[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, June 26, 2010

Imbas Masa Lalu Sebelum Ucapkan Selamat Tinggal T__T



Salam.
Entry mengenang masa lalu ~


Lepas SPM, aku bersorak happy. Hu Ha Hu Ha. Balik rumah, mengon9 kan diri sampai lebam. Main itu ini. Masa tu FB baru naik. Masa tu jugak aku mula bergiat aktif dengan blog secara langsung dan sepenuh masa


Pagi petang siang malam. Internet je kerjanya ! Chat dengan kawan-kawan sekolah lama dan baru. Bertukar-tukar cerita. Masa tu masing-masing merilexkan diri. Nak tebus balik masa SPM lepas. Katanyaaa ~


Lepas tu masing-masing sibuk buat lesen kereta dengan motor. Bila nak test JPJ, masing-masing berdebar-debar. Takut fail. Lepas tu berduyun-duyun bagi nasihat suruh bersabar, wish good luck padahal orang yang bagi nasihat tu pun fail jugak test JPJ. Haha :D Akulah tu =.="


Bila dah dapat lesen, masing-masing berlagak sebab dah ada lesen. Pergi situ sana sini. Haih =.=" Lepas aku lulus test JPJ, sticker P pulak aku tak taw nak cari kat mana. Habis tu, apa gunanya aku ada lesen P? Haha :D


Kawan-kawan aku suruh lukis P tu dengan crayon dan pensil warna lepas tu tampal dekat kereta. Bagus punya idea =.="


Lepas tu results SPM keluar. Masa ini berdebar tak payah cakaplah. Bila dapat results, perasaan tu tak payah cakaplah. Ada yang sedih dan ada yang happy. Aku? Sedih lah sikit ~ Bila fikir pasal masa depan, cuak jugak =.="


Lepas tu sibuk isi borang UPU. Kod itulah ~ Kod inilah ~ Masyallah ~ Pening giler kepala masa tu. Lepas tu kat situ sana sini sibuk duk buat ekspo pendidikan. Nasib baik kat Terengganu ni selalu ada ekspo pendidikan. Makanya, peluang yang ada, perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya ~ :D Isi borang tu, isi borang ini


Dapat tahu matrix. Hailoh =.=" Masa ini perasaan memang nak sangat-sangat pergi matrix sebab fikir itu adalah jalan pintas. Tapi bila fikir matrix dapat kat tempat nunnnnnnnn jauh di utara, parents pulak tak berapa nak lepas. Haih ~ Dilemma betul aku masa tu. Menangis siang malam. Hati ni gundah gulana. Kalah orang yang putus cinta :D


Dalam masa yang sama, keputusan UPU pulak keluar. Nahh ! Allah tu dengar permintaan hamba-hambaNya. Alhamdulillah ~ Aku dapat kos yang aku nak. Bersama teman rapat aku, aku dengan die sama-sama berkongsi cita-cita yang sama iaitu untuk mengejar ke bidang perundangan.


Tapi sapa sangka. Keputusan kawan aku yang secara mendadak untuk pergi ke matrix betul-betul melemahkan aku. Aku sedih sangat-sangat masa tue. Tapi bila fikir masa depan, aku turutkan jua untuk ke jurusan yang aku pilih


Masa sekarang


Mungkin ini adalah entry terakhir aku sebelum aku masuk UiTM Dungun :D Hehe ;p Sedih? Adalah jugak kan sebab kena tinggalkan rumah, lepas tu nak berpisah dengan parents lagi kan. Sapa tak sedih? Tapi kalau tak pergi tuntut ilmu, apa akan jadi dengan masa depan aku?


Walaupun aku bakal amik diploma jer, takpe. Aku tak kisah. Sebab aku dapat kos yang aku nak iaitu Pentadbiran Awam. Insyallah ~ Kalau aku berjaya dalam study, aku bakal dapat kerja dengan kerajaan. Mungkin orang tak kan nampak buat masa ini, tapi takpe. Akan aku buktikan !

Kepada korang semua di blogger, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab teman aku sepanjang enam bulan aku bercuti nie. Haha :D Memang best sangat sebab makan tidur dan online jerrr ~


Apa-apa cerita yang aku ada, aku kongsi dekat sini dan yang paling aku happy, cerita-cerita aku tu, dapat respon yang positif dari korang semua. Terima kasih korang :D Walaupun hanya sepatah perkataan sahaja tapi aku gembira bila korang gembira jugak :D


Haish ~ Rasa sedih pulak nak tinggalkan blog ini sebab dengan blog inilah aku cerita segala apa yang aku rasa. Gembira, sedih, geram, marah ~ Semuanya ada. Dengan korang semua yang bagi support dekat aku time aku down, rasa macam berat sangat-sangat T____T


Kepada sesiapa yang request tutorial tu, aku tak dan nak buat. Maaf yer ~ Nanti aku ada masa, aku cuba tulis satu-satu. Kalau aku ada masa, aku blogwalking blog korang. Kalau tak, harap maaf ~ Walaupun aku jarang-jarang update lepas ini, janganlah terus lupakan aku weh ! Meh lah jenguk-jenguk tutorial yang aku bagi tu atau tulis nama korang dekat bloglist aku. Hehe :D


Korang, aku minta maaf yer kalau selama ni aku ada buat jahat dengan korang. Kot-kot lah tersalah cakap atau tulis sampai ada yang terasa. Aku tak ada niat pun nak buat macam tue. Maybe kebetulan kot =.="


Korang, doakan aku yer kat U nanti? T____T Aku nak tebus balik apa yang aku dah buat masa SPM. Aku banyak main-main. Tak fokus dengan study. Aku harap dekat U nanti, aku dapat buat yang terbaik kat sana. Dalam hati aku ni hah, aku aim nak dapatkan 4 flat. Insyallah ~


Korang, jangan nakal-nakal taw. Aku sedih sangat sebab lepas ini tak dapat nak berblogwalking kat blog korang. Tak dapat nak tekan Nuff korang. Tak dapat nak baca cerita korang. Huhu ~ Sorry erk? T_____T

Korang, do miss me ok?
I will miss you

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, June 25, 2010

Mengemas & Membeli



Salam. Wua ~ Semalam macam sibuk sikit buat persiapan terakhir. Bila ingat dah beres semua benda, tetiba kawan satu kos mesej "Mai, tahu tak pasal Setem Hasil kena beli 2 keping yang berharga RM10 sekeping?" Aku rasa macam "Heh?" =.="


Terus buka laman web permohonan PTPTN dan baca semua benda tue. Ok ok ~ Terus turun tangga tanya "Mama ! Setem Hasil kena beli jugak bla bla bla" Dan mak aku lagi best "Owh ~ Beli kat Maybank lah ~ Tapi esok bank tutup" Shiiiaauuuuu ~ =.="


Dan Mieza pulak tetiba mesej cakap Setem Hasil tu beli dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Aku dah bingung macam apa dan bila cakap dekat mak aku, mak aku cakap "Oh ya ~ Mama terlupa. Bangunan LHDN tu sebenarnya letak sebelah Maybank. Mama silap" Hailoh =.=" Huru-hara aku dengan Ana dan Mieza pasal Setem Hasil tue


Ok anak-anak. Setem Hasil tu korang kena dapatkan jika permohonan PTPTN diluluskan. Memandangkan permohonan itu akan diluluskan pada 8 Julai depan, maka tak pelah kalau tak ingat beli lagi. Hehe :p


WEH INI BARU INTRO TAW ! BAWAH INI BARU CERITA SEBENAR ! HAHA ;D


Awal pagi semalam, dalam pukul 1 lebih, aku terpaksa merajinkan diri aku untuk mengemaskan baki-baki dan sisa-sisa baju yang aku tak kemas lagi. Macam bosan tapi nasib baik Cik Ciki comel teman aku. Haha ;D


Tapi tertiba aku terEMO macam babun bila die cerita pasal something dan terus stop mengemas sekejap sambil layan lagu Menjaga Hati. Haha :D Lagu tu buat aku teringat dekat Saman sebab die buat calleringtone lagu tue. Hailoh =.=" Kenangan ~


Ini almari baju saya. Baju banyak tapi semua tak muat sebab badan saya dah naik macam kueh pau. Abaikan yang barisan kat bawah tu sebab kat situ lah selalunya menjadi sasaran untuk baling baju-baju yang tak nak pakai. Haha :D


Weh ~ Ini baru separuh. Sebab separuh lagi aku dah bawak keluar dah. Baju-baju kurung aku letak tempat lain. Huhu. Baju kurung macam licin lah ~ Susah nak lipat bagi elok-elok T____T

Tuuuuuuuuu dia ! Bapak melongok-longok baju yang aku nak bawak. Haha ;D Ya Allah ~ Banyaknya baju. Adik aku cakap "Orang nak pergi Mekah pun tak bawak banyak baju macam mu" Yelah =.=" Orang pergi Mekah pergi beribadat


Lepas dah longgok-longgok macam ini, tetiba rasa menyesal sebab sebenarnya semua baju tu dah siap berlipat tapi sahaja longgok-longgok macam ini sebab nak amik gambar dan tunjukkan kat korang semua yang aku rajin =.=" Tak patut tak patut ~ :D


Makaaanyaaaaaaa terpaksalah aku lipat semula baju aku tue. Ya Allah ~ Rasa nak patah pinggang ini duk melipat baju-baju tu sampai ada orang cakap "Aku pergi futsal steady lagi taw. Kau baru lipat baju dah sakit pinggang" =.=" Yelah yelah ~


Dah siap bahagian baju-baju, baju kurung pulak duk melambai-lambai ke aku. Heh? Macam seram jer ~ Haha :D


Baju kurung aku tak banyaklah. Macam mana nie weh?! Tak kan nak pakai kain batik pergi kuliah kot? Giler ~ Haha :D Pecah rekod UiTM student pergi kuliah pakai kain batik sebab tak ada baju kurung =.="


Psst ~ Tengok dekat lappy aku tu. Nampak tak ada aku tengah chat? Haha :D Aku tengah chat dengan Ciki lah masa nie. Die teman aku kot. Haha ;D Even masa aku tengah tulis entry ini pun, aku tengah YM dengan dia. Haha :D


Dan sessi mengemas baju aku berakhir pada pukul 4.30 pagi. Giler ~ Lama nak mampus ! Haha :D Lantak lah ~ Lepas tu terus tertidur depan laptop dengan lampu terbuka. Lepas tu mak aku pulak kejutkan aku pagi tadi, ajak pergi keluar. Yelah ~ Kebetulan aku ada kerja nak buat


Pergi bayar bil Astro, print borang PTPTN, beli calculator untuk Sheila, pergi stesen bas sebab nak cari T-Shirt putih lengan panjang, cuci gambar, jumpa dengan Cikgu, pergi beli kettle baru, pergi kedai gunting rambut, pergi makan dan lepas tu baruuuuuuuuu pergi rumah Tok Da. Haha :D Banyak betul kerja =.="


Drum roll pleaseeeee ! Weh aku nak habaq mai nie sat ! Ni hah aku punya water heater aku ! Haha :D Bapak murah weh tokey Cina tu bagi dekat aku. Dari RM79 turun ke RM55. Haha ;D Well ~ Hidup kena pandai tawar-menawar kan? Hehe :D


Act tokey tu dah kenal dah dengan mak aku. Sebab kitorang memang regular customer kat kedai die. Hehe ;D Lepas tu Cikgu pulak datang kat aku sambil serahkan balik HP aku sebab aku tertinggal HP aku dalam kereta Cikgu. Aku memang cuai =.="


Errr ~ Tu je kot aku nak cerita. Hehe :D


Ciki send gambar ini dekat YM bila aku cakap aku lapar =.=" Makin lapar adalah ~ Tapi apa-apa pun, aku hargai niat murni kau yang nak happykan aku ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, June 24, 2010

[Video] Mari Berhahahahahahahahah Dengan Saya ! :D



Credit to Telor Dibasuh

Jom kita berHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

Kenapa aku macam tu? Jom tengok video bawah ini :D Tengok sampai habis taw ~ :D


Eh lupa pulak ~ Jangan lupa goyang-goyang kan kepala korang macam budak-budak dalam video ini buat ok? Haha :D

Bagus punya lagu. Hahahah je ~ Lagu paling senang dalam dunia nie :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Aku Menangis Bila Dengar Cerita Mereka =.="



Salam. Kalau korang dengar kisah cinta kawan-kawan korang, apa yang korang rasa? Rasa happy ker? Rasa menyampah ker? Rasa macam sweet ker? Lepas tu mesti korang akan cakap macam ini

"..Olololo ~ Sweetnya ! Auwww ~ .."
"..Wah ~ Macholah pakwe kau.."
"..Lepas tu die buat apa?.."
"..Macam mana die declare kau?.."


Haha :D Dah dah dah ~ Jangan nak cakap TIDAK pulak ok? Aku yakin hampir 100% dari gadis-gadis kat luar sana dan yang sedang baca blog aku ini akan cakap macam tu kan bila kawan korang cakap pasal kisah cinta diorang. Hehe :D Ngakuuuuuu jerlahhhh ! Haha ;D


Tapi sebaliknya dengan aku. Ok ok tukar mood korang jadi sedih ok? Nak nangis pun boleh jugak :') Ikut suka korang lah ~ Hehehe :')


Aku suke dengar kisah cinta orang lain. Haha :D Betul weh ~ Masa tu macam-macam akan aku tanya dengan orang tue. Macam mana boleh kenal? Macam mana boleh declare? Family dah kenal ker dengan masing-masing? Hubungan macam mana? Ok ke tak? Apa yang buat kau suke dekat die? Macam-macam aku akan tanya


Dan semestinya orang yang aku tujukan soalan itu akan happy. Yelah ~ Cakap pasal buah hati kan, sape die yang tak suka kan? Itulah ~ Inilah ~ Dan aku yang menanyakan soalan itu akan dengar je lah ~ Tak da lah khusyuk sangat tapi aku dengarkan jer. Tak kira lelaki atau perempuan, aku akan dengar jugak :')


Lepas tu bila aku dah dengar semua itu, aku akan nangis. Yes ~Aku nangis. Sebab aku rasa cerita itu sangat-sangat sweet. Ok lah ~ Sebab aku pun pernah mengalami semua benda yang diorang cerita tu =.=" Aku suke tengok kawan-kawan aku bahagia dengan pasangan mereka


Dan lepas tu mesti aku akan flash back kenangan-kenangan yang lepas. Betapa bodohnya aku menunggu orang yang tak sayang dekat aku. Betapa bodohnya aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Betapa bodohnya aku mempercayai seseorang dengan mudah. Betapa bodohnya aku melepaskan orang yang sayang dengan aku. Betapa bodohnya aku kerana membiarkan orang lain mempermain-mainkan perasaan aku.


Dah aku memang bodoh kan? Nak buat macam mana =.=" Takpelah ~ Atleast semua benda ini mengajar aku untuk lebih berhati-hati =.="


Kepada Ciki, maaf ~ Semasa kau bercerita tentang awek kau, sebenarnya aku sedang menangis. Haha :') Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa awek kau untung dapat kau. Aku rasa happy sangat-sangat bila tengok korang berdua macam sempoi je dalam relationship.


Tapi masa kita chatting, kau tengok aku macam happy dan macam tak ada benda yang berlaku kan? Aku rasa kau tak leh nak detect yang masa tu aku tengah nangis kan? Well ~ Im a good actress, act like nothing happen but actually deep inside my heart, Im totally feeling down =.="


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, June 23, 2010

Contest Gadis Paling Comel



Salam. Hailoh =.=" Jom join contest lagi ! :D Haha :D Meroyan nak hadiah free nie. Haha :D

Dah nama contest pun 'Gadis Paling Comel' dan ditambah lagi dengan URL blg aku tu kan kan kan kan, makanya HARUS lah aku masuk contest nie. Haha ;D *Ngada sungguh budak ni =.="



Tekan gambar gerak-gerak kat atas kalau nak join ok? Hehe :D Segala info pasal contest ini boleh didapatkan di sanaaaa ~ :D Orang lelaki tak boleh join sebab anda adalah teruna, bukan gadis. Haha :D Tolong ingat yang itu ok? Haha ;D

Puas aku cari gambar mana yang nak letak =.=" Last-last amik je lah gambar ini. Harap-harap dapat menambat hati juri. Haha :D


Apakah benda comel/cute yang anda suka?
  • Pin kartun dan cupcakes! Comel ok? Dah lah kecik, warna-warni pulak tue. Pin kartun tu boleh pakai sebagai aksesori dan cupcakes tu boleh gembirakan orang lain. Kalau kita gembirakan orang lain, kita akan dapat pahala kan kan kan? :D


  • Lepas tu sekarang ini aku suke sangat-sangat dengan patung-patung monsters yang cute giler-giler. Hailoh =.=" Walaupun nama monster tapi disebabkan muka cute, die tak layak dipanggil monster. Haha :D
Olololololo ~ Comelnya ! :D


Ya Allah ~ Kau murahkanlah rezeki aku agar aku dapat menang contest ini dan contest-contest yang sebelum ini yang pernah aku masuk. Aminnn ~


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Tutorial] Divider di Sidebar Widget



Salam. Sebelum ada orang tanya macam mana nak buat, baik aku bagitahu awal-awal. Haha :D Malam tadi aku ada buat sesuatu dengan blog. Aku tambah divider dekat sidebar widget aku tue. Comel tak?
Haaaaaaaa ~ Yang bunga-bunga tu lah divider untuk sidebar aku. Comel kan? Nampak lebih kemas lagi. Hehe :D Nak buat jugak? Baca langkah-langkah seterusnya :D


SILA BACKUP DULU TEMPLATES KORANG
Takut ada tersalah edit-edit die punya coding



  • Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
  • Tekan ctrl + f dan cari code bawah ini
.sidebar .widget, .main .widget {
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}

  • Buang semua code di atas ini dan GANTIKAN dengan code di bawah ini di tempat yang sama
.main .widget {
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}

.sidebar .widget {
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}


*Act kalau korang perasan, die just pisahkan code .main .widget dengan .sidebar .widget jer ~ Aku suruh korang buang code yang mula-mula tu dan gantikan dengan code yang baru sebab tak nak peningkan kepala korang. Ok next step ! :D


  • Lepas tu korang edit-edit sikit code tadi supaya code .sidebar .widget jadi macam kat bawah ini
.sidebar .widget {
border-bottom:0px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 50px;
background-image: url(URL DISINI);
background-position: bottom;

background-repeat: no-repeat;


Faham tak? Korang kena ubah balik code yang asal tu dan tukarkan code tadi tu jadi SEBIJIK macam kat atas ni. Faham tak? Faham tak?


Korang jangan kacau-kacau lagi code yang aku bagi tu. Apa yang aku nak korang buat ialah gantikan URL contoh yang aku bagi tu dengan URL divider yang korang nak. Boleh cari contoh divider di Glitter Graphics.


Dah pilih mana-mana yang korang berkenan, amik URL gambar itu. Tekan right click di gambar tersebut dan tekan Copy Image Location.

Lepas dah sudah, korang pastekan di URL code tadi tue


Preview dulu. Dah puas hati baru save ok?


Siap !


*Baca dan fahami betul-betul semua arahan yang aku bagi dan tengok perbezaan code-code die. Baru faham :D Jangan mudah berputus asa ! Practise make prefect ! :D

Credit to this :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Tutorial] Macam Mana Nak Buat Cursor Comel-comel?



Salam. Hari itu dah ada orang tanya aku macam mana nak buat cursor yang comel-comel. Tahu tak cursor tu apa? Alah ~ Yang bentuk macam pokok krismas tue. Haha :D Yang benda putih dan bergerak-gerak bila korang gerakkan mouse korang tue. Hehe :D


Act tak adalah susah sangat nak tukar kan cursor tu kepada bentuk yang comel-come. Just copy paste je coding die. Senang kan? :D


Pergi ke Ego Box dan korang pilihlah mana-mana cursor yang korang suke. Tak ada banyak pilhan sebenarnya tapi guna je lah ~

Dah ada yang berkenan, copy code bawah cursor yang korang nak tue. Lepas tu ikut langkah-langkah seterusnya di bawah ini :)

  • Pergi ke Dashboard > Design
  • Klik Add A Gadget dan pilih HTML/JAVA Script
  • Pastekan code tadi dalam kotak besar tue. Tittle tu biarkan kosong

Save dan siap !


Senang kan? Hehe :D


Act ada banyak lagi website yang menyediakan cursor free macam ini tapi aku tak amik cakna sebab tak lawa. Hehe :D Apa-apa pun Ego Box tu pun ok dah kan? Hehe :D


Selamat mencuba ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Header Baru & Cerita Di Sebaliknya ~



Salam. Haih ~ Inilah yang terjadi kalau otak terlalu 'kreatif' sangat =.=" Habis semua benda die nak tukar. Pendek kata, gatal tangan. Suka usik itu dan ini. Haih ~



Yang ini yang lama. Dah rasa bosan. Tak tahu kenapa =.=" Jiwa tak setia (kot?) :p



Yang ini yang baru. Lebih simple kot? Ke nampak crowded sebab tulisan-tulisan tue? Hailoh =.=" Sila kutuk cepat !


Eh jangan ingat aku dah ada DSLR taw. Aku tak ada lah ~ Tu kazen aku punya :D Hehe


By the way, drum roll please ! Put your hands together to Ciki ! Haha :D Terbaca kat FB kau lah weh ~ "Hai saya Ciki. Mari kita jadi kawan" Haha :D Sumpah comel ~ :D


Kenapa aku bagi tepuk tangan kat die? Sebab die sumber inspirasi kacau aku nak masa aku tengah dalam proses nak edit-edit gambar. Haha :D Lepas tu lappy hang sekejap. Maka terpaksa aku restart balik lappy aku ini dan aku baru sedar aku tak SAVE pun gambar yang aku dah siap edit tadi. Sob sob sob T___T


Makanya, terpaksalah aku edit sekali lagi =.=" Tapi takpe. Gambar dah cantik kan sebab guna DSLR. So nak edit-edit pun tak banyak :)


Masa aku mintak pandangan Ciki untuk letak ayat kat header aku tue, dia bagi suggestion taw. Sumpah aku gelak sorang-sorang dalam bilik masa dia bagi contoh ayat yang patut aku letak kat header. Antaranya ;
  • Gadis Pantai Timur yang Separuh Waras
  • Cik Memomet Entah Apa-apa Entah
  • Budak Comel yang Sukakan Keamanan
  • Budak Comel Penghidap Insomnia

Last-last aku rembat je ayat kat bawah nama aku tu dari internet. Senang. Aku tanya Ciki pun die tak balas-balas chat aku. Apahal weh? Hurm ~ Cik awek marah kot? Kihkihkihkih ~ :D


Dan yang paling aku tak boleh blah ialah die cakap "Aku ingat kau ni dah umur 20 dah. Rupa-rupanya sebaya" =.=" Weh ! Aku nampak tua ker? Hailoh =.="


Sape cakap header blog tak penting hah? Header blog penting sebab ~ Entah? 1st impression kot? Hehe :D 1st impression can describe thousound of words. Hehe :D


Dah dah dah ~ Aku nak BW kejap. Tergendala sebab Ciki punya pasal dan chat-chat die yang buat aku gelak-gelak malam nie. Haha :D Thanx for make me smiling :)


p/s : Lately, suka dengan warna kuning. Sebab orang cakap kuning tu dapat gembirakan hati yang sedih. Oh ~ Sedang bersedihkah hati aku ini? =.="


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, June 22, 2010

Akulah Mangsanya Dalam Keadaan Itu



Salam. Aku rasa aku terpaksa mengaku kesalahan aku ini. Maafkan aku =.="


Aku tahu aku bersalah dalam hal ini kerana bertindak berlebih-lebihan dan menyebabkan segelintir orang tak senang dengan aku dan rasa menyampah dengan aku. Maafkan aku =.="


Aku cuba untuk tahan diri aku dari buat perkara itu tapi apakan daya. Aku memang tak dapat. Aku dah terlanjur. Hari-hari aku terfikir kan hal ini. Tiap-tiap minit aku rasa teruja dengan benda ini. Maaf ~ Sikap aku memang teruk


Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf dengan semua orang yang rasa marah dengan aku, tak puas hati dengan aku. Aku hanya insan biasa yang melakukan kesalahan T__________T


































HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Tahniah aku ucapkan kalau korang dah berjaya baca sampai disini. Haha ;D Amacam? Gempak tak intro aku? Lantak kau lah ~ Haha ;D


Ok ok ok ~ Mesti tertanya-tanya kan apa yang aku dah buat tu? Meh meh meh sini aku nak bagitahu nie :)


AKU SAYANG GILER DENGAN SPAIN ! :D


Yes ! Aku mengaku itu sangat-sangat betul :D Sorrylah kepada fans untuk team yang lain tapi jiwa aku tetap kepada Spain. I love you Spain ! :D Walaupun team lain pun kuat, contohnya macam Brazil, Argentina, France, Italy tapi aku tetap dengan Spain :D


Betul weh ~ Aku tak tipu. Selama ini aku layan bola, tak ada pulak ada perasaan macam ini. Aku rasa sayang sangat-sangat dekat semua pemain Spain untuk FIFA World Cup tahun ini. Kan best kalau FIFA World Cup ini tak pernah berakhir kan kan kan? Haha ;D


Kalau boleh aku nak ada dekat semua match yang diorang ada, duduk tepi padang lepas tu bagi cheers dekat diorang. Lepas tu bila dorang dapat masukkan gol, dorang datang dekat aku dan ucapkan "..Gracias Sara.." Auuwwwwwwww ~ Sukeeenya aku ! Haha :D


Semua pemain Spain aku sayang tahu. Torres dah potong rambut, nampak lagi smart. Fabregas pulak pergi simpan jambang. Hailoh =.=" Aku rasa die sengaja simpan kot. Tak pun terlupa nak bawak shave kerrr ~ Tapi kan pemain Spain yang paling aku sayang mestilah David Villa ~ :D


Cop cop cop ! Aku bukan sayang dekat diorang semua sebab diorang handsome ok? Tak tak ~ Salah tu. Handsome tu bagi aku bonus je. Aku dah sayang dekat diorang sebab bagi aku diorang sangat hebat.


Dah 2 match aku tengok dorang lawan. Sumpah weh ~ Diorang semua dah buat aku khayal dan tenggelam dalam aksi-aksi diorang masa main bola. Mereka sangat-sangat hebat.


Kadang-kadang aku tak expect pun diorang akan dapat gol sebab pertahanan pihak lawan macam bagus. Tapi sebaliknya yang berlaku dan mereka semua dapat jaringkan gol. Oh Spain ~ You make me proud :D


Sekarang ini aku rasa aku akan sokong kelab Real Madrid dengan Barcelona. Sebab apa? Sebab dalam kelab tu ada David Villa dan kebanyakkan pemainnya adalah pemain dari Spain. Hehe :D


Nak kata aku addict dengan Spain?
Yes ! Memang aku dah addict dengan Spain ! :D


Spain, make me proud. Do the best ! And pleaseeee make sure that you gonna make it to the Finale :D I know you can do it !
Betul lah cakap orang. World Cup telah berjaya mengubah satu dunia, semua orang dan suasana menjadi satu fenomena yang tidak dapat dikawal


Kenapa aku cakap macam tu?
Because Im one of the victim and Im proud of it ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

David Villa Call I :D



Grrrrr ~ I dah rasa BOSAN dengan layout blog ini dan I rasa macam nak tukar semua berkenaan dengan blog I sebelum I masuk universiti hari Sabtu ini.


Eh eh ~ Lagi berapa hari lagi je kan? :)


Tapi I sayang nak buang semua yang dah ada di blog I T_______T I tak sanggup nak curang dengan blog I nie.



Haih ~ Buntu otak memikirkannya =.="




Kring Kring Kring !





Ok bubye. David Villa call I. Maybe die boleh tolong I macam mana nak buat dengan blog I nie. Hehe :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[World Cup] Spain VS Honduras



YAHHHOOOOOOOOOOOOOOOOO !
Gembiranya aku hari ini ! Haha ;D Sebab apa?


VS


SPAIN MENANG !

2-0 ! Haha :D


Dah dah dah. Tak payah nak cakap banyak. Spain memang hebat ok? Yang dorang kalah masa lawan dengan Switzerland tu sebab dorang hilang fokus. Lagipun masa tu kan Torres tak masuk untuk 1st half kan kan kan? Takpe takpe ~


Sekarang ini aku rasa macam ADDICT sangat-sangat dengan Spain. Kalau boleh, semua pasal Spain aku nak tahu. Haha ;D Oh World Cup dah buat aku jadi angau giler-giler dengan Spain. Maaf Brazil. Walaupun kau hebat tapi aku tak dapat nak sayang dekat kau macam aku sayang Spain =.="


Aku rasa kesian giler dekat pemain Spain berjersi nombor 3 (tak ingat nama) sebab dalam 2 game sahaja, dia dah dapat macam-macam kecederaan. Masa lawan dengan Switzerland, berdarah kat mata. Masa lawan tadi, berdarah dekat mulut dan bola kena kat ttuuuutttttttttt die. Siyes ~ Kesian giler dekat die


Ramos pulak dah 3 kali try shoot tapi tak pernah nak masuk gol. Haha ;D Haih ~ Game tadi memang aku happy giler sebab Spain menguasai game tue. Benci Honduras sebab main kasar lepas tu buat-buat jatuh, kononnya nak amik perhatian pengadil supaya bagi kad merah macam Kaka kena baru-baru ini. No way men !!!!


David Villa. You are my hero tonight :) Im very proud of you young men ! :D Tapi aku agak frust menonggeng sebab kau dah lepaskan peluang masa penalti tadi. Benci ~ Tapi takpe. Aku target kau dapat Hetrix malam ini tapi tak =.=" Takpe takpe

Lepas ini main elok-elok lagi taw? :)


Fabregas. Sila cukur jambang anda =.=" Tapi tak nak cukur pun takpe tapi kalau cukur lagi bagus kan kan kan? Haih =.=" Kenapalah Spain ni dah buat aku jadi macam giler malam nie?


Suke tengok rambut Poyul yang mengerbang-ngerbang bila dia lari-lari. Auwww ~ Nampak macam rambut die lembut je taw. Tak macam rambut aku =.="


Dah dah dah ! Aku nak chow dulu sebab tak ada sebab yang munasabah. Haha :D Ya Allah ~ Aku rasa macam nak menjerit-jerit ke satu dunia, nak bagitahu yang

SPAIN MENANG !

Sekarang ni tengah bingung samada boleh ke tak nak tengok game Spain VS Portugal akan datang ini? =.="


p/s : Tetiba macam baru tersedar dari mimpi yang panjang bahawa ini bukan final. Kan best kalau Final nanti, Spain jadi juara kan kan kan? :D Sokong aku cepat ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts