[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, September 26, 2010

[Topik] Ada Apa Dengan Cinta?



Salam. Mari mari kita bercakap tentang satu perkara yang serius. Hehe :D Dah lama aku tak bukak topik dalam blog aku nie :)

Tadi buka FB dan ternampaklah status classmate aku, si Alex Evans @ Fahmi ! Haha :D
Perlu sangat kea couple around age 18-21 ? Couple majoritinyer diukur mlalui RUPA PARAS is it right ? Haha so funny when try to understanding the actualization of COUPLE...

Dan terus aku comment status kawan aku tue macam nie,


tak perlu tp kalau dah suka sama suka dan sayang, macam ok jer. tp sebnrnya haram jugak couple nie. kalau just teman tapi mesra pun ok jugak :) dan tak semstinya ada yg couple sebab paras rupa. ada yg syg dan cintakan pasangan die sbb keperibadian pasangan dia yg caring ker, yg baik hati ker. jatuh cinta kepada seseorang bukan hanya bergantung kpd paras rupa semata2 :)

Kenapa aku cakap macam tue?

Mengikut pengalaman aku *ececeh ~ ;p kawan-kawan aku yang baru Form 1 pun dah ada yang couple dah. Sekarang ini dah barubah dah. Even budak Darjah 2 pun dah boleh cakap pasal hal cinta nie. Jadi tak semestinya cinta dan couple ni perlu kepada remaja yang berusia 18 hingga 21 tahun semata-mata

Dan lagi satu, ada jugak mak cik atau pak cik yang sudah separuh abad, masih boleh lagi jatuh cinta dengan orang lain, jatuh cinta dengan pasangan mereka dan tak mustahil mereka ini masih dilamun cinta dengan pasangan masing-masing walaupun dah bertahun-tahun mereka hidup bersama. Wah ~ Ini memang kisah cinta sejati ni ! Haha :D Bak kata dalam cerita Titanic tue, "You jump, I jump" Haha :D




Kenapa aku cakap couple itu haram? Entahlah ~ Bukan aku yang cakap tapi aku ada dengar dan baca desas-desus tentang perkara ini. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Ada yang cakap couple tu boleh jika kita ada niat untuk berkahwin dengan pasangan kita. I dont know ~ Korang punya pandangan tentang perkara ini macam mana? Meh lah kita kongsi ramai-ramai :D

Aku pun nak kongsi pandangan tentang satu perkara. Cinta atau couple tidak semestinya berlandaskan rupa paras semata-mata. Kalau tak, kenapa di India ada mengatakan, semakin gemuk perempuan itu, semakin cantik perempuan tersebut di pandangan mata lelaki dan menjadi rebutan para lelaki? Fikir-fikirlah sendiri :)


Cinta tu subjektif. Bagi aku, cinta pada paras rupa kemungkinan tidak akan berkekalan lama sebab kita ini semakin dimamah usia. Korang berani jamin ke yang kecantikkan luaran tu akan kekal sampai ke hari tua? Haha :D Kalau ada, bak mai contoh dekat aku satu ;p

Kecantikkan dalaman adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan. Bila ada kecantikkan dalaman ini, Insyallah ~ ianya akan berkekalan kerana kita terpikat dengan pasangan kita kerana hati die yang suci murni dan bersih itu dan bukan kerana kecantikkan luaran semata-mata :)


Korang rasa macam mana? Sila sila bagi pandangan anda :D
p/s : Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang kekal abadi :')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, September 24, 2010

Kawan Sekepala Yang Gila-Gila



Salam. Wahh ~ Dalam sibuk-sibuk nak exam final nie, dan dan dan lagi aku pergi ke Kuantan. Yup ! Sekarang ini aku kat Kuantan lah ~ Kat rumah sedara aku. Aku ingatkan Epy boleh balik taw tapi rupanya tidakkk ! Eh Epy tu kazen aku lah ~ :)

By the way, aku tetiba rasa nak update blog pasal kawan aku, kawan sekelas aku dan teman gila-gila aku. Haha :D Yeah ~ Aku dengan die memang gila-gila sampaikan ada budak laki kelas aku cakap "Di mana ada Mai, di situ ada Faezah dan begitulah sebaliknya ~ " Haha :D
Yeah ~ Kawan aku tu nama die Faezah lah ~ Aku kenal dengan die sebab die sekelas dengan aku. Tapi lepas kitorang masuk Pertandingan Debat Piala Pengarah, kitorang jadi rapat sampai sekarang :)

Korang tahu tak, masa mula-mula aku jumpa dengan minah ni, die cakap die tak suka aku langsung. Sebab aku selalu bising dalam kelas, banyak tanya dengan lecturer. Die cakap "Minah ni kerekkk je ~ " Minah tu merujuk aku la ~ Masa aku dengar die cerita pasal aku tue, aku dah tersengih macam orang gila dah. Haha :D

Aku dengan Faezah pun rapat dalam kelas sebab jenis aku ni suke duduk depan-depan bila dalam kelas. Sebab aku tahu, bila aku duduk kat belakang dalam kelas, memang sah sah sah dah aku tak kan belajar. Haha :D Lagipun mata aku ni tak berapa nampak, so kenalah duduk depan. Hehe :D

Dan dalam kelas jugak aku rapat dengan Lisda (tudung biru) dan Hani (spek hitam) sebab dorang memang best. Haha :D So aku, Faezah, Lisda dan Hani memang sekepala lah. Tapi tak adalah rapat sangat. Tapi kalau dah cukup ahli, memang boleh jadi giler lah ~ Haha :D

Antara benda bongok yang aku dengan Faezah pernah buat ialah aku dengan die pernah duduk dalam bilik lecturer hampir berjam-jam lamanya sebab nak kan aircond. Haha :D Masa tu memang panas giler, peluh asyik menitik jer. Makanya, kami pun pergi lah duduk dalam bilik lecturer. Haha :D

Lepas tu, masa nak pergi ke kelas, aku dengan Faezah dah panas tak hengat dah. Punyalah nak aircond punya pasal, aku dengan Faezah pergi ke library tapi tak duduk pun dalam library, just duduk kat pintu depan library tue. Haha ;D Sebab kat pintu depan library tu aircond die memang laju dan sejuk sangat-sangat. Haha :D Nikmat weyh ~ :D


Ni lagi satu hal. Aku dengan die pernah tukar-tukar sebelah kasut macam dalam gambar kat atas ini dan berjalan-jalan dalam satu kampus dan pasar malam tanpa riak wajah yang bersalah walhal masa tu boleh dikatakan, semua orang asyik tengok dekat kitorang. Haha :D Alah ~ Rilex sudaaaa ~ Tapi memang bestlah masa tue. Jadi femes sekejap. Haha :D

Tapi memang bongok lah ~ Ada banyak lagi benda giler-giler yang aku dengan die pernah buat. Kadang-kadang, ada lecturer pernah datang dekat aku dengan Faezah sambil tanya "Apa masalah awak?" sebab die tengok aku dengan Faezah asyik duk gelak-gelak. Hehe :p Tapi nasib baik lecturer tu sporting :) Hehe

Haha :D Gambar masa inilah yang aku dengan Faezah duk gelak-gelak tu. Bapak kejam kan? Angkat buku bukan main tinggi lagi sebab nak cover gelak punya pasal. Adoiii ~ Memang sumpah jahat =.=

Semalam lagi lah ~ Masa kelas MGT, aku dengan Faezah mengantuk giler-giler. So kitorang amiklah kamera HP sebab nak amik gambar dan cover HP tu dengan kertas kan?

Sekali masa kitorang tengah duk senyum-senyum, jelir-jeli lidah sebab nak amik gambar, sekali lecturer pun tanya "Tu yang dua orang tu, apa masalahnya tue?" Then satu kelas pandang dan gelak kat aku dengan Faezah. Haha :D Ya Allah ~ Kelakar giler masa tue :D But again, nasihb baik lecturer tu sporting dengan aku dan Faezah. Hehe :D


Ada sekali tu, si Faezah cakap "Aku rasa aku nak beli aircond satu dan letak kat badan aku. Panas giler weyh ~ " Haha :D Masa tu aku dah tergelak sakan dah. Lepas tu entah macam mana entah, aku cakap aku ada idea macam mana nak sejukkan badan.

Aku pun ajak die beli aiskrim. Hehe :D Gambar yang kat atas inilah yang kitorang makan aiskrim. Adoi ~ Gelak tak hingat betul sebab ada je benda yang kitorang nak gelakkan :) Hehe

Walau pun kitorang macam main-main dalam kelas, asyik duk gelak-gelak jer tapi aku dengan die sama-sama serius kalau time belajar. Dalam kelas memang main-main tapi dalam masa yang sama aku dengan die sama-sama catat apa-apa yang berkaitan dengan belajar.

Dan aku dengan dia main bet sape dapat markah paling tinggi kalau time quiz ataupun test. Hehe :D Buat masa ini, apa yang aku lemah, die terror. Apa yang aku strong, die lemah. So kitorang sama-sama tolonglah ~ Kalau dia atau aku ada prob, kitorang kongsi sama-sama. Hehe :D

Apa-apa pun, aku sayang die lah weyh ~ Kawan sekepala yang gila-gila :)

Oh ya ~ Percaya tak kalau aku cakap yang aku dengan die adalah bekas budak SBP? Haha :D Tak patut kan? :p

Eh eh ~ Tak bermakna aku tak sayang kawan-kawan aku yang lain taw ~ Aku sayang jugak lah ~ Nanti kalau ada masa, aku akan tuliskan pasal peel perangai budak kelas aku pulak yang rata-ratanya sangat sporting, giler-giler. Sampaikan ada seorang lecturer ini cakap dekat kitorang semua "Saya tak suka kelas awak nie. Bising, nakal, suka buat hal. Tapi kalau dalam quiz dan test, kelas awak lah yang dapat markah paling tinggi antara semua kelas-kelas yang lain"


Agak-agak, korang bangga tak? Haha ^.^

*Gambar atas ini gambar classmate aku tapi tak cukup ahli :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, September 22, 2010

Tolong ! Sekarang Saya Rasa . . .

OTAK BERSERABUT !
JIWA KACAU BILAU !


Sekarang ini aku tengah sibuk dengan banyak giler assignment, presentation, quiz, test dan yang paling penting sekali ialah Final Exam !



Dijangka minggu depan aku akan ada lebam bawah mata sebab tak cukup tidur, perut kembung sebab makan banyak sangat sebab terlalu tension, minyak cap kapak akan menjadi minyak wangi aku sebab pening kepala, botol air selalu dalam beg sebab haus, duit cepat habis sebab nak print segala macam benda yang kena print, badan akan jadi sejuk beku sebab selalu pergi library dan segalanya akan jadi luar biasa!!


DAH DAH DAH
Malas nak cakap banyak-banyak. Faham-faham lah sendiri yer :)



Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi semua dugaan dan cabaran yang bakal aku hadapi selepas ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah yang sentiasa mengharapkan petunjuk dariMu. Amin ~


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, September 20, 2010

Jika Aku Jatuh Hati



Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, September 19, 2010

Pemberitahuan



Salam. Semasa anda baca entry ini, aku dah pun berada di UiTM Dungun tercinta. Haha :D Weh ~ Memang sayang betul aku dengan UiTM tu sebab aku rasa best giler belajar kat sana. Haha :D

Cuma nak bagitahu, kemungkinan selepas ini aku pun maybe jarang-jarang update blog sebab buzy untuk final walaupun results mid term baru-baru ini pun belum aku ketahui lagi. Huhu. Harap-harap dapatlah yang terbaik. Amin ~


Erm ~ Nak update apa lagi erk? Haha :D Dah tak ada dah kot :)


p/s : Kita semakin dekat walaupun tak pernah berhadapan ^.^


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, September 18, 2010

Hadiah Hari Raya ^.^



Salam. Yeaahhhhaaaaaa ! Alhamdulillah ~ Apa yang aku idam-idamkan selama ini menjadi kenyataan ^.^Happynya sebab dapat lappy baru ! Lepas ini dah boleh lah nak on9 dan update blog, Insyallah ~ Hehe :D Dan dan dan boleh lah aku nak pergi berblogwalking. Hehe :)


Terima kasih Ayah ! Terima kasih Mama !
^.^
Love you both sangat-sangat !


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Yang Bosan Tapi ~


Hari ini dah masuk Hari Raya Ke 4
Apa rasa aku?
Aku tak rasa apa-apa pun =.="

Duet raya?
Heh ~ Tak payah cakap
Ekonomi memang jatuh merundum tahun ini
dan dijangka akan terus jatuh dan jatuh pada tahun-tahun yang berikutnya T____T

Mood raya?
Langsung tak ada
Hanya terkebil-kebil depan TV
Tengok rancangan TV yang dah diulang beribu-ribu kali

Nak on9, line slow sangat-sangat,
Nak main mesej, no network coverage lah, emergency calls only lah ~ =.=
Camera HP tak boleh guna
Sound HP pulak memang dah pecah dah =.=

Tapiiiiiiiiiii ~
Aku dah berani bawak kereta dah ! Haha :D
Memang hebat kan? Bila buat pusingan U, aku main lepas je stereng tue :D
Sekarang pun dah berani bawak kereta laju-laju, dalam 70 km jer ~ :p

Maka, jom kita pergi beraya ramai-ramai ! Haha :D
Tapi ~ Lagi best kalau dia ada sekali dengan aku, pergi beraya :)
Hehe :D




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Versi Aku :)


Salam. Yeah ~ Sekarang ini semua orang sibuk duk beraya situ sana sini. Aku? Sibuk melayan tetamu yang datang :) Wah ~ Kesibukkan aku mengalahkan orang yang dah berumah tangga pulak ! Haha :p


Bangun lewat pagi tadi sebab tidur pukul 3 pagi. Balik semayang Raya, bermaaf-maafan dengan semua orang. Sedih tengok dorang duk menangis-nangis dalam pelukan mak ayah masing-masing. Aku? Dalam pelukan mak saudara aku je ~



Then call mama dan ayah. Ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Gelak-gelak sekejap then mama dan ayah terpaksa pergi dulu sebab tetamu dah mula datang rumah kat sana. Okaylah ~ Pergi dapur, makang ! :D


Kemudian drive ke Losong, beraya di rumah Tok sebelah ayah. Berdebar-debar aku duk bawak kereta tadi sebab kereta banyak kan? Haih ~ Kereta mampus kat traffic light, tak usah cakaplah ~ Adalah dekat 10 kali. Haha :D Buat malu jer =.="

Malangnya, bila sampai kat Losong, masing-masing dah tak ada dah sebab keluar beraya. Haih ~ Terlambat beberapa minit jer. Yang ada, hanyalah Wan, Cik Pah dan Cik Na. Maka berayalah kami 5 beranak. Haha :D


Balik semula ke rumah Wan sebelah mama. Baru nak tidur, terdengar "Assalamualaikum!" Oh ~ Anak saudara wan datang :) Ramai jugak ~ Kemudian, datang lagi satu group. Owh ~ Tak menang tangan aku dibuatnya sebab semuanya di atas bahu aku belaka :) Takpe Sara ~ Pengalaman mendewasakan kau :)

Sempat berborak dengan kazen aku, Syamer. Dengan dia, aku dah plan satu rancangan nak keluar bersama-sama, kami kazen-kazen ini, jika kazen aku yang tinggal di Kuantan itu pulang. Oh yeah ~ Harap-harap menjadilah ~ Amin :)

Sebaik sahaja, mereka pulang, aku landing baeeeeekkkkkkkkk punya depan TV dan apa lagi, tidurlah ! Haha :D Bangun sahaja dari tidur, terus amik gambar banyak-banyak dengan adik ku ! Yeah ~ Credit to my brother sebab guna kamera HP die dan sanggup layan karenah aku ketika bergambar. Haha :D

I love this one :)

Oh yes ~ Pleaseeeeeee tell me that aku dah kurus :D Haha :p

Kesimpulannya? Hari Raya Pertama yang sangat-sangat memenatkan dan membosankan =.="

p/s : Argh ~ Terseksanya kamera tak ada nak amik gambar ! Ayah, nak kamera satu ! Atau HP dengan kamera pun boleh ~ Haha :p


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, September 09, 2010

Dengan Ini, Saya ...

Mysara Newrie
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua keluarga, sahabat handai, bloggers dan sesiapa yang kenal dengan diri saya ini :)


Dah dah dah ~ Esok raya. Memang sah-sah dah lah kan? Tapi aku tak ada mood raya langsung. Haha :D Siyes weyh ~ Tak ada mood nak raya tapi baju raya, tudung raya, beg raya, kasut raya rajin pulak pergi beli. Haha :D Macam mana tue? =.="


Tahun ini aku tak raya dengan parents aku sebab diorang beraya di Sabah. Huhu. Agak sedih tapi kadang-kadang ada jugak rasa macam tak kisah sebab aku nak cuba ada pengalaman tanpa parents di sisi. Hehe :p Takpe ~ Lepas raya nanti, dorang balik lah ~ :)


Walaubagaimanapun, raya kali ini pun bagi aku sangat-sangat best sebab aku ada teman. Dia lah yang bagi kata-kata semangat dekat aku, nasihat dekat aku, sedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebab seorang perempuan, pelajar, rakan dan yang penting seorang muslimah.


Dia juga datang tepat pada masanya ketika aku rasa aku perlukan seseorang. Dia membuat aku gembira, tersenyum, ketawa, sedih, menangis, terharu dan sebagainya. Aku senang dengan kehadiran dia dan berharap dia akan berada di sisi aku sampai bila-bila. Insyallah ~ :)


Buat awak. terima kasih atas segala-galanya :')


Memandangkan parents aku tak ada, aku boleh lah beraya dengan berjalan-jalan ! Haha :D Lesen dah ada tapi aku takut nak bawa kereta =.=" Ya Allah ~ Tolonglah bagi kekuatan kepada aku untuk berani bawak kereta. Aminn ~ :) Aku ingat nak pergi Besut raya ketiga sebab kawan aku ada buat reunion untuk sekolah rendah :) Mesti mau pergi lah kan? Hehe :p


Kazen-kazen aku yang di Kuantan tu, tak tahu lah nak balik beraya ke tak sebab cuti pendek. Aku nak sangat-sangat dorang balik sebab dah lama giler kot kitorang tak berkumpul sama-sama dan cukup kami anak-beranak. Pergh ~ Kalau dapat gathering sama-sama, sure gempak lah ~ Tengok lah nanti :D


Apa-apa pun, semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua yang masih berada di atas muka bumi ini. Raya raya jugak. Tanggungjawab kita sebagai muslim jangan dilupakan. Kalau bawak kereta tue, make sure bawak 80 km/sejam taw taw taw ~ Haha :D Jangan mengada-ngada nak bawa lebih dari 80. Kalau tak, siap lah ~ :D


Kepada yang tak ada tue, kita sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyallah ~ Oh gosh ~ Rindu giler dekat Tok aku T_____T


Duet raya? Haha :D Aku tengah bet dengan kawan-kawan aku, sape yang dapat duet raya paling banyak. Haha :D Ngok ngek betul lah ~ Agak-agak sape lah yang menang yer? Haha :D Oh ya ~ Aku pun tengah bet dengan kawan sekelas aku untuk sape yang dapat markah paling tinggi untuk test Business Management dengan Business Mathematics. Hehe :D Sape kalah, kena belanja makan ! Huahuahuahuahua :D


Dah ~ Tuuuu dia panjang aku duk melalut kat sini. Aku chow dulu noo ~ Raya kali ini, nampaknya aku lah yang kena kemas rumah. Haha :D Sebab tu aku cakap tak kisah kalau parents aku tak balik pun. Sebab kalau dorang ada, sah sah dah lah dorang yang akan buat semua tue. Kalau macam tu, sampai bila aku nak pandai buat kan? Hehe ;p


Sekali lagi, saya
Mysara Newrie
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ! :D
psst ~ mahu bagi duet raya kepada saya?
Senang jer ~
Klik je kat Nuff aku tue. Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, September 08, 2010

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta :')



Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segala ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia. Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan. 


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, September 05, 2010

[Topic] Why Girls Should Marry An Engineer



Why you should marry an engineer?


Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of graduates.



Advantage 1 ; Secure Lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, get married and buy a house too ^.^

Law graduates are still working as a lowly apprentice in a law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan

The arts graduate are still looking for a job

And the medical school graduates still living in hospital



Advantage 2 ; Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, one they believe that you are the one.

So if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still don't understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness) and one they found the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.

Unlike the Lawyer who will argue with you

The Management graduates who will try to control your spending.

The Arts graduates who will 'change major'

and the medical student graduates who will operate on you.

And you know what, it's really so easy to make engineers believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.



Advantage 3 ; An engineer boyfriend will never betray your trust

Let me first tell you what is wrong with the rest of others -

The lawyers will lie about everything

Management graduates will cheat your money

The arts graduates will flirt and you probably just look like a cadaver to the medical school graduate.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair and even if he does, he is to dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs and too dumb to lie to you. plus they are cooler than others ^.^



p/s : Am I happy? Yes I am happy ! ^.^

*Sumber


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Terima Kasih



Kepada awak yang saya tujukan, terima kasih saya nak ucapkan sebab dah mewarnai dunia saya :) Terima kasih kerana bagi saya semangat, bagi saya nasihat, bagi saya kesedaran, bagi saya gembira, bagi saya menangis dan banyak lagi lah ! Haha :D


Thus, can I ask you to please stay with me? :')


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, September 04, 2010

[Song Review] Saat- Saat Terindah - Rama Band





Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
Hanya bayangmu menyentuh jiwa, temani sepi
Kini semua cintamu tlah pergi
Meninggalkan diriku dalam kehampaan sendiri

Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati
Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
Kini baru aku menyadari
Kau begitu berarti didalam hidupku ini

Saat - saat yang indah, saat masih bersamamu
Waktu kita berdua dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi, kini terkenang lagi
kuingin kembali, oOOo kuingin kembali


Hanya rindu yang aku dapatkan, bukan cintamu
Meski kini kau tak mencintai diriku lagi
Kini baru aku menyadari
Kau begitu berarti didalam hidupku ini

Saat - saat yg indah, saat masih bersamamu
Waktu kita berdua dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi, kini terkenang lagi
Kuingin kembali,oOOo kuingin kembali


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts