[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Wednesday, July 31, 2013

Day 11 - Facts About You

Assalamualaikum


HAHA :D Cakap 30 Days kan tapi dah berzaman aku tak update dengan game 30 Days ni sebab yelah ~ macam tak sempat sangat sebab bila dah masuk belajar, macam aku tak ada masa sangat nak update huhu :( 


So sementara tengah cuti nie, aku try lah habiskan. Sesak otak aku fikir haha :D


Aku tak tahulah benda apa yang orang nak tahu pasal aku sebab aku memang easy going. Kalau orang tanya, aku mudah je nak cerita dan share pape yang aku rasa nak cerita. Memang tu jenis aku. Tapi bila dah ditanya aku 5 facts pasal aku, hmm terfikirlah sejenak huhu


Pertama ; aku memang seorang yang sangat deep orangnya. Deep yang bagaimana yer? Yang ni aku tak tahulah nak explain macam mana. Serius aku taktahu nak explain macam mana. Alaaa, seorang yang deep ni seorang yang berfikir dengan mendalam kot, seorang yang jiwang kot? Entahlah

Aku ada tanya kawan aku, aku ni matang ke tak tapi dia cakap aku ni kadang-kadang matang, kadang-kadang tak HAHA :D Aku gelak je sebab betul jugak. Sometimes, kita kena berfikiran matang dan sometimes kita kena macam gelak-gelak banyak. Ya, gelak banyak-banyak ye? Bukan sikit


Kedua ; I'm quite good enough in playing with words :) Yang ni aku tak tahu orang tahu ke tak sebab aku suka buat sajak, puisi tapi bukan cerita or somekind of novel ke atau cerita ke apa ke. Sebab bagi aku sajak dan puisi ni lagi senang nak buat dan lebih kepada menceritakan apa yang kita rasa, emosi kita akan mudah keluar dengan sajak dan puisi

Dan aku sangat sokong dengan statement yang aku ada terjumpa dekat twitter "Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum" As for me, aku sangat mudah buat sajak kalau aku tengah sedih HAHA :D Yup, kalau tengah happy, tak adanya idea tu nak datang. Tapi kalau tengah sedih, pergh ~ memang berpusu-pusu hak nak menulis, satu hari atleast dalam 3 puisi aku dah siap

Aku ada pernah jugak post puisi aku dekat dalam blog, yang lama-lama. Kalau sudi baca, tekanlah SINI


Ketiga ; aku seorang yang mudah lembut hati. Yup, sangat mudah. Orang ramai maybe tak tahu kot sebab tengok aku macam huhahuhahuahuahua tapi sebenarnya tak pun HAHA :D Contoh, kalau nampak orang tua dalam hujan, aku boleh nak menangis sebab aku sedih tengok. Kalau tengok budak kecik tengah menangis cari mak dia, aku boleh terus nak amik dia dan tolong cari mak dia. 

Bukan dengan orang je, dengan kucing pun aku boleh kalah HAHA :D FYI, aku memang suka betul degnan kucing. Kucing adalah haiwan favorite aku sejak dari tadika lagi. Dulu aku ada bela seekor, nama Comel tapi sejak dia dah mati, aku taknak bela dah sebab aku rasa sakit untuk hadapi kehilangan sekali lagi. Cukuplah Comel satu-satunya kucing dalam hidup aku. She's like my sister 


Keempat ; aku tak mudah nak tunjuk emosi aku. Kalau aku sedih, aku akan cuba tahan, cuba tahan dan cuba tahan. Aku tak nak orang tahu aku sedih. Biarlah orang tahu aku gembira tapi sebenarnya tak pun HAHA :D Kalau aku dah tetiba menangis depan orang, tu maknaya aku tak tahan sangat lah tue, senang je ceritanya

And the best place ever for you to cry adalah tandas. Tu je


Kelima ; orang cakap aku kelakar dan mudah bertukar emosi dalam sekelip mata je HAHA :D Yang ni memang (Y) lah orang cakap HAHA :D Dari aku masa sekolah lagi orang cakap aku macam nie. Aku tak rasa pun aku kelakar tapi aku suka dan happy tengok orang gelak dengan lawak-lawak aku. Kadang-kadang benda tu simple je tapi aku yang spontan buat lawak haha :D

Lepas tu aku sangat mudah tukar emosi macam masa ni aku tengah sedih tapi lepas 4 saat, terus aku macam "Ahh lantaklah dia tue!" Haa macam tue HAHA :D Memang mudah macam petik jari je aku bertukar emosi aku. HAHA :D Dan begitulah jugak sebaliknya



Well, ini yang aku rasa lah tapi aku tak tahu apa yang orang lain rasa, apa yang kawan-kawan, family aku rasa dengan aku tapi aku cuba sedaya baik lah untuk cuba untuk rileks dan coolkan semua orang dan happykan orang semua HAHA :D Tapi tak semualah. Sometimes, kalau aku rasa aku nak buat perangai kepala aku, aku buat je


Korang rasa aku ni macam mana?

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Aku Cantik. Aku Comel.

Assalamualaikum


Lately ni, twitter memang banyak bagi kesan dekat aku. Bila aku buat hal sikit je, which aku macam mengarut dekat tweet, ada je orang nak tegur aku. Aku sangat bersyukur bila ada kawan-kawan yang selalu tegur aku bila aku buat salah, tarik aku bila aku dah jauh melayang dan mereka-mereka ini bukan terhad kepada perempuan tapi kepada lelaki jugak. Which is aku memang terharu sangat-sangat sebab atleast aku tahu aku ada kawan-kawan yang baik di sekeliling aku, Alhamdulillah :)


So ceritanya, aku ada terbaca wordpress kawan aku ni lepas Subuh tadi. Masa tengah baca tue, dia ada bercakap pasal tentang menyampahnya dia dengan orang yang selalu merendah-rendahkan diri dia yang mengatakan "Aku tak cantik. Bukan ada orang nak dekat aku pun" Sebab bagi dia, benda tu macam putus mood dia.


Kalau dia sedang memberi komen yang positif dan orang mengambil komen tu sebagai negatif, dia hanya tersenyum je sebab dah malas nak cakap apa-apa dah. So benda ni macam terkena atas hidung aku sendir. Yup ~ aku memang terkena sebab aku lah yang selalu buat macam tue walaupun aku tahu maybe dia tulis tu adalah secara general, tak ada nak tuju dekat sapa-sapa


Nak tambahkan lagi kuat pasal benda ni, kawan aku tu pulak bagi satu video dekat aku dan lepas aku tengok video tu, aku macam menangis kejap lepas habis video tue.



Dah tengok dah? Okay ini secara ringkasnya pasal video nie. Video ni pasal seorang pelukis yang melukis gambar satu kumpulan perempuan tapi dia tak tengok langsung muka perempuan tue. Pelukis tu just mintak perempuan-perempuan tersebut untuk ceritakan pasal fizikal mereka dan pelukis iu dengan imaginasi dia, melukis wajah perempuan-perempuan tersebut


Dan selepas itu, perempuan-perempuan tersebut berkenalan sesama mereka dan lepak dalam kalangan mereka. Kemudian, pelukis itu akan bertanyakan dengan perempuan yang lain tentang fizikal perempuan yang lain dan pelukis itu akan melukis sekali lagi dengan imaginasi yang diberikan oleh perempuan yang lain tersebut tanpa melihat wajah-wajah mereka


Selepas lukisan tu siap, pelukis tu berjumpa buat pertama kali dengan semua perempuan-perempuan tu dan tunjukkan dua lukisan yang berbeza untuk semua wajah perempuan-perempuan tue. Hasil dari lukisan tu lah yang buat aku menangis


Kenapa aku menangis? Sebab kita selama ni selalu rasa insecure dengan diri kita sendiri. Kita tak percaya dengan diri kita sendiri. Kita selalu rendah diri dan fikir yang kita tak cantik, tak comel dan tak yakin dengan diri kita sendiri dan selalu anggap benda yang buruk sahaja pasal diri kita. Tapi sebenarnya, benda ni sangat-sangat berbeza pada tanggapan orang. Baca : KITA = AKU


Orang sekeliling kita melihat kita sebagai satu kuasa yang positif dan mereka anggap kita ni cantik dan comel. Mereka anggap kita lebih hebat dari mereka tapi sebenarnya kita je yang selalu menidakkan apa yang orang lain cakap. Kita sebenarnya terlalu rendah diri dan rasa diri kita tak sempurna dan macam-macam lagi lah benda yang tak baik dengan diri kita sendiri


Seriously, aku tak tipu. Aku memang menangis bila tengok video tu sebab aku memang rasa diri aku tak cantik, aku rasa aku gemok haha yang ni memang betul lah, aku rasa diri aku macam tak perfect macam orang lain, aku tak ada keyakinan untuk hadapi dengan orang dan macam-macam lagilah. Tapi lepas aku tengok video tue, buat aku sedar tentang something



Dalam life kita ni, kita selalu rasa negatif dengan apa yang kita buat dan rasa. Tapi kita tak sedar yang sebenarnya kita ni adalah manusia biasa. Tak ada siapa pun yang sempurna dan kita akan pasti lakukan salah. Even kalau kita rasa dia tu hebat tapi sometimes ada detik dalam life dia, dia akan buat salah dan rasa negatif dengan diri kita sendiri.


So apa yang kita boleh buat? Just sedar yang Allah swt dah ciptakan kita dengan sebaik-baiknya. Mungkin kita rasa insecure dan rasa tak cantik tapi orang lain pandang kita dengan sebaliknya. Aku percaya setiap dari kita ; aku kau dan dia ada keistimewaan masing-masing. So tak salahkan untuk kita tanamkan dalam diri kita yang sebenarnya kita ni cantik dan comel. Kita kena ada keyakinan tu tapi kalau over confident pun tak boleh jugak kan? Hehe, so pandai-pandailah nak seimbangkan :)


So mulai hari ini, mari kita sama-sama tanamkan dalam diri kita yang sebenarnya kita ni cantik dan ada someting yang menarik yang oran lain nampak dalam diri kita yang kita sendiri tak nampak. Memang susah tapi kena buat secara slowly dan besederhana sebab kalua tak, sampai ke mati pun kita akan rasa insecure dengan diri kita dan benda sebenarnya tak baik untuk diri kita


Aku cantik. Aku comel. Peduli apa orang cakap asalkan aku tahu aku cantik dan aku comel. Allah swt takkan jadikan hambaNya dengan benda yang tak baik. Mustahil tue. Kita ni adalah makhluk Allah swt yang dijadikan dengan sebaik-baiknya. Allah swt juga biarkan kita buat salah dan silap dan tak jadikan kita sempurna sebab melalui kesalahanlah, kita belajar tentang menghargai apa yang kita ada

wiwiwiwiw

Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel.


Okay dah cukup Sara -.-


p/s : oh ya, link blog aku pun dah cakap sayabudakcomel kan? :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

What Do You Think?

Assalamualaikum


Wajah baru wiwiwiw

Macam mana? Okay tak? Ke tak okay? Tak okay? Ke okay? Eh eh suka hati aku lah nak edit macam nie. Yang penting korang boleh baca tulisan aku :) 


Sebenarnya sumpah tak tahu nak update apa dekat blog nie. Hmm ~ tak tahu idea apa huhu


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, July 28, 2013

Some of The Bro Code

Assalamualaikum


Awal pagi tadi, lepas Sahur, aku tweet tweet dan tetiba macam tercome across pasal bro code. Okay pengajaran yang terbaru aku dapat hari nie haha :D Thanks to you Syahir Md Azam! :D


Okay macam nie. Since aku kecik, aku memang dikelilingi dengan budak-budak lelaki. Sebab adik aku lelaki, kazen aku semua mostly lelaki dan aku pun kalau masa dekat tadika dan sekolah, aku memang kawan dengan budak lelaki. Memang aku macam tomboy sikitlah. Even kawan-kawan sekolah rendah aku ingat aku sampai sekarang sebab diorang cakap "Oh ni Mysara yang tomboy rambut pendek eyh?" *tepuk dahi*


So bila dah selalu berkawan dengan budak lelaki, aku macam dapat tahu lah sikit pasal habit diorang nie. Bukan semua ke tapi macam sikit lah. Jujur aku cakap, aku memang respect guys kalau diorang dah berkawan. Guys - kalau diorang dah berkawan, memang kawan akan sampai ke mati lah ibaratnya. Orang cakap bro tu dah ada dalam diri dan memang takkan dipisahkan


Yelah, cuba kita-kita yang perempuan ni fikirlah. Kalau dibandingkan dengan awek dan bro, konfem pakwe akan macam utamakan bro dari awek dia HAHA :D Memang sedih tapi yeah ~ memang ini kenyataannya yer? Contoh kalau ada game bola or lepak session dengan bro, si pakwe takdanya nak texting texting jiwang dengan kita masa tue sebab kalau tengah lepak dengan bro, sila fokus pada bro. Kalau lepak dengan bro tapi masih duk texting, nescaya akan dibooo oleh bro yang lain


Bro dan bro mempunyai satu ikatan bro yang sangat kuat. Even duit kau tinggal RM20 dalam wallet, minyak dah menyala dekat motor dan kau tak makan lagi, bro akan tetap tolong bro dia kalau bro dia tu tak ada duit. Atleast kalau tak bagi duit, bro akan tetap share dengan kawan dia atau istilah yang aku selalu dengar "tong tong", "cutting" dan sebagainya. Ini memang bro sejati sebab bro takkan biarkan bro dia susah sorang-sorang


Bro jugak takkan cantas awek bro yang lain. HAHA :D Memang sakit kalau tengok bro rampas atau dapat awek yang dia nak tapi bro yang sejati takkan cantas, ngorat awek bro dia. Sebab bagi mereka, kebahagian bro adalah lebih penting dari diri sendiri HAHA :D Ni namanya bro saling menghormati bro yang lain. Wah wah wah :O


Bro jugak akan sentiasa back up bro yang lain. Kalau bro diorang akan salah, contoh macam kena denda dekat sekolah, bro yang lain akan back up bro yang lain. Dan kalau bro tu kena denda atau hukuman, semua jugak akan kena dan mereka akan rasa bersalah kalau dalam komuniti bro mereka, hanya seorang sahaja yang kena. Ibaratnya macam nie, kalau sorang kena, semua orang akan kena. Kalau tak back up member, nescaya benda tu akan tersemat dalam jiwa ececeh ~ haha


Actually banyak lagi lah. Aku bukan nak cakap aku ni pakar dalam bab-bab bro ni tapi disebabkan benda ni macam dah hari-hari aku tengok. Sebagai contoh terdekat, aku tengok adik aku dengan member-member diorang. Ya Allah, memang terbaik sangat persabahatan diorang. Kalau sorang susah, semua susah. Kalau sorang senang, semua akan senang. Kalau bergurau, memang bergurau habis-habisan dan tak ada nya nak tacing-tacing. Kalau time cuti, diorang akan sehabis daya untuk cari satu masa dan hari untuk lepak dengan semuaaaaaaaaaa geng-geng dia. Kadang-kadang sampai lewat malam baru balik rumah


Even kadang-kadang aku tengok member-member adik aku pun, aku sendiri nak rasa nak kawan dengan diorang. Sebab diorang pun okay, masuk air dengan aku sebab aku tahu perangai diorang pun sama je macam adik aku. Lepas tu aku suka tengok kawan-kawan lelaki aku macam mana diorang bergaul sesama diorang, macam mana diorang cakap dan borak, lepak dan bergurau. Sebab aku tahu diorang memang jujur dengan bro diorang, tak adanya nak backstab member sendiri


Aku bukan nak cakap aku tak ada kawan perempuan. Aku ada je kawan-kawan perempuan yang aku memang anggap macam "sister from different parents" tapi kalau dengan lelaki nie, memang lain lah. Sebab lelaki takkan backstab member dia, takkan ada tacing tacing even gurauan tu kasar nak mampus, akan sentiasa rileks dan chill je dan yang paling aku suka, pemikiran lelaki ni lain dengan perempuan. Jujur aku cakap, aku suka duduk dalam kelas yang ramai lelaki sebab kadang-kadang diorang ni berfikir dan mengutarakan pendapat yang lain dari perempuan berfikir, gituu ~


Aku kalau dah lepak dengan lelaki, aku akan tengok dan dengar je apa yang diorang borak. Lantak korang lah nak cakap pasal apa, aku okay je. Aku suka dengar apa dan macam mana diorang berfikir. Sebab diorang cakap based on pada logik akal dan bukan pada emosi semata-mata. Dan kalau aku rasa benda tu macam bagus dan interesting, aku akan share dengan kawan-kawan perempuan aku. Atleast ada benda baik yang boleh aku dapat dan share dengan kawan-kawan aku :)


Dulu ya memang aku tak faham dengan lelaki. Tapi slowly, aku macam okaylah, faham sikit lah pasal diorang nie. Kalau nak melepak dengan sesama diorang, aku akan okay je sebab kadang-kadang bro kena ada quality time sesama diorang HAHA :D So kalau pakwe aku cakap "Malam ni I lepak dengan member I" aku takkan kacau dia sebaliknya aku akan kacau dengan kawan-kawan aku HAHA :D Come on, kita kena ada masa untuk diri sendiri bersama kawan-kawan jugak kan? :)


Kepada semua bro di luar sana, aku respect dengan korang tak kisah lah yang membaca ni kawan sekolah dengan aku ker, kawan satu kuliah dengan aku ke, kawan lepak aku ke - asalkan korang adalah lelaki. Teruskan bro dalam diri korang sebab ada yang amik iktibar dalam persahabatan korang untuk diaplikasikan dalam kehidupan dia, one of them are me :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, July 27, 2013

A Day Spent Well With Them :)

Assalamualaikum


Alkisahnya, bila aku cakap aku nak pergi Times Square dan kemudian tup tup, Hani dengan Pekjah pun nakkkkkkkkkkk join jugak HAHA :D Sebab aku cakap nak shopping raya dan mereka punnnnnnn sama. Aku pun macam haaa okay okay, jom kita shopping bersama!


Awal pagi yang aku terbangun lewat HAHA :D pergi ke KL Sentral dan jumpa Hani dekat situ. Then tunggu Pekjah dekat Monorel yang katanyaaaaaa pukul 9 pagi nak jumpa tapi tup tup pukul 11 pagi baru sampai HAHA :D So moh lerr kita gerak ke Times Square! HAHA :D


Sampai-sampai je, terus macam terbau makanan. HAHA :D Salah masuk pergi food court weyh! Ya Allah, sabar je lah sebab bau makanan. Yelah, kan bulan puasa kan? HAHA :D Okay so misi menshoppingkan diri pun bermula :)

Tak cukup orang sebab Angie dengan Lisda tak ada huhu

Jujur aku cakap, memang lepas rindu nak shopping sama-sama dengan diorang sebab kitorang memang mempunyai minat dan pandangan yang sama. Kalau sorang cakap cantik, yang lain akan cakap haaa cantik jugak! Kalau baju tak lawa, semua akan cakap memang tak lawa! Kalau kedai tu tak ada benda yang menarik, sorang akan cakap "weh jomlah!" dan yang lain akan cakap "okay jom!" Lepas tu masing-masing akan berjalan dengan laju sampai pernah lah one time, classmates kitorang yang lain akan cakap kitorang ni macam pelesit sebab zasss zasss eh eh dah hilang dah HAHA :D


Tak cukup sehati sejiwa lagi? Okay. Tengok gambar-gambar kitorang. Warna baju yang sama kan? HAHA :D Sebenarnya memang tak plan langsung okay nak pakai baju warna sama! Bila jumpa dan peluk cium baru macam eh eh baju warna samaaa! HAHA :D Bila aku cerita dekat mama aku, mama cakap "Tu lah namanya sehati sejiwa"

Guna cermin je lah utk tolong amik gmbar kitorang :)

Mueheheh :p
So bila dah jumpa, kitorang memang round puas hati dekat satu TS tue. Masuk kedai tu, kedai ni. Cari kedai MNB sampai jumpa sebab kedai tu baju cantik dan murah HAHA :D Sampai amoi dekat kedai tu pun masuk kepala je dengan kitorang HAHA :D Lepas tu, boleh pulak terjumpa dengan Hani Wardati, budak Dungun yang sama-sama amik kos dengan kitorang dekat surau HAHA :D


Paling kelakar adalah bila salah seorang kitorang tertinggal dalam kedai, yang dah keluar dari kedai tersebut akan menjerit nama kitorang kuat-kuat sampai kitorang menyahut dari dalam kedai dan of courselah, orang semua akan pandang tapi hmm lantak lah. Malas weyh nak jalan kaki pergi cari. Contoh ; Hani dengan Pekjah dah keluar dari kedai tapi aku masih dalam kedai dan kemudian Hani akan menjerit kuat-kuat "Mysara Newrie!" sampai aku keluar HAHA :D 

Bahaya diorang nie HAHA :D
Kitorang tak plan pun nak berbuka sama-sama tapi hmm bila dah jumpa, susah nak berpisah HAHA :D So plan berbuka puasa dekat KL Sentral. Okay masa nak naik Monorel, ramai gilerrrrrrr orang okay?! Salah kitorang jugak sebab keluar pukul 5 dari TS. Memang terbaik lah


So masa nak berebut-rebut tu, kitorang cakap dengan masing-masing yang tak ada hal lah nak berebut-rebut ni sebab kitorang yang selalunya juara dalam berebut-rebut tempat nie HAHA :D Tapi hmm sebaliknya yang berlaku! HAHA :D 


Sumpah lawak okay berebut dengan makcik-makcik yang emo sampaikan menjerit dekat kitorang "bagilah kitorang keluar dulu!" eh eh makcik ni, kitorang sebenarnya dah ada dalam monorel, makcik nak keluar, keluar lah. HAHA :D 

Lepas tu, orang ramai memang bengang dengan kitorang sebab kitorang bertiga pegang tangan tak nak lepas sebab takut berpisah so orang ramai susahlah nak jalan. Dalam monorel pulak bila semua orang pandang kitorang, boleh pulak kitorang cakap bahasa bortakkk dan semua orang pelik dengan kitorang HAHA :D Ah peduli apa aku asalkan hati aku gembira :)

Warna baju samaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

Sampai KL Sentral, solat Asar dan lepak dekat tepi pejalan kaki. Masa ni memang tak peduli dah orang lalu lalang sebab kaki memang lenguh nak mampus. Dekat TS pun sama, dekat tepi orang lalu lalang, kitorang tersadai duduk, kepenatan. Dah lah penat sebab berpuasa kan, memang dugaan tapi takpelah, sabar je lah :) Aku pulak memang sakit kaki sebab sehari sebelum tu, aku pergi ke Jalan TAR, teman mama pergi shopping. Haaaaaaaa ~


Kitorang berbuka di KL Sentral, entah nama entah kedai dia tapi memang kedai fav kitorang bila pergi KL Sentral sebab makanan dia sedap dan murah. Then, solat Maghrib kemudian balikkkkkkkkkkk! Huaaa, masa ni macam sedih lah sebab bilalah lagi nak lepak dan sengal-sengal dengan diorang nie. Hani pulak bulan Sept ni dah nak fly ke UK. Pekjah pulak, kitorang ni nama je satu UiTM, satu fac, satu kolej tapi nak jumpa macam susah sikit lah huhu

HAHA :D Aduii

Mama dan Che Na amik aku dekat LRT Setiawangsa. Aku ingatkan nak balik rumah terus tapi singgah dekat AEON pulak sebab nak shopping barang dapur. Perghh ~ memang penat sebab orang ramai tengah shopping raya. Dekat pukul 12 tengah malam baru aku balik


Alhamdulillah, dapat jugak jumpa dan spend time dengan kawan baik aku nie dan ulang balik apa yang kitorang pernah buat dulu dekat Dungun :') Bilalah lagi nak dapat spend time macam ni sama-sama dan cukup geng 5 orang? Hmm ~


Mana kau nak dapat member yang sanggup duduk atas eskalator yang bergerak sebab tak sanggup dah nak berdiri sebab kaki lenguh yang teramat sangat tapi boleh pulak gelak macam tak ada pape yang berlaku dan tak peduli semua orang tengok? HAHA :D

THEM <3 :="" b="">

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, July 24, 2013

Mini Nutella Cupcakes & Tips Untuk Masak Cake

Assalamualaikum


Raya pun dah nak dekat dan seperti tahun-tahun yang lepas, sejak aku kecik, mama tak pernah miss okay nak buat biskut raya! Cause we believed that home made biskut raya are the key of happiness in our family. HAHA :D Tak ada kaitan :p


Okay so memandangkan aku tengah cuti sem dekat rumah dan berpuasa di rumah, so aku berpeluanglah nak tolong mama buat kuih raya. Tak seperti tahun-tahun yang sudah, aku tak dapat tolong sebab hanya sempat berpuasa dekat rumah kejap je. Kalau dah puasa lama pun, memang tak sempat nak tolong mama


So tahun ni, aku pun macam mengada-ngada nak buat satu cakes nie. Actually kan, nama asal dia Nutella Brownies tapi bila datang dekat aku, aku memang dah alter sikit-sikitlah recipe tu ikut suka hati aku HAHA :D Lepas tu, aku letak dalam cupcakes so rasa bersalah pulak kan nak letak nama dia Nutella Brownies. Nak letak nama Nutella Cupcakes, macam erm erm erm ~ so lantak kau lah nak nama apa pun HAHA :D


Recipe ni sangat-sangat senang dan cepat. Kalau buat malam raya pun memang sempat lagi lah kiranya hehe :)

1st time buat cake nie :)

Bahan-bahannya pulak, sebenarnya aku masak cake ni tanpa ada recipe dan sukatan yang betul. Aku just main agak-agak je. Bila tengok adunan tu macam dah okay, aku macam haa okaylah, terus masukkan dalam paper cup. Bila tengok dia macam cair sikit, aku letak tepung banyak sikit. Bila tengok macam liat sikit dan nak bertukar ke doh, aku letak telur sebiji lagi HAHA :D 


So apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah, kau kena pandai-pandai tengok konsistensi adunan cake tue. Kena pandai agak lah maksud aku. Kau tak boleh biarkan adunan tu terlalu cair dan terlalu liat sampai nak jadi doh. Okay faham tak?


Tapi basic untuk adunan cake ini adalah telur, tepung, dan nutella. Recipe asalnya adalah menggunakan 2 biji telur, 10 sudu besar tepung dan satu bekas Nutella. Tapi bila aku buat, semua sukatan tu berubah 100% HAHA :D Aku menggunakan 3 biji telur, 6 sudu setengah tepung dan satu bekas kecil yang Nutella tu. The reason kenapa aku guna bekas kecik sebab ni 1st time aku buat Nutelle Cupcakes ni so kena buat sikit-sikit dulu sebab nak elakkan pembaziran :)


Okay so tadi aku ada mention aku ada alter sikit kan recipe dia? So aku letak serbuk hazelnut dalam dua sudu besar dalam adunan cake aku nie. Sebab Nutella kan basic dia hazelnut, so aku pun macam letak lah serbuk dia. 


Kalau tak nak letak pun takpe, sebab ada orang alergik dengan kacang kan? Macam aku cakap awal tadi - suka hati korang nak buat macam mana pun, nak letak apa-apa pun dalam cake tu TAPI basicnya mestilah telur, tepung dan Nutella. Okay get it? :)


Cara-caranya adalah gaulkan Nutella dan telur tu sampai sebati. Kemudian masukkan tepung secara berperingkat-peringkat. Jangan masukkan semua sekali gus sebab risau kang takut jadi liat adunan kita tue. Okay faham? Kalau korang rasa adunan tu macam terlalu cair sangat, letaklah sikit tepung lagi. Macam aku cakap tadi, kena pandai-pandai lah nak tengok konsistensi cake tue :)


Bila dah agak-agak okay, masukkan dalam paper cup. Okay yang ni tips yang aku belajar dari pengalaman yang lepas. Untuk cake tu naik gebu macam cake aku nie HAHA :D, korang guna paper cup yang jenis keras. Bukan jenis yang lembik tu sebab bila paper cup lembik, cake tu tak dapat naik dengan cantik. Bila paper cup keras, cake tu akan naik sedang elok je :) 

Nampak tak yang cake tu naik dengan elok dan cantiknya? wiwiwiw

Haaa ~ lepas tu paper cup tu, kalau boleh letakkan dalam tray yang ada bekas-bekas lubang tue, bukan tray biasa sebab kalau letak dalam tray biasa, cake tu akan naik dengan tak cantik. Hehe :p Wah dah macam Master Chef pulak dah nak kasi tips-tips bagai nie HAHA :D


Okay lepas dah masukkan semua adunan tu dalam paper cup, untuk hiasan pulak, pun suka hati korang lah! HAHA :D Macam aku, aku taburkan sedikit chocolate rice dan lebihan serbuk hazelnut tu dekat atas dia :) Kemudian bakar dalam 20 minit dengan suhu 180 darjah. Tapi aku tak ikut pun! HAHA :D


Ni satu lagi tips. Kalau nak tahu cake tu dah masak ke belum, kau cucuh-cucuh cake tu dengan lidi. Kalau lepas dicucuh-cucuh, lidi tu nampak bersih je, tu maknanya cake tu dah siap masak lah. Kalau lidi tu melekat-lekat dengan adunan cake tue, tu maknanya cake tu tak masak lagi. 


So macam tadi, aku gunakan teknik lidi ni untuk tahu cake aku dah masak atau tak HAHA :D Ouh lupa! Make sure, cucuh lidi tu dekat center cake tu tau? Bukan dekat tepi-tepi cake sebab bila center cake dah masak, maknanya cake tu memang dah totally masak. Okay faham tak? hehe :)

Wiwiwiwi babyku yang comel haha

Okay dah siap! :D Untuk adunan yang aku buat nie, aku dapat dalam tak sampai 20 pun cupcakes sebab paper cup aku ni jenis tinggi dan besar sikit. Kalau korang tak nak letak dalam paper cup dan nak bakar dalam tray pun, tak pe jugak tapi make sure tray tu kau sapukan dengan majerin dulu sebab tak nak dia melekat. Okay? :)


Tapi korang korang kreatif kan, boleh je nak letakkan kacang hazelnut sebiji dekat tengah-tengah cupcakes tu so bila orang makan, eh eh ada elemen suprise dekat situ sebab ada kacang yang tengah tunggu nak di makan HAHA :D Dependslah pada korang :)


Selamat mencuba! Dah cuba, selamat makan! Dah makan, selamat kenyang! HAHA :D


UPDATE! Boleh tambahkan gula atau susu sikit sebab aku punya macam light light je manisnya :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, July 18, 2013

Liars Are Everywhere, Including You

Assalamualaikum


Okay sekarang aku dah cuti sem. Baru nak bagitau dekat semua orang sebab line slow lepas tu macam eh eh malasnyaaaaaa nak update blog tapi rasa rindu dekat blog membuak-buak jugak hehe :)


Malam ni aku terfikir satu benda yang memang kita semua akan buat. Tipulah kalau korang tak buat. Nampok bebenor nipunyaaaaaa ~ Aku nak cakap pasal PENIPUAN



Dalam dunia ni, siapa yang betul-betul jujur? Jujur dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling, dengan Allah swt, dengan mak ayah? Berapa ramai yang jujur? Tak ada kan? Ke ada? Wallahualam ~ tapi setahu aku lah, setahu aku, memang tak ada :)


In fact, diri aku sendiri tak jujur dengan diri aku. Haa ~ tang mana? Aku boleh je nak update blog aku dengan luahkan perasaan aku yang sebenar, yang sebenar-benarnya, yang jauh dari sudut hati aku tapii aku tak buat. Sebab kang kalau aku buat, habislahhh semua orang baca. Sebab dalam life ni, sometimes kita kena cover mana yang patut di cover, gituu ~


Cuba sekarang ni, kau duduk termenung dan fikir apa yang kau pernah buat. Kau rasa kau pernah tak, tak menipu orang langsung? Tak pernah kan? Mesti dan konfemmmmmmmmmmmm kau pernah menipu. Sebenarnya dari kecik lagi kita pernah menipu. Percaya tak? Tak percaya?



Situasi pertama - mak kau cakap "Aliii jangan pergi main dekat lubang tu! Nanti jatuh!" Tapi end up, kau main jugak dengan kawan-kawan kau dan bila mak kau tanya, kau main dekat mana, kau jawab "Main dekat taman mak"


Situasi kedua - ayah kau cakap "Alii balik awal sikit malam nie. Jangan nak merayap sangat" Tapi end up, kau balik lewat malam jugak, mau dekat pukul 3 4 pagi lepas tu bila ayah kau tanya balik pukul berapa, kau jawab "Pukul 12 ayah" 


Situasi ketiga - awek/pakwe kau mesej dan tanya kau buat apa dan kau jawab "I tengah study ni sayang, nanti I will call you back you okay?" Tapi end up kau duk main PES bagi yang lelaki dan pergi shopping atau bergossip dengan kawan-kawan kau for the ladies


Situasi keempat - "Kenapa awak tak siapkan assignment?" Lecturer kau tanya dan kau jawab "Pendrive saya masuk virus masa saya nak printkan assignment" padahal sebenarnya kau memang tak sempat nak buat sebab kau pergi tengok wayang dengan kawan-kawan kau




See? Nampak tak? Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah diajar untuk menipu dari kecik lagi. Memanglah orang cakap "tak baik menipu" tapi berapa ramai kerat yang akan ikut dan dengar dengan kata-kata ini? Orang akan tetap menipu dan kita akan tetap percaya. Betul tak?


Well ~ sebab apa orang menipu? Kalau korang perhatikan dari semua situasi yang aku bagi dekat atas ni, apa yang korang rasa dan agak-agak, kenapa diorang menipu? Sebab nak selamatkan diri mereka. Kalau dah terkantoi iaitu berlaku jujur, memang kenalah nasibnya. Ali akan kena marah dengan mak dan ayah dia, awek/pakwe akan merajuk sebab pasangan dia tak nak spend time dengan dia dan lecturer akan tolak markah sebab tak siapkan assignment. Simple as that kan?


Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, sebenarnya kita ni hiprokrit dan menipu diri kita sendiri dan semua orang. Kita berlagak senyum padahal sebenarnya kita sakit dekat dalam. Kita berlagak suka padahal kita benci dia dalam-dalam. Kita berlagak okay padahal sebenarnya benda tu buat kita rasa resah. Kan?



Truth hurt sebenarnya, tapi kebenaran itulah yang akan mengajar kau untuk terus menerima keadaan seadanya tanpa mengharapkan satu benda yang kurang pasti. Kebenaran itu adalah lebih baik dari kita menipu dan terus hidup dalam menipu, hidup dalam keadaan tak jujur. Betul ~ sebab sekali kau dah menipu, kau akan terus menipu dan sekali kau dah kantoi, forever lah kau nak dapatkan kepercayaan orang. 


Sebab tu, bagi aku lah, aku lebih suka bercakap jujur dengan orang tentang perkara yang aku rasa memang patut di beritahu. Sebab macam aku cakap awal-awal tadi, sometimes there are certain things that you must left unsaid and pretend that it was nothing. Sebab kalau hidup ni terrrrlalu jujur sangat pun, sakit jugak kan? 


So depends pada diri sendiri sama ada nak berterus terang atau tak. Kita kena bijak dalam menilai benda-benda dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita tak boleh terima bulat-bulat apa yang diperkatakan because liars are everywhere and it including you, the one who read it and also me, the one who wrote this entry :)


Aku rasa ini lah entry yang paling cepat dan simple pernah aku buat, yet masih panjang jugak -.- 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, July 09, 2013

Final Exam Fever

Assalamualaikum


Maafkan aku kalau aku terlanjur, aku gebang-gebang nak update blog tapi hahah :D tak berupdate pun :) Im sorry :)


Well sekarang ni aku tengah final exam nie :) Final exam as a degree student. Pergh ~ dia punya penangan sangatlah hebat -.- Stress jugak aku. Hari-hari mesti tidur lambat. Kalau tak pukul 4 5 pagi, jangan harap aku nak tidur lah -.- Bukan apa, aku ni jenis bukan study hard, aku jenis time-time tengah study pun aku boleh duk layan main tweet. Dah tu macam mana tak lewat habiskan study kan?




Okay. 12hb ni aku akan habiskan paper terakhir aku which is Premiership Studies tapiiii memandangkan ada gap dalam beberapa hari, ahh tak pedulikk! Nak update blog jugak! haha :D Dah rindu dekat blog :') Kesiann, since aku masuk Degree nie, aku memang tak ada masa betul nak update blog. Macam tak sempat, tak ada masa yang cukup. Weekend pun still buat assignment sedangkan dulu masa Diploma, weekendlah waktu menyetan aku dengan kawan-kawan, pergi situ sana sini -.- Sekarang? Tidak lagi! Wah dah macam iklan kuman dalam tandas pulak haha :D


Hmm overall kan, aku tak tahu macam mana nak cakap dengan paper-paper aku yang lepas. Macam nak kata tak boleh jawab pun, tak jugak. Nak kata aku boleh dan yakin 100% pun tak jugak. So kiranya macam SO SO je huhu ~ Sekarang ni kan, aku memang redha dan tawakkal je kepada Allah swt sebab aku memang dah berusaha bersungguh-sungguh. Ye, aku tahu usaha aku macam tak sama masa Diploma dulu sebab aku sempat buat nota aku sendiri tapi untuk Degree ni, aku memang tak sempat. Memang macam haih ~ "APA NI?!" Haaa macam tue tauu hehe

Stay up dekat library sampai Subuh dengan mereka :)

Aku sebenarnya macam stress jugak lah masa final nie cuma orang cakap jangan biarkan stress tu menguasai diri kan? So macam yeah ~ kena pandai kawal-kawal sikitlah huhu. Selalunya, kalau after je paper yang kitorang baru lepas, aku dengan kawan-kawan aku akan lepak dalam bilik sama-sama, duk golek-golek, borak-borak atau tengok movie sama-sama pada malam selepas habis paper sebagai macam release tension lah :) Yelah, dah penat kot ~ so macam kena chill out dulu lah :)

Azura's birthday celebration :)
Cuma kesihatan aku semasa final ni macam tak dalam competent sangat lah sebab masa awal-awal mal final exam hari tu, aku macam nak demam tak demam macam tue. Bangun je dari tidur, macam entah pape je suhu badan aku. Aku rasa panas semacam tapi kawan aku cakap badan aku sejuk. Ah sudah, pe kehenya ni? 


Lepas tu pening kepala, memang tahap dewa dewi dah aku rasa. Sampai aku dapat rasa kepala aku berdenyut-denyut masa aku letak jari aku dekat pelipis kepala aku nie. Pergh~ mata aku pulak dah macam blur blur blink je masa nak membaca. Memang aku tak senang dengan keadaan kesihatan aku masa tue. 

Muka senyum tapi dalam hati? Haaa :O

Tambahan pulak, ada something happen pada aku yang buat aku macam down jugak lah kejap, sedih, sumpah sedih. Aku ingat lagi, semasa malam Nisfu Syaaban, aku nangis sorang-sorang diri dalam bilik. Takpelah, aku anggap tu semua sebagai pengajaran untuk aku. Aku taktau sape yang salah cuma bila jadi benda macam niaku jadi kecewa yang teramat sangat sebab ibaratnya macam kau tarik aku tinggi-tinggi ke langit dan suddenly, without anything, you just dropped me macam tue. So you know right macam mana perasaan tue?


If you asked me, yes aku memang cukup-cukup sakit. Tapi yeah, this is life. You cant expect people to always be with you. Someday, diorang akan pergi dari kita jugak and kita akan sakit. Tak semestinya orang yang selalu dengan kau, sayang dengan kau, care pasal kau akan berada dengan kau utk hari-hari seterusnya sebab one day, dia akan tinggalkan kau untuk pergi ke orang yang dia sayang, get it? Dan kita yang tengah sakit niekenalah omputeh cakap "life must go on" whether kau nak atau tak, kau kena terima


Life is karma, what goes around comes around and when it happened, just keep your chin up and smile :) Ingat balik benda yang lepas-lepas dan one day kau akan tahu kenapa semua ni berlaku pada kau :) I'm not mad at you, seriously. I'm just felt dissapointed with what happened cause you've become the person that you said you wont be :)


Haih, ceritanya macam panjang lagi tapi takpelah :) Hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu and yeah ~ they always try to cheer me up :) Sumpah terharu bila dapat kawan-kawan yang sangat taking care and sanggup habiskan masa, tenaga, kasi bahu dan telinga dan macam-macam lagi untuk aku :)  Yang paling terharu, bila one of my friends yang aku tak share pape pasal ni, tup tup datang dekat aku and peluk aku dengan erat. Saat tu, aku rasa mcam disayangi sangat-sangat :') Terima kasih. 

I just love the combination of us, all together :')

Haih, macam dah panjang lebar pulak dah aku menaip kali nie. Bukan apa, macam lepas rindu dekat blog sendiri :) Blog - always be there for me when I needed it and it wont changed if anything happen :') 


Agaknya menjadi perempuan memang begitu, selalu ditinggal beribu batu, ditipu bertalu-talu, sanggup telan perit hempedu, mampu bertahan sampai kematu - senyum di wajah, di hati siapa yang tahu (Fazleena, 2012)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts