[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Friday, April 27, 2012

Result MUET dan Final Exam Semester 4 Aku :)

 

 Assalamualaikum


Fuhh ~ Sebenarnya most of kitorang yang buat intersession ni balik rumah minggu ini sebab cuti dalam 5 hari kot? Sampai hari Selasa :) Tapi aku ada kelas Development Administration cuma tak sure lagi nak pergi atau ponteng! HAHA :D 


Sebenarnya ada sebab kitorang nak balik minggu ini. Disebabkan rindu sebab dah 3 minggu nak jumpa mak ayah dan juga sebab hari nie, 27 April results final keluar


Oh yes baby ~ Results final kitorang, budak budak UiTM untuk Diploma keluarrrrrr! Haaa scary tak? HAHA :D


As for me, malam sebelum tu, which is 26 April keluar results MUET pulak. Hadoiiiiii ~ Memang ngeri betul aku rasa sebab dua malam berturut-turut aku kena hadapi perasaan berdebar-debar semacam. HAHA :D


Malam 26 April tu, aku, Farah, Ana dan Aida masing-masing berdebar-debar sebab tak tahu lah macam mana dengan MUET kitorang. Mula-mula cek dekat laman web tapi tak boleh sebab nak kena tunggu pukul 9. 


Haish ~ Memang tak lah nak tunggu kan! Sebab macam mana mau tidur? HAHA :D So hape lagi, cek lah pakai sms masa tu jugak. Pergh berdebar-debar tahap apa entah masa tue -.-


Masa dapat mesej dari Majlis Peperiksaan Malaysia sebab nak tahu results MUET, ya allah ~ aku dengan Aida dah macam hape entah duk menrintih. Farah dengan Ana pun dah berdebar-debar semacam dah. 


So bila aku tengok results MUET aku, Alhamdulillah ~ 

Results MUET :)


Masa dapat tau aku dapat Band 3, aku macam senyap dan agak kecewa sikit sebab harapan aku nak dapatkan yang tinggi sikit. Tapi takpelah ~ Dapat Band 3 pun dah cukup bagi aku. Syukur kepadaMu Ya Allah :)


Dah habis babak MUET pulak ~ Sekarang babak untuk results UiTM pulak!


Lepas habis baca novel Kelabu by Nadia Khan, aku terus online. Online punya online dan tengok jam dah pukul 12. Aku cek dekat email sebab kalau nak tunggu dekat Student Portal pukul 9. HAHA :D Memang tak lah aku nak tunggu -.-


Dan sekali lagi, macam masa results sem lepas jugak, pukul 2 aku cek email dan there it is! My results for final examination 4 :) Tapi aku tak terus bukak. Aku tahu kalau aku terus bukak macam tue, rasa macam nak pengsan terus


So aku buat sembahyang hajat dulu. Mintak ditenangkan hati ini dan redha sahaja apa yang aku dapat nanti :) Dan dengan lafaz Bismillah, aku pun bukak email tue :)

Results final sem 4 :)


Alhamdulilalh ~ Dekan lagi untuk sem 4 ini :)


Kalau dibandingkan dengan sem lepas, pointer aku jatuh sikit tapi CGPA aku naik :) Sebenarnya, dari awal sem 4 lagi aku dah niat nak naikkan CGPA aku sebab aku nak grad nanti dengan CGPA Dekan :) Cuma kalau diperhatikan, aku banyak dapat A- lah


Aku memang dah buat kira-kira dengan Hani untuk naikkan CGPA aku dan Hani pun suruh aku naikkan CGPA aku, atleast biar pointer dapat above 3.6 dannnnn bila aku dah dapat naikkan CGPA aku, aku rasa macam bersyukur sangat-sangat kepada Allah swt sebab Allah swt dengar dan tunaikan permintaan aku. Syukur kepadaMu ya Allah :')


So bila aku bagitau mak aku dan ayah aku, of courselah dorang happy :) Dan bertambah-tambah happy bila adik aku bakal masuk ke UPNM bulan depan kot dalam dan amik Engineering. Ya Allah ~ aku tahu mak ayah aku memang gembira dengan berita-berita nie :')


Dan insyallah ~ aku dengar mak ayah aku nak buat kenduri kesyukuran sikit cuma tak tahu lah bila. Tadi masa on the phone dengan ayah aku pun, aku dapat dengar suara ayah aku memang happy. Haish ~ Kalaulah ayah ada dekat KT sekarang nie, mesti kitorang dah celebrate, pergi makan besar ker -.-


Macam sem lepas, aku dapat MP4. Sem ini aku tak harapkan apa-apa pun. Aku cuma go with the flow je. Tapi kalau ayah aku tanya aku nak apa-apa ker, aku pun tak tahu aku nak apa. HAHA :D


Sem depan aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi sebab aku ada 4 paper sahaja memandangkan untuk short courses ni aku dah buat 2 subjek :) Aku harap dengan kurangnya paper yang aku ada untuk sem depan, aku akan dapat lebih faham dan catch up semua silibus untuk study :)


Syukur kepadaMu ya Allah di atas nikmat yang kau berikan ini, syukurr :')

Mari kita berjoget joget! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Review] Novel Kelabu Karya Nadia Khan

 

Assalamualaikum


Hamikkkkkk ~ Dalam dalam 5 hari je aku dapat habiskan dua novel -.- HAHA :D Kali ini novel apa pulak aku baca? Meh meh 

Kelabu by Nadia Khan by Fixi Production


1st time aku tau pasal buku ni sebab ada seorang blogger baru beli buku ni, dia gunakan baucer buku 1Malaysia. Jujurlah aku cakap, aku terus suka dan tanamkan azam nak beli novel ni tapi tak adalah tegar sangat aku nak beli. Cuma masa tu aku fikir, kalau ada terjumpa, aku beli lah :)


Maybe sebab cover die cun kot? Hehe :)


Aku rasa dalam 2 hari lepas kot aku baru baca buku nie dan tadi aku baru habis. Reaction akuu? This novel totally different from other novels yang aku pernah baca :)


Kelabu menceritakan seorang lelaki yang bernama Amir dan keadaan sekeliling dia yang totally berubah sejak dia setuju untuk jadi pakwe kontrak kepada seorang awek cun, nama Jun. Dalam life dia, dia ada hanya beberapa kawan rapat sahaja yang die memang betul-betul percaya which is Maya, Shah dan abah dia sendiri


Makin lama, hidup Amir ni makin complicated dan penuh dengan kelam kabut dan serabut. Satu persatu, masalah datang dalam hidup dia dan dia macam slowly hilang pertimbangan kot? HAHA :D Tapi punyalah serabut hidup dia tue, kadang-kadang aku yang membaca pun macam "eh eh ~ aku pulak yang pening dengan masalah dia" HAHA :D Tapi aku gerenti cakap, memang best! :D


But the best part is when sebenarnya kita tahu yang sebenarnya TETTTTTT! Tak boleh lah aku nak bagitahu sebab kang kalau korang baca tak suprise :D Serius weyh, masa tu dah pkul 4 pagi dan aku pulak ada kelas 8 pagi. Aku ingatkan aku nak tidur tapi makin dibaca-baca, makin susah aku nak tutup novel nie. HAHA :D


Apa yang aku boleh cakapkan ialah novel ni penuh dengan surprise yang kita sendiri tak boleh nak sangka. Kita sangka kan itu, tapi sebaliknya yang berlaku. Dan jujur aku cakap, this is what the novel that I've been looking for! :)


Sebab aku dah macam bosan dengan novel-novel cinta yang aku sendiri dah boleh agak endingnya, yang dah boleh agak apa yang akan jadi dan sebagainya. Dan dan juga aku tak suka happy ending dalam novel sebab aku percaya, kadang-kadang dalam life ni ada masalahnya yang tersendiri. It okay for a writer nak tulis ending yang happy tapi make it sense lah :) Dont put into words such as "they are lively happy forever after" -.- Kalau tulis cerita Cinderella, boleh lah :)


As untuk ending dalam novel nie pulak, aku sangat-sangat salute dengan penulis dia sebab aku suka dengan the way dia endingkan novel nie. Just a simple words tapi kita memag dah tahu apa yang terjadi. It makes me, as a reader think about it. Lagipun, cikgu aku pernah cakap "Penulis cerita yang baik adalah penulis yang mampu buat pembacanya berfikir"


Dan jujur aku cakap aku sangat dahagakan novel-novel yang macam nie dan juga novel-novel keluaran Fixi ni. Sebab aku suka something yang simple dan tapi bergantung kepada orang tu nak menilainya bagaiman. As for this novel, kalau kau baca tajuk novel dia KELABU, kau rasa apa yang kau fikir? Apa yang kelabu nya kan? Hehe :)


So tak nak cakap panjang, aku rasa kepada sesape yang rasa-rasa macam aku nie, boleh lah kot aku suggestkan korang untuk beli novel nie. Aku rasa sumpah lah tak menyesal beli dan baca novel nie dan jadikan novel ni as one of your collection dekat rak buku tue :)


Lagipun, novel-novel keluaran Fixi aku rasa tak adalah mahal sangat, around RM20 so macam affordable lah bagi orang-orang yang masih belajar lagi macam aku nie :)


p/s : FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI <3

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, April 24, 2012

Tolonglah Jangan Sakiti Kucing Itu Lagi! :O

 

 Assalamualaikum


Aku tak faham lah apa yang nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie. Dah tak ada hati perut ke hape?




Sumpah aku rasa nak nangis. Jujur aku cakap eyh, dalam banyak-banyak binatang, kucinglah yang paling dekat dengan hati aku. Tak tahu kenapa. Maybe sebab Comel dah mati tahun lepas kot? Sebab tu aku macam menumpang kasih je dengan mana-mana kucing yang aku jumpa


Even though aku jumpa kucing tepi jalan ker, dalam kolej aku ker, dekat cafe kampus aku ker, aku tak kan cuba sekali-kali sakitkan kucing tue. Sebab bagi aku, kucing macam manusia cuma dia tak boleh cakap. Tu je. Kalau lah kucing boleh cakap, mesti dia kutuk manusia macam kita nie


Yelah ~ Hanya disebabkan curi seekor ikan sahaja, dah nak sampai potong-potong kaki. Tolonglah ~ Tolong faham yang kucing tu memang lumrah dia memang suka makan ikan. So salah kau jugak sebab tak kasi dia makan sebab tu dia curi sebab dia lapar! Cuba kalau kau yang lapar, apa yang kau rasa? Macma tu lah yang kucing rasa!


Lepas tu kalau ye pun nak marahkan dekat kucing, tolonglah jangan sampai nak potong-potong kaki dia. Sedih aku tahu tak? Sebak dada aku tengok muka kucing tu duk menahan sakit. Dan sampai sekarang, aku tak boleh nak tengok kucing yang kena potong kaki dia tue, Hero sebab kalau aku tengok, mesti aku nangis sebab kesian sangat kucing tu kena potong tangan dia :'(


Bukan aku sahaja, mak aku pun sama. Aku tahu bila masa kucing tu akan nak bermanja-manja, nak gurau-gurau dengan kita sebab mungkin aku dah bela kucing sejak tadika lagi. Sebab tu kadang-kadang kalau aku rajin, aku layankan sahaja kehendak kucing tue. Sebab aku dapat rasa perasaan kucing tue

Even mak kucing dah mati, anak kucing ni tetap hisap susu mak dia :'(


Sejak Comel dah mati, sumpah aku rasa sunyi. Kadang-kadang tu aku rasa sedih sangat sebab Comel dah mati dah tahun lepas. Sumpah sedih sebab aku bela Comel sejak aku tadika lagi. Tapi disebabkan Comel dah sakit tua, akhirnya dia pergi jugak. Comel :'(


Sebab tu sekarang ni, kalau aku pergi mana-mana dan aku terjumpa kucing, aku akan main-main kejap dengan kucing sebab aku nak lepaskan rindu aku dekat kucing. Sumpah aku sayang sangat-sangat dengan kucing. Bagi aku, kucing adalah haiwan yang boleh dengar luahan hati aku walaupun die tak boleh cakap


Hati aku rasa sejuk sangat-sangat kalau tengok kucing tu suka je kita duk usap-usap dia. Walaupun aku tak bagi dia makan, atleast aku tak kan sakitkan dia. Kalau aku ada sisa-sisa ayam yang lebih, aku kasi kucing makan. Biarlah ~ Kongsi makanan kita dengan kucing :)


Tolonglah ~ Kepada mereka-mereka yang tak suka dengan kucing, please jangan ditendang-tendang kucing tu sebab kucing pun ada perasaan. Kalau lah kucing tu boleh bercakap, konfem konfem lah kucing tu marah kau balik. Baru padan muka kau!


Ya Allah ~ rindunya dekat Comel! Comel, sumpah aku rindu dekat kau. Mana kau eyh? Kesian dekat kau sebab mati dalam kesakitan? Patutlah subuh sebelum kau mati, aku rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya kau dah nak pergi. Comel :'(




             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, April 23, 2012

This Is Life :)

 

 Assalamualaikum


Rasa bersyukur sangat hari ini sebab tadi dapat markah Test One untuk subjek Industrial Relations dan aku dapat highest marks. Alhamdulillah :')


Bukan yang tu aku nak cakap. Cuma aku nak tulis apa yang aku rasa sekarang nie. Aku rasa kosong. Tu je lah ~ 


Kosong dan macam useless sangat-sangat. Sebelum tidur, aku mesti akan termenung dan cuba fikir apa yang bakal terjadi pada aku nanti pada masa yang akan datang. Memanglah kita tak tahu apa takdir yang Allah swt dah tetapkan pada kita tapi kadang-kadang aku rasa tak salah untuk berfikir


Kehidupan ni selalu berputar putar. Hari nie kau dekat atas dan esok kau dekat bawah. Lumrah. Kau tak kan berada di atas untuk selama-lamanya dan kau tak kan berada di bawah untuk selama-lamanya. As simple as that? :)


Sampailah satu saat nanti, bila kau fikir tentang kehidupan nie, kau akan mula sedar yang sebenarnya kau duduk dalam kalangan satu komuniti yang berbeza-beza. Kau tak boleh expect orang akan ikut cara kau dan kau pun sebenarnya tak boleh nak ikut cara dorang


Cuma apa yang kau boleh buat adalah cuba untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Tu je


Dah lah ~ Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa aku dah tahu di mana silap aku. Dan aku akan cuba perbaiki di mana salah aku. Memang aku salah dalam semua yang terjadi. Kau, aku, dia. Semua terkesan


Tapi percayalah ~ Aku sememangnya tak ada niat pun. Kalau aku ada buat salah dan silap, maafkan aku. Kadang-kadang aku hilang pertimbangan diri



This is life :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, April 21, 2012

Seriously, I Think I Forget How To Fall In Love

 

 Assalamualaikum

Bila dah biasa sangat tidur lewat, inilah jadinya -.- Haish ~


Bila aku tengok blogger duk update cerita pasal dia dengan pakwe/makwe masing-masing, aku macam eh? Lepas tu tengok status dekat FB dengan kawan-kawan aku punya bf/gf masing-masing, aku macam ooo... Lepas tu tengok gambar dorang dengan pakwe/makwe masing-masing aku macam hmm ~


Ohhhhh kenapa yer aku jadi macam tue? Aku baru teringat satu hakikat. Dan aku macam terkejut jugak sebenarnya. Macam pelik pun ada -..- Hadoi ~


Aku rasa aku dah lupa nak bercinta macam mana


HAHA :D Gelak lah hang puas-puas. Ada aku kesah? -.- Sebab aku percaya dengan takdir Allah swt, insyallah akan ada bakal jodoh aku nanti dekat luar sana yang sedang mencari aku dan menyiapkan dirinya untuk berjumpa aku dan aku disini akan cuba memperbaiki diri aku di samping akan terus setia menanti dia


Pergh ayat! Bikin orang gelak je. HAHA :D



Tapi yelah ~ What do you expect? Aku dah 20 tahun lah ~ Eh eh ~ dah ada angka 2 dah depan umur aku tue :') So aku rasa aku dah boleh fikir benda tu semua. Mak ayah aku pun dah bagi yellow light dekat aku. HAHA :D Green lambat lagi, tapi macam ke arah green light tu macam dah ada dah :) HAHA :D


Contohnya macam "Cuti ni tak tahu lah boleh balik Sabah ke tak tapi kalau awak nak pergi KL ke, Kelantan ker, jumpa kawan-kawan awak, pergi je lah ~ Mama tak larang. Awak dah besar" - Mama aku



"Ayah tak larang awak nak bercinta sebab awak dah besar. Sara dah boleh fikir mana yang baik dan buruk" - Ayah aku


Cuma di setiap akhir yellow ala-ala green light kebenaran tu, mesti akan ada ayat macam nie


"JAGA DIRI BAIK-BAIK!"


Ye mama ayah :) Insyallah akan anakmu ini menjaga dirinya baik-baik :') 


Okay berbalik kepada tujuan asal aku. Dah melalut dah ke cerita mak ayah aku pulak. Haha :D Aku dah single tak adalah sampai setahun dah. Cuma hmm ~ Hampir setahun kot? Eh ye ker? Yang pasti aku break up dengan ex aku masa sehari selepas aku first paper final sem 2. Hebat tak? -.-


Masa tu sumpah tak keruan dah. HAHA :D Macam hapeeeeeeeee entah aku macam tue. Lemah satu badan lah, nangis nangis lah. Haish ~ Tapi sekarang aku dah okay dah :) Alhamdulillah ~ 



Cuma bila dah asyik hidup single nie, kadang-kadang rasa sunyi tu ada jugak. HAHA :D Eh eh tak percaya pulak aku taip macam tue -.- Tapi hakikat lah weyh ~ Sunyi jugak sebab tak ada siapa nak caring caring dengan kau di saat semua (SEMUA OKAY?) kawan-kawan kau sedang bermanja-manja dengan pakwe/makwe masing-masing


Dah tu kau nak bermanja-manja dengan siapa? Hmm ~ Lalu dengan pasrahnya aku call je lah mak ayah aku. HAHA :D Sweet tak? Call mak ayah cakap iloveyou tapi mak aku cakap "Demam ker?" Tak pun dia akan cakap "Doh guane galok sangat nie?" Hamikkkkkkkkkkkkk ~ HAHA :D


Adik aku lagi best. Aku cakap iloveyou terus adik aku tutttttttttttt ~ HAHA :D Tergelak sakan aku dengar adik aku cakap. HAHA :D yelah ~ sometimes kau kena ucapkan benda tu dekat orang-orang yang kau sayang tanpa dorang duga sebab itulah nampak mahal cinta kau tue :) Chewah! :D



Berbalik kepada tujuan asal, yessssssssss ~ dah dua kali aku menyimpang jauh -.- Aku memang sunyi. Kadang-kadang lah ~ Aku rindu gak nak take care dengan orang, rasa menyayangi dan disayangi tue. Cukuplah ~ Lepas tu hape lagi eyh? See? Aku sendiri tak ingat nak bercinta macam mana -.-


So kepada bakal suami aku nanti, tolonglah ajar saya untuk bercinta kembali ye awak? Sebab saya dah dihidangkan dengan elemen-elemen sedih dan menyakitkan hati saya semasa saya bercinta dahulu sehinggakan saya melupakan segala-galanya tentang bercinta. Bukan sengaja nak melupakan tapi kan lagi sweet kalau awak yang ajar saya sebab awak kan dah jadi yang halal kepada saya masa tue :)



Eh eh ~ apa yang aku merepek nie? -.-


Tapi aku cakap betul. Aku memang dah lupa how to fall in love. Anyone? -.-




 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, April 20, 2012

Berita Baik Untuk Bloggers Yang Buat Bisness Secara Online! :D

 

 Assalamualaikum


Minggu lepas, kawan aku masa sekolah menengah, Zamrey Yee mintak tolong aku promotekan kan event anjuran dia dan geng-geng die pasal charity dorang :) So macam bagus je :)




ALERT TO ALL THE BLOGGERS YANG MENJUAL APA-APA SECARA ONLINE!
*betul ke ayat aku nie? -.-




Kalau korang ada jual apa-apa secara online dan ingin meluaskan lagi perkembangan bisness korang dan selain itu menolong kawan aku dan kawan-kawan die dalam charity nie, ini adalah medium yang terbaik untuk korang join event nie! :D




Haaaaaaaaaaaaaa amacam gempak tak? HAHA :D So kalau korang adalah blogger yang buat bisness melalui blogger, aku sangat-sangat lah mencadangkan untuk korang join event nie :) Bagus untuk bisness korang dan dalam masa yang sama buat charity nie :)

Kalau in case korang ada kenalan yang ada buat bisness, boleh lah khabar kan berita ini yer? :) Hehe


Untuk makluman lebih lanjut, boleh klik link INI



Aku ni just tolong promote je :) Hikhikhik <----- gelak gedik -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Biarkan Malam Itu Terus Menjadi Malam Yang Sunyi, Seperti Aku

 

 Assalamualaikum


Dalam hidup ini, kita sendiri tak pasti apa yang bakal kita lalui pada esok, lusa, tulat, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan. Semuanya tak pasti. 


Kita selalu dan masih juga di bayangi dengan kisah-kisah silam, cerita-cerita lepas dan kenangan-kenangan yang pasti meruntun jiwa. Kita berlari ; tapi satu persoalan mula menjelma. Kita berlari meninggalkan sesuatu atau mengejar sesuatu?


Hati kita selalu bercakap dan berkata itu ini. Hati kita selalu menyampaikan dengan mudah apa yang kita inginkan. Tapi kotak fikiran kita selalu menidakkan kata hati. Sebab kotak fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Sampaikan satu tahap, hati kita sendiri yang sakit


Ya, semua orang pasti merasai. Hati yang sakit dan pedih tanpa sesiapa pun yang sedar tentang hakikat perkara itu. Kita mampu senyum dan bergelak ketawa dan juga mampu menceriakan orang lain tapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya terlupa sekeping hati kita yang terluka ini


Kita tutup mata, cuba untuk bertindak seperti biasa dan ya ~ cuba melupakan. Tapi kita bukan malaikat, kita manusia. Tutup mata, cuba untuk melupakan tapi ianya masih juga datang dan mengejar kita. Lalu tanpa kita sedar, sekali lagi, kita biarkan dan mungkin juga membenarkan ianya berlaku lagi


Sepi. Sepi. Sepi dan sunyi. Hati kita merintih kesunyian. Hati kita pedih. Hati kita tak mampu untuk tampung kesedihan ini. Sekuat mana pun kita menjerit, sejauh mana pun kita berlari, serapat mana pun kita tutup mata, sebijak mana pun akal fikiran kita, kita masih juga tak mampu menidakkannya


Rindu. Ya perasaan rindu itu datang tanpa kita nak. Cukuplah hanya dengan memandang tanpa berbicara, sudah mampu menceriakan hati. Tapi bila malam menjelma, kita sedar kita masih terkurung dalam sangkar dan hanya mampu melihat semuanya berlalu


Biarlah, biarlah. Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh orang lain, aku akan tunggu. Tunggu dan akan terus tunggu, insyallah. Jika hayat aku masih ada. Melihat kamu tersenyum pun sudah cukup bermakna bagi aku. Cukuplah perkara yang lepas. Aku tak mungkin akan ulanginya kembali


Kamu, dalam sujudku, aku berdoa agar kau juga sama seperti aku. Insyallah. Jika ada, adalah. Aku tak mohon lebih dari itu. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Jika ini lah takdir yang harus aku terima, aku terima. Jika tidak, aku hantarkan kau pulang dengan senyuman


Pelik kan? Inilah hidup. Menyayangi dalam diam dan dalam masa yang sama, kita sendiri yang sakit. Nak berterus terang, tak mampu. Nak simpan, tak tertanggung rasanya. Apa yang mampu kita buat? Menangis?


Jangan biarkan malam bertukar siang. Biarkan malam terus menjadi malam. Biar malam ini akan jadi sunyi dan sepi, seperti aku. Biarkan. Biarkan malam itu. 


Aku sunyi dan sepi. Hati aku pedih dan sakit. Aku sakit dan terseksa, kamu tahu? Datanglah kepadaku dan hiburkanlah aku sebelum aku terjatuh lebih dalam lagi :')



p/s : ily



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, April 19, 2012

Minggu Kedua Intersession ; Rasa Rushing (sikitlah)


Assalamualaikum


Semakin lama, semakin aku dapat rasakan yang aku malas nak update blog. Eh eh ~ Bukan malas, ni haaaaaaaaaaa broadband aku problem! -.- Salahkan broadband sedangkan memang betul pun malas nak update blog. Eh tapi memang broadband aku problem pun -.- Dah macam apa entah aku cakap nie


Habis sudah minggu kedua intersession! :D Fuhhhhh ~ Minggu nie baru aku rasa macam rushing sikit nak kejar itu ini sebab minggu ini dah start presentation untuk subjek IR. Untuk subjek IR, kitorang kena buat satu video mengikut chapter yang kitorang boleh pilih.


So macam biasalah ~ Dah berebut-rebut masing-masing nak chapter berapa. HAHA :D Tapi yang bestnya, nak chapter senang, amiklah chapter awal-awal. Tapi kau kenalah rushing buat video. Tapi kalau kau pilih chapter susah-susah, kau adalah masa yang panjang untuk buat video tue. HAHA :D


Pilihan di tangan anda :)


Macam aku, aku pilih chapter 6 which is Collective Bargaining & Collective Agreement. Hari Isnin petang lepas kelas aku dengan budak group aku, Mimi Jahya, Atyn Syakirah, Ina Amalina dan Syafie Ali buat preparation apa yang patut. Macam-macam idea yang keluar tapi bestlah :)


As for me, aku rasa macam letih sangat sebab aku ni kan amik dua subjek. Terkejar-kejar pergi kelas DA. Lepas habis kelas DA sambuang buat IR. Sebab lepas aku congak-congak balik, kitorang maybe present video tu hari Khamis ini which is hari ini lah kan?


Sekali Madam Syamaliah cakap hari Khamis ada test dan tettttttttttt presentation untuk Chapter 6 jadi hari Ahad nanti. HAHA :D Terus aku buat muka lega lepas Madam cakap macam tue. HAHA :D


So bila dah buat video ni, aku perlukan macam-macam software untuk aku edit video yang aku buat nie. Habis semua orang aku duk canang duk tanya itu ini sampaikan satu masa tue, lappy aku hang entah berapa ribu kali entah -.- Haha :D


Nak kena pergi hantar lah lappy aku ni ke klinik -.-


Tapi video tu sekarang ni dah siap dah cuma lepas aku kasi roomate aku tengok, dia cakap perlu tambah itu ini. Roomate aku lah orang yang 1st sekali tengok full video kitorang tue. Kitorang siapkan video tu hari Isnin malam sampailah ke Selasa pagi pukul 5 pagi -.- Pukul 8 pulak pergi kelas. Terbaikk! HAHA :D



Tadi mak aku call, suruh aku balik sebab ada makan-makan sikit ~ So mak aku ingat kalau boleh nak suruh lah aku balik sebab boleh makan besar ramai-ramai. Memanglah aku nak balik tapi tak boleh sebab ada video yang aku nak siapkan! :O 


Lagipun aku tak ada transport nak balik. Nak balik dengan bas boleh je cuma sekarang ni aku tengah sakit sebulan sekali tu, kaki aku habis kebas dan badan aku menggigil so aku tak berani lah nak naik bas lompat dari Dungun ke KT tue


Kesian pulak dekat mak aku sebab nak suruh aku balik tapi aku tak boleh balik :( Maafkan saya makk! :/


BTW bersyukur kepadaMu Ya Allah sebab cita-cita adik aku untuk dapat interview UPNM dah tercapai sebab baru-baru ini dia kena pergi ke interview UPNM tue. Dan sekarang ni dia ada dekat Kem Terendak, Melaka untuk seminggu ni kot ~ Harap-haraplah adik aku tu berjaya mengharungi semuanya, Aminn :)




Hmm apa lagi eh nak cakap? Haaaaaaaaaaaaa sapa nak suruh aku upload video IR aku tue? Hehe :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, April 13, 2012

Bubur Nasi Segera ; Penyelesaian Kepada Masalah Kelaparan! :D


Assalamualaikum


Hai kawan-kawan. Ambuiiiiiiiii ~ hebat tau sebab dalam satu hari aku boleh update sampai dua entry. HAHA :D Dulu masa lepas SPM aku boleh pulak update sampai 5 entry satu hari -.- Apa nak heran? Yelah ~ Sekarang ni kan aku selalu buzy, tak ada masa nak update blog. Hehe :)


Tapi hari ini memang sumpah bosan -.- Rasa macam useless giler duduk je dalam bilik sedangkan kawan-kawan kau semunya duk berjimba dan bersuka ria. Ambuiiii ~ Untunglah pergi jalan-jalan. HAHA :D Sebenarnya aku ni tengah menunggu sesiapa je yang nak ajak aku keluar. HAHA :D Tapi ada ker? -.- Memang sah tak ada so baik kau update je blog Mysara oitt ~ :O


Berbalik kepada main point, sekarang ni kan aku tengah buat intersessio. So memandangkan aku duduk dalam dan stay dekat kolej, aku mengharapkan agar cafe adalah bukak. Tapi alih-alih ~ tak ada cafe bukak. Cafe yang terdekat iaitu cafe Perhentian pun tutup sebab ada renovation eyh? -.-


Cafe tuttt bukak tapi selera aku cannot go lah dengan Cafe tuttt. HAHA :D Bukan aku sorang je eyh yang cakap macam tue? Kawan-kawan aku yang lain pun so so je ~ Kiranya Cafe tuttt ni macam pilihan terakhirlah bagi kitorang -.- Cafe cafe sebelah kolej tasik aku tak pergi sebab jauh -.- Dah lah tak ada kereta, motor pun tak ada. Basikal? Ada banyak sangat dekat kampus aku ni tapi semuanya bukan aku punya -.-


So semalam aku pergi Bandar Dungun yang tercinta tu sebab nak pergi pasar malam. HAHA :D Alang-alang tu, aku borong lah macam-macam jenis maggi, biskut, ovaltine dan apa lagi eyh? Oh Apollo -.-


Tak lupa jugak aku beli Bubur Nasi Segera. Hoho ~ Sedap boh! :D Rasa macam bubur betul je padahal tak punn -.-

Inilah buburnya! :)

Ada dua bahagian dalam plastik dia ; satu beras dan satu lagi sayuran dan rempah

Gunting plastik tu dan letakkan dalam bekas dia

Letak air panas, tunggu 2 minit dan jeng jeng ! Siap dimakan! :D


Inilah penyelamat aku kalau in case aku dah bosan makan maggi. Jujurlah aku cakap, aku dah tak ada mood dah nak makan maggi. HAHA :D Sekarang ni aku asyik rasa nak makan Bubur Nasi ni je. Sebab sedappppppppppp! :D Tapi makan benda-benda yang SEGERA memang tak baik untuk kesihatan kan? Hmm takpelah ~ 


Apa lagi kawan-kawan? Cubalah yer? :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Siapa Pulak Yang Sebarkan Number Aku nie?! :O Ni Yang Saya Nok Maroh Nie -.-

 

 Assalamualaikum


Di petang Jumaat ini, aku nak cakap pasal something yang aku rasa macam "Aduh :O"


HAHA :D Actully tak adalah bengang sangat kan cuma kalau dah tiap-tiap hari asyik benda yang sama berulang tanpa mengira masa, TANPA MENGIRA MASA, kau pun boleh naik hangin jugak kan? -.-


Okay lah ~ Sejak aku guna num maxis ini sejak aku mula-mula duduk dekat UiTM Dungun ramainya yang salah nombor dan kacau-kacau aku. Ya Allah ~ Tensen betul Mak Jemah. Jap jap ~ Nak tanya nie, ada sesiapa tak yang ada sebarkan nombor aku hah? -.-


Seingat aku lah ~ dua-dua number aku ni hanya orang-orang memang aku kenal di alam realiti aka yang pernah bertentang mata dengan aku je yang ada. Aku tak mudah nak sebarkan number aku unless ada benda penting yang perlu diselesaikan. Aku rasalah ~


Tapi sejak bila eyhh? Hmm ~ sejak aku lepas habis SPM, lagi menjadi-jadi num maxis aku ni kena kacau -.- Err ~ actually bukannya kacau mana pun, cuma entahlah -.-


Alkisahnya macam nie, sejak lepas habis SPM. num maxis aku macam dah jadi macam num kaunter pertanyaan pulak -.- HAHA :D Sebab apa? Sebab ada sajeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee num yang tak dikenali yang masuk dalam num aku




Dan yang lagi aku peliknya ialah, semuanya adalah budak-budak yang lebih muda dari aku which is budak sekolah! :O Oh oh ~ Apakah yang terjadi nie? Saje wat suspen sikit. HAHA :D


Dan majoritinya yang sms dan call aku tue, semuanya panggil aku "CIKGU" Eh eh ~ Sejak bila pulak aku jadi cikgu nie? HAHA :D Banyaklah weyh -.- Sumpah ramai giler yang sms aku. Esp masa time results nak keluar, results SPM dan PMR terutamanya, malam before nak final exam kat sekolah kan ~ Semuanya pakat duk sms aku, "Cikgu doakan saya yer?" Kalau aku malas nak reply, aku just berdoa je untuk dorang agar dipermudahkan segala-galanya kepada mereka, biarlah aku tak kenal pun diorang nie :)


Tapi lama-kelamaan, aku jadi pelik. Kenapa number maxis aku ni mostly yang kacau adalah budak-budak sekolah. So kebetulan masa tu ada sorang budak ni, sms aku, tanya rumah aku aka rumah cikgu dia duk mana sebab nak datang beraya -.- WEYH AKU BUKAN CIKGU KAU LAH! HAHA :D


So aku pun tanyalah ~ Dari budak tue, aku dapat tahu yang budak tu dapat num aku ni dari majalah sekolah. HAHA :D Rasa macam lawak pun ada. Actually cikgu diorang ni MUNGKIN salah bagi number dekat majalah sekolah dorang dan number tu pulak terkena dekat num aku (TEORI AKU SENDIRI)  HAHA :D 


Lepas tu biasalah ~ Bila dah ada dekat majalah sekolah, pakat habislah satu sekolah tahu number aku sebab semua orangkan akan dapat majalah sekolah kan? -.- Haaaaaaaa ~ Tak pasal-pasal number aku jadi femes. HAHA :D


So lepas tu aku pun pesan dekat budak tue, suruh cakap dekat kawan-kawan dia yang sebenarnya cikgu dia tu salah bagi num dan terkena num aku. Aku suruh dia jumpa cikgu dia tu dan konfemkan num yang sebenar cikgu tue. Dan budak tu pun cakap okay :)



BTW cikgu yang dorang maksudkan ini ialah Teacher Meda, ex cikgu dekat SBPI Batu Rakit. So kepada sesapa yang kenal Teacher Meda nie, tolong konfemkan balik yer num cikgu awak sebab num cikgu awak dalam majalah sekolah tue, bukan num cikgu awak. Hehe :)


Tapi kepada sesiapa yang tersalah anggap num aku ni num cikgu dorang dan mintakkan keberkatan dorang untuk jawab exam, halalkan semuanya, aku pun halalkan dorang je lah bagi pihak cikgu dorang sebab dorang pun tak tahu pape kan? Aku pun berdoa agar adik-adik SBP aku ni berjaya dalam hidup mereka :)



p/s : Sejak Form 1 sampai Form 4, tiap-tiap tahun mesti tukar number. HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, April 12, 2012

Mari Sini Dengar Cerita Seorang Budak Remaja


Assalamualaikum


Dah lama jugak kan aku tak update pasal perkembangan diri aku? Hehe :) Macam lah ada orang nak tahu. Daaaaaaaaa -.-


Ok fine. Biarlah aku nak tulis apa pun. Asalkan aku ada jugak update blog aku ni kan? BTW hmm ~ nak tulis apa eyh? HAHA :D Aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Hadoi ~ Senak otak duk fikir -.-


Aah ~ Lately ini macam senak dah otak aku nie. Macam-macam benda duk menerjah otak aku nie. Even sebelum tidur pun aku macam tak boleh langsung nak tidur sebab aku sendiri dapat rasakan yang otak aku ni tengah berfungsi. Hello otak? Aku nak tidur ni. Tolonglah kasi aku rehat. 5 jam pun jadi lah -.-


Aku dah cuba untuk macam kosongkan fikiran tapi still tak dapat. Huhu ~ Sedih tak? Disaat kawan-kawan kau sedang nyenyak tidur sambil berdengkur dengkur, kau pulak terkebil-kebil dalam kegelapan, tangan duduk atas dahi sambil kau tak tahu nak buat apa sebab kalau kau online dan Twitter, konfem-konfem kau akan terlewatt untuk pergi ke kelas keesokkan harinya -.-


Oh ya ~ Bagi mereka yang tak tahu, aku sekarang ni tengah bershort courses aka intersession. Aku amik dua subjek sekaligus sebab aku tahu sem depan aku akan buzy (KOT!) Even sem lepas pun aku rasa macam tercungap-cungap giler nak cover semua, nak kejar dateline, buat assignment bagai so aku rela korbankan cuti sem sebulan aku dengan buat short courses :)



Berbalik kepada cerita asal, aku sekarang ni berfikir tentang adik aku. Ye ~ Adik aku. Dia baru habis SPM. So dia dah isi UPU dan semuanyalah ~ Cuma sekarang ni aku sangat-sangat bimbang dengan dia sebab yelah ~ diakan anak lelaki, bakal jadi pemimpin. Aku cuma nak yang terbaik untuk masa depan dia.  Tadi aku baru on call dengan dia, aku membebel sikit dengan dia. Entah lah ~ Aku sayang dekat dia, sebab itulah aku buat macam tue. Huhu


Lepas tu, sekarang ni yang dalam dilemma ialah aku sebenarnya nak kurus. FINE! Gelak lah puas-puas. HAHA :D Aku sendiri pun tak percaya yang aku boleh buat pengakuan jujur dan ikhlas nie. HAHA :D Actually, aku memang serius nak kuruskan badan. SERIOUSLY?! Habis tu yang kau makan nasi kukus tadi kenapa? -.-


Haish ~ Tak boleh jadi nie. Aku kena jugak kurus sebab aku rasa badan aku ni macam dah dipam-pam. Bila aku tengok-tengok gambar lama aku balik, haish ~ kurusnya aku! :O Kan bagus kalau aku dapat kurus. Eh eh ~ Sesape yang ada tips untuk kurus dengan cepat boleh lah share dengan aku. HAHA :D Ada ke? -.-


Lepas tu, adalah lagi hal-hal lain yang sebenarnya aku baru perasan aku dah banyak tulis pasal die kat entry-entry aku sebelum nie -.- Kali ini malas lah nak cerita sebab dah cerita kat entry yang lepas dan jugak aku baru mengadakan confession dengan kawan aku so semuanya aku dah lepas keluar. Biarlah ~ Yang lepas tu lepas. Cuma perasaan kekok dan janggal tu masih ada. Tu je


Pasal study pulak, hmm ~ Setakat ini aku dah boleh catch up balik dah sebab yelah ~ dah cuti 2 minggu lepas tu tetiba nak rushing study sebab nama pun short courses kan?! HAHA :D So kenalah cepat-cepat study. So kiranya dah minggu pertama dan aku rasa, untuk subjek IR dan DA, kitorang dah habis pun study chapter 2 dalam masa seminggu. See? Dah nama pun short courses kan? HAHA :D


Hmm lepas tu apa lagi eyh? Hmm ~ dah tak ada pape kot? Oh ya ya ~ aku rasa benda ni tak adalah lawak cuma aku nak jugak cerita dengan korang. Hari tu, aku layan hindustan sorang-sorang dalam gelap. Semuanya kes sebab tak boleh tidurlah -.-


Aku tengok Kuch Kuch Hota Hai ~ HAHA :D Dah berzaman aku tak tengok cerita tue. Last sekali aku tengok, maybe masa aku Darjah 1 kot? Masa tu aku duduk dekat PD lagi -.- Yang ajaibnya, masa Darjah 1 aku tengok, tak adalah nak feeling feeling bagai -.- Tapi sekarang nie, aku tengok cerita tue, ambuiiiii ~ meleleh-leleh air mata aku. HAHA :D


Barangkali emosi terlebih kot aku nie? HAHA :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, April 11, 2012

Perginya Seorang Blogger ; Al Fatihah Kepada Nurul Huda Baharuddin :'(

 

 Assalamualaikum


Bangun dari tidur pagi tadi, terus online. Tiba-tiba je rasa nak dengar lagu Aishah, Dimanakan Ku Cari Ganti. Teringat masa aku Form 3 dekat SMK Tengku Mahmud dulu. Lagu ini la yang kitorang nyanyi untuk koir peringkat negeri Terengganu dan dapat num 2 dengan beza 1 markah je. Takpelah ~ :)


Kemudian terbaca status Kak Intan, 


Terus aku tersentap kejap. Kemudian aku baru teringat beberapa hari lepas, ada orang tweet dekat Twitter, yang Kak Huda dah meninggal dunia. Aku mula-mula nak reply tweet tu tanya betul ke tak, dah siap tulis dah tweet tu tapi aku cancel kan ~ Sebab aku tak percaya


Tapi lepas baca status Kak Intan, terus aku nangis. Sebab aku tau ~ Kak Huda terpaksa menahan sakit selama nie. Aku tak sure lah dia sakit apa tapi die pernah cakap dengan aku, sakit paru-paru berair. Tapi aku ingatkan kesihatan die dah okay dah, tambah-tambah pulak die selalu cerita dan tweet pasal bf dia, Chako


Aku nangis. Sebab aku tahu Kak Huda baik, die selalu gak tanya pasal study aku. Kadang-kadang aku balas tweet die. Kalau die tweet cakap tak ada orang nak borak dengan dia, aku kadang-kadang tweet kat die pulak. Macam tu lah ~


Bila dah dapat berita pasal tue, baru aku perasan, patutlah TL aku sunyi je. Sebab Kak Huda dah tak ada :'( Rupa-rupanya dia dah menghadap Illahi. Innalillah ~ 


Dalam masa yang sama jugak, aku baru dapat tahu, Kak Huda tu ex student cikgu aku, Cikgu Nurlina masa cikgu aku jadi cikgu dekat SESERI dulu. Ya Allah ~ Keciknya dunia nie! 


Sekarang, TL aku tak meriah sebab dah tak ada Kak Huda yang selalu duk tweet pasal Chako, pasal HP dia, pasal keadaan sekeliling dia. Sedih ~


Al Fatihah kepada Nurul Huda Baharuddin


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, April 09, 2012

A Letter For Me :')

 

 Assalamualaikum


Sara, 
kau dah banyak menahan segala-galanya yang ada di sekeliling kau. Baik keluarga, kawan-kawan, kerja-kerja kau dan tanggungjawab kau. Bagus Sara. Selama 20 tahun 4 bulan 1 hari kau hidup, kau dah berjaya menghadapinya dengan penuh tabah dan Alhamdulillah ~ kau masih mampu lagi bernafas sehingga ke hari ini


Sara, 
cuma kau kena ingat. Dalam kau melalui satu proses kehidupan, kau kena bezakan antara orang yang betul-betul ikhlas dengan kau dengan orang yang sebenarnya nak menjatuhkan kau, nak membuka aib kau, merosakkan kau dan hanya berpura-pura dengan kau. Dengan orang-orang yang macam nie, kau kena beware sangat-sangat tau?


Sara,
jangan mudah percaya dengan orang. Tu je aku nak cakap. Aku tahu hati kau mudah sangat bercerita tentang diri kau, masalah kau, hati kau dan semunaya ;  meluahkan apa yang kau rasa sebab aku tau kau mudah sangat percaya dengan orang. Tapi kau sedar tak, orang yang kau percaya sangat-sangat tu sebenarnya dah tikam kau dari belakang? Dia dah bukak aib kau depan orang ramai dan malukan kau kaw kaw punya. Kau ada otak Sara, kau fikirlah ~ kalau orang yang kau percaya sendiri cakap dan tuduh kau sebagai 'perempuan terhegeh-hegeh' masih kau nak percaya kan orang yang macam tue? Kau kena berhati-hati mulai sekarang



Sara, 
jangan mudah termakan dengan kata-kata orang. Sebab kata-kata itu sebenarnya nak membunuh kau dalam diam. Kau fikirlah Sara, tak ada orang pun nak lihat orang lain lebih berjaya dari diri dia sendiri kecuali mak ayah dan cikgu kita. Betul tak? Lepas ini, kalau ada orang bercakap dengan kau, gunakan otak kau sebaik-baiknya dan tafsirkan mana satu yang baik dan buruk kepada kau. Aku bukan nak ajar kau untuk selalu berburuk sangka kepada semua orang tapi kau kena fikir baik-baik. Cukuplah kau dah kena dipermainkan dan diperbodohkan selalu oleh orang yang kau percaya


Sara, 
jangan mudah jatuh hati dengan kebaikkan orang. Sebab kadang-kadang orang yang terlalu terlalu baik dengan kita sebenarnya nak menjatuhkan kita. Dia nasihat kita macam-macam "Kau buat lah macam tu Mai" tapi sebenarnya dia dah tahu apa yang berlaku sebaliknya. Kenapa dia buat macam tue? Sebab dia nak malukan kau lah! Apa ke bodoh kau ni Sara sebab percaya dengan orang macam tue? Tapi aku tahu kau mesti bersyukur kan sebab akhirnya kau tak buat pun apa yang kau suruh sebab kau masih fikir baik dan buruknya. Kalau lah ~ Kalau lah kau ikut apa yang dia cakap, mesti kau rasa maruah kau tercalar kan?


Sara, 
jangan terlalu baik dengan orang. Kau berhabis itu ini dan akhirnya apa yang kau dapat? Tak dapat apa-apa pun. Malah, kau dipijak-pijak lagi adalah ~ Dia kutuk di belakang kau ada lah ~ Nampak sangat kau ni tak dihargai. So lepas ini, kau jangan mengada-ngada nak tunjuk baik lagi dengan orang-orang macam nie. Hey aku nak cakap, orang yang macam ni sebenarnya nak amik kesempatan atas kau je. Dorang gunakan kau untuk kebaikkan dorang tapi last-last bila kau sendiri yang dalam susah, tak ada siapa pun yang datagn menghulurkan bantuan. Dah lah Sara, mulai hari ini kau kena pentingkan diri kau sendiri sebab dah terang lagi bersuluh, orang-orang yang kau tolong tu pun sebenarnya pentingkan diri dorang sendiri


Sara, 
aku tahu kau tengah sunyi kan? Hari-hari kau mengadu dengan aku yagn kau sunyi. Sabarlah ~ Aku tahu kau sedih sebab kau tak ada siapa pun nak mengadu. Takpe. Kau sabarlah ~ Sebab Allah swt ada dengan kau dan sentiasa dengar rintihan kau. Kalau kau sedih, aku ada. Insyallah kalau aku ada masa, aku akan ada dengan kau. Kau kena ingat, jodoh dan pertemuaan tu Allah swt yang tentukan ~ Kalau ada orang yang betul-betul ikhlas dengan kau, dia akan datang kepada kau dan tersenyum pada kau. Aku tahu mesti kau masih dibelenggu dengan mimpi-mimpi kau yang kau selalu cerita tu kan? Kalau betul lah lelaki itu jodoh kau, dia akan datang. Sabar yer? 



Sara, 
dah dah ~ aku tau kau mesti terharu kan sebab terima mesej panjang lebar macam nie? Haha. Dah lah ~ Aku akan sentiasa berada dengan kau, tolong kau susah dan senang sekiranya aku berkesempatan. Kau kena ingat, Allah swt sengaja turunkan dugaan kepada orang-orang yang Dia tahu orang tu akan mampu hadapinya. Dan kau lah salah seorang dari mereka. Tetapkan pendirian kau, jaga diri kau dan buat mak ayah kau bangga dengan kau



Don't give up ;)

             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts