[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, October 31, 2012

7 Sebab Kenapa Facebook Penting (Bagi Aku)


 Assalamualaikum


Dah lama dah aku dengar situ sana sini orang duk cakap FB ni tak bagus, nanti jadi ketagih, boleh memporak perandakan orang, boleh bikin gaduh, boleh curang, boleh buang masa dan etc (end thinking capacity HAHA :D get it?)


Tapi lah kan ~ bagi aku, sepanjang aku guna FB nie, aku rasa FB ni macam banyakkkkkkkkkkkkkk kasi kesan pada kehidupan seharian aku. Macam memudahkan kerja aku pun ada jugak, serba sedikit lah ~ Membuatkan aku terkesan dalam hati, insaf sensorang diri di kala online FB malam-malam hari, merapatkan jurang antara aku dengan kawan-kawan aku. Banyaklahhhhhhh!



Ada one time tu, aku deactive FB selama seminggu sebab masa tu ada masalah sikit lah. Masa aku deactive FB tue, subhanallah -__- Rasa macam tak boleh hidup! HAHA :D Yelah ~ sebab dah jadi ketagih sikit satu hal, lepas tu dengan beberapa urusan habis tergendala sebab aku tak tahu apa-apa melalui FB


So last-last aku pun active balik sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sekarang! HAHA :D Bagi aku, guna FB kalau betul dengan caranya, memang akan kasi kebaikkanya. dengan syarat, DENGAN SYARAT ; friends dekat friendslist kau mestilah mengandungi kawan-kawan yang kau kenal sahaja! Tak payah nak add atau approve orang yang kau tak kenal.


Contoh ; macam kawan-kawan sekolah. kawan satu U, kawan tuisyen, kawan mengaji (so sweet!), kawan satu kerja, jiran-jiran, family dan tak lupa jugakk pensyarah dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Hello! Penting okay untuk add semua lecturerss dalam FB sebab manalah tahu kan, kot-kot ada assignment tambahan ker atau kelas batal ker HAHA :D


Okay sekarang mari aku listkan kenapa FB penting dalam hidup aku? :)


  • Sebab aku nak tukar-tukar notes dengan kawan-kawan aku :) As we knew, dekat FB kan boleh attach files dekat Message tu kan? Dengan itu lah aku selalu duk tukar-tukar notes, surat-surat rasmi, gambar personal atau apa-apa sahaja yang aku rasa nak kongsi. Dengan ini tak payahlah aku nak bukak email yang kena tunggu lama gilerrrrrr loading dia! Bukak FB, terus je dapat noty satu dari kawan ; "Mai nah nota Part 3 Degree untuk kau" Hambuii advanced tau :p




  • Sebab aku nak contact balik dengan kawan-kawan lama aku. As you all knew (macamlah semua orang tahu, okay boleh rujuk SINI kalau tak tahu) aku ni ada ramai betul kawan-kawan aku :) Semuanya pulak duduk jauh dari aku disebabkan kehidupan aku yang sentiasa nomad nie. So aku ada beberapa peringkat kawan ; kawan dekat PD, kawan dekat Besut, kawan dekat SESTER, kawan dekat UiTM Dungun, kawan satu tempat kerja and insyallah future kawan dekat UiTM _______ (sebab tak tahu lagi dapat UiTM mana untuk degree nanti)


So dengan FB ni lah aku dapat chat dengan dorang sebab YM? Aku punya email dah tak ingat dah. Skype? Malas nak download and plus kalau duk main Skype pun 10% je duk chat yang selebihnya duk "hello? hello? Kau dengar tak? Nampak tak aku?" Last-last kita yang sakit hati, naik angin dan darah pun naik HAHA :D


  • Sebab aku nak contact lecturers/cikgu-cikgu aku. Kadang-kadangkan ada benda yang come out dengan tiba-tiba dan memerlukan aku kena jumpa lecturer untuk bertanya. Tapi biasalah ~ masing-masing busy. Kadang-kadang lecturer busy, kita pulak yang free. Bila lecturer free, kita busy ; ada kelas lah, meetinglah ~ So nampak tak permainan dia dekat sini? HAHA :D

Dengan adanya FB, aku boleh je message dekat lecturer aku, mintak notes ker, tanya pendapat ker, update pasal isu-isu semasa dalam kampus ker. Tak punn, kadang-kadang ada gak lecturer yang kasi assignment dalam FB sebab kebetulan semua students add dia dekat FB.


So boleh bayangkan tak kalau aku tak ada FB dan semua ini aku tak boleh hidup? Bukan tak ada HP nak contact cuma yelah ~ battery tak ada lah, tak dengar sebab call lah, tak ada kredit lah kan? So biasalah ~ keluh kesah seorang students macam aku HAHA :D



  • Sebab FB mengingatkan aku :) Aik? Amendoo nie?! Macam ni, most of my friends dekat FB, tak kira lelaki atau perempuan semuanya bagus-bagus dan baik-baik belaka :) Alhamdulillah aku dikurniakan dengan kawan-kawan yang sebegini. Kadang-kadang mereka selalu saling ingat-mengingati antara satu sama lain tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam :)

Mereka share pasal hadith, ayat-ayat al Quran yang boleh dijadikan pedoman untuk hidup kita, kewajiban untuk kita menutup aurat, taat pada ibubapa dan sebagainya. So secara tak langsung, kalau aku online, aku rasa beruntung sebab mempunyai kawan-kawan aku dekat FB yang tak pernah putus-putus nak ingatkan antara satu sama lain :) Terima kasih kamu semuaaaaaaaaaaaa



  • Sebab FB bagi aku info dan update apa-apa pasal yang aku perlu tahu. Contoh ; kadang-kadang aku ni bukannya ada masa sangat nak pergi library nak baca paper walaupun pada hakikatnya aku suka baca paper HAHA :D Nak harapkan online paper, kadang-kadang line pun macam mencemburui aku nak date dengan paper. Nak tengok TV? Lagilahhhhhhhhhhhhh tak ada masa!

So harapkan dekat FB lah dengan like-like mana mana pages yang update pasal berita nie. Dari situ aku tahulah "Ohh ada orang hilang", "Ohh ~ ada orang accident", "Ohh ~ Farid Kamil nak kahwin dengan Diana Dianelle" HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nangis T___T


Lepas tu, kalau ada info pasal dalam kampus, kelab aku ker, pasal kelas aku ker, semuanya jadi senang dengan adanya FB. Just post dekat group dan zaaassss zazzzz semua orang tahu dan pandai-pandailah dorang sebarkan dekat kawan-kawan yang lain. Jimat kredit aku. Oh yaa ~ ingatkan aku nak claim duit topup, RM 60 :D Mueheheheheheheheeeeeeeeeeeeeee money moneyy ~



  • Sebab FB connect aku dengan family aku :) Alahaii macam lah korang selalu contact dengan cousins/ mak sedara/ pak sedara dengan HP slalu kan? So dengan FB ni lah ~ atleast masing-masing dapat tahu dan update pasal berita terkini ahli-ahli keluarga terdekat kita. Pluss, ada jugak sedara-sedara aku stay dekat Singapore, Mesir, UK so ada FB atleastttt boleh lah tengok dorang dalam gambar, happy ke tidak, kurus ke tidak. Kami dekat Malaysia ni macam berpam-pam je badannya HAHA :D


Ada sekali tu aku update status yang aku jatuh tergelincir dan habis jari aku melecur sebab kena kuah Maggi (yang ni pun nak update ker?) Lepas tu ayah aku pun texting "Macam mana boleh jatuh tue?" Oh yaaa lupaaaaaa ~ ayah kita dah add kita dekat FB :p So mesti dia baca blog kita nie sebab aku selalu promote blog aku dekat FB. Hai ayah! :D HAHA :D



  • Sebab FB tolong aku promote blog aku. HAHA :D yelah ~ dengan adanya FB, aku ada buat fanpage. Okay sesape yang dah like, terima kasih kawan-kawan semuaaa :) Yang tak like, silalah like :p HAHA :D Dengan adanya FB, aku dah join banyak jugaklah group-group blogger so ianya membantu aku untuk promote blog aku dengan entry-entry yang panasssssssssss :D

Secara tak langsung, dari dulu aku asyik dulu blogwalking, sekarang aku just copy paste je link dekat group group dan pandai-pandai mereka nak singgah atau tak :) Cuma tiap kali kalau aku share, alhamdulillah, visitors adalah naik dari sebelum-sebelum nie :) Aku tak ada masa maaaa nak blogwalking macam dulu-dulu


Tapi dalam kita duk ghairah (asal guna ayat nie doeee?) kita kenalah pandai-pandai gunakan dan limit mana yang perlu. Ni kalau dah online FB sampai tak ingat makan minum, solat ~ guane tue? Ohhh ~ dok comeyy perangai demo loni dok supee mulo HAHA :D


Bagi aku, FB ni penting sebab atas-atas sebab yang aku dah bagitau ni lah ~ In case korang pun nak macam yang dekat atas ni jugak, korang kenalah just add/approve orang yang koran kenal sahaja. Kalau setakat tak kenal, lelaki yang bajet macam nak try-try, jangan di layan orang sebegini. Selidik dulu orang tu before add/approve :)



Sebab aku pun ada pengalaman dulu kena kacau dengan orang-orang giler yang macam nie. So sejak daripada itu, aku pun dah berhati-hati, bukan apa. Ini untuk keselamatan diri kita jugak kan? Lagipun kita mestilah nak online dengan rasa selamat dan aman kan? HAHA :D Sebab tu aku sangat-sangat cerewet nak app/add orang dekat FB :)


Untuk korang, kenapa FB penting bagi korang? Meh meh share :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, October 28, 2012

Kita Ini Ibarat Sebiji Epal :)

 

 Assalamualaikum


Ingat lagi tak Sara? Masa ada al-Mathurat dekat SESTER dulu, Kak (I've forgotten her name) bercerita. Ada sebuah epal ni, selalu tengok kawan-kawan dia yang lain, kena petik oleh pejalan kaki. Dia rasa sedih sangat sebab tak ada seorang pun yang nak petik dia dan makan dia sebab dia terletak di bahagian pokok yang paling tinggi sekali. Dia selalu fikir "tak ada orang nak dekat aku ker?"


Lalu dia pun dengan sendirinya, gugurkan diri dia dan jatuh tergolek atas tanah dengan harapan akan ada pejalan kaki di situ yang akan petik dia dan makan dia sebab dia dah berada di atas tanah dah. 


Tapi malangnya, tak ada seorang pun yang nak amik dia sebab semua pejalan kaki berebut-rebut nak amik epal yang masih di tangkainya. Semua pejalan kaki jijik melihat dia yang penuh dengan pasir, debu dan kotoran. Lama kelamaan, buah epal yang merelakan jatuh tadi, akhirnya jadi busuk dan berkulat. 






"Mai why not after habis Diploma ni, kau confess dekat dia perasaan kau dekat dia? Yelah ~ lepas ni konfem korang tak kan berjumpa so macam tak adalah rasa segan sangat"



Aku hanya termenung bila dengar sahabat aku cakap macam tue



Dan sampai sekarang, saat ini ; aku tak pernah luahkan perasaan aku. Just pendam dan simpan je. Dan oh ya ~ semasa last day aku di UiTM Dungun pun, aku tak berjumpa dia jadi aku kira itu adalah tanda yang dia bukan untuk aku :)


Takpe Sara. Perjalanan hidup kau masih jauh lagi, banyak lagi kau akan berjumpa dengan orang. So jangan sedih-sedih. Teruskan berdoa, Allah swt mendengar semua doa-doa hambaNya. Jangan sedih-sedih sebab Insyallah nanti Allah swt akan kurniakan kau seorang bakal imam yang terbaik untuk diri kau Sara



Sara, jangan pernah sesekali kau murahkan diri kau. Biarlah lelaki cakap kau ni jual mahal sebab harga diri kau tinggi dan tak mudah untuk dijual beli. Jangan sesekali ada lelaki copkan kau sebagai perempuan murah, teruk implikasinya nanti 


Biarlah ~ biarkan kau sedih masa ni, jangan kau sedih di masa depan. Allah swt ada perancangan yang lebih baik, percaya pada Dia. Dia Maha Mengetahui :)


Dan sekarang bayangkan kita ini adalah sebiji epal dan masukkan diri kita dalam cerita di atas tadi :) 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, October 24, 2012

Semua Tension Hilang Bila Dapat Satu Mesej :)


 Assalamualaikum


Masa dalam minggu aku duk study week dan final exam baru-baru nie, macam-macam benda dan ragam yang terjadi masa aku study dekat Bilik Study Perhentiaan. HAHA :D Malas betul aku nak bersiap-siap pergi library sebab duduk sekejap, mesti nak pergi makan. Duduk sekejap, nak pergi sembahyang. Lagipun tak ada member ekpunnn


So jalan terbaik ; lepak di Bilik Study sudahhhhhhhhh ~ Kalau study dalam bilik sendiri, memang aku study. Study atas katil. Bukan aku yang baca buku, buku yang baca aku. Ish ish ish ~ bahaya tue -__-


Lepak bilik study best! Ada aircond yang sedang-sedang sahaja sejuknya, ada kipas kalau tak nak guna aircond, lepas tu dekat dengan tandas, dekat dengan bilik kawan aku yang aku selalu tumpang tidur kalau aku mengantuk time study (HAHA :D Terima kasih Zalia dan Fizah sebab kasi tumpangkan bilik korang), dekat dengan bilik aku so aku boleh makan dan sembahyang sekaligus :) Hehehe ~ Dan yang paling best, meja bilik study besarrrrrrrrrrrrrrrrrrr ~


Bukan apa. Aku ni kalau study, bukan sahaja buku yang aku letak atas meja. Aku letak botol air, bekas gula-gula, beg, buku-buku, testpad, lepas tu mesti ada losyen. Yelah! Duduk dalam bilik study yang beraircond dari after Zohor sampai lepas Subuh, mestilah tangan dan kaki akan kering! Motif bagitahu duduk bilik study after Zohor sampai lepas Subuh?! HAHA :D

Fokus fokus study! :D

Fav losyen. Sedap oo bau diaaaaaaaa :D

Okaylah ~ time study sem ni, aku memang study sorang-sorang tapi ada jugak yang datang dekat aku, macam tumpang study sekali. Aku on je tak kisah pun sebab atleast ada gak teman nak berstudy, aku pun bosan gok study sorang-sorang HAHA :D


Tapi tu lah ~ tak ramai mau study dengan aku sebab ada orang cakap aku ni pyshco kuat! HAHA :D Weyh mana adalah! Aku just buat apa yang aku rasa nak buat! HAHA :D Lepas tu, kalau study, kita kena fokus yer? HAHA :D Tapi tu lah ~ orang cakap aku pyshco so aku pun tak berani nak ajak orang study dengan aku sebab aku takut kacau emosi orang lain. Huhu ~


Tapi kalau orang tu datang kepada aku untuk study sekali ataupun nak tanya pape yang tak faham, aku bisa saja dongg :)

Jadual belajar waktu FINAL SAHAJA
As yang korang boleh tengok, aku ada gap banyak hari sangat, 8 hari kot untuk paper last aku, Local Govt. Dalam 8 hari tue, aku memang gunakan sebaik-baiknya masa aku dengan membazir masaaaaaaaaaaaaaa je! HAHA :D Aku pun dah tak ingat aku buat apa tapi aku rasa aku online je lah ~


Kebetulan, masa dalam final tue, seminggu broadband aku tak boleh guna sebab apa entah masalahnya -___- Bagus jugak sebab masa tu aku ada final paper Law. So dapatlah aku fokuskan kepada Law dan segala macam cases dan section


Tapi masalahnya masa test Law baru-baru ni, aku rasa aku ada buat salah sikit, especially bahagian Section-section ~ aku tak ingat sangat number section dia tapi yang pasti aku ingat case dan ingat dia punya section tu menceritakan pasal apa :) Ya Allah, lembutkan hati pensyarah-pensyarahku ketika tanda paperku, aminnnnnnnnn ~


Okay berbalik kepada cerita asal, which is pasal gap aku 8 hari (banyak sungguh melalut aku nie), kawan-kawan aku ada paper Development Admin (DA) pada 15hb. So sebelum tu, kawan-kawan aku ada gak mintak tolong ajar, tanya itu ini. Even though aku dah amik paper DA masa intersession, aku rasa macam aku pun exam DA sekali sebab aku kena ingat balik apa yang aku dah belajar dan terangkan balik kawan-kawan aku :) Gituuuuuuuuuuu ~


Aku ada gap 8 hari, which is 10hb pukul 12 tengahari sehingga 17hb untuk paper Local Govt pada 18hb. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~ betapa bijaknya aku ni sebab 15hb aku baru study untuk Local Govt HAHA :D Teruklah aku nie -___- Kiranya macam sama je dengan kawan-kawan aku yang amik DA. HAHA :D Tak ada beza pun! Huhu ~

Bersepah meja -__-

Nota Local Govt

Bayangkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ~ aku buat nota LG nie dari 15hb sampai 16hb sebab 17hb aku dah start nak hafal-hafal dah. Weyh ingat hafal ni boleh ke dalam satu malam je? Mana boleh maaaaaaaa ~ amik masa jugak nak hafal-hafal nie. Nak-nak macam aku nie. Dah hafal satu perkara, aku pergi situ sana sini. Buat itu ini. Pendek kata tak boleh duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama -__-


Ada sekali tue, kawan aku tanya "Mai, guane mu fokus eyh kalau wat kerja? Mu study pun fokus je, duk fikir doh ke benda lain. Orang jatuh ke, mu dok paling dohh" Haaa gituu ~ pekat oorr cakap Tranung HAHA :D Tak adalah fokus sangat sebab kadang-kadang aku khayal jugak ~ Inilah rahsianya! HAHA :D

The most valuable thing that I've ever had ; my MP4 :)
Wallpaper mp4 ; my classmate :)

Once aku dah pasang mp4 aku nie, memang aku dah tak dengar pape dah! Dah tenggelam dengan dunia aku sendiri. Orang panggil pun aku tak dengar! HAHA :D Salahkan earphone dia weyh! Earphone dia terbaik wooooooooooooo ~ tak kan punya dengar orang lain cakap once kau dah pasang sebab tu kawan-kawan aku bengang je kalau aku dah pasang mp4 nie HAHA :D


Tapi depends pada orang jugak. Ada yang boleh study sambil dengar muzik, ada yang tak boleh especially kalau subjek membaca. Aku pun mula-mula macam tu jugak tapi lama-lama macam dah biasa. Tak kisah lah subjek membaca or mengira, aku redah jeeeeeeee.


Lagu? Depends jugak kepada mood. Tapi jarang aku dengar lagu jiwang-jiwang sebab nanti mengantuk time study. Tapi aku tak boleh dengar lagu Oppa Gangnam Style sebab nanti mesti aku rasa nak menari jugak dan habissssssssssssssssssssssssss hilang fokus aku HAHA :D Tapi nasihat aku ; better dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Tenang je rasa hati nie, study pun mudah masuk :) Trust me!

Dapat pembaris free :)
Masa aku tengah study, aku fed up betul bila pemadam dan pembaris aku tak ada HAHA :D Dah lah masa tu lagi brapa hari nak start exam! HAHA :D Yelah ~ bagi budak U benda ni tak berapa penting, tapi cuba fikir, kang kalau tak ada, korang boleh hidup dengan aman tak? HAHA :D


So masa aku guna card matrix aku sebagai ganti pembaris Y____Y, kawan aku FieFie Roshdi pun bagilah pembaris satu dekat aku sebab dia dah ada 3 pembaris dah HAHA :D Alhamdulillah ~ jimat duit aku nak beli pembaris baru :) Terima kasih Fieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~ :D

Jam baruuuuu ~

Kebetulan lah kan, dalam seminggu nak exam, jam aku yang dah aku guna hampir 2 tahun buat hal -__- Dah lah aku sayang giler jam tu sebab aku beli dekat Penang masa aku pergi Persidangan Mahasiswa dekat Kedah ari tue. Lepas tu, jam tu buat hal, rosak ~ Sedih aku. Aku ni dah lah tak boleh hidup kalau tak ada jam -__-


Aku beli jam yang lain tapii jam tu pun tak berjasa pada aku. Last-last aku pergi Bandar Dungun dan beli jam yang atas gambar nie. Besttt woooooooooooooo guna jam ni sebab ada orang ingatkan ni jam Swatch HAHA :D Sorry bebeh ~ ni jam biasa-biasa je :p


Masa aku tengah study, aku pun pakai lah jam nie. Lepas tu, pakat semua duk bahan aku sebab "Woo Mai ada jam baru!" HAHA :D Sabar je lah -__-


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi semasa gambar jam tu diambil dan aku masih di bilik study :)

FUNCTION 5 JARI TU APA SEBENARNYA?! :O


HAHA :D Masa ni aku tengah buat last revison pada pagi tue sebab pukul 2 aku ada exam Current Affairs tak silap aku lah ~ Lepas tu masa duk study-study dan revise for the last time tu kan, entah macamana enha, aku tertengoklah berus lappy yang roomate aku punya 


Aku pun lantas berfikir, apalaaaaaaaaaaaaaaaa function 5 jari tue? Nak korek celah-celah lappy jer? Nak bersihkan lappy ker? HAHA :D See? Masa aku duk study pun aku boleh terfikir benda yang mengarut-ngarut macam nie. Puas aku duk fikir tapi tak tahulah apa functionya -__- 


Korang tahu tak apa function die buat 5 jari tu dekat berus lappy tue? Kalau tahu, tolong bagitahu aku. Aku nak sangat tahu HAHA :D

HIGH FIVE! HAHA :D
Asal ada nama McDonald pulak nie?! -__-

Korang bayangkan lah ~ masa tu dah pukul 5.30 petang dan esok paginya aku ada test Law. Pergghhh ~ puaslah aku kasi faham Law dan semua tajuknya. Masa ni aku dah msj kawan aku dah, nak ajak dorang makan McD sebab aku memang laparrrrrrrrrrr giler! Biasalah ~ Kalau dah study lama-lama, perut pun mesti rasa lapar -__-


Tetiba entah macamana entah ada pulakkkk satu case dalam Business Law, nama plaintiff dia McDonald. Yeye ~ memang ejaannya lain tapiii sebutannya sama! Oh tidakkkkkkkkkkkkkk ~ memang lagilah aku lapar. Last-last aku tutup buku dan pergi makan jap! HAHA :D Lapar do'oh sangat dah weyh masa tue!

Bersepah meja! :O
Okaylah ~ untuk subjek Industrial Relations, aku dah amik masa intersession kan? So kawan-kawan aku yang baru nak amik sem nie, mintak tolonglah aku ajar dorang. Aku ingat lagi, Hanum, ex roomate aku masa part 1 datang dekat aku dan mintak aku ajar dia. 


So ada satu malam tue, memang aku free dan terus ajar dan terangkan dekat dia dari Chapter 1 sampai habisssssssss! Pergh memang penat tapi aku rasa puas lah sebab Hanum cakap dia faham apa yang aku terangkan dekat dia. Takpelah ~ Aku harap Hanum dan kawan-kawan aku yang lain lulus IR dengan cemerlangg, aminnnnnnn :)


Tapi walaupun tengah tension study, tengah risau dengan nak exam, tengah lapar sebab study punya pasal, tengah mengantuk, tengah pening tengok meja bersepah, tengah "sabar je lah" bila doragn duk usik jam baru, tengah lapar dan tengah musykil duk fikir apa function 5 jari dekat berus lappy tue, semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hilang bila dapat mesej nie ; 

Terima kasih :')

HAHAHAHAHAHAHAHAH :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, October 22, 2012

Taat Akan Datang Selepas Kena Control Dengan Boyfriend

 

 Assalamualaikum


Reading Hanis Zalikha's entry regarding Taat Pada Boyfriend giving me an idea to write about it :)


Okaylah ~ Once kalau dah ada BF kan, mesti rasa macam "aku wajib nak taat setia pada dia" HAHA :D Tipulah kannnnnnnnnnnnn kalau tak pernah rasa macam tue? Every girl pun pernah rasa macam tue, termasuk aku sendiri :)



Cuma kadang-kadang tu, aku rasa betul jugak HZ (nama singkatan Hanis Zalikha sebab nak cepatkan habis entry ini) cakap yang sejak bila BF kita adalah tulang belakang kita sedangkan parents kita adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kita since kita kenal dunia nie? Since when yang BF kita adalah orang yang patut kita dengar nasihatnya? Since when?


Without parents kan, ada ke kita nak jadi macam KITA pada hari nie? Without parents, masihkah mampu kita nak duduk mewah, makan sedap-sedap macam sekarang nie? Without parents, mampu ke kita nak pakai gadjet mahal-mahal, tukar HP macam tukar baju sebulan sekali? Unless kalau kau ada sumber income yang kukuh sebab buat bisness, memang kau mampu lah kann -__-


Cuba kita fikir kan, apa yang BF kita cakap, kita memang patuh je. Kalau BF dah cakap tidak, memang tidak lah setidak-tidaknyaaaaa. Kadang-kadanglah kan, aku pun macam annoying sikitlah kalau ada segelintir, SEGELINTIR sahaja yang macam kalau aku ajak dorang pergi jalan-jalan, terus cakap "Oh tak boleh. Pakwe aku tak bagi sebab blablabla ~" 



Sedar tak? Disebabkan pakwe kau yang selalu kongkong hidup kau, kau telah miss so much great moments with me. HAHA :D Kau sape Sara weyh yang orang nak sangat spend time tue? -__- K fine. Tapi I promise you if you all hang out with me, I will make you laugh. Hehe *angkat kening macam The Rock*


Disebabkan pakwewewewewewe awak yang "tak boleh macam itu ini itu ini" kau telah terlepas peluang untuk spend time dengan kawan-kawan, having a good quality time together. Yelah ~ once kalau dah hang out, mesti ada benda yang best je nak berlaku kan? Jujurlah, hang out dengan kawan-kawan adalah yang paling best kan? :) Tu pun kalau ada duitttttttt ~ HAHA :D Kalau tak ada duit, duduk je lah menghadap lappy layan Youtube, tengok Mad Markets. HAHA :D


Lepas tu, bila upload gambar dengan kawan-kawan yang kita baru hang out tadi, komen dekat FB "weyh masa bila nie? tak ajak punnn!" Uh uh ~ persoalan apakah ini? -__- Kadang-kadang kalau kita asyik diberi jawapan "aku tak nak ikut sebab pakwewewee aku blablabla" kita pun jadi fed up sikit lah kan nak ajak dia sebab dah agak dah jawapannya


Sebab apa jadi macam nie? Sebab perempuan kalau dah sayang dengan pakwe dia, dia akan taat. So kalau pakwe dah cakap "TAK BOLEH" memang selama-lamanya lah kan tak boleh -__- Kadang-kadang benda yang small the pieces pun nak cakap tak boleh jugak dan kadang-kadang aku rasa kesian sebab aku rasa kawan-kawan aku telah dicontrol oleh pakwe mereka! :O


As for me, selagi pakwewewewe kita tu tak sah menjadi suami kita, no need lah untuk taat 100%. Sebab ini semuanya takdir Allah swt. Mungkin hari ini kita bercinta dengan Si A tapi tup tup kahwin dengan si B. See? Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini?


Lainlahh kalau pakwe kau nasihatkan benda yang baik, macam suruh belajar ke sebab dia tahu awek dia selalu pergi hang out, pergi karaoke. Eh eh ~ macam aku jer? -__-


Yang tu baru betul sebab bila kita belajar bersungguh-sungguh, kita akan dapat jawab final dengan mudah dan dapat results cemerlang dan kemudian sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, dapat kerja yang best-best dan dapat gaji yang berKKK banyaknya dan kemudian baruuuuuuuuuuuuuuuu lah plan wedding yang extravanganza dengan pakwe kita tue! HAHA :D Tu pun kalau still ada jodohlah kan dengan pakwe kau yang menasihatkan kau belajar tue -__-


Jujurlah kan, siapa lah yang suka kalau hidupnya kena control? Buat itu tak boleh, ini tak boleh. Macam tak ada life langsung. Tapi kadang-kadang control itu perlu, macam nasihatkan awek kau "Sara jangan makan banyak" HAHA :D Asal nama aku kena jadi contoh weyh? T___T


We as a well human being, kena pandai-pandailah fikir mana yang betul, mana yang patut follow, mana yang unreasonable untuk difollow. mana yang kita rasa hak kita, mana yang salah dan mana yang patut diutamakan, which is family, your friends or your boyfriend. Tapi as for me, family tetap number 1 dalam hidup aku esp mama dan ayah :') Kalau mama ayah baca ni, mesti diorang terharu ada anak dara yang luahkan perasaan di blog dan bukan di depan mereka HAHA :D


Dan kepada pakwe-pakwesssss sekalian, janganlah too over control si gadis kesayangan awak tue. Sebab saya, kawan kepada gadis kesayangan awak tue, kadang-kadang rasa annoying giler dengan perangai awak yang terlaluuuuuuuuu control gadis awak. Honestly, aku sangat respect lah dengan pakwess yang "Awak nak keluar dengan diorang ker? Haa okay. Have a good time. Jaga diri!" Wa salute sama lu beb sebab faham dengan situasi kalau all girls hang out, memang dunia ini kami yang punya! Muahaha *gelak jahat*



Sometimes, saya sebagai kawan perempuan mereka rindu nak hangout bersama tapi semuanya tak boleh buat disebabkan awak yang cakap "Kalau awak pergi, kita putus!" Pfft ~ belum kahwin lagi, dah pandai ugut anak dara orang pulak! -__-


Control is good but too control is worst for them and for us too, like me! Yelah ~ aku ni dah lah single jeeee. Harapkan kawan-kawan je yang untuk berhang out sekali sekala. Tapi kalau dah semua kawan-kawan perempuan ku taat kepada nasihat dan arahan mu itu, kemanakah harus kakiku melangkah?


Renung-renungkan dan selamat beramal! HAHA :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Reunion SESTER Batch IX yang Pertama! :D


 Assalamualaikum


23hb Ogos pagi tue aku sebenarnya aku tak nak pergi pun reunion sekolah menengah aku. Okay sebelum tu aku akan kasi flow satu-satu dekat korang supaya korang faham betapa banyaknya sekolah yang aku pernah pergi


Darjah 1 - Darjah 5 : Sek Keb Port Dickson
Darjah 5 - Darjah 6 : Sek Keb Tengku Mahmud
Form 1 : Sek Men Keb Tengku Mahmud II
Form 2 - Form 4 : Sek Men Keb Tengku Mahmud
Form 4 - Form 5 : Sek Men Sains Kuala Terengganu (SESTER)


Nampak tak? :O Yang reunion aku cakapkan ni adalah reunion masa aku sekolah dekat SESTER. Dorang plan benda ni dah lama dahhhhhh ~ Masa bila eyh? Entah aku, tak ingat.


Punyalah semangat kan, siap suruh semua budak batch aku online pukul 9 malam hari Jumaat sebab nak bincang pasal reunion nie HAHA :D Yelah sebab masing-masing dah tercampak dekat serata dunia. Ada yang study Mesir, Egypt, Russia, India. Belum campur dengan yang tercampak dekat dalam Malaysia lagi :p HAHA :D


So tarikh 23hb tu, aku dah niat aku tak nak pergi sebab malassssssssssssssssssss biarpun aku dah bayar. Tapi terima kasih lah dekat Fyra yang pujuk aku. Minah tu dah cuak giler dah bila aku cakap tak nak pergi sedangkan dia dah ada dalam bas on the way ke KT HAHA :D Sebab dia cakap, kalau aku pergi, dia pergi. Kalau aku tak pergi, dia tak pergi. Gituu ~

Poster Lama :)

Yang dekat atas ni poster lama sebab after poster ni dibuat, ada banyak lagi perubahan yang kitorang buat termasuklah dari segi bayaran. Aku pegang AJK Permainan. Actually tugasan tu lama dah aku dapat tapiiiiiiiiiii memandangkan aku busy giler dengan kerja-kerja dekat U, aku pun tak sempat nak fikir huhu ~


So parents aku hantar aku dekat Stesen bas MBKT dan terus aku jumpa Fyra. Hehe :) Hari tu dah jumpa dia dah masa aku balik KK, ni jumpa lagi HAHA :D Nikmat hidupppppppppppp! :D


Lepas tu rushing giler aku dengan Fyra beli hadiah utk cenderahati. Kitorang bajet bajet berapa RM5 sorang lepas tu ke hulur ke hilir duk beli hadiah itu dan ini. Kiranya masa tu duk MBKT tu macam taman permainan kitorang je HAHA :D


Lama jugak lah aku dengan Fyra duk membeli cenderahati tu sampaikan kesian dekat Sheeda, Naemah dengan Kiki yang duk tunggu kitorang. Oh yer ~ masa ni aku tumpang kereta Sheeda nak ke Chalet Anees. Chalet Aness ni kawan aku punya so macam senanglah kitorang nak buat reunion ni sebab tempat dah settle hehe :)


Sampai je dekat bilik, aku dengan Fyra rehat kejap sebab sumpah penat giler duk membeli hadiah dan kemudian makan time! Kebetulan si Izzy pun join sekali dengan kitorang sebab masa ni tak ramai yang sampai :)


Dalam pukul 5 lebih macam, Lan ajak jumpa kejap sebab nak bincang pasal BBQ dan game petang tue. Bayangkan lah weyhhhh ~ Nak main game petang tu, masa ni lah baru nak bincang. Malam ni nak BBQ, petang tu jugaklah baru nak cari hadiah. Memang last minute punya kerja lah masing-masing hehe :)


Tapi alhamdulillah ~ berjalan jugak game petang tue. Even though satu game je yagn kitorang main, tapi aku rasa macam best lah sebab masing-masing macam sporting dan supportive lah dan willing untuk main game nie :) Sumpah happy! :D


Kitorang plan nak main belon terbang. Ramai jugak lah ~ dalam berapa pasangan entah aku kira-kira dapat. Mula-mula macam segan lah sebab yelah weyh ~ dah 3 tahun tak jumpa tup tup nak main game! Mestilah awkward giler! HAHA :D Dah berubah tau sorang-sorang kawan aku :p HAHA :D

Lan tengah tunjuk demo macamana nak main game
Posing dulu before main game :)

Cheeeseeeeeeeeeeeeee! :D

The boyss :)
The gurls <3 :=":" td="td">

And the game start! :D

Seronok! :D

Antara yang kalah awal Hehe :p
Keseronokkan terpancar HAHA :D

Lepas dah habis main game belon tue, masing-masing pulak main baling-baling baki belon yang berisi air tue. Duk kejar lepas tu baling. HAHA :D Ya Allah masa ni rasa happy sangat-sangat sebab aku sendiri dah lama tak jumpa kawan-kawan aku yang satu ketika dulu dengar dan kasi semangat dekat aku ketika aku jatuh, ketika aku sunyi. Merekalah tempat-tempat aku mengadu. Its good to see them after 3 years :)


Kitorang borak-borak, gelak-gelak ketawa dan bertukar-tukar cerita. Mostly cerita pasal study masing-masing. Mostly kawan-kawan aku study pasal yang berkaitan dengan apa yan kitorang belajar masa dekat SESTER dulu. Ada bakal dentist, engineer, doktor, pharmacist. Kalau ada yang jadi cikgu pun, jadi cikgu english, sejarah, maths, science. Aku? Dah dah ~ next paragraph pleaseeeeeeeeeeeeeeeee

Perang belonnnn!

Kami :)
From left ; Dayah, Izzy, Pkah and Fyra :)


Bab-bab bergambar, diorang lah nombor 1 :)

HAHA :D Maafkan saya :p

Ambuiii ~ rancaknya bercerita :p
Them :)
Dalam pukul 6.30 lebih tu, masing-masing dah masuk bilik dah sebab nak siap-siap untuk berBBQ pulak :) Satu bilik kiranya dalam 5 oranglah tapi hmm ~ bila dah jumpa balik after 3 years, jangan haraplah nak satu bilik 5 orang! HAHA :D Bilik aku paling ramai, atas katil 5 orang, bawah 2 orang. So kiranya 7 orang :) HAHA :D

Kecoh kecoh! :D
Masa ni kan, after gambar di atas di ambil, Lan pergi bawah dekat dengan ombak kan. Lepas tu dia amik air laut tu dan balingggggg dekat semua orang. HAHA :D Khianat betul lah ~ Maka, bertempiaran lah masing-masing duk lari untuk selamatkan diri dari terkena air laut tue :)

Ni dia, Kucar Bulana. Addlah FB dia HAHA :D

"Kami balik bilik dulu!"

After Isyak berkumpul dekat dewan tu kejap dan disebabkan BBQ macam lambat sikit, so kitorang decide main game dulu HAHA :D Main apa yer? Aku pun dah tak ingat tapi macam siapa dapat kotak, dia akan pilih orang yang berlainan jantina dengan dia untuk orang tanya soalan dekat dia yang berkaitan dengan SESTER sahaja! HAHA :D

Before the game begin! :D
Tu diaaaaaaaaaaaaaa ~ :D
Masa ni memang best lah main game ni sebab ada jugak rahsia SESTER yang terbocor. HAHA :D Sebenarnya dulu masa aku dekat SESTER kitorang macam berahsia je memasing. Gituu ~ so bila ada peluang sebegini, memang banyaklah aku nak tanya! haha :D


Tapiiiiiiiiiiii aku tak kena pun. Alaaa lagipun aku yang sibuk handle game tue, manalah aku nak kena kan? HAHA :D Overall best sangat-sangat sebab masa ni barulah macam ramai baru datang sebab petang tu tak berapa ramai sangat. Dan akhirnyaaaaaaaaaa dapat jugak aku jumpa mentee aku, Anuar! After SPM terusssss senyap tak tahu cerita! HAHA :D Tapii tak dan nak borak panjang dengan dia sebab masa mencemburui HAHA :D Ayat tak boleh blahh -___-

Semasa game berlangsung :)
Mereka :)
After dah sudah main game, penyampaian hadiah pun berlangsung :) Alaaaa bagi hadiah dekat siapa yang menang main game belon petang tue je dengan cabutan bertuah. Bertuah lah Syahir Md Azam malam tu sebab dapat dua hadiah. Simpan elok elok weyh! Kenangan tue :)

Azlan bersama pemenang tempat ketiga ; Burn dan Syahir :)
Pemenang tempat kedua ; Ecah dan Along :)
Dan ini dia JUARA game kita! Nainiman dan Capexx
tapi aku dengar dorang main tipu HAHA :D Lantok lah ~ Asal semua happy :)
After BBQ masing-masing duk bercerita. Ada yang bersila dah dekat bawah, ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk dekat pangkin. Masing-masing ada port. Ada gelak ketawa je memasing-masing. Fendi bagus skali malam tue, habis semua orang dia tanya "Study mana?" "Sihat dokk" Gituuu ~ KP kita kangggggggg :D


Aku pulak dengan Fyra lepak-lepak dengan Syahir, ketua kelas aku masa aku Form 4 dan Form 5 :) Heheheheheh masa ni lah Syahir bukak cerita pasal yang lepas-lepas yang aku sendiri tak tahu. Banyak jugak Syahir cerita dekat aku dengan Fyra masa tue. Best lah jugak sambil teringat kenangan zaman sekolah dulu-dulu. Haihh ~ memories :')


Dalam pukul 12 tu (yang aku rasa macam masih awal untuk tidur sebab dah biasa tidur lewat) aku dengan Fyra pun masuk tidur. Masuk-masuk je dalam bilik, aku tengok semua orangggggggggggg dalam bilik dah terbongkang duk tidur dah HAHA :D Aku dengan Fyra dah macam blur dah nak tidur dekat mana sebab atas katil dah ada 3 orang, bawah dah ada 2 orang lagi.


Last-last sekali kitorang pun bersempit-sempitlah tidur 5 orang atas dua katil bujang yang telah dirapatkan HAHA :D Macam seronok sangat dapat ulang balik apa yang pernah kitorang buat masa dekat SESTER dulu. After 3 years, baru boleh buat sekali lagi :')

Awal pagi esoknya :) Me, Fyra and Anis :)
Pagi esoknya, bangun dan masing-masing dah siap packing sebab nak balik :) Kejap je reunion kitorang ni sebab masing-masing pun ada kerja, kebetulan masa tu lepas raya dan aku pulak dah nak masuk UiTM dah. So memang kena balik awal lah ~


After breakfast, kitorang lepak-lepak dan say byebye dekat kawan-kawan. Tapi dorang ada plan lain sebab nak beraya rumah kawan-kawan yang terdekat dan beraya dekat rumah Ustaz Z :) So kitorang pun pergilah, pergi dua buah kereta :)


Ustaz Z memang tak sangka kot kitorang nak serang rumah dia. HAHA :D Mau dekat 3 buah kereta kot datang rumah dia masa tue. Masa kitorang baru sampai, kereta yang lain pun baru je sampai. So macam sekaligus lah kitorang serang rumah Ustaz Z :)

:)

The boys :)
From left ; Tikah, Pipoh, Nadiah, Amirah and Intan :)
Menjamu selera :D


Sebelum balik, amik gambarduluuuuuu :)
Masa jumpa Ustaz Z, Ustaz Z tanyalah sorang-sorang dah study mana sekarang nie, amik kos apa. Semua orang Ustaz Z tanya :) Lepas tu Ustaz Z cakaplah dah berubah dah masing-masing lepas 3 tahun tinggalkan SESTER :) 

Tinggi giler Burn lompat -__-

After dah sudah beraya rumah Ustaz Z, diorang nak pergi rumah Husna tak silap aku tapi Fyra, Mina dan Anis nak balik dah sebab tiket bas dorang dalam beberapa jam je lagi. So aku pun follow lah diorang sebab kalau tak aku fikir tak ada siapa nak hantar aku pergi stesen bas


So masa ni, aku tukar tumpang naik kereta Capex sebab masa on the way pergi rumah Ustaz Z, aku naik kereta Asrul. Lepas tu hug hug dengan semua budak perempuan dan Capex pun hantar kami di MBKT


Dah sampai dekat MBKT, aku, Fyra, Anis dengan Mina bukannya balik terus pun! Kitorang pergi KFC dan makan sebab masa tu rasa macam lapar giler! HAHA :D Lepas tu dalam pkul 3, Mina dan Anis balik dan Fyra pun balik jugak :)


As for me, my parents amik dan kitorang pergi mana entah -__- Dah tak ingat dah HAHA :D


Guys, this reunion is the one of the best reunion that I've ever had :) Rasa macam happy giler dapat jumpa korang balik :) Lepas ni, after 5 years ke, kita buat reunion lagi nak? HAHA :D Tapi kali ni kita buat yang lebih best lah, buat dekat hotel ker, buat 3 hari dua malam ker, buat dinner yang lebih grand dan game yang lagi best ker kan? HAHA :D


Sayang korang <3 :=":" p="p">

US :)

             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts