[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Sunday, October 25, 2015

Hari-Hari Seorang Pelajar

Assalamualaikum


Saje nak tulis something malam nie tapi tak ada idea. Hmm lets update on what happen boleh? :)


So esok kelas Strategic Management. Team aku amik Ministry of Foreign Affairs untuk kami buat strategic audit. Every week kena present untuk kasi Prof Jasmine tengok progress kami. Setakat ni Alhamdulillah, we are on the right track, though ada salah sikit tapi heh takpelah :) Belajar mysara! Belajar! You're still learning!


Dan sampai sekarang aku tak faham kenapa aku tak amik je Khazanah Nasional untuk company strategic audit aku -.-


Hari Selasa kelas Policy Analysis. Okay minggu ni memang kena fokus dalam kelas policy sebab Jumaat ni ada test dengan Dr Marhaini. Memang kena fokus. Aku baru study dua chapter, tu pun guna slide! Bukan guna buku teks. Okay nekad. Esok habiskan dua chapter lagi :) Dan study guna buku teks


Hari Rabu kelas Ethics. Okay aku sangat takut dengan kelas hari Rabu sebab kelas pagi! Last week aku skip kelas sebab oversleep. Duh ~ mysara oh mysara. Terus aku sedih sebab tak dapat pergi kelas sebab sebenarnya aku tengah save cuti cuti aku ni sebab jeng jeng jeng! Hahahah wait of the end of this November okay! :D *EXCITED* tapi bila dah banyak kali skip kelas, aku jadi risau pulak -.- Lepas tu sedih sebab tak dapat dengar lecture dr PM Jalil hmm


Hari Khamis pulak ada kelas Leadership. Aku rasa kelas paling favourite kot sejak semester ni. OMG! Kelas dia sumpah best! Kelas PM Jalil memang best weyh, dengan subjek Leadership pun pergh pergh pergh ~ terbaik weyh. Bestnya kelas Leadership! Woot woot! Really looking forward untuk masuk kelas Leadersehip every week! :D


Okay tetiba mood hambar masa awal awal tulis entry ni dah hilang sebab excited terbayangkan kelas Leadership . See, betapa mudahnya mood kelas Leadership tu dapat pengaruh mood aku :) Yeay yeay yeayy!

Saya Mysara dan saya memang suka belajar dekat Mcd.
Heh, budak UiTM sangat! Hahahhaa

Aku tahu aku memang banyak main, every week mesti otak fikir nak pergi mana situ sana sini. Nak pergi shopping lah, karaoke, wayanglahh tapi semua tu dah tak best nak buat dah sebab yeah ~ dah bosan. Now tengah duk giler nak main roller blade! Rasa macam best giler dapat berpeluh dan exercise


Well ~ now memang aku tengah on diet, tak makan carbs or to be exact macam kurangkan carbs. No nasi, roti, spagetti, mee kuning etc. 


Eh sambung cerita tadi


Aku memang banyak main, korang pun tengok sendiri dekat IG aku penuh gambar aku duk bersuka ria dengan kawan-kawan je tapi di sebalik gambar tue, ada gamble sendiri yang aku duk hadap. Ada struggle yang aku kena lawan setiap hari setiap masa. Aku malas nak cakap banyak sebab nak simpan untuk masa konvo Master nanti! HAHAHAH INSHA ALLAH AMIN! :D


Okay now, mari baca perenggan di bawah ramai-ramai sambil tadah tangan


Semoga Mysara Newrie berjaya dunia akhirat, berjaya habiskan Master dia dan dapat grad on time, dapat kerja yang best-best, dapat gaji yang masyuk, dapat tunaikan semua impian dan doa-doa dia, dipermudahka urusan jodoh, dapat jodoh yang sesuai dengan dia dan dapat balas jasa-jasa orang yang baca entry dan doa ini :)

Bye!






 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, October 24, 2015

Harapan Itu Sakit

Assalamualaikum


Semalam borak-borak dengan kawan-kawan aku. Then tercakap pasal harapan. Harapan ni sebenarnya sakit tauu.


Pernah tak rasa, kau dah mula bayangkan macam-macam yang akan berlaku pada esok hari kemudian bila tiba masanya, suddenly it turns out not to be happen as what you imagine. Can you feel that?


Pernah tak rasa kau macam dah cukup bersedia nak jawab exam, sebab kau dah buat apa apa sahaja yang patut then suddenly, it turns out not dan kau memang tak boleh jawab exam. To make it bad, kau pulak failed paper tue. Pergh nauzubillah min zalik. Aku tak pernah tapi yeah ~ i knew it hurst. Pernah?


Pernah tak kau rasa macam kau konfemmmmm akan jumpa dengan kawan-kawan kau, atau orang yang kau sayang (pakwe / makwe korang) then suddenly last minute kena cancel. Tak kisah lah atas alasan apa apa pun tapi yang pasti kena cancel. Pernah tak? Well ~ trust me, it hurts


Apa lagi eyh? Haa korang fikirlah sendiri harapan apa yang buat korang akan sedih atau sakit


The point is yang aku nak sampaikan dekat sini adalah harapan tu sebenarnya sakit. Tak kisah lah tinggi atau pendek harapan tue ; ianya tetap sakit dan sakit. Tak payah pergi jauhlah, kau tengok je orang sekeliling kau dan bayangkan harapan korang tapi at the end of the day, it turns out not to be happen. See? 


Sebab tu bila semalam aku lepak dengan kawan-kawan aku, we talked about future and hopes ; aku cuma cakap "Just tahu mana letaknya kita, duduk diam diam dan buat kerja masing-masing. Berdoa dan serahkan kepada Dia dan yeah ~ just go with the flow"


It turns out yang kawan-kawan aku cakap sedih bila dengar aku cakap macam tue. Hahahaha. Memang sedih tapi itulah realitinya. Kita cuma berharap dan merancang tapi yang tau semuanya adalah Allah. Yang tahu semuanya baik dan buruk adalah Allah. So let Him cause He knows what are the best for us


Apa yang boleh kita buat sekarang ni adalah cuma hargai apa yang berada di sekeliling kita, apa yang kita dapat hari ini. Sebab kita tak tahu esok lusa adakah kita akan dapat benda yang sama. Who knows esok lusa benda yang kita pegang tu tak ada. Benda yang kita ingat selalu ada tu hilang.


Let me get this straight. Tak salah nak berharap tapi jangan sampai macam ianya over tau? Macam mana eyh nak cakap? hahahah it just macam kau tahu sendiri tu samada benda tu kau akan dapat atau tak. Kalau tak, then just let it be. Tapi kalau kau tahu benda tu kau boleh dapat, usahakan lah sampai dapat. Semuanya kau kena pandai main dengan otak dan cara kau berfikir dan tackle masalah tu bila benda tu dah terjadi, tu je :)



Enjoy the little small things. Syukur. Insha Allah everything will be fine and you wont be hurt :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, October 18, 2015

Cameron Highlands, here we go! :D

Assalamualaikum


Mari kita buat kerja giler ya kawan-kawan


Habis kelas hari Khamis pukul 12 tengahari. Pergi lunch dengan kawan-kawan sambil senang hati sebab sudah habis kelas pada minggu tu. Sambil borak, sambil plan nak stay up dekat McD untuk buat assignment yang macam dah bertambah-tambah.


Well ~ faham tak perasaan orang yang tahu nak sambut weekend macam mana? Hahah in my case, weekend kitorang start pada pukul 12 tengahari pada hari Khamis sebab Jumaat Sabtu Ahad ; no class! *wink


Pukul 1 tengahari aku dah sampai rumah when suddenly I got call from Echa, siap dengan Whatsapp siap cakap "Mai angkat call!" Okay ni serius ni. Konfem ada pape ni


"Maiii! Nak pergi Cameron Highlands tak?!"
"Eh seriuslah?! Bila bila?!?"
"Petang ni lah!"


Giler lah budak-budak nie hahahha So after that call, aku pun terus call cari kereta sewa area Shah Alam. Mungkin nasib kitorang kot dapat kereta sewa. So yeahh ~ pukul 5 petang, here we go to Cameron Highlands! :D

CAMERON HIGHLANDS, MU TUNGGU KITORANG! 
With Aten and Echa :)

Ya Allah, sebenarnya masa kami otw nak p Cameron tu, masing-masing macam "Weyh tak percayanyaaa kita dah on the way nak pergi Cameron!" HAHAHHA Sebab yes, ianya sangat-sangat spontan je okayy, padahal malam Selasa tu baru je cakap-cakap nak pergi Cameron tup tup Khamis dah pergi


Well ~ unplanned things always the best :)


Masa lalu dekat Tapah tu, dah malam sebenarnya. So memang kena slow slow and berhati-hatilah. Kawan-kawan aku pulak dah muntah-muntah, perut sebu lah, peninglah sebab yelah ~ jalan nak naik kan pening kepala hahah Nasib baik aku, Iman and Anas survive sepanjang perjalanan pergi dan balik hahahhaa


Sampai je dekat Cameron, first benda yang kitorang buat adalah cari kedai makan! Lapar weyh. So pergi dekat satu kedai Steamboat nie. Alaa makan dia biasa-biasa je. Nasib baik ada steamboat so kitorang makan dan habiskan benda tue je

Selamat sampai di Ringlet ! :D

Dinner time! :D
Lepas dah makan, masa untuk cari hotel! Kitorang macam bertuah jugak sebenarnya sebab dapat harga hotel semalam RM 80 je weyh. Dah lah bilik superbb! Terbaik dan sangat selesa! Kalau time weekend, maybe hargnya RM 130 kot. Kitorang stay Hotel Sentosa dan amik dua bilik. Sian Anas and Iman kena share duit hotel dua orang, padahal aku share duit hotel dengan Echa and Aten! Hihihihihi


Lepas Subuh, kitorang terus check out dan pergi breakfast. Hihih sambil tu masing-masing dah plan nak buat apa, siap tanya orang ramai lagi nak pergi situ sana sini hahahaha

Morning from us! Lipstick merah je masa nie hahaha
Berhenti tepi jalan semata-mata nak amik gambar belakang tue -.-
Semangat semangat 

Adakah saya bunga yang awak cari selama nie?
So tempat pertama kitorang pergi adalahhh entah aku tak tahu nama apa, lupa dah tapi adalah bunga-bunga hahahah :D Finally dapat pun jumpa bunga-bunga ni sebab before that, kitorang macam blur jugak tak tahu nak cari dekat mana. Randomly berhenti tepi jalan je sebab nak amik gambar hehehe

This is bunga-bunga! :D


Bunga-bunga mataharii (saje nyanyi lagu Maya ni bila tengok
banyak bunga-bunga) Hahahha

Bunga merah! Nak menangis tengok lawa sangat bunga-bunga dekat sini
Tapi dalam gambar nampak macam happy je -.-
Okaylah, menangis kegembiraan, boleh? Mueheheh

Nanti dah ada rumah sendiri, nak tanam bunga-bunga putih macam nie! :D
Bestnyaaaaaaaaaaaaa! 
Bunga kuning pulak! :D


Siapa tak suka bunga kan? 
To be honest, aku memang gembira sangat-sangat sebab dapat tengok bunga-bunga nie. Rasa macam "weyhh Ya Allah bestnyaaaaaaaaa!" sampaikan tak tercakap sebab macam punya gembira sangat kan? Rasa macam eiii how can I describe eyh? Yang pasti rasa macam berbunga-bunga betul perasaan masa tu


Nak pergi Cameron Highlands lagi Y.Y


Lepas lepak dekat bunga-bunga tu, yang memang lamaaaaaaaaaaaaa sebab kitorang amik gambar banyak giler, kitorang terus gerak pergi dekat Boh Plantation tue. Alaaa tempat yang dalam cerita Ombak Rindu tue hahahha Sebenarnya ini adalah tempat yang memang kitorang aim dari starting perjalanan pergi ke Cameron lagi :D

Rehat kejap sebab penat kena mendaki!
Takpe! Demi nak bergambar di tempat Ombak Rindu, sanggup je weyh! Hahaha

Pergh, bila sampai sana, terus apa lagi! Amik gambar lagi! Kitorang sampai just nice sebab masa tu tengah hari so suasana memang sangat lawa dan memang sesuai untuk di ambil gambar! Weyh tolonglah faham perasaan aku yang sangat gembira masa tu sebab dapat tengok bunga dan pemandangan semula jadi yang sangat best!


Kitorang lepak lama kot dekat sini, mau dekat 3 jam sambil pekena teh Boh dan makan-makan. Pergh ~ macam bajet-bajet anak orang kaya je masa tue. Hahahaha dah lah p Cameron, tidur hotel, minum teh dengan suasana sejuk jeee, memang terbaik lah! Dah terus lupa langsung pasal article review, assignment, strategic audit yang nak kena buat hahahha

Yeayy dah sampai! Hihihi
Masa ni nak balik. Aku dengan Echa kena tinggal and Iman, Anas and Aten
tak bagi kitorang naik kereta hahahhah
Sabar je lah aku dengan kawan-kawan aku nie
Bye bye Boh! 


Lepas dah puas lepak dekat Boh Plantation, kitorang turun. Masa ni dah start panas dah. Lepas tu kitorang pergi dekat Cameron Valley sebab nak amik gambar lagi! Hahaa kerjanya nak amik gambarr je! Kitorang tak ada pun nak shopping apa ke, nak petik strawberry ke apa, sebab yang penting, gambar gambar gambar! Gambar tu sangat penting sebab nak upload dekat IG! AHAHAHAH


Iman ada warning tau "Kita berhenti amik gambar dekat sini 5 minit je tau! Sebab nak kejar masa nak turun" Sebab masa tu macam nak hujan. So macam risau jugaklah kan jalan licin ke apa ke, tanah runtuh ke. Nauzubillah. 


Heh. Amendaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 5 minit tu hanya bercakap di mulut sahaja sebab masing-masing amik gambar lama giler. Biasalah, mesti lah nak angle cantik lah, amik dekat situ sini lah hahahha Tapi memang masing-masing berposing sakan je amik gambar :)

Gambar seperti ini contohnya, adalah
WAJIB untuk di upload dalam IG hahahah :D
  
Amik gambar lagi :D muehehehe
Nak menangis boleh? Sebab cantik sangat pemandangannya! :D
So lepas dah puas hati dengan semua gambar, kitorang singgahhhhhhhhhh kedai-kedai menjual tu kejap. Misi aku adalah mencari strawberry coklat! Lepas tu aku beli coklat sikit untuk roomates aku hihiih Echa pulak beli keledek. 

Makcik-makcik dekat kedai tu sangat baik! Diorang bagi aku dengan Echa makan jagung Cameron yang SANGAT SEDAP OKAY ! THE BEST JAGUNG IVE EVER EAT KOT! Sebab manis dan sangat rangup! Hahahaha tapi aku tak beli punn :p

Ini strawberry coklat yang memang sedap! Sebab coklat dia perghh!
Weyh nak lagi boleh tak? Y.Y 

Kitorang turun around after Zohor macam tue. Masa tu pulak dan dan nak hujan lebat bagai. Kawan-kawan aku yang dekat belakang dah tumbang dah dua-dua sebab mabuk hahahah Sorang perut sebu, sorang muntah-muntah hahahahhaha 


Masa dalam perjalanan tu, aku rasa aku, Iman and Anas yang banyak borak. Pasal zaman kitorang kanak-kanak dulu hahaha seronok! Lagipun sebenarnya nak kena teman Iman ni sebab dia yang drive sepanjang trip on the spot kitorang nie hehehe


Masa ni diorang plan nak pergi Bukit Tinggi pulak! Haaaa sudah! Tapi tak jadi sebab nak plan next timelah. Aku dah cakap, kalau sekali dah buat giler, memang akan didatangi dengan idea-idea giler selepas itu hahahaha


Berhenti dekat RnR, beli pau panas-panas, makan dalam kereta sambil di temani hujan lebat di luar kereta. Memang masyuk lah masa tue. Tambah pulak masa tu jammed teruk sebab ada accident, lagi seronoklah kitorang duk borak :)


Eh sape cakap balik Shah Alam terus? Kitorang terus shoot ke KL sebab nak pergi KL Performing Arts Center (KLPAC) sebab konon nak amik gambar tapi masa tu kitorang sampai dah lewat petang sangat Y.Y So macam tak sempat sebab dah gelap. So kitorang sembahyang ke dekat sini sebab lepas tu nak pergi makan pulak! :D

Dekat KLPAC :)
Kitorang p makan Ayam Penyet Nusantara dekat Wangsa Maju! Perghh memang pedasssssss bak hang dia punya sambal tue! Hahahah lepas tu p TBS pulak sebab nak belikan tiket bas Aten then shoot balik terus ke Shah Alam :)


Eh eh dah sampai Shah Alam, kitorang p lepak makan jagung dekat Setia City Mall HAHAHAH Yaaa, beginilah kami menghabiskan masa masa sewa kereta hahahhaah Sebab kena hantar before pukul 12 tengah malam :)


Lepas makan tue, kitorang pun okay balik rumah masing-masing. Aku mandi-mandi je dan terus bamm tidur. Penat sangat tapi enjoy! 



Overall, aku memang sangat enjoy dengan trip spontan nie :) Seronok sebenarnya buat kerja tak dirancang nie. Dia macam terus on je semua orang. Hahaha aku sendiri macam tak sangka sampai ke Cameron Highlands kami nie padahal sem lepas konon nak plan p pulau hahahah

So bye bye Cameron Highlands! Sedihnya nak byebye dekat you Y.Y
Nanti I datang lagi okayy? :)

"Mai minggu ni kita kena pulun habiskan semua assignment tau"
"Haa? Okay okay. Tak ada masalah"
"Aah. Lepas tu weekend nanti kita p mandi air terjun nak?"
"Haaa? Seriuslah?!"



To be continue hahahha :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, October 05, 2015

Malas Tapi Kena Berubah

Assalamualaikum


Well, biasalah. Bila dah masuk pertengahan semester, you guys akan ada satu sindrom iaitu sindrom malas yang memang malas dan kau tak tahu nak buat apa dengan sindrom ni


Well, to be honest ; im facing it right now. Campur pulak dengan pelbagai banyak kerja, baru balik dari roadtrip yang sangat-sangat macam spontan, dengan planning untuk fly next two months with my bestfriends, macam yeahh ~ you guys akan rasa malas, semua benda memang malas nak buat


In my case ; aku memang malas betull nak buat semua benda yang aku buat selama nie ; uploading photo, editing the serums' pictures. Apa yang aku nak buat sekarang ni adalah just rilex dan chill dan yeah ~ tengok movies atau macam yeahh ~ chatting dengan kawan-kawan dekat mamak sampai lewat malam


Tapi aku sedar, no you cant mysara. Sebab benda benda macam ni akan mempengaruhi masa depan kau. Yeah ~ aku ada satu pegangan di mana ; past is past. What you can do now ; I mean your action today will determine your future. Tak payah p future, p esok hari pun jadi lah. Kalau malam ni kau tak baca buku Ethics, esok pagi masa kelas kau blur. Yeah ~ that happened to me masa awal semester hari tue. Maybe sebab aku pegang pada prinsip ni, aku jadi sangat tak kisah pada masa lampau seseorang. Sebab entahlah ~ maybe aku faham konsep "everyone do mistakes" kot :p


So here I am, tulis blog sebab aku rasa macam aku perlukan something untuk menulis dan memberitahu pada orang apa yang aku rasa. Nowdays, aku memang sangat tak kisah even you guys nak baca ke tak blog aku asalkan aku dapat luahkan apa yang aku rasa


And now I felt relived. Thank you blog. 


Jom kita tunggu bas, untuk pergi kelas. Untuk menuntut ilmu
Mari mari mari, Hmm bulat jugak muka aku nie

p/s : Kalau aku bercakap tentang masa depan, kau nak tak aku masukkan kau dalam pelan aku nie? Kalau nak, do something. Now. 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts