[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Saturday, September 26, 2015

Pengalaman Sendiri Pakai Serum

Assalamualaikum


Aku tak tahu lah korang tahu ke tak pasal hal nie :)


Di samping aku sedang belajar untuk habiskan Master aku, aku pun sekarang ni jual serum! hahaha business kecik-kecik kann :) Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah tu tak pernah putus :)


Aku start business serum ni sejak February hari tue dan Alhamdulillah, ianya sangat-sangat berkesan dengan aku :)


Dulu aku mengaku aku sangat-sangat malas cuci muka sebab aku rasa muka aku tak adalah jerawat teruk sangat, setakat minyak je. Kalau aku rajin, aku akan cuci muka. Sebab tu aku punya pencuci muka sangat-sangatlah bertahan lama, mau dekat setahun pun ada weyh T.T


Kebetulan semalam aku tengok gambar-gambar lama aku. Ya Allah! Nampak sangat kulit muka kusam, berminyak dan macam gelap sikit lah hahahha Punyalah tak cakna betul penjagaan muka masa tue :)

Aku tak ingat tahun berapa,
maybe tahun 2011 kot

Yang ni tahun 2011 jugak hahha
Then, pada tahun 2012 aku ada kenal seorang kawan aku yang jual serum. Mula-mula macam tak nak beli tapi bila kawan aku tolak dengan harga murah sebab dia nak buat clearance, aku pun beli. Mula-mula pakai macam eh eh macam tak ada pape pun -.-


Tapi bila mama tegur "Nampak lain lah muka. Pakai apa?" Aku macam wah wah ye ke? Apa yang lain?! HAHAHAHA Mama cakap muka aku nampak cerah, nampak segar sikit compare dengan dulu. Yelah sebab dulu aku memang tak pakai pape


Bear in your mind, tak pakai pape tu memang aku tak pakai pape. Hanya pencuci muka semata-mata. Tak pakai make up, cream siang ke malam ke, toner ke. Langsung semuanya tak. Tapi Alhamdulillah, muka aku tak ada masalah. Tak ada jerawat teruk ke, parut yang kronik ke.


So start dari situlah aku pakai serum :) Aku jumpa pulak Kak Massy Haddy dan dari situ aku start jual serum jugak :) 


Selepas pakai serum :)
Muka tak ready nak kena amik gambar. Candid lah kekononnyaaaa
No filter. No bedak sebab masa ni nak p berebut amik pas masuk Konsert AF HAHAHA

Dengan adik aku :)
Gambar ni pun NO FILTER NO BEDAK sebab aku tahu, nak duduk dalam kereta je
So pakai bedak tabur yang biasa tue je :)

Sekarang ni, kalau ada orang tanya aku pakai apa dekat muka, aku akan jawab "pakai serum je" Di samping tu, aku pun ada pakai handmade soap jugak :) Memang ada satu pakej terus dari produk dan label yang sama! Senang! :D


Serum apa yang aku pakai? Sabun apa yang aku pakai? Semuanya boleh rujuk dekat IG 

@serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou @serumforyou 


AKU TAK PRIVATE ACC INSTAGRAM AKU 
SO KORANG BOLEH USHA USHA DULU OKAY!


Aku memang niat nak tolong korang jadi cantik jugak :) Atleast tak dapat jadi macam CTDK, Nora Danish, Song Ji Hyo pun ; atleast muka flawless dan tak ada masalah pun dah cukup :) Aku tahu perasaan korang yang nak cantik tapi malas kan? Rasa macam leceh sebab kena banyak pakai benda itu ini


Tapi dengan serum dan sabun ni, memang senang dan jimatkan masa! Trust me! Aku dah pakai serum hampir setahun dah :)


Jom borak borak kecantikkan okay! Aku tunggu korang dekat IG aku tue :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, September 24, 2015

Awal Semester Memang Macam Ni

Assalamualaikum


Well, I do need to focus on what I'm doing right now iaitu belajar dan habiskan Master aku ni dan juga get active dengan berbusiness. 


Sebab apa? 


Sebab aku rasa macam serabut sangat semuanya! Sebab apa? Bila dah jumpa kawan-kawan, ada je benda yang nak dibuat Hahahah Biasalah, bila dah lama tak jumpa, ada je benda yang nak dibuat :)


Setiap malam, almost every night kot mesti nak dinner dengan kawan-kawan. Bila dah makan-makan, mesti berborak bagai nak rak kan? Lepas tu biasalah, disusuli dengan idea yang macam-macam seperti mandi air terjun, nak p roadtrip Melaka, nak p karaoke, tengok wayang, main bowling lagi, nak p Penang lah. Pergh ~ you named it! Memang on the spot punya plan dan ianya memang selalu jugak menjadi :)

Habis kelas, tunggu bas. Kita selfie dulu sekali :p

Eh eh lepas tu terpergi jalan-jalan dekat Setia City Mall hahahhaah

Eh eh terlajak pulak p shopping dekat Times Square
Time jalan-jalan dekat TS tue, memang semua orang all out betul shopping! HAHAHA Ingatkan keluar cash sahaja cukuplah, tapi bila cash dah habis, terus masing-masing guna debit card -.- Pergh. Giler kentang betul hahaha. Plan nak p shopping ni pada pukul 4 pagi dan pukul 9 pagi kitorang semua gerak hahahha. Last minute betul!


Memang all out shopping weyh. Dari Shah Alam ke TS lepas tu p Pavillion. Kebetulan dapat ice cream Kit Kat yang green tea tu secara PERCUMA! Hahaha Lepas tu p KLCC then terus gerak balik ke Shah Alam. Macam ni lah sehari-harian ku bersama kawan-kawan 

Mandi manda di Air Terjun Kanching!

Masa cuti umum sempena Hari Malaysia, kitorang p mandi manda dekat air terjun. Ini punn last minute punya plan gak nie! Pukul 3 pagi idea keluar, pukul 9 pagi kitorang dah gerak nak p mandi manda hahahha :D Best weyh mandi manda dekat air terjun! Rasa macam nak pergi sekali lagi je :)


Lepas dah mandi, p makan then terus p main bowling dekat Plaza Alam Sentral. Kebetulan jugak sebenarnya, sebab biasalah ~ nak baiki lappy, nak format laptop. So alang-alang kebetulan nak tunggu lappy, tu yang p main bowling hehehe

Swag katenya

Melawat Hafiz di DEMC
Hafiz ni jiran aku sejakkkk aku sekolah rendah lagi! So memang dah rapat, sebab petang petang je keluar main sama-sama, p makan dekat cafe. Aunt Izan tu memang dah kamceng dengan aku. So memang dah anggap macam adik beradik dah! Even sampai sekarang pun kitorang jiran lagi tau!


So bila dapat tau Hafiz excident, mama ajak p melawat. So pergilah. Kesian Hafiz. Get well soon brother! 


Dengan Edy Nuar kekekekkek
Then Edy Nuar pulakk datang Shah Alam dan ajak jumpa. Hahah Edy ni kawan baik aku masa Degree, time lepak study makan semua dengan dia sebab kitorang je yang duduk kolej masa tu. Kawan-kawan kitorang semua duduk rumah sewa hahahha


So bila dah jumpa Edy ni, rasa macam pelik pulak sebab banyak borak pasal hal masa depan, plan nak kahwin lah, nak kerja lah. Selalunya kitorang membebel pasal benda-benda mengarut je! Hahaha Terima kasih Edy sebab banyak tolong aku :)


On top of all that adalah kitorang p tengok Konsert AF HAHAHAHHAHAHA Alaaa, pas masuk percuma kot! So kitorang p amik pas masuk, cuma memang kena berebut-rebut lah hahahah tapi kisah pulak kan? Dapat lah 10 pas masuk, memang just nice cukup cukup untuk kitorang :) 

Konsert AF dekat MBSA je punnn :) Tu yang dapat pergi tue hahhaha
Kalau korang tengok Konsert AF yang tema ikon tue, yang Iqwan terkeluar tue ; haaa tengok-tengoklah dalam TV kot kot muka kitorang keluar :) Hahaah

Sambut birthday Cinabers!
Masa cuti sem baru-baru ni, ramai yang sambut birthday. So kebetulan masa birthday Iman 21 Sept baru-baru ni, kitorang decide celebrate je birthday semua orang. Sekali gus! Hahahaha semua orang dekat Pak Li tengok je kitorang sebab nyanyi lagu birthday ramai-ramai hahahahha

Lepas habis kelas, pergi makan!
Menjadi tak nak tiru aksi dekat orang di belakang tue? hahahhaha
Lepas tu p Setia City lagi, si Echa ajak p teman
Selalunya dia yang buli aku, kali ni aku buli dia hahahha
Buli dia dalam gambar je Y.Y hahhaha
Lepas tu borak sakan dengan adik aku. Puas hati dapat borak dengan
adik aku yang sorang nie semalam dalam kereta :)

Lepas kelas, kita makan lagi!
Yaaa, itulah dia hari-hari awal aku di semester kedua nie. Dah tu bila masanya belajar weyh? Asyik keluar dengan kawna-kawan je?!

Hanya students je yang tahu hal nie

Yeah mysara. Balik ni kena set kan azam yang baru! Lepas ni bersedialah untuk sibuk dengan kerja, assignment, presentation, article review dan summary, trip ke Johor dan paperwork dan sebagainya -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, September 07, 2015

Assalamualaikum Semester Kedua!

Assalamualaikum


Hai semua :) Sepatutnya hari ini Isnin pada 7 Sept aku kena pergi kelas sebab bermulanya kelas tapii biasalah kannnnnnnnnnnnnnnn, bila dah lama duduk rumah , rasa berat je nak balik Shah Alam tu hahahahha So faham faham je lah ye nokk


Tapi walaupun aku duduk dekat rumah, aku duk sibuk register kelas. Aku masuk kelas A dengan amik Local Govt. Sebenarnya, ini sudah kali ke tiga aku belajar benda yang samaaa Y.Y Well ada pro and contra dia okay belajar benda yang sama


First ; aku memang akan expert giler pasal Local Govt dekat Malaysia nie. Kalau dekat luar negara, maybe aku boleh tahu sikit sikit kot hahaha 


Second ; aku memang boleh dapat high score kot sebab yelah ~ dah benda yang memang ada dalam otak dah, so tunggu keluar je. Tu pun kalau masih ingat lagi :p


Third ; aku ada banyakk buku rujukan Local Govt so memang tak ada masalah kalau nak cari bahan rujukan


Yang tak bestnya adalah aku memang akan bosan. Yes, bosan sebab aku tahu benda yang aku dah belajar. Ingat nak amik Leadership For Change as my elective subject tapi tengok lah dulu macam mana kan :)


Sejak aku sambung belajar ni, ramailah duk whats app aku tanya pasal kelas Master, berapa jam, belajar apa. Hahah alahai uolss nie. Suka buat aii rasa diperlukan tauuu hahhaha

Jadual kelas aku

Yes. Memanglah heaven satu kelas satu hari je dik oii tapi tengoklah berapa jam Y.Y Menangis tau tak hahahah tapi lecturer kami tak adalah kejam sangat. Kadang-kadang ada gak take five yang turns into take 30 minutes sebab kami request nak p makan HAHAHHAHAHAHAHAH #truestory sis


Overall, aku macam okay je lah dengan jadual kelas aku nie. Paling best, Isnin tak ada kelas pagi! HAHAHA Yeayy ! Lepas tu Khamis tengahari aku dah boleh balik rumah, Isnin pagi balik Shah Alam balik. Haa settleeeeeeeeee  ~ hahhaa


Budak-budak ni lagi best "Hmm hari Rabu kelas habis pukul 12. Habis kelas, boleh pergi tengok wayang, tiket murah! Lepas tu g karaoke!"


Aku tak tahu nak cakap apa tapi aku suka dengan plan diorang nie HAHAHAHHA Ya Allah, belum start kelas lagi dah melagha Y.Y 


Semoga semester kedua Mysara Newrie dapat berjaya dengan cemerlang, lulus semua paper dan yang paling penting dapat grad on time! Weyh bestnya kalau dapat pergi konvo nanti sebab aku tahu mesti ada orang akan bagi aku bunga ! wiwiiwiwiwi

Semoga results sem dua aku lebih shining lagi dari tudung satin aku ni
yang susah betul nak pakai -.-

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, September 06, 2015

Shawl Di Petang Hari Minggu

Assalamualaikum


Yes. Memang aku sangat rajin update blog sejak aku dah edit header blog aku tue hehehe


Ceritanya, aku kena balik Shah Alam hari ini sebab semester kedua aku dah bermula tapi biasalah, bila dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa cuti semester duduk dekat rumah sambil buat business, memang malasnyaa nak balik rumah Y.Y


So aku postponed balik esok hari sebab kebetulan hari ini aku ada kerja. Terima kasih dekat adiku sebab tolong bawah aku pergi Matta Fair dekat PWTC hihihi Okay nowwwww aku dah tahu rahsia rakyat Malaysia pergi bercuti luar negara -.-


So tadi lepas pergi PWTC, aku p Pejabat Pos laju kejap sebab nak amik barang. Lepas tu macam rajin pulak aku nak pakai shawl yang dah lamaaaaaaaaaa aku simpan. Yes, beli untuk mneyimpan haha


Aku sebenarnya sedang belajar untuk pakai shawl. sebab macam dah bosan je pakai bawal -.- Sampai kadang-kadang rasa macam hmm malasnya nak keluar sebab tak tahu nak pakai tudung bawal macam mana


Now aku dah tahu kenapa semua gadis gadis suka pakai shawl :) Senang rupanya, asal belit je dekat kepala then letaklah pin tudung, youre good to go! :)

Selfie dulu sekali before keluar rumah :)

TAPI bila aku send gambar dekat Echa, dia gelak HAHAHAHAHAHAHAHA and mengiyakan soalan aku hahahah Soalan apa? 


"Echa, HAHAHAHAHAHA bulat semacam je muka aku ni cha"


Tapi bukan gambar ni lah, gambar yang lain :p


Ig shop aku : @serumforyou

Alhamdulillah, finally dapat pun follower sampai 1K dekat ig shop aku nie :) Memang aku dah aim, before aku nak masuk sem dua, atleast biarlah followers aku biar sampai 1K sebab atleast aku dah nampak kukuh dekat situ :)


Seronok jugak buat business nie. Aku kenal ramai orang dan semuanya sesama baik hati untuk sesama bantu sesama sendiri dan naik. Harihari share tips dan kongsi, sama-sama mengingatkan antara satu sama lain :)


Well ~ I love my business. I love my serum. Now, I must love my study pulak sebab esok dah start kelas! HAHAHA


Semoga Mysara Newrie dapat ANC untuk Master dia dan mendapat keuntungan berlipat ganda dalam business dia. 


Terima kasih sebab tolong doakan! :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, September 05, 2015

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 82 di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum


Semenjak dah tukar blog ni, aku jadi semangatt nak tulis blog! Haha


So aku nak rasa entry ni wajib untuk aku tulis sebab ianya adalah entry pasal HARI KONVOKESYEN aku! Yeayy! Lantaklah dah lambat pun asalkan nanti 3 tahun yang akan datang, bila aku nak baca-baca balik, eh eh ada diari aku pasal hari konvo :)

Pre konvo depan rumah, becakk! Terbaik lah -.-

Okay where am I about to start? Cause hari konvo aku adalah pada 16 Mei 2015 hari tue -.- Oh ya, aku dapat jubah konvo dari kawan aku, mintak tolong dia amik kan sebab masa tu, aku dekat Terengannu, nenek aku baru meninggal. Nasib baik Atin tolong amikkan. Thank you Atin! :D


So macam biasalah kan, bila dah ada jubah konvo, haruslahhhhhhhhhhh buat photoshoot! HAHAHA So aku dengan budak-budak yang sama Master dengan aku, p naik roofop Faculty Engineering. Hehehe semangat weyh! HAHAHA

Aku suka gambar nie :)


#UiTMDiHatiku :)

Nasib baik ada Khalis. Khalis akan grad dekat UITM Dungun so dia memang lambat lagi lah nak grad kan? So dia lah yang tukang amik gambar kami semua hahaha sian Khalis tapi nasib kau lah, hahahah


Petang 15hb tu, parents dan adik aku datang! Yeayy yeayyy! Happynya adik aku dapat datang sebab masa konvo Diploma aku dulu, adik aku tak dapat datang sebab dia tak dapat cuti. So bila konvo Degree dia datang, aku happy lah ! Sebab apa? Sebab yeayy ada orang boleh tolong amikkan gambar aku lulz -.- hahaha


Kitorang tidur dekat Intekma. Bila dapat tahu je tarikh aku konvo, aku terus cakap dengan ayah aku suh book hotel siapsiap sebab aku tak nak nanti parents aku dari KL turun ke Shah Alam. Sian diorang penat, takut rushing ke apa ke, dengan parking keretanya lagi. Tak nak lah macam tue. Dengan kena naik tangga lagi. So benda yang boleh settle awal-awal, aku bagitau awal-awal hehehe


Pagi tue, 16hb Mei 2015, sebelum Subuh aku dah bangun dah rasanya. Hehehe Semangat kateee kauu!

Bersiap siap padahal tengah cuak dengan heels -.- Tinggi siak

DATC Shah Alam ; tempat Istiadat Konvokesyen :)

Officially graduated in Bach in Administrative Science (Hons.) with GPA 3.46
Alhamdulillah :)
Pagi tu memang kalut je memasing sebab happy jumpa kawan-kawan tapi tak boleh borak lama sebab nak kena beratur. Dengan blur duk cari num angka giliran, dengan nak hai hai kawan-kawan lagi, dengan heels aku yang macam "eh eh apa masalah kau nie?" terus buat aku gabra hahahhaha 


Aku ingatkan memang lama majlisnya tapi around 10.55 dah habis majlis! yeayy! Aku bersyukur sangat dapat konvo sessi pagi sebab atleast tak rushing. Kalau sessi petang, macam takut habis lewat kang, eh eh nak Maghrib lagi hihihi


Bila time nama budak Diploma yang last sekali dah di sebut, aku rasa satu DATC tu bertepuk tangan bagai nak rakk!! Weh weyh dah habis dah pun Istiadat Konvo kitorang! Lepas tu masa nyanyi lagu UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Pelajar, sebakk je rasa hati nie. Nak menangis rasa T.T


Sat lagi hang konvo, hang tau lah maksud #UiTMDiHatiku ini. Siap hang hahaha

Seronok tau dah konvo Degree nie :')
Keluar je dari DATC, aku happy sebab memang cuaca baikkkkkkkkkkkkk sangat! Cerah yang panas yang aku tahu "Panas lain macam ni. Konfem petang ni memang hujan. Nasib baik tak konvo petang hihihi" Tu diaaa, monolog dalaman aku sebaik sahaja keluar dari dewan. Mysara memang suka cakap sorangsorang dalam hati dia hahaha


Keluar dari DATC, cari parents dan adik aku dulu hahhaah yeayy! Dapat bunga-bunga lagiii! Hahahah alahaii happynya dah grad Degree! Walaupun cerita dah berbulan-bulan lamanya, its still there, ternampak-nampak bayangan masa dah grad dan salam cium tangan mama ayah :)

Without them, I'm nothing :)
Mama Ayah, terima kasih! Muah muah !
Bersama adikku. Happy kot mu dapat jugak datang konvo Degree aku :)
Okay now. Misi untuk cari kawan-kawan yang lain. Memang susah nak cari kawan-kawan sebenarnya esp bila dah di lautan manusia yang ramai dengan panasnya lagi -.- Aku memang sengaja tak nak bukak jubah konvo sebab hello ~ kau bukannya dapat pakai selalu jubah ni! So haruslah manfaatkan sepenuhnyaaaaa!

So guys, tahan je lah panasnya ye? Baju tu boleh tunjuk masa Hari Raya nanti hahahhaa

"Ehehehe mana kawan-kawan aku nie ye?"

Keluar je dari DATC, aku terus jumpa Edy Nuar. HAHAHAH Dia ni aku tak tahulah, teman rapat aku. Yang paling sengal, sama-sama tahu apa yang bermain dalam otak. When we lepak, we really have fun together. Duk mengusik bagai sesama sendiri, duk gelak tak tentu pasal hahaha Tapi bila belajar dan buat past year, kami memang really into it :)

Edy, ingat lagu Bunga-Bunga Matahari hahahah :D
Sedih betul. Ini je gambar aku dengan budak-budak Benchmark aku :(
Aku tak sempat jumpa diorang sebab memang masing-masing rushing. Bila dah balik, baru teringat. Nasibb baik before keluar dewan, aku berjaya jugak amik sekeping ini je gambar dengan diorang! Sedih mak oiiii sebab dioranglah memang bersama dengan aku dari awal sampai akhir Degree. Hmm sedih :/ Rinduunya!

"Mok, aku depan DATC ni. Kau datang sini cepat!"
Wuuu selempang pink uols! Hahahah

With my classmates, my Jebons!

"Eh cepatlah senyum! Orang amik gambar kita nie!" - Wan

Hahaha ni pulak classmates aku. Memang kelakar diorang semua nie. Kerja aku dengan diorang asyik nak gelak sebab diorang ni memang laughing gas aku. Masing-masing memang buat lawak tak ada emosi, muka slumber je tapi aku ni dah terguling-guling duk suka hahahah Nasib baik dapat gambar dengan diorang, sebab Athinaa call aku ajak jumpa depan DATC :)


Tapi yang ni je yang sempat jumpa. Yang lain tak sempat sebab memang berterabur je masing-masing hahah So takpelah :) Amik je lah gambar dengan mana yang sempat kan :)

With my Bortaks, Faizah and Angie!
Missing Lisda and Hani :/
A week before my graduation, budak diorang ni cakap tak dapat datang Konvo aku. Sedih giler weyh sebab bila teringat kawan-kawan, diorang lah orang pertama yang aku bayangkan untuk datang konvo aku :/ Lisda dekat Melaka, kerja and Hani pulak masa ni dekat UK, duk struggle dengan dissertation dia. 


Tapi tup tup masa konvo, diorang dah menjerit "MAIIIIIIIII!" depan DATC dengan bunga dan coklat. Alaa so sweet betul both of you nie. Sumpah sayang sampai bila-bila sebab yelah ~ kawan sejak Diploma, susah senang melagah semua dengan diorang je :/

"Makcik, cepat peluk aku sebab aku datang dari Seremban demi mu nie" -  Fatin

Kawan dari sejak Form 2 sekolah menengah :)
Percaya atau tak, aku kenal dengan Fatin Liyana ni dekat Friendster! HAHAHA Masa tu Form 2 tak silap aku, aku tak tahu makcik ni ingat ke tak tapi aku ingat! Bila masuk Diploma, aku tengok balik gambar dia dekat FB and aku terus teringat. Haaaaaaaaaaa rupanya kitorang dah kawan sejak sekolah menengah lagi tapi jadi lagi rapat sejak belajar sama-sama dekat Dungun dulu :)


Sampai sekarang aku contact dengan Fatin nie. Dialah yang ada time aku susah dan senang dulu, dengar cerita aku menangis suka dan duka sampai aku rasa dia pun dah berbulu je dengar cerita aku tapi kisah pulak aku hahhahaah Alahaii rindunya dekat makcik nie Y.Y Terima kasih sebab datang dari Seremban ke Shah Alam semata-mata nak celebrate konvo dengan aku :)

Meet her, Yaya :)
Yaya ni gf Edy :) Bila dah rapat dengan Edy, aku pun rapat dengan Yaya and we become so close together. Dia lah yang ada dengan aku time susah dan senang dulu. Time melepak dekat kolej, dialah yang aku duk cari hahaha dan kami mempunyai minat yang sama iaitu puisi!


Yes. So masa konvo aku, dia hadiahkan aku buku Puisi Itu Indah dari penulis Indonesia, Tia Setiawati. Ya Allah, aku rasa sangat-sangat happy sebab aku memang nak sangat buku tue Y.Y Sekali Yaya tolong belikan dari sana untuk aku. Perghhh ~ memang terharu. Siap dengan tulisan ucapan Yaya lagi dalam buku tue, memang tersentuh lah :') Yaya, terima kasih sebab ada dengan orang time orang down dulu :)

UiTM Dungun in the house! HAHAHA
Memang dasar tak boleh move on dengan UiTM Dungun. Walaupun dah Degree and now Master, tapi kalau jumpa kawan-kawan dari UiTM Dungun ; esp dari budak DPA ; memang macam lain macam je rasa dia. Bonding tu kami masih kuat lagi. Even sampai sekarang pun kami semua masih duk contact-contact sesama sendiri. Gambar atas ni pulak, memang dari ex DPA dari UiTM Dungun. Kebetulan je jumpa and amik gambar sama-sama hihihi

Bersama budak SMF yang datang dari Seremban ke Shah Alam :)

Masa Degree aku memang rapat dengan budak-budak persatuan pelajar sebab aku join BACAS. Memang best kerjasama dengan diorang, we learn from the mistake and when we come to Seremban, kitorang make sure bonding kitorang memang kuat. Susah senang bersama walaupun lain umur, lain kos. Seronok satu team dengan diorang.


So bila budak SMF datang nie, rasa macam eii bestnya! Hahah diorang akan grad on next graduation so sebab tu diorang datang dari Seremban ke Shah Alam semata-mata nak jumpa kami ni :) Rasa happy tengok diorang datang. Hmm rindunya nak buat event sama-sama dengan diorang 

HAHAH Muka tak ready!
Around 2.00 pm, aku pun balik ke hotel. Masa ni aku rasa macam nak amik gambar dekat sini tapi masa ni panas sangat-sangat! Memang muka tak ready lah. Macam nak mengamuk pun ada masa nie hahah sebab lapor hahhahah


Balik je dekat hotel, badan rasa nak demam. Kang aku dah cakap, memang panas lain macam nie memamg akan mengundang -.- So petang tu check out hotel dan parents aku hantar aku dekat rumah sewa aku. Sebab apa? Ya, sebab Isnin aku ada kelas! Y.Y Parents aku pulak balik KL dengan adik aku :)

Diorang culik aku lepas aku habis konvo ! HAHAHA
Baru nak rileks dekat rumah sewa, sekali dapat call dari diorang, ajak keluar HAHAH Aku baru teringat ; aku dengan genggeng Bortaks aku tu jadi rapat sebab kes kitorang join debat dekat UiTM Dungun tu lah. Sebab tu perangai memang melagha je, sebab dah memang sekepala hahaha


Around 10 pm tu macam tu, aku dah penat dah. Memang terus bamm tidur sebab demam -.- Haaa ni baru betul orang cakap DEMAM KONVO! Hahahaha :D


Alhamdulillah, Bunga dari parents, adik dan kawan-kawan.
Ada yang bagi shawl hihi terima kasih sayangku semua!

Nanti konvo Master aku nak yang macam nieee! HAHAHAH
Masyuk seyh kalau dapat macam hi, hihih
Bunga coklat hihi

HAHAHA Lawak tak?

Ceritanya, ayah aku cakap tak ada pun amik gambar dekat board besar nie so aku macam "Aaahlahhhh! Lupaa!" So macam sedih lah sebab tak dapat nak amik. Esok harinya pulak, masa aku nak p hantar jubah konvo, aku cakap dengan Miza "Tolong amik gambar aku dekat board ni" HAHAH


So aku pakai lah jubah. Kebetulannnnnnnnnnnnnn pulak ada orang bawak bunga so aku dengan taktahu malunya cakap "Abang, mintak pinjam bunga boleh tak? Nak amik gambar" HAHAHAH Yes, itu bunga orang lain tapi kesah pulak aku, asalkan dapat amik gambar depan board nie HAHAHAH


See, gambar aku cantikk tanpa ada orang lain pun dekat depan board tue. Korang apa tau? Hahaha


Semoga Mysara Newrie dapat grad on time dengan Master dia. Moga Allah mudahkan perjalanan dia dalam menuntut ilmu untuk Master nie dan mudah mendapat tawaran kerja selepas habis dia kerja, amin! 

Terima kasih tolong doakan! Hahahhaa 

Yes! Aku memang comel dalam gambar nie
      

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts