. Oklah, anggap macam ini ok. 1 masa dikira 40 minit untuk setiap subjek yang diperuntukkan. Semua kelas Form 5 macam 2 dan kelas aku pown tak terkecuali jugak. Add Math 6 masa dalam seminggu. Yang lain2 aku tak kira lagi. Tapi untuk satu hari 2 for semua subjek semuanya dalam lebih 2 masa. Bio 3 masa, Fiz 3 masa, Chem 3 masa, BI 3 masa, BM 3 masa *bla bla bla.. ~
Memang ar tahap kesabaran 2 macam tak boleh ditahan2 lagi tapi bila fikir2 SPM pada 18 November nie, semuanya sanggup diharungi.
Hari ni [Khamis, 1 Oct 09 bersamaan bufday my mum] semua budak2 Form 5 pergi Kem Rehat Minda di Hutan Lipur Sekayu. Memang best giler pergi sana. Dapat jugaklah mengendurkan urat2 otak yang dah semakin tegang nie. Hehe. Lepas 2 bakar ayam & ikan, makan ramai2, mandi manda di air terjun, amik gambar puas2 hati. Opss..pasal gambar 2 nanti aku tunjuk kat korang semua tapi lambat sikit ar. Tunggu ar nanti bila aku balik rumah ok. Hehe.
Semalam [Rabu, 30 Sept 09] seharian tak belajar tapi semua orang kat sekolah nie, melaram habis-habisan. Sebab apa..?? Sebab ada majlis 3 dalam 1. Majlis Perpisahan Ustaz Awang [GPK HEM aka bapak angkat kitorang semua] Jamua Hari Raya 2009 & Penggambaran Mentor Mentee untuk majalah sekolah. Memang best giler expecially masa Aspura Form4 buat persembahan.
Banyak kan aktiviti minggu nie. And of course there were lots of pixx taken! But again, tak boleh di displaykan pada waktu ini kerana CC kat sekolah nie lambat sikit. Nanti2 lah aku upload kan bagi korang semua tengok. Hehe.
Aku rasa 2 je lah yang mampu aku ceritakan. Nanti kalau ada apa2 aku akan cerita lagi. Hehe. Jaga diri korang baik2 taw..!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts