[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Monday, August 20, 2012

Hari Raya :)

 

 Assalamualaikum


Selamat Hari Raya :) Raya ni aku lebih suka duduk rumah jeeeeeeeee. Nak pergi jalna-jalan rumah kawan pun tak syok sebab aku tak ada member yang boleh satu kepala dengan aku untuk beraya -__- So hmm ~ melantak lah depan TV tengok cerita-cerita sempena Hari Raya nie


Kalau aku pergi keluar beraya pun, aku just follow parents aku je beraya rumah kawan-kawan dia. "Belajar dekat mana" dan pelbagai lagi soalan


Just nak bagitau satu je lah, raya ni kita bermaaf-maafan. Dah kosong-kosong dah. Jangan disebabkan satu gurauan yang simple kosong-kosong tu dah boleh jadi sepuluh-kosong. Haaaaaaaaaaa ~ nampak tak keterasaanhati dekat situ? :/


Aku tak nak point kepada sape-sape tapi please lah? Dude, kau pun ada perasaan jugak kan. So jaga perasaan kau macamana kau jaga perasaan aku. Janganlah aibkan orang depan orang ramai sampaikan orang tu tak tau nak cakap apa. Ye aku tahu, masa raya ni je kita nak berjumpa dan bermaafan tapi bila dah berjumpa tapi mulut main cakap lepas je, terus tak ada maaf bagimu tau?


Sumpah aku terasa tapi aku sabar je. Dan akibatnya, terus aku tak tegur kau. Kau faham-faham sendiri je lah


"Nak duit raya"


Duk rumah layan Karoot Komedia X pun boleeehhhhhhhhhhhh! :D



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, August 18, 2012

AidilFitri :)



 Assalamualaikum




Sengaja wish awal-awal ~ Hari Raya weyh! Siapa yang nak online kan? Hehe :)


 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, August 15, 2012

Finally, Dapat Jugak Kita Berbuka Puasa Bersama-sama :)

 

 Assalamualaikum


Hoyeahhh ~ Selamat Hari Raya semua! :D Tettttttttttt! Terlebih awal pulak dah ucapan aku tahun nie -__-


So mari kita teruskan dengan agenda utama aku update blog ini kerana aku pasti mesti korang dah muak kan baca pendahuluan entry aku yang selalu cakap "mintak maaf semua sebab dah lama giler tak update blog" Yadayada -__-


So lepas dari entry ini, kitorang pergi Kuantan dan tidur rumah kawan aku :) Keesokkan harinya, kitorang pergi ke Majlis Perbandaran Kuantan untuk buat research pasal subjek Local Government dan Alhamdulillah ~ semua staff dekat MPK memang terbaik kerana bagi layanan yang khelasss dan tip top untuk kitorang :) Terima kasih warga MPK! :D

MPK :)

Jumaat, 10 hb kitorang terus nak balik ke Dungun sebab rushing nak Iftar bersama classmates tapi tak sempat sebab kitorang tertinggal bas T___T Tapi kitorang sempat jugak naik bas! Kejarlah naik bas tue, dari Kuantan, naik di Chendor. Pergh ~ Dan classmates kitorang pun batalkan iftar sebab ramai yang tak ada


11hb pulak kitorang Iftar bersama-sama. yeay! Kebetulan Faezah ada turun Dungun sebab ada Debat Ramadhan aka DERU so macam kebetulan kitorang gather ramai-ramai :) Petang tu, Akma amik aku, Faezah dan Angie dan Ammar dan terus shoot ke Arena Square! :D


Arena Square ni macam padang yang luas lah tapi tempat dia okay lah kot sebab lapang dan kebetulan dekat dengan Masjid. Sampai sana dalam pukul 7 dan terus budak-budak ni terkam Faezah sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing lepaskan rindu dekat Pekjah lettewww :p HAHA :D

Antara yang awal sampai di tempat kejadian :)
My classmates :)
From left : Atyn, Akma, Angie, FLiyana, Fara, Mimi & Pekjah <3 :=":" td="td">


Buang Pekjah, tambah aku :p 


So after sessi bergambar tak hengat dunia dan bergelak ketawa macam orang tak puasa (tapi sebenarnya kitorang memang tengah puasa pun cuma tenaga lebih je hari tue -__-), kitorang pun pergilah cari port yang sesuai untuk berbuka :) Kebetulan, masa tu aku rasa adalah dalam 3 buah family kot punn berbuka puasa dekat Arena Square jugak :) Tapi dorang siap ada tikar, periuk nasi semua -__- Kitorang ni mampu bawak bekas polisterine jeeeeeeee HAHA :D


Okay untuk Iftar nie, kitorang buat potluck. Masing-masing bawak makanan masing-masing je sebab ingatkan nak memasak tapi kesian pulak dekat orang yang kena memasak tu :p So kita buat potluck je senang! :D

Mencari port Iftar yang sesuai :)
Kau tengok tu, tangan kiri kanan bawak plastik makanan HAHA :D

Lepas dah jumpa tue, kitorang pun duduk dan mulalah bukak ikatan getah air dan lauk-pauk yang kitorang beli sebelum datang ke Arena Square :) Sementara tunggu azan, Pekjah tak habis-habis duk mengusik semua orang. Semuaaaaaaaaaaa nama orang disebutnya huhu

We all :)

Kami sekelas :)
Senyum masing-masing! :D
Dah makan, kasi rehat perut kejappp :)

Lepas dah makan, kami pergi berjalan kaki menuju ke masjid yang berhampiran :) Nasib baik dekat je, so just jalan kaki je. Masa ni memang perut kenyang sangat-sangat so masa nak berjalan pun, masing-masing jalan slow slow je HAHA :D


Pakai tudung balik! :)

Then pergi balik ke Arena Square dan kitorang lepak-lepak dekat situ. Tak lama pun sebab kebetulan Angie dengan Pekjah ada event lagi dengan DERU dorang. Ingat nak tunggu Gman tapi tak sempat sebab masa tu Gman on the way balik dari Kuantan ke Dungun so dia hanya berbuka di Paka sahajaaa



Masa lepak-lepak ni, ada lah sekumpulan budak kecik, dalam Form 1 atau 2 kot lah ~ main mercun. Yang paling kitorang takut adalah diorang baling mercun kepada sesama sendiri -___- Aku baling dekat kau, kau baling dekat aku. Bajet macam hero lah tue hah? Bajet dalam perang tu hah?


Dan bertambah-tambah bengongnya, adalah seorang abang atau pakcik kot ~ dalam umur mau dekat lewat 20-an punnnnnnnnnnnnnnnnnnn join jugak budak-budak ni main mercun -___- Dia pulak yang jadi macam leader duk main perang-perang mercun sambil duk kejar-mengejar antara satu sama lain -_-



Maybe sebab diorang tengok kitorang asyik duk tengok diorang kott ~ tu yang berlagak sangat nak main mercun tue. Kang putus jari, hilang pergelangan tangan, sesal dah tak sudah dah

Budak lelaki :)
Budak perempuan :)
Kami satu kelas :)
AM 110 5B :)


So dalam pukul 8.30 lebih tu, kitorang pun balik ke UiTM. Best berbuka puasa hari tu sebab bukak puasa dengan classmates dan berbuka pulak ramai-ramai. So macam-macamlah gaya dan karenahnya masa berbuka :)


Dan jugak, akhirnya setelah bersem sem kitorang duk tangguh nak buat majlis berbuka puasa, akhirnya sem ini jugak yang aku dengan classmates aku manage dapat berbuka puasa sama-sama :) Dulu masa part 1 dan part 3 nak buat jugak tapi tak sempat. Tapi bila dah part 5 dan last semester nie, baru lah menjadi :) Yeayy! :D


Kami dah nak balik :)


Next : Open House Raya pulak! :D HAHA :D



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, August 09, 2012

Kuantan :)

 

 Assalamualaikum


Pukul 6.30 petang kejap lagi, naik bas ke Kuantan dan tidur rumah member dekat sana :) Ada assignment Local Govt yang nak kena buat dan Majlis Perbandaran Kuantan menjadi pilihan kami! :D


Menunggu :)
Aku pun tak tahu dorang nak bertolak pukul berapa so kita siapsiap dulu :)


Wish me all the best :) Pape, baca je dekat tweet aku tue :) Oh follow lah twitter aku yer? :) @mysaranewrie :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, August 07, 2012

Kita Ada Tanggungjawab :)



 Assalamualaikum


Fuh ~ makin lama, aku rasa aku makin okay :) Alhamdulillah ~ tak ada lah aku nak nangis bagai macam dulu-dulu. So sekarang ni aku just rileks dan sabar je lah dengan apa yang bakal terjadi lepas-lepas nie :)


Lately ni aku rasa memang penat sikit lah sebab yelah ~ kita kan puasa lepas tu ke hulu hilir sebab nak settlekan beberapa assignment, test dan ada proposal lagi aku kena settle kan. Tak masuk lagi dengan kerja-kerja yang aku kena buat. So macam yelah ~ banyak lah kerja dan itu akan menjadikan aku busy :)


BTW aku tertarik lah dengan orang-orang di sekeliling aku yang kadang-kadang cakap "Kau ni busy lah Mai! Asyik busy je! Nak jumpa pun susah" FYI masa korang cakap macam tu, nampak je aku okay tapi dalam hati aku berasap jugak sebenarnya -__-




Sebab ini adalah tanggungjawab aku. Orang dah bagi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan sesuatu perkara dah tu, tak kan aku nak gunakan kepercayaan tue? Tak kan aku tak nak buat kerja tu dan anggap macam tak ada apa-apa? Tak kan aku nak buat bodoh je dan amik sikap tak kisah?


Tidak. Aku tak kan buat macam tu. Selagi aku rasa aku boleh buat, aku buat kerja-kerja yang aku buat tue. Dan disebabkan kerja-kerja yang banyak, aku jadi busy lah. Kadang-kadang meeting. Kadang-kadang kena buat assignment. Kadang-kadang kena buat itu ini. Dah tue? Sebab tu aku busy


Maaflah kawan-kawan. Bukan tak nak keluar dengan korang. Nak keluar sangat-sangat, nak lepak macam masa part 1 dulu-dulu. Rilekssss je all the time. Sekarang ni, masing-masing dah besar, dah ada tanggungjawab. So kenalah utamakan kerja-kerja dulu sebab itulah tanggungjawab :)


Kadang-kadang di sebabkan kerja-kerja yang ada, aku jadi stress sorang-sorang. Tambah-tambah lagi, aku ada masalah aku sendiri dan aku jarang sangat bukak masalah aku dengan orang. Sampai lah satu tahap tu, aku tak tahan, aku bercerita dengan kawan aku. Menangis jugak lah aku dengan dorang dan dorang pun menangis sama dengan aku. Terima kasih kawan :')


Apa yang aku boleh cakap adalah, semakin hari kita semakin ada banyak kerja dan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang pelajar, seorang kawan, seorang pemimpin dalam komuniti, seorang anak, seorang hamba Allah swt, seorang rakyat Malaysia. Semua tanggungjawab ni kita kenalah laksanakan even though kita penat sebab dah memang kewajiban kita. Once kita dah ada tanggungjawab dan kita tak laksanakannya, kita akan berdosa nanti.


Aku dah 20 tahun. Aku sedar lepas ni aku ada banyak lagi tanggungjawab yang aku kena pikul. Memang dalam hati aku ni aku dah parah dah tapi aku sabar je sebab aku pegang satu yang Allah swt tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya kalau Dia tahu hambaNya tak mampu nak hadapinya. Kawan aku pulak pesan, ada dugaan tu, adalah hikmahnya :)


Dah lah ~ dari aku duk mengarut lagi dekat sini, baik aku chow :) Aku ada siapkan entry baru untuk korang, tapi entry tu terlalu panjang dan penuh dengan gambar. Nanti dah siap edit bagai, aku publish eyh? :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, August 04, 2012

Bila Dah Lepak Ramai-ramai, Mulalah Otak Pun Fikir Bukan-bukan -__-


 Assalamualaikum


HOYEAHH! Baru rasa macam ada masa yang panjanggggggg untuk update blog! :D yelah ~ aku ni kan kalau update blog mau dekat berjam-jam lamanya -__- Sebab aku akan pilih gambar dulu, resize dan edit sikit gambar yang aku nak letak dekat blog, lepas tu tulis cerita lagi. See? -___-


Okaylah ~ Dipendekkan ceritanya, aku dengan budak-budak kelas aku, yang perempuan je lah ~ macam dah lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrr tak lepak-lepak dan tak dengar cerita dorang. Kalau dalam kelas pun, just datang kelas dan kemudian terus balik rumah dan aku pulak balik bilik. See? -__-


So ada skali tu, aku pun ajak dorang lepak masa aku jumpa dorang dekat Y-Entrec dekat UiTM Dungun. Hajat asalnya aku nak tidur rumah dorang je tapi tup tup ~ aku ajak dorang lepak McD sebab kebetulan nak buat tutorial Law. So masing-masing okay je :)

Buku satu je tapi kongsi dekat 6 orang -__-

Bajetttttttttttttttttttttttttttttttt!

Masa lepak-lepak nie lah, macam-macam cerita yang keluar. ya Allah ~ rasa macam dah bertahun-tahun lamanya aku tak lepak dengan dorang ni sampaikan aku tak tahu apa yang dah terjadi dekat dorang. HAHA :D

So bila dah lepak tu, memang berborak dan gelak macam orang giler lah kitorang dekat McD tu. Kebetulan, kawan aku aka ex roomate aku masa part 2, Qatrun dengan Eda pun ada, haaa apa lagi! Memang McD tu kitorang yang conquer lah! :D

Aku rasalah kan, kitorang buat tutorial Business Law tu dalam tak sampai setengah jam pun weyh! Tapi borak je lebihh! HAHA :D Biasalah weyhhhhh ~ nak buat cemana. hehe :)

Atyn and Ina :)

Mimi Jahya :)

"Saya Fatin Liyana yang tak ada blogger" HAHA :D

Tetiba datanglah idea si Ina ni. "Mai hari Khamis tak ada kelas kan? Meh arrr" Lepas tu budak-budak ni pun duk huhahuha so aku pun okay je la! :D


Apa yang kitorang nak buat? Hehe tunggu next entryyyyyy. Malas nak update dah sebab penat duk resize gambar sahaja -__-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, August 02, 2012

Hai Semuaa :D

 

 Assalamualaikum


Hai kawan-kawan blogger sekalian, kawan-kawan satu DPA dengan aku, kawan-kawan satu UiTM, kawan-kawan saudara seagama, kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan sekelas aku :) HAHA :D Kantoi yer baca blog aku? :p


Fuhh ~ itulah yagn aku dapat rasakan sekarang nie. Minggu ni rasa macam pfft sikit lah sebab ada insiden hari Jumaat lepas yang buat aku nangis-nangis jeeeeeeeeeeeeeee. Benda tu sedikit sebanyaklah mempengaruhi mood aku sepanjang minggu nie


Tapi syukur alhamdulillah sebab di kala aku tengah berada dalam emosi yang tak stabil, aku dapat jugak jawab dua test dalam satu hari. Yes dude. Dua test dalam satu hari :O Memang jengglah kepala otak aku masa tue. Tu pun sebenarnya kitorang ingat ada 3 test dalam satu hari T______T tapi nasibbbbbbbb baik Madam Ramha postponed test Local Govt kepada 14 hb. Okay mark that date!


Nasiblah kawan-kawan dari kelas lain yang tolong bagitau mana-mana yang masuk dalam soalan  HAHA :D Lecturer cakap meniru tapi kitorang anggap tu bekerjasama HAHA :D Boleh pulak kan? -__-


Hewhewhewhew ~ tak tahu lah cakap apa lagi. Hmm ~ Apa eyh? Oh ~ Sekarang ni aku tengah buzy dengan proposal trip kelas aku dan A, lepas tu ada kerja-kerja ASCAPS yang sekiannnnnnnnnn lama tertangguh, aku nak buat nanti. Lepas tu ada assignment yang aku kena buat yang aku dengen group members aku kena pergi Kuantan, lepas tu ada test minggu depan. Test Business Law :)

Before Quiz Law barubaru nie :)

Nasiblah minggu depan hari Isnin cuti sebab Nuzul al-Quran :) Atleast boleh lah rest lebih lama lagi. Hewhewhewhew. Eh sekarang ni trademark nak gelak bukan HAHA dah tau tapi hewhewhew -__-


Hari Selasa lepas dah dapat gambar kelas. Aku dengan budak-budak ni tak habis-habis gelakkan sorang-sorang dalam gambar kelas kitorang. HAHA :D Eh eh ~ gelak dekat orang, orang gelakkan dekat kita? hewhewhew


My classmates :)

Hehe. Dekat atas ni adalah semua budak-budak kelas aku :) Kelas B. Bila dah namanya kelas B, maka semua yang berkaitan dengan B memang ada dekat kitorang. Bising? Adaaaa. Bijak? Adaaaa. HAHA :D


Sayang semua budak-budak kelas aku :') Aku bet nanti, bila dah habis diploma mesti masing-masing rindu kan? :) Hehe


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts