[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, June 15, 2013

Penat Tapi Enjoy :)

Assalamualaikum


Hoyeah! Maaf semua kawan-kawan sebab busy sangat sampai tak ada masa ni. Ni pun aku curi-curi update okayyyyyyyyyyyy sedangkan aku dah nak dekat final exam dalam seminggu lagi kot? HAAAA biar betul weyh?! Sakit perut pulak aku dengarnya -.-


Okaylah ~ nak cerita benda-benda yang penting dan aku ingat je HAHA :D Baru-baru ni aku terlibat dalam pemilihan Exco BacAS untuk sessi 2013/2014 yang baru. Pergi interview dengan keadaan yang tak sedia dan pergi dengan macam keadaan yang ting tong, jawab soalan dengan macam yeah yeah yeah ~ HAHA :D


So tup tup ~ aku terpilih. Kena berkempen tapi aku tak sempat nak berkempen. Apa yang mampu buat adalah update dekat FB and tweet aku je suruh vote aku HAHA :D Hari pengundian pulak, aku boleh pulak pergi keluar dengan Faizah, makan-makan dengan dia HAHA :D Giler lah, 


Jujurlah, aku memang tak amik port sangat. Aku macam okay-okay je. Dapat ke tak dapat, tu lain kira. Plus, pengalaman tu yang penting :) So esok malamnya, ada AGM BacAS. Pergh ~ masa ni memang aku tak nak pergi sebab aku baru habis kelas, dan aku memang penat tahap langit dah. Boleh pulak masa AGM aku dah nak tangkap lentok dah sebab mengantuk dan penat sangat -.-


So the results keluar dan jeng jeng jeng, aku dapat Exco Publisiti! HAHA :D Terus tak mengantuk sebab dah memang suka dengan position yang aku dapat nie HAHA :D Macam tau-tau je aku nak position nie :p HAHA :D


Datang dekat kawan-kawan aku, diorang cakap "Mai dengan Publisiti memang tak boleh dipisahkan" Hoiii ~ apakah maksudnya itu? HAHA :D

Muka-muka baru dalam BacAS :)

Ya Allah, semoga tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini kami semua dapat lakukan kerja dengan baik, cemerlang, telus, jujur, ikhlas dan sentiasa bekerjasama sehingga ke akhir khidmat kami. Aminn :) Aku suka betul dengan teamwork yang macam giler-giler dan kelakar tapi dalam masa yang sama, kerja jalannnnnnnnn ~ 


Haaa, cakap pasal teamwork giler-giler dan kelakar tahap gaban sampaikan kau terduduk-duduk sebab gelak punya pasal, semalam aku dengan teammates aku shoot video Arab tau, untuk assignment kami nie hehe :)


Mula-mula macam malu-malu sikit lah sebab ni ibaratnya first time kitorang nak sama-sama kerjasama. Tapi haaaaaaaaaaaaaaa ~ lepas dah beberapa jam lepas tu, masing-masing dah bawak keluar taring, dah mula tunjuk perangai sebenar. HAHA :D Okay sumpah lawak sangat. Sepanjang masa ada je benda spontan nak keluar, lepas tu gelak macam hape sorang-sorang sampaikan terduduk-duduk hahhh ~ HAHA :D Aku pulak, sampaikan terbaring-baring hah dekat bilik diorang sebab dah sakit perut duk gelak HAHA :D


Seriously guys, korang memang terbaik! Memang having fun betul shoot video Arab dengan korang. Bayangkan, in less than 8 hour, kitorang dapat habiskan shoot video Arab tu. Tapi macam biasalah, mostly kitorang gelak dan gelak je. Salah gelak, betul pun gelak, Rehearsal pun gelak. Lepas tu, tak ingat skrip apa yang kitorang nak cakap HAHA :D Pendek kata, asyik gelak je memanjang HAHA :D Penat tu memang penat lah tapi penat tu hilang bila masing-masing buat lawak HAHA :D

Teammates video Arab kami :)
Me, Teha and Aina - while waiting for the next scene Arab :)

Kitorang shoot video Arab ni dekat around Kolej kitorang je. Sebab tu boleh siap cepat. Bayangkan, kitorang start dalam pukul 4 sampai 6 lebih. Lepas tu sambung dalam pukul 9 sampai pukul 1 pagi HAHA :D The whole time memang gelak je kerjanya. Act tak adalah benda yang kelakar sangat tapi kitorang yang buat benda tu macam kelakar HAHA :D 


Okay now dah siap shoot video Arab. Sekarang, turn aku pulak nak edit-edit nya. Fuh ~ harap-haraplah tak ada masalah :) Insyallah, amin! :D


Dalam duk busy shoot video Arab, tetiba ayah whats app, cakap pasal gambar convo dah dapat dah! Yeahhhhhhh! Tapi ejaan nama salah! Hapelahhhhh ~ so ayah aku dah bagitau dekat tokey gambar tu mintak yang baru :) So tunggu je lah ~ 


Aku puas hati betul tengok gambar konvo aku! HAHA :D Sebab lawa dan ehem ehem gambar aku menjadilah kiranya! HAHA :D yeahhhhhhhhhhhh! Nanti nak suruh mama tolong hantar dekat kedai, frame dan gantungkan dekat rumah! Kasi semua orang tengok wiwiwiwiwiwi :D


Oh cerita pasal konvo dekat SINI yer kawan-kawan :)

Gambar konvo :)

So yeah ~ final exam dah nak dekat dah :) Jujur aku cakap, aku memang tak prepare apa-apa pun lagi. Sebab aku busy dengan assignments and test lagi minggu depan. So kiranya aku study untuk test ni, aku study untuk final jugak lah tapi aku macam tak ada feel lagi lah -.- Kenapa yer? Ya Allah, risaunyaaa. Harap-harap lah perasaan ini dapat hilang cepat dan aku dapat fokus dengan study betul-betul dan dapat jawab final exam dengan cemerlang! Insyallah amin! :D


My classmates during BEL class :)

Oh sebelum terlupa, semasa shoot video Arab, someone whats app me :) Happynya bila baca text tue HAHA :D Terus semangat nak shoot video lepas tu gelak dengan mood penat terus macam hilang! HAHA :D


Thank you for everything :) Thank youuuu :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, June 02, 2013

78th UiTM Convocation at UiTM Dungun!

Assalamualaikum


Okay, hangpa semua dah baca dah yang Behind The Scene di sebalik perjalananan kitorang di Dungun untuk konvo nie? BELUM?! Okay dah klik je dekat link atas nie HAHA :D


Okaylah ~ So awal pagi tu, aku dengan Hani siap-siap. Masa ni memang rasa sunyiii sangat dekat kolej dan tetiba masa tengah bersiap tue, Hani pun cakap "Sumpah sedih weyh. Kalau ada Pekjah, Angie and Lisda sekali, mesti best" Aku terus senyap bila Hani cakap macam tue


Sebab apa? Sebab kami masuk study sama-sama, duduk dalam kelas sama-sama, buat benda mengarut sama-sama, susah senang bersama tapi bila time nak grad - hanya aku dengan Hani je yang ada. Benda ni sebenarnya menyedihkan aku jugak aku, sedih :(


So awal pagi tu, berkumpul dekat Dewan Bakawali. Rasa macam kejap sangat-sangat sebab tetiba eh eh dah suruh dah kena beratur dah :O So beratur dan berjalan masuk ke Dewan Aspirasi :)

Such a warm greeting at Dewan Bakawali :)

Atas nasihat kawan-kawan kami yang dah grad dulu di Shah Alam, so aku bawak lah HP masuk dalam dewan. Beg semua dan segala isi-isi penting dan berharga bagi seorang wanita aku bagi dekat parents aku pegang sebab kami tak boleh bawah beg. HP ni pun sebab kes aku tumpang poket baju kurung member aku HAHA :D

Saat menerima scroll :')

Well - terima kasih banyak-banyak dekat lecturer aku, Miss Fisha sebab dia yang tolong snapkan gambar dekat atas nie! HOYEAHH! Happynyaaaaaaaaaaaaaa sebab dari atas pentas tue! HAHA :D Tahu-tahu je, Miss dah tag nama aku dekat FB HAHA :D Apa lagi, terus aku screen shoot cepat-cepat sebab nak simpan HAHA :D

Alhamdulillah, kini aku pemegang Diploma Pentadbiran Awam :')
Keluar sahaja dari Dewan, aku tengok ramaiiiiiii orang yang tengah menunggu. Ada yang pegang bunga, hadiah sebab nak kasi dekat kawan-kawan kan. Aku pulak sedang mencari-cari mak ayah aku sebab kitorang keluar asing-asing Hehe :)

Mama Ayah ; this is for you :') Thank you for everything. Ily
So selepas dari itu, bermulalah aku mencari semuaaaaaaa kawan-kawan aku yang sempat jumpa. Yang sempat jumpa sahaja okayy?! Sebab kalau kau nak aim nak cari sesiapa memang tak jumpalah sebab ramaiiiiiiiii giler orang. Lepas tu semua sibuk dengan amik gambar, suka-suka so memang tak dapatlah nak cari orang kan


Aku rasa sangat beruntung lah kami grad di Dungun sebab kitorang masuk dewan dalam pukul 9 pagi, dalam pukul 11 pagi dah habis. So ada masa yang banyakkkkkkkkkkkkk untuk kau amik gambar dan cuaca pulak masa tu memang ngam-ngam soii lah orang cakap kan? HAHA :D Tapi memang panas woo ~ peluh keluar macam hapeee tapi sabarkan je lah sebab heyy ~ bila lagi nak pakai jubah konvo Diploma kan? HAHA :D


As for me, aku macam melilau-lilau je dekat depan dewan tu dan tarik je sesiapa yang aku jumpa untuk amik gambar HAHA :D Dan bila aku tengok balik semua gambar, semua gambar aku dengan budak lelaki kos aku je -.- Sebab yang perempuan entah hilang ke mana -.- Sedih mak noksss

From left ; me, Epy, Pian, Amad dan Acap :)
From left ; Azie, me, Epy, Pkah dan Billa :)
From left ; Che Karim, Ashrool, me, Azwan dan Faiz :)

Me and Khalis - bestfriend lelaki aku kot ~ kot lah haha
Okay. Khalis ni kan classmates aku dari part 1 sampai part 5. Kitorang kan, kalau ada apa-apa group assignment, mesti aku nak dengan dia, dia nak dengan aku sebab kitorang tahu apa yang kitorang nak. Otak si Khalis ni giler-giler dan bagus sikit dan kadang-kadang tak pernah terlintas pun dalam otak aku. As for me pulak, aku jenis macam "Haa okay okayy" kalau dia usulkan idea. 


Tipulah kalau aku dengan dia tak pernah gaduh kan kalau buat assignment HAHA :D Sebab masing-masing nak outcome yang bagus. Bagi aku, Khalis cerewet kalau buat assignment tapii aku tahu cerewet dia tu ada hikmahnya HAHA :D Kerja paling mantop yang pernah aku buat dengan dia dulu adalah masa kitorang buat video Business Law dan dapat 98 atau 96 ehh untuk markah video dan written assignment tu. 


Madam kitorang siap jadikan video kitorang sebagai rujukan untuk ditunjuk kepada junior-junior kami. Hehe Memang mantoppp sebab kitorang buat kerja-kerja video, recording, planning, editing tu dalam masa 5 hari je T___T Sekali dengan aku dan Khalis adalah Hani HAHA :D Hani pun sama jugak, idea memang giler-giler :)

From left ; Me, Hani and Nurul :)
Hani ni - bestfriend aku semasa aku di Dungun. Susah senang bersama, sengal-sengal bersama, bodoh bengong sama-sama, pandai berlagak sama-sama, lapar kenyang bersama-sama, shopping bersama-sama, mengarut bersama-sama. HAHA :D Tak tahu nak cakap macam mana lagi tapi kalau dulu dekat Dungun, ibaratnya - di mana Hani, di situ ada aku HAHA :D Nurul pulak roomate si Hani, punnnnnn boleh masuk air dengan aku HAHA :D

Classmates aku! :D
From left ; Zul, Fahmi, Pian, Khalis, me, Hani dan Akma :)

Ah yang ni semua adalah batchmate aku, teman sengal-sengal sama-sama haha :D
HAHA :D Terserempak dengan diorang, tetiba je kau terus masuk dekat tengah-tengah haha :D

Haa, ni semua geng-geng Mak Jemah aku HAHA :D From left ; Zie, Salimi, me and Nini :)
Me and Pejal :)
HAHA :D Okay yang ni sebenarnya adalah gambar aku, Pejal + Farah HAHA :D Ceritanya - Pejal dan Farah ni couple. Aku dengan Farah ni pulak, bukan classmates tapi kitorang rapat sebab kes berjiran masa duduk dekat Kolej. Gelak sama-sama, tidur sama-sama. Aku jatuh tergelincir dengan maggi berterabur sebab lantai licin pun Farah yang selamatkan aku HAHA :D 


Tapi aku dengan Farah tak pernah ada bergambar berdua dengan dia. So after konvo ari tue, Farah cakap dengan aku "Mai tak ada pun gambar kita berdua" Aku pun bantai gelak sebab aku pun dengan spontannya cakap "Takpe Farah. Orang ada amik gambar dengan Pejal. So bila tengok Pejal, orang teringat dekat awak lah" HAHA :D

Classmates aku :') Haih sumpah rindu ooo
Okay. Dah puas hati dengan gambar muka control ayu dan macho kami? Haha :D Now - lets see muka kami tak senonoh dan spontan je sengih kambing bila amik gambar. Just ingat satu je - sebenarnyakan, gambar di bawah ini adalah merupakan suku sahaja dari batchmate aku. Kitorang semua lain-lain kelas sebenarnya. Ada kelas AM110 A, B, C, D, E dan F tapiiiiiiiii kitorang boleh manage nak lepak dan sengal-sengal cause we cool like that HAHA :D Ambuiii :p


Aku rasa, kitorang jadi rapat macam ni sebab case kitorang handle dinner sama-sama masa Part 3 :') Aku rasa Part 3 adalah kenangan palinggggggg manis dalam hidup aku semasa di Dungun :) Nah - kalau nak baca macam mana kitorang boleh jadi kamceng macam nie, boleh tekan dekat bawah nie


So yeahh - lets pictures do the talking-talkinggg session HAHA :D










HAHA :D Ohh rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan semua orang! Rindulah nak sengal-sengal dengan korang sebab kita tahu, tak ada siapa pun yang kisah sebab kita semua pun sengal-sengal jugak. Kalau aku buat, salah seorang mesti buat atau back up HAHA :D


Diorang - back up member bila susah. Kalau kau susah, kau takkan hadapinya sorang-sorang sebab kau tahu ada member yang lain akan tolong kau, tak kisah laki atau perempuan. Kalau kau happy, kau takkan happy sorang-sorang sebab yang lain akan happy. Kalau kau kena boo, tak ada kes terasa hati, tacing bagai sebab kau tahu mereka hanya bergurau-gurau sahaja dan gurauan itu hanya habis dekat situ. Tak ada kes nak memalukan diri kau


Lepas tu, jarang sekali nak dengar kes kawan makan kawan. Sebab aku rasa memang kawan adalah kawan dengan penuh ikhlas. Tak ada istilah "friends for benefits" Tak ada nak tension-tension, nak jatuhkan antara satu sama lain. Kalau kau tak cukup duit nak makan, jangan risau sebab kau ada member nak tolong kau. Kalau beli makanan cth macam keropok kan - wajiblah untuk bahagi-bahagikan dekat member-member atau takk member kau yang akan amik dulu makanan kau HAHA :D Semuanya sebab kitorang dah anggap masing-masing macam adik beradik :)

Ehem - nak kasi ucapan sikit :)
Kepada mama ayah, ni hadiah untuk mama dan ayah. Tak ada kata-kata lain yang mampu gantikan bahawa berterima kasihnya Sara dekat mama ayah sebab sanggup berkorban apaaaaaaaaaaaaa sahaja demi Sara nak study esp bab-bab duit lah :) Apa yang Sara nak mama ayah turutkan sahaja dan beri kebebasan untuk Sara pilih kos ni dan sambung Diploma dari sambung Matrix dulu. Terima kasih Mama Ayah! 


Kepada semua lecturers dari Part 1 samapaii Part 5 - terima kasih Madam, Miss dan Sir sebab bertahan dengan saya, dengan mulut saya yang kecoh dan pot pet dalam kelas, dengan soalan-soalan yang saya rasa dah tahu jawapannya tapi saya tanya jugak sebab nakkan kepastian, dengan teguran dan nasihat yang diberi, dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberi, dengan segala cerita dan hal-hal yang kita kongsi dalam kelas - saya takkan lupa! Semua tu akan saya simpan untuk bekalan dalam diri. Tanpa semua tue, saya dan kawan-kawan takkan berjaya sampai di tahap ini. Terima kasih Madam, Miss dan Sir!


Kepada semua kawan-kawan - aku rasa sangat beruntung dan bersyukur dapat korang sebagai kawan-kawan aku, tak kisahlah latar belakang kau macam mana, lifestyle kau macam mana, kau kelas apa, asal mana dan apa sahaja. Terima kasih sebab sudi nak layan perangai aku ni, dengar cerita gembira dan sedih aku, ada ketika aku susah dan senang, menangis dan gembira, memberi bahu, telinga dan mulut kepada aku ketika aku memerlukan. Terima kasih semua


Korang dah buat aku belajar yang dalam life ini masih ada moment-moment indah yang perlu kita hargai dan enjoy dan korang adalah salah satu moment indah dalam hidup aku. Sumpah aku takkan lupakan korang sampai aku mati sebab korang dah macam adik-beradik aku sendiri. Susah senang semuanya kita share sama-sama tak kisah laki atau perempuan. Korang buatkan aku menangis dan gembira dalam masa yang sama. Korang memang terbaik


Selepas ini, walaupun Diploma dah habis, aku harap persahabatan kita semua ni akan kekal sampai akhir hayat. Kalau ada yang dah nak kahwin tu, mohon hebahkan dekat group DPA kita tu yer? HAHA :D Insyallah, satu batch akan turun dan automatiknya akan jadi reunion DPA terus HAHA :D Yelah - makanan dan minuman konfem-konfem dah free, tinggal nak cari tempat tinggal je HAHAHA :D

Credit pic - Athirah Alkalili

AM110 July 2010 Intake UiTM Dungun
Sekali bising, forever bising :')


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts