[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Wednesday, August 31, 2011

[Song Review] Forteen - Berdua Bersatu ;Video, Lirik & Download






Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Sering kaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu




Download lagu ini



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, August 30, 2011

[Topik] Apa Jasa Dan Pengorbanan Anda Kepada Negara?




Semalam bunyi mercun pang pong pang sebab malam raya
Malam ni dengar bunyi mercun sebab malam merdeka



Oh yes :) Tahun ni kita sambut merdeka yang ke 54 tahun sekali gus dengan Hari Raya Aidilfitri. Kedua dua perayaan ini sangat penting kepada kita, sebagai penganut Agama Islam dan juga sebagai warganegara Malaysia



Hari Raya Aidilfitri di sambut bagi meraikan kemenangan kita dalam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dalam kalendar Islam. Kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga melatih diri dengan perasaan sabar dan juga mendekatkan diri dengan Allah swt



Hari Merdeka di sambut bagi memperingati saat dimana negara kita berjaya mendapatkan kemerdekaan dari penjajah dengan tanpa satu titik darah pun yang tumpah. Kemerdekaan kita sangatsangat bererti kerana hampir beratusratus tahun lamanya negara kita di bawah cengkaman penjajah


Aku cuma nak sentuh sikit pasal Hari Merdeka. Kita duk hu ha hu ha dan menjerit MERDEKA MERDEKA tapi berapa ramai yang tahu apa erti KEMERDEKAAN sebenar? Berapa ramai orang yang boleh explain macam mana negara kita merdeka? Melalui apa? Dengan sapa? Berapa ramai yang terlibat?


Aku bukan nak cakap aku ni terror sangat tapi kadangkadang kita duk bersuka ria menyambut merdeka sedangkan kita kena fikir, apa jasa dan bakti kita kepada negara kita? Apa yang kita dah buat untuk menaikkan nama negara kita? Tetiba terlintas ayat ni dalam kepala aku, jangan fikir apa yang negara kita boleh buat kepada kita tapi fikir bagaimana kita boleh menyumbang jasa dan bakti kepada negara kita


Ingat balik macamana pejuangpejuang negara kita macamana mereka berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Ingat balik macamana Sultan Sultan pada zaman dahulu menangis kerana terpaksa menandatangini Malayan Union yang diusulkan oleh British selepas Jepun menyerah kalah. Ingat balik macamana Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pergi ke London untuk mendapatkan kemerdekaan


Aku dilahirkan selepas merdeka tapi aku tak tahu kenapa aku rasa aku belum secukupnya berbakti kepada negara dan orang di sekeliling aku. Aku belum puas lagi. Aku nak jugak jadi macam tokohtokoh negara kita, dimana jasa dan pengorbanan mereka di hargai. Kalaupun aku tak dapat jadi macam mereka, atleast aku nak orang di sekeliling tahu apa jasa aku pada mereka :) Fuhh ~ tak percaya aku yang aku boleh cakap macam nie. HAHA :D



Lets make it short and simple :) Erti merdeka itu sangat subjektif. Tanyalah pada orang yang sudah berpengalaman. Tanya mereka macamana mereka lalui semua kesusahan sebelum merdeka. Kalau tak pun, atleast tengok lah cerita Hati Malaya : 1957. Cerita tu memang best! Kalau kau anak jati Malaysia, aku wajibkan korang tengok cerita tu dan KONFEM korang akan menangis :)


Even kawan lelaki aku yang badan tough macam ahli gusti pun menangis tengok cerita Hati Malaya tue. Apatah lagi aku? Berkotak kotak tisu aku habis. Hehe :)


So kawankawan, aku nak ajak korang marilah kita samasama fikir apa jasa dan pengorbanan kita patut buat untuk negara kita. Marilah kita bersatu dan lupakan perkaraperkara yang mungkin boleh memusnahkan perhubungan sesama kita. Mari lah kita samasama berganding bahu dan menjaga negara kita sebaikbaiknya :)



Aku tinggalkan korang dengan lagu Warisan dari Sudirman. Lagu ini selalu aku dengan kawankawan aku nyanyi bila kitorang ada kem ke, ceramah ke sebab bila dah nyanyi ramairamai dan kuatkuat, konfem kau akan rasa bersemangat dan menghargai negara kita :)





HAPPY MERDEKA DAY
MALAYSIA :D




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Anak Kecil :)





Salah satu aktiviti Hari Raya yang paling aku suke ialah aku dapat main dengan budak-budak kecik dan melayan karenah mereka. Betulkan tudung dan rambut mereka dan bergelak ketawa dengan mereka. Penuhi kehendak mereka ; nak makan, nak minum, nak dukung, nak duduk atas riba aku - semua aku layan kan :)




Nampak tak?
Nampak tak?
Nampak tak?














Nampak tak betapa aku sangat sukakan kanak-kanak :)







"Anak-anak kecil adalah Anugerah Allah yang paling besar maknaya kerana lahirnya kaum Adam dan Hawa yang bakal menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan haruslah kita sebagai penjaga mereka, mendidik mereka dengan bekalan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang mencukupi agar mereka menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.."


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Yeahh ! Esok Raya! :D



Salam. Tadi masa tengah belek majalah depan TV sekali ada pengumuman raya. Hooo ~ Berlarilari aku dengan mak aku depan TV. HAHA :D Ayah dengan adik aku tak ada sebab pergi kenduri tahlil ~ Nenek aku, as usual, terbaring sahaja depan TV tue :)



Dengan ini, diumukan, tarikh bagi bla bla blaaaa ~

Selasa, 30 Ogos 2011




Oh yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !


ESOK RAYA WEYHH !



Maka dengan itu, bersorak lah aku dengan mak aku depan TV. HAHA :D Kelakar sungguhlah sebab dengan keadaan yang serabai duk kemas rumah, memasak lepas tu boleh pulak terlompatlompat depan TV. HAHA :D


Hmm ~ lepas tu terus cepatcepat tukar carpet rumah, vacuum dan laplap satu rumah. Lepas tu basuh pinggan semua, keluarkan gelasgelas, letak kueh raya dalam bekas and last sekali, letak duet raya dalam sampul. Fuhhhhhhh ~ Semuanya satu malam sahaja :) Hebat? Tak lah ~ Biasa je nie. HAHA :D


Aku nak mintak maaf dengan korang kalau ada apa yang aku tulis ada yang terasa hati. Jujur aku cakap, aku hanya mengeluarkan pendapat aku sahaja. Tak ada niat untuk kenakan sapesape.


Aku hanya manusia biasa dan kita ni berada dalam situasi dimana satu kehidupan yang dinamakan pembelajaran. Do guide me if I doing wrong :)


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN


dari Mysara Newrie
suami dan anakanak


maaflah ~ lambat lagi :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, August 29, 2011

Harapan Dan Luka Yang Ditinggalkan



Lumrah manusia. Kita memang akan hidup dalam harapan. Harapan? Suatu benda yang tak pasti akan berlaku pada masa yang akan datang tapi manusia tetap masih mahu mengharapkan harapan itu agar benarbenar berlaku


Kita mahukan itu dan kita mahukan ini. Kita mahukan yang itu juga, tak kira apa yang berlaku. Dan tanpa kita sedar, kita sedang meletakkan harapan dan berharap agar kita akan dapat apa yang kita nak walaupun pada jauh di sudut dasar hati kita, kita tahu tak semua harapan akan menjadi realiti


Dan apabila harapan itu tidak menjadi realiti, sakitnya sungguh terasa dalam hati, kesakitan yang tak mampu diucapkan melalui katakata


Tanpa kita sedar, kita juga sering memberi harapan kepada orang lain. Janji itu ini, meletakkan satu imaginasi yang tinggi kepada orang lain sehinggakan orang lain itu hidup dalam harapan tersebut.


Dan apabila kita langgar janji dan harapan itu, hancur dalaman kita bukan? Sakitnya ~


Tapi sedar atau tak, kita masih hidup dalam harapan lagi. Kenapa kita masih berdegil? Masih berkeras kepala? Masih mahu hidup dalam harapan sedangkan kita sendiri tahu dan perkara ini telah kita semat dalam hati sejak kita kecil lagi bahawa harapan tak mungkin akan jadi realiti?


"Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang lain, tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN dan bergantung pada janji.... " - Credit to HANALOVENEST



Aku masih sakit sampai sekarang, entah bila mahu sembuhnya



Ya ~ Hati aku sunyi. Hati aku sepi. Aku seorang diri di sini. Tak ada yang mampu ubati kesan yang ditinggalkan. Aku tak lemah cuma aku perlukan masa untuk ubati balik semua luka yang kau tinggalkan, yang kau buat. Hampir 3 tahun aku jaganya dengan baik dan sewenang-wenangnya kau lukakan. Mana janji kau dahulu?


Dan di saat aku ingin ubati hati aku sendiri, aku terpaksa ubat hatihati insan yang lain. Hati aku, aku terpaksa lupakan. Sakitnya ~ Malam-malam, aku terbaring sendirian, fikirkan berapa banyak lagi kesakitan yang perlu aku tanggung hari yang berikutnya. Jujur aku cakap, aku takut untuk hadapi harihari yang bakal mendatang



yupp ~ its me



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, August 28, 2011

[Topik] 5 Kesalahan Yang Kita Selalu Buat Bila Menjelang Hari Raya



Salam. Maaflah ~ Hari ini aku tak dan nak online sebab aku banyak keluar ke Bandaraya Kuala Terengganu yang sumpah macam sardin -.- Traffic jam meratarata tempat, situ sana sini -.- Ya Allah ~ Mak ayah aku tak bagi aku bawak kereta buat masa ni T.T


Ok ok lah ~ Sejak aku balik hari Khamis hari tu sampailah ke hari ini, tiaptiap hari aku keluar. Ada sahaja benda yang nak kena buat. Pergi bank lah ~ Itu lah ~ Ini lah ~ Nak bayar tu lah ~ Nak tengok benda ni lah ~ Aku rasa kitorang lah penyumbang kepada kesesakan jalna raya di Kuala Terengganu. Haha ;D


Bila dah pergi kat tempat crowded, aku selalu perhatikan orang ramai. Aku suke tengok gelagat manusia dan senyum bila tengok orang ramai dengan peel perangai masing-masing. Haha ;D Kadang-kadang rasa kelakar pun ada jugak


Dalam pemerhatian aku, aku ada jugak lah perasan beberapa kesalahan yang sering orang ramai iaitu KITA buat bila menjelangnya hari raya. Eh eh ~ Ini aku cakap based on my knowledge dan apa yang aku perhatikan tawww :)


  • Shopping sakan sambil tak ingat dah kat anakanak
Haaaaaaaaaaaaa ~ kes ini memang tak boleh nak dielakkan. Selalu sangat lah ! Jap jap bunyi pengumuman kat speaker Giant or Mydin Mall tu, "Kepada ibubapa/penjaga sekian sekian sekian, sila tuntut anak anda di kaunter" Amboi ~ Tuntut anak taww? HAHA :D


Bila mak bapak dah sibuk shopping, anakanak yang kecik ni pun dah dilupakan. Sedar sedar dah tak ada. Haaa ~ Masa tu baru kelam kabut nak cari. Kalau dapat jumpa, takpelah. Kang kalau tak dapat jumpa, haaa ~ menangis tak berlagu lah duk menangisi anak yang hilang. Ish ish ish ~ -.-


Sepatutnya mak ayah kena SELALU jaga anak tu walaupun tengah sibuk shopping. Kalau tak pun, atleast make sure ada orang dewasa yang jaga anak tue. Haa ~ Yang akak dengan abang pun janganlah duk biarkan adik korang sorang-sorang je. Bahaya. Sekarang ni kan macam-macam benda yang boleh berlaku. Ok guys? Take notes about this :)


  • Shopping sakan sampai tak ingat dunia
Amboiii ~ Sakan bebenor aku tengok orang shopping. Beli tu beli ni ~ Aku rasa satu rumah nak ditukar dengan benda baru. Apatah lagi, bila kita bayar dengan credit card. Pergh ~ Zass zass zass saje kad tu erk? Sekali bila dah sampai surat dari bank, zass zass zass otak kau nak fikir macamana nak bayar hutang tue. Huhu


Sepatutnya kita berhari rayalah dengan kadar yang sederhana. Ye ~ Aku faham kalau kita semua ada nafsu nak beli barang-barang baru, baju baru, beg baru, seluar baru. Pendek kata semua baru. Aku pun macam tu jugak. Tapi kita kena fikir jugak samada benda tu penting atau tak? Releven atau tak kita nak beli tue.


Kalau ada benda yang boleh guna, guna je dulu. Kalau dah takda, baru beli. Sekarang ini kita memang ada masalah dengan ekonomi dimana harga barang naik. So kita kenalah fikir mana satu keperluan dan kehendak ok? :)


  • Jumpa saudara mara tengah jalan lepas tu block orang lain
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Yang ni memang aku pantang gilergiler ! Weyhh ~ Aku faham kalau korang tengah shopping sekali terjumpa dengan sedaramara yang dah lama giler tak jumpa. Ya yaa ~ Aku faham. Tapi tolonglah faham dengan orang lain yang tengah bersesaksesak belakang korang nie -.-


Kalau nak borak panjang pun, atleast ke tepilah sikit kan? Bagi laluan kat orang lain yang nafsu nak shopping tengah membuakbuak nie. Kang kalau barang yang nak dibeli tak sempat dibeli, tak pasal pasal pertumpahan darah berlaku. Haha :D


Orang tengah ramai waktuwaktu macam nie. Semua orang turun bandar sebab nak beli barangbarang untuk raya ini. So janganlah block jalan orang lain. Kesian kat kitorang ni hah yang terpaksa bersesak dengan orang ramai dan terpaksa berhenti semata-mata nak dengar perbualan kau dengan sedaramara kau -.- Haihh~ Lain kali jangan block jalan orang lain yer :)

  • Sombong
Yang ni pun aku pantang jugak -.- Aku tahulah kita ni tengah berpuasa, penat. Bukan kau sorang je. Tapi atleast senyumlah ~ Ni tak, bila orang senyum, kau boleh buat bodoh. Eh eh ~ Lepas tu boleh pulak dahhh siap jeling lagi. Amboi ~ Cantiknya jelingan manja tuuu -.-

Kita ni saudara sesama Islam. Senyuman tu kan tandanya sedekah. Apalah salahnya kalau senyum dekat orang yang memandang anda? Atleast kalau kau senyum, kau dah bagi impression kat orang lain yang kau ni tak sombong. Walaupun orang tu baru 1st time tengok kau tapi kalau kau dah senyum, orang tu tahu kau ni budak baik. Eh budak baik ker? HAHA :D

Kalau kau senyum kat orang lain, manalah tahu kan ~ Orang lain tu mungkin saudara kau yang duludulu ker ~ Yang jauh terpisah. So dari situ, kau sebenarnya dah bagi presepsi yang baik kepada orang yang baru kau kenal tue. Err faham tak nie? -.-


So lepas ni kalau jumpa orang yang sedang tengok anda, atleast senyum lah tauu :) Jujurlah aku cakap, kalau aku senyum kat orang lain dan orang tu balas senyuman aku, aku rasa sejuuukk je hati aku ni hahh ~ Aku nak marah pun tak jadi. Haha ;D So senyum tau :) Kalau tak senyum, aku tarik mulut kauu -.-


  • Parking kereta ikut suka hati lepas tu habis traffic jam disebabkan kau sorang je
Ya Allah ~ yang ni memang dah tak boleh nak dielakkan dah -.- Bila nak raya, kereta memang macam baru keluar dari kilang. Banyak betul ! Esp kat Kuala Terengganu nie -.- Kalau dah termasuk area Pasar Payang, Bandar, Pasar Chabang Tiga, Mydin Mall dan Giant, Sabasun mau dekat 2 jam kau boleh stuck kat situ -.-


Tapi yang aku panasnya lah ada orang tu parking kereta ikut dan die jee -.- Lepas tu habis semua kereta tak boleh nak bergerak disebabkan kereta dia sorang je. Eh ~ Mana bolah macam tue. Kena fikir jugak kat orang lain esp timetime raya macam nie. Carilah parking kereta yang betul betul dan pergilah manamana pun. Tak da ehh orang nak marah kau bila kau buat macam nie -.-


Takpun, atleast kalau nak keluar, bawak lah lebih dari sorang dalam kereta tue. Kalau kau tinggalkan kereta, atleast ada orang tunggu dalam kereta atau orang lain yang akan tolong alihkan kereta tu bila korang tahu korang telah block jalan orang lain. Ingat ~ Jalan raya ni hak kita bersama tauu :)



Aku rasa tu je lah kesalahan yang aku selalu dapat tengok dan alaminya sendiri bila aku keluar bila dah nak dekatdekat raya macam nie. Kalau korang turun ke Bandaraya Kuala Terengganu nie, konfem korang boleh jadi giler sebab ramai sungguh orang dengan keretanya yang bersimpang siur. Boleh bikin migrain tauuu -.-


p/s : Takut nak masuk Mydin Mall buat masa ni sebab konfem aku akan pening kepala lepas keluar -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Keep Her





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, August 27, 2011

[Song Review] Video & Download Lagu Mr Simple by Super Junior





Download Mr Simple - Super Junior


p/s : Aku dah terminat dengan Kpop dah sekarang nie -.- Pengaruh roomate aku. Haha ;D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

New Refreshment For My Blog!



Assalamualaikumm :)


Yeahhhhhhh ! Here it goess! The new version of my blog! :) Semalam dah puas edit Tumblr aku. Hari ini turn Blogger pulak untuk terima kasih sayang dari aku. Haha :D


Act aku dah lama dah nak edit blog tapi faham faham je lah ~ Aku ni memang pembuzy orangnya, mengalahkan YB (kawan aku cakapppp!) So terpaksalah postponed niat aku tu dari sehari ke sehari


Dan malam ini aku dapat tunaikan niat aku tue, Mueheheheh ~


Header yang lama. Act aku guna header lama ini sejak aku tukar background blog aku nie lagi. Tapi kali ini aku just tukar header je sebab aku sayang lagi dengan background blog aku nie. Haha ;D Mengada tawww ~

Header baru yawwwwww! Lawa tak? Hehe ~ Aku search kat Google je lepas tu pandai-pandai lah kau nak edit macamana. Aku edit pakai Photoscape je ~ Tak payah guna Adobe bagai sebab aku tak (berapa) reti nak guna T.T


Atleast header yang ini ada jugak kaler kaler kan daripada yang lama yang hanya hitam sahaja -.- Orang datang blog aku pun macam sedih je sebab warna hitam. Kalau yang ini, atleast bersemangat lah kan nak baca blog aku kan? HAHA :D -.-


Cbox yang lama. Punnnnn aku guna sejak aku tukar background blog aku. Aku saja je guna warna cerah sebab tak nak bagi korangkorangkorang sakit mata bila nak tinggalkan jejak dan aku tak nak susahkan korang :)


Cbox yang baru. Ada warna sikit tapi still cerah lagi. Sakit mata tak? Kalau sakit mata, bagitahu aku. Nanti aku ada masa, aku tukar lah ~ Hehe ;)


Thenn aku ada buat beberapa minor renovation. Tukar fonts and colours dekat sidebar blog dan post footer. Tukar itu ini sikit. Mana mana gadgets yang aku rasa menyusahkan aku dan korang aku buang ~ Haha ;D Nyah kau dari blog aku ~


Dan yang ini pun aku tukar :) Apa ini? Alah ~ Link untuk komen entry aku lah ~ ANC? Apa itu ANC? Hehe ;) ANC tu adalah Anugerah Naib Caunselor lah ~ So fahamfaham je lah kan? :) Insyallah ~ AMINNN


So apa pendapat korang? Suka atau tak? :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, August 26, 2011

Tumblr ; My New Addiction :)



Salam. Sekarang dunia kita dah maju. Macam-macam benda kat internet yang kita boleh buat untuk luahkan perasaan bagai kan? Dannnn ~ aku tak kan lah nak tengok je kan? So aku mesti lah akan guna jugak! :D


Yeahhhhh! Aku tahu semua orang dah ada Tumblr. Well ~ Aku pun dah ada jugak taw. Kau ada? *angkat kening


My Tumblr
Do click image above to follow my Tumblr :)


Act aku baru je buat Tumblr. Tahun ini jugak tapi tak ingat dah. Mula mula sumpah jakun giler sebab tak tahu macam mana nak guna tapi sekarang nie, fuhh ~ asyik reblog reblog reblog je kerja aku! HAHA :D


Best lah main Tumblr ni sebab aku just boleh reblog je gambar-gambar dan post video, lagu, chat dan macam-macam lagi. Dannn ~ Most of the words, qoutes yang aku reblog kat Tumblr adalah luahan hati aku, apa yang aku rasa. Hehe ;)


Tumblr adalah tempat untuk aku luahkan perasaan secara ekspress. Haha :D yelah ~ just reblog je. Kalau blog pulak, aku akan amik masa yang panjang skit untuk update sebab sekali nak buat entry, aku akan amik masa berjam-jam lamanya -.- Bukan apa ~ Aku nak hasilkan entry yang berkualiti untuk korangkorangkorang lah ! :D


Tapi aku ni bukannya ada masa yang banyak untuk update kan? Selalunya kalau ada masa lebih aku ada lah nak buat entry yang panjang atau entry yang berbentuk serius. Hehe ;) Tapi kalau tak ada, aku just update Tumblr je lah :)



If you want to know me, read my Tumblr. You will know how I feel


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, August 25, 2011

Gadis dan Kesakitan Itu



Di saat semua umat Islam sedang menikmati juadah berbuka puasa dengan gembira dan penuh kesyukuran, seorang gadis sedang melangkah sayu ke satu tempat ~ dengan langkah yang penuh kesakitan


Kesakitan yang dirasainya menyebabkan gadis itu hanya bersandar di dinding dan jatuh perlahan-lahan. Sepantas kilat, semuanya bagai wayang ~ bermain dalam fikiran si gadis. Mengingatkan si gadis tentang perkaraperkara yang lepas


Dan ada air jernih yang mengalir. Mengalir perlahan dan penuh dengan sendu dan sayu yang tidak berlagu. Berlagu sendirian dan kesepian.


Gadis itu tak mampu untuk berkata apa-apa. Mengingatkan dirinya bahawa untuk menjadi kuat tetapi dalamannya rapuh bagai kaca yang terhempas jatuh dari langit yang tinggi


Orang luar mengatakan, si gadis kuat dan bersemangat. Tapi sebenarnya si gadis sudah lama jatuh rebah dan mustahil untuk bangun kembali. Kerana apa yang dirasakan ini, tiada siapa yang tahu melainkan Allah swt


Gadis itu teringat kembali waktuwaktu yang lepas. Tak salah bukan untuk mengaku yang ada sekelumit rindu di jauh sudut hati si gadis? Ya ~ gadis itu rindukan kau sebenarnya, yang selalu ada dengan si gadis, yang menceriakan si gadis, yang memberi semangat kepada si gadis.


lalu gadis itu masih sendiri, menangis teresak esak, seorang diri...


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, August 24, 2011

Berkorban




Manusia itu tak pernah sunyi dari masalah. Kalau satu perkara sudah selesai, timbul pula perkara yang baru. Dan begitulah seterusnya ~ Itu lah kehidupan


Sekarang ini aku memang ada banyak benda yang nak difikirkan. Dari pasal pelajaran aku, hal-hal yang berkaitan dengan dinner, masalah peribadi aku dan juga masalah dalaman aku


Tiap tiap hari ada sahaja benda baru atau lebih tepat lagi masalah baru yang akan timbul sampaikan buat aku takut untuk hadapi apa yang bakal terjadi seterusnya. Aku tak tahu macam mana dengan hari esok, lusa, tulat..


Tapi aku tahu, Allah tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya jika Dia tahu kita tak mampu hadapinya. Aku percaya, dugaan dan cabaran yang Allah bagi dekat aku sekarang ini, tandanya Allah sayang dekat aku.


Aku akan cuba untuk bertahan dekat sini, demi orangorang yang aku sayang. Takpelah ~ Biarlah untuk kesekian kalinya aku akan berkorban demi mereka, Takpelah ~ Aku tahu kalau bukan aku yang buat, sape lagi yang mampu mereka harapkan?


Biarlah aku yang sakit kat sini. Biarlah aku yang memendam perasaan di sini. Biarlah aku yang hadapi semua ini seorang diri. Asalkan aku dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa


Jujur aku cakapkan, dugaan ini terlalu berat untuk aku T.T


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, August 21, 2011

Jom Senyum!




Nabilah Hani Azali, Petaling Jaya, 18 tahun 3 bulan


Mysara Newrie, Kuala Terengganu @ Kota Kinabalu, 18 tahun 7 bulan


HAHAHAHAHA :D

Sama tak dengan dalam lukisan tue? Act tenghari tadi, kat Dataran Sura (DATSU) ada Program Senyum 1 UiTM anjuran Part 6 DPA


So aku joinlah sebab kebetulan nak jumpa dengan lecturer, Miss Nadiah and Miss Munirah. Hehe ;) Meriah jugak sebab ramai students yang hadir and macam-macam aktiviti yang dijalankan


Senyum tu satu sedekah. Walaupun kau tak tegur die, tak kenal die pun, tapi bila kau senyum je, kau dah dapat pahala. Atleast orang tak kan cop kau sombong kan? So mari kita senyum ramai-ramai :D


Aku paling menyampah bila aku senyum kat orang lain tapi orang tu jeling atau tak balas senyuman aku. Ek elehh ~ Ada jongkong emas dalam mulut kau sampai tak boleh nak senyum sangat tue? -.-


Pluss, kita mungkin tak tahu tapi senyuman kita ni dapat menggembirakan dan menyejukkan hati orang lain yang melihat senyuman kita :)



p/s : jangan senyum lebihlebih sudalah ~ Orang cop giler pulak -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tidur Yang Tidak Tidur -.-



Semakin hari, keadaan semakin menghimpit diri aku. Kadangkadang aku rasa lemas dalam dunia aku sendiri. Lemas dan tenggelam


Bila mata ingin dipejam, otak mula menerawang dan berfikir ~ Dan kesimpulannya, mata ini tidak akan terpejam untuk 3 jam selepas itu


Kenapa? Terlalu banyak perkara yang perlu dibuat, difikir, diselesaikan. Itu ini ~ Ah ~ Tak terkejar masa


Kiranya ada butang untuk hentikan masa sebentar, ingin sangat aku gunakan. Cuma sehela nafas dan waktu tidur sahaja yang aku perlukan. Itu sahaja



Tapi aku dah start insomnia dah -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts