[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Saturday, March 30, 2013

Minggu keempat di Shah Alam!

Assalamualaikum


Hai kawan-kawan blogger semua :) Maafkan saya terlewattt mengupdate blog ini kerana err sebab macam malas sangat -.- Sebab aku penat lah ` Haih ~ penat tau takkk?! ARGHHh! *tarik tarik rambut sendiri*


Senang je nak tahu kalau aku ni tengah penat yang keterlaluan sangat. Kalau lepas Maghrib tu aku tertidur, haaa maknanya aku tengah penat lah tue. Lepas tu padan muka sendiri sebab pukul 2 3 pagi duk terkebil-kebil tak boleh tidur -.-


Minggu ini kalau nak cakap pasal study, aku macam nak ketuk kepala dekat dinding je -.- Sebab aku macam tak berapa nak faham sangat. Macam dalam skala 10 tue, aku faham dalam 7 macam tu je. Nampak tak? Asal tak dapat full marks weyh?! Tension aku


Dalam Business Law's class. Eh eh asal pipi aku macam tue? HAHA :D

Lepas tu, aku macam busy dengan meeting sebab aku ada kena handle dua event. Satu event ni aku risau sikit sebab aku jadi Timbalan Pengarah Projek tapi aku macam tak berapa nak tahu sangat. Bila boss aku suruh aku update, aku macam blurr blurr HAHA :D Bapok kejam weyh! Kenapa aku jadi macam nie? HAHA :D Nasib baik boss aku faham dengan situasi aku :)


Hmm ~ minggu ni aku rasa tak ada banyak cerita nak tulis sangat lah. Sebab semuanya macam okay dan aku lalui dengan happy :) Yup ~ most of my weekdays berlalu dengan keadaan aku senyum dan happy je. Alhamdulillah, terima kasih atas kurnianMu ini Ya Allah :) Semoga ianya berterusan, insyallah


Eh eh ~ minggu keempat di Shah Alam kan? Maknanya dah sebulan jugaklah aku di Shah Alam! :D Alhamdulillah, sebulan dah jadi budak Degree. HAHA :D So far so good lah :)


Actually, aku tak tahu nak update dan tulis apa. Cuma adalah beberapa keping gambar aku amik, untuk tatapan anda minggu ini :)

RINDUNYA DENGAN BORTAK BORTAK SAYA! :'O

Happy birthday Hamidin Abdul Jalil. Walaupun mulut kau laser, tapi laser kau tu hanya di mulut sahaja,
bukan di hati kan? HAHA :D 

Petang semalam :) 6 chicken chops please utk kami? HAHA :D 

Dah lah, malas nak tulis apa-apa dah. Macam tak ada mood -.- Papehal, add dekat Instagram je HAHA :D Dekat situ aku memang aktif


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, March 22, 2013

Minggu Ke3 di UiTM Shah Alam!


Assalamualaikum


Everybody! HAHA :D Weyh yang term "Everybody" ni memang sumpah akan buat aku gelak. Dia macam kau nyanyi lagu apa entah tapi nak sebut "everybody" ni macam ada lagu-lagu dia sikit. Alaaa tak tahulah nak cakap macam mana nak kasi orang faham -.-


Alkisahnya sebab Ustaz yang ajar kelas Arab ni kelakar tau? Dia ni suka suruh sorang-sorang sebut huruf Arab dengan betul. So bila dah satu kelas yang hampir 30 orang duk test test cakap bahasa Arab sesama sendiri, tak ada siapalah nak dengar dia cakap dekat depan kelas kan? So dia akan menjerit depan kelas sambil cakap "Everybody!" dan lepas tu satu kelas akan gelak macam hape


Okay tuh diaaaaaaa ~ mukadimah untuk minggu ketiga punya cerita! HAHA :D Minggu ketiga aku di Shah Alam :)

Malam Tautan Kasih Kolej Melati di Stadium UiTM Shah Alam :)
UiTM Di Hatiku <3 -.-="" alaaa="" huruf="" nampak="" pulak="" tak="" td="" u="">

Aku macam busy sangat-sangat. Kalau tak ada kerja nak buat, mesti ada meeting JPK sebab aku sekarang ni dah macam terlibat under AJK Kolej Melati dan esok ada rewang, buat Kenduri Sekolej. Semua kolej UiTM Shah Alam akan buat rewang :) So as for me, malam ni dah kena turun nak rewang ramai-ramai :) Nak prepare apa-apa yang patut untuk kenduri esok pagi :)


So aku rasa, maybe dalam satu minggu, aku akan try update sekali je cerita dan beserta dengan gambar-gambar HAHA :D Insyallah, i will try my best :) Aku bukan apa, lately ni macam lebih online melalui HP je. Nak online dengan lappy, macam leceh pulak nak tukar-tukar simcard bagai  -.-


Kalau nak cerita pasal kelas, alhamdulillah aku dah dapat catch up sikit-sikit. Macam minggu lepas, fokus tak ada. Tapi minggu ni, fokus dalam 70% dah. Lagi 30% masih duk main-main dalam kelas. Lecturer duk sibuk cakap dekat depan, aku duk berwayang gambar dekat belakang HAHA :D Jenis aku nie, kalau mengantuk dalam kelas, suka amik gambar. Better amik gambar dalam kelas dari kau tidur dalam kelas sambil meleleh air liur. Ni pendapat aku lah hehe :p

Dalam kelas mana boleh stress sangat. Kena ada gak main-main skit hehe :p

Oh ya. Aku baru perasan yang minggu ni kan, aku dengan classmates aku sukaaaaaaaaaaaaaaa betul amik gambar! Esp kalau dah habis kelas je, mesti masing-masing akan berkumpul ramai-ramai dan lepas tu aku lah yang akan start "Jom amik gambar!" Lepas tu masing-masing amik port dan aku lah yang amik gambar HAHA :D Bukan sekali weyh, berkali-kali pulak tue! HAHA :D


Lepas dah amik gambar, sibuk masing-masing suruh tag dekat FB lah, whats app lah ~ Biasalah, sekarang semua dah maju kan? Eh eh ~ cakap pasal maju kan, sekarang ni aku tengah duk main WeChat HAHA :D Sedap woo ~ macam walkie talkie pulak dah aku duk main benda tu dengan bisfin aku dekat Sabah. Pukul 1 2 pagi pun duk gelak main benda tue HAHA :D Okay dah melalut jauh dah nie -.-


After class, tungguh Aup, Fahira, CK dan Akma - nak balik bersama-sama katanya
Sweet tak kitorang?! HAHA :D
After class Account :) This is my fav picture of us so far :)
Teha cakap gambar ni pasal "Mata pisang dan anak-anaknya" HAHA :D
Tengoklah mata aku tue -.-

Dalam duk keghairahan dalam kelas kan, weyh asal ayat aku macam berbunga dan sastera sangat nie?! Adalah satu hari tu masing-masing duk kecoh sebab kelas subjek Elektif, Quality Management kena tutup sebab tak cukup students. Kalau tak cukup 15 orang dalam kelas, memang kelas takkan dibuka. Itu yang aku tahu lah


So kelas QM ni mostly budak-budak Dungun amik subjek ni tapi hanya beberapa orang sahaja yang amik subjek Malaysian Premiership Studies aka MPS sebagai elektif termasuk aku. Sengaja aku amik MPS sebab nak study lebih mendalam pasal our Prime Ministers kita :) Tapi sayangnya kelas diorang dalam 13 orang je so automatik kenalah tutup


Agak kesian lah mereka-mereka yang amik QM ni sebab nak kena daftar kelas lain dan amik subjek elektif lain. Sebab subjek SOMA aka Social Marketing dah penuh kuota. Subjek International Relations (IR) dan apa entah satu lagi tak ada orang nak amik so terus tak ada kelas tu langsung. Subjek MPS pulak macam susah sikit tapi seronok untuk belajar, as for me lah :) Tambah-tambah pulak, lecturer MPS aku memang terbaik lah ~ sangatsangat terbaik. #TabikSpring dengan PM Shaha!

Muka-muka yang tengah sedih sebab kelas QM dah nak kena tutup tapi bila nak di amik gambarnya,
terus senyum je HAHA :D 

On the way balik Kolej. Pun bolehhhhhhh amik gambar dekat parking kereta!
Posing pulak dekat kereta orang HAHA :D


Tadi di awal entry aku ada cakap aku jadi AJK Kolej Melati kan? So malam tadi kitorang ada meeting pasal Kenduri Sekolej tu. Kebetulan aku dengan Faezah kan di bawah satu biro yang sama sebab makcik ni tarik aku duduk bawah dia HAHA :D Atleast dengan cara macam nie, kitorang dapat spend time sama-sama ;)


FYI, dulu dekat Dungun, aku dengan Faezah ni ibarat macam belangkas lah ~ Mana ada dia, ada aku. Mana ada aku, ada dia. Aku, Faezah, Lisda, Angie dan Hani - membentuk satu kumpulan perempuan yang paling giler dan bising di abad kemunculan batch kami di Dungun HAHAHAH :D Siapa yang follow blog aku dari awal, memang tahulah pasal nama-nama yang aku sebutkan nie :)



So bila Faezah dekat Shah Alam, aku pun macam happy lah ~ Berbalik pada meeting tue, orang dekat depan duk sibuk dan bahagikan tugas-tugas apa yang nak dibuat, aku dengan Faezah duk bukak table for two dekat row belakang. HAHA :D Duk berborak macam hapeeeeeee. Sumpah rindu okay nak berborak lama-lama Y.Y

Oh cantiknya kami -  ini adalah caption yang Faezah suruh letak bila
aku tanya nak letak caption apa HAHA :D

Minggu ini, aku rasa aku ada 3 assignment nak kena buat. Hoooooooooooooooooooooo ~ 3 assignment dan semuanya nak kena dalam minggu depan, KOT? Macam was-was pulak aku rasa bila duedatenya HAHA :D Tak silap aku, CTU aku kena present minggu depan, HRM aku ada dua case study nak kena buat ; satu minggu depan nak bincangkan dan satu lagi minggu yang tak ditentukan lagi bila nak dan satu lagi assignment MPS pasal PRU 13 ni. Okay foineeeeeeeee ~ kena buat research dah nie Y.Y


Goodluck Mysara Newrie :)

THIS! Buat aku rasa nak muntah kuew tiau kungfu yang aku tengah makan
bila pakwe kawan baik aku whats app macam nie
padahal masa tu aku tengah whats app dengan awek dia HAHA :D
Jealous lah tu makwe dia layan aku HAHA :D
      

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, March 15, 2013

Minggu Ini Punya Cerita Di Shah Alam :)

Assalamualaikum


Hmm ahhh ~ tak tahu nak tulis apa -___- Tapi rasa macam nak tulis jugak :)


Okaylah. Buat masa ni, aku dapat pegang jawatan. Actually, tak adalah jawatan sangat pun, macam lebih kurang seketeriat kolej kot? Aku under Biro Kesenian dan Kebudayaan. Haa ~ entah apa aku nak berseni dan berkebudayaan pun taktahu lah  -.-


Tapi its a good thing you know? Sebab yelah ~ dekat Dungun dulu, aku macam aktif dengan fakulti. Tapi untuk Degree ni, aku rasa macam nak involve dengan kolej, so yeah ~ Kebetulan, Faezah pun terlibat sama. Haa ~ hape lagi?! Meh lah join HAHA :D


Lepas tu, dalam kelas pulak, kalau ada apa-apa yang lecturer cakap "Okay we need a class rep" habis pakat satu kelas duk menjerit nama aku, "MAI! MAI! MAI!" Hoiii ~ dah berapa buah kelas dah aku pegang ni weyh ~ Kasi chance dekat orang lain pulak, kang aku takut ada orang tak puas hati pulak aku pegang semua kelas :) Heheh ~ #random HAHA :D


Setakat ni, aku rasa macam bersyukur sangat-sangat sebab aku rasa aku dapat sesuaikan diri aku dengan UiTM Shah Alam nie. Cuma kalau nak naik bas tu, aku macam was-was lagi so masih perlukan teman :) Nanti kalau lama-lama, aku rasa macam tak ada masalah kot aku nak naik bas sorang-sorang hehe 


See? Kan aku dah cakap, just give me time and everything will be okay :) Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah :)


Sekarang ni pulak, aku macam nak biasakan diri dengan kelas-kelas dan lecturer pulak. Tadi pun dah belajar dalam 2 kelas, aku macam masih blur blur dan kejap fokus dan kejap hilang fokus. Aku macam rasa aku melayang-layang, otak aku entah ke mana pergi alih-alih aku dah sedar aku dah hilang fokus. So benda ni, aku rasa macam bahaya jugak kalau aku biarkan ianya menjadi berterusan so aku rasa aku kena amik tindakan yang sepatutnya. Insyallah, by next week everything will be okay :)

Dalam kelas HRM pagi tadi
See? Masa ni dalam kelas, aku macam duduk belakang sikit dan terus amik gambar. Aku tak tahu kemana fokus aku dah menghilang masa nie. Lepas tu simpan HP balik dan sambung dengar apa yang lecturer cakap. 


Maybe sebab pagi tadi aku masuk kelas HRM dengan tak ada notes langsung kot ~ Sebab kalau dah memang di tangan aku tak ada notes, memang tak lah aku nak fokus kan? So lepas nie, sila sediakan notes awal-awal yer? Jangan jadi macam tadi, tak baik! Ingat tue!


Nasib baik kelas petang tadi, kelas Malaysian Premiership Studies aka MPS aku macam betul-betul fokus dan salin apa yang lecturer cakap cuma otak aku pulak macam tengah berada dalam mamai lagi -.- So lepas ni, wahai otak, sila bangun yer? Your honeymoon year had come to the end!

Tutorial HRM
Tapi dalam otak aku macam mamai lagi, aku masih tak fokus dalam kelas lagi, satu je yang aku rasa puas hati. Tulisan aku weyh! Tulisan aku masih sama macam Diploma lagi walaupun dah lama tak menulis! HAHA :D Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ~ aku suka tulisan aku sebab aku tulis diorang. Bila tulisan kemas dan comel, kita pun jadi semangat nak belajar tau? #teorisendiri


Dan the top story of this week adalah pada hari Isnin baru-baru nie. Aku duk cakap dengan budak-budak kelas aku "Mad dengan Shafiq pakai baju sama, beli sama-samalah tue" tanpa sedar yang aku pun pakai baju yang sama Y.Y Sekali dengan slumbernya Liza cakap "Eleh kau! Cakap dengan orang lain, kau pun sama Mai!" Terus aku gelak sakan dengan diorang semua macam hape HAHA :D Weyh sumpah aku tak sedar yang aku pakai baju sama dengan diorang! HAHA :D Kebetulan betul lah ~


Masa nak amik gambar sama-sama, Midin tengok je kitorang lepas tu dia cakap "Dalam korang tiga orang, aku rasa Mai paling handsome sekali" Eh eh ~ apa keheyyy nyoo yeop? Even classmates kitorang yang baru kitorang kenal pun cakap "Eh korang dah berjanji ke nak pakai baju sama?" HAHA :D Tepek betul atas hidung! HAHA :D

HAHA :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, March 10, 2013

After 4 years of Blogging, This Is What I've Achieved


Assalamualaikum


Tangan rasa macam nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa tapi nak jugak tulis! Mengada -.- Time ada benda nak tulis, malas pulak. Time tengah rajin, tak ada idea pulak -.-


Okaylah ~ aku perasan yang macam errr ~ hmm how can I put these into words? Hmm ~ okaylah ~ senang cakap macam orang kenal aku melalui blog. Orang baca cerita-cerita aku, orang tahu siapa aku nie melalui blog, orang follow blog aku dan heyy ~ its almost 3K followers! :D Terima kasih korang! :D


Aku tahu, aku ni bukan hijab fashion HAHA :D yang pakai tudung ala-ala Hana Tajima semua tue, yang bergaya macam diorang, superstar. Aku tahu aku ni tak cantik macam Hanis Zalikha tapi aku tahu aku comel macam Mysara Newrie. HAHA :D Okay okay ~ malu pulak cakap macam tue 

Gambar raya dekat Giant :p

Tapi aku tahu satu perkara - aku dapat followers yang ramai dan orang baca blog aku adalah disebabkan cerita aku :) Cerita aku pasal life aku, study aku, family aku, kawan-kawan aku dan aku kadang-kadang meluahkan perasaan melalui puisi-puisi aku, bagi pandangan aku tentang certain things dalam hidup aku dan sekeliling aku. Yelah ~ dah nama blog, memang aku ceritakan je lah apa yang aku rasa :)


Kalau tanya pasal perasaan aku, memang aku sayang dengan blog aku :) Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terlintas nak tutup blog tapi bila aku cakap macam tue, konfem lah kawan-kawan aku akan cakap "Kau giler Mai nak tutup blog?! Janganlah tutup blog!" Actually, ayat kedua je yang diorang selalu cakap, ayat pertama tu saja tambah, kasi sedap sikit cerita HAHA :D


So dalam duk sibuk-sibuk dalam keghairahan aku update blog, tak sedar aku dah hampir 4 tahun berblogging dan yeah ~ almost 3K followers dan more than 1K entries yang aku dah taip :O Wah wah wah! Amendalah aku duk tulis dan update sampai lebih dari seribu nie?! :O


Aku terharu sangat-sangat bila ada orang datang kepada aku dan cakap "Awak Mysara Newrie, penulis blog kan? Saya kenal awak melalui blog" Aku suka sangat-sangat bila orang cakap macam ni dekat aku, macam terharu sangat tapi tak tahu nak cakap apa HAHA :D Macam akan tersengih dan tersenyum je HAHA :D Terima kasih korang :)

Taken semasa Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 3 di UiTM Merbok, Kedah :)

So dalam sedar tak sedar, aku macam perasan yang ada certain bloggers di luar sana, yang sangat bermurah hati, yang baik dan setia bersama dengan blog aku - telah mengreviewkan blog aku :) Diorang komen dan bagi pandangan tentang blog aku :) Ya Allah ~ terima kasih sangat-sangat kepada anda semua :D


Mungkin aku terlepas pandang tapi buat masa nie, aku baru dapat jumpa 3 blog yang dah review dan komen pasal blog aku :) You are so nice and sweet person to do that, you know? :) Terima kasih sangat-sangat sebab sudi taipkan satu entry untuk bercerita pasal blog aku :) Seriously, tak sangka sangat-sangat sebab yelah ~ korang bercerita pasal aku, so terharu dekat situ :')


Dan yang paling terharu, aku sebenarnya macam terperanjat jugak lah bila ada orang yang bagitahu aku "Saya berblogging sebab awak" Mereka jadikan aku inspirasi untuk aku berblogging. Ya Allah, yang ni memang di luar kuasa aku nie! Aku tak sangka pulak dah jadi macam sebegini. Terima kasih korang :)


Okaylah ~ kalau korang ada terjumpa blog yang ada review pasal aku ke, korang ada review dan cakap pasal aku ker (aku rasa macam nak tumbuk muka aku), just put your link entry dekat comment box ini ataupun dekat shoutbox aku tue :) Insyallah ~ aku akan baca dan letak balik link entry korang dekat sidebar blog aku, macam yang aku buat dekat bawah nie :)

Your section guys :)

So macam fair and square kan? Cuma maybe cepat atau lambat sahaja aku akan tengok sebab al-maklumlah aku kan dah start belajar nie. Maybe aku akan cepat atau lambat reply comments korang. Maaf yer?


Haaaaaaa ~ lepas ni jangan percaya cakap aku kalau aku cakap tak ada idea sebab dalam tak ada idea pun, panjang jugak aku menaip ni hah ~ Ni tak ada idea, dah panjang berjela entry macam nie. Kalau dah ada idea? 


p/s : One of my friend asked me this morning "Mai, kau tak nak terbitkan cerita kau dalam buku ker?" Aku macam speechless kejap. Eh?

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, March 08, 2013

1st Week As A Degree Student

Assalamualaikum


Its weekend bebeh! Masa nak tulis blog jap pasal cerita aku sejak duduk dekat Shah Alam nie


Ya Allah! Minggu pertama sebagai student Degree selepas berbulan-bulan bercuti adalah sangat-sangat memenatkan! Seriously weyhhhhhhh ~ sumpah aku tak tipu! Memang penat sangat-sangat! Rasa nak demam dan pengsan pun ada! :O


Nampak dramatik tak? HAHA :D


Okaylah ~ lets keep it simple and rileks okay? Agar korang yang baca pun tak adalah rasa cuak macam aku rasa HAHA :D


Mari mulakan dengan cuaca dekat Shah Alam nie -.- Ceit ~ macam dah pembaca berita kaji cuaca pulak dah aku nie -.- Okaylah ~ cuaca dekat sini adalah sangat-sangat panas. Bukan sahaja panas okay? Ini adalah cuaca yang panas terik! Panas yang sangat-sangat terik sehingga rasa macam pedih kulit ni akibat sinaran UV yang memancar dan menerobos masuk ke liang-liang roma kulit kita


Giler ayat nak dramatik lagi -.-


Tapi betul sangat-sangat -.- Dekat sini panas sangat. Kalau yang suka pakai make up, aku nasihatkan tak payah lah pakai make up sebab konfemmmmmmmmmmm semuanya akan cair. Betul, aku tak tipu nie! Kalau nak pakai sangat, pergi fac dulu dengan muka bogel (merujuk kepada muka natural tak pakai make up. Mana aku dapat idea nak buat istilah ni, aku pun tak tahu. Main terlintas dalam otak je) lepas tu masuk tandas dan make up. HAHA :D Tapi atleast better panas kan dari hujan? Sebab kalau hujan kan, takut susah pulak nak pergi kelas :) Takpe, mungkin aku baru duduk sini dan tak biasa lagi. Lama-lama okaylah nie :)

View from the top of building of my fac :) #nofilter

Okay. Tarik nafas. Lepas tu fac aku pulak, Fakulti Sains Pentadbiran terletak di atas puncak bukit tau. Haha :D Asal ayat aku nie?! Nak dramatik jeeeeee ~ masuk ASWARA je lah senang! HAHA :D Jadi pemuisi ork? HAHA :D


Okay sambung sambung. Sorry aku melencong ke arah lain -.- Nak pergi ke fac aku pulak tue, kena naik tangga yang mahatinggi macam tangga Batu Caves tue. Penat sangat-sangat. Kadang-kadang aku rasa one of the reason kenapa aku penat adalah sebab naik tangga dan mendaki bukit bukau HAHA :D Yelah ~ bercuti berbulan-bulan lepas tu tetiba buat benda ni semua, memang badan terkejut lah kan?


Lepas tu hmm ~ aku dah dapat Baucer Buku dah! :D Yeayy ~ aku ingatkan nak buat something dengan baucer ni dengan beli novel :p tapiiiiiiiiiiiiiiiiii lecturer dah suruh beli buku so aku rasa better hold on dulu. Beli novel tu lain kali lah ~ Yang penting, beli buku nak belajar dulu :) Tetiba rasa macam innocent -_____________- Tapi nak pergi amik Baucer tu pun, kena beratur panjang jugak -.- Penat lagi dekat sini. Hmm ~ takpelah, demi ilmu, ku relakan juaaaaaa ~

Baucer buku - fresh dari Pejabat Bendahari :)

FYI, antara semua classmates aku, aku seorang sahaja yang dapat dekat Shah Alam Y.Y Actually Hani pun dapat dengan aku tapiiii she decides to further her study in UK so so so ~ aku keseorangan di sini. Kena bergaul dengan kawan-kawan baru, kena try masuk dengan geng-geng kawan-kawan Dungun yang lain. Memang aku rasa awkward sangat-sangat tapiii takpelah :) Lama-lama nanti, mesti akan okay, i hope :) In Shaa Allah :)

From Dungun to Shah Alam, here we are! :D

Dan latest info pulak, aku dapat tahu yang most of kawan-kawan aku dapat dekat Dungun. Diorang semua pula suruh aku tukar kampus. Ceit ~ menggoda sungguh! HAHA :D Memang lah macam best kan dapat pergi join diorang balik semua tapi sampai bila kan aku nak depends pada memori lepas? No matter how hard it is, life must be go on whether you want it or not :) Wewitt ~ speaking boh! :D


Eh eh ~ aku baru teringat. Aku sebenarnya terharu sangat-sangat bila ada orang yang baru kenal dengan aku, yang bakal jadi classmate aku, yang terjumpa dekat fac ke cam dan kenal aku :) "Eh eh awak ni Mysara Newrie yang ada blog kan?" Aku terus jadi speechless sangat-sangat sebab orang kenal aku melalui blog! :D Happynya Ya Allah! HAHA :D Ada sehari tue, sampai dua kali kot orang cakap macam tu dekat aku! :D Memang terharu sangat-sangat! :D Terima kasih korang sebab baca blog aku ni :) Memang terharu betul mak nokk ~ haha


Pasal kelas pulak, 1st week ni biasalah ~ macam kelam kabut sikit lah nak arrange kelas, nak masuk kelas mana, nak pilih 3rd language apa, nak pilih elektif apa. Lepas tu macam pening sikit nak cari kelas tak tahu dekat mana, naik turun tangga (LAGI?!) sampai ke Tingkat 4. Huhu ~ tapi takpelah :) Demi kelas! Demi ilmu! Takpe! :D Setiap langkah kaki nak pergi melangkah ilmu tu, dapat pahala tau?

Jadual kelas aku, yang paling latest dah ni huhu

Apa yang aku boleh concludekan dekat sini, 1st week ni memang agak tough jugak bagi aku. Aku macam perlukan masa untuk sesuaikan diri dekat sini. Suasana dekat sini memang lain dengan Dungun, semua benda! Semua benda okay, maksud aku? Semuaaaaaaaaaaaaa ~ Tapi makanan dekat sini jauhhhhhhh lagi murah dari Dungun! Itu yang pasti! :D yeay yeay yeay ~


Bukan aku mengeluh, aku tak okay ke apa, aku homesick ke, aku stress ke apa ke - bukan! Cuma aku just rasa macam penat dan bila kita penat, kita akan jadi moody dan macam aku nie, kalau aku penat, aku lebih suka simpan dan senyap je. Aku tahu, benda ni mungkin sekejap je sebab ni adalah 1st week aku dekat sini. What do you expect kan? Maybe aku perlu dapatkan vitamin kot ~ Any suggestion what kind of vitamin?


Aku tahu semua ni pasti akan amik masa untuk aku sesuaikan diri. Aku tahu aku boleh dan hadapi semua nie. Cuma macam aku cakap tadi, its all about time :) In Shaa Allah, kalau dah lama-lama nanti, semuanya akan okay :) Doakan aku yer?


Kepada kawan-kawan baru aku, terima kasih sebab kenal dan sudi nak hulurkan salam perkenalan :) Maaflah yer kalau kadang-kadang aku tak ingat nama korang. Maaf sangat-sangat! Kepada kawan-kawan dari Dungun, yeahh ~ here we come! Mari kita jaga nama baik Dungun! :D Dah asal macam assabiah sangat nie?! :O Tarik rambut kang ~


Hmm apa lagi yer? Oh ya ~ jemput-jemputlah yer baca puisi aku HAHA :D Kalau Fynn Jamal ada buku Puisi Tepi Jalan, aku ada Puisi Tepi Kelas sebab aku buat puisi ni masa tengah tunggu lecturer masuk kelas HAHA :D


Klik sini kalau nak baca. Macam hapeeeeeee je duk main jiwang-jiwang dalam kelas -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, March 07, 2013

Aku Tak Betah


Suasana ini asing
aku tak betah
aku tak biasa


Mungkin dulu aku di timur
kini aku di barat
terus berpusing dunia aku
sungguh,
aku tak biasa


Berat pada mulanya
tapi tak apa -
mungkin semua ini amik masa
aku akan cuba


sementara itu
jika ada salahku
jika ada silapku
jika ada alpaku
tegurlah aku
pimpinlah aku
suka untuk aku terima
dengan hati yang terbuka


dan
kepada engkau di sana -
jaga diri baik-baik



p/s : masih cuba untuk biasakan diri di Shah Alam nie. Doakan aku :)


 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, March 04, 2013

Day 10 - Item Last Purchased

Assalamualaikum


Sebenarnya aku nak sangat tulis blog ni haaaa cuma tak tahu nak tulis apa -.- So takpelah. Mari kita main 30 days tu yang aku rasa dan konfem konfem dah lebih dari 30 days -.- Dasar pemalas nak update blog! *sekeh kepala*




Memandangkan aku baru masuk UiTM ni, so macam banyakkkkkkkkkkkkkkkkk giler barang aku beli. Dah tu?! takkan aku nak upload semua gambar kan? Non hadoo ~ tak ada kuasa aku nak amik gambar satu persatu. Tak ada masa. Baik aku tidur HAHA :D


Okaylah ~ kalau last purchased, hmm ~ aku rasa hari aku mendaftar baru-baru nie. Aku beli benda ni, murah je mak nokkk ~ tak sampai pun RM5. Boleh dapat dekat 7E je tau? Tak payah kau nak gigih pergi Sogo, KLCC bagai HAHA :D


Apa tue? Ni hahh ~ hehe

Panadol Soluble! :D

Aku syak yang aku kena flu ni lepas aku kemas-kemas barang-barang aku dekat kampung aku. Habisssssss semua barang aku bukak balik dan habis habukk semua masuk hidung maaa :O Since from that, aku macam terus je kena flu sampai sekarnag -.-


Dan yang paling tak bestnya, bila flu kan, habis satu badan pun rasa macam lemah semacam je. Rasa macam nak demam je -.- Hari pertama aku mendaftar punn badan aku macam dah demam. Haih ~ dugaan betul


So disebabkan tu lah, after lunch aku terus pergi Panadol Soluble nie. Lepas minum, terus rasa macam okaylah sikit dari sebelum tue. Legalah sikit. Tapi sekarang ni pun asyik berair je haa hidung aku nie -.-


Aku ni, kalau dah kena flu, memang teruk giler. Amik masa yang lama jugaklah nak baik macam biasa. Aku suka makan ubat flu sebab kasi kita rehat sebab side effect dia mengantuk kan? Tapi kalau aku dah makan, memang banyaklah kerja aku bertangguh  -.- Dah sedih dekat situ HAHA :D


Okaylah ~ tamat sudah lintas langsung dari UiTM Shah Alam! :D Selamat berhari kerja :D *ada ker? -__-'


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, March 02, 2013

Hai, Saya Dah Daftar Degree :D


Assalamualaikum


Hai kawan-kawan. Jangan percaya dekat entry yang sebelum nie, cakap byebye bajet macam lepas ni tak update blog tapiiiiii non hadooooooooo ~ haha :D

Eh suka hati aku lah nak update ke tak. Ada aku kisah? HAHA :D

Okaylah ~ hari ni, Alhamdulillah, aku dah selamat mendaftar di Kolej Melati :) Aku dapat Tingkat 2. Weyh weyh ! Ada lift woo! :D Bagus, terbaikkkkk! Tak payah aku naik tangga. HAHA :D Tapiii fac aku macam kena daki bukit sikitlah kalau nak pergi kelas huhu


Apa yang best dan bagusnya, proses nak daftar pelajar dekat Kolej Melati ni adalah sangat-sangat terbaik! :D Aku memang bagi 5 star lah! Sebab just tulis borang sikit, bagi borang tu dan terus dapat kunci dan teruss dapat masuk ke dalam bilik! :D Tak payah nak beratur bagai. Bagus bagus! :D *clap clap*


Oh ya, aku dapat bilik yang 2 orang punya :) So terus macam imbau kenangan masa dekat SESTER dulu sebab dekat SESTER pun aku dapat bilik 2 orang jugak :) Jujurlah, aku jenis tak kisah pun sebab yelah ~ dekat bilik, aku jarang cakap dan suka macam duk diam je sebab nak kumpul tenaga sebab dalam kelas nak buat bising! HAHA :D Boleh pulak kannnnnnn?


Okay, gambar bilik buat masa ni tak ada lagi sebab aku rasalah kan, macam bilik ada privacy kot? Hehe :p So buat masa ni, tak nak upload lagi. Esok lusa tak tahu lah HAHA :D

My college :)

Hmm nak tulis apa yer? Hmm macam biasalah. Kalau daftar sebagai pelajar baru, satu hari pasti akan penat dengan angkat barang-barang je -.- Jenis aku pulak, memang banyak giler barang okay? Teruk betul aku kena dengan adik aku kalau dia tahu aku nak daftar masuk atau dah tamat semester.


Aku tak ada pulak amik gambar barang-barang. Dah lah ~ ngeri kot aku nak bayangkan betapa banyaknya aku bawak barang-barang -.- Masalahnya, bila aku dah fikir-fikir balik, semua barang tu memang aku nak guna okay? Memang kena ada! So aku dapat kurangkan rasa bersalah sikit tue :p


Aku rasalah kan, aku ada bawak 2 beg baju yang saiz XL, 1 baldi, 1 beg kecik dan 1 paper bag kertas tu. Campur dengan payung lagi, lepas tu hmm ~ plastik stok makanan lagi HAHA :D Kesian betul dekat mama ayah :( Angkut barang aku yang superbanyak. Huhu

Assignment pertama HAHA :D

Eh eh ~ tau tak?! Masa aku duk sibuk-sibuk nak angkut barang, boleh pulak kannnnnnnnn aku rasa demam semacam je badan aku. Boleh pulak berpeluh dan panas dalam. Tambah teruk lagi, aku tengah ada selsema sekarang nie -.- Sedih tau tak? Orang lain happy je angkut barang, aku pulak duk srettt srett srettt hidung aku nie -___-


Even sekarang pun rasa macam tak sihat sangat ni tapi better lah dari tadi :) Doakan aku sihat seperti biasa hehe


Sebaik sahaja aku kemas barang, lepak dengan jiran depan bilik aku. Haaaaaaa ~ nampak kan?! Nampak kannnn yang aku mudah bergaul dengan orang? HAHA :D Baru daftar siang tadi, petang terus lepak dengan jiran bilik depan :) Hehe


BTW petang tadi, Faezah dan ehem ehemnyaaaaaa HAHA :D amik aku pergi makan :) Sebab aku mengadu dekat Faezah, aku lapar dan kebetulan dia ada dalam kolej sebab nak daftar sebagai pelajar lama ;) So kebetulan tu, kitorang pun lepak dekat PKNS kejap dan before Maghrib tadi, dah balik :)


Tapi tak ada gambar sebab teruja sangat jumpa dan lepak dengan makcik tue Hehe :p Dan malam ini, aku tak tahu nak buat apa. Mungkin berjiwang dan buat puisi kot :) 

Pekjah cakap sini ada library :)
Manalah tahu kan, aku dapat sumber inspirasi utk buat puisi dekat library HAHA :D


EH EH MALAM NI BARCELONA LAWAN KAN?! TOLONG UPDATE SIAPA MENANG DEKAT TWEET AKU! AKU TAK BOLEH TENGOK! STRESSS STRESS STRESS! :O Dan tolonglahhhhhhhhhhh Barcelona, awak menang boleh tak? Menyampah dah aku dengar asyik kalah je 
-__-

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, March 01, 2013

Tulis Semuanya


Tuliskan sahaja tentang dirimu
semua sekali
pengen sekali untuk aku tahu
satu persatu


Tuliskan semuanya
baik dan burukmu
aku akan setia melihatmu
bercerita semuanya
mendengar tanpa bosan


kerana kau
adalah sebahagian dariku
dalam hati ini


28/2/2013
Dalam kereta


 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saya Dah Nak Sambung Belajar! :D


Assalamualaikum


Hai semua :) Lately ni, malas nak cerita pasal diri aku. Lebih senang bermain dengan kata-kata dan puisi sahaja. Sebab aku rasa dengan cara tue, aku dapat rasa satu kepuasan bercerita. Nasib korang lah nak faham ke idookk yang pasti aku puas PUAS PUASSSSSSSSSS! 


Nampak kronik dah kan aku nie? -__-


Okaylah ~ tujuan aku update entry ini, giler lah ~ aku rasa macam skema dah! Macam teks ucapan Pengerusi Majlis masa aku jadi MC Form 3 dekat Tengku Mahmud dulu! HAHA :D Okaylah ~ next terus lah `


Aku just nak bagitau, esok lusa aku dah nak mendaftar masuk ke UiTM Shah Alam! :D Yeay yeay ~ muka je nampak happy tapi dalam hati sebenarnya risau sebab yelah ~ kita mana tahu kan life dekat sana? Plus, dengan orang yang macam aku nie. Innocent HAHA :D Eh betul lah ~ kawan-kawan mama cakap aku ni innocent je. I shy ~ 


Takpelah ~ yang tu semua tak penting sebab yang penting, aku nak masuk UiTM nanti, nak study betul-betul, nak dapatkan CGPA yang tinggi tinggi, tak nak dah jadi macam Diploma which is CGPA aku cukup-cukup makan. Tak nak


Hmm ~ apa lagi yer? Oh biasalah ~ bila dah nak masuk UiTM, barang-barang pasti akan kena bawak. Kali ni aku macam try lah nak limitkan barang-barang sebab dah di Shah Alam tapi non hadoo! Aku rasa macam banyak lagi adalah! Aku tak faham betul lah ~ amendalah yang aku bawak banyak sangat nie?! Stress aku

Took from MY IG :)

Ni diaaa. Pening gak kepala aku nak susun mana satu baju, buku, alat tulis, toiletries dan semuanya lah! Aku rasa semua benda penting untuk keselesaan hidup aku dekat UiTM nanti HAHA :D So tak bleh nak tinggal HAHA :D Dahsyat kan? Huhu


Ni gambar petang tadi. Sebab last three days, aku dan parents aku melepaksss di Cherating hehe. Kebetulan ayah aku ada seminar dekat sana so hmm apa lagi, meh lah kita join! HAHA :D Sebab tu semua persiapan aku nak masuk UiTM ni aku siapkan awal-awal lagi supaya aku dapat bercuti di Cherating dengan bahagia! :D

Impiana Cherating Resort. Took from my IG :)
Melepak di tepi pantai seorang diri :) Took from my IG

So di kesempatan yang ada nie, aku nak mintak maaf dengan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang yang pernah kenal dengan aku. Tak kisahlah dari zaman sekolah ke, diploma ke, blogger ke, twitter ke atau zaman part time kerja je, tak kisah! Aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada salah dan dosa aku dekat korang semua, kalau ada terkasar bahasa. Insyallah - aku sedang berubah untuk menjadi lembut nie HAHA :D


Doakan yang terbaik untuk aku yer di Shah Alam nanti? Aku harap aku dapat maintain kan pointer diploma aku ke degree nanti. Aku harap aku dapat lalui dugaan dan cabaran life aku dekat sana dengan hati yang tabah. Risau jugak sebab dah duduk sana nanti tapi takpelah ~ aku nak ubah angin dan kenal tempat orang pulak :)


Oh ya, kalau ada yang masih tertanya-tanya, aku bakal jadi pelajar Bach in Administrative Science (BASS) di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Alaaaaa ~ fac yang duduk atas bukit dan naik tangga tue haha :D


Pasal blog ni, kalau ada kesempatan dan masa, aku akan update. Sekarang ni, aku dah boleh update melalui HP terus je kan? So tengoklah ~ kalau aku rajin, aku update sebab bagi aku update pakai lappy lagi heaven dari pakai HP hehe :p Kalau aku tak cerita pasal life aku, maybe aku update dan tulis sajak dan puisi untuk korang :)


Sekali lagi, maafkan aku yer? Halalkan makan minum aku :) Oh ya ~ kalau ada yang terjumpa aku dekat Shah Alam nanti, tegur tegur lah yer? Sebab aku ni rabun dan mata tak berapa nampak sangat tapi degil tak nak pakai spek sebab risau tudung tak jadi HAHA :D


Bismillahirahmanirrahim ~ semoga kehidupan yang akan datang akan lebih baik dari sebelum ini. Insyallah amin :)

Nah, buat lepas rindu korang HAHA :D



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts