[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Sunday, March 23, 2014

Reunion Yang Bercakap Pasal Perkahwinan

Assalamualaikum


Minggu ini aku tak balik tapi semua kawan-kawan aku balik HAHA Hoiii permainan apakah semua ini?! Time aku balik, korang tak balik. Time aku tak balik, korang semua balikkkk! 


So ceritanya semalam aku pergi ke wedding jiran lama aku dengan Port Dickson. Mak oiii seronok hokayyyyyy dapat jumpa semua orang dan jiran jiran lama yang sama-sama macam jaga aku macam aku anak diorang bila aku bermain main dengan anak diorang


Tapi malangnya anak mereka tak ada sebab tak balik tapi aku je yang datang sebab kebetulan tengah weekend kan? Hehehehe Tapi takpelah, atleast dapat jumpa mak diorang dan dapat tahu yang kawan-kawan sepermainan aku semuanya dah sihat dan berjaya pun dah cukup bagi aku 


Bayangkan, selepas 15 tahun berpisah, dapat jumpa balik dengan diorang semua. Siapa tak happy kan? Jumpa dengan Ibu, Cik Juriah, jumpa dengan Mak Teh and dapat dengar semua cerita pasal kawan-kawan sepermainan aku ; Fatin, Tasha dan Sabrina. Well ~ kitorang berempat ni ibarat perempuan sekolah rendah yang bajet bajet hot dan comel je hahahhaa


Lepas tu paling seronok dapat jumpa Amar Sufi, yeyeyeyey! Kawan aka jiran aku masa duk PD dulu. Even dia lagi muda dari aku tapi dengan dia lah yang selalu mainmain dengan aku, main badminton, main polis entree (padahal sebutannya adalah police and thief) main kejarkejar, kawan satu mengaji, kawan yang selalu lepak dengan aku dan macam-macam lagi! Ibaratnya dia adalah kawan sepermainan aku lah hehehhe


Gambar? Maaf ler ~ tengah duk seronok berborak mana nak amik gambarnya kan? Gambar semua dalam phone dan aku malas nak transfer hahaha 


Lepas tu pergi jumpa Cik Fendi sekeluarga dekat Spring Hill. Cik Fendi dan Cik Suraya ni ibarat saudara mara aku jugaklah. Diorang baru balik dari Saudi Arabia so haruslah jumpa kan? Wiwiwi ~ rasa seronok sebab dapat jumpa dan ulang rutin masa kitorang duduk PD 15 tahun yang lepas


FYI, aku pernah stay PD dari aku Tadika sampai aku sekolah Darjah 4 dan kemudian pindah ke Besut. So sebab tu lah aku tahu sikit sikit pasal PD ni. Kebetulan aku kan sekarang study dekat Seremban 3. Habislah semua orang seronok dan ajak aku pergi dan jumpa mereka bila aku free. Weee ~ Insyallah ye semua :)


Motif aku update entry tanpa gambar ini?! Aku sebenarnya nak cakap hmm hmm ~ bila mak mak kawan aku dah jumpa aku after 15 tahun tak jumpa dan tengok aku yang dah besar, semua orang macam 

"Nanti Sara kahwin, jemputlah aunt" 
"Sara kahwin nanti aunt datang"

Dan banyakkkkkkk lagi cerita pasal perkahwinan hahahaha Hambui sangat tauuuuuuuu ~ hahaha Insyallah amin. Sara cuma aminkan semua doa doa aunt semua ye? Insyallah satu hari nanti, amin ~

Hambuii sangat -.-

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, March 14, 2014

Practical Training ; Private or Government Sector?

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Sudah berakhir minggu kedua aku untuk semester 5 di UiTM Seremban. Talking about life, Alhamdulillah again, so far so good. Dah start belajar dah cumaaaaaaaaaaaaa hahaha kadang kadang tu macam err apa yang aku belajar nie? Hmmm


Masuk minggu kedua bermakna aku dah start buat gerak kerja dengan kawan-kawan aku. Untuk semester 5, Ya Allah! Banyaknyaaaaaaaaaaaa projek itu ini nak kena buat! Kena buat scrap book (which is automatically aku dengan kawankawan aku gelak sebab last buat scrap book masa sekolah rendah kot! Tak sangka masa Degree ni punnnnnnn kena buat lagi! Haha Lepas tu lagi rasa nak gelak bila teringat budak perempuan mesti buat scrap book dengan letak riben lah, bakar bakar tepi kertas kekonon efek menariklah hahaha) 


Lepas tu kena buat video dokumentari lah, kena buat final presentation lah, assignment lagi dan lagi mengerikan lagiiiii bila sem ni kitorang kena buat research for our VIVA! Belum tambah lagi dengan komitmen aku dengan Bacas Committee dan Kolej Mayang Selida hmm ~


Lepas tu kann, kitorang kena buat practical training tau semester ini. So nak cari tempat praktikal pun satu hal jugak sebab aku macam pening pening sikit nak cari and nak buat dekat mana ; samada di Kuala Terengganu atau di Kuala Lumpur tapi aku rasa better aku buat di KL lah kot ~ hewhewehwhewh


So aku cuma nak tanya pendapat kepada sesiapa yang arif, yang ada pengalaman ; mana tempat praktikal yang better ; ke private sector atau ke government sector? FYI aku study Bach In Administrative Science, bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di UiTM Seremban 3. Sesiapa yang nak bagi pendapat, nak ceritakan pengalaman or apa apa je, boleh sangat! Anda semua di alu-alukan! The more, the merrier. Gituuu ~

Cepatlah bagi pendapat! Kami menantikan jawapan anda! Hahahha

 


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, March 09, 2014

1st Week at Seremban dan MH370


Assalamualaikum


Apa khabar semua orang? Sepatutnya aku kena update entry ni sejak dari minggu lepas just nak bagitau korang semua yang aku dah selamat menghabiskan minggu pertama aku di UiTM Seremban 3. Alaa kampus baru tue hihihi


Alhamdulillah, itu je yang aku mampu cakap untuk minggu pertama ini. Memang busy sebab kena handle students dan macam-macam pertanyaan dan persoalan tapi semuanya dapat dijawab dengan baik, dapat dikawal dan dilaksanakan dengan smooth je, hasil dari bantuan kawan-kawan, dari pihak SMF, CASS dan juga lecturers

Fakulti aku di Seremban 3 ;
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi aka FSPPP :)

Paling terharu, bila masuk dalam kelas ; lecturer Public Finance kitorang tengok kitorang yang pakai blazer dan tag nama Bacas Committee dan terus cakap "you've helped us a lot" Sumpah rasa terharu sebab rasa macam dihargai sangatsangat :)


So far, everything going smoothly. Aku bersyukur dengan itu dan aku harap sangat ini permulaan yang baik untuk aku dekat Seremban 3 ni. Memang semuanya masih baru, ada yang tak cukup dan terkurang tapi aku anggap itu semua adalah dugaan sebagai pelajar. Ya, kita tak boleh nak expect semuanya tersedia hidang depan mata kita. Inilah dikatakan dugaan dan cabaran semasa belajar


Dan bercakap tentang dugaan juga, aku ingin menyentuh sedikit tentang Pesawat MAS MH370. Aku tahu melalui twitter dan Astro Awani di laman web. Memang terkejut dan menjelang petang semalam, aku dapat rasakan kesedihan yang ada dalam diri aku. Aku sebak bila tengok keluarga yang terlibat, kawan-kawan yang hilang. 


Walaupun aku tak ada sesiapa yang aku kenal di atas kapal terbang tu tapi aku tetap terasa sedih dan risau. Aku sangat ingin terima berita baik tentang berita pesawat tu. Tak sanggup aku nak dengar cerita sedih, melihat semua orang menangis di kaca TV. Tak nak itu semua. Aku rasa sakit bila tengok mereka. Aku rasa macam nak peluk kuat-kuat mereka yang terlibat dan berikan mereka semangat


Dalam kita semua bersedih, ada juga yang anggap ini satu lawak bodoh. Come on! Aku tak percaya how come orang orang macam ni boleh fikir benda ni sebagai joke? Tak ada hati perasaan langsung! Dan aku anggap mereka ini seperti pendek akal kerana tidak berfikir panjang sebelum berkata. Ada yang terasa? Maaf, ini hanya pendapat aku bila kau seolah olah cakap macam tak ada hati dan perasaan


Kepada keluarga yang terlibat, sahabat, anak, ibu ayah, kakak dan abang dan sesiapa sahaja, aku doakan agar kalian kuat dan tabah menghadapi semua dugaan ini. Jangan mudah berputus asa dan teruskan berdoa. Doa adalah kekuatan kita. Insyallah, mereka semua selamat dan dilindungi Allah swt cuma belum tiba masanya kita bertemu dengan mereka lagi. Insyallah, mungkin esok dan lusa kita berjumpa dengan mereka kan? 


Kepada semua orang di dunia tak kira di mana anda berada, khususnya rakyat Malaysia, marilah kita ketepikan semua perbezaan umur, warna kulit, fahaman politik (INI YANG PENTING), asal mana, agama apa dan sebagainya yang boleh pecah belahkan kita. Sebab itu semua menampakkan kita semua dan bodoh. Itu je yang aku boleh cakap. Mari kita sama-sama berdoa agar MH370 ditemui dan semuanya yang terlibat selamat dan dilindungi Allah swt selalu


Masa ini lah nak tunjukkan yang kita ni orang yang prihatin. Bukannya makin nak tunjuk betapa pendek akalnya kita. Tolonglah, fikirkan perasan mereka yang terilbat baca komen dan tweet korang yang tak ada hati dan perasaan. Bayangkan kalau kalau orang yang paling kau sayang ada terlibat, ada kau nak cakap macam tue?


Aku, dari jauh dalam sudut hati aku berdoa agar pesawat MH370 beserta pilot, co pilot, cabin crews dan semua penumpang agar semuanya selamat dan dilindungi Allah. Harap sangat semuanya baikbaik sahaja dan tak ada yang melibatkan maut. Ya Allah, kaulah yang Maha Mendengar, Maha Berkuasa ; perkenankan doa kami ini


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts