[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Friday, January 29, 2010

Projek Besarrrrrr Punyer!!!!

Salam. Esok dan 5 hari yang akan datang aku akan kerja shift malam. Dan dan dan itu bermakna, teng teng teng! Aku akan tidur lambat dan bangun lambat! Hua hua! Sukanya hati aku!!


"..Sarah!! Sape die cakap?? Kelas Memandu ada tiap-tiap hari!!.."


Err ~ cancel lah apa yang aku cakap kan tadi. Hehe


Act projek yang aku maksudkan di entry aku yang sebelum ini tak ada lah besar sangat pown tapi bagi aku ia amat bermakna sebab ia menandakan kematangan aku dalam hidup ini.


Kematangan apa??


Kematangan dari segi memasak! Hey hey hey, mari kita bersorak bersama-sama sebab aku dah pandai memasak!

Tak da orang? Tak pe lah


MyEm0.Com


Ok we carry on to the next story


Lepas amik lesen L dan buat segala macam, tetiba aku rasa nak buat kek. Dan dan dan kek yang menjadi pilihan hati ialah cup cakes!! So pergi bandar, amik duet dan terus pergi kedai buat kek 2.

Aku beli butter, chocolate rice, paper cup, tepung gandum dan icing sugar.

Dan tak lupa juga 20 biji telur!! Err ~ nak guna untuk buat cupcakes 8 biji jer sebenarnya. Hehe

Masukkan mentega dan gula halus dalam satu bekas dan


Kacau dengan alat teknologi canggih yg disediakan. Haha. Masukkan telur dan serbuk penaik. Kemudian kacau. Lepas 2 masukkan chocolate rice dan kacau sehingga betul-betul sebati.

Masukkan dalam paper cup. Hehe. Aku ambik anggaran dalam satu sudu besar untuk setiap satu papercup 2. Ok lah ~ Hehe. Sementara itu...


Pukul putih telur sahaja dan icing sugar sehingga kembang ok. Wah, rasa macam chef rancangan masakan lah pulak! Hehe

Macam inilah rupa cupcakes aku 2 setelah dibakar selama 30 minit ++ Hehe. Bentuk dier tak bulat2 lah sebab tak ada bekas. Hehe


Kemudian, korang boleh lah hias cupcakes 2 sesuka hati korang dengan krim icing yang telah diputar tadi. Hehe.

Taarrraaa!!


Inilah rupanya cupcakes aku yang baru 'dilahirkan' 2. Hehe. Rupanya sesedap rasanya. Haha
Sesape yang tak ada masa 2, bolehlah try buat cupcakes sebab at least masa terisi dan dapat menjana kreativiti masing-masing expecially masa bab-bab nak hias cupcakes 2. Haha. Proses aku buat semua cupcakes ini adalah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Hehe. Selamat mencuba!

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Lesen Hantu??

Salam. Memandangkan hari Selasa baru-baru ini aku off day, so aku mengambil kesempatan dengan tidur lambat dan bangun lamabt. Haha. Bukannya senang nak buat macam 2 taw sebab jadual harian aku makin padat! Huhu


Pagi Selasa, masa aku tengah syok-syok tidur, aku dapat rasa handphone nombor Maxis aku bergetar. "..alah, sapa die yang call nie??.." *aku jarang-jarang je guna nombor Maxis sebab kredit cepat tamat tempoh! Haha! Dengan mata yang nak buka tak nak buka dan suara yang serak-serak basah ala-ala Ella, aku pun angkat. Owh, rupa-rupanya Nik, kawan aku yang baru kenal masa belajar driving kat GSA hari tue. Die tanyalah pasal lesen L aku tapi aku jawab tak dapat lagi. Then mulalah aku dengan dier melalut tak tentu pasal.


Aku tengok jam "..baru pukul 10.15.." Haha. Lewat giler bangun tidur kan? Kalau lah si Nik tue tak call aku rasa mau dekat pukul 11 aku bangun. Bangun tidur dan jumpa dengan mak aku. Aku baru nak cakap kat mak aku pasal masalah Nik *private conversation! tak boleh nak cakap kat sini! Haha Tapi terbantut sebab mak aku tengah call office GSA. And guess what??


"..Oh, Maisarah dah dapat dah Lesen L. Baru je sampai tadi. Boleh lah datang ambik dan arrange kan jadual belajar nanti.."

MyEm0.Com



Oh yeay! Berbunga-bunga hati aku masa 2! Sukalah weh dah dapat lesen L! Hehe. Tengahari sikit 2, aku dan mak aku geraklah ke GSA. Dekat je dengan rumah. Dalam perjalanan 2, aku mulalah sibuk hantar mesej dengan kazen aku, Baby dan kawan-kawan seperjuangan aku dalam menunggu lesen kereta dan motor. Haha


Lepas dah dapat jadual memandu, balik rumah. Aku tenung-tenung lesen L aku. Pergh! Mengancam giler muka aku! Haha. Nak tengok? Nah, korang tengok lah sendiri


Owh sangat-sangat hot!!

Aku tahu aku ni unik sebab aku tahu tak ada orang pun kat muka bumi ini ada muka macam aku kan? Hehe

Yang paling aku nak gelak ialah, tue tue tue! Tengok tue! Tengok bulatan merah yang aku bulatkan 2. Pakai stepler je weh nak laminate aku punya lesen! Haha. Memang khidmat anda terbaekk lah! Haha. *Err ~ lesen L ni buat sementara je kan??

Aku rasa setakat 2 je kot. Sebenarnya, lepas aku dapat lesen L nie aku ada buat satu projek baeekkkk punyer! Memang mendapat sambutan mengalakkanlah dari satu kampung aku. Tetiba je aku rasa Famous Amos! Haha.

Tapi aku tak boleh nak update sebab ada sebablah! Tak kan itu pun nak taw! Hish, nakal taw! Hehe.

Ok! Itu sahaja

MyEm0.Com

p/s : Sudah dapat lesen L menandakan jadual harian aku akan teramat-amat padat. Lepas balik kerja terus pergi belajar memandu. Letih lah dik oii!

MyEm0.Com


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, January 26, 2010

Dia Teman Saya


Aku sayang dekat kau! Betul! Aku tak boleh hidup tanpa dengar suara kau. Kita dah kenal since kita kecik-kecik lagi. Tapi sapa sangka kan? Kita dah jadi macam orang lain. Pergi hangout sama-sama, kau belanja aku makan dan kau bawak aku pergi bersiar-siar. Aku rasa happy sangat-sangat sebab kau buat macam ini dekat aku. Dah lama aku tak rasa macam yang aku rasa sekarang ini. Aku harap kau tak kan lupakan aku bila kau dah balik Penang ok? Aku sayang giler-giler dekat kau. Kau kena ingat tau!

.
.

.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



****************************************************


Apa tanggapan pertama korang bila baca perenggan dekat atas tadi? dan ditambah pulak dengan tajuk entry aku kali ini. Mesti korang ingat ada apa-apa lan? Ok. Memang aku ada hubungan dengan die.


Sebenarnya dia ini Dua Pupu aku! Haha. Err ~ tak terkejut ker? Hurm ~ Tak pe lah. Sebenarnya lepas aku balik dari kerja, mak aku dapat call dari saudara aku dari Kuantan cakap diorang dah ada kat rumah tok aku. Bila balik rumah jer, aku jumpalah dengan diorang tapi tak berapa nak meriah sangatlah sebab yang datang hanya 3 orang jer termasuk lah mamat dalam gambar kat atas tadi. Hehe

Oh! Dua pupu aku 2 nama Azrul, sekarang study kat UiTM Penang. So petang semalam, kitorang cakap-cakaplah, bertukar-tukar cerita. Pasal lesen memandu aku, ujian teori aku yang failed pada 1st time, cerita dier accdient, cerita dier dengan kereta Kancil dier yang telah di modified sesuka hati. Best jugaklah sebab die ni peramah sikit. Senang nak bawak berborak.


Tapi yang aku tak tahan ialah dia cakap "..Sara, kau dah gemOklah.." Dush dush dush! Nak buat macam mana ni? Kena masuk The Biggest Loser nie *oh ya! I'm addict with that program now! Hehe


Kitorang keluar pergi tempat kerja aku, die nak jumpa dengan kazen aku. Gamat sekejap sebab diorang dah lama tak jumpa. So kitorang tinggalkan kazen aku 2 dengan janji nak amik dier habis kerja dan nak pergi keluar makan. Hehe

Kazen aku, Intan tapi aku panggil die Baby. Hehe. Manja sikit kan?? Nak kenal aku? Aku yang buat peace 2. Hehe


Kitorang geraklah pergi Astaka sebab die nak beli sticker nak letak kat kereta parents dier. Lantak lah ~ Then pergi amik angin laut dekat Pantai Batu Burok. Sambil-sambil itu pergi hantar kereta dekat car wash. Sementara tunggu kereta siap basuh, pergilah minum-minum kat kedai makan area 2.

Entah macam mana entah mak aku call suruh balik *dengan kadar segera sebab nak makan. Aiseyman, habis rosak kitorang punya plan. So cakap dengan kazen aku 2 tak jadi amik dier dan kitorang pun balik lah. Azrul memang giler! Bawak kereta 100 km/jam kat jalan raya. Aku kecut perut giler masa 2.

Lepas makan, kitorang keluar balik. Hehe. Tapi kali ini bukan aku dan Azrul jer. Tapi sekali dengan mak aku dan atOk dan nenek Azrul ini. Jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu. Pergi Masjid Kristal, Stadium Terengganu yang runtuh 2, Airport Kuala Terengganu. Lepas 2 berhenti makan dekat Batu Burok. Makan steak lagi! Haha. Macam mana tak gemOk??


Overall memang enjoy giler-giler hangout dengan diorang. Balik rumah dekat pukul 2 pagi! Haha. 1st time ar keluar ke bandar Kuala Terengganu sampai begitu lewat. Kalau dekat Kuantan, dah biasa dah.


Tapi yang paling aku naik 'menyampah' dengan Azrul ni bila die tanya macam-macam soalan "..Kat Terengganu ni boleh pakai short pants tak??.. "..Sara kat Terengganu nie boleh hisap rokok tak??.." Kadang-kadang nak tergelak pun ada tapi aku layan lah jugak dengan peel perangai dier.


Yang paling best die cakap dia nak jual Nokia E71 die kat aku dengan harga RM 600 sebab aku ni kiranya pangkat kazen dengan die. Aku just "..oh ye ker?? Ok!.." dengan muka yang tak ada perasaan sebab die selalu cakap macam 2 sejak aku Form 1 tapi tak pernah ditunaikan pun! Owh sungguh mendukacitakan!!
Then pagi tadi diorang pun balik ke Kuantan semula sebab esok [Selasa] diorang nak pergi Penang sebab Azrul ada kelas pada keesokkan harinya. Macam itulah ~
Rasa best dapat keluar dengan diorang tapi lagi best kalau cukup semua family. Huhu. Agak-agaknya bilalah dapat spend time sama-sama dengan semuaaaaa family. Hurm ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

...

aku tak tahu apa yang patut aku tulis di blog ini.
sila kutuk dan caci saya kerana tidak dapat mengupdate blog ini.
terima kasih.


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, January 24, 2010

Serabut!!!

Aku tak sangka apa yang aku buat selama ini menimbulkan perasaa kurang senang kau. Sumpah! Aku tak tahu pun!
Aku ingatkan dengan melakukan perkara tersebut mungkin dapat menghiburkan kau serba-sedikit. Tapi apa yang aku harapkan tidak menjadi.
Malah kau lebih agresif dan mula rasa menyampah dan benci dengan aku. Kenapa aku tak sedar selama ini??
Sebenarnya aku mengaku aku dah lama sedar. Tapi aku berfikir mungkin kau masih perlukan ianya lagi. Sebab itu aku masih tidak berganjak dengan keputusan aku. Malah aku tetap dengan niat aku untuk teruskan jugak.
Tapi kejadian tadi benar-benar telah menyedarkan aku bahawa apa yang aku buat selama ini yang aku fikir mungkin dapat menggembirakan hati kau telah salah sama sekali. Rupa-rupanya kau serabut dengan perkara tersebut.
Di kesempatan ini aku mengambil keputusan untuk berhenti dari melakukan perkara tersebut. Mungkin dengan tindakan aku ini, dapat mengurangkan rasa marah dan serabut kau kepada ku.
Aku juga ingin meminta maaf kerana telah menyusahkan kau selama ini.
Maaf kan aku ~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
********************************************************

.

.

.

.

.

Haha. Serius giler kan apa yang aku tulis tadi? Haha. Act ayat-ayat yang korang baca tadi adalah lahir dari otak benak fikiran aku semasa ingin menaip entry ini. It just come then I trasformed it into words! Hehe
Sebenarnya perkara yang dimaksudkan di awal entry ini ialah bukannya serius sangat pun. Small the pieces lah! Hehe
Sebenarnya aku dah buang music aku kat blog ini. Mula-mula aku letak music dengan niat untuk hiburkan korang lah yg mungkin sedang baca blog aku *ehem2, ada ker?? ~ atau yang sedang berblogwalking.
Tapi ada something happen yang telah menyedarkan aku bahawa kehadiran music di blog aku telah dan benar-benar mengacau ketenteraman korang untuk baca blog aku. So dengan langkah drastiknya, aku telah buangkan music dari blog aku! Haha
Ok kawan-kawan! Enjoylah kamu semua dengan membaca blog saya dan berblogwalking! Maafkan saya sebab music tersebut telah mengacau kamu semua ~
Adios amigos! Hehe


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 23, 2010

Wahai Anak Cik Deen...



Wahai Anak Cik Deen, awak ingat tak lagi masa mula-mula kita berjumpa? Masa 2 kita Form 4. Memang kita tak sekelas tapi kita satu Set A untuk English Class. Tiap kali ada English Class, mesti Teacher akan suruh kita semua berkumpul kat kelas 4 Al-Battani aka 4BT. Awak masih ingat tak??

Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa semua setmate kita tengok dan pandang je kat saya masa saya buat public speaking pasal diri saya? Saya cakap semuanya pasal saya dalam public speaking 2. Dan semasa saya buat public speaking untuk kali kedua, saya cakap pasal hobi dan kegilaan saya dengan Harry Potter. Awak ingat lagi tak??


Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa kita belajar dalam Bilik Kuliah 2? Saya perasan awak tengok saya dan saya jugak tengok awak. Saya pun tak pasti awak tengah tengok saya ke tak sebab saya takut saya perasan syok sendiri jer. Awak masih ingat lagi tak??



Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa Teacher tanya satu soalan pasal literature dan tak ada sorang pun dapat jawab soalan teacher 2. Dan ketika suasana kelas sunyi, masing-masing sibuk memikirkan jawapan yang betul, awak terus bagi jawapan dan teacher puji awak. Teacher cakap "..awak nampak je senyap tapi sekali awak buka mulut, awak mampu bagi senyuman pada semua orang.." Awak masih ingat??


Wahai Anak Cik Deen, sedar tak sedar kita dah masuk ke Tingkatan 5. Masa 2 awak duduk kelas top tapi saya duduk kelas biasa-biasa sahaja. Masa 2 semua setmate kite berpecah. Walaupun saya masih lagi Set A untuk English tapi awak tak ada sebab awak Group lain.


Wahai Anak Cik Deen, awak masih ingat lagi tak masa sekolah kita adakan Majlis Bubur As-Syura pada 14 Februari? Bukan sahaja Valentine Day tetapi tarikh tersebut sama dengan hari jadi awak. Kawan2 awak semua wish kan birthday awak kat belakang aspura masa kite semua sibuk kacau bubur. Awak masih ingat??


Wahai Anak Cik Deen, awak masih ingat tak masa kita semua main permainan Burung Hantu? Tak sangka malam itu awak ada jugak. Masa saya dengan partner saya sorokkan budak, awak datang. Tapi saya bagi isyarat kat awak jangan datang sebab nanti budak 2 nampak awak. Awak paham dan awak ikut jalan belakang. Awak kacau budak 2 dan saya juga kacau. Siap baling2 batu dan selipar. Awak ingat lagi tak?


Wahai Anak Cik Deen, lepas kacau budak 2, saya terus pergi dekat belakang tandas 2 sebab nak tengok awak. Awak duduk atas kayu dengan berkaki ayam. Dan kawan2 kite yang lain pun datang. Saya dengar awak cakap selipar awak tertinggal dekat Aras 4 Blok Makmal sebab nak lari dari budak yang awak kacau. Kesian dekat awak sebab terpaksa berkaki ayam dengan keadaan jalan yang kotor sebab ada pembinaan makmal baru. Awak ingat lagi tak?


Wahai Anak Cik Deen. serta-merta nama awak menjadi buah mulut budak-budak sekolah kita sebab aksi awak yang begitu berani kacau budak-budak malam itu. Malam itu dah lah malam Jumaat dan kita main game itu tengah malam. Syukur alhamdulillah ~ Lepas game itu tamat, tak ada apa-apa yang berlaku.


Wahai Anak Cik Deen, sekarang kita dah habis sekolah. Masing-masing mula rindukan sekolah dan kawan-kawan termasuk saya. Dan untuk merapatkan lagi hubungan kita, kita semua berhubung melalui FB.




Wahai Anak Cik Deen, bila saya upload kan gambar-gambar, awak komen dan saya balas. Masa 2 rasa seronok dan kelakar sangat sebab masing-masing bagi komen dan diselitkan dengan perkara-perkara yang lucu. Dan tentulah awak juga ada dalam kalangan mereka.


Wahai Anak Cik Deen, awak mula-mula berlagak biasa. Tapi lama-lama awak selalu usik saya. Awak cakap saya ni macam pendekar mustar, big bigger dan biggest dan macam2 lagi. Mula-mula saya tak kesah tapi lama-kelamaan satu perasaan lain ada dalam hati




Wahai Anak Cik Deen, tahukah awak yang saya selalu tertunggu-tunggu komen dari awak? Saya tunggu awak komen status saya, saya tunggu awak komen gambar-gambar saya dan sebagainya. Saya rasa happy sangat bila tahu awak komen dalam profile saya
Wahai Anak Cik Deen, saya tahu awak dah berpunya. Maaflah sebab saya dah minat kat awak. Sepatutnya saya tak boleh berperasaan macam ini sebab awak kawan saya dan lagipun kita tak pernah bercakap sepanjang kita satu sekolah. Dahsyatkan??


Wahai Anak Cik Deen, awak sedar tak dengan adanya FB hubungan kita semua jadi rapat? Semuanya bergurau-senda dan happy. Semua ini mana ada semasa kita semua bersekolah. Kadang-kadang bila awak usik saya macam-macam, saya rasa suka sangat sebab atleast itulah yang merapatkan kita.

Wahai Anak Cik Deen, awak teruskan komen saya lagi ok? Tolong jangan lenyap dari FB saya sebab saya selalu ternanti-nantikan komen-komen dari awak sebab saya dah mula minat awak. Maaf. Saya tak patut berperasaan macam ini. Saya hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, January 22, 2010

Followers, Sila Ambil Award Ini!!


Salam. Mesti tertanya-tanya kan kenapa aku rajin sangat nak bagi award ini? Hehe. Teruskan membaca ok!

Act hari ini genap sudah setahun blog ku ini! Wah, rasa macam sekejap je ~ Tahun lepas masa aku post kan entry pertama, aku betul2 tak tahu apa fungsi blog dan apa-apa yang berkaitan dengan blog. Dan sekarang aku tahulah jugak sikit-sikit pasal blog ini. Hehe


Dan semestinya blog aku tak kan hidup tanpa followers kan? So di kesempatan ini aku nak bagi korang award. Hehe. Sila amik dan bagitaw kat aku kalau korang dah ambil. Bagitaw kat shout box pun ok jugak!


Apa yang aku nak korang buat setelah amik award ini ialah bagitahu kenapa anda semua rasa blog ini perlu dalam kehidupan seharian anda? Hehe. Tak susah kan? Ke susah jugak? Hurm ~



Ok lah. Setakat itu sahaja untuk masa ini. Hehe. Gotta go!



Oh ya! Jangan lupa erk ambik award ini. Saya bagi ikhlas untuk awak semua



Dan dan dan saya sayang semua followers saya!

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, January 19, 2010

Badanku Sakit Kerana Motor

*yang terbang 2 aku lah!

Salam. Ok! Hari yang aku debar-debarkan telah menjelma pada hari ini. Bangun pagi tadi, mandi2 dan makan2 terus aku pergi kerja. Masa tengah kerja, Gim May ada tegur aku kenapa aku senyap je. Bila aku jawab, baru dier paham dan macam tak nak kacau aku. Siew Ting pun sama jugak. Nasib baiklah hari ini tak ada customer ramai. Hehe. Tak lah penat sangat badan aku nanti.
Lepas kerja, aku bergegas ke Ganda Semangat Asia aka GSA iaitu tempat yang aku amik lesen kereta dan motor. Oh ya! Hari ini aku ada praktikal motor lah. Berdebarlah sebab aku tak pernah bawak motor! Aku ulang, aku tak pernah bawak motor! Bawak skuter 2 pernahlah, masa Form3. Racing dengan kawan kat dalam sekolah. Lepas 2 cikgu displin sekolah lama aku tangkap *teet! ok. cerita tamat!

Start bawak motor dalam pukul 3 ptg tadi. Adalah seorang pakcik tua ni *budak2 ni panggil die Pok ajar aku bawak motor. Hey! Baru aku tahu bawak motor tak ada lah susah sangat kan! Haha. Memang bestlah masa 2 sebab dia suruh aku round-round dalam litar sedangkan kawan2 sekelas praktikal dengan aku masih menunggu cikgu lagi. Hehe. Riak giler masa 2.



Then bawaklah motor dengan diorang semua. Buat pusingan 8 dan lalu dekat celah-celah kone. Laluan atas tebing 2 tak buat lagi tapi aku gatal-gatal nak buat. Dan akhirnya *bukan jatuh ok! aku tak dapat buat. Haha. Mak aku gelak je aku bawak motor. Ceh!

Dalam pukul 4.30ptg kitorang practise atas jalan raya dalam litar 2. Masa 2 cikgu ajar cara-cara nak bagi isyarat tangan 2. Aku memang tak boleh pergi betul bab nie! Aku tak pandai nak estimate masa nak perlahankan motor. Aku angkat isyarat perlahan tapi lepas 2 aku press minyak lagi. Haha.

Masa lalu kat jalan lurus, aku press lah minyak. Masa 2 aku pakai gear 4 tak silap aku. Wah, memang bestlah! Angin menderu-deru walaupun masa 2 cuaca agak panas. Aku tengoklah kawan aku dah bagi isyarat berhenti. Aku pun tekan brek tapi motor tak slow-slow pun. Aku pun cuaklah! Apa lagi, BOOM!! Aku terlanggar lah motor depan 2. Dua kali taw tak. Haha. sampai pecah nombor plat motor kawan aku 2. Rupa-rupanya aku tak guna brek kaki. Aku guna brek tangan. Padanlah tak berhenti-henti. Hish!

Kumpulan aku semua 2 habis gelak. Aku rilex lagi lah masa. Then jalan-jalan lagi, practise isyarat tangan. Masa kat permulaan litar 2, cikgu suruhlah kitorang test motor. Cek helmet, lampu, brek, hon. Hah, masa ni aku nak cek lampu kat belakang. Tapi aku pergi press minyak kuat giler dan motor aku secara automatik terus ke depan dan BOOM! Langgar sekali lagi. Kesian kat akak 2 sebab die nyaris-nyaris nak jatuh. Sekali lagi semua orang duk gelak kat aku. Masa 2 aku rasa nak give up dah. Cikgu ajar aku dan akhirnya aku paksa kan diri aku jugak! Dan akhirnya aku dah boleh bawak motor! Yeay! Malaysia Boleh! Mysara pun bolehlah! Haha

Setengah jam sebelum habis, kitorang diberi kebebasan untuk pratise sendiri. Mula-mula aku follow akak yang aku langgar tadi. Tapi entah camana entah die dah hilang! Haha. So aku pun mulalah merayau sorang-sorang kat litar 2. Serius cakap, aku rasa rugi giler tak belajar motor awal-awal.


Follow sama akak itu!

Lepas balik 2 aku pergi makan. Aku try lah nak update status aku kat FB pakai HP tapi tak boleh. Hish, lantak lah. Oh ya! Aku ingatkan aku sorang je yg amik lesen kat GSA. Rupa-rupanya ada lagi 2 3 orang yang sekali dengan aku. Hehe.

Tapi apa yang paling syok sekali ialah serta-merta aku menjadi popular dan famous di GSA tadi kerana aku tak pandai bawak motor. Boleh dikatakan semua orang tengok je kat aku masa aku bawak motor tadi. Haha. Group aku pulak selalu tanya aku ok ke tak. Aku jawab je lah ok sebab aku rasa aku ok. Haha.



Disebabkan aku tak pandai bawak motor, masa mula-mula nak start motor 2, gear motor aku tak free. Masa 2 aku rasa cam panik dan bengang giler sebab betul-betul depan aku adalah sekumpulan budak lelaki tengah tengok aku. So aku pun tanyalah diorang macam mana nak buat. Dan muncullah salah seorang lelaki dalam group tadi tolong aku. Wah, he is my hero! he save my life! Haha.


Tapi kan mak aku cakap, lepas je aku bawak motor, diorang satu group gelak-gelak. Ceh, mengata dekat aku lah 2. Huh! Abaikan ~


Oh ya! Masa aku tengah menaip entry nie kaki dan tangan aku sakit giler. Tulang kering kaki kiri aku sakit sebab asyik2 terkena dengan alas kaki 2 dan tangan aku sakit sebab aku genggam handle motor dan stereng kereta terlalu kuat.


Secara keseluruhannya, aku memang enjoy sangat-sangat bawak motor tadi. Haha. 1st time bawak motor sendiri setelah 18tahun melingkar di atas muka bumi ini. Sedikit rasa bangga muncul dalam diri sebab aku rasa aku layak untuk berperasaan begitu. Hehe


Dah habis praktikal kereta dan motor. Maknanya sekarang ini kerja aku ialah hanya menunggu lesen L! Yeay! Mintak-mintaklah cepat sikit dapat lesen L. Hehe.


credit to : Mak saya lagi sebab sanggup tunggu selama 3 jam lebih semata-mata untuk tengok aku bawak motor. Hehe. Oh ya! Tak lupa juga kepada group aku, cikgu dan Pok sebab ajar aku bawak motor. Hehe




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, January 18, 2010

Bawa Kereta Susah ker??

*sedang menunggu giliran untuk menjalankan salah satu acara yang menunjukkan aku sudah menginjak ke alam dewasa!


Salam. Tanggal 18 Januari *ehem, dah 18 tahun 10 harilah aku dah cukup umur merupakan detik yang paling aku tunggu-tunggu dan bermakna bagi aku. Hal ini kerana *haha, macam karangan BM pulak! aku bakal merosakkan dan mempertaruhkan nyawa aku dengan membawa kereta! Hehe. Hari ini aku bawak kereta di litar selama 3 jam.

Sampai dekat kaunter 2, aku dapat tahu aku dapat cikgu lelaki. Oh yes! Act aku baru cakap dengan mak aku yang aku nak cikgu lelaki sebab berani sikit kan? Tapi muka nampak garang gila! Haih ~ Makin kuatlah jantung aku berdup dap dup dap. Hehe. Lepas bagi IC, dia pun ambik kereta dan suruh aku masuk dalam. Wah, berdebar ar jugak masa 2.

Lepas 2 die bawak kereta dalam satu tempat dalam area litar 2. Aku tak berapa sure pulak nama cikgu 2 apa. Tapi aku rasa Azuwa kot? Aku teka je lah *ok, sila abaikan Dia terangkan lah dekat aku cara-cara pemandu berhemah dan banyak lagi nasihat yang dia bagi tapi yang paling aku ingat ialah "..buat apa nak takut dekat kereta. Kita yang buat dia jadi kita bolehlah kawal dia.." Haha. Itu saya sangat setuju cikgu!


Mula-mula die tunjukkan dekat aku semua cara-cara nak pandu kereta *err aku tak payahlah nak explain satu-satu ok? Semua yang dia terangkan samalah dengan mak aku terangkan. So aku pun ada lah menguap beberapa kali. Haha. Agaknya die tengok aku menguap, die berhentikan kereta tapi jalan dan cakap "..Ok! Awak pulak bawak.." Aku? Terkebil-kebil!

Aku pun masuk dalam kereta dan bawak. Hehe. Ok jugaklah. Aku keliru dengan clucth dan minyak especially masa nak mula-mula jalankan kereta 2. Tapi bab2 tukar gear, tekan brek, lepas minyak, tengok side mirror, bagi signal dan bukak pintu kereta *haha, budak 3tahun pun pandai weh! aku dah retilah. Hehe. Yang paling aku bangga ialah masa die cakap "..Tukar gear 2.." Aku pun dengan penuh expert dan berkeyakinan tinggi menukar gear tersebut lalu terpacul lah ayat die mulut cikgu aku 2 "..Hah, oklah 2. Boleh cepatlah lesen nanti.." Oh yes! Haha

Dan tibalah masa untuk naik bukit. Naik atas bukit ini memang agak mencabar jugaklah sebab tayar depan kena betul-betul berhenti dalam garisan kuning 2. Sumpah! Aku blurr giler masa cikgu terangkan. Masuk kali ke 3 nak naik atas bukit, die cakap "..ok awak pulak!.." sambil keluar dari kereta.

Aku pun testlah beberapa kali. Ada jugaklah beberapa kali aku berjaya masukkan tayar dalam garisan kuning. Act ada cara2 die nak pastikan tayar masuk dalam garisan kuning 2 tapi aku tak praktikkan. Hehe. Maaf cikgu!

Yang paling cuak sekali masa kereta itu betul-betul atas bukit tapi die tengah cakap tepon! WTH??!! Aku rasa aku nak menjerit je masa 2 tapi entah macam mana aku boleh pulak stopkan kereta aku 2 betul2 atas bukit. Hehe. Involuntary action! Lepas die cakap tepon 2 die tengok aku dah berhentikan kereta dan die pun cakap "..Eh, awak ni ok dah! Ok jalan!.." Sedikit rasa bangga muncul dalam diri. Haha


Tapi part yang paling ialah masa aku tengah drive, cikgu aku nie boleh pulak tanya "..awak tengok tak Raja Lawak semalam?.." Haha. Aku cakaplah tak sebab malam tadi aku kerja. Then dia pun mulalah cakap pasal beberapa peserta yang join Raja Lawak 2. Antara yang aku ingat "..Faiz tak berapa menjadi lawak die.." "..Malam tadi JD lah yang keluar tapi lawak die oklah semalam.." "..Kechik pun ok jugak.." Aku pun mulalah borak-borak dengan cikgu aku 2. Oklah.

Then dalam pukul 11 tamatlah sessi praktikal kereta aku selama 3 jam dalam litar. Tapi tak dapat lesen L lagi sebab kena tunggu praktikal motor pulak. Praktikal motor aku petang esok selepas aku habis kerja. Aku takutlah nak bawak motor nie sebab aku tak reti langsung bawak motor!!!


Aku rasa setakat itu sahajalah kot yang mampu aku tulis pasal pengalaman aku bawak kereta. Haha. Lepas ni tak tahulah macam mana aku nak bawak motor. Haih ~ For sure ayah dan mak aku suruh aku bawak kereta pulak sebab anak dara diorang ini dah pandai bawak kereta. Hehe


Credit to : Mama sebab sanggup tunggu selama 3 jam lebih sebab nak tengok anak die bawak kereta. Hehe. Sayang mama!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunyi Itu Menyeksakan?


Kenapa aku rasa aku sorang2 je sekarang ini?


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Tiada teman untuk berbicara?


Tiada teman untuk bergelak-ketawa?


Tiada teman untuk bersuka ria?


Tiada teman untuk memberikan pendapat?


Tiada teman untuk mengkritik?


Tiada teman untuk memuji?


Tiada teman untuk meluahkan perasaan?


Tiada teman untuk mendengar luahan hati?


Tiada teman untuk berborak?


Tiada teman untuk bergaduh?


Tiada teman untuk bergosip?


Tiada teman untuk mengumpat?


Tiada teman untuk tidur sekatil? *err ini untuk roomate sayalah


Tiada teman untuk belajar?


Tiada teman untuk makan?


Tiada teman untuk bershopping?


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




Owh, aku rasa betul-betul sunyi!





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, January 17, 2010

Tangan Menulis & Senyuman di Mulut

Salam. Masih dalam mood nak mengdownload lagu lagi. Puas mencari2 dan memikir2 kan lagu mana yang tengah hot sekarang ini. So kalau ada sesape yang nak sumbangkan tajuk lagu, sila2! Anda memang dan teramat2 lah di alu-alukan!


Beberapa malam yang lepas, aku terbuang layout blog aku kat customize. Haha. Aku nak letak benda lain dan secara tidak sengaja dan tidak berfikir panjang aku terbuang lah layout blog aku 2. Hehe. Terkedu sekejap masa 2.

*ok gambar ni tipu jer!

Patutlah masa aku view blog aku semuanya jadi warna putih jer. Aku pelik gak, apasal nie? Lepas selidik punya selidik, oh patutlah!


Aku pun terus lah mencari2 layout blog aku. Cari punya cari, terjumpalah yg korang nampak ni. Nak pilih layout blog ini pun bukannya senang, Mau nya dekat setengah jam jugak lah aku memilih mana2 yang berkenan di hati. Tapi ini pun aku tak berapa nak suka sangat tapi untuk masa ini biarlah dulu

Entah macam mana aku pun terpikir. Blog aku bakal berusia setahun dalam masa beberapa hari lagi. Wah, dah setahun lah! My baby dah boleh jalan dah kot! Haha. So aku decide nak tukar mana2 yang aku rasa aku nak tukar. Hehe. Tengoklah nanti.

Aku pun rasa nak tukar link blog aku ni tapi setakat ini tak ada lagi perkataan-perkataan yg mampu menarik perhatian aku. Nantilah aku nak tanya sesape. Maybe diorang boleh bagi idea kot! Hehe

Aku rasa itu sahajalah setakat ini. Ada apa2 nanti, aku update lagi ok!

p/s : kawan2, tolonglah sumbangkan beberapa tajuk lagu yang anda rasa tengah hot sekarang ini ok?

MyEm0.Com

teruskan
senyum
senyum
senyum
senyum
senyum
kerana senyuman anda itu mampu mengembirakan orang lain.
So keeps smiling!

Tetiba rasa nak upload gambar nie sebab masa ni dorang gelak2 tanpa sedar yang aku dah amik gmbar ini. So happening!

Lokasi kejadian : betul2 depan SMK Dato' Razali Ismail aka SMK Bandar. Masa ini ada kem selama 3 hari berturut-turut. Orang lain boleh balik rumah masa ini tapi kitorang dipanggil untuk mengikuti ke kem ini. Oh ya! Tengah lepak2 atas jalan raya sebab tunggu Pok Yie amik kitorang balik asrama. Wua! Rindu giler kat korang semua



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 16, 2010

COLOURFUL CONTEST

Salam. Malas nak cakap banyak2 so sesape nak join, meh2 klik [sini]




Harap2 menanglah sebab aku tak pernah menang pown bile masuk pape kontest. Haha

Simpatilah konon.. ~

Pirahh ~!! haha


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Lagu Panas dan Badan Hangat

Salam. Malam semalam, kazen aku msj "..Sara, wat masuk lah lagu2 baru dalam pendrive. B nak burn dalam CD.." Aku ok jer sebab CD 2 boleh lah pasang dekat kedai kitorang nanti. Haha. Dah muak dah dengan lagu2 yg sama terpaksa dipasang setiap hari. Even lagu Cina pun aku taw dah. Haha.
So lepas makan tadi, aku menghadap lappy nie. Aku tengok Music Library aku dan aku betul2 tersentak! Weh, aku baru sedar aku dah lama tak download lagu baru! Hish, tak boleh jadi nie.
So aku pun mula terfikir-fikir lagu apa yg tengah hot dan popular sekarang ini. Dah jumpa tapi ada problem pulak nak download. Aiseyman ~ Memang leceh lah. Susah jugaklah nak cari. Haih ~ Tapi aku dah lega sebab lagu Nidji, Sang Mantan 2 aku dah dapat. Haha. Best lah lagu dier. Oh ya! Tuan empunya blog ini kuat berjiwang sikit. Hehe

So di kesempatan ini aku nak tanya kat sesape yg tahu lagu apa yang tengah meletup2 hah? Aku malas nak perahkan otak aku untuk berfikir sebab aku ada banyak lagi benda yg nak kena pikir. Hehe. *wah mengalahkan PM lah.. Haha.

Oh ya! Malam tadi aku dah 'sembur' 2 orang lelaki pangkat rakan sebaya. Haha! Padan muka kat korang. Aku YM dengan lelaki yang 1st nie. Baru start YM die sibuk2 cakap pasal couple. Ok. Aku admit aku single sekarang ini. Lepas 2 die macam nak menafikan yang aku tgh single skarang ni.

Aku pun apa lagi! HOT lah weh! Lebih panas dari biasa. Aku pun mula 'sembur' die. Yelah, kalau korang jadi aku mesti lah hot sebab tiap2 kali aku kontek dengan die mesti tak sah kalau tak cakap pasal couple couple couple! Weh, tak ada tajuk lain ker? Tanyalah pasal study ker, masa depan ker. Baru best skit nak YM.

Ada sekali 2 aku cakap aku tengah single. Then lepas 2 dia cakap die nak link blog aku sebab makwe die nak baca! WTF??!! Hey dude, aku tak kenal pun makwe kau 2 dan makwe kau pun sama.

Bila aku tanya kawan aku nie, samada makwe die tahu tak pasal kiter berkawan nie die cakap "..aku tak pernah pun cakap pasal kau dekat dier dan die tak tahu kita berkawan.." Dah 2, apa pasal lak makwe kau nak baca blog aku?! Walaweh, kalau kau nak cakap yang kau dah ada makwe, bagitaw straight forward je lah! Tak payahlah nak tipu tapi orang dapat trace. Buat malukan diri sendiri dan ia menampakkan kebodohan anda! Paham?!

Lepas aku sembur dier dan bagitau yang aku tak suka perangai dier, aku buat invisble kat YM aku. Pukul 12 lebih aku YM dengan kawan sepermainan aku masa kecik lagi. Mula2 ok lah. Lepas 2 kitorang photo sharing. Tetiba lak die hantar gambar orang yang pernah aku minat dulu. Serius cakap! Aku betul2 bengang time 2. Aku dah lupakan dier dan aku terima kenyataan yang die memang bukan untuk aku. Tapi hanya dengan sekeping gambar 2 telah mengingatkan aku kepadanya.

Aku cakap kepada die, perkara yang lebih kurang sama dengan kawan aku 1st tadi. Lepas 2 aku menangis. Seriuslah weh! Aku tak tahan dah. Yang sorang ini sibuk duk tanya dan force aku dengan soalan couple sejak tahun lepas lagi! Giler ar ~ Dan tiap2 kali aku cakap aku single mesti die nak menafikan.

Dan lelaki yang 2nd ni kembali mengingatkan aku kepada Dia. Aku dah lupa kan die. Sambil menangis yang hampir2 nak menjadi aku cakap dengan dier "..Kau tak berada kat tempat aku. Kau tak tahu apa yang aku alami. Bagi kau senang jer tapi aku yng tanggung semua nie. Aku pun macam orang lain jugak, nak jugak berteman tapi buat apa bagi hati kita kat orang yg tak nak hati kita 2. Sedih sangat2 taw sebab orang buat macam ini kat kita. Aku nekad dah. Lepas ni aku nak simpan hati aku baik2 dan aku akan bagi dekat orang yang betul2 ikhlas dengan aku. Biar orang yang datang kat aku dan Insyallah aku akan sayang dier sepertimana dier sayang aku.."

Lepas 2 aku rasa sedih giler. Aku menangis je lah sorang2. Sambil 2 aku teringat balik semua perkara2 yang dah lepas. Memang aku tak tertanggung semua 2 tapi aku sabar je lah. Tapi aku lega sebab 2 orang lelaki tersebut dah tak cakap pasal hal ni dan aku harap benda ini akan berlanjutan sampai bila2.

Lelaki yang 1st, Veni *nama tipu2 dier lepas nie kalau aku couple aku hebohkanlah kat FB FS dan MS aku! Kau tak payah risaulah!

Lelaki yg 2nd, Ward *nama tipu2 jugak aku harap lepas nie kau janganlah nak ingatkan aku kepada benda2 yang boleh buat aku bengang dengan kau. Aku harap kau paham

Aku lega lepas aku cakap terus terang apa yang aku simpan dalam hati selama 2tahun lebih ini.

Gotta go!

p/s : oh ya! Jangan lupa erk bagitahu pasal lagu apa yang tengah panas sekarang ini. Thanx!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, January 15, 2010

Saya Benci Bila Terpaksa Fikir Tajuk Entry

Salam. Tadi jalan2 kat blog bezfren ku, Cik Azreen Malek aka Wiwin *nama glamor dier, huh! Entah camana entah die post satu entry yg ada err cam puisi or something like that lah ~ da plak dier mention nama aku. Wiwin, aku taw lah aku ni kuat berjiwang MyEm0.Com tapi jangan lah mention nama I pulak! Jatuh saham I taw. Hehe. *gelak malu2 weh! MyEm0.Com



So aku copy and paste benda alah 2. Sapa nak berjiwang dengan saya 2, jum jum kite menghayati bersama MyEm0.Com

Ketika perempuan menangis
pujuk la dia...
Ketika perempuan berkata ketika itu dia lemah
berikanlah dia kata semangat...
Ketika perempuan mengaku dia tidak bahagia
berusahalah semahumu membahagiakan nya..
Ketika perempuan masih mengharapkan kamu
hargailah dia...
Ketika perempuan sudah berputus harapan terhadap kamu
sila pergi jauh dari hidupnya...
Kerana kau hanya akan menyeksa hati
jiwa dan dirinya walau hanya dengan sepatah perkataan pun
perempuan mudah untuk berfikiran negatif,
jadi
peranan lelaki adalah untuk
positifkan fikiran perempuan..

Hari ini sudah 15 Januari 2010. Dah sampai ke pertengahan bulan Januari sudah pun. Rasanya baru semalam kita sama countdown tahun baru kan? *aku tak buat countdown pun! Malas! Haha. Bermakna lagi 16 hari lagi aku kena bekerja dan dan dan aku akan terima gaji pertama aku! Huahuahua! MyEm0.Com Bangga weh dapat duit atas hasil titik peluh kita! Haha *err act tak ada lah peluh sgt pun jaga kedai 2. Hehe.

Tapi habis bulan Januari bermakna makin dekatlah dengan results SPM! Owh Tidakk!! MyEm0.Com Aku takutlah bila terpikir pasal results SPM. Aku takut aku akan fail macam Ujian Teori Berkomputer aku baru2 nie. Ok ok. Aku fail untuk kali pertama. Tapi aku amik for the 2nd time dan results nya ialah

*wah, bangga weh! Haha

Macam mana pun, aku akan tetap berdoa moga2 results SPM aku tak teruk.

"..Ya Allah, Kau berilah kami keputusan yang terbaik. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Engkau berikan lah kami lulus Ya Allah dan janganlah Engkau berikan kegagalan.." Amin ~


Cakap pasal gaji, aku dengan Baby *kazen aku Siew Ting dan Gim May *teman sekerja aku dah start dah buat list nak buat apa dengan gaji kitorang. Haha. Tapi yang lebih teruja mestilah diorang bertiga sebab gaji diorang lebih tinggi dari aku. Aku buat part time jer. Hehe. Cukuplah 2 weh! Tak mau tamak-tamak! Haha. Tengoklah nanti aku nak buat apa dengan gaji aku 2. Maybe aku akan beli sandal dan kasut, beli baju sehelai dua, belanja family aku makan. MyEm0.Com Yang lain-lain tertakluk kepada keadaan semasa. Haha. Owh ya! Tak lupa jugak kepada Teh Herba Orang Kampung! Aku akan beli engkau sebab aku akan jadi kurus setelah minum engkau selama stok engkau masih ada. Haha. The Results after drink that tea is MyEm0.Com *aku tak mau cakap. Haha
Dah lama dah aku beli Garnier Pure Self-Heating Sauna Mask 2 tapi bilah nak pakai. Haha. Wah macam mak datin gitu. Haha MyEm0.Com
Sebelum aku mengakhiri entry kali ini, aku nak tanya korang semua nie MyEm0.Com Sapa die tahu nama dan tajuk lagu bagi lagu ini? Aku tak berapa ingat sangat lah lirik2 lagu itu tapi antara yg aku dapat tangkap ialah
mana janji mu mau sehidup semati
then die jugak ada sebut
akulah sementan
akulah sementan
*pebenda sementan 2?
Lagu ini selalu keluar kat Hotfm dan agak malang juga kerna aku tak dan jugak nak taw sape penyanyi dan tajuk lagu dier MyEm0.Com Huhu. Dan sapa tahu kat mana nak download lagu? Sila2 bagi link kat saya! Stok lagu saya sudah basi dengan lagu2 lama!
Sekian, wassalam.. ~
*post kali ini penuh dengan kartun2 yang bergerak. Haha. Tetiba rasa teruja bila tengok kartun yg comel sedang bergerak2. Haha


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts