[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Friday, December 31, 2010

Ulat Buku





Esok dah kena start jadi ulat buku dah nie ! -,-
Esok dah kena start bukak buku dah nie ! -.-
Esok dah kena start practise menulis dah nie ! -.-
Esok dah kena start segarkan otak dah nie ! -,-
Esok dah kena start pakai kad matrix dah nie ! -,-







Sebab apa?







Tommorow Im going back to Dungun yawwww :D


Yeah !


Feelingless nya aku sekarang ini -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, December 30, 2010

[Topik] Short Distance Relationship Or Long Distance Relationship?



Salam. Yeahh ! Hari ini internet laju. Lepas aku dah siap upload gambar dan tag kawan-kawan di FB, aku nak kacau blog aku pulak. Haha ;D


Hari ini meh meh kita bincangkan topik yang suam suam serius. Hehe :) Apakah? Aku nak tanya pendapat korang. Mana satu lebih bagus? Long distance relationship or short distance relationship?



Ok bagi aku, dua dua pun macam ok je kan? Tapi ada pro dan kontranya. Hehe :p Short distance relationship aka SDR adalah dimana korang couple dengan orang terdekat dengan korang macam kawan sekelas ke, kawan sekuliah ke, abang cafe Kapas ke dan tak kisah lah sape sape pun asalkan korang akan berjumpa dengan die tiap taip hari dan terasa dekat. Ok?


Long distance relationship aka LDR adalah dimana pasangan korang berjauhan dengan korang. Kalau dalam 3 bulan tu, ada lah dalam sekali je baru jumpa. Ini mungkin disebabkan oleh korang tengah study, bekerja atau apa-apa sahaja.


Ramai yang cakap SDR best. Ada yang cakap LDR lagi masyukk. Terpulanglah kepada korang nak pilih yang mana pun. Ada aku kisah?! Haha ;D


SDR ni kadang-kadang bosan jugak weyh ! Haha :D Yelah ~ Dah tiap-tiap masa asyik duk berjumpa kan? Macam kurengg sikitlah kan? Haha ;D Amboi sesedap rasa je aku kutuk. Mampus kang aku kena balun dengan budak-budak nie nanti -.-


Tapi kan, SDR pun ada jugak kebaikannya. Korang boleh support pasangan korang kalau die tengah down, kongsi masalah dengan die, cerita live depan die, pergi hang out sama-sama. Secara tak langsung, korang ada di sisi pasangan korang


Lepas tu pulak, korang boleh tengok perkembangan die. Kalau die jatuh sakit secara tiba-tiba, kau boleh ada sekelip mata je depan die. Haha ;D Konfem terus baik lah pasangan korang tue.


Tapi kalau LDR? Yang mampu korang buat adalah "Jangan lupa makan ubat" "Dah sihat ke belum?" "Tidur awal" "Pergi ke klinik ok sayang?"dan banyak lagi nasihat yang mengalahkan doktor menasihati pesakitnya. Haha ;D


Tapi kan, kalau LDR pulak, alat perhubungan korang hanyalah FB, HP, YM, laptop, Skype dan apa lagi alat teknologi yang boleh korang hubungi. Hanya macam tu je. Walaupun korang boleh webcam dengan pasangan korang tapi tak feel lah sebab kadang-kadang line internet bukannya boleh membantu pun kan?! Haha :D


Lepas tu LDR ni perlukan kepercayaan, kejujuran, kesetiaan dan banyak lagi ke an ke an. Haha :D Aku memang respect ar kepada pasangan yang LDR nie. Kena pulak LDR yang jauh=jauh giler macam Jepun Malaysia, Russia Malaysia. Perghhhh ~ Macam mana lah tu erk? Haha :D Dan kira macam Cinta Antara Benua nie. Haha ;D


Kalau korang rasa tak boleh nak LDR, aku rasa better stop it lah. Sebab LDR ni memang banyak dugaan. Yelah, pasangan kita kan duduk jauh. Kalau die tipu kita pun, mana kita tahu kan? Tu lah yang aku cakap, kepercayaan tu penting sangat-sangat. Tu haaa ~ Tepuk hati anda dan tanya, adakah aku ni terbaik untuk die? :)


Tapi kalau difikir-fikirkan balik, SDR pun perlukan semua benda yang aku cakap tadi jugak. Tapi LDR lebih memerlukan itu semua. Hubungan jarak jauh bukan satu perkara yang mudah dan hanya sesetengah orang sahaja yang mampu hadapi semua halangan dan dugaan yang melanda.



So apa pendapat korang? Which one do you prefer?

Short distance relationship
OR

Long distance relationship?



Kalau aku? Oh maaflah ~ Aku dah terjebak dalam LDR :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, December 29, 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 - Malaysia atau Indonesia?



Malam ini,



VS




Siapa yang bakal menang?



Hoi janganlah tanya aku soalan tu sebab of courselah aku nak Malaysia menang !


GO MALAYSIA !
GO MALAYSIA !
GO MALAYSIA !


Lantak lah aku nak jugak menjerit kuat-kuat depan TV nanti, aku nak mencarut depan TV nanti, aku nak bising-bising depan TV nanti, aku nak kutuk-kutuk nanti, aku nak melompat sakan bila Malaysia dah menang nanti, insyallah ~



dan yang paling penting, aku nak guna lampu suluh untuk halakan kat TV nanti. Haha ;D Tak maenlah laser-laser ini. Apa kelas?! Haha :D



GO MALAYSIA !
GO MALAYSIA !
GO MALAYSIA !



p/s ; Orang gaji aku orang Indon. Berapi jugak lah bila aku dengar Indon akan menang malam nie -.-


p/ss : Eh untuk AFF Suzuki Cup 2010, Paul The Sotong ada ramalkan jugak ker? Wakakak :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Confession !




and I meant it :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, December 28, 2010

Mari Kita Ke Labuan !



Salam. Hai hai hai ! Kali ini aku nak bawak korang semua pergi bercuti di Sabah. Wakaka ~ Bukan betul betul lah ~ Alamak ehh. Kalau lah betul betul aku nak bawak korang bercuti kat sana, mau dekat 20 tahunlah aku terpaksa berpuasa. Haha ;D


Ok hari tu, 3 Disember aku pergi ke Labuan. Yeahhh ! Setelah setahun aku tak pergi, tahun ini aku pergi jugak ! Haha :D


Bertolak dari Kota Kinabalu ke Menumbok awal-awal pagi. Tapi korang jangan haraplah aku nak layan semua pemandangan masa tue. Masuk je dalam kereta, amik gambar aku yang tengah ngantuk dan terus tidur dalam kereta.


Sampai Menumbok, naik speed boat dan terus check in kat Grand Dorsett Hotel. Hoi ! Mentang-mentanglah nak Krismas so dorang hias lah hotel tu dengan baik punya. Auwww ~ Apa lagi, aku pun posing bagai nak rak lah ~ Haha :D Nasiblah ayah aku ini seorang yang suke amik gambar dan aku ni pulak suke diambil gambar. Haha ;D


Duduk rehat-rehat sampai petang sebab malam itu kita makan ikan bakar ! Tapi tak syokklah sebab kawan ayah aku ada dan tempat baru ikan bakar tu macam kurengggg sikit. Ketam pun kecik-kecik je. Wuaaa ! Best lagi yang masa tahun lepas nie



Hotel aku. Haha ;D Untung manyakkkk woooo ! Full house pulak ! Haha :D


Balik hotel tidur terus ! Haha ;D Keesokkan harinya, kitorang pergi ke Patau-Patau, tempat Ekin AF tu duduk. Alamakkk ehh ! Bukannya jumpa dengan Ekin pun ! Haha ;D


Kampung Patau Patau ini istimewa sikit sebab semua rumah-rumahnya atas air je. Haaa ~ Sebab itulah jadi tarikan pelancong. Lepas tu, rumah dorang semuanya dekat-dekat. Memang bestlah kalau time raya ke, mesti sibuk dan meriah kan? Hehe :)


Kampung Patau Patau ini pulak ada 2, Patau Patau 1 dan Patau Patau 2. Yang bezanya ialah dari segi infrastruktur die. Tak percaya? Tengok gambar bawah ini. Tapi aku dah tak ingat dah mana satu Patau Patau 1 dan mana satu Patau Patau 2. Huhu :(

Yang ini Patau Patau yang masih guna kayu dan masih original hand made iaitu tak ada lagi pembangunan yang die lakukan. Memang terbaik dari ladang lah ~ Haha ;D




Haaa ~ yang gambar kat atas ini adalah gambar Patau Patau yang dah moden dah sikit. Tengok lah jalan die pakai batu dah, tak pakai kayu dah. Haha ;D Lepas tu piring Astro tak usah cakaplah ~ Memang banyak !


Kalau dikumpulkan semua piring Astro ini, memang cukuplah nak guna masa kenduri kahwin aku nanti. Haha ;D

Dalam Kampung Patau Patau ini, semuanya ada. Surau, kedai makan, tadika, kedai runcit. Erm yang tu je lah yang dan aku jumpa. Haha :D



Penduduk kat Kampung Patau-Patau ini pun semuanya ramah-ramah belaka. Memang bestlah borak-borak dengan pakcik dalam gambar ini. Masa ini die tengah tengok jaring die dan dapatlah 3 ekor udang. Hehe :) Pak cik ini cakap, memang inilah kebiasaanya dorang tangkap dekat bawah rumah dorang sebab hasil tangkapan tu, dorang buat makan untuk keluarga. Ok lah tue kan?


Masa kitorang ronda-ronda ini, ada lah sorang pakcik ini, entahlah aku tak taw die rumah mana tapi die karaoke, hoooiiii kuat giler ! Aku rasa satu Kampung Patau-patau ini dengar suara die. Haha :D Tapi aku tengok dorang semua macam tak kisah punn. Hehe :) Bagusnya ! Kalau aku, dah lama dah aku tembak orang macam tue. Haha ;D

Kemudin pergi jalan-jalan sekitar Labuan. Gambar atas ini aku just pergi ke signboard die je untuk amik gambar. Haha :D Hoi ! Aku memang nak masuk dalam taman ini tapi cuaca die, Ya Allah -.- Memang panas sangat sebab pulau kan? Memang berpeluh-peluh ar. Kulit ini rasa macam nak terbakar je. Huhu

Yeah ! Lepas tu kitorang pergi ke Labuan War Memorial. Ok dengar sini baik-baik. Aku nak bercerita tentang sejarah ini :) Haha :D

Dulu masa Perang Pasifik dan Jepun ada di negara kita, tentera Austarlia dan British telah dijadikan tawanan mereka. Jepun telah memaksa mereka untuk buat padang terbang di Sandakan.


Namun begitu, kebajikan tentera Australia dan British ni tak dijaga. Makanan tak cukup, ubat yang sikit, penyakit yang berleluasa, ditambah lagi dengan seksaan dari Tentera Jepun menyebabkan mereka sangat-sangat terseksa.

Tapi masa Jepun dekat-dekat nak kalah, Jepun mula rasa terancam dan tak selamat. Masa ini, Jepun plan nak bawak semua tahanan mereka tu dalam 10 000 orang dari Sandakan ke Ranau dengan 3 peringkat. Perjalanan yang penuh dengan cabaran iaitu sepanjang 250 km dan mereka hanya berjalan kaki dengan kaki ayam sahaja.


Mereka kekurangan makanan, kebuluran, penyakit yang teruk, ubat yang kurang menyebabkan ramai yang mati. Perjalanan dari Sandakan ke Ranau dinamakan Kawad Maut sebab ramai yang mati dan mayat mereka hanya ditinggalkan di tepi jalan tu je. Dah lah perjalanan tu merentasi gunung-ganang dan hutan tebal.


Dalam kira-kira 10 000 yang mati dan hanya 6 orang je yang terselamat. Tu pun sebab mereka ni berjaya melarikan diri dari Jepun dengan bantuan penduduk kampung. Mereka ini lah yang bawak kisah-kisah perang ini ke negara mereka


Setelah Jepun kalah, pihak Australia dan British mula menjejaki ke semua tentera-tentera mereka yang mati dan kesemua mayat yang dikumpul diberikan penghormatan dan bagi memperingati mereka, kesemua mereka dibawa ke Labuan untuk disemadikan. Maka, muncul lah Labuan War Memorial.


Lest We Forget atau Jangan Sampai Kita Lupakan bermain di bibir mereka yang masih hidup kerana mereka tidak mungkin akan lupakan apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga mereka, kawan mereka, ayah mereka, pak cik mereka, abang mereka, adik mereka dan juga anak mereka

Haaaaaaaa ~ Ok tak penjelasan aku ni? Haha ;D Aku ini bab-bab bercerita dan sejarah ini memang aku minat. Haha :D Ada lagi taw cerita pasal ini masa aku pergi Sandakan hari tue. Nanti aku story. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal kisah perang ini, korang boleh lah cari dekat Google


Kawasan War Memorial ini memang dijaga dengan rapi. Die punya rumput, perghh ~ Kau nak bergolek-golek pun no hal lah ~ View die cantik sangat-sangat !


Memang giler betul aku bergambar masa tu tapi tu lah ~ Masa ini ayah aku dalam kereta sebab nak tidur jap. Aku suh adik aku amik gambar aku tapi mana lah die nak layan kan? Huhu :*( Last-last aku yang amik gambar mak dan adik aku. Haha ;D


Yeahh ! Mari kita berlagak indie ! Sape nak amik aku jadi vokalis die? Suara aku sedap taww. Haha :D


Lepas tu kitorang pergi shopping ! Haha :D Aku ada beli coklat lah untuk geng-geng aku. Hehe :) Cukuplah tue. Atleast tu tandanya aku ingat dekat dorang. Haha :D Kat korang? Aku bagi cerita pasal Labuan dah lah ye. Haha :D


Esoknya balik ke Kota Kinabalu. Ayah dan mama aku ajak naik kapal besar tue. Erm aku dengan adik aku macam keberatan je sebab naik kapal tu amik masa dalam 2 jam, naik speed boat dalam 20 minit je. Aku dengan adik aku lagi suka naik speed boat.


Tapi lepas fikir-fikir balik, kitorang pun naiklah kapal tue. Besar wooo ~ Boleh muat beribu-ribu orang dalam tue. Boleh bawak kereta skali taw ! Haha :D



Ni masa mula-mula naik. Dalam kapal ini ada kedai, jual macam-macam makanan. Haha :D Lepas aku tibai Maggi, aku pun tidur. Haha ;D Tapi tidur aku terganggu bila satu kapal duk gelak-gelak tengok cerita Thailand.


Masa tu ada sorang hero dalam cerita ini terpaksa lari bogel satu bandar Thailand tu sebab nak lari dari musuh-musuh die. Masa die lari-lari tu lah macam-macam benda yang terjadi kat hero bogel tue. Haha :D Aku yang tengok, tetiba jadi malu pulak. Huhu. Tak patut kot tayang cerita tue. Budak-budak kecik sumenya pakat tengok. Haha :D


Masa ini dah nak balik dah. Dorang pasang CD Karaoke. Lagu-lagu Indon. Tapi dorang pasang lagu yang happy je. Lagu-lagu sedih dorang tekan next. Haha :D Yang paling best adalah masa ada satu lagu yang macam ini,


Aku suka singkong, kau suka keju ohhhhh ohhhh


Haaaaaaaa ~ Masa ini memang best giler lah sebab boleh dikatakan semua orang dalam kapal tu nyanyi lagu nie. Rasa macam satu big happy family pun ada. Haha :D Aku pun joinlah jugak. Haha ;D


Lepas tu masuk kereta, dan balik ke Kota Kinabalu. Hohoii ~ Masa ini aku memang tak leh nak tidurlah so aku pun meroyan tak tentu pasal dalam kereta. Bosan doeee. Huhu


Yeahh ~ Ayah aku potong lori tue. Haha ;D Yeay ! Cepat cepat balik rumah ! Sakit pinggang weyh duduk lama-lama dalam kereta. Haha :D


Ok tamat sudah ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Aku Ini Seorang Gadis Yang Teruk



Uishhhhhh ~
Aku ni teruk kan? Weh ngaku je lah ! Aku ni teruk kan? Pentingkan diri sendiri pulak tue. Haihhh ~





















KENAPA?


















Sebab aku biarkan blog aku ni macam tu je. Dah lama tak update. Kiranya teruk lah tu sebab tak fikirkan pasal korang. Huhu


Sebab-sebab aku tak update blog ;

  • Aku masuk hospital kat Damai Specialist Hospital, Kota Kinabalu Sabah sebab keracunan makanan. Muntah-muntah lebih dari 10 kali dalam tempoh 5 jam sampaikan nak terkeluar isi perut aku dan muntah aku dah bertukar warna hijau. Euwww ~ Duduk sana dalam 2 malam

  • Pindah rumah. Keluar je dari hospital, kitorang sibuk-sibuk angkut barang sebab nak pindah rumah. Malas ar aku nak cerita panjang kenapa pindah rumah tapi yang aku boleh cakap, ayah aku kena transfer ke Tambunan, jadi komander PLKN kat sana. Hehe

  • Line internet yang sangat-sangat slow. Ok fine. Aku boleh online Facebook tapi bila part nak online blog, memang tak kan lah ! Geram aku. Dah pagi ini aku tengok line laju, So aku amik kesempatan untuk online lahhh ~ Hehe :)

AKU MINTAK MAAF !


Aku sayang dekat korang sangat-sangat. Sebab walaupun aku jarang dah update blog sekarang ini tapi followers aku dah bertambah. Bagusnyalah kalau Nuff aku pun bertambah macam tu jugak. Haha ;D Sejak aku guna Nuff aku tak pernah lagi cash out duet tue. Haha ;D


Ok toodles ! Nak pergi cari bahan untuk update blog jap. Hehe :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, December 17, 2010

Make Me Think Postive Please?




:')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, December 14, 2010

Erti Cinta





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 13, 2010

Cinta Menjadi Kuat?




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, December 12, 2010

Seksanya Nak Tengok Results -.-



Salam. Ok budak-budak UiTM, semalam results kita semua dah keluar kan? Maka mari kita tengok results kita walaupun dalam hati sebenarnya tak nak tengok ! Muahahaha :D


Tugas aku dari malam 9hb? Aku hanya menghadap laptop dari pagi sampai pagi 10 hb sebab nak tunggu results punya pasal. Ok fineeeeee ~


Rezabb sungguh aku nak tengok results sendiri. Haha ;D Aku try buka Student Portal UiTM. Uish ~ Pelik aku. Selama ini aku buka, ada sokmo terpampang butang 'Examination Results' Tapi semalam, butang tu dah hilang ! Weyh ~ Mana kau pergi?


Ni lah yang dimaksudkan dengan orang tua lama. Time ada depan mata, kita abaikan, kita tak ingat dekat die. Tapi time kita nak kat die, die dah tak ada. Maka, hargailah apa yang ada depan mata kita termasuk dengan link-link penting dalam Student Portal tue. Haha :D


Then Student Portal pulak under constuction. Haih ~ Bengang aku sebab kawan-kawan aku ada yang dapat taw results dorang. Dah aku ni, apa kes weyh?!


Lepas tu tak lama lepas tu, aku dapat tahu yang pihak U akan send results pakai email. Ok fineee ~ Masalahnya aku tak taw aku guna email apa untuk email-mengemail ni dengan pihak U. Last-last sekali, aku buka semua email aku *Ceh ~ Budget banyak lah email aku padahal ada 2 jer. Haha ;D


Lepas tu aku tunggu sampailah pukul 3 pagi. Berapa ratus kali aku duk refresh page inbox aku tue. Ya Allah ~ Tak ada jugak. Kawan aku cakap dekat FB, cek dekat Spam. Ok fineeee ~ Aku cek dah beribu kali tak ada jugak weyh ! Maka aku pun tidur lah dengan perasaan yang erm aahh huu hooo ngeee rawrrr ~


Lepas tu aku bangun dari tidur dengan perasaan feelingless sangat-sangat. Tanpa basuh muka, gosok gigi, tengok hp ke apa ker, aku terus amik laptop dan tercongok depan laptop atas katil dengan masih berselimut. Mak aku pulak terkejut sebab aku bangun awal -.-


Line pulak buat masalah ! Haih ~ Maxis Broadband ni memang suka cari gaduh dengan orang ker? Geram aku weyh ! Kat FB pulak ramai pulak yang duk tanya aku dapat berapa. Haih ~ Budak-budak ni tak tahu erti kesabaran ker? -.-"


Sekali cek inbox, ada email 'UiTM Examination Results 2010 blablabla' Hoi ! Berdebar-debar aku rasa taw tak?! Haha ;D Laju je aku klik link tue. Haha ;D


Masalahnya tetiba line putus ! Ya Allah ~ Nak nangis aku rasa. Ni haaa ~ Dada aku ni sumpah rasa nak meletup masa tue. Haha ;D Aku text dekat die, die cakap "Sabar Sara, sabar" Masalahnya aku dah tak boleh nak sabar. Eh, cakap dekat orang, tapi diri sendiri pun sama jugak? Haha ;D Abaikannn


Aku pun cuba. Dekat 10 kali aku try refresh page yang sama sebab bila dia dah syok-syok loading, tetiba putus. Aku buka 3 tab terus sebab nak tengok mana satu yang dapat buka dulu aku punya results. Haha ;D


Sekali amik kau ! Dah dapat buka. Ada pulak pendahuluan die blablabla. Aku terus scroll down. Tengok pointer subjek dulu. Haha :D Okkk ~ Pergh ~ Masa ini jantung ni tak usah nak cakaplah ~ Memang dah nak meletup dah rasa. Haha :D


ALHAMDULILLAH !

Aku dapat 3.31 dengan semua subjek lulus ! Yeah ! Sukanya aku ! Haha :D


Erm ~ Sebenarnya aku mengharap sangat-sangat aku dapat Dekan untuk Sem 1 nie. Honestly, aku agak kecewa sikit sebab target aku tak lepas. Huuuuuuuuuuu Y___Y


Tapi takpe Sara ! Ada lagi 4 sem lagi ! Haha ;D Cuba dapatkan Dekan dari semua sem tu ok? :)


Eh kalau fikir-fikir kan balik, aku bangga taw dengan results aku. Sebab kos aku ni boleh dikatakan agak mencabar sikit sebab belajar pasal politik, perlembagaan, parlimen, presidential, unitary, federal, state dan banyak lagi istilah yang aku dah tak ingat dah. Haha :D So kiranya aku ni berjayalah tapi kena usaha dengan lebih gigih lagi *Kes ayat nak sedap kan hati -,-


Lagipun ramai senior aku cakap DPA ni tough. Lepas tu ramai pulak yang kena dismiss dan repeat. Ya Allah ~ Kau jauhkanlah aku dari semua tue. Aminn :)


Tahniah kepada sesape yang dapat Dekan untuk sem kali ini ok? Pastikan sem depan korang dapat dekan lagi. Insyallah ~ Sem depan, adalah nama aku dalam Deanslist tu nanti ! Kau tengok lah ! Haha :D


Kepada kawan-kawan terima kasih sebab teman aku masa aku tengah sedih hari tue. Hehe :) Yang tahu tu, faham-faham sendirilah ye :) Tanpa korang, aku rasa tak taw lah macam mana dengan results aku nie. Hehe Thanx a lot you guys ! :D


Kepada sesape yang repeat atau pointer rendah, jangan sedih-sedih. Benda yang dah lepas kita dah tak boleh nak buat apa dah. Yang penting, pandang masa depan nie. Jadikan kenangan pahit hari ini sebagai kenangan manis kita untuk masa depan :) Heh? Ada ke ayat macam tu? Aku ni ~ Suke reka ayat sendiri -.-

Azreen/Ayen/Adi, Faezah dan Aku. Kamilah gandingan terhebat. Haha ;D Dengan merekalah aku selalu study. Dari pagi sampai ke pagi esoknya :)



Dah kalau ini jadinya, macam mana lah nak fokus bila study? -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts