[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Sunday, February 26, 2012

Final Exam Sem Empat

 

 Assalamualaikum


Final exam is around the corner! :D


Tiap-tiap sem untuk final aku WAJIB untuk buat jadual study supaya aku tahu aku organize sikit subjek apa yang aku nak study dan aku sempat untuk study semua subjek. Yeahh~  Aku memang suka study last minute 0.0


Dah dah ~ Aku tak nak fikir yang sem-sem lepas punya cerita. Sem ini, sem ini. Sem lepas, sem lepas. Tak ada kaitan langsung yer kawan-kawan? :)


Jadual study :)

Dapat je jadual final exam ari tu, balik bilik, keesokkanyan harinya terus aku buat jadual study nie. Sebab bila ada benda ni, aku rasa macam lega sikit dan selalunya aku akan ikut dengan penuh disiplin. HAHA :D Hambuiiiiiiiiii ~ disiplin tau? HAHA :D


Yelah ~ sebab dalam hati dah tahu nak final dah kan? So kalau dah ada benda ni, memang aku akan ikut. Aku dah plan dah aku nak buat apa tapi yang pasti aku akan baca dan kasi faham dulu semua soalan dan nota-nota thennnnnnn baru aku akan buat past year. 


Tapi jujurlah aku cakap, aku bukannya rajin sangat nak buat past year. Aku just tengok soalan dan congak-congak je jawapannya dalam kotak fikiran


Masa aku buat jadual ini kan, sobsssssssssss ~ aku rasa sebak je sebab selama ini aku dengan Faezah selalu buat jadual macam ni sama-sama. Tapi sem ini aku buat sorang-sorang je :'( Terasa betul kehilangan dia. Sambil buat jadual ini, aku texting jugak dengan Mak Jah tue. Huhuuu ~


JADUAL FINAL EXAM DPA PART 4

14 March 2012 - Introduction to Entrepreneurship ENT 300
16 March 2012 - Malaysian Politics PAD 310
18 March 2012 - Admin Law LAW 309
20 March 2012 - Public Sector Quality Management PAD 252
22 March 2012 - Statistics QMT 181


Semuanya selang satu hari kan? Tapi aku tak kisah sangat sebab start 1 March tu dah boleh start study so ada banyak masa. Insyallah :) Lepas tu jadual sem ini lagi okayyyyyyyyyyyyyy dari jadual exam sem lepas di mana 3 hari berturut-turut subjek membaca -.- Pening kepala XD HAHA :D

So apa lagi kawan-kawan?


TURN YOUR MOOD STUDY ON!


Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang aku buat. Halalkan makan minum aku. Yelah ~ dalam berkawan ini, takut ada yang termakan dan terminum korang punya makanan dan minuman. HAHA :D


Aku ni manusia biasa, kadang-kadang ada terlepas cakap tanpa sedar, tercubit, termarah, terkasar. Tapi jujurlah cakap, itu hanyalah spontaneous reaction sajoooooooooooo ~ Maafkan diri ku ini yang sangat-sangat memohon keampunan dari kamu semua


Doakan kejayaan aku yer kawan-kawan? Aku dah aim sesuatu dah nie untuk final exam nie :) Hehe


GOOD LUCK KAWAN-KAWAN! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Kau Kawan Aku?

 

 Assalamualaikum


KAWAN. Apa tu kawan? Seorang yang ada dengan kau bila family kau jauh. Seorang yang kau boleh nak mintak tolong kalau ada kesusahan. Seorang yang ada dengan kau bila kau tengah menangis. Seorang yang boleh buat kau gelak bila kau tengah marah. Seorang yang sentiasa ada pengaruh besar dalam hidup kau


See? Betapa dekatnya KAWAN dengan kita. Tapi sedar tak, dalam kita berkawan dengan semua orang, tak semua itu akan ada dengan kita. Sedar kan? Tapi kita tak sanggup terima hakikat itu


Macam aku. yes ~ sekarang ni makin lama makin jauhhhhhhhhhhhhhhh ~ makin lama makin dekat pun ada. Dekat sangat-sangat sampaikan perkara yang aku tak sangka pun boleh berlaku. Magical. Tu lah yang aku rasa


Susah sebenarnya nak cari kawan yang betul-betul KAWAN. Bagi aku, kawan adalah seseorang yang sentiasa dengan kita time senang dan susah, faham perasaan dan riak muka kita, ada untuk kita sandarkan dan percaya jika ada sesuatu, marah kita kalau kita buat salah, peluk dan usap belakang kita menangis dan yang paling best, sapu dan lap air mata kita bila kita menangis


Kenapa malam ni aku tetiba cakap pasal kawan nie? Senang. Sebab lama-kelamaan aku tahu siapa kawan aku dan siapa bukan. Bukan aku cakap aku dah tak nak kawan dengan kawan-kawan cuma aku tahu siapa yang patut aku kekalkan dalam hidup ini jika ada apa-apa. Entah lah ~ Sebenarnya hati aku yang sakit


Sakit pendam perasaan. Letih pun ada. Malas dah nak fikir tapi kalau dah duk bermain depan mata, lama-lama meletoppppppppppp jugak. Sabor je lah Jemah oitt ~ This is life


Esok dan hari hari yang bakal mendatang, aku tak tahu kepada siapa aku nak terus berdiri. Orang yang aku sangka ada dengan aku, rupa-rupanya tikam aku dari belakang. Duk mengata aku. Perghh ~ sedapnya bercakap yer pasal aku? Takpe. Teruskan je lah :) Aku dengar je


Dan jugak, harihari yang mendatang, baik aku alone sekejap, untuk muhasabah diri sendiri kenapa begini jadi akhirnya. Mungkin ada salah dari aku, aku mintak maaf. Aku pun ni manusia biasa je yang masih mengharapkan pertolongan dari Allah swt. Dont expect I'm gonna satisfied everybody


Orang yang aku sandarkan untuk percaya dah takada. Takpelah ~ Tapi Allah swt tu Maha Adil. Orang yang aku percaya dah tak ada, tapi orang yang aku rasa dulu tak boleh ngam dengan aku, slow slow dah boleh masuk air dengan aku. Boleh lepak sampai pukul 6 pagi sebab tengok movie marathon :)


Jangan terlalu menyayangi sebab nanti akan bertukar kepada benci. Jangan terlalu membenci sebab nanti akan bertukar kepada sayang


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, February 25, 2012

[Review Film] I Spit On Your Grave

 

 Assalamualaikum


Malam tadi, aku lepak bilik Syakira sambil teman Pqah Othman, Azie, Billa, Bella and Uyul buat ETR dorang. Aku tolong lah sikit-sikit memandangkan aku pun dah tak ada benda dah nak buat :) Hehe


Dah alang-alang teman, Azie dengan Bella suruh aku tengok satu cerita yang extreme. HAHA :D Jujur aku cakap ehh, aku suka tengok semua genre cerita termasuk cerita perang-perang kecuali cerita hantu! Aku tak suka tengok cerita hantu -.-


Cerita ini mengisahkan Jennifer Hills yang pergi satu bandar terpencil yagn jauh dari kesibukkan kota sebab die nak cari ilham untuk buat novel dia yang pertama. Sumpah jauh weyh -.- Sampaikan line HP die pun tak dapat. HAHA :D


Masa die mula-mula sampai, die jumpa sekumpulan lelaki yang bekerja di stesen minyak. Lepas tu macam mana entah -.- Adalah satu insiden di mana Jennifer ni macam memalukan salah seorang lelaki tu sebab tertumpah air rasanya. Lebih kurang macam tue lah


Dipendekkan cerita, 3 orang lelaki tadi pun mulalah pyshco dan kacau Jennifer nie. Macam-macamlah die buat tapi yang pasti memang kesian giler kat Jennifer. Jennifer ni dah merayu-rayu dah supaya die jangan diapa-apakan


Nasib baik dia dapat larikan diri. Actually, kehadiran perempuan yang bekerjaya macam Jennifer ni buat orang lelaki tu macam excited lah sebab dekat kawasan dorang tak ada lagi perempuan yang macam Jennifer nie. Huhu


Masa die lari tu, terserempak pulak dengan Sheriff. Alaaaaaaaaaaa ~ Sheriff ni kan macam polis kan? So Jennifer ni macam legalah sikit sebab dia dah tahu dia akan selamat. So dia pun ceritalah semuanya yang berlaku dekat dia dan Sheriff tu pun hantar dia balik rumah


Dekat rumah dia pulak, Sheriff ni buat pemeriksaan dekat rumah kot kot lah lelaki yang tiga orang tu ada tapi sebenarnya dah tak ada pun. Keadaan dalam rumah tu macam biasa je dan macam tak ada pape yang berlaku. Jennifer ni macam pelik lah kenapa semuanya macam okay je dalam rumah tue


After checking, Sheriff tu pun tuduh Jennifer ni berhalusinasi dan berangan je pasal kena gangguan tue. Tambah-tambah pulak, ada dadah dekat atas meja makan Jennifer yang sebelum die kena kacau dengan tiga orang tu, die tengah high sebab hisap dadah. Lagilah kuat mengatakan yang Jennifer ni tengah berkhayal. 


So Sheriff ni pun buat body check lah dekat Jennifer. Masa tengah buat body check tu, datanglah tiga orang lelaki yang mula-mula kacau Jennifer tue. Rupa-rupanya Sheriff tu dah berpakat dah dengan tiga lelaki tu untuk kacau Jennifer


Masa ni Jennifer dah tak keruan dah. Dia dikacau, dipsycho dan macam-macam lagilah ~ Sumpah kesian. Dan yang paling aku rasa macam nak menangis-tapi-tak-keluar-air-mata adalah masa die kena rogol. Mula-mula die kena rogol dengan kawan yang lelaki tiga orang tue yang sebenarnya terencat akal


Lepas tu, Jennifer sempat lagi lari lepas kena rogol. Tapi last-last terserempak jugak dengan lelaki-lelaki tu dalam hutan. Masa ni lagi teruk. Die kena seksa lepas tu kena liwat ramai-ramai sampaikan die pengsan. Ya Allah ~ Aku rasa macam nak menangis pun ada sebab kesian sangat-sangat!


Then after kena rogol tu, Jennifer larikan diri. Ya Allah ~ Masa ni lagi lah kesiann sebab die berjalan pun dah tak betul dah! Macam dah tak boleh jalan dah sebab dah kena rogol beramai-ramai dengan lelaki tue! Dan die terjun dari jambatan dan lelaki-lelaki tu pun fikir dia dah mati sebab die tak timbul-timbul


Tak lama lepas tue, tiga orang lelaki, Sheriff dan lelaki yang terencat akal tu diganggu. Rupa-rupanya Jennifer masih hidup lagi cuma dia datang pada kali ini adalah untuk balas dendam dekat semua lelaki-lelaki tue


Setiap yang lelaki-lelaki tu buat dekat die masa die kena rogol dulu, die buat balik dekat setiap lelaki tue. Ya Allah ~ Masa ni lagi scaryyyyyyyyyyyyy giler! :O Aku dengan Syakira dah menjerit-jerit dah sebab tak sanggup nak tengok dan bayangkan! HAHA :D

Kena celup dalam air yang ada acid

Kaki kena jerangkap samar dan kelopak mata kena tahan dengan mata kail

Kena cabut 3 batang gigi dan die punya kemaluan kena potong hidup hidup

Hamikkkkkkkkkkk ~
Yang Sheriff dan lelaki yang terencat akal tu pulak mati sebab lelaki yang terencat akal tu tertarik tali yang sebenarnya dah diikat dekat picu senapang dimana senapang itu dimasukkan dalam punggung Sheriff tue. Perghhhhhhhhhhhhhh ~ Lagi hebakk bohh! :O


Jujurlah aku cakap, cerita ni memanglah 18SX sikit tapi sebenarnya kan saya dah 20 tahun dah! :D So boleh lah tengok cerita nie :) Tapi sebenarnya jangan pandang dan fikir benda-benda tue. Fikirkan jalan cerita tue dan fikir


Jenayah rogol ni memang makin menjadi-jadi. Dan kita sendiri kadang-kadang tak tahu nak percaya dekat siapa sebab kadang-kadang orang yang kita percaya pun boleh khianat dekat kita. Contoh terbaik, dalam cerita nie lah ~ Jenniffer ingatkan Sherif tu boleh selamatkan die tapi sebenarnya tak boleh diharapkan langsung! -.-


So kepada korang-korang yang berjiwa extreme, berani dan suka tengok cerita-cerita yang bunuh-bunuh orang nie, aku suggestkan korang tengok lah cerita nie :)


Rating : 3.5/5


p/s : just permulaan cerita ni jelah yang boring sikit

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, February 24, 2012

Muka Aku Masuk Dalam Lawak Kampus?! HOMAIGOD :O

 

Assalamualaikum


Fuhhhhhhhhhhhh ~ Ni lah perasaan aku bila dapat tahu weekend bakal menyusul! Yelah ~ Aku rasa sejak 2 minggu lepas, aku memang buzy tahap dewa. Wa auwwwwwwww ~ Tahap dewa you olls -.-


Punyalah buzy, sampai baju kotor aku satu baldi dah penuh. Tak cukup dengan penuh, siap dah melimpah-limpah dah. Memang tak sempat sangat! Sampailah ada satu hari tue, aku baru perasan, yang aku punya baju kurung dah habis stock dah! HAMEKKK! Kenalah basuh, dua baldi tau? -.-

Organizer untuk bulan Februari ni ; FULL!

Dimulakan dengan Open Day ASCAPS kemudian tetiba dapat tau kena buat proposal last minute untuk pergi ke Educational Trip to Kuala Lumpur & Putrajaya. Memang rushing giler sebab nak kena dapatkan kelulusan dari pihak HEA dan kemudian deal dengan penginapan sebab penginapan yang kitorang nak menginap tu, UiTM Kelantan pun nak jugak. Tapi malangnya dorang dapat dulu -.- '


BTW terima kasih dekat Aup and the geng sebab tolong kitorang deal dengan penginapan dan bas :) Kalau korang tak ada, konfem konfem lah kitorang budak kelas A dan B tak dapat pergi :)

Kompleks Seri Perdana ; panas panassss -.-

Tapi Alhamdulillah ~ Proposal trip tu lulus dalam masa satu hari je. Terima kasih Puan Wan Dorishah! :D Lepas tu rushing kutip duit dari kelas aku dan kelas A lagi. Kemudian dalam sibuk-sibuk tue, ada pulak test Statistik aka QMT. Ya Allah ~ harap-haraplah betul aku jawab tue :) Aminn 


Then pergi trip. Balik dari trip, dengan tak cukup rehat lagi, pergi overnite dengan kawan-kawan sebab nak siapkan assignment. Yelah petang pukul 4.30 petang sampai UiTM Dungun. Malam tu, kitorang overnite ; aku Akma and Ammar. Lepas overnite, pukul 9 pagi pergi merayap pulak sampai pukul 7 baru sampai UiTM Dungun balik -.- Fuhhhhhh ~ Memang cari nahas sebenarnya -.-


Lepas tu, 20 Februari aku ada presentation Malaysian Politics about PERMATA NEGARA. 21 Februari aku ada testnya pulak di mana aku tak pasti 100% jawapan aku betul atau tak -.- Ya Allah ~ rasa kecewa sangat sebab tak dapat perform well dalam test tue. 


22 Februari pulak ada final presentation Entrepreneurship yang mana buat semua orang tak senang duduk. Kessokkanya pulak, aku ada test Quality in Public Sector yang jawapan nya aku rasa macam salah tapi explaination dan examplenya betul (HAHA :D) dan selang sejam after test tue, aku ada Speaking Test for MUET

My friends ; get ready to present ETR. Credit picture ; El Ferdowsi :)

HAAAAAAAAAAAAAAAA ~ Nampak tak? Nampak tak? Betapa busynya Mak Jemah korang nie -.- Letih sangat-sangat, bukan sahaja letih fizikal, mental pun boleyyy ~ Senior aku lagi best, "Mai aku tahu kau stress tapi janganlah tunjuk dekat muka kau" HAHA :D Hampehh -.-


JAP JAP ~ sebenarnya itu bukan tujuan aku tulis entry. Yang atas-atas ni semuanya adalah intro baruuuuuuu ~ HAHA :D Aku sengaja nak bagitahu korang yang betapa busynya aku dalam masa terdekat ni dan sebab itu lah bila tiba hujung minggu, aku rasa macam "arghh lega" HAHA :D


Okay yang ni part sebenar aku nak cerita hal sebenar. HAHA :D Lepas aku dah habis Speaking Test MUET which is "Alhamdulillah ~ aku boleh buat" aku pergi draw duet sikit. Lepas tu aku pergi lah ke Blok 8 sebab nak print list name budak-budak ASCAPS dan list name yang pergi trip hari tu sebab Sir Mujibu nak. 


Biasalah ~ orang yang dah penat dan jalan sorang-sorang di dalam sekumpulan orang ramai, memanglah aku just jalan tunduk je dan tak ada mood. Sumpah aku memang tak ada mood masa nie sebab aku terlalu penat sangat!


Masa aku lalu dekat Dataran Sura aka DATSU, aku dah nampak dah ada sorang budak lelaki ni tengah amik gambar kawan die. Kebetulan Part 5 ASCAPS buat Asean Day. Sumpah meriah giler dengan orang ramai. So lagilah aku rasa pelik sangat sebab jalan sorang-sorang. 


Masa aku tengok budak lelaki tu amik gambar kawan die, aku pun macam nak elakkan lah lalu kawan dia sebab yelah ~ tak kan nak kacau orang yang tengah amik gambar kan? Tepi budak lelaki yang pegang camera tue, ada sorang lelaki yang pakai smart giler habis dengan tie dan baju. So aku wat derk je lah ~ 


Untuk kasi korang lebih faham, rujuk gambar bawah nie


Bulat merah ; orang ramai


So aku jalan je lah tunduk je sebab dah orang ramai sangat. Sekali tetiba budak lelaki yang aku label 'SWEET GUY' tu datang kat aku dan hulurkan gula-gula rasanya dekat aku sambil melutut dekat aku. Alahhhhhh macam kat dalam gambar ni hah ~

sweet lah tue? -.- HAHA :D

Aku apa lagi -.- terkejut lah weyh! Sumpah terkejut. Aku siap tanya lagi "Eh apa nie" dan budak tu cakap "Sudilah terima gula-gula pemberian saya" Jujur aku cakap ehh, masa tu dalam hati aku terdetik "Eh betul ke tak budak nie?" HAHA :D


Lepas tu aku boleh gelak sorang-sorang sambil tengok budak tue. Kemudian jeng-jeng aku perasan budak yang pegang camera tu macam duk record video tue. Aku pun dah cuak dah sebab yelah ~ aku takut dorang nak buat pape entah dengan video tue dengan guna gambar aku ke apa ke -.-


Aku pun terus blahhh macam tue je. HAHA :D Tapi lepas tu dalam duk sesak-sesak dengan orang ramai tue, aku terdengar budak yang pegang camera tu panggil aku "KAK! KAK! KAK!" dan aku pun berpaling dan tanya dia, kenapa record semua tue


Budak tu pun gelak je. Dia cakap "Kitorang tengah buat video Lawak Kampus lah kak. Insyallah nanti akan diterbitkan dan kiranya akak ni bertuahlah sebab akak terpilih untuk masuk dalam video Lawak Kampus"


OK FINEEEEEEEEEEEEEE!! Sumpah aku tergelak masa tue. HAHA :D Ooo ~ kiranya ni nak Wakanabeb aku lah yer? Cissssss! HAHA :D Lepas tu budak tu suruh aku cakap something sikit pasal Wakanabeb dorang tue. 


Aku pun ape lagiiiiiiiiii ~ pot pet pot pet lah kejap dalam 3 minit kot? HAHA :D Then budak tu cakap "Okay kak! Terima kasih atas kerjasama akak. Terbaik lah akak!" sambil tunjuk tanda bagus dekat aku. Well ~ you know me :p HAHA :D


Eh eh ~ HAMBUIIIIIii! Ni bukan komik Lawak Kampus karya Keith and Zelo tu tauu? HAHA :D Ni Lawak Kampus versi UiTM Dungun :) Entah bila entah nak keluar video tue. HAHA :D


Kepada kawan-kawan satu UiTM Dungun, kalau ada terdengar Lawak Kampus, marilah kita tengok ramai-ramai. Kot-kotlah ada muka aku. Kalau tak ada, siaplah budak tue sebab tipu aku. HAHA :D


BTW Terima kasihlah kepada team Lawak Kampus yang menceriakan aku yang tengah stress dengan kerja dan assignment yang berlambak-lambak :) You olls made my day :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Educational Trip to Kuala Lumpur & Putrajaya :)

 

 Assalamualaikum

Sementara aku tengah free, aku pun updatela kejap :)


Minggu lepaslepas, hari Ahad Sir Mujibu masuk dalam kelas aku dan cakap "kalau you all nak pergi trip, buat proposal dan esok hantar. Saya dah bincang dengan Miss Nadiah. Kalau tak pergi trip, tak dapat 5% tue"


HAPE LAGI? Terus aku buat proposal semua dan kutip duit dari budak kelas A dan B. Nasib lah semua kasi kerjasama yang sangat-sangat tip top dan semua duit dapat dikutip dalam masa beberapa jam je. Hehe :)


Act trip ni budak kelas E dan F yang organize. Dah lama dengar dah tapi entah kenapa tetiba ada tawaran macam tue. So macam onn jelah ~ Lagipun lecturer sendiri yang suruh, apa lagi, bertambah-tambah lah onn nya tue! :D

Organizer Trip. Aup ; Project Manager :)

Organizer Educational Trip

Khamis pagi, pukul 6.20 pagi semua dah berkumpul tapi bertolak pukul 8 pagi sebab ada masalah sikit. Masa ni memang rushing giler sebab takut tak sempat nak pergi ke SPR. BTW ni adalah educational trip ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri kita, Suruhanjaya Pilihanraya dan UIA. Memang best sebab tempat-tempat ini ada kaitan dengan study kitorang :)


Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
Aku tak excited sangat kat sini sebab ni kali ketiga rasanya aku pergi sini sebab dulu-dulu aku dah pergi sini dah tapi masa tu dengan family aku dan kawan-kawan mak aku. So macam biasalah ~ Tapi sumpah cakap, memang lawa giler Kompleks Seri Perdana nie! :D Jakun kejap sebab terpegun @_@

Nak masuk, kena pakai kasut Aladdin dulu! :D
Lepas dah pusing-pusing dalam Kompleks Seri Perdana, time untuk makannnnnnnnnnnn! BTW dalam Kompleks Seri Perdana, tak boleh amik gambar. So tak adalah gambar untuk korang-korang tengok. Hehe ;)


BTW bayangkan, kitorang dari pukul 6 pagi tak makan pape sampai pukul 3 petang baru dapat makan. Memang kelaparan lah masing-masing. Makanan die perghhhhhhhhhhhhh ~ sumpah sedap giler! :D Tapi die punya dessert terbaik ar! :D


Muka kenyang lepas makan :)
Lepas makan, rushing pergi ke SPR pulak. Sampai-sampai je kat SPR, kitorang ada talk pasal pilihanraya. Semuanya ada kaitan dengan study kitorang so memang best lah sebab dapat tahu dan faham tentang pilihanraya dengan lebih mendalam. Dah lah dia punya penceramah memang best! :D

Penceramah SPR yang best! :D

Akak-akak di SPR yang baik dan ramah tamah belaka :)

SPR Putrajaya

My classmatesssss :)

LOVE :)
Lepas dah pergi SPR, pukul 6.30 petang kitorang pergi ke Masjid Putrajaya. Pergi sana, sembahyang. Tapi yang paling bestnya, aku dapat jugak pakai jubah tuuuuuuu! Alaaaaaa ~ jubah macam cerita Harry Potter tue :)


So bila dah start pakai, mula lah kitorang meroyan! HAHA :D Hamik gambar itu ini, siap record video lagi tau sebab ghairah sangat nak pakai jubah nie. HAHA :D

Dementorssssssssssss ~
Kemudian, pergi ke Alamanda Putrajaya. Lepak-lepak situ kejap sampai pukul 9 dan pergi ke Setiawangsa di mana tempat kitorang menginap. Masa ni masing-masing senyap je dalam bas sebab dah tidur dah! HAHA :D


Sampai kat Setiawangsa, aku dengan budak kelas aku dan kelas A pakat-pakat tarik tilam dan tidur bawah ramai-ramai. HOMAIGOD! Best giler duduk atas tilam ramai-ramai sambil borak-borak dan gelak-gelak. HAHA :D Lepas tu bayangkan tidur ramai-ramai, tapi lena sebab dah ada aircondddd! :D Walaupun penat, tapi borak je lah setakat yang mampu. HAHA :D

Pagi ; sedang bersiap-siap :)


Esok pagi, pukul 7 pagi kitorang bertolak pergi ke UIA untuk mendengar talk tentang political science. Aku tak ingat sebenarnya nama penceramah tu tapi ceramah dan talk dorang memang terbaik! :D Maaflah yer? Aku memang betul-betul tak ingat and mood blog kurang skettttt sekarang nie -.-

:)

My classmates with Miss Nadiah :)

Bajet bajet. HAHA :D

Suke gambar nie :)
Lepas dah pergi UIA, apa lagiiiiiiiiiiiii! Masa untuk bershoppinglah! :D Pergi Times Square. Sumpah aku cakap, banyak giler aku Hani dengan Angie shopping. Khalis ada call sebab nak ajak main theme park tue tapi kitorang tak nak sebab nak shopping punya pasal. HAHA :D


Lepak situ sampai pukul 8 dan terus sambung shopping kat Uptown pulak. HAHA :D Masa ini aku dah tak tahu nak beli apa dah. HAHA :D Just tengok-tengok je lah cuma aku ada beli kasut je :p HAHA :D BTW ada open karaoke you ollsss! Ingat nak nyanyi tapiiiiiiii kaki aku dah sakit sangat-sangat ~ Dalam otak fikir nak tidur je -.-


Esok pagi pulak, kitorang pun bertolak balik ke UiTM Dungun. Ingat nak pergi Taman Tasik Titiwangsa tapi pakcik bas tu ada kerja pulak. Dia ada trip lain so tak jadi. Duduk dalam bas, masing-masing sambung tidur. 


Tapi yang paling best, pakcik tu pasang video ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus. Hape lagi, bergelak ketawa lah kitorang dalam bas sebab gelak :) Lunch dekat Gambang dan pukul 4.30 petang, selamat sudah sampai di UiTM Dungun! :D 


Alhamdulillah ~ Semuanya selamat dan tak ada pape yang berlaku. Semuanya okay dan have fun sajooooooooo :) Dapat ilmu, dapat barang baru. HAHA :D


p/s : Maaflah ~ momentum nak mengupdate blog macam dah berkurang sebab kesihatan yang tak mengizinkan -.-

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, February 23, 2012

Educational Trip!

 

 Assalamualaikum
gambar goyanggg :)

Educational trip to Kuala Lumpur and Putrajaya. Went to Kompleks Seri Perdana, Suruhanjaya Pilihanraya aka SPR and UIA :)


Happy sangat-sangat sebab disamping dapat ilmu yang berguna, dapat jugak aku mengshoppingkan diri aku di Times Square dan Uptown! :D


Later update! Tu pun kalau aku rajinlah :) Hehe


             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, February 20, 2012

Drama Dunia

 

 Assalamualaikum


maaflah ~  tak ada entry baru untuk dalam masa yang terdekat nie. Aku busy sangat-sangat ditambah lagi dengan keadaan kaki aku yang macam nak terkoyak je kulitnya sebab otot dan urat tegang sangat -.-


Ditambah lagi dengan beberapa komitmen aku kepada fakulti, kelas dan pelajaran aku menyebabkan aku memang tak ada masa nak luahkan masa yang lama dengan blog aku nie. Maaf yer?


Ouh tak lupa jugak. Aku juga letih dengan drama-drama dunia yang selalu berlaku di sekeliling aku. Letih sangat-sangat sampaikan tak tahu nak cakap apa dah. Baik diam je sebab aku tahu, kalau aku bercakap pun, tak ada perubahan yang berlaku


Dan perkara yang paling meruntun hati aku adalah kawan. Tak tahu kenapa orang yang aku percaya adalah orang yang jauh dengan aku sekarang nie. Baik lelaki atau pun perempuan. Masing-masing cuba untuk bertindak luar dari kawalan dan cuba untuk mempengaruhinya dalam hubungan persahabatan jugak. Salah aku kah mereka jadi begini? Atau aku sahaja yang berperasaan begini sedangkan mereka hanya berkelakuan macam biasa sahaja? Aku kah yang salah menilai dan mentafsir dalam hal ini?


One of my friend said just now, "Jangan sayang kawan sangat. Nanti bila dorang hilang satu hari nanti, rasa sakit sangat-sangat"


Aah ~ Aku pun dah rasa kesakitan tu, sejak berbulan-bulan lamanya dan sekarang, perasaan kesakitan tu makin bertambah dari hari ke hari


Away ~


"Jika perempuan menangis, bukan beerti dia lemah atau apa. Perempuan menangis kerana sudah lama bertahan selama ini dan juga letih dengan drama-drama dunia yang tak pernah berhenti"


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, February 11, 2012

Derma Darah Kepada Pacat di Bukit Bauk ; Siapa Nak Join? HAHA :D


 Assalamualaikum

Pacat ; sekali tengok macam jelly bean punnnnnnnnnnnnnnn ada. HAHA :D


Hoyeahhhhhhhhhhhh! Baru balik dari mendaki Bukit Bauk sebenarnya. HAHA :D Ceh mendaki ~ macam lah Bukit Bauk tu tinggi macam Gunung Kinabalu. HAHA :D


Actually, sem ni aku kan sem 4. Sem 4 untuk modul nya adalah panjat Bukit Bauk. Sebelum sebelum nie, modul asyik dalam kelas je. So tu yang macam excited semacam je nak panjat Bukit Bauk sebab atleast bukan dalam kelas lagi. HAHA :D


Pagi-pagi lagi, dalam pukul 6.30 aku dah bangun. Aku Akma dengan Mar pun siap-siap lah ~ Lepas tu, kitorang sapu minyak angin dengan Losyen Mustajab dekat kaki. HAHA :D Sebab apa? Sebab tak nak kena gigit dengan pacat. Ngaummmmm ~ HAHA :D


Sebenarnya, semalam kitorang dah ada ceramah Modul Kesetiaan. Mula-mula aku tahan lagi lah mata nie dari mengantuk tapiiiiiiiiii lepas je dapat makan nasi lemak yang dorang bagi, Mak Jemah tak tahan lah ~ Apa lagi, terus berselimut dengan Hani, tidurrrrrr ~ HAHA :D Si Akma pulak baik punya landing atas bahu aku. HAHA :D

Hani dan aku :)

Hani dan Akma

Lepas tu tunggu Ammar kejap (biasalahhhhhhhhhhhhhhhhh ~ ) dan jalan pergi Stadium sebab nak pergi Kolej Tenggol dengan kereta Akma. HAHA :D Akma tinggalkan kereta dia kat stadium sebab die tumpang tidur bilik aku. Kebetulan, roomate aku yang sorang lagi, balik rumah minggu nie.

Tunggu Ammar ye? HAHA :D
Sampai je kat Kolej Tenggol, terus terkam dan berkumpul dengan budak-budak kelas aku. Nampak jugak kawan-kawan aku dari batch yang lain. Ada yang pakai baju merah, ada yang tak. Tapi overall, nampak merah lah :) Merah tu budak DPA lah ! :D

Antara terawal yang sampai

Biha dan Qali ; perlu ke buat macam tue? Pfftt ~ HAHA :D

Ina dan Akma :)
Berkumpul dulu ramai-ramai ikut kelas dan buat barisan panjang lepas tu duduk. Haish ~ Sebijik macam masa dekat sekolah dulu-dulu. Best lah ~ HAHA :D Bila dah berkumpul ramai-ramai, ada je bising pasal itu ini, gelak itu ini. HAHA :D

Sampai kan budak ni pun pelik je tengok kitorang. HAHA :D COMEL GILER BUDAK NIE XD

Dan seperti biasa, bergambar lagi. Sebab kebetulan aku bawak camera. Hehe :) Oh ya ~ Sebelum kitorang naik Bukit Bauk, dapat roti dan air mineral sorang satu. Makan dulu, kasi breakfast. Tapi tak lama lepas tu, ramai yang mengadu sakit perut sebab tak biasa makan pagi. HAHA :D


My classmates :)

AM 110 4B <3

Budak DPA

Mereka ni kaki sakat belaka nie -.-
 "Mai semangat sekali nak panjat bukit!" "Mai jangan naik Bukit Bauk Mai" -.-

DPA Boys :)

DPA Girls :)

Lepas dah makan roti tu, lecturer pun suruh lah satu persatu kumpulan pergi naik. Untuk mendaki kali ini, ada 4 laluan. Kitorang yang kos DPA dapat Laluan 3. So kitorang okay je lah :)


Tapi yang peliknya lah kan ~ masa lecturer tu cakap "Okay ~ kumpulan 1 Laluan 3, sila beratur dan pergi ke pagar Kolej Gemia" budak-budak kelas aku pulak yang bangun dan nak pergi. Padahal ~ kitorang ni budak Group B, sepatutnya kasi lah dekat Group A. HAHA :D Adoi ~ Langkah bendul dah namanya nie. HAHA :D


Lepas tu masa kitorang pergi tu, aku terdengarlah kawan aku, Midin rasanya (yang tak habis-habis duk menyakat orang) cakap "Korang pergi dulu. Biar pacat hisap darah korang dulu. Nanti kitorang tak payah kena" HAHA :D Macam pape entah dorang punya nasihat. HAHA :D


So bergerak lah kitorang. Yang aku nak gelaknya lah ~ baru berjalan 20 langkah tak silap aku dan tak sampai lagi dekat pintu Kolej Gemia tue, dorang dah sibuk posing atas kerusi batu dan suruh aku amik gambar. HAHA :D Sengal betul lah ~

"Mai mai ! Cepat amik gambar!"

OTW ke Pintu Kolej Gemia
Amik gambar dulu! :D

Sampai je dekat pintu masuk kepada kitorang nak masuk ke laluan 3, ada penjaga tau. 2 orang. Okay lah ~ Syarat nak kena masuk, kena nyanyi dulu. Pulakkkkkkk? HAHA :D Tapi aku rilex je sebab aku tahu, budak-budak kelas aku ni pandai menyanyi belaka. HAHA :D


Sekali kena nyanyi lagu Negarakku dengan Wawasan Setia Pelajar. HAMIkkkkkkkkkk ~ HAHA :D Mula-mula nyanyi lagu Negaraku, best lah ~ Berdiri tegak, macam masa kat sekolah-sekolah dulu. HAHA :D Tiba lagu Wawasan Setia Pelajar, ada yang tersangkut-sangkut. HAHA :D


Lepas tu kena menyanyi lagu Patriotik. Argh sudahhh ~ Datang idea Hani, nyanyi lagu apa entah tajuk die tapi lagu dia macam nie "Merahmu bara, semangat wajaaaaaaaaa" HAHA :D Nasib lah masing-masing ingat lagi lagu tue. HAHA :D

Nampak tak? Nampak tak? HAHA :D

My classmates ; all girls :)
So bermulalah pendakian kitorang naik Bukit Bauk. Silap kitorang lah tadi sebab kitorang tak streching dlu. HAHA :D Bagus betul budak kelas aku nie. Nak naik Bukit Bauk tapi tak streching dulu. HAHA :D Mana tak semput? Mana tak cramp kaki? HAHA :D


Mula-mula je aku lalu atas batu kat dalam sungai, aku dah hampir-hampir tergelincir dah. Fuhhhhh ~ berdebar Mak Jemah tau? Yelah ~ Kalau jatuh dalam sungai, tak tahu lah apa akan jadi pada diriku ini -.- HAHA :D


Masa starting mendaki tu, kitorang yang kat depan ni memang laju giler naik sampai kawan-kawan kitorang yang kat belakang ni dah bising-bising dah suruh slow. Yang paling aku nak gelaknya, Gman dengan lantangnya bersuara "Tak payahlah nak laju-laju sangat! Nak menunjuk dekat siapa?" HAHA :D


Lepas tu half way kitorang punya pendakiaan, kitorang yang depan ni stop jap ~ Lama jugak lah ~ Sebab aku dengar yang budak belakang kitorang nak rehat. Oh ya ~ Aku duduk depan je masa mendaki Bukit Bauk sebab kalau duduk belakang, letih nak mengejar yang depan. Atleast kalau duk depan, dapat rehat sekejap sementara tunggu kawan-kawan yang kat belakang. HAHA :D


Haaaaaaaaa ~ nampak tak? Nampak tak? HAHA :D


Sampai kat Checkpoint 2. Masa ni Fatin Liyana tak larat dah sebab aku dengar dia pitam sekejap. So kitorang tinggalkan die kat sini. Masa kat Checkpoint 2 nie, kena jawab dua soalan. Hehe :) Soalan yang 1st kena jawab pasal Rukun Islam. Soalan kedua aku dah tak ingat dah. HAHA :D Kena jawab beramai-ramai. Dan Alhamdulillah ~ kitorang berjaya dengan cemerlangnya! :D


So perjalanan diteruskan. Masa nie laluan memang dah berliku-liku dah. Kena panjat itu ini, laluan kitorang pulak memang curam je. Huhu  ~ takut jugak sebenarnya tapi hmm ~ sabar je lah. Nasib baik lah ada Qalidatul Aishah yang bagi sokongan padu kat kitorang. Biasalah ~ Datin kan? HAHA :D

Agak-agak, berapa curam ni? Hehe :)

Yeah ~ Tolong menolong! :D
Turun bukit :)
Sampai dekat Checkpoint 3. Sampai kat sini, tak ada soalan tapi macam pertukaranlah. Pasal demokrasi. Hehe :) Meman sesuailah dengan kos kitorang yang amik Public Admin nie. Kitorang kena lantik Ketua Baru sebab Ketua Lama, Pian dah bersara. HAHA :D


So kitorang sebulat suara, memilih Zulhilmi aka Pok Cik untuk lead kitorang. Muka dia macam bengang je. HAHA :D Sumpah kelakar! HAHA :D Masa dia mula-mula lead kitorang tue, aku dengar budak-budak belakang menjerit "Abang RELA, perlahan lah sikit!" HAHA :D


Lepas tue, aku dengar lah yang kat belakang tu, menjerit "Pok Cik! Rehat dulu japp!" Tapi dengan slumbernya Pok Cik cakap "Kalau dengan aku, tak ada rehat-rehat eyhh?" HAHA :D Aku dah bantai gelak dah masa tue


Sampai kat satu port, kitorang macam lost kejap tau. Duk mencari-cari kain yang merah putih tue. Eh kain ke? Alaaaaaaaaaa yang macam plastik tue. Kebetulan, aku duk belakang Pok Cik. So aku tanyalah dia, "confirm ke jalan ni weyh?" Dia pun cakap "Entah. Aku main jalan je nie" HAHA :D


Masa tengah syok-syok turun bukit tu, sekali


ARRRRRGGGGGGGGGGHHHHHHHHH PACAATTTTTTT!



Qali menjerit. Sumpah kuat giler. Terkejut Mak Jemah tauu ~ HAHA :D Aku ingatkan apa tadi, rupa-rupanya pacat. HAHA :D Aku tanyalah dekat mana sebab Qali belakang aku. So mestilah sebelum dia nampak pacat tu, mesti aku yang nampak dulu. HAHA :D Dia cakap "Tu Mai ! Yang tu!" Tapi mata aku tak nampak sebab aku ni rabun sikit. HAHA :D


Lepas tu aku tengok-tengok lah kasut aku. Eh eh ~ Tak ada pacat lah ~ HAHA :D Nasib baik! :D So perjalanan diteruskan lagi :)

Gambar lagi :)
Air sungaii :)
Sampailah dekat satu tempat tu, kitorang sampai dekat Sungai. Sungai tu aku tengok macam dalam je. Lepas tu ternampak pulak line merah putih kat seberang. So maknanya kena cross lah kan sungai tue? Masalahnya, sungai tu nampak macam dalam giler -.-


Aku okay je kalau nak cross sungai tue cuma aku takut pacat je -.- Mak oiii ~ Sungai die air okay je, confirm lah sejuk cuma yelah ~ pacat ! -.-


So kitorang pun berkumpul kat satu tempat lapang sambil budak lelaki duk survey-survey jalan mana yang patut lalu. Tak tahu macam mana dan nak tanya siapa sebab kitorang dah lah 1st group. Lepas tue, tak ada orang yang guide kitorang. Huhu ~


Masa tengah lepak-lepak ni, aku pun terdetik lah nak cek dekat kasut, kot-kot ada pacat ke ~ Sekali aku bukak stoking aku, ada pacat. Okay mula-mula aku cool down dulu ~ Tak menjerit. HAHA :D Aku pun berani kan diri, nak tarik sendiri.


Eh eh ~ Bila aku tarik pacat tu, dia tak nak tercabut dari kaki aku. Makin sedap pulak die hisap darah aku. Aku pun dah panik dah tengok pacat tu dekat kaki aku. Aku pun apa lagi, menjerit lah ! HAHA :D Terima kasih lah dekat Pian yang tolong cabutkan pacat tu. HAHA :D


Turn Hani pulak ~ Dia dah menjerit-jeit dah masa tue. Aku tengok pun macam dah ngeri dah jadinya. Tapi bila tengok gambar-gambar dia tengah takut, eh comel je. HAHA :D

Ololoooo ~ Takut yer? HAHA :D
Lepas dah habis sessi mencabut pacat, kitorang pun amik gambar. Aihh? Macam tak ada pape je? HAHA :D
AM 110
Group B
Lepas tu, kitorang decide nak terus cross sungai tue. Haaaaaaaaaaa ~ Masa ni memang dah berdebar dah. HAHA :D Sekali, eh eh ~ patah balik! HAHA  :D


Kitorang ada masalah sikit samada nak keluar ikut padang sasar ataupun teruskan yang dekat sungai tue. Macam-macam duk komen. Ada yang cakap tak logik lah keluar ikut padang sasar, ada yang cakap kena cross sungai lah ~ Macam-macam! HAHA :D

"Aku nampak lah line merah putih tu" Zul

Cek cek kasut, kot-kot ada pacat :)

Bergambar :)
Last-last, Arif call Sir Hamdan, lecturer kitorang masa Part 2. Sir Hamdan suruh kitorang stay kat situ je. So kitorang stay kat padang sasar tu je la ~ Kebetulan pulak, pemandangan memang lawa giler! :D Hijau pokok, biru langit dan merah baju kami ; memang perfect combination :)

HOYEAH! :D

Supermann!

Lompat lagi
Serious ~ aku suka gambar nie :)
Picture of the day! :D

Gambar dah cantik tapi Gman kacau -.-

Taklimat dengan Encik Hamdan
Lepas dah habis taklimat tue, kitorang dikehendaki bagi kesimpulan dari start mendaki sampai lah ke habis pendakian. Actually masa ni aku ada record video masa aku duk tanya sorang-sorang tapi malas ehh aku nak upload. HAHA :D Biar aku sorang je yang tengok video-video tue. HAHA :D

Bulatan ramai-ramai :)

Bincang ramai-ramai

Geng-geng Mak Jemah. HAHA :D
Masa ni masa diberi 3 minit je untuk buat kesimpulan tapiiiiiiiiii dah jadi berbelas-belas minit sebab masing-masing pergi dekat Pok Cik. Kaki Pok Cik sahaja dah berapa ekor entah pacat duk sedap hisap darah dia. Fuhh ~ kenyang pacat hari ini. HAHA :D

Pacat di kaki Pok Cik!

Tengok-tengok pacat
Rehat ramai-ramai

Pfft ~ HAHA :D



Gambar lagi :)



Muka ceria je sebab dah selesai turun bukit -.-

Sekail masa on the way nak ke tempat mula-mula kitorang berkumpul tadi, baru lah nampak budak Group C baru sampai. Hmm~ Lepas tu apa lagi, pakat duk menjerit-jerit lah belaka. Budak lelaki kelas aku bantai budak lelaki kelas C sebab dorang lambat sampai. HAHA :D Kiranya macam nak berlagak lah sebab kitorang sampai dulu. HAHA :D


Dalam duk bising-bising menjerit-jerit tu, kawan aku dah terkeluar habis dah bahasa negori dia. HAHA :D Kelakarlah ~ Bila aku tanya dorang semua kenapa, Gman cakap "Ada ke patut? Dah tahu ada penyakit kencing manis, pergi naik Bukit Bauk" HAHA :D

Perang-perang suara. HAHA :D

Kembali Pulang :)

So lepas tu kitorang jalan ramai-ramai pergi ke Kolej Tenggol balik. Masa on the way ni kan, ada orang tuuuuuuuuuu buat video klip nyanyi lagu Saya Anak Malaysia. HAHA :D Siapa? Entah lerrr ~ Mak Jemah pun tak tahu. HAHA :D


Sampai dekat Kolej Tenggol, kitorang kena sign attendence dan makan timeeeeeeeeeee! Makan nasi minyak dengan minum air sirap you olss! Terbaik tau! Perut dah lapar, semua benda pun jadi sedap. HAHA :D 

Makan-makan

Makan-makan lagi

Masa kitorang tengah makan, Pian pergi amik pacat dan letak dalam polisterine makanan tu dan letak depan kitorang. Masing-masing pun tengok lah pacat tu bergerak-gerak kan. Lepas tu entah macamana entah, idea Pian yang sangat-sangat bengong datang. Dia tengok pacat tu bergerak-gerak dan kemudian, dia cakap "Eh pacat tu menari KPOP lah!" HAHA :D 

Budak Group A

Budak Group C

So lepas makan, kitorang pun balik lah ~ Oh by the way, mintak maaflah kepada Group D E dan F sebab tak ada gambar korang. Sebab korang turun lambat sikit so aku pun balik je lah :) Hehe

Ammar cakap "Dugong-dugong kelas nie" -.-
Memandangkan Kolej Tenggol dengan Kolej Duyung memang jauh giler-giler, so Qali pun tawarkan diri nak hantar aku dengan Hani. Hehe :) Terima kasih lah yer Qalidatul Aishah dengan Wan Nornabiha sebab sudi tumpangkan kitorang. HAHA :D


Sekali datang Si Arif, nak tumpang sekali. Nasib baik muat kereta. HAHA :D


Aku balik bilik je, terus mandi. Mak Oiiiiiiiiiiii ~ Masa aku bukak seluar, aku baru perasan dekat kaki aku ada 2 luka sebab kena gigit dengan pacat. Fuhhhhh ~ Berdebar dah aku -.- Dah lah masa tu aku sorang-sorang dalam bilik, kang sape lah yang nak tolong alihkan pacat dari kaki aku. HAHA :D


Gigitan cinta pacat -.-
See? Sampai sekarang luka kena gigit pacat tu macam sakit je -.- Hmm ~ tengoklah kaki aku kat atas nie. Urat-urat kaki semua dah timbul dah. Nampak sangatlah aku ni kuat berjalan kaki. Ni kalau pergi berurut dengan Tukang Urut, konfem-konfem dah kena marah nie.


Balik bilik je, aku terus update blog nie. Dah hampir siap dah, aku dah tak tahan sangat sebab pening kepala. So aku pun tidur kejap dan sambung lagi update blog nie, demi kawan-kawan aku yang nafsu menggila suruh aku update blog dengan cerita nie. HAHA :D

All my classmates :)



Overall, memang best lah dapat daki Bukit Bauk dengan kawan-kawan sekelas. Bising itu ini, mulut sorang-sorang pulak memang tak boleh nak cover langsung bila dah daki, tolong menolong antara satu sama lain, gelak sama-sama, menjerit sama-sama. Hehe :) 


p/s : Adoilah ~ Esok hari Ahad, kelas full! -.-



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts