[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Friday, September 30, 2011

[Review] How I Met Your Mother Series - A Love Story In Reverse



Assalamulaikum :)


Hari ini aku bangun lewat sikit sebab malam tadi aku tidur lewat. Haha :) Thanks to Aida and Farah lah yang sudi berbual dan bergelak ketawa dengan aku ni :)


Sejak final exam start, aku didedahkan dengan siri How I Meet Your Mother series. LOL ~ Its like been ages since the series played at the TV! Haha :) yeah ~ aku tahu. Cuma sekarang ni aku baru tahu cerita dia

How I Meet Your Mother series ni menceritakan Ted Mosby pada tahun 2030 bercerita kepada anak-anak die tentang macamana die boleh terjumpa dengan mak dorang. So Kiranya, cerita ni flashback lah, cerita dalam cerita. Gituuuuuuuuu ~ :)

Ted Mosby yang dilakonkan oleh Josh Radnor


Bila Ted ni bercerita, die imbas balik kenangan dan peristiwa yang dia lalui pada tahun 2005 lebih kurang macma tue kepada anak-anak die. Dalam usaha nak cari pasangan hidup dia ketika itu, die ditemani dengan tiga orang kawan baik dia, Marshall Ericksen, Lily Aldrin dan Barney Stinson. Oh ya ~ Lily dengan Marshall ini baru bertunang dalam cerita ni dan dorang dah couple selama 9 tahun. Perghh ~

Marshall Eriksen yang dilakonkan oleh Jason Segel

Lily Aldrian yang dilakonkan oleh Alyson Hannigan

Ted jatuh cinta dengan Robin Scherbatsky dan mula nak start in a relationship dengan die lah. Tapi Robin tak nak sebab dia rasa lebih baik dorang berkawan. Kebetulan pulak si Robin ni pembaca berita yang baru nak naik dan itu merupakan salah satu faktor kenapa Robin nak kawan je dulu Ted

So cerita ni pun mengisahkan tentang macam mana Ted dengan bantuan kawankawan die mencari pasangan hidup die. So dalam proses nak mencari tu, macam-macamlah perkara yang berlaku. Macamana dorang selesaikan masalah kawankawan dorang yang break up, dorang sambut New Year. Setiap episod tu, ada sahaja benda atau perkara yang berlaku.

Robin Scherbatsky yang dilakonkan oleh Cobie Smulders

Cerita ni kelakar tau. Sumpah 1st time aku tengok, aku dah tergelak dah sebab gaya dorang memang spontan giler. Tak silap aku, cerita ni pernah menang kat Emmy Awards dan cerita ni terima rating yang tinggi lah jugak. Cerita ni lebih kepada arah santai dan rilexx lah. Tak heavy mana. Cuma kadangkadang kelakar die tu, kau kena cepat pick up sikit


Cerita ni ada banyak season. Dah ada sampai Season 7. Tapi yang dalam laptop aku hanyalah ada sampai Season 3. Muehehe ~ Takpelah. Asalkan dapat tengok kan? :) Tapi serius cakap, cerita ni memang kelakar. Nanti cuti sem ni, aku rasa aku nak pergi beli hardisk lah satu. Hehe. Boleh download dan simpan movie banyak-banyak! :D


Dalam banyak-banyak karakter, aku palinggggggggggg suke dengan Barney Stinson yang dilakonkan oleh Neil Patrcik Harris. Sumpah die memang kelakar lah ~ Antara ayat yang die selalu sebut adalah "This gonna be legendary!" dan aku pun dah selalu cakap macam tue. Haha :) Act ada banyak lagi lah benda yang kelakar dan bodoh yang Barney ni buat tapi kalau nak tahu, tengoklah sendiri :)

Barney Stinson yang dilakonkan oleh Neil Patrick Harris


Tapi watak Barney buat aku sedar yang dalam kehidupan ni, kita memang perlukan seseorang yang gilergiler, yang jenis slumber, berani dan dalam masa yang sama ada ketika kita perlukan sebab tak mustahil dalam kehidupan ni, pasti ada benda yang akan buat kita sedih. Dengan hadirnya orang-orang yang macam Barney nie akan menceriakan kehidupan kita


Apa-apa pun, sape yang belum tengok, tengok lah cerita nie. Aku berani bagi rating 3.5 dari 5. Best lah :) Dan kepada yang dah tengok, meh lah ~ Kita tengok sama-sama kat Restoran Mamak pukul 2 petang esok. Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tersenyum Dalam Kesakitan



Salam. Another boring entry I guess -.-


Aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa lain sangat. Rasa macam kehilangan. Aku pun tak tahu apa yang aku hilang -.- Rasa macam nak menangis pun ada. Rasa macam nak feelingless pun ada -.- Haishhh ~


Maybe maybe maybeee ~ ahhh ~ nevermind


Susah nak terangkan melalui katakata kalau hati dan perasaan je yang mampu jawab semua persoalan dan kekusutan dalam fikiran dan jiwa nie. Susah nak bagi orang faham apa yang kita rasa.


Semalam, berborak dengan kawankawan pasal hati dan perasaan. Dan apa yang dorang cakap, buat aku sedar yang aku dah amik salah langkah. Err ~ Salah langkah ke sebenarnya? Haha :D Aku harap tak sebab aku rasa aku dah bersedia untuk sesuatu perkara yang baru


Tapiii kalau apa yang aku dah buat ni salah aku tak ada kuasa dan aku tak mampu nak ubahnya balik. Dan kalau betul lah apa yang aku buat ni salah, aku rasa aku kena duduk dan tersenyum dalam kesakitan je lah



Ya Allah ~ aku harap apa yang aku buat nie tak salah. Berikanlah aku petunjuk. Aminnn ~




p/s : gonna having girls night talk in a few minutes more -.-



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, September 29, 2011

Lagu Mexico Jadi Lagu Tema Kolej?



Salam. Amboi masingmasing yang duk berkerut dahi tu kenapa? Oh ~ daftar kolej ehh?


Haha :D Ini entry aku rasa budak budak UiTM Dungun je kot yang faham. Sebab start pukul 12 malam tadi, kitorang dah boleh tempah bilik dah untuk sem depan. Tapi nak tempah bilik pun kena based on merit kita jugak. Tak cukup merit, NR lah jawabnyaaa


So malam tadi, satu UiTM Dungun sibuk mengonlinekan diri untuk dafar dan nak tahu status pelajar yang boleh melayakkan untuk daftar kolej. Macam aku, alhamdulillah ~ Status aku berjawatan, under Kelab Debat dan Pidato :) Eh ~ Aku tak adalah hebat sangat. Banyak lagi benda yang kena aku belajar :)


Terima kasih diucapkan Faiz Al Junid! :D

Nampak ada gaya macam Presiden Kelab tak? Hahaha :D


Okayy ~ So malam tadi pun daftar. Tapi kalau dah semua daftar, line internet pun jadi slow -.- Aku punya broadband memang tak boleh guna langsung sebab entah apa entah -.- Tapi bukak FB Blog dengan Tumblr laju pulakk -.-


So aku pun call lah semua orang yang aku rasa duduk rumah dan ada line internet. Haha :D Semua orang ok yang aku kenal termasuk yang duduk kat Johor. Dorang cakap, nak bukak iKolej tu pun memang dah tak boleh sebab ramai sangat yang masuk -.-


Dalam pukul 2 pagi macam tue, kawan kepada kawan aku yang duduk Kolej Tenggol dapat daftarkan untuk aku dan roomate aku, Nena tukarkan bilik aku. So thats it! Lega hati aku dah daftar kolej dah :)



Haaaaaaaaa~ Kat atas macam nie lah kalau kitorang nak tempah bilik :) Just untuk budak UiTM Dungun sahaja :) Hehe


Mostly kawankawan aku pulak daftar Kolej Tenggol sebab ada JPK Kolej bagitahu, kolej pantai untuk yang berjawatan sahaja. So dorang macam tak nak amik risiko. Aku pun nasihatkan dorang macam tu jugak.


Kolej Pantai adalah Kolej Kapas, Perhentian dan Duyung. Dinamakan begitu sebab kitorang menghadap pantai. Kolej Tasik pulak adalah Kolej Redang, Tenggol dan Gemia sebab berdekatan dengan tasik yang ada kat dalam UiTM nie.


Masa nak tunggu loading tu, macammacamlah ragam yang aku tengok. Ada kawan aku yang sanggup call mak ayah, mintak tolong daftarkan. Pakat semua duk call orangorang yang berdekatan and yang ada internet nak mintak tolong daftarkan. Ada yang duduk kat tangga, tunggu loading page


Masa aku dengan kawankawan aku tengah lepak kat luar, tunggu loading yang tak habishabis lagi, adalah terdengar satu jeritan dari kolej lelaki,


"BILA NAK BUKAK NI?!"


Sumpah kuat giler -.- Haha :D Ni mesti kes bengang sebab line slow, tak dapat akses masuk untuk daftar kolej. Macamacam hal.


Tapi serius cakap ehh, daftar kolej ni lagi mendebarkan dari nak jawab paper Costing pagi tadi. Haha :D Aku tidur pukul 3 pagi tadi sebab aku nak pastikan aku punya daftar kolej dah settle dulu, baru aku tidur. Yelah ~ Duduk dalam lagi best dari duk luar :)


Yang kelakarnya lah, masa kawankawan aku duk bincangbincang nak duduk kolej mana, adalah satu perkara yang kelakar tauu. Bagi aku kelakar lah, kalau korang rasa tak kelakar, lantoklahh -.-


"Weyh kita nak daftar kolej mana nie?"
"Aku rasa baik kita duduk Tenggol sebab blablablabla"
"Haaa ~ takpelah kalau macam tue. Kita duduk Tenggol je lah"
"Hmm ~ Kekgi kerap lah kita nyanyi lagu nie, '..tenggol, tenggol la camise negra'.."


Aku yang tengah duk syok buat past year Costing tergelak secara spontan sebab aku tak expect pun kawan aku akan cakap benda tue. Adoiii ~ sakit perut aku duk gelak masa tu. Ni masa aku tengah taip entry ni pun, aku tengah dengar lagu La Camise Negra dan aku tergelak lagi. Haha :D


Dan masa tengah jawab final Costing tadi pun, aku masih boleh tergelak lagi bila teringat pasal insiden malam tadi. Adoi ~ Sakit perut aku. Haha :D Aku rasa lagu tu dah boleh jadi lagu tema kolej dah. Hehe :)


Alhamdulillah ~ Aku dapat duduk kolej lagi sem depan. Harapharap sem depandepan pun aku dapat duk kolej lagi sampai lah ke masa degree nanti. Hehe :) BTW kalau buat Degree kat UiTM Shah Alam, agakagak dapat kolej tak? Hehe :)


BTW kepada kawankawan aku yang dapat status NR, aku simpati dengan korang. Takpe. Korang buatlah rayuan dulu sebab kita mana tahu lagi kan apa yang terjadi kan? So takpe. Kalau perlukan pertolongan ke, just callingcalling aku :) Insyallah ~ Aku akan tolong selagi aku termampu :)


Ni aku bagi korang tengok video lagu La Camise Negra. Dengarlah kat chorus lagu tue. Hehe :)



Tengo Tengo la camisa negra
Porque negra tengo el alma
Yo por ti perdí la calma
Y casi pierdo hasta mi cama


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Siapa Yang Tahu



kepada siapa perlu aku sandarkan
ketika aku sedang jatuh dan terbungkam seorang diri?

kepada siapa perlu aku luahkan
ketika aku sedang memendam perasaan?

kepada siapa perlu aku menangis
ketika aku sedang memeruk perasaan?

kepada siapa perlu aku percaya
ketika aku sedang dalam kesusahan?

kepada siapa perlu aku harapkan
ketika aku sedang terkapai kapai

dan kepada siapa perlu aku cari
ketika aku sedang memerlukannya?

kau dapat jawab?

aku cuba menyerap semuanya tanpa bersuara
terima dan serap dengan senyuman di bibir
walhal di hati ini
bagai diracik racik dengan pisau tajam
ada kau rasa?

teruskanlah bersandiwara
teruskan
jika itu dapat membuat kau ketawa berdekah dekah



ya allah ~ bantulah aku, permudahkan segala-galanya. aminn

12 August 2011
0114


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, September 28, 2011

Andainya Sang Arjuna Tahu...



Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadangkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I Love You’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anakanak anda


kopypaste from somewhere, tak ingat dah -.-




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, September 27, 2011

[Film Review] Sinopsis dan Trailer Bini Biniku Gangster



Salam. Haaaaaaaaaa ~ Hari tu kan aku ada cakap nak buat review filem Bini-Biniku Gangster kan? Disebabkan aku dah malas nak fikir entry apa hari ini nak kena buat, so buat jelah review. Kuikuikui :)


Oklah. Cerita ni mengisahkan Manja (Yana Samsudin) dan Hairi (Shaheizy Sam) pasangan suami isteri yang memang loving habis lah ~ Aku tengok alalaalalalala sweetnya dorang! Sumpah weyh. Sweet giler :)


Tanpa pengetahuan si Hairi, Manja ni sebenarnya ketua kumpulan gangster dan rata-ratanya semua orang kenal dengan Manja tue. Dapat makanan pun free je, tak payah bayar sebab takut dengan Manja ni ataupun lebih dikenali dengan panggilan Kak Yong dari anak buah die


Walaupun dah kahwin 2 tahun, Manja dan Hairi ni tak dikurniakan dengan anak pun sebab apa entah -.- Tak ada rezeki kot? Haha :D So Manja ni dengan rela hatinya bagi Hairi kahwin dengan Reanna (Intan Ladyana) setiausaha suami die kat pejabat. Aku cakap ehh, aku menangis bila part Manja bagi kebenaran kat suami die untuk kahwin sorang lagi. Isk isk ~ Aku faham perasaan tue T.T


Dalam masa yang sama, Manja ni ada masalah dengan musuh ketat die, Min Sam iaitu Geng Kepala Kucing. Dorang selalu jugalah aja aja fighting sesama sendiri. Dan dalam masa yang sama jugak, Manja ni ada masalah dengan Reanna tue. Maybe Manja tu jeles kot? Selalu jugak lah dorang gaduh. Tengahtengah sibuk dorang dalam perang dingin tue, satu hari suami dorang, Hairi tu hilang.


Hah? Lepas tu apa jadi? Pergi tengok sendiri lah! :D Yang pasti cerita ni memang best! :D

Kat sini aku sedikan trailer sekali untuk korang dapat mood sikit nak tengok cerita nie. Hehe :)



Cerita ni ada buat aku ketawa dan menangis. Starting cerita die pun dah kelakar dengan gelagat Mat Saja nie. Haha :D Aku tak kenal lah sape pulak Mat Saja ni sebab aku rasa macam pelakon baru tapi kehadiran die dalam filem ni buat cerita ni lagi kelakar lah :)


Gandingan Yana dengan Sam pulak sumpah superb! Sweet giler lah dorang nie. Yang paling aku suke masa starting cerita nie. "ayang kat mana?" "ayang kat hati anjeee lahh" HAHA :D Sumpah sweet ~ Kawankawan aku pulak sibuk nak praktikkan dengan pakwe masingmasing -.- Untunglah ~ HAHA :D


Overall, dari rating 5 bintang, aku bagi 4 lah ~ Cerita ni memang best. Rugilah kalau tak tengok :) So apa lagi, pergilah tengok di panggung wayang yang berdekatan dengan anda! :D Sokonglah filem tempatan weyhh! :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, September 26, 2011

Seharian Bersama Orang Baru. Amboi ~



Assalamualaikum semua! :D


Yeahhhhhh! Sape cakap final exam tak habis lagi tak boleh nak enjoy? Hey hey hey ~ Mysara Newrie cakap "Mana ada! Time final lah kita lagi semangat nak berenjoy?" Betul tak? Betul tak? Tak betul? -.- Lantoklahhh ~


"Mai, free tak esok?"
"Hah? Bila bila?" *dengan nada teruja yang sangatsangat teruja! -.-
"Esok lahh ~ Free tak?"
"Esok ke? Bila? Bila? Nak pergi mana?" *aku dah agak dah, mesti dorang nak ajak aku pergi jalan-jalan
"Pergi Mesra Mall esok, pukul 12"
"Okayy! KONFEM AKU PERGI!"



Nampak tak keterujaan aku nak pergi berjalan tue? -.- Eh tak nampak ehh? Silap silap. Korang rasa tak betapa TERUJANYA aku nak pergi Mesra Mall


So aku bangun awal pagi, aku pergi basuh baju, sidai baju. Semangat tau nak pergi berjalan. Haha :D Kemudian pukul 2 baru pergi. Sebab Shiro ada kerja nak buat pagi tue. Hehe


Sampaisampai je terus tengok wayang sebab kebetulan ada cerita Bini-biniku Gangster


Sumpah kelakar nak mampus ok cerita nie! Terbaik lahh~ Terbahakbahak aku gelak bila tengok cerita ni. And ada jugak part yang aku menangis. Hehe :) Menangis sebab terharu, sedih dengan Manja tue :) Overall, cerita ni memang best! Sape yang tak tengok lagi, pergilah tengok ye :) Nantilah ~ Ada masa, aku buat review pasal filem nie :)


Lepas tengok wayang, terus makan! Ema tak makan dari pagi tadi katanya. So makanlahh ~ Pakat semua makan sizzling. Haha :D

Tiket wayang kami dan makanan aku. Untung tauu pergi tengok wayang time orang bekerja. Dapat murah! Kitorang dapat RM8 je sebab ada student card. Mueheheh :)

Aku dan Zalia. Eh eh ~ Yang gelas besar tu bukan air aku ehh? Tu air Zalia dengan Farah. Satu gelas RM5. Boleh kongsi 3 orang tahu tak? -.-

Ema dan Shahira aka Shiro :) Dorang lah driving ke MM sebab aku malas nak drive. Muehehe :)

Dan last sekali, Cik Farah kita yang bertanggungjawab untuk mengajak aku pergi MM nie. Haha :D


Lepas makanmakan, kitorang jalan-jalan dalam MM tue. Tengoktengok kasut. Haishh ~ Adalah sepasang kasut blingbling tu. Cantek sangat! Warna kelabu. Sumpah lawa. Nak beli tapi bila tengok RM nya, mata pun terus jadi macam nie -.- lalu dengan kecewanya, terus pergi melangkah keluar


Lagipun kasut tu tak ada saiz aku. Saiz aku 36. Yang ada 37. Yesssssssss! Jimat duit aku! HAHA :D 37 tu pun dah besar dengan aku -.- So tak adalah aku rasa macam rugi kan? Haha :D

Sebelum keluar, haruslah amik gambar dulu kan? :) Masa ini aku memang hangin satu badan sebab tudung aku ada masalah sikit -.- Lepas tu pergi masuk Chameleon. Rasa macam nak beli cincin satu, cincin yang ala-ala vintage. Tapi tak ada yang cantik.


Ada satu cincin tu, lawa giler. Berlingkar-lingkar macam tali so bila pakai kat jari, nampak lah cincin tu kan? Tapi masalahnya, ada pulak kepala naga dengan kepala ular duk tersembur keluar kat cincin tue -.-


Bila dah tak beli apa-apa, so amik je lah gambar -.-

I'm maybe nerd but I'm glamor than you. Fuhh ~ Statement! HAHA :D

Anak buah aku. Dorang pun dah ikut aku pakai spek blingbling tue. Haha :D Tapi dorang beli cincin, aku dengan Farah je yang beli kepit rambut. Dan haruslah kepit rambut aku warna merah. Baru nampak kalau pakai. Muahaha :D

Kepit rambut aku yang baruuu! Suka kaler die sebab warna merah dan kain die pulak, kain baldu :) Farah pun beli satu gak cuma lain corak dan warna ungu tak silap aku

Bergambar lagi. Bila dah agak puas hati, kitorang pergi kedai buku, Popular pulak! Haha :D Amik gambar kat sana pulak -.- Maroh lah tokey kedai kalau semua customer dorang macam kitorang. Masuk kedai sebab nak amik gambar je -.- Haha :D

Semangat sungguh aku nak cari novel masa nie. Haha :D Weyhhhhhh ~ Aku memang nak beli novel tadi sebab dah lama giler aku tak baca novel dan beli novel. Lagipun tak kan pergi MM tak beli pape, ye dok? Haha :D


Okaylah ~ Aku ada masalah sikit kalau nak beli novel sebab tiap kali aku beli novel, mesti novel tu tak best -.- Dan aku rasa macam dah malas nak beli sebab nanti aku rasa tak berbaloi. Baik aku pinjam dengan membermeber je. Haha :D


So end up, aku tak beli. So bila tak beli, apa lagi, bergambar lah kami! Haha :D

Mengada ngada sungguh ~ Tajuk novel sorangsorang tak boleh blahh -.- Haha :D End up, Ema je yang beli novel, tajuk Tuan Rumah Pembantu Rumah. Aku nak beli gak tadi tapi bila Ema dah beli, aku tak jadi beli lah ~ Pinjam je lah dengan dia. Haha :D

"Dengan ini, saya wajibkan semua budak DPA beli buku ini sebagai rujukan kita pada masa depan. Insyallah ~ berjayalah kita pada masa yang akan datang" Bapok tebal buku nie -.-


Lepas tu pergi TMC jap, beli barang dan pergi surau, sembahyang. Lepas tu, terjumpalah dengan Fiqah Othman and the geng. Dorang pun pergi jugak MM. Haha :D Padahal sebelum pergi MM tu, kitorang duk ejekejek dorang sebab tak dapat keluar macam kitorang. Haha :D


Sekali, terjumpa lah derrrrrrrrrrr -.- Borakborak kejap. Bising kejap surau tu dengan kitorang.

Aku dengan Azie VMP. Weyh ~ VMP tu apa weyh? -.- HAHA :D


Lepas tu kan kan kan, demi aku yang tengah gian nak karaoke, dorang semua cakap "Jom Mai. Kita pergi karokk. Demi kauu. Nak buat kau happy"


Isk isk isk ~ Terharu mak nakkk T.T Thank you kawankawan! Thank you adikadik ku sekalian!

Amik kauuuu ~ 10 lagu aku nyanyi straight! Haha :D Semua jenis lagu aku nyanyi. Paling best, masa aku nyanyi lagu Akan Ku Tunggu dari Candy tue. Lagu tu memang aku all out lah nyanyi. Haha :D


Mostly lagu yang aku nyanyi tadi, lagu yang sama je yang pernah aku nyanyi sebelumsebelum nie. Lagu CT, Meet Uncle Hussin, Sarah -.- Sebab aku tak nak bazirkan masa pilih lagu sebab nak kejar masa pergi hantar kereta lagi kan?

Mereka mereka pun nyanyi jugakkk! Mulamula tak nak tauu. Tapi bila aku nak tambah lagu, masingmasing nakk. Haha :D Kelakar pulakk rasanya :) BTW terima kasih sangat korang sebab sanggup teman aku pergi nyanyi tadi. haha :D


Kemudian, beli Big Apple, Secret Recipe dan terus balik. Sebenarnya kalau ikut plan, aku akan terus shoot ke McDonalds Dungun ni hah untuk overnite dengan kawankawan sekelas aku untuk study Costing.


Tapi entahlah ~ Masingmasing macam malas je and kebetulan hujan pulak, lastlast cancel je -.- Sedih aku. Aku ni dah siapsiap tauu bawak buku Costing, past year dengan calculator tapi tak jadi. Nampaknya overnite dekat bilik study je lah -.-

BTW terima kasih korang sebab ajak aku pergi hangout dengan korang. Ni 1st time kita hangout sesama kan? Haha :D Sebab tu aku letak 'orang baru' dekat tajuk entry. Haha :D


Aik aik aik ~ jangan fikir bukanbukan ehh? -.- Tumbuk kang. HAHA :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts