[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, April 30, 2010

Contest Senyuman Paling Menawan :D


Salam. Hari ni aku nak buat tag contest. Erk? Ada ke istilah tu? Teeetttt ! Peduli apa aku?! Haha ;DDD

Act tag contest ini telah di war-warkan oleh Cik Chenta. Haha. Aku rasa aku nak join sebab aku ada banyyyaaaaaakkkkkkkkk gambar yang aku tengah sengih ! Haha ;DDD

Klik pada gambar di atas untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan. Hehe :)

Dan gambar yang aku pertaruhkan ialah gambar di bawah ini :D

Haha. Ini baru betul senyuman paling menawan ! Haha ;DDD

Nak tahu kenapa aku suka senyum? Hehe. Aku suke senyum sebab aku suka dengan aku punya lesung pipit ! Haha. Yeah ~ Sila jealous dengan aku sebab aku tahu hanya certain-certain orang je yang ada lesung pipit nie ~ Hehe. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana menjadikan hambaNya ini yang sempurna dan cukup sifatnya. Amin :)

Aku nak tag contest ini kepada
Fyra
Kak Ieeko
Kak Aishah
Kak Yana

p/s : Ya Allah ~ Mintak-mintaklah aku menang sebab aku tak pernah menang pun dalam apa-apa pertandingan di blogger ini. Amin ~ :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Hutang Tag T______T


Salam. Hari ini aku bukak je cbox lepas taip entry bawah ini, aku dapat 2 tag. Walaweh ~ Hurm ~ Buat kan je lah ~ Lepas ni tak nak buat dah. So jangan tag aku lepas nie. Muahahaha ;DDD

1st tag from Mr Wann

+ Adakah anda rasa happy sekarang?
Tak sebab hati tengah berdebar-debar menantikan keputusan UPU
+ Kenapa anda happy?
Hoi ! Ada aku cakap aku happy ker? Haha ;DDD

+ Apakah benda yang boleh buat anda happy?
- Cotton candy/Lollipop/Ais krim ^_^
- Lappy/Handphone :p
- A boyfriend ?? T_____T

+ Pernahkah anda menerima tag?
Tipulah kalau aku cakap tak pernah. Haha ;DDD

+ Nyatakan warna yang anda suka?
Something that colourful ! But I prefer white ! :))

+ 6 orang yang anda mahu tag?
- Cik Fyra
- Cik Eddy
- Cik Roy
- Cik Ieeko
- Cik Aishah
- Cik Yana

+ Sifat orang yang tag di atas
-Cik Fyra : Seorang yang cool
-Cik Eddy : Seorang yang sabar
-Cik Roy : Seorang yang sabar
-Cik Ieeko : Seorang yang hyperactive
-Cik Aishah : Seorang yang slumber
-Cik Yana : Seorang yang lembut jiwa

+ Soalan cepu emas. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Yes ! Of courselah ~ Insyallah ~ Lepas ini nak tingkatkan usaha lagi untuk dapatkan apa yang belum tercapai :)



2nd tag from Cik Azie
Tag ini pernah dah aku buat dulu di entry 3 Sahabat Karib. So aku buat je lah tapi dari 8 ke belakang ok? Hehe


Gambar kat atas ini ialah masa aku kerja lagi kat Kedai Kasut Viss. Hehe. Masa ini ada stok kasut baru sampai. So aku dengan kawan-kawan kerja aku berpakat, kitorang susun balik semua kotak-kotak tersebut ikut nombor die. Sebab masa customer nak kod kasut tue, susah nak cari. Hehe. Giler ~ Memang panas lah susun kotak-kotak tu sahaja. Dan pada hari itu jugak, aku amik overtime. Haha. Rajinkan aku bab-bab mengemas ini? Hehe


Rindu nak kerja balik sekali dengan Alya, Lala dan Baby

Our last hang out T______T


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Pemenang Contest Followers ke 500! :)


Salam. Hehe. Seperti yang telah kita ketahui, kita dah ada pemenang untuk Contest Followers ke 500 tu ! Yeah ! Sila tepuk tangan ramai-ramai ! Haha ;DDDD

Aku tak tahu lah kenapa aku rasa macam excited giler bila dah ada pemenangnya? =.="

Hehe. Bukak je Dashboard, terkejut aku tengok dah ada 502 followers. Haha. Terus aku bukak email dan tengok pemenang contest ni. Hehe.

Haha. Inilah bukti kepada kemenangan kepada teman blogger kita ini. Hehe

Ehem ehem. Dah dah dah ~ Seperti yang dijanjikan, aku akan promote blog dia dan entry aku kali ini. Hehe. Sesiapa yang tak menang tu, maybe nasib anda kurang baik kali ini. Tak pe ~ Lain kali cuba lagi ok? Insyallah ~ Kalau aku dah kerja nanti, aku buat contest lagi ok? *Ya Allah ~ Berapa tahun lagi lah aku nak kerja? =.="

Pemenang contest ini namanya Eddy. Tak tahu pulak aku nama betul die. Hehe. Tapi panggil die Eddy lah ~ :) Die ini seorang manusia dan berjantina lelaki. Eddy ni umur dia 24 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Tapi sekarang ini dia tinggal di Pontian, Johor sebab ikut mak ayah die yang bekerja sebagai polis. Takpe. Aku faham perasaan kena pindah-pindah nie sebab aku pernah dan sedang mengalaminya jugak. Huhu T_______T

Bila aku suruh die ceritakan pengalaman macam mana die boleh jadi followers ke 500, die cakap, masa mula-mula aku bagitahu ada Contest Followers ke 500, die asyik bukak blog aku je. Yelah ~ Masa tu followers aku ada 491. Haha. Agak-agak berapa kali lah Eddy bukak blog aku dalam masa sejam erk? Hehe

Dah rezeki dia kan? Akhirnya dia jadi followers aku yang ke 500. TAHNIAH ENCIK EDDY !!!! Dan seperti yang dijanjikan, aku dah letak banner dia di sidebar aku. Korang boleh lah klik banner tu untuk terus ke blog die ataupun klik sini. Haha ;DDD Tapi korang jangan maki hamun die sebab die menang contest aku ni sudahlah ! Kang aku cuuubbbbittttt kang pipi korang tue. Haha ;DDD

Haha. Oklah ~ Dengan ini secara rasminya Contest Followers ke 500 sudah berakhir. Insyallah ~ Kalau ada rezeki aku di lain hari, aku akan buat contest lagi. Hehe. Maybe Contest Online Facebook Sampai Lebam ? Haha ;DDD


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, April 29, 2010

Menghias Bilik Adalah Perkara Yang Senang ! :)


Contest Followers ke 500 masih berlangsung lagi. Sila klik di sidebar untuk maklumat lanjut :)

Salam. Hehe. Hari ini bangun-bangun dari tidur terus turun bawah. Mak aku tengah tengok TV. Dan bila aku turun, mak aku tengok jam pukul berapa dan tengok dekat aku sambil cakap "..Mama tak tahulah nak ucap selamat pagi ke atau selamat tengahari.." Haha ;DDD

Kali ini jeng jeng jeng ! Haha. Aku nak bagi tips dekat korang untuk hias bilik ! Haha. Hari tu kan aku dah bagi tips mengemas bilik. Hehe. Tapi sekarang ini bilik aku dah tak kemas dah T_______T

Ok ok ok. Bila bilik dah kemas tapi kurang bermaya tak ada guna jugak kan? Haha. Masa nak hias bilik, macam-macam kita boleh buat. Mengikut pengalaman aku lah semasa di asrama dulu, aku guna softboard, wallpaper dan kertas mahjong untuk hias bilik aku.

Bagi aku, apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk hias bilik, guna jer. Kadang-kadang, kalau kita gantung beg, topi, tali pinggang atau selendang pun boleh diibaratkan sebagai menghias bilik. Haha. Memang pelik tapi daripada biarkan bilik tu macam kosong dan tak bermaya, baik guna benda-benda tu kan? Hehe ;) So sape yang cakap hias bilik tu susah, meh meh sini aku cuuubiiitttt pipi die :)

Tapi kalau korang gantung baju, err ~ Aku tak berapa nak galakkan lah ~ Hehe

Yang ini contoh bilik aku semasa aku di asrama. Tengok ~ Aku gantung beg, aku tampal kertas mahjong dan wallpaper dan aku guna softboard. Dengan adanya benda-benda macam ini, bilik korang akan kelihatan 'lain daripada yang lain' Hehe

Tapi ada satu lagi cara yang boleh korang praktikkan untuk hias bilik korang. Hehe. Korang boleh tampal sticker ! Haha ;DDD Act sticker ni dah lama dah di pasaran cuma aku je yang baru nak guna. Hehe

Sticker ni ada jual di mana-mana. Kalau di Kota Kinabalu ni, ada di City Mall dan Pasar Gaya. Kalau di tempat-tempat lain, aku tak pasti sangat ada jual kat mana tapi cubalah cari kat kedai alat-alat tulis. Mungkin ada kot :)

Aku pilih corak nie ^_^ Hehe. Act ada macam-macam corak taw ~ Ada bunga, rama-rama, kucing, kartun-kartun. Kalau perempuan sesuailah tapi kalau lelaki aku tak sure sangat ada tak corak-corak yang macam boyish sikit. Hehe. Aku beli ni kat Pasar Gaya dengan harga RM 7.90

Tengoklah ~ Kosong jer ~ Aku bangun tidur pun rasa tak bersemangat sebab tak ada benda. Yang ada hanyalah dinding kosong berwarna putih. Walaweh ~ Bosan lah ~ Haha

Dengan menggunakan sticker tue, aku tampal lah ~ Fuhhh ~ Hampir sejam jugak lah aku duk tampal sticker tu kat dinding. Haha. Berpeluh-peluh aku. Aku tampal ini pun sebab mak aku dah bising "..Sara, bila nak tampal sticker tue?.." Ya Allah ~ Malasnya nak buat. Haha ;DDD

Tarrraaaa ! Haha. Inilah hasilnya selepas aku tampal sticker-sticker tue. Hehe. Yang gambar kucing tu yang paling aku geram sekali. Haish ~ Susah giler nak tampal kau. Nasib baik lah kau tu comel, kalau tak dah lama aku buang. Haha ;DDD

Act aku nak tampal di tengah-tengah taw ~ Tapi mak aku cakap takut halang kiblat masa nak sembahyang nanti. So aku buat je lah kat tepi tu sikit. Hehe :) Tetiba teringat dekat kucing aku di Terengganu. Oh Comel ! Rindu engkau lah ~ T____T

Gambar jarak dekat. Hehe. Ok lah tu kan? Oh mesti korang tertanya-tanya kan macam mana aku boleh tampal sticker dengan macam ini. Act kat belakang sticker tu, dah ada dah guide yang dia bagi untuk sticker-sticker ni. Hehe. Macam yang aku beli ini, macam inilah corak die. Hehe

Sooo aku rasa itu je kot tips-tips nak hias bilik. Haha. Kalau nak lebih extreme lagi, korang boleh guna kotak rokok untuk brother-brother yang kuat merokok dan duit syiling untuk sesape yang kaya. Haha

Yang ini kes merokok dari bayi lagi ker? Banyak bebenor kotak rokoknya ~ Tak sayang jantung ker? :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

500 Followers. Siapa yang bertuah? :)


STICKY NOTES !!!


Salam. Wah wah wah ~ Tadi aku bukak je FB, macam-macam benda kawan-kawan aku duk cakap. Tapi yang paling aku terkejut sekali, cikgu aku pun ada baca blog aku jugak. Dan yang paling mengharukan aku ialah bila cikgu aku cakap macam ni "..Mai, i like you blog. Interesting to read.." Walaweh ~ Sedikit perasaan bangga di situ ~ Haha ;DDD


Cikgu cikgu cikgu, ada tak sebelum ini saya cakap saya sayang kat cikgu? Haha ;DDD


TEEEEEEEEEETTTTTTTTT !


Ok dah dah dah ~ Sebenarnya aku nak anjurkan satu contest nie. Hehe. Terhad kepada satu pemenang je taw ~ Hehe. Sape cepat die dapat ! Haha

Berita baik ini aku tujukan KHAS kepada sesape yang belum follow blog aku. Hehe. Yang dah follow tu, mintak maaf yer ~ Hehe

Seperti yang semua orang sedia maklum, followers aku dah ada 491. Jadi aku nak mencari followers aku yang ke 500 ! Haha.

Syarat-syaratnya ialah ;
  • mesti ada blog yang mudah aku nak singgah
  • seorang manusia
  • tak kisah lelaki atau perempuan
  • dah jadi 500 tue, kena tinggalkan link di cbox aku dengan ayat "..AKU LAH FOLLOWERS KE 500!!!.." sebab senang aku nak singgah dan detect. Hehe *Macam poyo je ayat tue. Haha ;DDD

Kelebihan yang bakal diterima kepada followers aku yang ke 500 ialah:
  • boleh exchange link dengan aku
  • aku akan promote blog dia di entry aku
  • topup RM10 dimasukkan ke dalam akaun anda ! Celcom atau Maxis jer. Yang lain aku tak layan. Haha ;DDD

Ok. Apa yang perlu dilakukan senang jer. Bila dah jadi followers yang ke 500, print screen sebagai bukti dan email kan kepada cheekywinx92@gmail.com. Kalau nak bagi nombor telefon sekali pun tak pe. Kalau tak nak bagi pun tak kisah. Insyallah ~ Aku akan buka email aku sebab aku ni jenis yang malas nak bukak email! Haha

So apa yang ditunggu lagi ! Refresh kan lah page anda berulang kali supaya anda dapat menjadi followers yang ke 500 ! Haha ;DDD

Cepat cepat cepat !
Terhad kepada seorang pemenang je !
Siapa cepat, dia dapat !
;DDD






TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, April 28, 2010

I Like You But . . .



It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.


p/s : Believe it because I am the victim and its really hurts :")


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Formspring] Tanyalah Banyak-Banyak!!!


ARGGGGGHHHHHHHHH !!!!!!!

Macam itulah yang aku rasa tahu tak? Bosannya Ya Allah ~ T______T

Apa nak buat hari ini?

Nak keluar, hujan.

Nak melepak, tak ada sape nak hantar.

Nak makan, malas nak masak.

Nak mandi, sejuk.

Nak tidur, tak mengantuk.

Nak mesej, orang tak balas.

Nak tengok TV, tak ada cerita.

Nak update blog, baru je update.

Nak chat, tak ada mood

Kawan-kawan, tolong hiburkan hati aku ini boleh tak?



















































HAHAHAHAHAHAHAHAHA !!!



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Song Review] My All - Mariah Carey











I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't
let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

[Chorus:]
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

[Chorus]
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all your love tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all your love tonight

Give my all for your love
Tonight



p/s : One of my all time fav song. Saje-saje je nak post kat sini lepas Adira nyanyi kat Konsert AF baru-baru ini. Hehe :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, April 27, 2010

Kisah Ah Chong dan Pengajarannya


Salam. Wah wah wah ~ Banyak respon yang aku terima dari teman blogger dan kawan-kawan aku di FB. Rata-ratanya mengatakan lawak, mengarut dan tak logik. Seee ~ Told ya ! Haha ;DDD

Kalau sesape yang belum baca part 1 punya, sila klik sini. Kalau tak, korang tak kan faham baca yang bakal aku tulis nie. Hehe. Wah ~ Ada part 1 and part 2 pulak mamat Ah Chong nie. Haha ;DDD Tak pasal-pasal kau terkenal :p

Semalam, dia hantar mesej kat aku di FB. Masa tu aku tengah bantai gelak dengan kawan-kawan aku di FB pasal nie dan tengah bergaduh dengan Yakuza. Haha. Pasal Yakuza tu nanti aku bagitahu ~ Baru aku sedar, banyak nya cerita aku nak tulis. Haih =.="


Ah Chong : Bagilah nombor phone pun. Aku dah nak log out pun
Aku : Lah ~ Aku tak nak bagi lah
Ah Chong : Tak pa lah ~ Aku nak log out
Aku : Lah ~ Awal sangat nak log out. Ok ok
Ah Chong : Esok aku nak kerja lah. Lagipun awak tak ada perasaan dengan aku kan?

Walaweh ! Macam mana lah aku nak jatuh cinta dengan kau hah? Kenal baru 24 jam dah mula mengarut-mengarut. Hish ~

Aku : Owh. Kerja lah elok-elok. Macam mana aku nak ada perasaan dengan kau? Kita kan baru kenal
Ah Chong : Yelah ~ Sekurang-kurangnya bagi la no phone. Boleh jugak timbul perasaan tue

Haha. Masa ni badan aku dah bergetar macam kejutan elektrik sebab gelak punya pasal. Walaweh ~ Kalau perasaan tu timbul ok lah jugak. Tapi kalau perasaan tue asyik tenggelam jer, sape nak jawab? Haha ;DDD

Ah Chong : Yelah ~ Aku bukannya selalu on9. Ni pun sebab awak aku on9. Tapi kalau awak tak nak bagi jugak, tak pe lah ~ Aku nak log out

Ceh ~ Dari tadi nak log out, tapi tak pun ~ Cakap tak serupa bikin!

Ah Chong : Bagi je lah ~ Boleh jugak mesej. Ni kalau aku on9, aku tak cukup tidur tau?
Aku : Then kalau aku bagi no phone, kau akan mesej-mesej dengan aku. Tak cukup tidur jugak kan?

Haha. Amik kau ! Kalau aku bagi no HP, sure mesti dia akan kacau aku punyer ~

Ah Chong : Kita mesej la dari pagi sampai 11 malamKAH KAH KAH ! Wahhhh ~ Hebakkkk mu ! Dah set dah time nak mesej sampai pukul berapa. Haha. Kau ni memang perancang masa terbaik lah ! Haha ;DDD Pak cik ni pun bantai gelak kan kau ! Haha ;DDD

Aku : Macamlah aku ada kredit banyak nak mesej dengan kau. Kau ni kenapa hah? Takut aku. Kau tipu aku yer? Aku tak percaya
Ah Chong : Apa lagi yang aku nak tipu ni. Nanti aku transfer lah. Bagi lah ~ Aku dah nak log out nie

Haha. Banyak nya duet die nak transfer kat aku ! Haha ;DDD Dari tadi nak log out, tapi tak punnnnnn ~ Haih ~

Aku cakap lah aku memang tak nak bagi. Yelah ~ Aku rasa memang tak percaya dekat die. Rasa macam die memang nak kenakan aku jer. Die pujuk aku tawww ~ Haih ~ Nasib baik otak aku ni berfikir dengan pantas. Muahaha ~ ;DDD

Ah Chong : Tak pa lah. Kau buang lah aku dari rakan tue. Tak payah nak fikir nak bagi ke tak ok?

Wahhhh ~ Seems to be that mamat ni merajuk lah ~ Yang aku tak tahannya, asal pulak tetiba dia cakap aku nak remove die dari friendlist? Aku tak ada cakap pun. Hehe

Aku : Apa pasal kau ni emo sangat hah?
Ah Chong : Bukan nak emo. Tapi aku cakap terus terang kalau nak on9 ni aku tak suke. Tak percaya sangat dengan chat-chat nie

Haha. Kalau tak percaya dengan semua ni, asal kau buat FB hah? Lepas tu boleh pulak main add-add orang pulak tue. Haha. Haih ~ Mamat ni memang lah ~ :)

Aku : Ada aku buang ker? Yang kau emo sangat ni kenapa? Kau nak no HP aku kenapa? Tak faham aku
Ah Chong : Aku dah jatuh hati kan. Dah berapa kali aku nak cakap tue. Aku nak nombor kau sebab senang nak mesej. Tak payah buang masa nak on9.
Aku : Semudah itu kau jatuh hati dengan aku? Mustahil

Kihkihkih ~ Aku saje je nak kenakan die. Haha. Aku nak tengok apa reaksi die. Hehe

Ah Chong : Yelah ~ Please. Aku tak nak buang masa di kedai nie.
Aku : Kau balik rumah dulu, tidur sebab esok kau kerja. Nanti aku pertimbangkan balik ok? Jangan paksa aku buat benda yang aku tak nak buat ok?

Masa ini aku dah macam naik bosssaaaaannnnn dengan mamat nie. Tak faham ke bahasa aku hah? Haih ~

Ah Chong : Aku tak nak fikirkan pasal kau lagi. Bye. Tak payah pertimbangkan lagi
Aku : Ok fine. Kalau itu yang kau mahukan

Demikian lah tadi drama sebabak antara aku dengan Ah Chong. Anda puas hati ? Weh, asal korang tak menangis hah? Ni kisah cinta yang sad ending tawww ~ Seharusnya korang kenalah menangis. Haha ;DDD

Dan pagi tadi, bila aku pergi ke profile die,


KAH KAH KAH !
Dia remove aku dari friendlist die~ Hurm ~ Ok la ~ Aku pun tak nak add die. Hehe. Biarlah benda ini akan menjadi sejarah terhebat dalam hidup aku. Haha.





Dari apa yang aku kena ni kan, aku dapat satu pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dengan orang yang kita baru kenal atau senang cerita, orang di alam maya nie. Sebab sekarang ini, macam-macam boleh berlaku kan? Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan jadi apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah berhati-hati.

Kalau betul lah ada orang minat kat kita, dia tak kan buat macam tue. Bagi aku, seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta pada si perempuan akan sentiasa bersabar dengan karenah si perempuan. Si lelaki akan menunggu si perempuan walau apa pun yang berlaku.

Tapi Ah Chong ini? Haha. Aku tak bagi nombor telefon, terus merajuk. Remove aku dari friend die. Wahahah ~ Kesian lah kat kau ~

Kawan-kawan aku ada yang mintak FB die. No ~ Aku tak kan bagi. Kepada Nescafe 3 in 1 je aku bagi kat die. Atleast dia tahu pasal nie kalau ada apa-apa berlaku. Aku tak nak kawan-kawan aku yang lain terkena. Kalau yang dah tahu pasal ini, tak pe lah ~ Tapi kalau ada yang mudah percaya nanti, kan naya. Aku tak nak kawan-kawan aku jadi mangsa macam ini.

Soooo begitulah pengakhiran cerita sadis antara aku dengan Ah Chong. Aku tak tahu lah kot-kot lepas nie dia nak kacau aku ke tak. Harap-harap tak lah ~ Aku tengok kawan die pun baru 64. Die ni jenis add dan remove orang kot? Hurm ~


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Menegur Orang Itu Adalah Baik Tetapi Janganlah Terlalu Over


Salam. Aku tak tahu kenapa dengan semua orang sekarang ini?

Baru-baru ini, kawan aku yang paling aku sayang, Si A update status die. Aku tak berapa ingat dah tapi maksudnya macam "..Kalau nak kutuk orang tu agak-agaklah.." Masa aku baca tue, aku just commet "..Apahal nie? Cerita lah ~.." Tapi masa tu aku tak terlintas langsung pasal semua ini.

Then semalam, my roomate post status macam ini "..thank to 'ALL' for making my girlfie ________ deleting her FB ! p/s : purliz take a sec n think bout others' feeling first !.."

Si A dan roomate aku ni satu geng since dari Form 4 lagi dan masih bertahan sampai lah sekarang. So secara tidak langsung aku pun rapat jugaklah dengan Si A nie.

Wah ~ Apa kes ini? Aku pun baca komen sorang-sorang sebab masa tu dah banyak giler komen-komen dari budak-budak gurl sekolah aku. Aku ingat nak tanya Cik Fyra tapi nampaknya die ketinggalan jugak =.=" Haih ~ Selalunya kau kan tahu pasal semua benda macam ini.

Aku pun on9 YM. Kebetulan aku tengok kawan aku, Si L yang merupakan teman rapat kepada Si A dan roomate aku on9. Aku pun apa lagi ! Tanya lah itu ini dan Si L pun ceritakanlah segala-galanya ~

Serius cakap, aku betul-betul bengang. Dan yang paling aku terkejut jugak ialah salah seorang budak lelaki yang terlibat dalam hal ini ialah yang aku anggap budak lelaki yang paling rapat dengan Si A dan roomate aku masa kat sekolah dulu.

Aku tak tahu nak cakap apa. Kalau aku sound lebih-lebih kan, aku yang kena. So apa yang aku boleh buat ialah, bagi support kat kawan aku Si A tue. Aku mesej dia malam tadi dan pagi tadi. Tapi dia tak balas. Its ok lah ~ Aku faham dengan keadaan die sekarang ini. Aku dapat tahu, dah 2 hari dah die menangis bila teringat pasal nie. Kesian kat die ~

Kepada budak-budak yang kutuk kawan aku tue, sedar-sedar lah ~ Kalau korang nak tegur die pun, jangan lah sampai nak malukan die. Dah lah terlalu open taw ~ Semua orang boleh baca. Dan sebelum korang kutuk orang lain, cermin dulu diri sendiri. Kalau nak tegur tu, boleh tapi jangalah terlalu over sampai buat orang terasa hati.

Kepada Si A, aku dan kawan-kawan yang lain tetap ada untuk kau. Dont worry. Aku terima kau dengan seadanya. Aku tak kisah pun kalau kau nak buat itu ini. Sebab itu hak kau kan? Kitorang yang ada ni hanya boleh bagi nasihat je, yang lain terpulang kepada kau.

A, walau apa-apa pun yang berlaku, aku dan kawan-kawan yang lain ada untuk kau. Kitorang sokong kau. Kau kena ingat tue. Janganlah terlalu sedih. Nanti monyok je muka kau tue. Kalau perlukan bantuan, aku dan yang lain-lain ada kat sini. Kau tahu kan nak cari kitorang kat mana?

Sayang kau A! *HUG*


p/s : Tak ada niat nak kutuk sapa-sapa. Hanya luahan hati jer ~


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, April 26, 2010

Budak Ah Chong Yang Sudah Jatuh Cinta :)


Salam. Wah wah wah ~ Aku rasa sungguh-sungguh teruja dengan komen-komen yang ada dekat entry ini. Haha. Ok ok ~ Ni yang aku rasa bersemangat nak cerita ini. Hehe :p

Aku bukan nak malukan die ok? Aku hanya nak memberitahu yang cerita kat bawah ini, pada pandangan aku, memang tak logik. Bagi aku lah ~ Tapi tak tahulah bagi korang pulak kan? Hehe

Hish ~ Tetiba pulak hati aku jadi berdebar-debar. Haha ;DDD

Semalam, dalam pukul 12+ ada orang add aku di FB. Haha. Aku memang nak tergelak bila teringat balik pasal cerita ini. Haha. Aku namakan dia ermm ~ Ah Chong lah memandangkan muka dia ada Chinese look sikit-sikit ~ Senang sikit nak cerita kat korang. Haha.

Aku app je lah ~ Hish =.=" Tengok lah satu hari nanti, aku akan remove friends di FB yang sombong dengan aku. Nak add sangat tapi tak pernah pun nak tegur aku. Bila aku comment status dorang, boleh pulak cakap "..Do I know you?.." Hish ~ Ketuk pale kang baru tahu !


Berbalik kepada cerita Ah Chong, tak lama lepas aku app die, die hantar mesej kat aku melalui FB. Aku balas je lah kan? Dia ni budak Sabah dan aku rasa die kerja minyaklah ~ Walaweh ~ Banyak dueettt tueeee ~ Haha ;DDD

Dia add aku sebab tengok Current City aku Kota Kinabalu tapi bila dia tanya aku kat mana, aku cakap aku kat Kuala Terengganu sebab Hometown aku kan kat Kuala Terengganu. Ngeh ngeh ngeh ~ :p

Mesej-mesej dan dia tanya ;

Ah Chong : Oww.. Awak masih single eh? Tipu ja kan?
Aku : Hah? Erm susah nak cakap pasal tue. Hehe. Tak taw lah masih single atau tak.
Ah Chong : Awak cakap la betul-betul. Masih single atau tak. Aku betul-betul nak tau.


Aku dah hairan dah masa mamat ni tanya. Muahaha ~ Bersungguh-sungguh nampaknya. Tapi masa ini aku rasa macam serabut giler nak jawab soalan B*D*H die tue. So aku balas macam ni jer ~

Aku : Act saya tak suke orang tanya soalan tu kat saya. Harap awak faham :) Maybe satu hari nanti saya akan jawab

Done ! Senang ~ Aku ingat dah cukuplah tu aku bagi jawapan standard artis kan? Haha.

Ah Chong : Ok tapi awak kena janji jangan cari BF. Boleh tak?

Terus aku gelak-gelak masa nie. Haha. Apa ke benda punya permintaan nie? Kalau mintak aku topup ker, belanja aiskrim 20 sen ker, boleh aku consider lagi. Haha ;DDD

Aku : Hah? Asal pulak saya kena janji jangan cari BF? Kenapa? *Muahahahah ~ Saje tanya nak tengok jawapan die. Kadang-kadang aku akan naik hantu bila bab-bab macam nie. Haha

Ah Chong : Sebab aku dah jatuh hati dengan kau. Jangan cari ok?

Apa lagi ! Tergelak aku depan lappy aku nie. Sakit perut aku duk gelak perlahan-lahan sebab kalau aku gelak kuat-kuat kang, parents aku tanya itu lah ~ ini lah ~ Haha. Tak sanggup aku nak jawab. Haha ;DDD

Aku : Lah ~ Kita baru kenal beberapa minit, kau sudah jadi macam ini. Aku tak percayalah ~ *Wah ~ Aku sengaja cakap macam ini sebab nak tengok dia cakap apa. Haha

Ah Chong : Yelah ~ Tapi aku betul-betul jatuh hati. Nak buat macam mana kan? Tapi betul ni ~ Hati aku tak boleh tipu. Aku dah jatuh hati
KAH KAH KAH KAH ! Aku balas lagi ~ Haha ;DDD


Aku : Hah? Kalau kau jatuh hati dengan orang lain, aku boleh percayalah ~ Baguslah tu kalau kau dah jatuh hati dengan orang tue
Ah Chong : Awak la orangnya yang buat aku jatuh hati. Please jangan cari BF ok?
Aku : Ah ~ Mengarutlah kamu. Baru beberapa minit kenal, dah jatuh hati. Baru sangat-sangat lah weh !
Ah Chong : Tapi tak salah kan? Aku berani bersumpah taw ~ Aku memang dah jatuh hati dengan kau


Walaweh ~ Bersumpah-sumpah pulak mamat nie. Ada lagi taw ~ :D

Ah Chong : Sumpah demi Allah ~ Aku dah jatuh hati la awak ~

Aku dah tak ada modal dah masa ni sebab masa aku balas-balas mesej ini, aku tengah bergaduh dengan Luqman. Sooo fokus utama aku masa ini mestilah pada Luqman sebab aku nak menang! No way ~ Aku tak akan benarkan Luqman menang.

Aku tanyalah dengan Ah Chong. Aku pelik betul-betul dengan die nie. Main tetiba je jatuh hati. Hish ~ Tak percaya aku. Come on lah ~ Lainlah kalau kita ini pernah berjumpa kan?

Ah Chong : Yelah ~ Nak buat macam mana. Aku juga ada hati *Kau ingat kau sorang ada hati? Ayam belakang rumah Cina kat belakang rumah aku pun ada hati jugak ! Haha ;DDD

Ah Chong : Sebab hati aku dah pilih awak untuk aku jatuh hati. Aku nak mintak no HP kau boleh? Nanti aku call awak esok bila aku on9

Eh eh eh ~ Nak mintak no HP pulak ~ FYI, aku ni jenis susah sikit nak bagi no HP. Hanya certain-certain orang je yang aku rasa aku boleh percaya, aku bagi num HP aku. So the answer is of course lah NO !

Ah Chong : Bagi je lah ~ Boleh kita mesej. Kalau aku nak on9, aku nak chat dengan kau jer ~

Then ada lah blah blah blah pasal aku dengan die. Aku tak nak bagi tapi die nak. Hish ~ Babey betul lah ~ *Babey in Kelantanese means Degil :)

Aku : Tak payahlah. Aku tak suka. Jangan paksa aku. Aku harap kau faham.
Ah Chong : Tapi awak janji tak kan cari BF ok?

Haha. Tetiba aku rasa macam aku nak uji 'perasaan' die kat aku. Haha.

Aku : Kalau aku cari BF jugak?
Ah Chong : Jangan lah ok. Aku janji aku akan cinta kau sepenuh hati.

KAH KAH KAH KAH !!!! Masa ini aku dah terguling-guling dah atas tangga sebab gelak punya pasal. Aku gelak sebab aku rasa kelakar. Aku rasa kelakar sebab aku rasa benda ini tak logik. Aku rasa benda ni tak logik sebab aku dengan die baru sangat-sangat kenal!! Haha. It was soooo RIDICULOUS !!



Aku : Hah? Tengoklah dulu ~ *Masa ini aku dah bosan dah ~
Ah Chong : Pleaseee. Aku just nak menyayangi seseorang yang betul-betul buat aku jatuh hati
Aku : Lorh ~ Apa kena dengan kau nie? Rilex-rilex ok? Jangan kalut sangat
Ah Chong : Hehe. Yelah tu ~ Tapi aku cakap jujur ni

OMG ! I have nooooo idea about this guy ! Act panjang lagi taw perbualan aku dengan die cuma aku skip-skip jer. Giler kau nak aku copy and paste semuanya? Haha. Tak payah lah ~ Kang muntah hijau pulak korang. Haha ;DDD

Well ~ Aku nak cakap apa? Aku tak ada benda nak cakap. Bagi aku, dia hanya nak main-main je tue. Lagipun die tu lebih tua sikit dari aku. So aku rasa die just nak kenakan aku jer.

Macam aku cakap awal-awal tadi, aku tak ada niat pun nak malukan die. Kalau aku nak malukan die, dah lama dah aku cakap nama die dan tunjuk gambar die. Aku faham hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi dalam kes macam aku ini, aku rasa sangat-sangat mustahil =.="

Tapi kalau betul lah kan, aku hargai perasaan die tapi ~ aku still rasa macam itu semua tipuuuu jer ~ Tengok lah dulu macam manakan? Aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Hurm ~

So what I must say? Hurm ~ (-________-")


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Love At 1st Sight?


Salam. Hurm ~ Korang percaya tak kepada love at first sight?? Alah ~ Cinta pada pandangan pertama? Huhu ~ Korang percaya tak? Tak percaya?

Ok lah ~ Kalau percaya, kenapa? Apa yang boleh buat orang tu jatuh cinta pada pandangan pertama jer?

Kalau jumpa dengan orang tu secara berhadapan, bolehlah aku terima kalau orang tu jatuh cinta kan. Yelah ~ Tengok dia depan mata, perhatikan tingkah laku dia, dengar percakapan die. Aku boleh consider lagi lah kalau itu yang menyebabkan love at 1st sight.
























Tapi yang aku nak cakap kan ini adalah ~
Dengan hanya tengok gambar profile kita di Facebook
Aku ulang
Profile picture di FB !
Dah boleh orang buat jatuh cinta ker?
Dan terus dia add kita
Hantar msj di FB
Dan cakap
"..Aku sudah jatuh hati dengan kau.."



























































Terus aku gelak guling-guling atas lantai ~
MyEm0.Com










































Friends, could you pleaaseeeeeeeeee give your opinion for this topic ;
Do you believe in love at first sight? And why?




Thanx !
For those yang answer, aku bagi kredit RM 0.20 kat korang ;DDD













p/s : Aku ada cerita sebenarnya di sebalik pertanyaan aku ini. Kalau banyak respon, aku tulislah cerita itu kat blog. Haha ;DDD Nonsense :p Even budak ni pun gelak bila aku cerita pasal nie. Haha ;DDD


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, April 25, 2010

Love Test


Salam. Amboi amboi amboi ~ Bila baca tajuk entry, terus bersemangat nak baca. Haha. Ok ok ~ Aku faham sebab aku pun macam tu jugak ! Haha ;DDD

Aku singgah kat blog Cik Fatin nie. Hehe. She is my ex-classmate masa aku Form 3. Hehe. Dia ada postkan pasal love test. Hehe. So aku rasa macam nak berkongsi jugak. So here it goes ! ^_^


Kenapa anda memilih pasangan anda?
Sila jawab dengan jujur. Kalau tak, tak aci lah macam tue !



Semua perkara kat bawah ini berlaku serentak ;
  1. Air mendidih di dapur
  2. Air paip melimpah di bilik air
  3. Bayi menangis
  4. Telefon berbunyi
  5. Ada orang ketuk pintu

Korang kena selesaikan perkara-perkara kat atas nie. Soooooooooo, pada pandangan korang, yang mana satu kena selesaikan dulu. Sila susun ikut turutan. Hehe


And my answer is ; 4 5 1 2 3


Dan analisanya ialah ~ Hehe *jeng jeng jeng ! ;DDD


Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih ;
+ anda mementingkan keselamatan dan kebolehan si dia untuk membimbing anda


Kalau anda memilih menutup air yang melimpah di bilik air ;
+ anda mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis ;
+ anda mementingkan cinta dan kasih sayang


Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berdering ;
+ anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda


Kalau anda memilih untuk membuka pintu ;
+ anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda



"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies."



Eh eh eh ~ Korang punya jawapan apa? Sila-sila lah kongsi ! ^_^
Alah ~ Tak payahlah percaya 100%. It just for fun

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, April 24, 2010

Akhirnya Baju Itu Milikku ! :D


Salam. Hari ini aku sangat-sangat gembira. Wakaka ~ Kerana apa? Hehe. Teruskan membaca :)

Pagi-pagi lagi mak aku dah kejut. Grrr ~ Aku dah lah mengantuk giler memandangkan malam tadi aku tidur pukul 4+ am. Tu pun mujur lah ada bunyi ayam berkokok. Kalau tak, mau aku tak tidur :p

Dah bangun, aku ingat terus lah siap-siap kan nak pergi keluar. Alih-alih, dekat pukul 12 baru keluar. Haha. Serius cakap lah ~ Aku rasa boring pergi jalan-jalan tanpa adik aku di sisi untuk bercakap-cakap dan bergurau-senda.


Pergi City Mall jer. Kebetulan adik aku call. Haha. Tukar-tukar cerita. Grrr ~ Aku memang mengantuk + bosan masa tue. Dah lah kaki aku lenguh. Soooo untuk hilangkan kelenguhan kaki aku ini, aku pergi berurut guna mesin kaki kat Osim. Haha. Nasib baek tokey die tak marah. Wakaka ;DDD

Makan-makan. Lepas tu aku cakap lah kat ayah aku nak beli baju yang aku berkenan tempoh hari. Baju tu aku dah lama berkenan dan kebetulan ada sale, Buy 1 Free 1. So haruslah aku beli kan? Hehe

Yelah ~ Dulukan aku ada cakap aku nak beli baju tu tak tapi tak dapat. Hehe. Soooo atas permintaan Cik Nana kita, aku letak lah gambar baju aku tu :)


Alhamdulillah ~ Dapat jugak aku beli baju nie. Jenama Goggles. Haha. Senang, simple dan selesa. Haha. Oleh itu rakan-rakan semua, amalkan konsep 3S ini ok? Haha ;DDD Itu pun selepas baju itu 'ditapis' oleh ayah aku dulu. Hehe.

Walaweh ~ jalan-jalan sekejap lepas tu balik. Masuk je dalam kereta, dengan enaknya aku kuak lentang kat belakang tue. Haha. Penat lah weh ~ Kebetulan pulak masa tu hujan, ditambah-tambah lagi dengan aircond kereta dan perut yang kenyang, mau taknya aku tak tidur kan? Hehe

Muka happy dapat beli baju baru :p


p/s : Rindu nak pergi shopping dengan Cik Fyra T_____T


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts