[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Friday, April 29, 2011

Final Exam Sem Dua :)


Gambar study week sem lepas dengan budak Pekjah. Sem ni pun masih setia study dengan die. Cuma kitorang lebih banyak lepak dan study dekat Bilik Bacaan dalam kolej. Senang sikit :)


Salam. Maaf ye. Dah lama aku tak update blog aku dengan cerita yang panjang-panjang dan yagn menarik perhatian. Hehe :) Sebab apa?


20 April 2011 - Government & Politics (PAD170)
23 April 2011 - Tamadun Islam (CTU151)
25 April 2011 - Preparatory for English MUET (BEL260)
26 April 2011 - Introduction to Financial Accounting (ACC106)
29 April 2011 - Economics (ECO162)
30 April 2011 - Introduction to Public Administration (PAD190)


See? Aku tengah sibuk dengan final lahh :)


So maaflah yer kalau aku selalu update pendek-pendek je. Ditambah line broadband yang macam kentut tak nak lepas, menyebabkan aku rasa baik aku study :)


Tapi setakat ini, paper ACC106 aka Akaun lah yang berjaya buat kitorang menangis teresak-esak sebab tak dapat nak buat. Soalan sumpah payah -.- Aku pun kecewa jugak sebab format die lain sangat-sangat dengan soalan-soalan past year sem-sem lepas. Hmm


Sekarang, tinggal 1 paper je lagi. Aku mengharapkan yang terbaik dan cemerlang untuk sem kali. Aku punya aim tinggi sem ini. Punyalah aku terfikirkan pasal exam ini sampaikan aku dah boleh mimpi dah results aku. HAHA :D BTW Aku harap Allah perkenankan doa aku. Aminn :)



Weyh ~ Amin kan cepat untuk aku ! HAHA :D



Tapi bila paper ACC dah macam tu, buat aku rasa down kejap. Hmm. Tapi takpelah. Setakat ini, paper-paper aku yang dah lepas, aku memang buat sehabis baik. Aku memang nak tebus balik sem lepas sebab sem lepas aku sikit lagi nak dekan -.- Hmm


Haaaaaaaaa ~ Tu diaaaaaaaaaaaaa ! Semangat nak final! HAHA :D Aku dengan Pekjah buat jadual study kitorang and Alhamdulillah ~ Kitorang ikut. Haha :D Ajaib betul sebab mampu ikut jadual study kitorang nie. Hehe :)


Memandangkan kitorang study dekat Bilik Bacaan, dekat dengan bilik sendiri, tandas dan lengkap dengan aircond, so memang konfemlah kan kitorang duduk kat Bilik Study tu dari pagi sehingga ke pagi keesokkanya. Paling lama pernah duduk hampir 24 jam lah~ Hehe :)


And and and kalau dah study, perut ini pun mesti nak makan. Asyik laparrrrrrrrrrrrr je -.- Sekarang bekalan maggi aku dah habis. Malam ini, mana aku nak cekau makanan hah? Haih ~



Nampak? Masa ini memang kenduri besar betul kat bilik aku sebab kawan kitorang tempah dekat kedai Mak Cik Misteri. Masa ini tak silap aku pukul 11 lebih dah.


Ya Allah ~ Sumpah heaven giler sebab dah lah sedap, nasi banyak pulak tu dengan air teh o ais lagi, perghhhhhh ! Nikmat hidup betul! HAHA :D Yelah ~ Sebab selama ini kan, asyik makan maggi je. Sekali sekala makan makanan berat, sumpah best :)


Final dah nak habis. Sem dua pun akan berakhir. Uish ~ tetiba rasa tak nak habis sem ini sebab sem ini memang best ~ Aku kenal ramai kawan-kawan baru dalam kalangan budak DPA sebab Family Day :) Memang best dan sporting giler betul dorang semua ini. Nanti cuti sebulan, konfem aku akan rindu giler dekat dorang semua, esp budak-budak kelas aku :)


AM 110 2B !

Classmate aku lepas exam CTU hari tu. Haihh ~ Tak leh bayangkan hidup masa depan nanti kalau salah seorang dari kita akan pergi. Kita semua ibarat macam adik-beradik dah kan? :")


p/s ; Esok lepas paper last and meeting dinner, lepas Kapas ramai-ramai jom? :p


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, April 28, 2011

Kau Senyap!



Kata kata yang kau ucap tak kan kemana jika kau tak mengertinya


Baik kau simpan sahaja


Kau mungkin tak sedar

kata-kata kau sebenarnya menyebabkan aku dan orang-orang disini

meletakkan harapan yang tinggi

sudahlah ~

berhentilah bermain dengan permainan yang kau mainkan ini

aku dah penat

dan letih

aku nak rehat

dan duduk di sini

dengan keadaan mulut terkunci




p/s ; manusia memang tak pernah diberi peluang untuk meluahkan apa yang dia rasa dan jika peluang itu diberi, masih adakah orang yang mahu mendengarnya?



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, April 27, 2011

Kata Hati Teringat ;



21 June 2010 - 21 April 2011



Cukup cukup 10 bulan kan?




Tapi sampai masanya kita kena lepaskan apa yang pernah kita gengam, apa yang pernah kita miliki dulu dan paling penting, kita kena ambik balik harta kita yang paling bernilai iaitu hati kita untuk kita sendiri baiki sendiri apabila sang pencuri hati sudah berhenti kerja dalam menjaga hati kita




Terima kasih atas memori dan kenangan yang manis antara kita berdua. Kita banyak kongsi perkara dan malangnya kadang-kadang perkara itu memakan hati kita sendiri. Mungkin kita perlu lebih bersikap memahami tentang siapakah pencuri hati kita dan mungkin juga kita perlu selami perasaan pasangan kita agar kita faham dengan keadaan sebenar. Ya ~ Aku salah dan kau juga salah



Sakit? Oh sakit sangat-sangat. Ibarat tembakan dan letupan bom di dalam dada ini, meninggalkan satu ruang udara dan lubang yang besar. Tapi tak mengapa. Mungkin lama kelamaan lubang dalam dada ini akan terisi juga



Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berpaling dan bercinta kepada Yang Maha Satu iaitu Allah swt :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, April 16, 2011

Pengajaran Dalam Hidup Kita



Kita selalu menangis atas satu perkara yang sama berulang-ulang kembali. Kita tahu benda tu sangat-sangat tak releven dan sangat-sangat tak munasabah untuk ditangisi. Tapi kenapa kita masih menangis lagi?


Sebab kita ada perasaan. Kita ada hati. Hati dan perasaan kita perlu dijaga. Sebab dua benda ini lah yang akan menyebabkan kita terus hidup dan bergelar manusia. Tak ada hati? Tak boleh hidup. Tak ada perasaan? Bukan manusialah tue


Bila kita ada perasaan, kita akan dapat selami hati dan perasaan orang lain. Hanya orang-orang yang kuat dan kental hati sahaja yang tak mampu nak faham dengan perasaan orang lain.


Tapi otak kita mungkin dah mengajar hati kita dan mengingatkan hati kita agar jangan menangis atas sebab yang sama. Tapi apa yang jadi pada akhirnya? Kita tetap mengalirkan air mata atas sebab yang sama dan hati kita yang sakit



Otak dah bagi jawapan yang betul tapi hati kita yang degil tak dengar apa yang otak cakap.




Sebab apa?






Sebab kata hati yang kita dengar, bukan kata otak







Akibatnya?







Mata ini tak henti-henti mengalirkan air mata






Itulah manusia :')






TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, April 13, 2011

Hey You !




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, April 11, 2011

Terima Kasih


Ya, aku tahu aku seorang insan biasa, perempuan yang bukan sedikit tapi banyak gila-gilanya, seorang yang slumber dan sangat tidak kisah dengan keadaan sekeliling, sangat-sangat open minded dan tidak suka dengan hal-hal yang remeh temeh tapi aku nak kamu tahu, aku masih memikirkan diri kamu.


Mungkin di pandangan matamu, aku seperti tidak kisah tapi dalam hatiku, Allah swt dan diri aku sahaja yang tahu gelodak di dalam ini. Katakan apa sahaja, aku terima kerana aku tahu kata-katamu akan aku jadikan sebagai sandaran untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini


Kesalahan aku padamu tidak memadai dengan hanya perkataan 'maaf' tapi aku harap kau maafkan aku sepertimana yang kau selalu buat padaku sebelum ini. Sesungguhnya, aku hanya insan biasa


Terima kasih kerana masih memilih aku di antara ribuan bidadari dan puteri-puteri yang jauh lebih baik dari aku. Terima kasih :')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, April 10, 2011

[Review] Black Mentor - Sofea Jane





Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang chorus



p/s : I remembered the moments when you sing this song to me. Thank you for the memories. I would not forget it as it was the most valuable memory in my life :')


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, April 09, 2011

We Are Having Fun !




Nampak tak tuuuuuuuuuu?


Kemeriahan ASCAPS Annual Dinner, A Memoribilia Retro Night yang dirasai oleh classmate aku pluss dengan budak-budak kelas lain. Haha ;D


Sumpah having fun giler masa amik gambar dengan dorang semua :)



Oh did I mention that I do love all my classmates?



p/s : Update more later. Nak pergi kutip gambar-gambar dulu dari budak-budak nie. Haha ;D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, April 08, 2011

Kucing ; Makhluk Comel dan Manja :)



Salam. Pagi ini aku bangun awal dan bila tengok kawan-kawan aku masih bergelimpangan lagi duk tidur, aku pun apa lagi, sambung tidurrrrrrrrrrrrrr. Haha :D


Weyh janganlah salah anggap. 2 minggu kebelakangan ini, kitorang memang sibuk betul dengan test, quiz dan assignment. Minggu ini je kitorang freeee ! So haruslah nak qada' balik tidur yang lepas-lepas kan? :)


Pagi ini aku nak bercakap pasal


KUCING !


Hey ~ Sape yang suke kucing sila angkat tangan ! Sebab aku memang suke dengan kucing. Hehe :) Aku bela kucing dari aku tadika lagi sampailah sekarang. Ada nama Comel, Hitam, Johny. Haaaa ~ Tu je lah yang aku ingat. Haha ;D Tapi Comel tu aku bela dari aku tadika sampai sekarang :) Cuma sekarang die dah tua lah -.-


Kenapa orang suke kucing? Well ~ As we can see is cat is one of the most cutest animal in this planet. Wah ~ Speaking London gitu Haha :D Kucing ini kalau muka dah comal, memang comel giler-giler. Dari kecik sampai lah ke besar. Dah lah manja. Haih ~ Geram aku >.<

Disebabkan sifat kucing yang macam tue, ramai yang suke dengan kucing dan jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Termasuklah dengan aku :) Dan sebab itu tak mustahil Nabi Muhammad saw sukakan kucing jugak


Ciri-ciri istimewa yang ada pada kucing ialah kucing ini seolah-olah tahu dan faham dengan apa yang die cakap. Walaupun die tak boleh cakap tapi atleast die dapat mengiau. Hey ~ Itu pun dah cukup baguslah sebab atleast die respon dengan apa yang die cakap


One more thing, kadang-kadang bila kita cakap dengan kucing, die tengok je dekat kita. Takpun, mesti dia akan duduk atas riba kita. Tu tandanya die setia mendengar apa masalah kita.


Honestly, kucing aku memang faham dengan apa yang aku dengan mak aku cakap. Kalau die kena marah, memang merajuk lah dengan mak aku dan aku. Kononnya tak nak makan. Tapi last-last makan jugak. Haha ;D


Kucing jugak memang manja. Bila kita tengah duduk tengok TV, konfem dia akan duduk sekali dengan kita. Atleast die duduk atas riba kita ker, die tidur sebelah kita ker. Itu lah sifat kucing. Manja dan comel. Haih ~ Kalau lah kucing boleh cakap, kan best. Haha ;D

Lepas tu kan kalau kucing lari-lari mesti nampak comel. Ditambah-tambah lagi dengan bulu die yang ditiup angin. Hailoh -.- Rasa nak gigit gigit je kucing tue. Haha :D comel kan? Heeeeee ~


Kalau kucing tu terkejut dengan kita, sumpah kelakar. Aku pernah lah tengok kucing tu duk jilat-jilat bulu die. Aku tengok je dan tak lama lepas tu aku nak usap lah badan die kan. Sekali die melompat tinggi giler lepas tu tengok dekat aku dan ekspresi muka dia macam "Terkejut aku" Haha :D Sumpah aku gelak sorang-sorang masa tu


Kucing jugak garang taw bila ada masa-masa die. Macam kucing aku, die tak suke kalau ada kucing lain masuk dalam kawasan rumah aku. Kalau ada yang masuk, die akan tengok dan gaduh je dengan kucing aku tue. Haih~ Tak padan dengan betina, garang nak mamposss. Haha ;D


Walaupun die garang, sebenarnya die menjaga rumah kita taw. Mungkin die tak nak kucing lain masuk dalam kawasan rumah aku sebab tak nak kucing tu buang tahi merata-rata ke. Kang bagus macam tue kan? As the results, tak ada kucing lain pun yang berani masuk dalam kawasan rumah aku. Haha ;D


Kalau ada yang tak suke kucing tu, takpelah ~ Nak buat macam mana tapi atleast jangan lah pergi tendang atau sakiti kucing. Aku memang pantang kalau ada orang yang sakitkan kucing. Kalau ada yang buat depan mata aku, aku sekeh kepala die. Biar die tahu sakitnya kena pukul. Haha :D


p/s : Salah seorang dari kawan aku nak bagi kucing dekat awek die sebagai hadiah hantaran. Haha ;D Sweet kan? :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, April 07, 2011

[Topik] Ada Apa Dengan Desktop Wallpaper?



My current desktop :)


Asal aku post kan benda alah nie? Entah lah ~ Aku pun tak taw. HAHA :D


Honestly, aku memang suke giler main-main tukar desktop wallpaper nie. Tak kisah lah ~ Selalunya lepas seminggu, aku akan tukar gambar yang baru. Ya Allah ~ memang dah jadi habit kot sejak dapat lappy baru nie. HAHA :D *Lappy lama memang malas sikit nak main-main macam nie. Haha :D


Aku tukar-tukar desktop ini ikut mood sebenarnya. Kalau dah bosan, tukar yang baru. Kalau dah bosan, tukar yang baru. Haha :D Kejap gambar ini, kejap gambar yang lain. Haha :D Tak taw lah nak ubat perangai aku ini macam mana -.-

Entahlah aku tak taw kenapa tapi aku suke tengok gambar eye shadow nie. Sumpah superb habis warna-warna die. Dah lah ada banyak pilihan warna. Sekali beli benda alah nie, banyak warna kau boleh dapat. Haha :) Ini dikatakan, pelaburan masa panjang. Haha :D


Kalau ada orang guna desktop ini, maknanya die suke kecantikkan. Yelah ~ Make up kan? Biasalah tue. Dah jadi lumrah semua manusia sukakan kecantikkan so termasuklah dengan aku. And aku rasa orang yang guna gambar-gambar yang macam ini adalah orang yang sukekan fashion. Hehe :)

Gambar ini Pekjah yang amik kan. Lepas kitorang lepak McD, kitorang pergi Taman Dungun yang kat tengah-tengah bandar tue. Kebetulan ada camera, so kitorang penuhkanlah memory camera tue :)


Kalau orang tu guna gambar sendiri, maksudnya orang tu yakin pada diri sendiri untuk menampilkan diri mereka sendiri. Dia seorang yang tak ragu-ragu dan tak mudah berputus asa dalam mencapai apa yang die nak. Heee ~ Konfem lepas ini ramai yang letak desktop gambar sendiri. Haha :D

Inilah Mojo aku ! :) Sayang giler dekat die. Haha :D Sebab die comel sangat-sangat. Teman tidur dan penunggu setia aku di atas meja study aku :) Kadang-kadang aku bawak die pergi jalan-jalan. Letak dalam beg aku je lah :) Kawan-kawan aku sumenya dah tahu dan aku tak kan bagi dorang main-main dengan Mojo aku nie. Haha ;D


Ehem ehem ~ Thanx to him


Kalau orang tu letak gambar-gambar yang macam kartun-kartun ini, die seorang yang happy go lucky dan ceria. Seorang yang sukakan benda-benda yang comal dan berjiwa lembut. Mungkin luaran die nampak macam tomboy ke, rock ke tapi selalunya mereka-mereka ini mempunya jiwa yang lembut macam jelly. Haha :D


Gambar ini macam suci je kan? Biasalah ~ Kalau aku dah serabut sangat otak aku ini, aku guna je gambar nie. Dan bawah gambar tu ada tulis 'When you smile, I smile' Eh ? dah macam lagu Justin Bieber pulak. Haha :D Sape minat Justin Bieber? Aku tak minat die. Haha :D


Kalau orang tu guna desktop warna cerah-cerah, maknanya die adalah seorang yang sukakan kesucian dan kebersihan. Suci ni maksudnya dia tak suke dengan keadaan yang serabut-serabut dan sukekan ketenangan. Lagipun putih kan memang warna yang sesuai untuk seorang wanita lembut so sepadanlah kan dengan karakter die dan warna yang dipilihnya :)

Gambar ini sumpah buat aku pening. Dah lah spiral dengan kepala aku nya duk pening duk buat assignment yang berlambak, lagi lah pening @_@ Cepat cepat aku tukar desktop yang baru :)


Kalau orang tu guna desktop warna gelap, maknanya die seorang yang suke bersendirian atau die mungkin perlukan masa sendiri tanpa ada orang lain. Mungkin orang ini perlukan masa mereka sendiri. Warna hitam jugak melambangkan kegelapan. Mungkin orang yang guna desktop warna gelap nie suka warna hitam kott. Haha ;D


Act ada banyak lagi desktop tapi malas aku aku print screen satu satu and upload. Dah lah line macam harammmmmm je. Ni pun aku duk kat Bilik Study sebab ada aircond. Haha :) Kalau tak, memang tak lah -.-


Korang pun mesti ada desktop favourite masing-masing kan?
Eh marilah share-share dengan aku ! ^.^




Eh jap jap jap !



Korang percaya ke dengan apa yang aku cakap pasal pemilihan desktop wallpaper dengan karakter diri orang tue? Weyh ! Aku reka-reka je lah ! Haha :D Aku main tulis je apa yang terlintas dalam otak aku ini. Kalau betul tu, mungkin kebetulan kott. Haha ;D



p/s : Malam esok ASCAPS Annual Dinner. Tema, A Memoribilia Retro Night. Konfem malam esok bilik aku jadi tumpuan. Haha :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, April 05, 2011

A Muslim Man :)






A Muslim man looks gorgeous when he leads pray and read Al-Quran




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, April 02, 2011

Lawak April Fool Oleh Mak dan Ayah Aku -.-


Salam semuaaaa ! :D Semalam dan hari ini ada Extreme Kokurikulum di UiTM Dungun. Ada macam-macam aktiviti sukan yang diadakan. And semua acara konfem kau nak masuk dan tidak terkecualilah aku :)


Aku masuk apa? Archering ! :D


Walaupun group aku kalah tapi takpe sebab atleast terubat rindu aku nak memanah ! Haha :D Yeahh ! Aku memang pernah masuk pertandingan memanah tapi sejak masuk U ni aku stop main memanah. Hehe :)


Err ~ Actually, bukan tu sebenarnya aku nak cerita. Haha :D


Masa aku tengah tunggu turn nak archering, ring ring ringgg ! Oh mak aku yang call :)


Aku : Hello mama !

Mama : Hello Sara! Awak kat mana tue?

Aku : Sara kat padang ni

Mama : Buat apa kat padang tue?

Aku : Sara tengah tunggu turn nak main memanah nie maa. Jap lagi turn group Sara lah nie. Mama doakan lah supaya kitorang menang

Mama : Haaa ~ yelah yelah. Semoga berjaya. Ni haaa ~ Mama nak tanya, duit belanja cukup tak?

Aku : Oh ~ Sara tak withdraw lagi duit ni. Tapi kalau mama dengan ayah nak masukkan lagi duit, takpe, Dialu-alukan. Haha ;D

Mama : Yelah yelah.


Kemudian terdengar lah di belakang mama aku, suara ayah aku. Rumah aku tu jenis suara melantun bila bercakap. So bila ayah aku cakap pun aku still dengar semuanya apa yang ayah aku cakap.

Kau tahu apa yang ayah aku cakap?










Eh Sara ! Sara dapat PLKN lahh !

















Deganggg ! Jatuh jantung aku masa tue ! Sumpah aku terkejut. Weyhhh T____T Kemudian, telefon pun bertukar tangannn...


Ayah : Hello Sara!

Aku : Hello Ayah ! Ayah betul ke Sara dapat PLKN?

Ayah : Haaa ~ Aah. Sara dapat PLKN

Aku : Mana ayah tahu ini? *Suara aku masa tu dah nak menangis dah T___T

Ayah : Ayah cek kat internet lahh. Sara dapat Siri 2

Aku : Eh ayahhh ~ Biar betul? Alaaa ~ Tak nak pergi

Ayah : Kenapa pulak tak nak pergi?

Aku : Kalau Sara pergi, nanti Sara kena tanggu pengajian. Tak nak lah macam tue. Sara nak habiskan study cepat-cepat. Nanti boleh kerja cepat. Tak nak lah pergi PLKN ayahhh *Masa ini sumpah rasa sebak giler-giler

Ayah : Konfem ke tak nak pergi ni?

Aku : Sara tak nak lah ayahhh

Ayah : Kalau tak nak pergi tak pelahhh

Aku : Eh tak pe ke kalau tak pergi?


Tetiba terlintas di fikiran aku yang PLKN kan wajib untuk semua orang pergi dan hanya diberi pengecualian kepada yang sakit sahaja kan? Habis tu tak kan lah senang-senang je aku tak nak pergi walaupun aku ini sebenarnya anak kepada Komander PLKN? Kemudian aku dengar suara mama dan ayah aku duk gelak-gelak dekat tepon



AYAHHHHHHHHHHH ! Ayah tipuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!



Lagi kuat lah mama dan ayah aku duk gelakkan aku. Fuhh ~ Sumpah aku lega giler-giler bila aku tahu tu hanya lah gurauan semata-mata. Haha ;D Kalau lah betul-betul aku kena pergi PLKN, sumpah aku rasa nak menangis


Sebab apa? Sebab aku dah ada plan aku sendiri untuk masa depan. Dan aku tak nak plan aku ini tergendala disebabkan PLKN atau apa-apa sahaja. Insyallah ~ Aku harap Allah akan makbulkan segala rancangan masa depan aku :)


Kepada mama dan ayah, tahniah kepada kalian berdua kerana telah berjaya mengenakan anakmu ini dengan jayanyaaa ! Yeah ! Mari tepuk tangan kepada mama dan ayah aku. Haha :D

Muka kena tipu -.-
Sebelum memanah pagi semalam :)



p/s : And yess ~ Aku mudah percaya dengan apa yang orang cakap :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts