[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Monday, March 16, 2015

Duta Kecil FSPPP di Ekspo Selangkah ke UiTM


Assalamualaikum


Yeazzaa! Minggu lepas merupakan minggu pertama aku sebagai pelajar Master. Weyhuu! To be honest kan, aku tak pernah rasa macam semangat, rasa seronok nak pergi kelas macam aku nak pergi for Master class ni. Before this masa Diploma dan Degree, seronok nak pergi kelas tu sebab nak gelak ketawa dengan kawan-kawan je hahahhaha


Subhanallah, niat nak pergi kelas tu pun dah tak betul -.- Kadang-kadang sampaikan sanggup pergi kelas sebab tak nak termiss cerita kelakar dengan kawan-kawan hahahhaah ya Tuhan ~ teruknya perangai 0,0


So basically, ramai giler tanya aku "Mai, macmana kelas Master?" So here it is aku bagi penjelasan okay semua. Kelas dari Isnin sampai Khamis je. Satu hari satu kelas dan kelas selama 3 jam je kauuu ~ Memang best sangat-sangat sebab lectures pun semua best giler. Eii memang aku rasa seronok lah belajar for Master nie :)

First day class as a Master student :) hiks

So far so good. Aku harap sangat semangat aku dan seronok belajar aku ni akan kekal sampailah aku habis Master. Kalau ditanya pasal masa depan, aku memang dah plan betul-betul dengan masa depan aku dan Alhamdulillah, memang tak ada halangan dari mama ayah aku so yeayyy! Sekarang ni harap sangat Allah swt mudahkan semua perjalanan kehidupan aku :) Kawan-kawan, doakan aku ye :)


Actually, aku nak cakap benda lain sebenarnya tapi dah melalut p cerita pasal Master pulak sigh -.-


Sabtu dan Ahad baru-baru ni, 14 dan 15 Mac 2015 ada Ekspo Selangkah ke UiTM. Kebetulan, my juniorss dan adikadik sayang aku datang dari Seremban ke Shah Alam untuk menjadi duta bagi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) . Dah kebetulan aku dekat Shah Alam, memang tak lah weyhhhhhhhhh aku tak nak jumpa diorang kan? So aku pun gigih lah pergi DATC tu semata-mata nak pergi jumpa diorang


Yeayy! Finally dapat jugak jumpa dengan mereka bertiga nie. Kami bertiga kenal sebab join persatuan pelajar. Dari situlah jadi kawan, jadi soulmate, jadi kawan baik, jadi eii rapat lah senang cakap! Sebab masing-masing dah tahu perangai masing-masing. Seronoknya weyh dapat jumpa diorang :) Lepas rinduuuuuuuuuu sampai nangis-nangis tau sebab happy sangat dapat jumpa hahahha

From left ; me, yaya, along and nadia :)
Bawah nama persatuan pelajar FSPPP UiTM Seremban 3, kita berkenalan hehehe

Dan disebabkan alang-alang aku dah di FSPPP so aku pun apa lagiiiiiiiiiiiiiii, aku pun jadi volunteer untuk jadi duta kecil bagi FSPPP untuk terangkan pasal Diploma Pentadbiran Awam, pasal Bachelor BASS dan BCA kepada budak-budak lepasan SPM 2014 ni


Ya Allah, its fell so right untuk bagitahu dan ceritakan dari A sampai Z pasal DPA dan FSPPP ni secara amnya. Aku ceritakan pengalaman aku masa Diploma, aku ceritakan apa yang kena belajar, what are the expectation for the course, apa skop dan bidang kerja after dah ada DPA ni. Memang aku ceritakan semuanya yang aku tahu. Yes, aku memang seronok buat macam tue :) Puas hati weyh dapat cakap depan-depan dengan mereka pasal DPA nie :) Kalau nak tahu pasal DPA, aku ada tulis dekat SINI


Dan yang paling aku seronok, aku dapat tolong budak-budak lepasan SPM dan jugak mak ayah kepada pelajar lepasan SPM untuk tahu apa itu DPA. Dan semuanya puas hati dengan explaination aku, diorang rasa seronok dan aku pun rasa happy tengok diorang faham apa itu DPA. Ya Allah bantulah adik-adik aku tu supaya mereka dapat buat keputusan yang betul untuk masa depan mereka, bantulah mereka :)


Sebenarnya - aku seboleh-bolehnya untuk tidak bagitau mereka pasal aku sambung master nie. Tapi Nadia, Along and Yaya ni pulakkk boleh pulak perkenalkan aku dengan semua ibubapa dan budak lepasan SPM "Haaaaa ini senior kami, dia dah sambung Master" dan bommm! terus rona pipi aku jadi merah bila semua orang tengok aku. Lagi malu bila diorang tanya umur aku dan bila tahu umur aku dah 23 tahun, diorang terus cakap "Wah muda lagi dah sambung master!" Haih ~ malunyaaa hahahha

Lepas settle urusan di Ekspo Selangkah ke UiTM,
pergi melepak dengan BenchmarkGeng aku - Shafiq and Amad
Shafiq turun Shah Alam semata-mata nak lepak dengan aku and Amad hihiih :)

Hari Ahad pulak, aku memang terus turun pergi Ekspo tue. Walaupun aku tahu aku ada kerja GST yang perlu aku buat tapi aku tetap jugak pergi DATC untuk tolong budak-budak SPM pasal DPA nie. Hiks seronok weyh dapat cakap dan explainkan pasal DPA nie. Aku pun terus promote UiTM ni yang memang bagus untuk anak Melayu, bantu bangsa kita untuk lebih ke hadapan dan sebagainya :) yes, aku bangga jadi budak UiTM #UiTMDiHatiku


Hari kedua Ekspo Selangkah ke UiTM, aku jumpa dengan sekumpulan budak-budak lelaki lepasan SPM, 5 orang semuanya. Aku sumpah tabik dengan mereka. Sebab bagi aku, results SPM diorang tak straight A tapi diorang dah tahu apa diorang nak belajar. Diorang tahu nak belajar apa, nak masuk apa. Diorang dah tahu apa yang diorang nak untuk masa depan diorang. Ada pulak yang betul-betul nak masuk UiTM sahaja dan tak nak masuk U lain. Pergh. Ada pulak yang memang pandai giler cakap pasal isu-isu politik dengan aku dan semuanya. Pergh~ aku tabik spring dengan diorang. Jujur aku cakap, mula-mula tengok - diorang ni memang macam biasa je tapi otak dan gaya cakap mereka tu, memang macam orang dewasa, matang 30 tahun ke hadapan. 


Dan kepada Akmal Hakim, Firdaus dan geng-geng awak tu, akak doakan awak berlima berjaya dunia akhirat dan berjaya dapat masuk bidang dan belajar apa yang awak minat :) Akak sokong awak berlima! Dan kami semua jadi kawan hahahhaha sebab diorang cakap nak tanya-tanya apa lagi senang nak contact :)


So itulah ceritanya. Eii seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jadi volunteer untuk Faculty sendiri. Bukan sahaja aku promote FSPPP, aku pun promote UiTM jugak kepada budak lepasan SPM dan berjaya yakinkan mak ayah mereka tentang bagusnya UiTM nie. To be honest, aku memang bangga jadi pelajar UiTM :) Aku harap sumbangan kecil aku yang tak seberapa ni, dapat bantu anak Melayu, adik adik ni untuk lebih jauh ke hadapan, Insha Allah :)

Masa Part 1 Diploma di UiTM Dungun, hahahah
Masa ni, memang banyak main-main je dalam kelas heheh
Tak sangka - sekarang dah jadi Part 1 Master pulak :)

Okay bila lagi Ekspo Selangkah ke UiTM lagi? HAHAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, March 08, 2015

A Road To Become A Post-Graduate Student

Assalamualaikum


Sejak final sem masa Degree hari tue, aku dah stress fikir nak sambung belajar atau kerja. Aku memang nak dua-dua tapi aku tahuuuuuuuuuuu aku tak boleh pilih dua-dua sebab aku memang pentingkan kualiti kerja tue. Takkan lah aku nak buat cincai cincai je kan?


So bila permohonan post-graduates under UiTM dah bukak, aku macam hmm nak apply ke tak? Sebab berbelah bagi. So yeah ~ I did applied tapi dalam masa yang sama aku macam was was dan fikir nak kerja je. Sebab dah penat belajar dan macam yeah ~ jomlah kita p cari duit boleh shopping hahaha


"Cantiknya tudung tue kakk"

Dalam duk tempoh was was tu, aku memang kejap nak sambung, kejap nak kerja. Memang berbelah bagi. Boleh dikatakan hampir semua orang yang sama batch dengan aku memang aku tanya dan diorang memang nak kerja. Aku tanya lecturer-lecturer aku ; ada yang suh kerja, ada yang suh belajar. Ada yang macam tanya macam-macam dekat aku dan sebab kenapa aku nak belajar. Sumpah cakap, aku memang blur. Tak tahu dan lost. 


Tak cukup dengan tu, aku p tanya pulak dekat semua saudara-mara aku. Masing-masing duk pung pang. Mak ayah aku senang je "apa-apa yang terbaik untuk awak, mama ayah follow je" Pergh memang dillema wanita betul aku masa tue HAHAHA Aku p tanya kawan-kawan, masing-masing duk pakat nak kerja je. Tak ramai nak sambung dengan alasan "penat dah nak belajar" Ada yang nak rehat dan ada yang nak sambung bulan Sept. Eii macam-macam lah alasan! Ya Allah, sumpah cakap masa tu aku nak menangis, sakit kepala fikir masa depan aku sendiri, rasa nak mengamuk pun ada, rasa tergugat pun ada dengan semua jawapan kawan-kawan aku HAHAHHA Jahat betul pengaruh kawan-kawan dekat aku nie lulz hahhaha


Then suddengly (HAHAH slang terengganu pulak dak aihh), pada pagi Jumaat lepas Subuh, I got an offer letter to go for postgraduates interview at Shah Alam. Dah lah masa tu study week exam! Lagilah aku tak nak pergi sebab kes malas nak balik hahhaah apo pun tak boleh tapii ayah mak aku suruh balik sebab kata mereka "Pergi je. Nak terima atau tak, tu soal nombor dua" So yeah ~ i did go :) Ingat tau, masa ni memang aku berat hati sangat nak p interview.


Bayangkan, lepas Subuh pada hari aku nak p interview tu, aku dah siap cantikcantik dah semuanya tapi aku duduk termenung tengok TV yang tak pasang pun! Aku macam terfikir "Ya Allah, betul ke apa yang aku buat nie? Tolonglah aku" sambil rasa nak nangis sebab macam tak tahu nak buat apa. Again, mak ayah aku cakap "pergi je" So yeah ~ i did go. Aku pergi sebab aku tengok ada sinar harapan pada muka mak ayah aku ececeh ayat! HAHAHAHAH eh tapi betul lah hoi. Mak ayah mesti ada harapan yang bagus untuk anak-anak dia kan? Ish gelak pulak dia

Gemuknya aku masa nie, nasib baik comel hahahha

Tapi kann ~ dalam satu hari masa aku p interview tu, Allah swt macam dah slowly bukak hati aku. Aku kenal kawan-kawan baru yang mostly kawan-kawan satu batch Degree dengan aku tapi tak rapat sangat sebab diorang semua kelas depan, aku kelas belakang. Aku jadi senang dengan lecturersnya yang baik dan senang untuk aku berborak tapi yang best of courselah , sebab its Shah Alam yaww! Shah Alam have everything that you want ! wehuuuuuuuuuu! 


At this moment, aku memang rasa nak sambung belajar, sangat-sangat


Sampailah masa habis final exam, kawan-kawan aku sibuk duk cari kerja. Ada kawan aku siap tanya lagi "Hang tak penat ke nak belajar?" weyh terus tergugat betul aku dengan soalan macamnie tapiii aku wat lek wat piss dulu hahahhaa Aku tengok semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawan-kawan aku duk cari kerja weyh sedangkan aku sedap pulakk menambah berat badan dekat rumah. 


Hari tu masa job fair, aku p je. Lantaklah aku nak sambung kerja ke belajar ke tapi aku p je. Nak kutip pengalaman. Sehari suntuk weyh aku sorang-sorang selama hampir 6 jam duduk dekat KLCC tu p job fair. Plus, aku nak bandingkan dengan Degree apa yang aku dapat dan bolehlah aku imagine dengan master nanti. Walau diorang cakap majikan taknak budak Master (yang tak ada pengalaman kerja) tapi aku macam "Takpe Sara, sabar. Ada rezeki dari Allah, percaya dekat Dia" Lagipun aku confident sebab aku memang ada Diploma so yeah ~ aku teruskan. 


Aku p job fair tu sebab niat aku nak cabar diri sendiri. Paling penting, aku nak tengok (kejap ada orang call pulak dak aih, duk mengata aku sebab aku nak jadi student lagi sedangkan dia dah nak kerja) See? Nampak takkk? Ade je tak puas hati dengan aku yang nak sambung belajar hahahhaha


Okay sambung cerita. paling penting aku nak tengok jauh mana aku boleh pergi. Aku nak tengok macam mana communication skills aku dan tahap penguasaan aku dalam speaking in English dengan orang ramai. Hahaha meletop sangat!

Kalau dari segi gelak ketawa skilss, memang aku dah juara dah :)
With Kak Nad and Aiza :)

Masa ni aku duk tanya ayah aku "Ayah macamana kalau Sara nak sambung belajar tapi tetiba dapat job offer?" Ayah aku cakap "Kita tengok dulu job offer yang macamana Sara dapat. Kalau dapat yang bagus, kita p tukar mod pengajian. Yang penting, rebut peluang yang ada" dan mama hanya angkat tangan gaya put your hands up tanda sokong dengan ayah. Hahahaha gitulah ceritanya. 


So dalam duk dalam dilemma wanita lagi ; sebab tengok kawan-kawan p joh hunting, pakai smart-smart sebab nak pergi interview dengan ada yang sibuk nak bertunang dan kahwin lah (korang ni berpakat nak bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama ke? hahahah) aku hadapi hari-hari aku dengan duduk dekat rumah je, usik-usik mak aku hahahha


Sudah menjadi Mysara Newrie yang tak boleh duduk diam, aku pun start lah buat business kecil-kecilan. Aku buat sebab aku percaya dan aku guna sendiri produknya dan nampak kesannya. So yeah ~ kalau korang sibuk cari kerja yang nak bagi duit, aku pulak sibuk cari duit dengan cari kerja HAHAHAHHA eh mana adalah, aku buat business sebab nak dapat pengalaman, nak ada kerja so tak adalah duk bosan je hehehe

Follow lah IG business aku - serumforyou. 

Sampailah pada 3 March 2015 baru baru ini, akhirnya official letter dah keluar. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt sebab berjaya bukak hati aku nak sambung belajar. Yelah ~ dalam duk stress dengan masa depan, aku akhirnya dapat tetapkan hati nak sambung master di UiTM Shah Alam. "Kenapa UiTM?!" So ini jawapan aku "Sebab #UiTMDiHatiku" 


Pstt ~ sebenarnya aku dapat jemputan untuk sambung master di Universiti Malaya (UM) . Well memang bagus dan best tapi setelah aku fikir pros cons dia, UiTM tetap di hati aku. UiTM ada something dalam diri aku yang susah aku nak buang ecececeeh patriotik sangat bunyinya ni hihihi :)


Aku dapat sambung master dalam kos Executive Masters of Administrative Science di UiTM Shah Alam bawah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), seperti yang aku nak :) Wahhh! Sejak 2010 sampai sekarang, aku manage duduk dibawah fakulti yang sama! :D Alhamdulillah. Mama ayah dan Hakim adalah orang yang paling happy. Family aku, kawan-kawan aku. Sangat best terima ucapan tahniah dari mereka dan paling best, dapat banggakan mama ayah dan Hakim :)


Sebenarnya aku takut dan gusar jugak dengan Master ni tapi yeah ~ takpe, aku harap Allah swt mudahkan perjalanan hidup aku nie. Ada sebab kenapa Allah swt buka hati aku nak sambung dulu dari bekerja dulu. Adalah sebab tue. Perancangan Allah tu sangat-sangat bagus sebab hanya Dia sahaja yang Mengetahui kejadian yang berlaku ni :) Have faith


Kesimpulannya, nak sambung belajar esp ke post graduates ni memang banyak cabaran. Kau keliru, tak nak sambung, terpengaruh dengan kawan-kawan, kehendak family dan kehendak diri sendiri dan macam-macam lagi. Memang akan buat kau stress esp kalau kau ada OCD macam aku HAHAHAH Yeah ~ aku ada OCD sikit bab-bab macam nie -.-


Nasihat aku, apa yang terlintas dalam otak dan hati kau at first, pilih yang tue. Sebab takkan ianya menjadi firasat pertama kau kalau kau tak terfikir kan? Kawan-kawan memang akan bagi pendapat diorang dan maybe akan efek kau sedikit sebanyak. Pesanan aku ; dengarkan sahaja pendapat mereka kemudian bandingkan dengan diri sendiri. Tak semestinya pendapat mereka sesuai dengan kau, kan? So fikir baik-baik. 


Ini termasuk jugak dengan pendapat dari lectures dan families. They knew better cause they have experience. Again, dengarkan nasihat mereka dan applykan dengan diri sendiri. Cuba tanya dengan diri kau "Boleh ke aku nak survive, boleh ke aku nak hadapi?" dan sebagainya. This is what I've been practicing since 2010 in every matters :) Sebab yang nak hadapinya, engkorang sendiri bukan orang lain. Remember that!

Pakai sunglass kejap, flash camera terang sangat ahahahhaha

So basically, I would like to announce that I'm officially a post graduates student! :D


p/s : Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Banyak sangat Allah dah tolong aku sejak aku SPM 2009 sampai sekarang. Allah mudahkan semuanya dan aku harap ianya kekal sampai ke akhir hayat aku nanti :) DOAKAN AKU WEYH!


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, March 02, 2015

Macam mana botol kecik cenonet ini boleh cantikkan kulit muka awak?

Assalamualaikum


Selain dari kerja aku menghias planner aku selama setahun yang akan datang nie, yess - aku dah siap hias planner aku untuk sepanjang tahun 2015 hahahahah aku tetiba macam terfikir nak buat something yang aku terfikir takkan serius nak buat 


Amendo hang ni Mai weyh? Banyak sangat plan dan kerjanya?


Aku buat business online. Bisnes apa? Bisnes kecantikkan HAHAHAH Eh seriuslah weyh tak tipuuu. Memang aku buat business online melalui Instagram sebab yelah ~ sekarang ni semuanya memudahkan kita dan di hujung jari je kan? 


Aku buat bisness Sensual Plus Serum, jual serum untuk muka. Aku decide nak tolong jual serum ni sebab aku pernah guna, sejak bulan puasa tahun lepas. Haaaaaaa ~ So dalam tempoh tu sampai sekarang, aku dapat tengok muka aku berubah macam mana. Jadi lebih bersih dan slow slow glowing gituu hahha So apa salahnya aku nak tolong kawan-kawan aku jadi cantik jugak macam aku kan? HAHAHAH okay, gurau gurau hahhaha :D


Inilah botol Serum Sensual Plus :) Kecik cenonet je kan? heheh
CP to Kak Massy

Dulu kulit muka aku berminyak. So dari situlah aku start guna serum ni dan aku tengok hasilnya. Even masa raya yang lepas pun ramai tegur kulit muka jadi bersih dan putih. So start dari situlah aku terus macam konsisten je guna. Terima kasih dekat Muji sebab perkenalkan serum ni masa aku p melawat dia dekat Shah Alam sebaik sahaja selepas aku settlekan kerja pengurusan Debat Piala Dekan FSPPP Se-Malaysia tahun 2014 hahahah :D


Tapi ada gak kadang-kadang aku tak guna sebab malas hahahah tapi sejak duduk rumah ni je, banyaklah sikit masa aku nak selidik muka ni depan cermin kan HAHAHH So dari situlah aku pun teruslah pakai dan terfikir nak berniaga dalam masa yang sama. 

Gambar di ambil pada 16 March 2014

Ini gambar sebelum aku guna Sensual Plus Serum nie. Masa ni, memang aku tak amik berat sangat pasal kulit muka, macam tak kisah dah. Memang kulit muka aku masa ni macam kusam, berminyak je. Tapi satu je aku bersyukur kepada Allah swt sebab kulit muka aku ni jenis jarang-jarang je tumbuh jerawat. Kalau ada pun, sekali dua kali je. Yang ni memang aku bersyukur sangat-sangat hehhe


Tapi kulit muka aku memang berminyak. Pantang lambat cuci je berminyak je. Bangun dari tidur pun, berminyak je. So ini menyebabkan aku selaluuu kena cuci muka, basuh muka dan lap kasi kering supaya dapat kurangkan minyak tue


Sebab tu aku malas pakai make up. Sebab kalau pakai, akan jadi worst sebab make up takkan kekal lama dekat muka dan muka aku lagi berminyak. Masa ni paling kurang pun aku pakai bedak Johnson tu je hahahah kisah pulak aku pakai bedak baby asalkan bau dia best heehhe

Gambar pada 27 February 2015, pukul 5 petang
Utamakan keselamatan, pakai tali pinggang! hahahhaha

Okay ni gambar aku yang paling latest. Alhamdulillah, selepas aku konsisten guna serum tue, kulit muka aku dah macam okay, tak kusam dan tak berminyak teruk sangat macam dulu. Kalau lepas cuci muka dan sapu serum, muka aku tak berminyak dah. Lembab lembab je jadinya hahahah yeay! Alhamdulillah syukur. 


Opss! Dua dua gambar before and after ni - aku tak guna filter langsung tau! Haaaa ~ 


Gambar ni diambik masa aku p keluar pada waktu petang. Aku hanya sapu serum di muka dan pakai foundation Mustika Ratu. Yes ~ Aku memang pakai foundation Mustika Ratu sekarang ni sebab kecik dan comel dan murah je. Around RM 6.90 satu botol, nice lah tue kan :) Yang penting, ianya sangat sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak nie :)


Jangan risau. Serum Sensual Plus ni boleh di pakai dengan apa-apa sahaja foundation pun. Cuci muka, sapu serum, kasi rest sekejap dalam 2 minit then sapu lah foundation atau bedak korang

Kelebihan Sensual Plus Serum :)

Inilah sebab kenapa aku guna serum ni dalam jangka masa yang lama. Jarang tau aku nak setia pada jenama kecantikkan muka pada masa yang lama. Sebab aku fikir muka aku ni hanya berminyak je. Jerawat alhamdulillah tak ada. Parut parut tu adalah sikit kan? Heheheh Takpe, tu tandanya dah matang! HAHAHAH :D


Serum ini ada 14 jenis serum yang berbeza, mengikut keadaan kulit kita. So korang kena tengok dulu dan tahu kulit muka korang macam mana dan beli serum yang sesuai. Jangan pilih serum yang tak sesuai, kang tak menjadi pulak kang :)


Macam aku - aku dah pernah guna purifying, tightening dan sekarang aku guna beuty shine yang khas untuk cantikkan dan putihkan kulit muka :) hehhehe sape tak nak jadi cantik kan? Kekekkeke


Kalau korang nak tahu info lebih lanjut pasal serum ni, berapa RM satu kotak, berapa postage, apa kebaikkan serum ni, macam mana nak pakai serum ni dan pelbagai 1001 satu soalan tentang serum ni - korang boleh pergi ke Instagram aku iaitu


SERUMFORYOU


Dekat IG aku nie, korang boleh jugak klik #spsmysaranewrie dan dekat situ, macam-macam gambar dan tips yang aku dah share. In case kalau nak tahu apa-apa boleh je whats app aku dekat nombor yang aku letak di IG aku tu dan boleh tanya


Jangan risau. Kalau korang blur dan tak tahu apa jenis serum yang mungkin sesuai dengan korang, boleh jugak whats app aku. Aku akan guide korang macam mana nak guna serum ni dan macam mana nak bukak serum nie. Senang je. Semuanya aku dah prepare khas untuk korang, cuma sekarang ni nak tunggu korang je untuk datang kepada aku :)


Aku bukan apa - aku nampak kebaikkan serum ni. Before aku nak buat bisness ni, aku dah teliti dah kebaikkan dia, feedback dari orang lain. Kalau tak, kenapa aku nak join kan? Lagipun aku nampak macam mana kawan aku, Muji ni buat bisness ni dan muka dia macam mana. 


So why not aku start bisness dengan benda yang aku guna dan pakai? Kenapa aku tak share dengan kawan-kawan aku kan, dengan korang? Betul tak? Lepas tu, peluang pulak ada di depan mata, kebetulan lah aku ada kenal kenal beberapa orang yang berkait rapat dengan serum ni so kenapa aku nak lepaskan peluang nie? Hehehe


Lagipun, aku memang cari alasan untuk sibukkan diri aku before something big is coming to me tak lama nanti, hihihi :) 


Maka dengan itu, marilah kita menjadi cantik bersama-sama! :D 

Semoga Allah swt mempermudahkan dan memurahkan rezeki aku dalam bisness ini, Amin!
Follow IG bisness aku ni tau! :D

Tapi bukan hanya cantik di luar sahaja, cantik di dalam pun sama tau! Insha Allah, jika konsisten guna serum ni, guna serum dengan betul, minum air masak yang cukup - akan dapat hasilnya. Nak cantik bukan sekelip mata je. Kena banyak-banyakkan bersabar dan mintak tolong dengan Allah okay :)


Ada orang cakap kenapa nak ubah muka jadi macam itu ini kan? So ini jawapan aku :)


Allah dah bagi muka kita dan tubuh badan yang sempurna. Maka dengan itu, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menjaga kurnianNya dengan baik. Macam mana Allah bagi dekat kita, macam itu jugak kita pulangkan kepadaNya betul tak? Kalau muka berminyak, ada jerawat - apa salahnya kita baiki dan jadikannya cantik di pandangan? Kalau gemok, apa salahnya kita p jogging untuk jadikan badan kita sihat. Betul tak? Baik ngaku cepat kalau tak, tak nak kawan! HAHAHA :D


Maka dengan itu, aku berharap sangat sokongan dari korang untuk datang ke IG SerumForYou dan tengok dengan mata sendiri feedback dan baca semua tips yang aku bagi. Aku harap korang faham dengan apa yang aku tulis dan kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya okay :) Dont worry, i dont bite 


Kawan aku cakap "Wah Mai, tak boleh duduk diam! Dah jadi businesswoman pulak dah kau sekarang ni!" Hahahahah :D Insha Allah - slow slow okay :)


 Thankyou :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts