[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Sunday, July 31, 2011

Kini, Aku Lepaskan



Tarik nafas dalam dalam. Lepas lajulaju



Terbaring atas katil. Telinga disumbat dengan earphone RM16. Sunyi. Lalu ditekan butang play dan kedengaran Cinta Teragung.


"Ku tak kan bisa menjadi lebih baik apa yang terdaya namun aku tetap berjanji akan terus mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerana semua yang ada hanyalah untukmu"


Lepas nafas lagi. Mata terkebil kebil memandang ke atas sambil tangan diletakkan di atas dahi


Bunyi kipas yang laju berpusing, buat keadaan jadi sejuk. Sejuk sejuk dan tanpa aku sedar, ianya gelap


Dan aku masih keseorangan, memikirkan semua ini. Lalu dengan berat hati, aku tutup mata erat-erat, bersembunyi dalam selimut, memeluk erat bantal dan mengesat air mata yang mengalir, mengharapkan semuanya hanyalah mimpi


Tapi kemudian aku sedar mimpi itu bersambung ke dalam mimpi yang sebenarnya. Bahagia tapi sakit dan kini, aku akan lepaskan


p/s : Aku mengharapkan yang terbaik untuk hidup ini cuma kadang-kadang keadaan sekeliling menyebabkan aku terpaksa melepaskan apa yang aku mahu walaupun sebenarnya aku inginkannya sangatsangat :')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, July 28, 2011

Untuk Kau, Lelaki





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, July 27, 2011

Hati, Bertahan Ye :')




Tak tahu nak cakap apa dah. Letih, penat, serabut, pening. Letih tahu tak? -.-


Sekarang ini, aku rasa aku nak berdiam diri dulu sekejap. Tengok apa yang bakal terjadi seterusnya. Macam-macam itu ini. Haih ~ Manusia, lain orang lain perangainya kan :)


Hati, bertahan ye. Aku tahu kau dah banyak pendam perasaan tapi untuk kali ini, tahan ye. Sekejap je. Lepas ini aku bawak kau pergi ICU. Kita masuk ICU sama-sama tau. Sebab perasaan, kepala, badan, jiwa, mata, telinga, kaki, tangan semuanya nak ikut kau masuk ICU jugak. Diorang mengadu dengan aku, diorang pun dah tak tahan.


Hati, bertahan ye :')




Ya Allah ~ Aku mula nampak dan rasa apa yang bakal berlaku selepas ini. Kau kuatkanlah hati aku dan kawan-kawan aku agar kami semua dapat menempuh dugaan dan cabaran dengan hati yang tenang. Kau berikanlah kewarasan otak kepada kami agar kami dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik

Ya Allah ~ Kau berikanlah sedikit cahaya kepada kami agar kami sama-sama dapat memahami antara satu sama lain dan dapat saling bantu membantu. Kau jauhkanlah perkara yang tidak diingini kepada kami. Kau kuatkanlah ikatan dan ukhuwah antara kami agar tiada yang bermasam muka dan saling memendam perasaan. Kau matangkanlah fikiran kami agar yang baik kami terima, yang buruk kami ketepikan.


Ya Allah ~ kau perkenankanlah doaku ini. Amin ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, July 26, 2011

Works


TU DIAAAA!


Banyak kerja nak kena buat sampai rasa nak ada personal assistant sorang untuk tolong aku. Haha :D


Surat surat Dinner and Sponsor, assignment proposal LAW, assignment and test CTU, test ECO, surat KOKO ~ Apa lagi entah yang tak settle lagi -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, July 24, 2011

Hari Pertama Dengan Semangat Baru :)



Salam. Fuhh ~ baru sudah buka puasa tadi dengan rakan-rakan sekelas :) Macam seronok sangat jumpa dengan kawan-kawan selepas seminggu bercuti. Rasa terubat rindu, macam lagak seorang kekasih yang berjumpa kembali dengan buah hatinya


Hari pertama sahaja, macam-macam dah kena buat -.- Letih tapi rasa seronok. Sebab atleast aku ada kerja nak buat. Letih dan kadang-kadang rasa nak mengamuk ARGHHHH tapi sebenarnya aku enjoy dengan semua nie ;) Aku tahu sebab aku pandang semua ini sebagai latihan kepada aku untuk masa depan nanti


Dalam masa beberapa minit lagi, aku nak pergi berjumpa dengan beberapa orang rakan aku, ada kerja yang perlu diselesaikan. Tengahari tadi lecturer LAW dah mula tanya aku "Bila awak nak submit tajuk assingment awak?" dan laju sahaja aku menjawab "As soon as possible miss" sambil tersenyum manja :)


Bila mau entah buat, aku sendiri tak tahu -.-


Esok lusa dan tulat, aku ada test dan quiz dan juga presentation dan yang paling hebat, semuanya aku tak sentuh lagi. Bagusnya Mysara Newrie nie ! HAHA :D Hmm -.-


Takpe. Sekarang ini aku dah ada semangat baru, azam baru. Aku tahu aku boleh buat walaupun kita tak taw apa lagi yang bakal terjadi. Takpe :) Allah tak kan uji hambaNya sekiranya Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya :)


Telefon berbunyi, Faezah call.


Bubye. Jumpa lagi next entry :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, July 23, 2011

Ok Bai!



Di saat anda membaca post ini, aku sedang mengonthewaykan diri ke UiTM Dungun.


Bye peps! :D
Take care taw ~


Aku tak sure aku boleh blogwalking macam aku buat sekarang and buat entry panjang panjang sebab konfem aku akan sibuk nanti bila dah masuk UiTM -.-


Bak kata kawan aku "Mai nie kan buzy mengalahkan PM"


Err ~ Maybe kot sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan :)


BTW aku akan cuba jugak untuk mengupdatekan blog nie :)


Toodles! :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Letting You Go Is Not Easy




bersama rasa sayang yang masih bersisa
dengan rasa rindu yang membuak
dengan air mata yang berlinang
dengan hati yang berat
dengan rasa yang tak sanggup
kini
aku lepaskan kau pergi
selamat tinggal
insan yang pernah aku panggil sayang




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, July 22, 2011

Tab Menu Yang Hilang dan Apa Itu Fanpage?



Okayy. Camera ready?1 2 3 GO !


Salam sejahtera tuan tuan dan puan puan ! Mempersembahkan tab menu Mysara Newrie yang baru, lebih berwarna warni ! Lebih gempak ! Lebih cantek ! Lebih lebih pulak minah nie -.- HAHA :D


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Puas hati aku dapat buat benda alah nie. Sebenarnya dua hari lepas aku baru perasan yang tab menu aku dah hilang ! Ingat lagi tak tab menu aku yang lepas? Alaaa ~ Yang macam ni hahhh ~

Ni tab menu yang dah hilang tue. Aku pun hairan jugak mana pergi tab menu aku ini. Aku pun cek cek lah tadi. Rupa rupanya aku dah tahu dah kenapa. Sebab Friendster dah tukar sistem die. Aku tengok Friendster dah macam ada game bapak banyak giler and dah tak macam dulu dah.


Eh eh ~ Apa kaitannya dengan Friendster? -.-


Macam ini, kalau nak buat tab menu nie, setiap gambar yang kita buat tue, kita kena ada code HTML die. Kalau tak, susah lah ~ Aku pulak, menggunakan kepakaran otak aku ini, dengan menguploadkan semua gambar kat dlm FS sebab kat FS die ada sediakan code HTML die. Haha :D Tak faham? Lantak kau lah ~ HAHA :D


BTW disebabkan FS dah bertukar rupa sampai aku dah tak kenal die, aku pun bukak balik akaun Flickr aku yang dah berbulan bulan lamanya aku tak sentuh. Terima kasih lah kepada Afifuddin Alwi Wohsnox sebab mengingatkan aku yang aku masih ada lagi 'anak' iaitu Flickr -.- HAHA :D


Aku upload gambar kat Flickr dan amik code HTML die. Muahahah ~ Senang kerja aku tapi pening kepala aku sebab nak ingatkan password Flick aku -.- Buat punya buat, akhirnya keluar lah tab menu aku yang baru itu. Aku buat ini pun sebab nak mudahkan korang korang nie hahhh ~ Baik tak aku? -.-


Selain dari itu, aku pun ada buat butang baru iaitu Tumblr! Oh yeah bebehh ~ Aku dah ada Tumblr. Aku pun baru je buat lagi Tumblr ini tapi Alhamdulillah ~ dah menceceh 1284 tolak 1240 orang followers. Haha :D



Sila sila klik kat butang T tu yang terus membawa kepada Tumblr aku. Ermm ~ Tumblr aku biasa biasa je :) Myspace tak payahlah nak add. Aku dah lama tak bukak. FB? Pun tak payah add aku sebab aku susah sikit nak app. Hehe :)


Warna merah sebab aku suke warna merah. Nqzri SqhqJq, aku tak tiru kau lah weyhh -.- Aku dah lama minat warna merah sebelum aku kenal kau lagi taw takk? -.-


BTW aku terfikir satu benda. Sebenarnya dah lama dah aku terfikir tapi tak terbuat lagi. So aku nak mintak pendapat korang ehh? Sila bagi :)



Patut ke aku buat fanpage?
Apa kelebihan ada fanpage?
Yang penting, apa itu fanpage?
Sesape boleh explain tak?
Ce citer ce citer :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, July 21, 2011

Hati Ini Masih Sakit



Salam. Hari ini cuaca mendung sahaja, sama sahaja dengan perasaan aku. Maaflah ~ Kadang-kadang bila rasa mendung itu dalam diri aku, terus aku akan diam seribu bahasa


Sunyi. Sepi. Seorang. Pernah rasa tak? Selalunya perasaan macam itu akan sering berlaku bila kita ditinggalkan. Orang yang paling kita sayang dah tak ada. Tak ada tempat untuk kita berkongsi cerita. Atau lebih tepat lagi, pemilik hati kita sudah tiada


Jujurlah aku cakap. Sebenarnya aku masih lagi merawat lagi luka yang masih berdarah lagi ni. Luka dalam hati. Siapa yang nampak kan? Aku mengambil masa untuk melupakan semua ini. Sakitnya tak tertanggung lagi


Hati aku masih sakit. Jiwa aku masih parah. Berikanlah aku masa untuk lupakan semua ini. Pertemuan kau dan aku mungkin menjadi satu pengajaran kepada aku dan juga kau. Aku belajar banyak perkara bila dengan kau


Selepas ini, aku tak kan menyayangi lebih dari diri aku sayang diri aku sendiri. Salah aku sendiri barangkali yang terlalu mencintai, memberi hati aku sepenuhnya sehingga satu hari semuanya hancur berkecai, ibarat kaca yang jatuh ke lantai


Bila perasaan itu datang, hati kita akan kembali hancur, macam mana ia mula-mula jatuh. Ya Allah ~ macam yang pernah aku cakap sebelum ini, ibarat ada lubang yang besar ditebuk, ditembak tepat ke dalam hati. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu


Airmata tak kan pernah berhenti mengalir. Fikiran ini akan terus bermain wayang cerita yang sama. Macam mana hendak aku katakan aku benci sedangkan ianya sentiasa bermain di dalam fikiran, berlaku di depan mata dan orang-orang di sekeliling yang sering sahaja membuatkan aku masih teringat akan kau?


p/s : Hari ini, 21 Julai 2011, genap 3 purnama kau dan aku membawa haluan masing-masing


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Song Review] Alyah - Kisah Hati ; Lirik dan Download Lagu





Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Download lagu ini


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, July 20, 2011

25 Perempuan Yang Buat Lelaki Menyampah



Salam. Eh eh ~ Aku bukan nak kutuk kaum aku sendiri! Aku post benda ini pun sebab aku tak nak kaum aku ada yang buat macam nie. Ayuh perempuan perempuan sekalian ! Mari kita martabatkan diri kita dan maruah diri kita. Jaga diri baik baik yer :)


************************************************************


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril


2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?


3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh


4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak


5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!


6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.


7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett


8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)


9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'


10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'


11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun


12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau


13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang


15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'


16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi


17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot


18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?


19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway


20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau


21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau


22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau


23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..


24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam


25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot


credit to penebukkertas @ i-share.ws


Apo nak dikatooo? -.-

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Song Review] Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah - Beribu Sesalan (Lirik dan Download Lagu)





Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku


Download lagu ini


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Lelaki dan Perempuan Sangat Berbeza Tapi Saling Memerlukan



Pasang lagu yang paling sentimental dalam hidup anda dan baca entry bawah ini


Salam. Baru selesai memujuk kawan aku yang menghadapi masalah dalam hubungan cintanya. Kepada dia, aku titipkan nasihat kepada dia. Semoga hubungan kau dan die kekal sehingga ke akhir hayat kau. Amin :)


Dengan ditemani lagu Nsync, This I Promise You, membuatkan aku terfikir. Lirik lagunya membuatkan aku menghela nafas dalam dalam dan menghembuskannya kembali. Indahnya bercinta kan?


Kepada sang lelaki, dalam perhubungan, perempuan hanya memerlukan kasih sayang yang tak pernah putus, buat kami sentiasa rasa disayangi, diperlukan dan diberi perhatian yang sewajarnya. Anggap kami ini bukan setakat kekasih hati, malah juga kawan baik untuk meluahkan perasaan.


Jika ada apa-apa yang tak puas hati, luahkan kepada kami. Mungkin ada kalanya kami tak sedar yang kami sedang melakukan kesalahan. Tapi terpulang kepada sesetengah perempuan itu, mahu ikut atau tak. "Im for myself and my family. You can advice me but its up to me whether want to follow it or not" itulah cakap kawan aku


Jangan pernah sesekali cakap belakang kepada kami. Kami tak suka. Seolah-olah kami ini tak ada apa-apa dalam hidup kamu. Jika mahu kami menjadi permaisuri hidup kamu, buktikan. Jangan hanya cakap sahaja.


Tapi kadang-kadang mood perempuan ibarat ombak, ada pasang surutnya. Ketika die sedang berduka, bagilah kami semangat. Buat kami rasa disayangi dan dibelai. Oh ya ~ jadilah pendengar cerita dan luahan kami. Kalau kamu buat demikian, kami akan rasa lega sangat-sangat. Hanya duduk diam dan dengarkan sahaja luahan hati dan perasaan kami


Kepada sang perempuan, lelaki ini sukar ditafsirkan. Tetapi percayalah ~ lelaki hanya inginkan kita menghargai mereka dan menjadikan mereka hero kita. Mereka ingin buktikan kepada kita bahawa mereka adalah yang terbaik kepada kita


Jika ada masalah, diamkan sahaja. Jangan sesekali memberi nasihat atau jalan kepada lelaki kerana hero kita tidak gemar akan perkara itu. Tetapi jika sang lelaki meminta nasihat atau pandangan dari kita, berikanlah kepada mereka. Nasihatkan mereka dengan sebaik-baik dan penuh kasih sayang.


Lelaki dan perempuan mempunyai bahasa komunikasi yang sangat-sangat berbeza. So janganlah disamakan perasaan lelaki dan perempuan. Nanti ada yang berduka dan akhirnya hubungan yang dibina terputus di tengah jalan.


Jika sang perempuan sedang bercerita, sang lelaki dengarkan sahaja. Sang perempuan hanya perlukan seorang untuk menjadi tempat luahan perasaannya. Sang perempuan, jika sang lelaki ada masalah, jangan ditambah lagi masalah kepadanya. Fikirkan perasaan sang lelaki itu


Kepada kalian yang mempunyai kekasih, beritahu pasangan anda bahawa anda sangat sayangkannya. Lupakan ego yang ada. Lupakan perkara yang sedih. Pandang masa hadapan anda berdua. Telefon dan biarkan dia tahu yang anda sangat sayangkannya. Biarkan air mata anda mengalir sekarang kerana sayangkannya dari air mata yang mengalir kerana kehilangannya


Ingatlah. Hargai mereka yang menyayangi anda. Sayang mereka dan berikan perhatian kepada mereka jika mereka perlukan. Bayangkan jika suatu hari nanti, mereka yang pernah anda panggil sayang, tidak ada si sisi anda jika anda perlukan. Hargai mereka dan kasih kan mereka


Kepada kalian yang membaca, aku doakan hubungan anda dengan pasangan, kekal sehingga ke akhir hayat. Insyallah ~ Jika ada jodoh, pergilah jauh mana pun, si dia juga yang akan menjadi pemilik hati anda


Jika ada yang bersendirian, sabarlah menanti seseorang yang mungkin sedang menantikan kehadiran anda. Insyallah ~ Berdoa lah banyak banyak


p/s : Kau selalu memandang ke langit dan membiarkan aku termenung sendirian dan bila aku sedar, kau sudah jauh pergi dari aku





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, July 19, 2011

Kebaikkan dan Keburukkan Berblog



Malam makin sunyi. Mak si gadis itu dah mengucapkan selamat malam. Si gadis masih duduk depan lappy. Lalu di ambilnya mask Nivea dan dipakaikan di mukanya. Penuh rata dan cermat dia sapu


Duduk kembali di depan lappy. Tangannya rancak mengklik-klik beberapa dokumen di folder UiTM Dungun lalu ditekannya BEL - Term Paper


Kemudian dia menaipnaip beberapa patah perkataan sambil mengerut dahi, cuba berfikir dengan lebih mendalam lagi. Dibukanya broadband Maxis dan mencari Google Translate, mencari maksud beberapa ayat yang dia sendiri kurang faham


Kemudian terdengar keluhan "Ohh ~" lalu dimatinya broadband Maxis, bagi mengelakkan dari terbukanya FB milik si gadis tersebut. Lalu si gadis sambung membuat kerjanya


Tak sampai 20 minit, si gadis mula buntu. Fikiran tak boleh berfikir. Hmm ~


Dibukanya kembali broadband Maxis lalu membuka FB. Membalas komen-komen dan tergelak sorang-sorang di depan lappy, melayan karenah beberapa kawan yang ada sahaja lawaknya :)


Kemudian buka Tumblr, reblog beberapa post dan tetiba terfikir ingin mengupdate blog.


Oh kawan-kawan ku sekalian,



ADVANTAGES AND DISADVANTAGES OF BLOGGING



apa ehh? Ni tajuk term paper BEL aku dan aku buat sorang-sorang. Dah ada idea tapi macam tak tahu nak tulis apa


Mohon kerjasama dari anda semua :)
Ikan puyu go samah, thank you so much ! :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, July 18, 2011

[Song Review] Stacy - Kisah Dongeng






Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini


Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Download lagu ini


p/s : Sedihkan lagu nie? Huuuu ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, July 17, 2011

Family Day ASCAPS - Kami Ayam Merah! Haha :D



Salam. Haaaaaaaaa ~ Sementara cerita ini dah jadi expired, baik aku cerita sekarang. Haha ;D


One week before startnya cuti sem, fakulti aku ada buat Family Day ASCAPS yang bertemakan OHANA. Haha :D Sem ini, budak Part 2 pulak yang handle sebab kitorang yang Part 3 kena handle dinner -.- Sem lepas kitorang dah handle Family Day dahhh :D


Baca, baca jugak, kepada korang yang terlibat dengan dinner, kerja masing-masing jangan lupa! Haha :D Kerja apa? entahlah ~ suka hati korang lah nak buat kerja apa punn. Haha ;D


Pagi tu macam biasa, semua pakat turun Stadium Gemilang. Haha ;D Selalunya buat kat Padang Tenggol kan? Haha ;D Padang tu nampak meriah betul dengan warna merah, warna jersi kami lah ! Part 3. Haha ;D


FYI kitorang buat jersi batch. Drum rolls please to Ayie, Harris and Fitri and kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menguruskan jersi kitorang ini. Hehe ;D Sumpah cool! Dan aku punya jersi adalahh ~


Actually warna merah tapi memandangkan aku ni special sikit kan, so aku dapatlah buat warna warni macam di atas ini. Haha :D Kalau nak tengok jersi aku yang sebenar, pergi FB aku, habis cerita. Haha :D Profile picture tawww :)


Acara pertama hari itu adalah pakaian beragam. Eh ye ker? Entahlah aku ~ Yang pasti kena ada model and kita pakaikan die dengan surat khabar. Haha :D Penganjur nak 5 orang sahaja yang bertanggungjawab untuk pakaikan surat khabar tapi aku rasa masa game ini dimainkan, satu batch Part 3 join sekali. Haha :D

Inilah model kami, Akmalina ! AJK Hadiah untuk Dinner kita! Haha ;D Promote sikit weyh! dah lah budak ini comel, bila pakai macam ini, lagi nampak comel. Haha ;D Siap ada handbag yang bertulis GUCCI taww ~ Ada gelang tangan lagi. Haha ;D


Masa nak buat benda alah ini, sumpah havoc nak mampus. Yang itu cakap yang ini. Yang ini cakap yang itu. Haha ;D Kelam kabut tapi hasilnya nampak kemas. Dan tak sia-sia lah sebab kitorang menang 1st prize kot untuk game ini. Haha ;D Best lah maen game ini sebab laki perempuan, semua support :)


Muka muka yang buat kacau masa game pakaian beragam. Haha :D Sumpah gempak nak mampus. Rasa macam Family Day tu, kitorang yang punya je. Haha ;D



Antara muka-muka yang datang masa Family Day hari itu. Tapi bukan semua lah sebab ada yang tak masuk gambar, ada yang tak datang. Huhu ~ Tapi takpe. Yang datang ini pun dah cukup untuk bagi orang sakit telinga. Haha ;D



Selepas game Tautan Kasih, ye ker? Haha ;D Game ini maen baling belon yang diisi dengan air kepada kawan kita yang seberang sana dan makin lama jarak kita dengan kawan kita itu makin jauh. Masa ini sumpah best lah sebab bila belon pecah, air pun keluar. Nasib baik air tak kena dekat aku. Haha :D


Malangnya, kitorang kalah game ini -.- Haha ;D Takpe ~ Asalkan kitorang enjoy :)


Lepas itu main game guli. Alaaaaaaaaaaaa ~ Macam kita main masa kecik-kecik dulu. Yang ini pun best jugak sebab masing-masing macam berlagak je nak baling guli tapi bila dah baling, tak kena pun ! Haha ;D Buat malu jeeeee ~

Main guli. Pian Yank membaling guli die tapi sayang ~ tak kena pun! Haha :D


Oh ya ~ kitorangkan organizer Dinner kan? So bagi menampung perbelanjaan kitorang nanti, kitorang pakat jual air. Air kotak RM1 dan air tin RM 1.50. Alhamdulillah ~ Kitorang dapat pulang modal and untung sikit dengan jualan air tu selama 3 hari sebab sebelum itu kitorang jual air masa Futsal :)


Tapi yang beli air tu, kitorang jugak ! Haha ;D So macam saling support lah ~ Aku jual, kau beli. Untung? Kita sama-sama dapat. Haha :D


Mukamuka yang tolong jual dan mukamuka yang tolong beli air. Haha ;D


Lepas tu lepaklepak bawah pokok. Masa ni memang best sebab masing-masing macam rilex je bawah pokok yang teduh, campur dengan angin yang bertiup dan air yang sejuk beku dan juga perangai kawan-kawan yang macam tak boleh blah. Haha ;D omg ~ rindu giler dekat korang! :'(


Selepas itu, jeng jeng jeng ! Acara yang paling WAJIB bila ada Family Day ialah ~ BALING TEPUNG ! Haha :D Kebetulan masa itu ada game cari gula-gula dalam tepung. Kemudian lepas habis je game tu, tepung yang ada, kitorang semua amik dan baling-baling tepung! Haha ;D Dan of course, aku tak terkecuali -.- Aku pun kena jugak tepung

Tengoklah tudung aku tue. Fifi tegur aku "mana awak beli tudung ini?" Haha ;D Fifi, ini tudung yang kena baling dengan tepung lah ! HAHA :D

Suasana masa acara baling tepung sedang berjalan. Haha ;D Ya Allah ~ Sumpah cakap, masa ini memang keadaan macam apa entah. Pakat berlari belaka sebab nak elakkan dari kena tepung. Pakat berlari belaka sebab nak kenakan kawan-kawan. Haha :D Sem depan punya Family Day, aku nak beli satu paket tepung untuk aku sorang, kenakan korang-korang semua. Haha ;D


Argh ~ dah tak ada dah istilah nak control ayu ke, apa keee~ Dah tak peduli dah masa nie. Haha ;D lantak lah ~ Asalkan masing-masing happy :)


Dan aku rasa benda yang paling bengong sekali pernah aku buat masa Family Day ini ialah kitorang main tali rafia. Haha ;D


Ceritanya macam ini. Ada tali rafia lebih taw yang duk terbiar atas padang. So aku dengan kawan-kawan aku amik then kitorang belitkan kawan-kawan lelaki kitorang yang masa itu tengah syok tengok game tarik tali. Haha ;D Memang puas hati tengok dorang hampir nak kena belit tapi tak berbelit-belit pun sebab dorang sempat lepaskan diri -.-

Masa ini tak taw siapa yang ikat siapa. Tengah kalut nak ikat siapa. Haha ;D


Tapi lepas tu, punyalah syok nak kenakan orang, eh eh ~ sekali aku baru perasan, aku pulak dah yang kena lilit ! Argh ~ sekali dengan Hani and Pekjah. Hoi ~ nak kenakan orang tapi kitorang yang terkena balik ! Argh ~ HAHA :D

Amik kauu ~ Masa ini sumpah sakit sebab macam kena ikat betul-betul. Haha :D Hampeh punya Harris. Ikat kitorang macam kitorang ini anak kucing je -.- Haha :D Lepas tu bergelut lah kitorang nak lepaskan diri tapi tak boleh. Haha ;D Sumpah masa ini kelakar giler. Haha ;D


Tengok ~ Pakat semuanya duk tengok kitorang masa kitorang tengah main ikat tali rafia bodoh tue. Haha ;D Buat malu jeee ~ tapi best gak. Haha ;D

Muka Harris Jaffar yang penuh dengan dendam dan kesukaan kerana dapat ikat kitorang. Haha :D Hampeh punya Harris. Ikat kitorang macam apa entah ! Haha ;D Sumpah kuat giler kot dia ikat kitorang. Berapa kali dia lilit entah -.- Hahah :D


Lepas tu game Tarik Tali pulakk. Aku tak fahamlah ~ Tiap kali tarik tali, konfem memang kecoh nak mampusss. Tapi menangnya, tak punnn! Haha ;D Tapi sumpah best sebab entahlahh ~ susah nak cakap. Korang kena berada di tempat itu sendiri, baru tahu apa yang aku maksudkan. Haha :D



Nampak tak macam mana betapa kecohnya masing-masing? Haha ;D Adoi ~ Sumpah aku tergelak je bila tengok gambar-gambar yang masa game tarik tali sebab ada je yang tak kena. Kasut tercabut lah, terjatuhlah, terpijak jari kawan lah, main kotor lah dan dicampur dengan sorakan kawan-kawan lagi. Haha ;D adoi lah ~ macam-macam peel perangai! Haha :D


Lepas tarik tali, makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ! Haha ;D Punyalah syok sangat berfamily day kan, aku tak ada selera langsung nak makan. Haha :D Gman dan Khalis, korang saksi aku makan tak habis eyhh? HAHA :D


Lepas makan, kitorang just lepak-lepak je. Masa ini ada yang dah balik dah so padang tu pun makin sikit je orang. Tapi aku dengan kawan-kawan aku masih setia sehingga ke akhir Family Day. Haha ;D Biasalahh :) Bukannya senang taw nak lepak macam ini ramai-ramai. Haha :D

Lepas tu, acara penyampai hadiah then sessi bergambar kemudian balik ! HAHA :D

Haaaaaaaaaaaaaaaa ~ Mesti korang rasa pelikkan sebab kenapa aku tulis tajuk entry 'Kami Ayam Merah'? Sebab masa mula-mula kitorang berkumpul dengan baju merah ini, kitorang saling kena megenakan antara satu sama lain.


Bila kawan aku, Ashrool pakai jersi num 10, kitorang cakap "ayam merah 10! ayam merah 10!" Gaya macam orang jual ayam dekat pasar tue. Haha ;D Sumpah lawak :)


Kemudian balik dan aku? Tertidur atas meja study -.-


p/s : Persahabatan yang kita jalinkan ini, aku harap sampai ke akhir nafas kita nanti. Sayang korang :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts