[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, October 31, 2011

[Tips Blogging] Pentingnya Nama Panggilan Dalam Blog Anda


Assalamualaikum


Okayyy! Hari ini aku rasa macam baik hati je kan nak kongsi tips dan trick dengan korang. Ambuii ~ Dah pandai tau aku ni nak tipu tipu orang. Yelah ~ tricks kan tipu aka helah. HAHA :D


Ok macam mana nak jadi famous kat blog? Muahaha ~ Yelah sekarang ni kan dah ramai giler yang ada blog so secara tidak langsung persaingan tu mesti ada :)


Antara salah satu tips yang aku guna ialah korang mesti ada nama unik korang sendiri. Contohnya macam aku ni hah, Mysara Newrie. Sebut je nama aku, konfem korang akan kenal. Ye dak? HAHA :D


Perasan sudaaaaaaaa -.-


Act nama unik aka nama panggilan ni sangat-sangat penting sebab ianya dapat membezakan korang dengan blogger-blogger lain. Bila dah berbeza dari blogger yang lain, sah sah lah orang akan kenal dengan korang. Dan bila mereka dah kenal dengan kita, senanglah dorang nak search kat Google.


Cuba korang search kat Google nama aku, ada ke tak? Hehe


Aku cakap macam ni sebeb sesetengah blogger yang tak guna nama mereka sendiri. Contohnya dorang guna 'Diary of My Life' Well ~ Masa tu orang yang baru masuk dalam blog kau pun akan tertanya-tanya, siapa di sebalik Diary of My Life nie? Lelaki ke perempuan? Haaa macam tu lah ~


Tapi kalau sebut nama Ceeramoon, Lyssa Seccret, Maria Elena, Shazana Samaluddin, konfem orang dah kenal sebab mereka menggunakan nama mereka sendiri sebagai satu lambang dan simbol kepada identiti mereka sendiri. Dan bila korang guna nama sendiri atau nama panggilan ni, orang akan tertanya-tanya, siapa dia nie? Macam mana kisah hidup die? Haaaaaa ~ Macam tu lah ! :D


Kawan-kawan aku pun dah melekat dengan nama aku, Mysara Newrie sebab ni lah nama panggilan aka nama unik aku di alam maya dan kadang-kadang di alam realiti. Aku tak kisah pun sebab atleast aku tahu, nama aku tu orang tahu :)


So aku galakkan kepada korang yang membaca ni untuk create satu nama panggilan atau nama unik korang sendiri supaya dapat bezakan korang dengan blogger-blogger lain ok :) Nama tu pulak janganlah pelik sangat cuma just nama tue nak ada kaitan dengan korang pun cukuplah


Kalau korang suka makan epal, buat lah Cik Epal. HAHA :D Eh eh ~ Cik Epal tu tak boleh dah sebab die dah guna. So korang boleh lah buat Cik Durian ke? HAHA :D Lepas tu amik gambar tengah pakai maskot durian. HAHA :D Konfem punya orang akan kenal dengan kau dan sekaligus buat kau femessssssssss! :D


Faham tak maksud aku? So kalau faham, apa lagi, kerahkan otak korang untuk mencipta nama korang yang unik! :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Topik] Manusia Tak Pernah Puas


Assalamualaikum



Ok fineeeeeeeeeeeeee! Konfem lah aku kena lepas ni sebab post gambar bukan-bukan kat sini. HAHA :D Weyhh ~ Tu bukan maksud aku okay?


Terjumpa gambar ni masa aku tengah buzy bertumblring. Well ~ Mula-mula aku tengok "arghh ~ gambar seksiiii!" tapi bila aku tengok lama-lama, aku tahu ada maksud di sebalik sekeping gambar tue :)


Betullah orang cakap kan 'picture do the talk'


Gambar kat atas ni just nak bagitahu yang manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Well ~ In this case, manusia tak pernah puas dengan apa yang ada pada badan mereka -.-


Badan dah perfect, hidung dah mancung, senyuman dah manis eh eh ~ boleh pulak dah nak complain itu ini? -.- Bila duduk depan cermin je kan, sah sah lah ~ mulut mesti nak cakap


"Perut aku buncit lah"
"Paha aku besar lah ~ "
"Alamakk ~ Dah double chin lahh"


Haaaaaaa ~ Menda lagi? Tu baru yang basic je okay? Kalau yang dah sampai ke tahap yang mendalam, habis semua benda kat badan nak complain itu ini -.- Kadang-kadang aku yang mendengar pun naik menyampah gakk dan bila keadaaan dah macam nie kan, aku dengan slumbernya akan cakap


"Bersyukurlah dengan apa yang ada weyhh!"


ataupun aku akan pergi jauh-jauh. Well ~ Sekali sekala tu takpelah jugakkan tapi kalau dah 24 hours duk cakap benda yang sama, aku rasa aku dah boleh kot hafal skrip yagn orang tu nak cakap -.-


Aku selalu jugak tengok-tengok gambar orang yang buat operation nak buat itu ini. Muka asal lagi comel dan cantik dari muka selepas pembedahan. Sebab aku rasa pembedahan adalah bukannya jalan untuk merealisasikan impian kita


Let say lah ~ Kau gemok dan complain. Then kau buat pembedahan. Aku pernah tengok gambar orang yang buat sedut lemak tue. Ya Allah ~ Lemak yang dah disedut tu aku tengok dah macam bubur nasi dah tapi versinya lain iaitu warna kuning campur merah


Sedut lemak bukannya sedut lemak semata-mata tapi ianya termasuklah menyedut darah kau keluar dari badan. Tu yang tengok dari gambar pembedahan tu lah. So korang bayangkan, kalau dah sedut lemak satu badan, berapa banyak dah darah kau hilang? Ye ye ~ Aku tau darah tu boleh diganti semula sebenarnya. HAHA :D *aku bukan budak medic so kalau salah tolong betulkan eyhh?*


So in a way kau nak kurus, kau pergilah exercise ke kan? Tak pun kurangkan makan nasi. Eh eh ~ Cakap pasal nasi kan, aku rasa aku dah kurenggggggggggg sikit kot makan nasi sejak duk rumah nie. HAHA :D


Okay berbalik kepada gambar yang aku letak kat atas tue, sebenarnya aku faham perempuan tu sebenarnya nak buat pembedahan dan die nak badan die ikut sebijik macam barbie doll -.-


Tengoklah sekecik mana die nak pinggang die, badan die, muka die, leher die. Habis semua nak tiru barbie doll. Ok meh sini aku nak bagitahu, barbie doll ialah patung buatan manusia dan haruslah patung tu nampak cantik sebab die nak lariskan syarikat die


Dan kita adalah manusia dimana kejadian kita adalah semulajadi dan semuanya adalah kekuasaan Allah swt. Apa yang kita ada pada badan kita semuanya adalah pemberian Allah swt dan kita sebagai hambaNya hendaklah bersyukur dengan apa yang ada


Entahlah ~ aku tak tahu nak cakap apa lagi sebab kadang-kadang manusia itu tak pernah puas dengan apa yang dia ada


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Jiwa Gelisah? Ini Penyelesaiannya :)



Assalamualaikum






TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Rindu Dulu-Dulu


Assalamualaikum


Just tengok tengok kat folder gambar yang lama-lama. Kemudian terjumpalah gambar nie. Haha :D

Okay memang aku tak faham tapi aku gelak je bila tengok gambar nie. Sebab masa aku tengah cuti hari tue, cuti apa entah ~ Haaaaaaaaa ~ Cuti sem part 2! HAHA :D


Aku pergi Kuantan. Masa tu kazen-kazen aku semua ada so memang best lah sebab dapat jumpa semua kecuali adik aku yang tengah sekolah kat Sains Dungun tue. Hehe :)


Malam tu, aku hairan lah dorang duk beria-ria betul duk main game PS, game bola. Bapok ar bising. Lepas tu dorang bukak lappy, update pasal game yang dorang main. Sape kalah, sape menang -.- Laahh ~ Buat liga sendiri rupanyaaaaaaaaaaa. HAHA :D


Sekarang semuanya dah berubah. Kalau aku dengan Azrul cuti, Epy tak cuti. Kalau Epy cuti, aku dengan Azrul pulak duk struggle dengan kelas dan exam bagai -.- Semuanya dah berubah. Kadang-kadang aku rindu nak balik pada zaman aku kecik-kecik dulu.


Yang paling aku ingat sekali, masa tu aku Darjah 2 rasanya. Masa tu raya ketiga tak silap aku. Semua sedara aku, sepupu sepapat pakat balik Terengganu sebab cuti panjang. Kebetulan arwah tok aku ajak semuanya datang rumah


Masa tu mau dekat berbelas-belas buah kereta yang datang. Masa tu semua orang ada. Dan kitorang pulak kan masa tu kecik jeee. Apalah yang kitorang fikirkan selain dari main kan? Duduk luar, main buaian, main tingting, main larilari, sorok-sorok. Best sangat masa tue


Dan yang paling best, kitorang semua just makan KFC je. Walaupun makan ayam KFC tapi apa yang best sebab semua orang ada dan semua orang memang bertukar-tukar cerita, bergelak ketawa. Ya Allah ~ Aku rasa masa tu memang the best raya ever lahhh! :D


Tapi sekarang dah lain. Raya pun macam dah tak raya dah sebab kekangan masa. Ada yang tak dapat balik raya sebab sambung study kat oversea. Ada yang tak balik sebab kerjalahh ~ So masa sekarang dah tak macam dulu -.-




I miss the old timess :')




The best memory is the saddest memory because you know it will never be repeated again


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Secebis Kata ;


Assalamualaikum


Maaflah ~ Hari ini tak ada mood nak berblog. Bangun dari tidur, terus keluar, mencari ketenangan. Bazirkan minyak kereta, pusing-pusing, jalan-jalan. Entah lah ~


Kepada blogger-blogger yang ada mengadd aku di FB aku, maaf aku ucapkan sekiranya ada antara kalian yang aku tak approve. Bukan sombong, bukan tak mau kawan cuma aku rasa keselamatan diri aku perlu dijaga.


Ramai jugak yang add aku dan rata-rata mereka adalah blogger. Ye aku tahu tapi maaflah ~ Aku dah jelaskan segala-galanya di sini. Aku lebih senang menggunakan Fanpage aku sebagai pengganti kepada FB aku


Lately ni rasa macam bertubi-tubi perkara bermain dalam minda. Nak tidur, mau sejam duk pusing kiri kanan, masih tak mampu lagi untuk tutup mata nie -.- Macam-macam yang bermain dalam otak ni





Semakin bertambah hari, semakin kita tahu apa itu kehidupan




p/s : sorry ~ just tak ada mood dan hmm ~ masa untuk bersendirian barangkali?


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, October 30, 2011

Mata Yang Tertutup


Assalamualaikum

Tutup mata dan dengar apa yang kata hati inginkan
Tutup mata dan fikirkan apa yang otak inginkan
Tutup mata dan berbicaralah apa yang ingin dikatakan
Tutup mata dan hidulah apa yang kau ingin bau
Tutup mata dan menangislah apa yang ingin kau tangiskan

Menangislahh
Jika itu mampu buat kau rasa tenang
Hati ini masih merintih sayu
Hati ini masih keliru
Dimana empunya diri ingin membawa diri?

Buka mata dan lihatlah sekeliling
Tiada apa yang ingin kau banggakan
Dengan air mata yang masih bergenang
Tutuplah matamu
Biarkan air mata itu jatuh
Agar orang tahu penderitaan yang kau rasa



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, October 29, 2011

Penyu Menangis T____T


Assalamualaikum


Apa nak dikato? Sumpah sedih sebab Terengganu kalahh! WUAAAAAAAAAAAA! Sedihnya sebab Terengganu kalah dan sekaligus tak dapat bawak balik Piala Malaysia tue


Aku menangis masa aku tengok masa ada lagi 2 minit lagi. Sebab aku tahu, memang tak dan dah nak skor satu gol lagi bagi menyamakan dengan Negeri Sembilan.


Sumpah sedih.


Sedih dengan Piala Malaysia
Sedih dengan diri sendiri atas sebab-sebab tertentu
Sedih dengan keadaan sekeliling
Sedih
Sedih sangat
Sedihhhh



T____________________________T



Ya Allah ~ bagilah aku kekuatan. Moga-moga results final exam aku mendapat pointer yang cemerlang. Aminn



"..lalu penyu pun pulang ke tempat asalnya dengan linangan air mata.."



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Menjelang Final Piala Malaysia 2011


Assalamualaikum


Ni sepupu aku, Farahin, Batrisya dan Balqis. Semuanya muda dari aku belaka. Kecik-kecik belaka. Pakat beli jersi Terengganu belaka sejak Piala Malaysia nie. Fuhh ~


Ni sedara aku, Syammel dengan kawan-kawan die. Syammel tu yang paling kiri sekali. Masa ni dorang tengok Separuh Akhir Kedua Terengganu VS Selangor dekat Kuala Terengganu. Ok fineeeeeeeee ~ tengok bola tak ajak aku sebab aku teringin sangat-sangat nak tengok bola kat stadium T__T



Apa yang cuba aku nak sampaikan?



Aku jelessssss okay semua orang dah ada jersi negeri masing-masing. Tapi aku? Arghh ~ Aku ada jersi Part 3 DPA tu je lah ~ Sadisnyalahh -.- Dah lah ada jersi Terengganu, dapat pulak tengok bola live kat stadium. Sobs sobs sobs :'(


Takpelah ~ Marilah pakat-pakat kita tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara Terengganu VS Negeri Sembilan. Walaupun aku pernah duduk Port Dickson 5 tahun tapi aku tetap sokong Terengganu sebab IC aku ada nombor 11 :)


Aku sedih tau bila kawan-kawan aku duk booooo dekat Terengganu. Huhu T__T Takpelah ~ Adat bertandingkan? Ada menang dan kalah.


Ya Allah ~ Moga-moga Piala Malaysia 2011 milik Terengganu. Aminn ~


Kau tengok? Angry Birds pun sokong Terengganu. Haha :D




p/s : gambar curik dari FB. Haha :D Sorryy!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Final Piala Malaysia :)


Assalamualaikum



Ya Allah ~ Moga-moga Piala Malaysia milik Terengganu pada kali ini. Aminn ~




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Hati Gelisah & Otak Buntu Kerana Memikirkan Tentang Sesuatu



Assalamualaikum

Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku rasa aku dah amik keputusan. Entahlah ~ Keputusan apa pun aku tak tahu. Cuma esok aku kena buat beberapa panggilan dan that's it! Tengok macamana. Aku ingat nak call malam ni terus tapi kredit pulak macam tak mencukupi


Kadang-kadang aku buat salah dalam hidup. Aku buat keputusan itu dan ini dengan tanggapan aku akan okay, aku akan suka. Tapi bila dah last-last macam nie, aku macam baru sedar, aku tak boleh


Jujurlah aku cakap, aku tak boleh terikat dengan sesuatu. Kau kena buat tu! Kau kena buat ni! Oh no no ~ That's totally not me. Aku suke bebas. Aku suka buat sesuatu bila aku ada kerelaan diri. Aku tak suke aku dah ditetapkan dengan kena buat itu ini


Kalau aku dah ditetapkan buat itu ini, aku akan tak ada mood habis. Aku akan macam err ~ adoi susah nak cakap. Yess ~ Aku memang suka bebas tapi dalam keadaan yang terbatas lah :) Bukannya sebebas-bebasnya. Uish ~ Sisih 44 malaikat


Kalau aku ikut sesuatu tu tanpa kerelaan diri aku, samada aku akan terus enjoy dan happy atau aku akan murung dan mula memberontak dalam diam. Tu lah aku. Entah lah ~ Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Normal ke kalau rasa macam nie?


Ye ~ Aku mengaku aku pemalu pada mulanya tapi lama-lama tu aku akan okay kalau aku tengok orang tu okay dengan aku. Tapi kadang-kadang kalau orang tu macam meminggirkan aku, gelak sama-sama dan aku yang macam terpinggir, aku rasa baik aku undur diri. Aku akan jadi sangat-sangat down kalau aku berada dengan orang-orang yang macam nie


Aku seorang yang sangat-sangat berfikir positif ataupun memujuk diri sendiri kalau ada perkara yang menyinggung perasaan aku cuma bila dah banyak kali macam nie, aku rasa macam aku pun sedih gak. Entahlah ~


Lepas habis dinner, aku baru perasan sesuatu. Aku suka bekerja yang melibatkan orang, yang kena handle itu ini, yang berkomunikasi dengan orang, yang menguruskan sesuatu. Masa tu memang aku penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Balik bilik je, gedebunggg terus terbongkang atas katil tapi sebenarnya aku enjoy. Mungkin sebab aku minat


Aku suka bercerita, buat orang faham dan orang ikut apa yang kita dah tetapkan. Orang tanya kita, macam mana nak buat itu ini, aku enjoy dengan benda-benda yang macam nie. Pergi ke hulur ke hilir semata-mata nak dapatkan tandatangan dan cop. Aku sangat-sangat enjoy dengan perkara-perkara tue. Memanglah penat, tension tapi entahlah ~ rasa macam best gak :)


Aku tak tau apa yang aku nak buat sekarang nie. Perlu teruskan atau tak? Perlu disuarakan hal ini atau tak? Aku cakap "aku nak buat itu ini" tapi hati aku sebenarnya menjerit "TIDAKK!" Hati aku berat untuk mengiyakan semuanya


Hari ini dah 29 Oct. Esok 30 Oct. Aku tak tahu nak cakap macamana. Samada aku boleh teruskan ataupun tidak. Samada aku boleh pergi atau pun tidak. Samada aku akan terus mengalah tanpa mencuba dulu ataupun tutup mata dan anggap sahaja tiada apa-apa. Jujur aku cakap, aku berasa rendah diri sangat dalam kalangan mereka yang hebat itu. Dan jujur aku cakap, hati aku berat mengatakan tidak -.-


Aku? Apalah yang ada pada aku? Cuma sekeping hati yang hmm ~ dah banyak kali dijahit dan akhirnya menjadi kebal



p/s : Ya Allah ~ berikanlah aku petunjuk. Aminnn ~


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, October 28, 2011

Monolog Seorang Diri


Assalamualaikum


Aku ada buat sedikit perubahan kat blog. Aku edit edit mana-mana yang patut. Tengok lah ~ Kalau aku rajin, aku share tutorial dengan korang :)


Pasal hal ini kan, aku rasa gelisah sangat-sangat. Aku tak tahu kenapa. Ops ops ops ~ Bukan pasal boiprenn ehh? Uish uish ~ Tak baik tau tuduh macam tue. Hehe :)


Its kinda more to something between me and my friends. Aku tak tahu macam mana. Aku rasa bersalah pun ada, rasa macam berat hati pun ada. Lebih kurang macam tue lahh -.-


Dan dalam masa yang sama jugak aku mengharapkan seseorang datang untuk bagi aku nasihat atau pandangan mereka. Aku dah cuba dengan kawan-kawan aku cuma itu bukan jawapan mereka. Aku takut nak bagitahu apa yang aku cuba sampaikan -.-


Nampak je Mysara Newrie gagah berani tapi sebenarnya hati dia masih lagi seorang perempuan yang sangat-sangat mudah tersentuh :)


"Saraaaaaaaaaaaaa! Meh lah turunnnnn!"
"Haaaaaaaaaaaaa ~ Japp lahh!"


Ya Allah ~ Semua orang duk panggil aku suruh tengok Maharaja Lawak Mega -.- HAHA :D Tengoklah tengahtengah malam sikit ke aku update lagi sikit. Hmm ~ Rasa macam sedih pun ada jugak. Rasa bersalah pun ada. Rasa bengang pun ada!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Dalam Dilemma -.-


Assalamualaikum


Dalam dilemma sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macamana. Rasa macam serabut pun ada. Tapi tak terasa nak menangis lah ~ Cuma rasa macam entahlah -.-



Susah nak cakap. Aku yang bermasalah atau dia? Aku tak tahu nak cakap macaman. Tension pun ada. Lepas final exam hari tu lah aku dah mula fikir tentang hal nie


Benda ni just small matter je. Cuma bergantung kepada aku. Ye aku tahu cuma mungkin diri aku yang tak dapat nak terima perubahan atau entahlah ~


Bila timbul je isu ni, mesti aku rasa gelisah. Mesti aku rasa tak tenang. Mesti aku rasa tak tenteram. Kenapa? Salah ke keputusan yang aku amik nie? Kalau salah kenapa aku rasa macam nie? Kenapa aku rasa tak tenang?


Ya Allah ~ bantulah hambaMu ini. Aku sayangkan dia dan apa yang dah dia buat kepada aku cuma aku sahaja yang tak dapat nak terima.


Kepada dia, kalau keputusan yang aku amik ini mungkin akan membuat kau terasa, aku mintak maaf cuma kadang-kadang aku rasa aku perlu dahulukan kepentingan diri aku sendiri dari kepentingan orang lain


Ya Allah ~ bagilah aku pentunjuk. Aminn ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Beg Merah Yang Berjasa


Assalamualaikum


Bangun tidur tadi terus aku call kawan aku yang aku dah anggap die macam abang aku. Borak-borak dengan dia pasal masalah yang berlaku sekarang ni dan selepas 15 minit, kata putus dah diambil dan aku hanya tersenyum


Sekarang ni tugas aku hanya untuk update apa-apa yang patut. Syukur Alhamdulillah ~ Semua data-data, maklumat dan segala perkara dalam dan luar masih aku simpan dalam beg merah aku :) Beg merah?


Beg ini lah yang aku bawa ke hulu dan ke hilir. Beg ni umpama kawan karib aku. Ke kelas, ke dewan, ke dewan makan, ke bilik study ~ Pendek kata, di mana aku ada berada, beg merah ini lah yang setia menemani aku.


Hilang beg ini, hilanglah segala-galanya. Hilang beg ini, hilanglah 'nyawa' kami semua. Hilang beg ini, hilanglah tujuan yang kami kejar. Hilang beg ini, susah hati lah semua orang. Hilang beg ini, tak berjalan lah kerja semua orang. Dan hilang beg ini, tak adalah senyuman di bibir semua orang


Betapa pentingnya beg ini kepada kami semua dan aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga beg ini. Aku pelihara beg ini ibarat menatang minyak yang penuh. Betapa berhargnya beg ini kepada kami semua. Apa yang mereka mintak, semuanya ada dalam beg ini


"Mai jaga beg ini elok-elok tau. Semua ada dalam beg nie"
"Mai ada tak kertas lakaran tu dalam beg kau?"
"Mai ~ Nah nie kertas yang dia bagi. Kau simpankan dalam beg merah tue"
"Mai kau bawak tak beg merah tue? Aku nak kertas tu"
"Mai ~ Aku tak boleh bayangkan macam mana keadaan kita kalau beg merah kita tu hilang"


Tengok ~ Betapa pentingnya dan berharganya beg merah ini kepada aku dan kawan-kawan aku. Sayangnya aku dan kawan-kawan aku kepada beg merah nie. Walaupun hanyalah beg merah yang biasa-biasa sahaja namun nilainya sangat-sangat berharga kepada kami semua


Dan di saat-saat akhir begini, beg merah ini selamat berada di dalam kotak barang simpanan aku ketika aku ingin mengambilnya. Tersenyum lega aku melihat beg merah ini. Terima kasih beg merah ~


Hanya mereka-mereka yang faham sahaja akan faham apa yang cuba aku sampaikan. Mereka-mereka yang sentiasa support dan berada dari awal sehingga ke akhir. Mereka yang sentiasa datang dan bersama-sama dengan aku. Mereka yang bersorak gembira dan tersenyum bersama aku


Aku tahu kamu yang membaca ini tidak faham mengapa beg ini begitu penting kepada kami tapi apa yang aku nak tegaskan di sini hanyalah satu sahaja



Berani kerana benar, Takut kerana salah



Selamat berhujung minggu semua :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, October 27, 2011

In Person With Mejar Jen (B) Datuk Abdul Kadir Nordin & Gelagat Kawan-Kawan Aku :)




Assalamualaikum


Act ni semua gambar lama tauu :) Gambar aku dengan kawan-kawan aku sebelum masa final exam start. Kitorang, budak DPA kena wajib menghadiri satu program ni kat UiTM. Tambah-tambah pulak program ni ada markah untuk kitorang punya carry marks. Hello ~ Sapa yang tak nak kan dapat carry marks free dengan just duduk dan dengar ceramah je kan? Muehehe ;)


Well ~ Program ni dipanggil In Person With Mejar Jen (B) Datuk Abdul Kadir Nordin. Beliau datang kat UiTM Dungun dan bagi talk tentang Leadership.


Untuk pengetahuan korang, Datuk Abdul Kadir Nordin merupakan salah seorang penerima pingat Panglima Gagah Berani iaitu pangkat yang kedua antara lima pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa. Panglima Gagah Berani dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh


Ok enough with that. Kitorang kena daftar masuk DA tu before pukul 7.30 pagi. Huahuahua ~ Makanya pergilah kami semua dengan mata yang bengkak sebab tidur lewat padahal dah tahu pagi tu kena bangun awal tapi degil tak nak tidur awal sebab sibuk tengok movie lepas tu sibuk duk bergosip dengan kawan-kawan -.-


Aku dengan Pekjah datang lewat sikit. So makcik Hani dah chop kan tempat untuk kitorang. Sekali si Lily, text aku "Mai cepat datang. Kalau tak duduk bawah" HAHAH :D Ada aku kisah? Duduk bawah best ~ Bleh baring-baring dan golek-golek. Haha :D

Hani, Pekjah dan Aku. Masa ni memang tak makan apa-apa langsung. Lumrah lah tu ~ Kalau ada program waktu pagi, memang sah sah dah tak makan termasuk lah kalau ada kelas pagi -.-

Aku, Lily, Angie dan Ana. BTW Lily dengan Ana ni sebenarnya sepupu. Tu punnnnnnnn aku baru dapat tahu ~ Haishh ~ Macam-macam lah cerita tentang budak DPA nie. Ada yang sepupu lah ~ ada yang sedara pak sedara lah. Pendek kata, budak DPA batch aku ni macam-macam karenah

HAHA :D Masa ni tetamu VVIP belum datang lagi. So haruslah amik gambar banyak-banyak dengan muka tak senonoh sebab nanti bila sunyi bolehlah tengok gambar ni lepas tu gelak sorang-sorang dalam bilik sampai mak pun tegur kenapa gelak sorang-sorang -.-


Act masa aku tengok gambar-gambar semua ni pun aku dah gelak dah sebenarnya. Sebab setiap gambar ada cerita di sebaliknya. Kitorang dah lah memang suara memang tak ada maknanya nak ayu ayu, main redah je suka ati nak cakap apa, lepas tu dah lah duduk kat barisan depannnnnnnnnnn sekali -.- Kalau duk belakanggggggggggg sekali dan buat perangai takpelah jugak. Ni duduk depannnnnnnnnnn sekali. Memang tak patut -.-

Masa ni ceramah dah start dah. Hehe :) Weyhhhhhhhh ~ Aku bukan main msj tau tak? Tak dok sape nak text aku tapi masa ni tak silap aku, aku tengok calendar dan sambil tu telinga dan mata duk dengar ceramah. Aku tengok calendar sebab apa ehh? Adalahh aku catat something kat calendar tue

Kau tengok! Kau tengok! Tengokkkkkk! Hani main msjjjjj! HAHA :D Yang ni memang konfem main mesej. Dengan sape pun aku tak tahu lah sebab Hani memang handphone die selalu ada je benda yang masuk. Misscall lah ~ Mesej lahhh ~ Mace-mace -.-


Mula-mula masa dengar talk tu memang kitorang boleh tahan lagilah. Dengar dengan teliti je walaupun sebenarnya kitorang tengah main main-main mesej yang tulis kat kertas tu. Ada jugak aku catat benda-benda yang penting yang aku rasa berguna untuk aku pada masa depan nanti


Tapi lama-lama tu, kitorang macam dah tak tahan mengantuk dah -.- So bagi mengelakkan dari tertidur kitorang pun amik gambar banyak-banyak. Amik gambar lepas tu gelak kihkihkih sebab bila tengok gambar tu, rasa macam kelakarr sangatsangat. Haha :D


Ada banyak tauu gambar tue tapi tak kan lah aku nak upload semua kan? Lagipun kalau aku upload semua kang, terkejut pulak lah korang semua tengok. Haha :D

Kau tengok lah Pekjah dengan Hani buat apa -.- Sabor je lahh ~ Bila aku tengok gambar si Hani tu, aku dah tergelak sakan dah :D Macam-macam lah -.- Tapi aku pun sama jugak sebab aku tengah tahan mengantuk nie. Sebab tu kena buat benda-benda macam nie. Haha :D


Bila buat benda-benda yang macam nie kan, macam amik gambar banyak-banyak dengan aksi muka yang kelakar, konfem punyaaa takkan mengantuk dalam kelas. Haha :D Percayalah weyhh ~ Aku dah banyak kali dah buat. Mujarab betuii! :D

Budak 3 orang ni lah yang palinggg hyperactive sekali masa ceramah tue. Hyperactive ada sebab. Haha ;D Ada je benda nak kena buat. Aku ingatkan malas nak layan lahh kan tapi last-last aku punn TERjoin dorang. Haha :D

Gambar bersama. Aku tak tahu lah kenapa tapi aku rasa masa ni aku dah bosan dan letih dah asyik nak kena senyummmmm je depan camera. Lantoklah muka buruk punn asalkan ada muka aku dalam gambar. Haha :D

Mejar Jen (B) Datuk Abdul Kadir Nordin. Dia banyak bagi panduan dan tips tips tentang keberanian, leaderdship dan macamana nak jadi seorang pemimpin yang baik. Slide die pun berguna jugak. Oh forget to mention ~ He so friendly! :D

Faiz Junid, Datuk Abdul Kadir Nordin dan Cemoi. See? Friendly kan? BTW Datuk Abdul Kadir Nordin pun ada pesan kat kitorang suruh belajar rajin-rajin dan jangan main-main. Insyallah ~ Kitorang akan pegang janji Datuk dan berusaha mencapai kejayaan. Aminn :)

Masa ni gambar dah lepas ceramah. Kitorang dengan geng-geng Farah. Dorang pun duduk depannnnn sekali cuma dorang tu nun seberang di sana. Kitorang di seberang sini. Haha :D

Ni lah geng-geng Farah. From left ; Aida Suraya, Shahira Roslan, Ema Izzaty, Farhana Ramlay, Aishah Amin dan Noorfarah Shahera. Semuanya nama FB. HAHA :D Boleh lah kalau nak add dorang tapi awal-awal aku cakap, dorang semua dah berpunya. Haha :D


So habis ceramah tu dalam pukul 11 pagi. Apa lagi?! Makanlahhh! Dah lah tak makan dari awal pagi kan so haruslah penuhkan perut kitorang yang dah berbunyi orkestra nie. Haha :D


Then aku dengan dorang semua decide nak makan kat hotel jeeee. Haha :D Kebetulan UiTM Dungun dekat dengan Hotel UiTM Dungun. FYI, kampus UiTM Dungun, main faculty die adalah budak-budak hotel. So memang patutlah berdekatan dengan hotel kan?


Kitorang pun pergilah ~ Kali ni Fifah, Nasa dan Nini join kitorang. Lagi ramai lagi baguskan? Nak buat bising pun tak adalah malu sangat. Haha :D

Singgah dekat Cafe Kreatif dulu sebab ingatkan nak makan kat sini tapi tempat dah penuh dah dengan students -.- So takpelah ~ Pergi lah makan kat hotel tue. Hani ni sempatlah rembat puding roti. Perghh ~ Puding roti die sumpah sedap giler! :D


Sampai je, kitorang adalah 1st customer kat restoran di hotel tu. Haha :D Apa lagi, terus order makan! Memang laporr giler lah masa nie -.- Air kosong yang dorang bagi pun, habis kitorang minum. Haha :D

From left ; Nasa, Me, Pekjah, Nini, Angie, Hani dan Fifah
Yang amik gambar ; Lily


Masa ni tak da benda banyak sangatlah yang nak diborakkan. Cuma kitorang sibuk tengok menu makanan kat hotel tu padahal sebenarnya dah boleh hafal dah makanan apa dengan harga die berapa sebab dah banyak kali makan kat sini tapi still mengada-ngada nak tengok menu lagi. Haha :D

Sekali masa tengahtengah duk tunggu makanan kitorang, datanglah Leturer Law kitorang dengan Datuk Abdul Kadir Nordin. Haha :D Adoi lah ~ rasa malu pun ada sebab makan kat hotel tue. Meja kitorang sebelah jee dengan meja dorang. Haha :D

Sebelum balik, kitorang main kat taman permainan kanak-kanak dulu dekat depan restoran hotel tue. Haha :D Act ada banyak tauu gambar yang aku amik tapi yang ni je lah aku upload. Kang banyak sangat gambar, tak tertengok korang nanti -.-

Amik gambar lagi. Aku rasa ni lah last aku jumpa Nasa dan Fifah sebab lepas dari tue, kitorang buzy dengan final exam dah. Tambahan pulak dorang kan duk luar kampus. So jarang sangat nak jumpa. Eh eh ~ Lagipun dorang bukan satu kelas.


Tak ingat nak bagitahu. Kitorang semua ni bukannya classmate tapi coursemate je ;) Satu kos tapi berlainan kelas. Kitorang jadi rapat sebab kitorang sama-sama handle dinner lah :) Tu yang jadi rapat macam nie. Hehe :)

Perghh ~ Dah macam Wonder Women dah aku tengok gambar nie. Boleh dah nak buat poster filem kita yang terbaru nanti. Gadisgadis sengal tapi comel. Haha :D



Tak kisah lah perangai korang macam mana pun, aku tetap sayang korang ketatketat :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts