[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Tuesday, August 31, 2010

Ku Mahu Kau Tahu



Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.


Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.


Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.


Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.


Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, August 30, 2010

Cerita Masa, Rakan-rakan dan Dugaan



Salam. Buat masa ini aku macam terlebih rajin sangat-sangat nak pergi ke CC Kapas semata-mata nak buka FB dan blog, walhal aku boleh sangat lah nak buka FB melalui HP pakai Opera Mini. Kemudian aku tersedar satu perkara kenapa aku rajin sangat nak pergi CC Kapas.


Aku rindu dekat blog aku
T_____T



Sumpah weyh ~ Rindu sangat-sangat nak update blog macam lepas SPM hari tu dengan entry yang penuh dengan gambar-gambar, cerita mengarut dan cerita seharian aku, cerita kenangan lepas, cerita cinta, review lagu dan filem dan tak lupa jugak aku ada kongsikan tutorial kan?


Tapi sekarang ini masa sangat pantas berlalu. Tadi masa kelas Interactive Multimedia, lecturer aku ucapkan "Selamat Hari Raya", aku macam baru tersedar. Rasanya baru semalam je aku berpuasa untuk hari pertama tapi sekarang dah nak dekat raya dah. Ya Allah ~ Cepatnya masa berlalu


Sekarang ini, dah dekat nak cuti dah. Lepas cuti, aku ada masa dalam 3 minggu untuk belajar, satu minggu untuk presentation dan satu minggu untuk study week kemudian terus Final Exam. Eish ~ Betul ker? Rasanya baru minggu lepas aku jawab paper untuk midterm. Tup tup dah dekat dengan Final dah? Cepatnya masa berlalu ~


Malam ini aku ada kelas macam biasa. Kemungkinan malam merdeka ini aku sambut di Cafe Kapas je lah ~ Macam dah jadi kebiasaan bagi aku dan kawan-kawan sekelas aku untuk lepak di Cafe lepas habis kelas waktu malam. Duduk satu meja ramai-ramai kemudian bukak topik. Macam-macam kami semua borak kan. Dari isu semasa, lecturer-lecturer kami, hal cinta-cintun, raya, puasa, keluarga ~ Semuanya diluahkan dalam satu meja tersebut. Seronok ^.^


Tapi dalam masa yang sama aku sedar tentang tujuan utama datang sini. Aku kena score tinggi dan dapatkan AD untuk sem ini. Ya Allah ~ Harap-harap aku dapatlah AD. Insyallah ~


Oh ya ~ Bulan puasa ini memang betul-betul bagi cabaran, bukan sahaja kepada aku malah kepada kawan-kawan aku jugak. Boleh dikatakan setiap hari, pasti ada masalah yang timbul. Itu lah ~ Inilah ~ Tak cukup dengan masalah di kelas, bawak balik pulak ke bilik. Haih ~ Tapi aku yakin. Allah turunkan ujian dan dugaan ini sebab mungkin selepas ini Dia nak bagi yang lebih baik kepada kita. Insyallah ~


Raya pun dah nak dekat. Aku tak tahu lah raya kali ini macam mana sebab mama dan ayah aku pun tak bagitahu apa-apa lagi samada mereka mahu balik ke Terengganu ataupun tak. Takpelah ~ Baju raya pun mama aku dah belikan untuk aku. Hehe. Warna apa? Nanti lah ~ Mana boleh bagitahu. Haha :D


Dah masuk U ni, dapat ramai pulak member-member yang satu kepala dengan aku. Seronok. Baik lelaki atau perempuan, semuanya ada karakter masing-masing yang tersendiri. Kalau lepak dengan orang ini, macam ini jadinya. Kalau keluar dengan die ni, ini pulak yang terjadinya. Senang cakap, aku jumpa dengan macam-macam jenis orang dan Alhamdulillah ~ Semuanya sekepala dengan aku.


Aku rasa aku dah banyak membebel dah nie. Haih ~ Tak pelah ~ Kadang-kadang meluahkan perasaan itu ibarat satu perapi kepada masalah jiwa yang orang lain tak tahu. Aku bukannya sedih sekarang ini cuma jiwa sahaja yang rasa letih. Itu sahaja :) Aku baik-baik disini


Bloggers, I miss you all damn much ! <3


p/s : Do take note. I might be change my URL blog. So ada sesape yang nak bagi suggestion tak? Hehe :D Cadangan anda amat-amat diperlukan. Terima kasih ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, August 29, 2010

[Song Review] Nur Kasih - In Team






Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)


p/s : Terima kasih banyak-banyak taw taw taw taw. Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Topik] 10 Petanda Dia Jodoh Kita



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Justify Full

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Sumber dari Facebook :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, August 28, 2010

Random Stories :D



Assalamualaikum semua !

Hai hai hai ~ Apa khabar orang kampung? Sudah lama kita tak berjumpa. Ececeh ~ Menyanyi pulak aku nie. Haha ;D


Dah dah dah ~ Nak start melalut dah nie =.=" Aku baru je habis test Business Mathematics dan Interactive Multimedia. Bapak sejuk giler Dewan Aspirasi tue. Aku rasa sape yang tak ada peti sejuk tu, boleh lah simpan makanan korang kat dalam dewan UiTM Dungun nie. Haha :D


Straight to the point, aku balik beraya 6hb sebab 5hb aku ada quiz Political Science T____T Sedih sedih ~ Tapi apakan daya ku ini? Aku hanya insan biasa ;p


Sepanjang bulan puasa ni kan, macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Tapi alhamdulillah ~ Aku ni bukan jenis yang duk meroyan 24 jam. Aku jenis, yang dah lepas, biarlah ~ Malas dah nak fikir-fikir. Tadi jawab Business Mathematics pun macam tak yakin jer tapi aku rasa "..Biarlah ~ Benda yang dah lepas.." Hehe :D


Oh ya ~ Sejak bulan puasa ni kan, aku memang insomania tahap kritikal lah weh ~ Tiap-tiap hari dapat tidur dalam 2 3 jam jer. Hehe :D Semalam lagi heaven ~ Study punya pasal, tidur satu jam jer. Bapak hebat kan? Tapi alhamdulillah ~ Walaupun aku tak cukup tidur, waktu siang aku boleh bergiat hyper active lagi. Haha :D


Duit PTPTN dah masuk. Aku guna jugak duet tue untuk beli beg dan selendang untuk buat raya. Haha :D Hoi apa kejadahnya guna duet untuk belajar tapi pergi berfoya-foya?! Haha :D Motif? Tak ada motif. Haha :D *Ayat lecturer aku. Haha


Kamera hilang T____T Sadis kan? Benci ! Aku sayang giler kat kamera aku tue. Entah sape entah yang panjangggggggg tangan nak amik kamera aku tue. Huhu. Puas dah aku cari satu UiTM ni tapi tak ada nooo ~ Huhu


Aku rindu mak ayah aku. Hehe. Pengakuan ikhlas ni taw ! Korang ingat aku main-main ker? Haha :D Muka putih suci bersih macam aku ini ada ciri-ciri nak menipu ker? Haha :D Mana ada weh ~ Haha :D Lantak lah ~ Tapi sumpah rindu nak lepak dengan mama dan ayah macam selalu aku buat lepas SPM hari tue. Huhu


Erm ~ Hehe :D Sekarang ini aku dah ada teman. Teman? Hehe. Yelah ~ Teman ~ Teman yang gitu-gitu tue. Haha :D Tapi bukan couple taw ! Kitorang macam skandal jer. Bak kata kawan lelaki aku "..Dia bukan awek aku. Dia bukan girlfriend aku. Tapi die masa depan aku.." Pergh ! Agak sweet ok ~ Cepat ngaku ! Haha :D


Erm ~ Nak cerita apa lagi erk? Erm ~ Haaa ~ Erm ~ Haaa ~


Dah tak ada cerita dah ! Haha :D


p/s : Kepada followers aku yang baru-baru ni, terima kasih sebab follow blog aku yang dah bersawang kerawang nie. Hehe :D Kepada followers yang mengikuti perkembangan aku selama ini, maaf lah aku dah lama giler tak update. Lack of time lol =.="


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, August 16, 2010

Hebat takk?



Salam. Maaf. Aku tahu aku dah lama sangat-sangat aku tinggalkan blog aku ini. Maaf.

Aku kesuntukan masa. Aku tak dan nak ke CC Kapas. Sejak ada Opera Mini dalam hp, jarang-jarang dah ke cc. Hehe

Aku rasa bersalah sangat-sangat dekat kamu semua. Maaf.

Entry ditulis menggunakan hp :) Hebat tak? Haha


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, August 03, 2010

Saya Minta Maaf!



Salam.
MAAF

Aku tahu ramai yang tengah rindu-rinduan dengan aku sekarang ini. Haha :D Tak caya? Pergi bukak komen-komen blogger dekat entry-entry aku sebelum ini. Berapa ramai yang meluahkan perasaan rindu mereka dekat aku. Haha :D


Baiklah kawan-kawan. Saya sebenarnya tengah sibuk. Sibuk dengan kelas ganti untuk raya ini, dengan assignment saya yang tengah berlambak, dengan latihan debate setiap hujung minggu dari tengahari sehingga lewat malam dan pelbagai lagi tugasan yang menuntut kehadiran saya.


Maka, aku tak ada masa nak update blog T____T Nak buka FB pun macam was-was jer. Huhu. Kejap lagi nak uruskan pasal PTPTN pulak. 6 dan 7 Ogos ini Pegawai PTPTN nak datang kutip borang PTPTN tue. Haih ~


Insyallah ~ Nanti aku balik cuti untuk raya, aku akan singgah kat blog korang. Even blog yang aku follow pun aku tak dan nak singgah, apatah lagi nak berblogwalking. Huhu ~ Apalah agaknya cerita-cerita mereka kan? Haih ~ =.="


Trafik Nuffnag aku sah-sah dah jatuh merundum T_____T


And yeah ~ Aku rasa aku dah mula kurus ! Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts