[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, November 30, 2011

Dua Watak Utama Yang Berjaya Mencuri Hati Aku


Assalamualaikum


Sekarang, aku rasa aku baru ada peluang untuk bercerita dengan korang tentang apa yang bermain dalam hati aku sekarang nie :) Actually entry nie cerita pasal hati dan perasaan aku sekarang nie. Kalau tak nak baca pun takpe, aku tak kisah. Kalau nak baca, teruskan lah baca sehingga ke perenggan yang terakhir ye? :)


Aku sebenarnya tak tahu apa yang bermain dalam hati aku sekarang ni. Kejap yang itu, kejap yang ini. Biarlah aku kenalkan watak-watak mereka yang bermain dalam bermain dalam hati aku sekarang nie


Ada dua watak utama, yang sentiasa menceriakan aku bila mereka ada dengan aku. Watak pertama, aku kenalkan dia sebagai Double R lahh ~ Sebab dia ni garang nak mampussss macam harimauu -.- Kadang-kadang aku rasa macam bengang dan tumbuk-tumbuk die sebab asyik nak marah orang je -.-


Aku pernah lah kena marah dengan dia. Memang terasa hati betul lah ~ Kadang-kadang aku menangis pasal dia sebab kerja dia asyik nak marah orang je -.- Tapi tu lah ~ Lama manalah sangat kan kalau nak terasa hati? Setakat satu hari pun dah cukuplah :) Sebenarnya, aku tahu, dia marah ada sebab cuma cara dia tu, haishh ~ kadang-kadang tu ada jugak aku makan hati dengan dia


Tapi aku suka dia. Aah ~ Aku suka dia sebab dalam dia duk garang-garang dan marah tu, ada jugak perasaan baik hati dalam hati dia. Dalam garang dia, ada jugak sifat take care dia. Dalam garang-garang dia, ada jugak lawak dia. Mula-mula aku macam tak nampak tapi lama kelamaan, aku baru perasan semua tue :)



Watak utama yang kedua, aku kenalkan dia Single Z je lah sebab dia ni fanatik dengan satu cerita dekat TV. Aku dapat tahu pun sebab masa cuti sem ari tu, dia bagitahu aku. Aku cakaplah aku bosan, sekali dia pun sibuk duk promote cerita yang dia suka tengok tue -.-


Dan disebabkan dia, aku pun try lah tengok. Hehe ;) Best gak cerita tu sebenarnya. Tapi sejak aku dah check in UiTM Dungun, aku dah tak tengok langsung sebab malassssssssssss nak pergi cafe T___T Hanya menunggu sahaja kawan-kawan aku duk update cerita tue


Bagi aku, Single Z ni baik sangat orangnya. Dia selalu jugak tolong aku kalau aku ada masalah. Kalau aku ada terserempak dengan dia, dia yang akan tegur aku dulu. Tu pun dah cukup buat aku happy sebab aku tahu, atleast dia tak malu nak tegur aku dan dia masih ingat dekat aku :)


Tapi Single Z ni ramai peminat. Disebabkan dia ni baik sangat, ramailahhh perempuan nak dekat dia. Aku tahu ni pun sebab aku sendiri tengok macam mana dia dikelilingi perempuan. Huhu ~ Tapi yang buat aku suka dekat dia, dia tak pernah nak amik kesempatan atas apa yang dia dapat tue. Dan dia jugak seorang yang sangat alim. Aku tahu tue. Bukan aku sahaja yang nampak, kawan-kawan dia pun nampak


Double R dan Single Z ; sengaja aku kasi hint yang tak berapa nak hint. Mereka ini lah yang selalu bermain dalam hati aku dan mereka yang berjaya mencuri hati aku dalam diam. Tak ada siapa pun yang tahu. Betull ~ Tak ada siapa pun yang tahu. Hanya aku dan Allah swt sahaja yang tahu :')


Aku takut nak ceritakan kepada orang lain. Ada banyak reason kenapa aku lebih senang simpan dalam hati. Depan mereka, aku act macam biasa, aku act macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku layan mereka sama macam aku layan dengan kawan-kawan aku yang lain. Sebab aku taknak ada orang yang tangkap


Tapi kalau aku dapat jumpa dengan mereka berdua nie, aku rasa macam "ya allah ~ happynyaaa. Syukur dapat jumpaaa" Sebab aku rasa senang dengan kehadiran mereka. Aku rasa macam aku lebih kerap tersenyum bila mereka ada. Bila dorang mintak tolong, aku akan berusaha untuk cuba tolong mereka


Kemana-mana sahaja aku pergi, dalam hati aku, mesti aku harapkan mereka ada. Atleast untuk buat aku rasa macam senang. Entah lah ~ Susah nak cakap macam mana perasaan aku ketika itu. Tapi yang pasti, aku rasa happy, suka dan senang dengan mereka


Bila dorang senyum, aku lagi happy :) Apa sahaja yang mereka cakap, aku akan tumpukan perhatian. Aku akan dengar apa yang mereka cakap. Apa yang mereka buat, aku akan cuba amik tahu. Alhamdulillah ~ Kawan-kawan aku pulak semuanya macam kerap sahaja bercerita tentang mereka dan itu menyenangkan hati aku. Syukur kepadaMu Ya Allah :')


Dan yang pasti, bila aku tak dapat jumpa dengan mereka, aku rasa macam agak mencari-cari jugaklah di mana mereka. Korang pernah tak rasa bila korang tak dapat sesuatu yang korang nak sangat-sangat? Haa ~ macam tu lah yang aku rasa


Cuma apa yang aku nak sampaikan sekarang ini, aku tak pernah langsung berharap untuk bercouple dengan mereka berdua. Tak pernah langsung. Aku cuma suka dengan mereka. Aku cuma nak mereka tahu yang aku ada untuk mereka jika mereka perlukan pertolongan. Aku cuma nak mereka tahu yang aku senang dengan mereka


Aku tak kan bagitahu tentang perasaan aku ni sebab aku tak nak mereka jauh dari aku. Aku nak apa yang berlaku antara aku dan mereka sekarang ini, akan berkekalan sehingga ke waktu yang diizinkan oleh Allah swt. Andai kata satu hari nanti, mereka pergi, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka


Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Sedih dan kadang-kadang aku menangis sebab mereka. Sebab sakit duk pendam perasaan ini. Sakit untuk menghadapi dan berhadapan dengan mereka yang sedang asyik bergurau senda dengan perempuan lain. Jealous? Aaah ~ Aku jealous


Aku sayang mereka berdua. Aku dapat rasa itu. Cuma aku takut dengan perasaan aku nie. Aku cuma mampu memerhatikan mereka dari jauh. Untuk lebih dekat daripada itu, aku takut, sangat-sangat takut. Sebab aku tahu, aku ini perempuan. Masih ada lagi batas-batas yang perlu aku jaga


Ya Allah ~ Aku rasa macam nak menangis ketika taip entry ini. Sebab tak ada siapa pun yang tahu tentang apa yang bermain dalam hati aku ini. Pernah tak rasa, suka dekat seseorang itu tapi simpan sorang-sorang? Itu lah yang aku rasa sekarang ini T___T


Aku harap sangat mereka tak pernah lupakan aku. Aku harap sangat, mereka akan terus berada di sisi aku ketika aku perlukan mereka. Aku harap sangat mereka tak pernah ada rasa malu bila berada dengan aku. Aku harap sangat mereka selesa dengan kehadiran aku dan yang paling aku harapkan, mereka takkan pernah lupakan nama aku


Its true right? We can admire and love anyone we want but we cannot make the people we admire and love to have the same and exact feeling like we did for them


Ya Allah ~ hanya kepadaMu aku berserahhh :')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Berfikir Boleh Tapi Jangan Sampai Overthinking!


Assalamualaikum


Tadi bukak FB. Mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku. Fuhh ~ lega jugak sebenarnya. Hehe :) Hanya mereka yang terpilih sahaja untuk tahu pasal nie. HAHA :D


Sejak aku keseorangan ni, aku macam selalu fikir tentang masa depan aku. Pasal study aku, kerjaya aku, family aku, bakal suami aku yang aku percaya sedang memperbaiki dirinya untuk aku, anak-anak aku nanti, macam mana life aku nanti bila dah jadi isteri orang, macam mana aku nak didik anak-anak aku nanti, apa yang aku nak nanti bila dah besar, macam mana aku nak susun kehidupan aku.


tapi kita manusia, hanya mampu merancang. Allah swt yang tentukannya. Ya Allah ~ Kau perkenankanlah doa-doaku. Aminn :)


Cakaplah aku mengada-ngada ke, gedikk ke sebab aku dah berfikir tentang itu semua sebab umur aku pun baru 19 tahun. Yessssss ~ baru je 19 tahun 11 bulan :) Memanglah pada waktu-waktu umur ini masih terlalu awal untuk berbicara tentang semua ini tapi aku tak kisah. This is my life and my future. Aku ada hak untuk fikir semua tue


Macam orang lain jugak, mestilah ada impian masing-masing nak berjaya nanti. Aku tahu, lain orang, lain caranya, lain pandangannya. Tapi bagi aku, kau nak lah sesuatu dengan cara apa sekali pun, tapi apa yang penting adalah tindakan kau selepas ini


Contohnya, kau nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik aka PTD. Macam mana nak jadi semua tue? Bukan senang so in order kau nak capai semua tu, kau kena bertindak sekarang. Belajar, buat reseach semua tue, cari pengalaman, improve your communication skills. Macam tu lah ~ :)


Sebab bagi aku, masa depan kita berubah mengikut apa yang kita lakukan sekarang ini. Sebab itu, aku sangat-sangat teliti dan cerewet bila fikir tentang sesuatu especilly bila melibatkan masa depan dan kehidupan aku. Sebab kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan nanti kan? Dann aku tak berani untuk main-main dengan masa depan aku


Kalau aku mengambil sesuatu tindakan itu, mesti ada reason di sebaliknya, bukan suka-suka. Even kalau aku nak shopping pun, aku akan fikir macam-macam benda dalam fikiran aku. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni OVERTHINKING -.-


Kawan aku cakap aku ni dah matang, sangat-sangat matang kalau fikir tentang hidup ini. Aku hanya tersengih jee bila dia cakap macam tue sambil tangan aku rancak bersihkan udang-udang. Udang-udang tu pun aku rasa macam duk gelak je tengok aku -.-


Sebenarnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh terfikir semua tue. Mungkin disebabkan pengalaman aku yang lepas-lepas, keadaan sekeliling aku, cerita dari orang sekeliling aku dan pembacaan aku. Mungkinn ~


Sebenarnya aku tak tahu apa tujuan aku nak tulis entry ini cuma aku rasa macam aku perlu tulis sebab aku rasa ini lah yang bermain dalam fikiran aku. Yess ~ Macam-macam bermain dalam fikiran aku sekarang ini.


Banyak sangat yang aku fikirkan sekarang ini dan ingin sahaja aku luahkan dalam blog tapi end up, aku tak tahu yang mana satu harus aku tulis dahulu kerana bagi aku, semuanya penting :)


p/s : teringin nak lepak pantai sambil fikirkan dan luahkan semua yang terbuku dan aku mengharapkan kauuu untuk berada dengan aku :') KAU = RR


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, November 29, 2011

Orang Tak Main Bola Pun Boleh Dapat Jersi Tauuuu ~


Assalamualaikum


Aku sebenarnya tak tahu nak update apa petang nie. HAHA :D Biarlahh ~ asalkan berupdate blog aku ni dan atleast ada gak lah cerita baru dari blog aku dekat Dashboard korang tue :)



Nahhhhhhhhhhhh ~ jersi kelas aku. Hehe :) Baru dapat tadi. Aku ingat, nanti aku nak pergi hantar dekat kedai, nak kasi letak nama dan nombor aku. HAHA :D Macam cool je kan letak nama sendiri kat jersi kita?


Dan yang terbaru, aku rasa macam nak beli jersi Malaysia dan print kan nama aku dengan nombor favourite aku. Hehe :) Actually aku sendiri tak tahu apa nombor favourite aku. Tapi yang pasti, aku cukup senang dengan nombor 8 sebab nombor 8 itu lah, tarikh aku dilahirkan di dunia nie :)


Ni adalah jersi pertama aku :) Dah lah ~ Aku kan perempuan so kalau nak pakai jersi ni, macam malas lahh ~ Tapi disebabkan sem lepas, budak batch aku pakat duk buat jersi sebab nak pakai masa Family Day kitorang, so aku pun beli lah :) Weyhh ~ kenangan tauu you ollss! HAHA :D


Dan untuk jersi aku yang baru ini kan, jersi kelas aku ni lahhh, aku ingat nak letak nama NEWRIE dan nombor 11. HAHA :D Tapi satu huruf dah RM1.50 untuk print. Eh print ehh? Ke cop ehh? Tak ingattt -.-


Best apa pakai jersi ni. HAHA :D Boleh wat tidur je lah yang aku tahu. HAHA :D BTW atleast walaupun tak main bola tapi boleh lah jugak dapat pakai jersi. HAHA :D


Hmm ~ apa lagi ehh nak update? Tu je lah kot? HAHA :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Menangis Kerana Benda Yang Sama? Oh Stop It Lah! -.-


Assalamualaikum


Semalam, akhirnya aku rasa kata sepakat dah diambil antara kau dan aku. Sekarang, kau dengan cara hidup kauuu dan aku dengan cara hidup aku


Sedih? Haha :D Entahlah ~ Rasanya tak kott? Tapi kenapa selepas aku tamatkan perbualan aku terus menangis macam orang nak gila? Aku menangis teresak-esak macam budak kecil? Kenapa? Ego kah aku?


Ego? Aku tak tahu. Tapi sebenarnya aku takut. Aah ~ Aku takut perkara yang sama berulang kembali lagi. Ya Allah ~ takutnya aku pada waktu itu, saat kau pergi lantas merobek-robek dan mengosong lubangkan hati aku nie. Fuhh ~ ayat tak boleh blahh! HAHA :D


Terus aku telefon sahabat baik aku yang aku selesa untuk bercerita dengan dia walaupun dia sebenarnya adalah lelaki. Dan dia hanya bercakap sepatah ayat yang sama, ayat yang sama dia ucapkan pada aku setahun yang lepas bila perkara yang sama aku suarakan kepada dia


"Dah lah Mai ~ Tak ada guna kau nak sedih sebab dia. Biarkan dia. Membazir je kau duk sedih sedih nie. Dah lah weyhhh ~ kan aku dah cakap, jangan duk menangis lagi pasal dia. Hari tu kan aku dah cakap, hari tu adalah last kau menangis pasal dia"


Lebih kurang lah ayat dia tapi ayat ini memang sama macam yang aku dengar tahun lepas, hari di mana dia tinggalkan aku. Haha :D Hadoiii ~ apa pasal aku rasa feelingless sangat-sangat ni weyh?!


Yeahh ~ life must go onn! Takpelah ~ Aku percaya, Allah swt ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Sabarlah ye duhai hati :)


p/s : aku lebih selesa kawan dengan orang lelaki sebenarnya tapi itu tak bermakna aku tak ada langsung kawan perempuan :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, November 28, 2011

[Song Review] Video, Lirik & Download Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin


Assalamualaikum




Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu


Andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu ….ooooo
sepenuh hati


Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati


Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati..


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu






p/s : Lagu ini betulbetul menusuk ke dalam jiwa aku bila aku dengar. Lirik dia betulbetul mendalam dan kena dengan diri aku dan keadaan aku sekarang ni. My current favourite song :')



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Belajarlah Untuk Chillex & Mengalami Kesusahan


Assalamualaikum


Alhamdulillah ~ Sudah selamat sampai di Dungun :) Aku dah berazam, sempena Tahun Baru 1433H ini, ada beberapa perkara yang patut aku betulkan, beberapa perkara yang tak pernah aku amik serius sebelum ini, aku akan amik cakna selepas ini. Semuanya kerana akal dan fikiran aku yang menyebabkan aku bertindak demikian


Kepulangan aku di Dungun juga menyebabkan aku semakin ceria dari sebelum ini. Memanglah pada mulanya aku stress bagai nak gila sebab ada satu masalah ni tapi lepas tu, aku chill dan okay. Betul lah orang cakap, setiap masalah kena dihandle dengen chill dan rilexx. Lepas tu jadi lah CHILEXXX. HAHA :D


Tadi, 1st class dengan Sir Mujibu, lecturer baru dari UiTM Kedah. Alhamdulillah ~ Lecturer tu best sangat-sangat! Ada sahaja benda yang dia nak cakap dan buat aku gelak. Aku harap semua lecturer untuk kelas aku, aku boleh rentak mereka :)


Bagi aku, kalau nak berjaya, ikut rentak lecturer kita. Buat apa yang dia suka. Jangan bagi dia terasa hati. Kalau dia nak itu, bagi yang itu. Jangan bagi yang ini. Aku tak tahu kenapa, aku sangat mementingkan hubungan aku dengan tenaga pengajar. Kalau aku rasa ada buat salah, aku cepat-cepat memohon maaf. Kadang-kadang ada jugak lecturer aku dari Sem 1 sampai sekarang, aku masih berhubungan dan bermesej-mesej. Hehe :)


Namun, kepulangan aku di Dungun dikejutkan sedikit dengan beberapa berita yang tak-penting-tapi-sebenarnya-penting bagi aku. Entah lah ~ Kita tak tahu kan apa yang terjadi dan bermain dalam fikiran orang tue. Cuma mungkin segala tindakan orang tu, hanya mengikut kata hati mereka sebenarnya. Biarlah ~ Aku pernah berada dalam situasi mereka


Apa yang aku boleh buat kesimpulan dari berita yang aku dapat itu adalah erti kehidupan itu takkan dapat kalau kita hanya mahu senang sahaja. Kadang-kadang kita perlu belajar melalui kesusahan, kesakitan dan keperitan dan selepas itu, barulah kita tahu apa itu kehidupan. Kalau nak senang dan manis sahaja, itu bukan kehidupan. That's my opinion lahh ~ Lain orang, lain pandangannya kan? :)


Oh yeahh ~ sebelum aku terlupa. Permohonan aku untuk bertukar nampaknya cerah :) Insyallah ~ mungkin hujung minggu ini aku dapat lah bertukar. Hehe :) Tadi aku dah telefon kedua-dua pihak dan mereka hanya mengokayyykan sahaja permintaan aku. Ya Allah ~ harap-haraplah permohonan aku lulus. Aminn :)


Bertukar? Yess ~ Inilah yang dinamakan penghijrahan, melepaskan apa yang kita selesa aka comfort zone demi kesusahan yang mungkin ajar kita untuk lebih menghargai hidup ini :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, November 27, 2011

Jangan Pernah Kau Lupakan Nama Aku


Assalamualaikum


Aku tak tahu nak cakap apa bila dapat tahu perkara sebenar. Perkara yang selama ini aku takutkan akhirnya terjadi jugak


Subhanallahh ~ Allah swt telah bagi aku petunjuk semua tu melalui mimpi dan cuma aku je yang tak ambik perhatian. Aku tahu lama dah semua tue. Semasa cuti sem lagi tapi aku senyapkan dulu dan ternyata, senyap aku tu ada maknanya


Semuanya dah terlambat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi selain dari terus menyokong dan menasihati kau. Aku sungguh sedih dan terkilan apatah lagi kaulah orang yang aku terfikir adalah orang yang terakhir untuk lakukan semua itu


Apa yang aku cakapkan semua itu, aku fikir mungkin sebagai mainan syaitan sahaja. Tapi bilanya betul-betul terjadi, aku tak tahu nak cakap apa. Kata kau, kita masih ada ikatan yang kuat di antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya semua itu sudah tak ada. Aku buntu


Aku tak tahu. Sejak berada di sini, di tempat yang aku lari jauh dari Dungun, aku sering teringat kan kauu. Telur separuh masak, kopitiam, Monica, tempat study kau dulu, kawan-kawan kau dulu dan semuanya ~ kerap bermain-main dalam fikiran aku. Aku cuba nak buang jauh tapi makin aku cuba, makin gagal aku rasakan


Semalam, entah kenapa, aku terfikir sesuatu. Aku takut, takut untuk semuanya berulang kembali lagi. Aku tak nak ~ Cukuplah ~ Tak sanggup aku nak biarkan kawan aku yang di peringkat adik itu, menangis. Cukuplah. Cukup pengalaman yang lepas


Aku rela kau pergi. Pergilah ~ Jalankan tanggungjawab kamu yang telah kau mulakan itu. Aku cuma mampu memerhati dari jauh dan mungkin suatu hari nanti mungkin aku akan terus hilang dari hidup kamu. Bukan takut, bukan sombong cuma aku rasa itu adalah lebih baik untuk semua orang


Menangis? Mestilah ~ Ada hikmahnya aku berada di sini, mengingati kisah-kisah yang lepas dan kauuu ~ akhirnya meluahkan semuanya. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku dan hati aku sekarang nie. Aku sendiri buntu dan betul-betul tak tahu


"Kau ego Mai. Kau takut perkara yang lepas akan berulang balik kan?"
"Kau sayang dia Mai. Kau je yang tak mengaku"


Orang mampu nilai kita dari luar tapi apa yang kita rasa, aku sendiri tak tahu. Ya Allah ~ Berikanlah aku petunjuk


Dia, aku tahu mungkin kau akan baca apa yang aku tulis ini, cuma lambat atau cepat sahaja. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Jodoh dan pertemuan, itu semuanya takdir Allah swt. Andai kata satu hari nanti, kau akan pergi jauh dari aku, aku akan lepaskan kau pergi. Dan andai kata keadaan memerlukan aku untuk pergi, aku akan pergi. Akan aku hilang terus dari hidup kau dan berbahagialah kau dengan kehidupan baru kau tanpa aku


Maaf ~ Aku masih sayang dekat kau, mungkin? Aku masih mengharapkan kau, mungkin? Aku bencikan kau, mungkin? Semuanya aku sendiri tidak tahu jawapan yang tepatt


Cuma satu sahaja aku mohon kepada kauu. Walau aku tidak bersamamu, Jangan engkau lupakan diriku. Walau aku tiada di sisimu, Jangan engkau lupakan namaku. Kerana aku masih mengingatimu


Ya Allah ~ kuatkan hati aku Ya Allah :'(



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Secebis Kata


Assalamualaikum


Its just a short update only sebab aku ada benda nak kena buat. Huhu


Aku nak pergi download lagu. HAHA :D Sementara line tengah laju ni, aku boleh lah upload cepat-cepat and letakkan dalam mp4 aku tue. Dah bosan weyh asyik dengar lagu sama je -.-


Kepada sesiapa yang datang blog aku, terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog aku yang tak berupdate lama dah nie -.- Bukan aku tak nak update cuma aku ni tak ada masa nak update. Aku ada jeeeeeeeeee kerja nak kena buat.


Insyallah ~ lepas habis semua kerja aku, aku akan pergi ke blog-blog korang pulak yer? Jangan lah marah tauu. Kalau marah cepat tuaaaaaa! HAHA :D


BTW Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga di tahun yang baru ini, kita lebih berusaha untuk memperbaiki diri ke arah jalan yang baik dan diredhai oleh Allah swt. Insyallah :)


Syukur Alhamdulillah ~ Aku masih ingat lagi nak baca doa akhir tahun dan awal tahun semalam :) Terus aku save doa tu dan kasi dekat kawan-kawan aku baca sekali dengan aku :)


Aku berharap, tahun 1433H ni ada kebaikkan yang berlaku kepada aku di samping aku lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Aku dah besar, dah dewasa dah. Tak boleh nak jadi macam budak-budak dah.


Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk beribadat kepadaMu



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah ~ Saya Semakin Okayyy :)


Assalamualaikum


Alhamdulilllah ~ Aku dah dapat diri aku yang lama balik. Cuma tak adalah 100%. Apa yang ada dalam diri aku sekarang ni adalah lebih baik dari diri aku yang masih lost dan asyik cengengg je -.-


Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang selalu cuba cheer up kan aku dengan benda-benda yang selalu buat aku gelak. Main Jutaria dengan aku dan jadikan aku sebagai jutawan pada malam tue. Pergi shopping puas-puas hati semalam sampai mau dekat RM200++ lebih duit aku habis. Ajak aku keluar pergi pantai, bertenang di situ. Ajak aku lepak kat Kopitiam and makan-makan. Terima kasih weyh :)


Dan tadi, ajak aku lepak dan keluar dengan kawan-kawan korang yang sumpah sengal dan giler-giler. Semua tu sedikit sebanyak membuatkan aku tergelak dan tersenyum macam dulu-dulu. Aku rindu diri aku yang dulu


Buat masa ni, aku masih jauh dari Dungun. Aku tak tahu bila nak balik sebab aku masih mencari sisa-sisa diri aku yang menghilang. Tiap-tiap malam aku akan cuba untuk selongkar dan muhasabah diri aku seorang diri. Ternyata, aku masih lagi manusia yang serba kekurangan


Lagi sebulan lebih untuk aku mengenjoykan diri dengan angka 1 di depan umur aku. Tahun depan, welcome 20 ann ! :D Tak adalah happy punnnnnnnnnn sebab aku rasa macam aku dah dewasa je sekarang ni tapi masih lagi banyak benda yang aku tak tahu -.-


Terima kasih jugak kepada kawan-kawan aku dekat UiTM yang asyik duk call and text aku sampai ke lewat malam sebab bertanyakan pasal aku. Uish ~ Rasa terharu pulak sebab masih ada orang lagi yang masih mengambil berat tentang aku. Sampaikan ada yang tanya aku "Mai kau kat mana? Tak ada nampak punn! Kau buat fast trex ke? Alaaa tak sempat nak jumpa dengan kauu!" Terharu sangat-sangat sebab macam tu sekali nahh. Hehe :) Terima kasih kawan-kawan semuaaaaaaaaaaa! :D


Dah lah ~ Tak tahu nak cakap apa lagi. Yang penting, aku rasa happy sebab semalam aku shopping banyak giler. Mana yang berkenan, aku terus amik tanpa lalui perangai aku tue. Puas bila dari atas rambut sampai ke hujung kaki, semuanya barangan baru :)


Okay ~ Got to goooo :)


#Hint : Tempat yang aku ada ni, buat aku teringat kisah-kisah yang lepas. Siapa yang tahu, tahu lah ~ Siapa yang tak tahu, its okayy. Its not too important for you all to know :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, November 24, 2011

Lemah Umpama Jelly, Ringan Umpama Kapas


Assalamualaikum


First week aku di UiTM Dungun pada semester 4 kali ini benar-benar mencabar aku sebagai seorang manusia, pelajar, anak dan kawan. Aku betul-betul bingung memikirkan semua ini


Aku mulakan dengan penuh perasaan happy sebab dapat masuk balik UiTM Dungun. Tapi baru beberapa jam sahaja aku di UiTM Dungun, satu persatu benda yang aku tak suka berlaku pada diri aku. Sejam pertama, ini yang terjadi. Sejam yang kedua, jadi macam itu. Dan jam-jam seterusnya, ada sahaja perkara yang tak elok terjadi


Fuhh ~ Mencabar sungguh kesabaran aku. Tapi aku cuma senyap dan pendam sahaja. Tapi siapalah aku? Aku pun manusia jugak. Yang ada terhadnya dalam perkara-perkara tertentu. Aku jadi susah hati dari hari ke hari


Minggu yang sepatutnya aku happy dengan kawan-kawan aku sebab bercerita tentang aktivit cuti sem menjadi minggu yang paling mencabar dan sedih bagi aku. Aku tahu ini bukan diri aku. Aku tahu aku tak sepatutnya jadi macam nie. Taip-tiap kali pergi ke tandas dan menangis seorang diri ; elok kah benda itu berlaku kepada aku? Tiap-tiap kali ingin tidur dan mata pasti berendam air mata ; baguskah perkara itu berlaku pada aku?


Aku tahu kemampuan diri aku di mana. Aku dah fikir semuanya sebelum masuk UiTM Dungun lagi tapi bila aku sendiri dah berada di situasi tersebut, aku sendiri tak larat, aku tak kuat dan aku tak gagah macam mereka. Aku jadi terpencil dan aku hanya senyap sahaja tanpa berkata apa-apa



Waktu tidur aku tak menentu. Tidur aku betul-betul terganggu. Aku cuba untuk tidur tapi aku rasa ini bukan tidur. Tidur sekejap, dua jam selepas itu terjaga. Tidur sekejap, sejam lepas itu terjaga. This happen for almost every night. Dan aku selalu bermimpikan perkara-perkara yang aku takutkan dan menyedihkan yang aku tak nak perkara itu berlaku. Kadang-kadang selepas terjaga dari tidur, aku menangis seorang diri ditemani embun pagi


Aku pun tak ada selera nak makan. Yup ~ Mula-mula memang lah aku lapar tapi selepas beberapa suap makanan, aku dah tak lalu nak makan. Banyak nasi yang ada dalam pinggan aku tu mampu aku tengok sahaja. Tapi aku cuba untuk habiskan jugak sebab aku tahu, membazir nasi tue. Menangis nasi tu nanti kalau aku tak habiskan. Aku betul-betul tak ada selera


Dalam masa yang sama, aku hanya senyap je. Bibir dan mulut aku seolah-olah terkunci rapat terus untuk bergelak ketawa, bercerita dan tersenyum dengan penuh riang dan ikhlas. Aku tak boleh nak buat semua tue. Dan jika ada pun, aku tahu itu sebenarnya tak sepenuhnya dari hati aku. Aku dapat rasakan itu


Sekarang, aku berada jauh dari Dungun. Selepas habis kelas semalam, aku bawak diri jauhh dari Dungun. Aku nak keluar sekejap bagi mencari sesuatu yang hilang. Aku nak cari Mysara Newrie yang selama ini penuh dengan semangat, tabah, kuat dan riang gembira. Aku tahu apa yang berlaku pada diri aku sekarang ini adalah bukan diri aku yang sebenarnya.


Tapi sejauh mana pun aku pergi, orang tetap akan mencari aku. HP aku tak berhenti-henti berbunyi dari malam semalam sampailah ke hari ini, yang mengusik aku, yang bertanya itu ini yang aku rasa soalan tu boleh sahaja kalau ditanyakan kepada orang lain, yang mengajak aku mesej itu ini, yang mengajak borak-borak. Please ~ I dont have that 'excitement to reply your text or calling' feeling right now.



To those who read this entry, please give me some time to rilex and chill up myself. I just need some time for me, myself and I. Just me. Please. Aku tengah cuba nak rebuild kan diri aku yang tengah hilang nie. Aku sedang muhasabah diri aku. Aku tahu korang pun tak suke tengok aku duk murung je tiap-tiap hari, so do I. So pleasee ~ pemergiaan aku ini adalah untuk cuba gembirakan hati aku supaya nanti masa aku balik Dungun nanti, korang tak payah tengok air mata aku duk mengalir je bila jumpa dengan korang


Kepada kawan-kawan aku yang sentiasa support aku, yang mendengar luahan hati aku, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa ada dengan aku bila aku perlukan. Yang pinjamkan bahu mereka untuk aku menangis, yang pinjamkan tangan mereka untuk mengusap kepala aku, yang pinjamkan telinga mereka untuk mendengar masalah aku dan yang paling terharu, yang pinjamkan masa mereka khass untuk bersama aku semata-mata. Terima kasih banyak-banyak. Jasa dan pengorbanan korang semua, hanya Allah swt sahaja yang mampu balas


O Allah ~ Guide me facing all this. Inilah antara dugaan dan cabaran yang paling berat yang pernah aku pikul selama aku bernafas 19 tahun 11 bulan ini. Berilah aku sedikit kekuatan dan ketabahan dalam hati aku agar aku mampu menjadi hambaMu yang solehah. Sesungguhnya, aku tak mampu berdiri seorang diri pada ketika ini dan hanya padaMu aku berserah. Bantulah aku, berikan aku petunjuk agar aku mampu membuat keputusan yang betul. Berilah aku ketenangan hati supaya aku mampu mengukir senyuman seperti dahulu. Ya Allah ~ Kau perkenankanlah doaku ini. Hanya kepadaMu aku berserah segala-galanya. Aminn ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia Menang Pingat Emas Sukan SEA ^.^



Assalamualaikum

TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!


Ya Allah Ya Tuhanku, aku rasa satu Malaysia, satu Indonesia, satu Asia Tenggara (kot?) tengok final bola antara Malaysia dan Indonesia bagi menentukan siapa yang bakal mendapatkan pingat emas bagi sukan bola sepak dalam Sukan SEA semalam :)


Aku sampai-sampai je kat cafe, cafe dah penuh dahh -..- Arhh sudah aku nak duduk mana. Sekali nasib baik lah ternampak budak-budak lelaki kos aku tengah duduk kat tempat yang baekk punya, betul-betul depan TV. HAHA :D Apa lagiiiiiiiiiiiiiiii ! Aku amik kerusi, duduk dengan dorang! HAHA :D


Masa Indon dapat jaringkan 1st gol tu kan, aku dah macam "aishh ~" Tapi aku rilex dulu sebab awal sangat dapat gol so Malaysia mesti konfem punya dapat jaringkan gol. Dan tengok lah sendiri ~ selepas 30 minit kemudian, kita dapat jaringkan gol :) HAHA :D


Gegak gempita lah satu cafe tu duk dengar kitorang bersorak. Semua jenis manusia ada, lelaki, perempuan. Even pak guard UiTM punnnnnnnnnnnnnnn join kitorang sekali tengok bola. HAHA :D

My friends :)

Apa yang aku nak cakap, game semalam memang sumpah suspen gilerrr ~ Kawan aku yang lelaki semua cakap, game semalam memang dah bikin dorang panas jeeee. Tengoklahh ~ banyak kali kan pemain Malaysia kita dapat attack tapi ada je yang penghalangnya


Masa dah habis masa yang 90 minit tu, kawan aku cakap, overall Malaysia memang ada harapan yang besar nak menang. Tengok pada 15 minit yang pertama dan kedua, keadaan dah jadi tak tentu hala dah kat cafe tue. HAHA :D


Perghh ~ Sumpah aku cakap, bising nak mampusssssssssssss ~ Dah lah cafe tu tertutup. HAHA :D Aku rasa kan, yang perempuan je yang menjerit lebih-lebih. Yang lelaki biasa je. HAHA :D Tapi jujurlah aku cakap, aku suke tengok bola dengan budak lelaki sebab atleast dorang tahu something dan dorang borak pasal bola tue and aku punn boleh lah tumpang sekaki mendengar dorang bercakap tue :)


Kawan lelaki aku yang ada dengan aku, dorang semua tak nak kita main sampaikan ke penalti. Sebab kalau boleh, jaringkanlah gol dekat masa tambahan tue. BTW, masa Indon dapat jaringkan gol dekat masa tambahan, memang aku dah down lah masa tu sebab aku ingatkan kita dah kalah dah tapi lepas penjaga garisan cakap dia dah offside, haha ~ apa lagi~ kitorang semua tepuk tangan ramai-ramai. HAHA :D

Tak senang duduk sekali aku tengok kawan-kawan aku nie. HAHA :D


Yang paling kelakarnya, masa Malaysia dapat jaringkan gol yang offside tu dekat masa tambahan, kitorang yang perempuan ni, manalah tahu pape kan? Kitorang bersorak bagai nak gilerrr tapi lepas tu kawan lelaki aku cakap lah ~ "Weyh tu offside lahh" Lepas tu aku dah malu sendiri sebab bersorak. HAHA :D Kawan lelaki aku cakap "Korang ni, asal bola masuk gol je, bersorak. Bukannya tengok dulu offside ke tidak" HAHA :D


Tapi masa penalti yang last tue, aku sumpah takuttttttttttttt giler. HAHA :D Aku dah siap peluk peluk dan dengan kawan aku, perempuan okay? -.- Sebab yelah ~ bola ni adalah something yang kita tak expect kan? Semuanya bergantung kepada tuah. Dan Alhamdulillah ~ kita menang :)


Masa kita dapat gol yang penentu kita menang tu, memang semua orang bersorak giler. Lelaki perempuan, semua bersorak. HAHA :D Siap ada yang bangun, peluk kawan, bertepuk tampar sesama sendiri. Pak Cik yang jaga Cafe kitorang pun gelak tengok kitorang. Haha :D Syukur Alhamdulilahh :')



Kepada Skuad Harimau Malaya, setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan. Terima kasih kerana masih mengekalkan pingat emas dalam genggaman kita. Dan yang paling penting, kamu semua, pemain Malaysia, telah menyelamatkan maruah negara kita :)


TEAM HARIMAU MUDA HEBAT! kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU, dan yang penting TEAM MALAYSIA ada KHAIRUL FAHMI CHE MAT yang sentiasa cermat menangkap bola dan MALAYSIA juga ada BADDROL BAHTIAR yang sentiasa berikhtiar menjaringkan gol dari jarak jauh dan yang paling hebat sekali ialah MALAYSIA ada ONG (Ong Kim Swee) !!!! *ayat kopypaste*


TAHNIAH MALAYSIA! TAHNIAH HARIMAU MUDA! :D
Kamu telah membanggakan kami, rakyat Malaysia ^.^


AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!

Terima kasih kepadamu wahai TV kerana dapat jugak tengok bola. HAHA :D


Gambar kopypaste dari Google dan Facebook


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, November 21, 2011

Contest Blog Simple But Awesome!


Assalamualaikum


Aku nak join :)

Tag : kepada mereka yang membaca entry ini :)

Klik HERE kalau nak joinnn :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, November 20, 2011

Peringatan ; Tak Semua Bloggers Berblogging Untuk Mengejar Duit Semata-mata!


Assalamualaikum,


Berdirinya saya disini adalah ingin meluahkan bahawa tak semua blogger berblogging untuk mengejar duit semata-semata!


Hadirin sekalian, blog telah menjadi medium yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, blog merupakan satu medium yang percuma dan meluas dan senang digunakan oleh semua orang, tidak kira peringkat umur


Maka, bila adanya BLOGSPOT ini, para blogger yang gemar bercerita, meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menganggap blog ini satu peluang keemasan yang tidak akan mungkin akan dilepaskan begitu sahaja kerana ianya ibarat sudah mengantuk, tersorong bantal


Walaubagaimanapun, kecanggihan teknologi terkini telah menjadikan blogspot jugak telah menjadi medium untuk membuat duit. Dan sejak itu, pengguna blog telah meningkat dari hari ke hari kerana ada sesetengah mengambil pelung ini untuk menjadikan duit dari blog itu sebagai pendapatan sampingan


Oleh itu, pengguna blogger yagn lain yang sudah lama berkecimpung dalam bidang berblogging ini turut menggunakan peluang yang ada ini untuk mencuba nasib dalam mencari pendapatan sampingan dengan berblogging, ibarat menyelam sambil minum air


Tetapi apa yang aku kesalkan sekali adalah ada sesetengah pihak di luar sana yang sanggup menuduh kita, para bloggers ini membuat blog adalah semata-mata untuk mengejar duit. Sedarkan wahai saudara saudari sekalian, bahawa TAK SEMUA BLOGGER BERBLOG HANYA UNTUK DUIT SEMATA-MATA!


Yaa ~ saya sungguh marah ini kerana sampainya hati pihak tersebut menuduh kita, para blogger ini mata duitan. Astagfirullahalazimm ~ Kenapa tergamak begitu sekali menuduh kami sebegitu sekali?


Sedih dan marah sungguh saya ketika itu. Lalu dengan lantangnya saya menegaskan bahawa tak semua bloggers berfikiran duitan semata-mata. Tujuan kami berblogger adalah untuk bercerita dan meluahkan apa yang kami rasa tatkala tiada orang di sisi kami dan tidak memahami kami.


Bagi saya sendiri, saya mula menceburkan diri dalam bidang blogger ini pada 23 Januari 2009. Ketika itu, memang niat saya hanya untuk menulis, bercerita dan berkongsi pendapat. Itu sahaja. Tak terlintas langsung dan saya tak tahu langsung yang dengan berblogging kita dapat duit.


Kemudian, lama-kelamaan, baru saya tahu tentang perkara tersebut dan saya mula join dengan Nuffnag sebagai langkah pertama saya dalam cuba untuk membuat duit melalui blog. Alhamdulillah ~ duit Nuffnag saya masih bergerak sedikit walaupun sudah lama tidak dihinggapi dengan Buffered Earnings dannnnnnnnnnnnnn ~ sejak saya mula join Nuffnag pada Julai 2010, saya tak pernag pun cashout duit Nuffnag saya!


Maka dengan ini, saya ingin menegaskan sekali bahawa tak semua bloggers berblog semata-mata untuk duit! Kami berblogging dengan tujuan asal untuk memberi senaman mata kepada orang lain dengan membaca cerita kami. Duit? Kalau kami inginkan duit, kami tak perlulah nak berblogging kerana membuat duit dengan blog bukan perkara yang senang dan mengambil masa yang lama


Ya saya akui ada sesetengah bloggers yang mendapat pendapatan sampingan melalui blogging semata-mata. Hal ini cukup mengejutkan kerana dengan hanya berbekalkan laptop dan internet, tak perlu lagi untuk pergi berkerja dengan susah payah. Tapi ingin saya sedarkan pada orang yang di luar sana, Allah swt bagi rezeki pada kita dengan cara yang berlainan. Mungkin sesetengah orang melalui cara ini, ada yang lain pula dengan cara yang itu. Semuanya berlainan


Nak cakap tu, tolong fikir banyak-banyak tentang perasaan orang lain. Jangan kerana mulut, badan binasa :)


Saya harap, hadirin sekalian yang membaca entry saya ini dapat menyokong saya dan memberi pendapat yang sewajarnya agar ada sesetengah pihak tu akan sedar dan keluar dari tanggapan buruk mereka


Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin memohon maaf jika sepanjang bicara saya ini ada perkataan yang mengguris perasaan kalian yang membacanya. Percayalah, ini hanya luahan hati seorang bloggers semata-mata


Sekian, terima kasih



p/s : Tersentap betul hati aku bila ada orang cakap dekat aku, depan kawan baru aku "jangan baca blog dia sebab die pasang nuffnag. Nanti dia dapat duit, kita tak dapat pape"



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

O Allah, Please Help Me


Assalamualaikum


Pagi tadi lepas aku update entry ini, aku tengok movie, cerita Titanic. Hmm ~


Aku sebenarnya agak down hari ini. Err ~ Bukan agak down tapi yang sebenarnya memang dah down sangat-sangat dah punnn ~ Aku tak tahu kenapa aku jadi macam nie.


Selalunya kalau 1st day semester, aku lah manusia paling kecoh sekali sebab dah jumpa kawan-kawan sambil mulut macam tak menyempat-nyempat nak bercerita itu ini sepanjang cuti semester. Memang the whole day aku kan penat giler satu badan sebab duk angkat barang dan kemas-kemas di samping mulut akan berceloteh itu ini


Tapiii 1st day semester ini, aku memang pendiam terussssssss! Senyap macam budak part 1 yang baru masuk U dan tak tahu apa maksudnya life kat U. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam nie


Aku sebenarnya takut dengan apa yang bakal aku hadapi sem nie. Banyak benda yang mungkin akan berlaku pada aku. Banyak perkara yang bakal aku lalui. Aku takut aku tak mampu nak hadapi semua ini


Dalam masa yang sama, aku sedang berfikir, betul atau tidak keputusan yang aku amik ni sebab ni melibatkan masa depan aku. Aku nak semester ini sama macam semester-semester yang lepas tapi aku tahu, itu adalah perkara yang mustahil


Aku cuba untuk lupakan apa yang bermain dalam benak fikiran aku tapi benda tu keep on going terus menghantui aku sampaikan aku pening kepala duk fikir dan sampaikan aku tak lalu nak makan tengahari tadi.


Aku hairan, mana Mysara Newrie yang aku kenal dulu dah terbang dan menghilang? Mana dia? Aku nak DIA sebab aku tahu dia seorang yang kuat, tabah, tak mudah berputus asa dan sentiasa ceria dan happy. Tapi mana DIA dah menghilang?


ya Allah ~ Kau bantulah hambaMu ini menghadapi semua dugaan dan cabaran yang bakal aku lalui sepanjang tempoh pengajian aku di sini. Berikanlah aku petunjuk agar aku tak mudah lalai dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.


ya Allah ~ Kau berikanlah sedikit kekuatan yang Kau berikan kepada Nabi Muhammad saw semasa baginda menghadapi tentangan dari pihak-pihak yang ingin menjatuhkan baginda. Sesungguhnya, di kala dan saat ini, aku terasa sungguh lemah


ya Allah ~ kuatkanlah hatiku ini, buka kanlah hatiku ini, tabahkan hatiku ini untuk menerima segala perkara yang baik dan buangkan perasaan resah yang bermain-main dalam kotak fikiran dan hatiku ini. Aku tahu ini semua hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan aku. Maka, Kau lindungilah aku dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak cucu Adam


ya Allah ~ Kau lah tempat aku mengadu. Kau lah tempat aku menangis. Kau perkenankanlah doaku ini dan berikanlah aku kekuatan dari segala aspek agar aku tak terus dilanda dilemma begini. Kau bantulah aku dalam mencari Mysara Newrie yang sebenarnya agar aku tak terus berendam dalam air mata sebegini


ya Allah ~ bantulah hambaMu ini


*crying


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

1st Night At Dungun


Assalamualaikum


Semalam parents Fatin Liyana amik aku kat kampus UiTM Dungun dah shuhhhhhhhhh ~ kitorang pergi bandar dan makan-makan. Dan sekarang, aku duduk atas katil sambil menaip entry yang korang baca nie


Malam tadi, macam-macam berlaku. Pukul 2.00 pagi, kawan aku call aku ajak aku pergi lepak McDonalds Dungun tu sebab kebetulan semua budak laki balik serentak. Hampehh ~ memang aku ada kereta nak pergi sana -.- HAHA :D


Last last sekali aku tak pergi sebab baik aku tidurrrrrrrr ~ Lagipun tengah hujan nie. HAHA :D Tapi sebenarnya dalam hati nak pergi jugak sebab nak jumpa kawan-kawan. HAHA :D


Pukul 4 pagi aku terjaga dari tidur sebab mimpi yang mengejutkan aku. Terus aku menangis sebab mimpi tue. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi mimpi tu jelas dalam kotak fikiran aku -.- Aku takut jugak sebenarnya


Lepas Subuh aku terus bangun dan online, cari tafsiran mimpi. Tapi sebenarnya tak ada pun. Entahlah ~ Lately ni aku selalu mimpi pelik-pelik yang berkaitan dengan life aku sendiri -.- Aku tak tahu itu sebagai satu petanda atau mainan syaitan


Astagfirulallahalazimm ~


Hari ni tak tahu plan macam mana dengan kawan-kawan aku. Tapi semalam sahaja dah berjaya bikin wa panas hati gak. Aku rasa semester 4 ni aku akan berendam air mata je.


Ya Allah ~ Kau bagilah aku kekuatan menghadapi semua dugaan dan cabaran ini dengan hati yang tenang. Aminn ~



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, November 19, 2011

Check In UiTM Dungun! :)


Assalamualaikum



WELCOME BACK TO UITM DUNGUN BEBEHHH!



Ok fine. Tu lebih kepada nak menjerit kepada diri aku sebenarnya. HAHA :D Sebab aku dah selamat pun mendaftar kat UiTM Dungun nie. Malam tadi aku tak online sebab mengantuk sangat-sangat. Tak sempat pun nak tengok Maharaja Lawak Mega semalam sampai habis


Tapi aku frust kenapalah lagu Kisah Dongeng tak dapat masuk final Muzik-Muzik semalam? Haishh ~ Lagu tu best lahh


Okay straight to the point. Aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Dungun pukul 10.45 pagi dan sampai pukul 11.30. Aku yang drive. Mueheheh ~ Laju tak? HAHA :D Laju lah ~ Mak aku macam biasa "Sara slow sikit kereta tue" "Ambuiii lajunyaaa"


Sampai Dungun, amik adik aku sebab aku nak mintak tolong die bawak kan barang-barang aku naik atas. Bilik aku, Duyung B 233. Hmm ~ Roomate-roomate aku semua tak masuk lagi sebab dorang datang esok. Malam ni tak tahu lah nak tidur dengan siapa -.-


Sedih jugak sem ni sebab Faezah tak ada. Geng-geng yang sekepala dengan aku semuanya dah tercampak jauh. Duk kolej jauh, duk luar kampus. Aku je yang dapat duk Duyung. Haishh -.- Tak syok gak macam nie


Eh eh ~ lupa nak cakap, aku rindu Kolej Perhentiaan yang menjadi rumah kedua aku dari Sem 2 sehingga ke Sem 3 T___T


Ni bilik aku. HAHA :D Aku nak duduk katil bawah tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~ dah ada orang yang cop. So hmm takpelah ~ aku duk atas je lah :) Lagipun ni 1st time aku duk katil atas sebab dari part 1 sampai part 3 aku asyik duk bawah je. HAHA :D


Bapak lah lama aku mengemas tadi -.- Kemudian aku baru sedar yang aku dah bawak banyak giler baju -.- Haishh ~ Sabor je lah ~ Sampaikan senior Debat aku pun tegur sebab bawak banyak sangat baju. HAHA :D Bior lerrr


Tadi masa berpisah dengan mama, sedih gak rasanya sebab hmm ~ biasalah ~ Selalunya cuti sem, mama aku tak ada sebab ada kat Sabah dengan ayah aku. Kali ni, cuti sem dia ada kat sini sebab nak bagi semangat dekat adik aku yang amik SPM.


Sumpah sedih tadi masa nak berpisah. Mak aku peluk aku. HAHA :') Tapi kejap je aku sedih. Naik atas bilik, terus jadi senak otak sebab fikir nak kena kemas bilik dengan barang-barang -.-


Apo nak dikato lagi? Harapan aku pada semester 4 ni adalah semoga semester ini cemerlang bagi aku macam semester 3 dari semua segi dan aspek :) Insyallah ~ Jujur aku cakap, aku rindu semester 3 yang penuh dengan "tak cukup masa" "penat keterlaluan" tapi aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang menceriakan aku :)

BTW just nak bagitau, maybe aku akan kurang berblogwalking atas sebab-sebab tertentu. Huhu. Sorryyy ~


p/s : Motif aku buat 4 kat gambar di atas? Tu maknanya Semester 4 DPA di UiTM Dungun! :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts