Nur Iffira bt Ruslan

Wednesday, February 24, 2010


AMARAN
Entry ini sangat panjang dan banyak gambar. Kalau bosan, sila-sila tekan butang merah di atas sebelah kanan anda. Terima kasih
:
:
:
:
:
:
:
:

Salam. Hehe. Tetiba rasa macam nak update blog pasal budak nie. Haha. Ok. She is one of my best buddy masa aku sekolah kat Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu aka SESTER. Baik aku bagitahu awal-awal, kan ada yang tanya, SESTER tu apa? Haih ~ Soalan ni nak kena belanja makan nie.


Empunya diri nama dia Nur Iffira bt Ruslan, budak Kemaman yang lahir pada 13 November 1992. Known she as Fyra. Dia ni tak ada kembar macam kawan aku yang sorang lagi, Wiwin tue. Haha. Aku rasa aku lah kot kembar dier. Haha. Sebab kalau nak pergi mana-mana, mesti kitorang berdua. Haha.

Dengan dia ni banyak betul kenangan manis dan pahit aku dengan dia sebab aku dengan dia memang sekepala dan agak giler-giler jugak. Kang aku cerita kan mesti korang cakap "..giler lah dorang nie.."

Aku kenal dengan dia masa Form 4 lagi. Bilik dia selang 3 bilik dengan aku. Mula-mula tak rapat pun. Yelah, dia kan 1st intake dan aku nie 2nd intake. So masa tu ada jurang sikitlah. Tapi lama kelamaan, dah tak ada jurang tue. Lagipun dia nie mentee *macam keluarga angkat lah kepada roomate aku masa tue, Nur Izianti Idris. So selalu jugaklah dia 'hinggap' kat bilik aku. Haha

Dalam Chemistry Lab. Haha. Sempat lagi amik gambar ~ Hehe

Masa Form 4, aku kenal dia macam gitu-gitu jer. Sebab aku tak sekelas dengan dia. So masa nak berborak-borak dengan dia pun lepas waktu prep malam jer. Tu pun selepas pukul 11.30 malam. Masa ni lah aku dengan die selalu makan Maggi Tom Yam. Supper kat dewan makan tak menaikkan nafsu betul! Haha. Dia lah yang perkenalkan maggi perisa tue dekat aku dan sampai sekarang aku suka makan maggi tue. Hehe

Naik Form 5, hubungan aku dengan dia bertambah kamceng dan ngam lagi! Kalah kacang cap Ngam Yeen tue. Haha. Die duduk depan aku. So selalu jugak lah dia berpaling ke belakang nak borak-borak dengan aku. Boleh dikatakan tiap kali pergi lab, bilik kuliah, masa perhimpunan, masa roll call, masa perjumpaan aspuri dan segala bagai lagi perjumpaan, mesti dia ada dekat aku dan aku dekat dia. Walaweh ~ Sweet kan? Haha

Masa rehearsal untuk Majlis Graduasi. Tengok! Aku duduk sebelah dia kan? Haha. Act nama kitorang disusun ikut abjad lah. Kebetulan nama aku dengan dia sebelah. Haha. Nur Iffira dan Nur Maisarah. Get it? Even masa SPM pun dia duduk belakang aku.

Masa nie sambut birthday kawan aku. Fyra ni lah headquartes bab-bab macam nie. Haha. Masa ini die tolong belikan aku KFC. Haha.

Sepanjang kawan dengan dia, aku memang enjoy lah ~ Hehe. Sebab apa? Dia ni penasihat dan pemberi pandangan yang baik. Kadang-kadang aku rasa dia dah jadi sebahagian dari hidup aku. Mesti wajib nama dia ada dalam diari aku. Kadang-kadang dia ni jugak boleh jadi 'pengilai' terbaik di Aspuri Sester. Dia punya gelak ~ Pergh! Aku pulak yang terkucil dengar dia gelak. Haha. Selalunya aku lah yang cakap "..Hoi cover ar!.." bila dia mengilai tue. Huhu. Sumpah weh, rindu pulak nak dengar kau mengilai. Haha

Semasa perhimpunan. Kitorang assembly duduk atas kerusi taw! Tak maen lah berdiri-diri ni. Haha

Bila waktu petang dan semua pelajar diwajibkan pergi riadah, aku dengan dia tak amik port sangat. Haha. Aku dengan dia akan pergi beli ice cream dan amik port baeekkk punyer kat area sekolah aku tue. Orang lain semuanya sibuk duk keluarkan peluh dan kuruskan badan tapi aku dengan dia sibuk duk menambahkan lemak di badan. Haha. Kesimpulannya, kami ponteng riadah petang tue! Haha

Waktu riadah! Tapi tak pergi bersukan pun ~ Just duduk-duduk dan snap gambar. Haha

Dia ni sangat-sangat takut dengan katak. Mula-mula aku tak tahu taw so aku tunjukkanlah gambar kartun katak kat dier. Ok. Aku ulang sekali lagi, gambar kartun katak yang bagi aku sangat-sangat comel. Tapi alangkah terkejutnya aku sebab terus die mengerang bagai orang kehilangan suami. So since dari tue, kalau aku nak kenakan die, aku gunakan katak jer ~ Haha

Gambar ini diambil semasa Kem Rehat Minda di Sekayu. Masa tengah mandi-mandi, Fyra ni nak naek atas. Masa die pegang batu, sekali die menjerit so aku ni dengan berlagak hero ala-ala berani pergilah kat dia dengan muka cemas. Terus dia peluk aku sekuat-kuat hati dia. Dia cakap "..katak.." Aku tergelak dah masa tue.

Tapi makin lama makin kuat giler dia peluk aku. Hish ~ Tak leh jadi ini. Seram aku dibuatnya. Haha. Sumpah weh, memang kuat giler si Fyra ni peluk aku. Bila die lepas kan aku, aku tengok die menangis. Serta-merta aku gelak sakan tengok die menangis. Haha. Weh Fyra, aku tak sangka lak kau akan menangis bila tertengok katak. Haha. Ok, aku memang jahat dan tidak berperikemanusian.

Pagi sebelum kami di graduate kan! Haha. Masa ni gurls memang WAJIB pakai make up. So berminggu-minggu sebelum Hari Graduasi, minah dua orang nie dah cop aku untuk make up diorang. Haha. Tapi aku make up diorang ala kadar je sebab mana boleh lawan tauke kan??!! Haha. Ok tipu jer ~ Aku tolong supplykan make up aku untuk diorang dan diorang make up sendiri dengan dibantu oleh aku sikit-sikit. Hehe

Semasa pesta durian. Ok. Aku memang tak suke makan durian! Fullstop!

Aku rasa perkara yang paling giler aku buat dengan Fyra ni ialah mengintai orang! Haha. Ok2. Jangan salah anggap ok? Sila baca perenggan seterusnya sampai habis.

Ini pengakuan ikhlas dan eksklusif taw sebab cerita nie tak ada sape yang taw melainkan aku, Fyra, Wawa *one of my fren lah ~ Dilla U La La, Ain *my roomate dan Allah swt. Masa tue lagi beberapa hari lagi nak habis paper last SPM. So malam tue masing-masing rasa macam nak malas study. Haha. Kejam kan? So lepak-lepaklah kat tangga aspuri aras aku tue sambil pekena milo panas sambil cicah biskut. Dah lah masa tue tengah hujan. Waktu malam pulak. Memang heaven lah ~

Masa tengah lepak-lepak tue, terdengar lah Nani, PKP kitorang panggil beberapa kawan aku. Di tambah-tambah pulak masa tue Cikgu Jat, our new PKHem yang nak jumpa. Dah lah kitorang dengar suara Cikgu Jat marah-marah sampai Tingkat 4 Aspuri pun boleh dengar. Perasaan ingin tahu mula menebal. Masa tue aku rasa dah dekat pukul 1 pagi dah rasanya

Bila masuk tandas, kitorang terdengar lah suara Cikgu Jat marah-marah budak-budak nie. Kitorang hairanlah, apa kes nie? So kitorang senyap je dalam tandas. Tapi mana puas nak dengar je kan? So kitorang decide nak intai dan tengok apa yang telah terjadi. Hehe

Aku padam lampu tandas dan tutup pintu tandas sikit. Si Fyra ni dah start dah panjat sinki tandas tue dengan diikuti oleh aku. Inta-intai punya intai, nampaklah apa yang kitorang nak kan. Lepas dah lama intai tue baru perasan, pemandangan aspura pada waktu malam memang superb!

Dalam tandas pun nak amik gambar. Hehe

Dengan menggunakan kamera aku, aku pun amik lah gambar melalui tingkap tandas tue. Hehe. Tapi aku tak ingat nak buang flash! Haha. So aku betulkan setting semua dan nak amik gambar balik. Masa aku pandang kat tingkap tandas tu lah aku perasan, rupa-rupanya ada aspura yanng duduk lepak kat koridor di aspura!

Masa tu memang takut giler ~ Haha. Budak-budak aspura semua duduk kat koridor ramai-ramai. Padanlah aku tengok satu aspura tue gelap je aku tengok! Ingatkan dah tdo ke atau pergi 'fly'! Masing-masing ambik hp yang sedang menyala dan lambai-lambai kat kitorang, kononnya nak bagitahulah, kitorang dah kantoi sebab intai diorang.

Dah start cuak dah. Mula lah nak turun. Masa nak turun, terserempaklah dengan Minah Kepochi sekolah aku. Die tanya "..Hey! Korang buat apa nie??.." Ah sudah. Bertambah-tambah lah kantoi! Sambil tue dia cakap dalam telefon. Minah Kepochi ni dah lah rapat dengan budak-budak aspura. Berdebar giler masa tue!

Tapi sampai sekarang, tak ada sapa tahu pun yang kitorang yang buat kerja giler tue. Haha. Ni baru 1st time taw aku cerita kat korang semua. Hehe


Semasa amali sembelih burung puyuh. Kawan aku yang kiri sekali, Shahida nie memang takut betul dengan bulu. Tak kisah bulu apa pun. Teddy bear ker, kucing ker. Mesti dia akan terkinja-kinja berlari sambil menjerit. Masa nak sembelih burung puyuh nie pun die suruh aku dengan Fyra pegang. Haha. Tak sanggup nak pegang katanya ~

Classmate aku! Kelas aku yang paling awal sekali siap sembelih dan bersihkan burung puyuh! Hehe. Bangga weh ~


Walaupun kitorang kamceng nak mampus, tapi satu benda je aku tak boleh buat dengan dia. Haha. Aku tak boleh study sama-sama dengan die. Haha. Yelah, bila dah study sama-sama, alamatnya tak study lah nampaknya. Tangan tak bergerak, yang bergerak hanyalah mulut jer. Haha. So tiap-tiap kali waktu prep mesti aku akan pergi join Geng Depan Koop aka GDK untuk study.

Kenapa dipanggil GDK?? Sebab depan koop tu ada meja study 6 buah meja, sebesar meja makan kat kantin sekolah lah ~ Boleh bayangkan tak? So aku study kat situ lah ~ Ingat nak update pasal GDK tapi sayang, aku tak ada banyak sangat gambar-gambar GDK.

Hah! Inilah salah satu contohnya kalau aku dengan Fyra study sama-sama. Masa nia ada extra class sejarah pada waktu malam. Dengan tahap kebosanan yang melampau, idea mencurah-curah, otak yang tengah kreatif, maka terhasil lah karya lukisan nie. Haha. Kesimpulannya, aku dengan dia tak boleh study sama-sama. Hehe

Cik Fyra, aku sayang lah kat kau sebab kau lah teman aku sepanjang aku kat Sester. Bila dah naik Form 5 lagilah aku kamceng dengan kau. Suka duka aku *kau paham kan?? Hehe aku kongsi dekat kau dan kau jugak kongsi dengan aku. Kau lah pemberi nasihat yang terbaek bila aku rasa aku bingung bingang. Haha.

Kau jugak pendengar yang baik semasa aku rasa aku perlukan tempat meluahkan perasaan. Kau jugak pemberi gosip dan cerita terbaru yang terbaek sebab aku kan suke bercerita itu ini. Hehe.

Kau jugak jenis tak kisah apa aku cakap. Kalau aku terlepas cakap ker, kau boleh pulak senyum. Kadang-kadang kalau kau terlepas cakap, aku rilex jer walhal kadang-kadang berbekas jugak kat hati nie. Haha. Tapi aku tak kisah sebab aku tahu kau bergurau jer.

Aku harap persahabatan kita ini akan berterusan sampai bila-bila. Kau dan aku sama-sama kongsi minat yang sama. *tapi aku tak minat dengan korea-korea ok! Kalau pergi outing, mesti kau dengan aku jer ~ Masa nak pergi beli barang-barang mesti kita sama-sama kongsi pandangan. Kalau aku tak cukup duit, kau hulurkan jugak walaupun RM1. Kalau kau suruh aku belanja, aku belanja jugak kau ice cream satu.

Kita jugak kongsi impian masa depan yang sama. Aku harap kat U nanti atau matrix, bolehlah kita bersama lagi. Hehe

Dan kau jugak seorang Doktor Cinta yang terbaek! Haha. Kau kan memberikan semangat dan nasihat kepada aku semasa aku tengah kebuntuan untuk menerima atau tidak Encik Fauzi Amzah.

Auww ~ Siapa Encik Fauzi Amzah? Haha. Nantilah aku cerita balik. Buat masa ini aku rasa segan dan terlalu awal untuk aku bercerita. Hehe.

p/s : Ni kalau suruh budak Darjah 1 buat karangan pasal 'Kawan Saya' sure dapat anugerah karangan terbaek nie. Haha

You Might Also Like

2 comments