[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Saturday, January 28, 2012

Mari Cuci Tandas Ramai-ramai! Ehh? :O

 

 Assalamualaikum


Fuhhhhhhh ~ Baru balik dari Kemahiran Insaniah nie :) Actually Kemahiran Insaniah (KI) ni memang wajib dibuat tiap-tiap sem dan Alhamdulillah ~ aku tak pernah miss pun buat :) Ada satu sem tu lagi best sebab kitorang memasak untuk satu forum agama kat UiTM Dungun ni. Memang best! :D


So sem ni, part 4 punya KI temanya adalah Kemasyarakatan. So kenalah buat kerja-kerja amal. Otak aku dah berfikir nak bergotong-royong je. Mak Jemah sukaaaaaaa! :D Lama tauuuuuuuuu tak buat kerja-kerja macam ni sebab dulu-dulu masa sekolah selalu buat :)


Pukul 9 dah berkumpul dekat Pusah Hidayah UiTM Dungun aka PH. Dapat makan mee goreng dan air sirap. Lepas tu kena masuk dan berkumpul dulu mengikut fasilitator masing-masing. Macam aku, aku under Encik Kamil Ariff so berkumpul lah ~ 

Encik Kamil Ariff


Masa berkumpul tu, barulah jumpa dengan kawan-kawan yang sama KI dulu masa Part 1. Sebab fasilitator ni kekal sampai kita graduate. Kiranya macam Encik Kamil Ariff ni ibarat ayah angkat kitorang kat sini lah ~ Kalau ada apa-apa boleh lah nak mintak tolong die :)


So bila dah berkumpul semua Part 4, tu bermakna semua Part 4 lah! :D Dapatlah aku jumpa dengan kawan-kawan aku yang berlainan kos. Walaupun aku ni kos DPA tapi ada jugak aku berkawan dengan budak-budak kos lain. Biasalah tueee, hidup bermasyarakat. HAHA :D

Masyarakat Pulau Tenggol. Hehe :) Jangan marah tauu? HAHA :D
*Sebab dorang semua ni duduk dekat Kolej Tenggol*


From left ; Aku, Pkah, Farah, Hanum, Sue dan Liya

Kitorang berenam ni semuanya under Encik Kamil Ariff. Masa ni Encik Kamil Ariff tak ada, die datang lambat sikit. So kitorang pun bergambar lah dulu :) FYI Sue dengan Liya ni budak kos lain tapi aku kenal lah dengan dorang sebab dorang ni roomate kepada kawan-kawan aku. Gituuuuuuuuu ~ :)

From left ; Shahira, Myra dan Fad's

Masa duk tunggu tu, setiap group dah kena pergi ke tempat yang ditugaskan dah. Oh ya ~ Ada yang kena pergi bersihkan cafe Perhentiaan dan Tenggol, surau Tenggol, Pusat Hidayah. Aku dengan kawan-kawan aku ingat kitorang kena bersihkan kat PH je. Sekali bila Encik Kamil Ariff datang,


"Okay semua ~ Kita kena bersihkan Surat Tanjung, dekat luar UiTM tu, atas kedai runcit Aziz"


Hamikkkkkkkkkkkkkkkk ~ Surau tu dekat luar UiTM Dungun, dekat belakang, dekat dengan Pos B. So kitorang pun berjalan lah ramai-ramai dengan payung di tangan masing-masing sebab hujannnnnnnnnn -.- Hujan agak lebat jugak lah~ Tak berhenti-henti pulak hujan hari ini. Hari tu dah panas elok dah Dungun nie :) Takpe ~ Hujan tu kan rahmat Allah swt :)

On the way ke Surau Tanjung :)

Surau Tanjung


So sampai-sampai je kat surau tue, Encik Kamil suruh bersihkan surau tu. Buat apa yang patut asalkan bersih. Muehehe :)


"Awak semua kan perempuan, so awak tahu apa yang nak kena buat. Bersihkan apa-apa yang patut, lap lap tingkap ke, susun sejadah ke"


So aku pun rela hati nak bersihkan tandas. HAHA :D Entah kenapa lahhhhhh aku boleh terfikir nak bersihkan tandas -.- Mungkin sebab dah lama tak bersihkan tandas kott? Sebab dulu-dulu masa aku duduk dekat rumah, mak aku selalu suruh aku bersihkan tandas. Mak aku cakap


"Kalau nak tahu orang tu pembersih atau tak, tengok tandas dia. Kalau tandas dia bersih, tu maknanya dia ni pembersih"


So pergi cek tandas korang, bersih ke tak. Mueheheh :D


Aku ingatkan tandasnya just kotor macam biasa je lah ~ Sekali amikkkkkkkkkk ~ Kotor dengan berlumut lah pulakk -.- Sebab tandas tu dah lama tak digunakan. So aku pun bersihkan lah ~ Farah, Pkah dengan Hanum pun ikut sekali tapi memandangkan tandas tu kecik je, aku dengan Farah je yang bersihkan :)

Muka happy dapat cuci tandas -.-

Hoyeahh ~ Gosok jangan tak gosokk! :D

Aku tak tahu pulak tandas tu dalam keadaan macam tue. So terpaksalah guna berus jamban untuk gonyoh-gonyoh lantai dan dinding tandas. HAHA :D Tahu tak gonyoh-gonyoh tu maknanya apa? Gonyoh-gonyoh tu maknanya gosok-gosok atau sental lah! :D HAHA :D


Berus jamban tu pulak lembik nak mampus -.- HAHA :D Puas lah aku dengan Farah duk sentalkan tandas tue. Nasib baiklah ada sabun yang pihak UiTM sediakan untuk program KI nie so senanglah tanggal semua kotoran tue. Campur dengan air pulak besar, so senang dibersihkan :)

Cuci lagi :)

Both are my ex-roomate. Hanum (roomate Part 1) & Pkah (roomate Part 2 & 3)

Farah Shaheera. Insyallah sem depan kita roomate. HAHA :D 

Tengah syok-syok cuci tu, sekali kitorang semua menjerit. Biasalahhhhhhhhhh ~ Kitorang kan perempuan. Mestilah ada benda nak dijerit-jeritkan? HAHA :D sebab apa kitorang menjerit. Sebab ni hahh ~ -.-

LIPANNNNNNNNNNNN! 

Terkejut tauu! HAHA :D Adoi lah ~ Nasib lah Farah nampak sebab aku memang tak nampak langsung lipan nie. Bukan seekor tapi dua ekor tauu! Seekor lagi tu anak die kott sebab kecik sikit saiz die. Huhu ~ So menjerit-jeritlah panggil Encik Kamil.


Encik Kamil pun datang. Dia rilexxx je. Dia datang, terus die pijak-pijak lipan tu sampai mati. Wah ~ Cayalahh Encik Kamil! HAHA :D


Eh eh ~ Bukan lipan je tauuu? Tak lama lepas tu keluar lah cacing yang panjang gilerrrrrrrrr yang jalan macam ular -.- Ya Allah ~ Farah dah menjerit-jerit dah. Aku pun apa lagi, terus kuis baling atas tanah terus. HAHA :D Pulanglah ke tempat asal mu wahai cacingg ~ 


Lepas tu ada pulak lintah bulan -.- Ya Allah ~ Mencabar betul lah cuci tandas kitorang nie. HAHA :D Ada je yang keluar. Masa duk cuci-cuci tu, aku dah berdoa dah "Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala malapetaka. Aminn"


Tapi sebenarnya, before nak cuci tandas tu lagi, aku dah takut dah. Yelah ~ Tandas kan tempat syaitan kan? Dan aku rasa tandas tu dah lama giler tak digunakan. So aku just bagi salam dalam hati je lah sambil mintak izin nak bersihkan tandas tue. Harap-harap tak ada pape lah :)


Masa dah nak habis cuci tandas tu, kitorang berempat dah bising dah pasal mak mertua dan menantu nie. HAHA :D Katanya, nanti kalau mak mertua bagi ujian suruh cuci tandas, kitorang dah berjaya dengan cemerlang! Lengkap dengan pakej ada lipan, cacing dengan lintah lagi. HAHA :D


Lepas dah cuci tandas, aku pergi masuk dalam surau, tengok kawan-kawan aku pulak cuci dalam surau tue :)

Orang lain cuci, dua orang ni peace pulak! HAHA :D

 Lepas dah cuci tu, kitorang pun balik ke PH balik sebab nak letakkan barang-barang dan lepas tu balik bilik masing-masing. Hehe :) Masuk dalam bilik, terus onlineeeeeeeee ~ Lepas ni nak sambung baca novel. Hehe :)

On the way balik :)

Pape pun, best tauuuuuuuuu buat kerja amal dan kemasyarakatan nie :) Bukan sebab untuk nama ke apa tapi sebab kita ikhlas nak tolong masyarakat sekeliling kita :)


Kalau kita ikhlas nak buat kerja, Insyallah ~ semua kerja yang kita buat akan dipermudahkan Allah swt dan kita akan rasa happy je bila buat kerja tue :)



So marilah kita bersihkan tandas ramai-ramai! *tetiba -.-



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, January 27, 2012

Kata-Kata Bukanlah Bukti Unggulnya Perasaan

 

 Assalamualaikum


Semalam, pagi-pagi lagi aku dah bangun dari tidur walhal kelas start pukul 2 petang sebab aku nak kena pergi submit individual assignment dengan Sir Azahari, TR HEP UiTM Dungun :)


Lepas tu pergi library, jumpa dengan Angie, teman dia buat assignment dia sebab dia tak sempat nak buat. Masa tengah die buat tu lah, die ada cakap something yang buat aku rasa tergelak sakan. HAHA :D

Angie & Me :)

Actually aku tak boleh nak cerita in details sebab benda ni melibatkan ramai pihak. Tapi benda tu kelakar sangat! HAHA :D Aku dapat tau pasal tu, memang aku tergelak lah ~ Dah lah dalam library, tak boleh nak gelak kuat-kuat. HAHA :D



Perasaan itu bercampur baur,
kata-kata bukannlah bukti unggulnya perasaan - Kata-kata Itu Qoutes



Hehe :) Cerita yang Angie bagitau aku ada kaitan dengan apa yang aku tulis kat atas nie. 


Aku memang sayang dekat kawan-kawan aku. Dan aku tak malu mengaku yang aku sayang mereka. Percaya lah yang aku pernah cium pipi kawan-kawan perempuan aku kalau ada something special antara kami semua, macam baru-baru ini mereka wish bufday aku dan memberi aku hadiah dan pipi aku ni asyik kena cium je dengan kawan-kawan perempuan aku :)


Tapiiiiiiiiiiiii ~ disebalik semua tu, tak sangka adalah seorang hamba Allah ni perasan yang aku dah tangkap cintan dengan dia -.- Ya Allah ~ Cemana leh jadi gitu? HAHA :D


Selama ini aku kawan dengan die elok-elok je, aku tolong die, die tolong aku. Die selalu bagi kata-kata semangat dan bila aku tengah mood down, dialah tempat untuk aku bercerita dan meluahkan segala-galanya yang terpendam. Dan baru-baru ini pun masa bufday aku pun, die ada wish dan bagi hadiah dekat aku


Dan bila dah jadi kawan macam tu, tak pernah lekang di mulut aku yang "aku sayangkan kau" (sebagai kawannnnnnnnnnnnn)

My classmates, last year :)

Masalahnya sekarang ini adalah, sekarang ini kawan aku tu fikir yang aku dah syok dan tangkap cinta dengan die -.- Ya Allah, boleh fikir jauh sampai macam tu sekali? -.-


Kawan aku tu fikir aku dah suka kat die. Maaf, kau memang baik tapiiiiiiiiii aku hanya anggap kau kawan sahaja. Tak pernah lebih dari tue. Lagipun aku rasa kau dah ada yang punya sekarang ni kan? So better kau go on dengan cinta hati kau je lah :)


Kita kawan yer? Aku tak nak rosakkan hubungan ini dengan perasaan kau yang perasan tue. Aku senang bercerita dengan kau, senang lepak dan senang bergaduh dengan kau. Tapi untuk jatuh cinta, buat masa ini, tidakk ~


Sebab tu aku gelak bila Angie bercerita hal ini dengan aku sebab aku tak pernah langsung terfikir semua benda ni dan engkauu ~ kawan aku yang aku senang tetiba boleh pulak terfikir pasal benda nie. Tu yang aku gelak tue :)


Dah lah. Malas dah aku nak amik port. Sebab aku tau kau mungkin main-main sahaja tapi tolonglah ~ jangan buat lawak lagi dengan cerita-cerita yang macam nie. Angie lagi lah ~ siap kasi aku warning lagi


"Mai kalau aku cerita dekat kau pasal nie, promise kau tak pandang die slack lepas nie"


HAHA :D Okay okay lah ~ Aku anggap kau buat lawak je dengan aku :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, January 26, 2012

Perasaan Apa Yang Paling Membahagiakan Korang? :D

 

 Assalamualaikum


Hoyeahhhhhhhhhh ~ Hoyeahhhhhhhh ~ Baru je siap assignment! Tolonglah ~ Kalau ada orang tanya aku, perasaan yang bagaimana yang paling best yang pernah anda rasa, lantas aku akan cakap,


"suatu perasaan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata bila kita dah siapkan assignment dan hanya tunggu mau print dan hantar terus ke lecturer"


yeah ~ perasaan itu. Korang pernah rasa? :)


Sem ini aku ada banyak sangat assingment yang nak kena buat. Mostly group lah ~ Alhamdulillah ~ Group members aku semuanya okay je :) Kalau aku mintak bantuan dari dorang, senang je nak dapat. Hehe :) Sebab apa? 


Sebab aku dah kenal classmate aku selama 3 sem dah. Aku dah kenal, sape yang boleh kerja dengan aku, sapa yang boleh bagi idea yang bernas, sapa yang aku boleh harapkan. So bila lecturer suruh buat group, cepat-cepatlah aku pilih mereka-mereka yang aku rasa boleh buat kerja :)


Tapi kannnnnnnnn ~ aku rasa semua budak kelas aku boleh buat kerja :) Bagus bagusss belaka budak kelas aku nie :) HAHA :D


Ceh sukalah tu aku puji. HAHA :D


My classmates ; BBQ Party at Teluk Bidara, last year :)

Bilalah nak pergi trip kelas ramairamai nie? -.-


Berbalik kepada yang asal, sem ni memang banyak buat assignment. Aku tak tahu kenapa tapi sem ni bila cakap pasal assignment, aku sangat-sangat pentingkan assignment dan akan cuba sehabis baik untuk buat assignment tue. Research itu ini, tidur lewat pun takpe, sakit demam buat pun takpe. Sebab aku nak yang terbaik :)


"..Manusia itu diberi akal fikiran untuk memperbaiki diri mereka. Terpulang kepada kita samada nak menggunakan ia atau mensia-siakannya.."


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, January 25, 2012

Permulaan Itu Mencabar



 Assalamualaikum


Just received call from someone. Haish ~ Masalah tak pernah nak berhenti melanda. Datang yang tu, datang yang nie 


Aku baru je ada mood nak update blog aku ni walaupun aku sendiri tak tahu nak tulis pasal apa. Bila dah ada masalah macam nie, terus shuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ mood tu melayang pergi, dibawa oleh angin, dimakan ombak mengganas di Dungun nie -.-


Dah lah ~ Aku ada tanggungjawab yang nak kena buat. Tanggungjawab? Actually lebih kepada KERJA sebenarnya -.-




"do not give up because the beginning is always the hardest"





 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, January 22, 2012

Mood Study Melayang-Layang Bila Balik Rumah! -.-



 Assalamualaikum


Petang semalam, dalam pukul 3 keluar dengan mak aku sebab nak pergi adik aku kat Pusat Latihan Memandu Ganda, Marang Terengganu. Mueheheh ~ Memang pelik giler sebab nama driving school tu Ganda. HAHA :D Tapi takpe ~ Itulah identiti Terengganu. Eh apa kaitan die? -.-


Biasalah ~ Adik aku memang muka letih dan macam fed up giler sebab duk dengar ceramah dari pagi sampai petang. HAHA :D Sabar je lah eyh? Pergi pasor beli timung, siann ke mung! HAHA :D


Lepas tu pergi bandarr ~ Aku nak gunakan baucer buku 1Malaysia aku tue. Hehe ;) Hajat nak guna dalam RM50 je sekali bila dah syok membeli, tup tup ~ jadilah RM100.05. HAHA :D Unik sungguh -.-


So apa yang aku beli? Tengoklah kat bawah nie :)

Stationeriessssssss!

Apa yang aku beli? Beli lah apa-apa yang aku rasa nak beli. Ada barang yang aku beli aku dah ada tapiii aku beli jugak! Ni namanya membazir tauu? -.- Exercise Pad aku beli 5. Takpe ~ Sem depan aku boleh guna, tak payah beli dah  -.-


Yang penting aku beli Sharpieeeeeeee ~ Woot woot! Sharpie ni dah jadi macma satu fenomena dalam kalangan aku dengan kawan-kawan aku. Semuanya disebabkan Pekjahlah! HAHA :D Masa aku join Debat Piala Pengarah, kitorang guna Sharpie lah untuk tulis semua facts. Best woo guna Sharpie! :D


Eh amenda Sharpie nie? In case kalau ada orang tak tahu lah kan?

Sharpie ; permanent marker

Basically, this is Sharpie, permanent marker. Actually, suka dengan Sharpie sebab nak conteng-conteng je. HAHA :D Lepas tu die punya marker tak adalah besar dan kecik sangat. So so je. So sukalah! 



BTW aku nak beli yang macam kat dalam gambar atas ni tapi dah habis stok dah -.- Sedih betul ~ So belilah yang warna basic je ; chocolate, yellow and dark and light purple and green :) Best lah guna Sharpie nie sebab boleh conteng-conteng. Kalau ada ceramah ke, mengantuk dalam kelas ke, bosan ke, apa ke, mestilah kita bersharpieeeeeee! :D 

"Mari kita berSharpieeeeeeeee dalam kelas!" - Bunny
So after dah sudah bertempur dalam Pustaka Seri Intan aka PSI Kuala Terengganu yang penuh sesak dengan orang, maka kitorang pergi makann ~ Sebab lapar. Adik aku pulak dah monyok semacam dah sebab kepenatan. Aku buat lawak pun die wat derkk je -.-

Adik ku :)
Kali ini kitorang makan dengan Killiney's! Mak aku suke betul makan kat sini sebab senang dapat parking kereta, orang tak ramai, makan pun sedap -.- Mama oh Mamaaaaaaaaaaa :O Lepas tu pergi beli HP untuk bibik aku. Untunglahhhhhhhhhh ~ orang gaji punya HP camera die 5.0 megapixel, aku punya 3.2 je -.-


Berbalik kepada adik aku, terus tak layan aku tauu! Menyampah aku. Dapat makan, terus senyap je -.- Apalahh ~ Tak syok langsung kalau senyap je -.- Kang kalau aku usik kang, marah pulak. Dah tu yang kau senyap, sape suruh?! Argh tensenn Mak Jemah  -.-

Makan Makan -.-

Okay ~ Yang ini hari ini punya cerita. Lepas Asar tadi, pergi kampung aku belah ayah aku sebab nak kemas-kemas barang :) Rumah belakang tok aku tue dah siap dan Cik Noor pun dah pindah rumah die. Perhh ~ Lawa gilerrrrrrrrrrr rumah Cik Noor aku tue! Waaa auwwwwwwwwwwww ~ I loike! HAHA :D


So kemas-kemaslah apa yang patut sebab kebetulan dekat rumah aka store lama tu, dah renovate kasi lawa dan Cik Noor aku cakap, nak buat pusat tuisyen. So kenalah kemas-kemas sikit :)

Pusat Tuisyen wanna be :)

Barang-barang dekat tepi tu just letak sementara je. Masa kemas-kemas ini lah terjumpa macam-macam barang. Biasalah ~ Jumpa barang-barang ayah aku masa bujang dulu. Macam-macam. Jumpa topi, gambar die masa bujang, masa kecik. So pakat tengok belaka :)


Kebetulan, semua kazensssssssssss aku ada. So apa lagi, memang riuh rendahlah jadinya. Biasalah ~ kazennnssss aku semuanya kecik-kecik lagi. So kerjanya duk berlari-lari sambil menjerit lah. HAHA :D Adik aku pulak melayan kazensssssss aku yang kecik lagi tue, so jadi lagi bisinglah. Hehe :)

My bro with Batrisya

Me with Balqis :)

Okay cuba perhatikan gambar aku dengan Balqis nie. Ada gak kawan-kawan aku cakap yang muka aku dengan Balqis sama. HAHA :D Selama ini aku tak perasan pun tapi bila dah kawan-kawan aku cakap, aku macam "Eh ye ker? Tang mana pulak yang sama nie?" Haaaaaaaaa ~ Macam tu lah :) Hehe


So ada ke samanya? Aku pun tak tahu -.-


Lepas tu pergi Giant japp sebab mak aku suruh beli something. Aku sorang je yang turun, mak dan adik aku dalam kereta. Dah alang-alang aku pergi Giant, aku punnnnnn merayap kejap ke tingkat atas semata-mata nak beli benda nie :) Hehe :p

Chocolate Cupcakessssssss! :D

Dah lama giler aku tak makan cupcakes okay? -.- Semuanya gara-gara aku tengok rancangan The Cupcakes Girl dekat TLC tue. So tetiba rasa macam nak bake cupcakes tapiiiiiiiii macam tak sempat dah. So beli je lah cupcakes kat Giant tue. Fuhhh ~ Sedap tauu! :D 


Tetiba mata aku ternampak kedai tu ada jual macaroons. Okay okayyy ~ Aku memang dah tahu lama dah pasal macaroons ni tapi tak pernah rasa so aku pun beli lah ~ Hehe :) Saje nak mengetest rasa die macammana sampai semua orang duk heboh-heboh pasal macaroons nie

Oreo & Chocolate Macaroons

So rasanya adalah sangat manis. Sedap tu sedap dahh cuma manis je lah ~ Manis sangat sampai aku rasa  nak berhenti tepi jalan, beli air masak. Ok lah fineeeeeeee ~ Aku sebenarnya kalau dah makan benda manis seperti aiskrim, coklat atau apa-apa sahaja yang manis, lepas tu aku memang WAJIB minum air masak sebab nak kasi hilang rasa manis tue. Haha :D Ada ker? -.-


So okaylah ~ Itu sahaja yang aku mampu tulis dan update untuk hari ini :) Sebenarnya aku ada banyak giler assignment and not to be mention, kerja ASCAPS yang aku kena buat tapi aku tak sentuh pun lagi -.- Tu lah ~ Inilah akibatnya kalau balik rumah, habis mood study terbang melayang-layangggg ~

 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 21, 2012

Kami BerFamily Day (ASCAPS) Dalam Hujan Dan Lopak Air! :D



 Assalamualaikum


Fuhhhhhhh ~ Eventnya start dari hujung minggu lagi, Khamis malam Jumaat, hari Jumaat dan kemuncaknya hari Sabtu baru-baru nie. Sejak dari hari tu lagi, orang-orang duk tanya aku "Mai bila nak update blog pasal family day?!" "Mai bila nak update blog?!" Hambuiiiiii ~ Muka ghairah tau masing-masing sebab nak baca Family Day punya cerita. HAHA :D


Oklah ~ Seperti yang aku dah bagitau di entry sebelum ini, hujung minggu lepas, budak Part 2 kos aku, Diploma Pentadbiran Awam buat Family Day yang bertemakan Colour Splashh! Biasalah ~ Tema tu kena ikut tema cuaca kat Dungun nie. Asyik hujan je 24 jam so kenalah ada Splash Splash tue. HAHA :D Pandai-pandai je tauu aku buat andaian sendiri -.-


Meh sini aku bagitau, entry kali ini panjang sangat-sangat sebab penuh dengan gambar kitorang :)

The Banner ; cantekk! :D

Sepatutnya pukul 8 pagi rasanya dah start dah tapiiiii biasalah ~ sejak dah jadi senior mayor ni sengaja tauu nak datang lambat. HAHA :D Pukul 10 pagi baru aku sampai kat Stadium Gemilang tue. Tu pun lepas kena call dengan mesej dari Miss Nadiah "Panggil kawan-kawan awak" HAHA :D

Ye ~ kami datang! :D


Antara yang datang awal :)
Nazri bersama 13 orang perempuan. HAHA :D

Dua dua dah ada awek tapii ~ asal tangan Fitri atas bahu Midin tue? HAHA :D

Sampai-sampai je, aku tengok dorang tengah buat senamrobik. Aku tak join pun sebab tak sempat. Daftar, dapat roti dengan air. Lepas tu get ready nak main tarik pelepah. HAHA :D Bear in your mind please yang masa ni cuaca sangat-sangat mendung -.-


Oh ya ~ baru teringat. Sem ini tema baju kitorang still warna merah. HAHA :D Sem lepas, masa Family Day kitorang dah warna merah dah. Sem nie pun warna merah. Pandai tau buat special request nak baju warna merah lagi padahal malas nak cari baju yang warna lain dah. HAHA :D Lagipun baju ini lah satu-satunya baju yang menunjukkan budak batch aku, Part 4 unitedddddddd! :D Tapi aku tak pakai baju batch sebab Angie pinjam baju aku

Angie pakai baju nombor 8 ; baju aku tue :)
Penyokong game Tarik Pelepah :)

Penyokong-penyokong :D
From left ; Din, Harris, Acap, Ammar & Zul aka Pok Cik


Masa nak get ready main tarik pelepah, budak-budak ni semua duk kecoh-kecoh, sesuailah dengan tema Karnival Sukan ASCAPS iaitu Jom Kecoh. Masalahnya, tak payah nak suruh kitorang buat kecoh pun sebab memang kitorang dah kecoh dah. Tak kira masa dan tempat -.- Memang kecoh sekecohnya.
HAHA :D

Game Tarik Pelepah :)

Testing testing pelepah mana yang kuat :)


Kecohhh! :D

Masa aku amik gambar budak-budak lelaki kat atas nie, masing-masing duk menjerit "Jom Kecoh! Jom Kecoh! Jom Kecoh!" Aku rasa satu stadium dan padang tu dengar dorang duk menjerit. HAHA :D Sumpah kuat giler. Aku rasa kalaulah ada monyet kat Bukit Bauk tu, konfem-konfem dorang lari bertempiaran sebab terkejut. HAHA :D


Lepas tu game Tarik Pelepah pun berlangsung. Memang kelakar lah sebab tengok muka orang yang kena tarik dan orang yang duduk atas pelepah tu pulak. Orang yang duduk atas pelepah tu pulak kena pegang telur. Kalau telur pecah, so kiranya kalah lah :) Hehe :)


Cemoi tarik Fitri :)

Ayie tarik Faiz. Faiz cakap "Minda adalah asas kepada kejayaan!" HAHA :D

Arif tarik Farah. Alahai ~ Farah ni kecik je, senang je lah :)

Aku rasa kan semua organizer budak part 2 mesti pening dengan karenah senior-senior dorang ni yang suka buat rules sendiri bila bab-bab Family Day nie. Ada jeeeeee benda yang mengarut nak dibuat nya -.- Kadang-kadang tu aku sendiri macam "Ya Allah budak-budak nie" HAHA :D

Inilah buktinya. Gian nak main tarik pelepah. HAHA :D
Game seterusnya adalah game terompah gergasi. HAHA :D Masa ni dah kecoh-kecoh dah sebab gamenya belum start lagi tapi masing-masing dah start practise. Kononnya nak menang lah ~ HAHA :D Dan yang paling best, semua lecturer kos aku pun main jugak game nie :) Happening betul! :D

Testing testing 

Oklah ~ Masa budak lelaki aku yang kat dalam gambar atas ni tengah practise nak main terompah gergasi, sekali papppppppppp ~ habis semua orang lari. HAHA :D Sebab apa? Sebab Pian, classrep aku pergi pecahkan telur atas kepala Gman. Habis semua orang lari. HAHA :D


Banyak giler telur yang Pian pecahkan kat atas kepala Gman. HAHA :D Sebab sebelum main terompah gergasi nie, aku dengar Gman yang buat dulu dekat Pian. Sebab tu Pian nak balas dendam balik. HAHA :D Gitu lah ceritanya :)

Busuk-busuk!

Bila dah kena macam tue, si Gman ni pulak amik telur yang atas kepala die dan baling dekat semua orang. HAHA :D Habis semua orang kena telur balik. Fuhhhhhhhh~  Nasib baik aku tak kena. HAHA :D Telur tu maik aihhhhhh ~ busuk giler. HAHA :D Tapi masa ni habis semua orang lari lah dari Gman sebab tak nak kena telur. HAHA :D


Lepas tu, masing-masing amik tempat semula sebab dah nak bermain dengan terompah gergasi dah. Masa ini semua orang lain pulak yang main. HAHA :D Semuanya sebab takut kena telur lagi macam Pian buat tue. HAHA :D Sengal betul lah  -.-

Orang baru :)


Terompah gergasi sedang berlangsung! :D

Yang sebelah kanan tu, alah yang perempuan tue, semua lecturer kos kitorang tau? See ~ betapa sportingnya semua lecturer aku sebab semuanya sanggup turun padang dan bermain sekali dengan kitorang. Memang bestlah masa nie :)


Lepas main terompah gergasi, kitorang main jalan atas batu bata rasanya. Game ni paling susah dan penat kot aku rasa. HAHA :D Kau kena berdiri atas batu bata tu dan berjalan ke seberang. Tak dibenarkan langsung kaki korang menjejak tanah. Kalau tak, kalah lah jawabnyaaaaaaaa ~ HAHA :D

Macam ni hah :)
Before game. That purple and blue one is my lecturer, Miss Nadiah and Miss Munirah :)
Before main, bergambar duluuu! :D

Memang lambat sebab nak kena tunggu sorang-sorang habis main game. Aku tengok kawan-kawan aku yang main game ni semua dah letih semacam dah. HAHA :D Mula-mula memanglah kitorang ikut rules organizer, jangan kasi kaki pijak tanah. Last-last sekail, hamikkkkkk ~ wat rules sendiri! HAHA :D

Mengangkat Faiz :)
Disebabkan lama sangat nak tunggu, so mula lah masing-masing buat perangai. Disebabkan rules game ni kan, pemain tu tak boleh jejakkan kaki atas tanah, maka kawan-kawan aku yang sungguh bijaksana lagi kelakar tahap gaban, mengangkat kawan aku untuk pergi ke seberang sambil kawan aku tu pegang batu bata dan letakkan di bawah kaki, macam dalam gambar atas nie. HAHA :D


Dan orang yang kena angkat tu adalah Faiz dan yang mengangkat Faiz adala Pian dan Arif. Sumpah sengal giler lah masa nie. Aku rasa semua orang gelak. HAHA :D Aku pun gelak jugak sebab aku pun tak expect betul lah yang dorang akan buat tue. HAHA :D


End up, aku rasa group Faiz kena disqualified. HAHA :D Lantok lahhh ~ yang penting kitorang happy. Kalah menang, lain cerita :)


Lepas tu aku rasa hujan turun rasanya. Cuba korang tengok gambar-gambar yang kat atas nie. Langit semuanya nampak gelap dan macam nak hujan je kan? Aah ~ Memang pun. Tak lama lepas tu memag hujan ~ Agak lebat jugak lah sebenarnya

Berteduhh :)


Payung payung
My friends :)

Them <3 :)

Classmatessssssssss! :D
Gambar lagii! :D

Maaflah ~ Tiga-tiga dah berpunya. HAHA :D


So masing-masing pun lari lah bawak khemah dan berteduh lah kat mana-mana yang boleh berteduh. Mula-mula tu memanglah tak nak kena hujan tapi aku rasa masa tu memang asyik hujan je. So apa lagi, lantoklah main hujan pun! :D Lagipun dah lama tak main hujan :p HAHA :D


Game yang seterusnya adalah game Rantaian Kasih, eh ye ker nama game tue? HAHA :D Aku ni main bantaiii je nama game apa pun. HAHA :D Game ini adalah setiap part kena buat garisan yang panjang menggunakan barang-barang yang ada pada diri sendiri sahaja. Tak kisah lah guna apa-apa pun. Yang penting, mana-mana garisan yang paling panjang, dialah pemenangnya :)


So mula-mula batch aku nak buat pakai tali kasut. Tapi leceh lah ~ Last-last kitorang sendiri yang beratur. Masa ni rasa memang best sangat-sangat sebab masing-masing kerjasama antara satu sama lain buat garisan yang paling panjang. Kitorang beratur dan menjerit suruh panjangkan lagi garisan. HAHA :D

Dari dalam khemah :)


Pegang pegang tangan! :D

Pegang-pegang tangan lagi

Barisan mana yang paling panjang? Mueheheh :p
Ops opsss ~ Bear in your mind yang kitorang lelaki perempuan tak pegang tangan punn. Kalau sebelah tu adalah berlainan jantina, dorang gunakan botol air tak silap aku untuk jadi penyambung. Hehe :) Baik explain awal-awal sebelum ada orang fikir bukan-bukan :)


Tapi malangnya kitorang kalah. HAHA :D Sebab kitorang iaitu batch aku main tipu sebab kitorang guna tali. HAHA :D Lepas tu bila organizer cakap "Part 4 disqualified", kitorang baling tali tu dekat budak Part 2 dan cakap "Hey mana ada! Kitorang tak guna pun!" HAHA :D Dah buat salah tak nak mengaku pulak -.-


Lepas game Rantaian Kasih ini, tibalah game yang memang WAJIB diadakan setiap kali Family Day iaitu tarik tali. HAHA :D Weyhhhhhhhh ~ game ini memang wajib lah kena ada sebab bila main tarik tali, ada je benda mengarut nak kena berlaku. Lepas tu memang konfem akan adalah yang akan bergelak ketawa sampai menangis-nangis. Ok tipu -.-

Top view ; penyokong Tarik Tali

From left ; Ana, Lily, Angie dan Bunny :)
Mula-mula tarik tali yang perempuan. Sebenarnya aku tak nak main tau sebab masa tu aku tengok hujan macam dah makin lebat je tapi dorang duk panggil-panggil aku suruh main. HAHA :D Aku pun terfikir best jugak kalau dapat main nie, sekadar menyuka-yukakan diri. Heh? Ada ke ayat macam tue? HAHA :D

Testing tarik tali :)


Get ready get ready :)

So aku pun masuk. Terus aku kena duduk belakang sekali. Hampeh. HAHA :D Pakat duk belit-belit lah tali tu dekat badan aku. Aku dah aim dah, mati aku lepas ni kalau kena seret sebab yelah ~ kang kalau terjatuh, konfem-konfem lah aku yang kena teruk sekali. Haha :D


Apa kebendanya? Belum start tarik tali lagi, aku dah kena dah. Kena tepung. HAHA :D Aku tak tahu sampai sekarang siapa yang baling tepung tu dekat aku. Hampeh ar ~ HAHA :D


See? -.-

Penarik tali perempuan :)
So bila orang tu cakap TARIKK! kitorang pun tarik lah ~ tapi tetiba macam tali tu berpihak kepada kitorang. HAHA :D So aku pun ingat kitorang menanglah ~ HAHA :D Yelah ~ Sebenarnya lawan kitorang masa tu memang jauh beza dengan kitorang dan aku rasa memang kalah dah kitorang ni

Lawan kitorang, senior Part 5. Part 5 baju hitam :)

Yeah! Tarik! Tarikkkk!

Bila dah jadi macam tu, aku yang duduk belakang sekali ni pun bersorak lah sebab ingatkan menang. Yelah ~ Baru je kitorang tarik sekejap, terus menang. Mak Jemah suka tauu! HAHA :D


Sekali amik kauuuuuuuuuu ~ kitorang tak menang dan lawan kitorang pun tak menang. Rupa-rupanya tali putus! HAHA :D Weyh sumpah lawak giler masa nie. Baru tarik tali, tali pulak dah putus. HAHA :D Bergegar satu padang tu dengan kitorang punya gelak ketawa. Lecturer pun gelak sama sekali. HAHA :D

Tali putus -.-

Bergelak ketawa bila tali putus! HAHA :D

Kawan aku lagi hampeh "Tengok? Kekuatan wanita zaman sekarang dah melampui batas, sampai tali pun boleh putus. Dahsyattt ~" Aku dah gelak bagai dah masa nie. HAHA :D


So tukarlah kepada tali yang kedua. Masa tarik ini, macam yang aku cakap tadi, memang kitorang kalah. HAHA :D Teruk habisssssssssss kitorang kena lunyai dan seret. HAHA :D Aku dah lah duduk belakang, tali pulak berikat dengan badan aku, lagilah aku tak boleh buat apa-apa.


Masa kena tarik tue, aku dah bergolek-golek dah atas badan kawan aku. HAHA :D Teruk dah baju, seluar dengan kasut aku kena tanah yang macam selut tue. Yelah ~ Sebab hujan kan? HAHA :D


So lepas tu turn budak lelaki pulak yang akan tarik tali :)


Penarik Tali -.-
Game yang lelaki pulak lagi kecoh. Biasalahh ~ Aku tak nak tulis lebih-lebih sebab aku rasa dari gambar yang aku tunjukkan dekat bawah ini, konfemkonfem korang boleh agak dah :)

"Bro, takut ke nak lawan kitorang?" - Faiz

"Kita boleh buat! Mereka tak kuat!" - Faiz
Rilex rilex. Kita boleh menang!

Heyahh ~ tarik tarikk ~

Yeah! Tarik! Tarik! Tarik! :D

Eh eh ~ Terjatuh pulak! HAHA :D

Takpe. Kita cuba lagi! :D

Yeah ! Tarik! Kuat lagi! Tarik cepat! :D
Tarik tali dalam hujan :)

Aik? Malas dah aku nak komen. HAHA :D

Lawan mereka :)
So begitulah ceritanya. Kepada kawan-kawan aku, sem depan tak payahlah main tarik tali. Kita ini tak pernah menang pun. HAHA :D Action je lebih. HAHA :D Sem lepas pun macam tu jugak! HAHA :D


Kemudian, acara yang paling ditunggu-tunggu ialah Final Futsal ASCAPS! :D Hoyeahh ~ Sem ini batch aku yang lelaki bertemu dengan lawan mereka yang sama sem lepas. Hoho ~ Actually futsal ni dah diadakan hari Khamis malam dan Jumaat lagi. Tapi finalnya diadakan sekali dengan Family Day. Baru meriah pong pong sikit. Hehe :)


Macam biasaaaaaaaa ~ disebabkan hujan, punn main jugak! :D Masa nak main futsal nie, hujan memang betul-betul lebatlah ~ Tak ada gunanya nak berpayung bagai sebab konfemkonfem akan basah jugak. HAHA :D Aku? Aku dah siap mandi hujan dah masa nie. HAHA :D

Team Futsal Part 4 :)
Before main, baca doa dulu :)
Yang main nya pakai jersi warna biru tapi kitorang yang berbaju selain dari warna biru ni sengaja je nak mencelah jugak masa ni sebab nak kasi support dan semangat dekat dorang supaya main dengan elok-elok. Sebab sem lepas kitorang kalah, dapat nombor 2. So harap-haraplah dapat nombor 1 sem nie :)


Tapi end up, kitorang kalah lagi dengan pihak lawan 1-2. Hmm ~ too bad. Nak buat macamana, tak ada rezeki dorang sem nie. Takpelah ~ Yang penting semangat dorang untuk bermain. Memang bestlah sebab main dalam hujan dan kitorang yang penyokong ini macam orang giler dibuatnya menjerit kat luar court dalam hujan yang sangat-sangat lebat :) Lepas tu buat ombak ramai-ramai. HAHA :D 

Futsal dalam hujan lebat :)

ASCAPS :)
Masa dalam gambar atas ini, dah habis futsal dah. Dorang just nak amik gambar pemenang je. HAHA :D Tapi pedulikk hapeeeeeeeeeee ~ Pakat masuk belaka dalam gambar sebab biasalah ~ giler glamour. HAHA :D Campur semua part ~ Tak kisah lah part berapa pun, bedal je. Semuanya sebab nak bergambar :)

After futsal match :)

Lepas tu ada penyampaian hadiah lah pulak ~ Biasalah ~ sape menang, dapat hadiah. Kalau tak menang, kita booooooo kat orang yang menang. HAHA :D Macam tu lah citernya. Dan yang paling bestnya, masing-masing memang totally basah 100% sebab kena hujan. Kalau tak basah 100% pun, seluar mesti nak basah jugak sebab hujan lebat dan berjalan atas padang. Hehe :)


Penyampaian hadiah :)
Mandi hujann!
After penyampaian hadiah, apa lagiiiiiii ~ masing-masing kan dah dapat hamper. Tak menyempat-nyempat masing-masing nak dapat makanan. Berebut sape paling cepat, die dapat dulu. HAHA :D Aku? Aku tak dapat apa-apa pun sebab aku pergi mana entah masa ni -.- Tapi aku bedal makanan dorang. HAHA :D


Dah dapat hamper, terus bukak kat tengah-tengah padang tue. Masa ini hujan dah berhenti dah cuma lopak air je lah yang ada kat padang tue. Semua orang dah kotor dah masa nie :)

Futsal Part 4 ; 2nd place
Mereka dengan makanannnn ~
Mereka dengan Qari, senior part 5 :)
Hamper masing-masing :)
Lepas tu masing-masing balik ~ Yelah dah basah dan kotor, mestilah nak balik kan? Bersihkan diri dan mandi cepat-cepat sebab tak nak demam. Dah lah keesokkannya ada kelas. Ada yang ada test so kenalah pastikan badan tak demam. Lecturer pun beransur pulangg ~


Maka, berakhirlah Family Day semester kali ini yang penuh dengan warna warni dan air hujan yang mencurah-curah. Disebabkan hujanlah, masing-masing jadi hyperactive semacam dan tak kisah pun mandi hujan :)

Part 2 :)
Tahniah kepada Part 2 kerana berjaya mengorganizekan Family Day dan Futsal especially Ketua Projek iaitu Afiq dan Shafiq Rosli aka Pia. BTW terima kasih Pia sebab curahkan air mineral kat muka aku -.-

Maka berakhirlahh ....




HEY SAPE CAKAP ENTRY INI DAH BERAKHIR DAH?! 
AKU ADA BENDA LAGI NAK TULIS NIE!





HAHA :D Memanglah Family Day dan Futsal dah habis dah dan masing-masing dah balik. Tapiiiiiiiii kitorang-kitorang yang Part 4 yang sangat-sangat bagus nie ada agenda kitorang sendiri. MUAHAHA :D Bila aku fikir-fikirkan balik, sangat-sangat bagus lah kitorang nie :) HAHA :D Bagus in bracket -.-


Memandangkan kitorang memang dah sedia maklum basah dan kotor, so apa salahnya kalau kita basahkan dan kotorkan lagi badan-badan kita ni kan? HAHA :D So apa ceritanya? HAHA :D


Kitorang ramai-ramai beratur buat line panjang dan berlari dan shuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ slide dalam lopak air dekat tengah-tengah padang tue. HAHA :D Bapak best lah! Mula-mula beberapa orang je yang main. Yang perempuan, aku Bunny Angie Lily dan Syakira je yang main. HAHA :D Yang lain tengok dan snap picture kitorang je

Berlari ramai-ramai!

Dan shuuuuuuuuuu ~ slide! :D

Tapi lepas kitorang dah buat 1st slide kitorang, masing-masing yang lain macam "Eh best sangat main nie" HAHA :D Aku masih ingat lagi aku terdengar Harris cakap "Tak boleh jadi ni. Aku kena main jugak" sambil dia letakkan maggi, hadiah dari hamper tu atas tanah sambil join kitorang main slide tue jugak! :D Lepas tu barulah beberapa orang lagi kawan kitorang join kitorang main slide. HAHA :D Sumpah best! :D

Ramai dah yang join main slide :)
Water Splash! :D
Syok sangat main lopak nie! :D
Oh heavennnnnnnnnnnnnnnnn sangat-sangat sebab dapat main hujan dan lopak air nie. Yelah ~ Dulu-dulu masa kecik selalu main. Tapi sekarang, dah berbelas-belas tahun tak main so bila dah dapat main, memang tak kan lah dilepaskan peluang keemasan nie. HAHA :D


Aku rasa yang main slide ni Part 4 dengan Part 2. Correct me if I'm wrong! Sebab aku tak ada nampak pulak part lain yang main atau aku yang syokkkkkkk sangat main lopak air nie. HAHA :D Tapi aku main tak lama pun sebab kaki aku berdarah sebab bergesel dengan batu. Argh ~ pedulikkkkk hape aku! HAHA :D Sebab aku rasa, makin banyak berdarah dan luka-luka, baru lah best. Sebab parut-parut tu ada ceritanya yang tersendiri. HAHA :D

Kalah tarik tali, menang tarik orang pulak!
Hamikkkkkkkk ~ Dah puas main slide, main tarik-tarik orang pulak. Dorang pegang pergelangan kaki dan tarik orang tu ke dalam lopak. Oh mak oiiiiiiiii ~ Hebat sungguh kawan-kawan aku nie. HAHA :D Kadang-kadang benda tu macam biasa je tapi sebab adanya kawan-kawna aku nie, semuanya macam best. HAHA :D


Bila ada orang dah kena tarik, semua yang tengok akan bersorak bagai orang gila sebab seronok. HAHA :D Bapak lah kejam betul masing-masing bab-bab nak mengenakan orang nie. HAHA :D 


Tak cukup dengan tu, dorang pergi bukak paip air dan getah paip tu dorang pergi sembur-sembur dekat semua orang. Habisssssssssss semua orang basah! HAHA :D Jangan haraplah nak pulang dengan keadaan bersih dan kering sebab memang konfem-konfem akan basah. HAHA :D Lepas tu buat pesta air pulak dekat situ -.-


Actually kitorang nak bilas balik sebab masa main slide tue, penuh rumput dan tanah dari hujung rambut sampai hujung kaki. HAHA :D Tu lah ~ sape suruh main kan? Ni makang die! HAHA :D So pakat berebut-rebut lah masing-masing nak bilas. Kawan aku lagi best, dah siap terbaring dah dekat bawah paip air tue sebab tak nak berebut. HAHA :D

My sayanggsss <3 :)
Gadis-gadis dalam gambar di atas nie tak join kitorang main slide pun. Dorang just tengok kitorang main dan tolong snapkan gambar dan tolong jagakan barang-barang kitorang. Hehe :) Terima kasih korang sebab tolong kitorang :) 

Masa ini memanglah dorang bersih je tapi bila dorang on the way balik, dorang kena tepunggggggg! HAHA :D Yelah ~ Tak nak main slide tapi kena tepung.  Kesiann ~ Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Eh gitu ker peribahasa die eyhh? -.-

Part 4 :)


Part 5 sem depan :)
Kepada kawan-kawan aku yang satu batch dengan aku, sayang korang semua. Family Day hari tu adalah the best day everrrrrrrr lah sebab dapat buat something yang sangat-sangat best dengan korang :) Bersorak dalam hujan, telur, tepung, main air hujan, melomapt situ sana dan yang paling best, masa kita main slide tue. Sumpah best! :D



Kepada budak Part 2 sem depan, lain kali buat Family Day time hujan tauu? Tak pun buat Family Day tepi pantai. HAHA :D Konfemmm kitorang pergi mandi pantai pulak! HAHA :D


p/s : Tahukah anda? Nak siapkan entry ini, aku amik masa 3 hari -.- Maaflah kawan-kawan kerana menunggu terutama Syakira Mahadzir yang duk bising-bising dekat Twitter tue. HAHA :D

credit pictures : Mine, Nini, Lily dan FB :)

 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts