[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Saturday, December 26, 2015

Study Week Yang Penuh Dengan Suka Ria?

Assalamualaikum


Sekarang jam menunjukkan pukul 6.00 petang ketika aku tengah taip entry ini. Orang cakap, tak baik study dan menghafal selepas Asar so meh kita update blog! Mueheheheh


Sekarang ni aku dan kawan-kawan aku tengah macam busy dengan belajar sebab yelah ~ kami ada final examinationnnnnnnnn pada haaa, tengok je lah jadual dekat bawah nie :)


28 DEC - LEADERSHIP
3 JAN - STRATEGIC MGT
9 JAN - POLICY ANALYSIS
16 JAN - ETHICS


Dan semuanya paper waktu pagi tauu! Yang paling best sekali, semuanya gap panjang! Yeayy! Aku sebenarnya tak kisah paper habis lambat asalkan aku ada gap masa yang panjang untuk aku dan kawan-kawan aku belajar. Yelah ~ atleast ada masa kami nak buat discusion kann heheh

Speaking about study, kali ini aku dan kawan-kawan aku buat pendekatan yang baru dan sangat-sangat memberansangkan hasilnya hahahha Kitorang bahagi-bahagikan chapter apa yang masing-masing kena buat, buat nota dan fotostat nota tersebut dan bagi dekat kawan-kawan. Then, kami akan buat discussion, cari contoh-contoh dan jugak explain semuanya

Ya, kami belajar dekat Teh Tarik Place hahahha
Tukar-tukar mood belajar lah katakannnn  ~ hehehe

Sounds cool kan?! Baik cakap cepat! Sebab ini je caranya macam kami boleh belajar dan nampakk apa yang perlu kami buat. Kalau study sorangsorang, mau nangis jadinyaaa T.T Alhamdulillah, setakat ni memang teknik tu berkesan dan menjadi dan buat study tu lagi more fun sebab sambil study sambil kami gelak-gelak macam tak ada pape yang berlaku hahahaha ambuiiii ~ 


Okay. Bila dah stress belajar, mestilah kita akan macam nak having fun kan? So hahahhahaha aku dan kawan-kawan aku memang mempunyai inisiatif untuk releasekan stress dan bagi reward pada diri sendiri setelah habis belajar. Hehehehe apa yang kitorang buat?

YESSS! KAMI MAIN SEMUA GAMES NI! HAHAHHAHAHA

Old Maid, Snap, One Happy Family, Donkey, Jutaria! Hahahahah yessssssss! Memang seronok giler bila dah penat belajar, tetiba main game kanak-kanak ni hahahhaha terus macam yeayyy, ceria kembali hidup ni macam dah habis final exam! HAHAHA Terus teringat zaman main card games ni masa sekolah rendah setiap kali lepas habis peperiksaan akhir tahun hehhehee


Boleh dikatakan sepanjang study week kami buat macam nie. Lepas belajar je, mesti nak main games. Hahahah tak kisah lah main games apa pun asalkan memang main games. Dannnnnnnnn the worst part is, siapaaaaaa yang paling kalah akan kena denda! Mula-mula denda macam biasa je tapi sekarang ni, denda macam makin mengganas! Hahaha


Antara dendanyaaaa, korang pergi lah cek sendiri dekat IG aku. Ada video-video yang aku dan kawan-kawan aku kena buat sebab kitorang kalah main games -.- Hahahah tapi memang seronoklah sebab dapat release stress kejap. Plus, ianya akan buat kami macam "jom belajar!" sebab selagi tak habis belajar dan capai target kami, kitorang takkan main games ni! Thats our rules :)


Alhamdulillah, dengan cara ni kitorang macam having fun ourself. Benda ni simple jeee, yelah setakat main card games dan Jutaria je tapi kitorang memang enjoy giler. Nak pulak dengan member sekepala dengan aku, memang double the fun lah. 


Cuma ada one time tu, kitorang p release stress, naik rooftop and tengok Shah Alam pada pukul 3.00 pagi. Subhanallah, cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Dengan lampu lampu dan cahaya sejuk dan juga cahaya bulan, memang cantik sangat. Masing-masing senyap kejap sebab kekonon menghayati pemandangan hahahha Sejam jugak kitorang lepak dekat rooftop 

CANTIK KAN?! :D

Whatever it is, korang yang baca blog aku nie ; tolong doakan aku dan kawan-kawan aku berjaya lepas untuk semester ini supaya kami dapat proceed ke final semester sem depan! Lepas tu target nak Grad On Time (GOT) Wohoo! Lepas tu habis Master dah! Ya Allah, kejap je kan masa berlaluu?


Semoga Maisarah dapat jawab soalan exam dengan bagus, cemerlang. Dipermudahkan untuk menulis, berfikir dengan baik, dapat evaluate dan analysis semua soalan dan berikan jawapan yang logik akal dan luar dari kotak fikiran. Semoga dia dapat Dekan semester ini


Terima kasih sebab tolong doakan! :) Sayang semuanyaa!

O Allah, please ease my journey


     

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 21, 2015

Habis Sudah Semester Dua :D

Assalamualaikum


Hai korang! Haruslah macam mood happy kan sebab YEAY ALHAMDULILLAH! Dah habis pun semua kelas, presentation, assignment untuk semester dua! :D

Habis pun semua kelas!
Before hantar assignment, jom selfie dulu -.-
So far, aku rasa Semester Dua ni macam lebih kurang sama je macam Semester Pertama cuma aku macam dah prepare awal-awal yang kerja mesti banyak hahahah and yes it is! Dua minggu before last week pun masih dapat assignment baru lagi hahahha so yeah ~ kita buat! Kita buat!


Semester Kedua ni jugak buat aku macam more fresh and more confident walaupun ada time aku macam tersungkur. Thanks to Cinabers lah yang banyak ajar aku, selalu ada time susah dan senang, selalu ingatkan aku untuk itu ini! Hahahaa to be honest, diorang yang macam "Maii kau kena buat macam nie!" "Mai you must do that!" "Mai kau kena confident!" "Mai dont give a damn about others!" So slowly, aku macam okayyyyy dah dapat! Hahahaha 


Rindunya dekat korang! Sebab sekarang ni aku dekat rumah parents! Hahahah 


Untuk lecturers yang mengajar aku Semester Dua nie ; Prof Jasmine, Dr Marhaini dan Puan Azizan dan juga PM Jalil ; you guys are the best! Seronok masuk kelas sebab lecturers yang sangat-sangat membantu, sporting and sudi nak dengar pendapat kami as students ni kalau ada apa-apa issues, sampaikan kadang-kadang berebut-rebut nak bercakap dalam kelas hahahah best!


Speaking about assignments, presentation etc aku memang buat kerja last minute for all that. Aku tak tahu di mana salah aku hahahhaha maybe banyak main or buang masa tapi yeahh ~ dalam duk last minute pun aku dapat jugak hit the point :) Alhamdulillah :) 

Group Policy Analysis
Yeahhh. Ini group assignment paling best bagi aku sem nie hahahha sebab semuanya member aku, so sambil buat kerja, sambil melaghaa, kekonon nak reward diri sendiri sebab dah belajar hahahhaa Tapi to be honest, Policy Analysis lah yang palinggggggg stress buat assignment -.-


Sebab aku dan teammates aku kena betulkan kerja yang sama 3 kali sebab kami kena cari satu act di Malaysia yang sama dengan act di United States. Menangiss kata kau. Panik pun ada tapi at the end of the day, yeayy ~ dapat pun jumpa!

Group Strategic Audit

Strategic Management membuatkan aku dan team mates aku ; Munzir dan Naim untuk pilih Ministry of Foreign Affairs untuk diaudit tapii at the end, kami tukar ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebab its more clear and easier for us untuk cari information. Ya Allah, memang sakit kepalaaa duk fikir apa strategic yang bagus, penggunaan ayat yang simple tapi faham. Tapi Alhamdulillah kami dapat buat jugak akhirnya! Yeayy! 


Sebab tu masa present, tema kami warna biru. Nak ikut tema TNB lah katakann ~ hahahhaha

Group Ethics
Lelaki ni dah berada dalam blog aku sejak 5 tahun lepas lagi hahaha sebab aku dengan dia sama-sama belajar masa Diploma, satu groupmates jugak sebab satu kelas. Lepas tu bila sambung Master, eh eh jumpa dia lagi hahhaahaha Masih sama kelas, masih satu group assignment, masih melaghaa macam zaman Diploma hehehhe


Group assignment dengan Khalis memang superb. Markah selalu dapat tinggi, kerja dengan dia senang, idea superb! Settle je semunya. Bayangkanlah, esok nak present Ethics, hari ni baru p consult dengan PM Jalil hahahhaha memang kerja last minute tapi Alhamdulillah, we made it! Yeayyy! 

Cinabers for this semester!
Sem ni, ini ini je yang ada :) Insha Allah sem depan haraplah kekal ye :) Boleh Grade On Time (GOT) sama-sama. Masa ni kami ada Appreciation Dinner dekat Hotel De Palma and guess what, kitorang buat performance kottt! HAHAHAHAH


Last minute preparation kot sebab masa tu kitorang ada dua exam dan satu presentation. Malam nak perform, siang tu baru finalize. Kadang-kadang sambil study, sambil menyanyi, practise kononnyaaa hahahahha Tapi Alhamdulillah, semua orang enjoy kott dengan performance kitorang! Psst ~ even Dekan dan lecturers pun suka tau :)

Kawan-kawan aku ni semuanya suara sedap tau. Baik lelaki, baik perempuan. Dan semuanya memang kaki karaoke dan semua orang ada forte lagu dan genre lagu masing-masing. Hahahah dah macam artis pulak dah! Hahahahha

Roadtrip to Cameron Highlands!
Masa awal sem haritu, kitorang unplanned p Cameron hahahha pergi satu malam je tapi Ya Allah, seronoknyaaaaaaa! Rindunyaa time kitorang sama-sama menyanyi lagu dalam kereta, berhenti beli makanan then berbuka puasa dalam kereta hahahhaaha Memang macam-macam benda berlaku masa kami p Cameron. Seronoknya weyh! Hahahahaha

My batchmates :)
Yang sambung coursework Master tak ramai so memang kenallah dengan satu batch :) Eh ada lagi tau orangnya tapi ada yang dah balik dah. Kitorang je stay dekat fac sebab nak makan after kitorang organize kan Ethics Talk :) Aku rasa kitorang semuaa satu batch jadi lebih rapat after balik dari trip Penang :D

Yang paling best, diorang pun satu kepala dengan aku. Seronok dapat member satu belajar yang sama-sama kelakar, sama-sama senggol-senggolan dengan kau hahahaha

Lepak library sampai malam -.-
Kadang-kadangkan, nama je budak Master tapi perangai kitorang macam budak-budak. Bayangkan masa tengah belajar, buat assignment kitorang main konon-konon macam office hahahah siap ada bos, kena buat air lah, buat kerja tambahan and kena call orang lah. hahahah dats the way kitorang release stress sebenarnya. Sebab kerja banyak dan perlukan IQ yang tinggi untuk berfikir so macam layankan je lah kan hahahhaa


Selalunya main offices dengan diorang bertiga ni lah -.- Masa ni satu hari satu suntuk duduk dekat library duk buat kerja hihihi Pernah jugak aku stayy dekat library dari jam 10 pagi sampai jam 7 pagi keesokkan harinya. Mata rabak memang dah jadi bestfriends aku masa tue -.-

Suka gambar nie sebab semuanya macam berjanji je pakai
colour yang sama tapi tak hahhahahahahahhah
Eh eh dalam duk busy dengan semua kerja dan assignments, aku masih on lagi dengan penjualan Serum MiracleMH aku tue :) Alhamdulillah, ada orang beli dengan aku dan semuanya dapat feedback yang bagus-bagus. In case korang nak beli atau nak jenguk-jenguk dulu, boleh p tengok dekat IG @serumforyou hihihihi

Extra info pasal serum :D
Alhamdulillah, rezekiiiiiii :D

Okay now, tak lama nanti akan ada final examination. Aku dah start plan dah apa yang nak dibuat masa study week nanti. And suprisingly, jadual exam aku macam yeahhh! Banyak gap! Exam aku adalah pada 28 Dec, 3 Jan, 9 Jan dan 16 Jan! Alhamdulillah, biarlah kitorang yang last tutup pagar UiTM sebab paper last tapi aku tak kisah. Asalkan gap banyak!


Balik Shah Alam nanti, aku kena buat jadual belajar. Yes! Amalan turun-temurun sejak dari Diploma sampai sekarang, Eh eh sejak tahun 2010 kott duk buat jadual belajar and benda tu sangat-sangat berkesan! Sebab aku dapat track apa yang aku dah belajar dan apa yang aku duk buat sepanjang study week. Sebab yelah ~ bila dah gap panjang ni, selalunya macam ada kemungkinan untuk melagha lebih je hahahhaa

Doakan saya dalam final exam ye! :D
 

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 14, 2015

Dua Minit Untuk Saya Boleh?

Assalamualaikum


Biasalah, saat saat akhir pada minggu terakhir ni memang dugaan dia lain macam. Aku rasa yang paling kuat dan paling banyak dugaan of courselah, kau kena bergaduh dengan kehendak diri sendiri


Contoh, kau nakkkkkkk je balik rumah, duduk rumah sambil lepak depan TV. Main internet tanpa had sebab rumah ada wifi. Makan minum mama masakkan, kemudian nak pape je ayah boleh tolong dan ada adik yang boleh hiburkan hati kita dengan indahnya


Tapi kau tak boleh buat semua benda tue. Tak boleh, buat masa nie


Sebab ada banyak giler assignment nak kena submit. Ada banyak benda nak kena settlekan. Tak cukup dengan assignment, eh eh eh ada test pulak dah di penghujung minggu. Maka dengan itu, secara automatik terbatal semua plan kau nak mandi air terjun hahahah *silly me


You know what, aku ada terbaca dekat satu post di FB. Jangan bergembira depan orang yang bersedih sebab kita tak tahu apa yang dia lalui. Mungkin ada certain orang anggap benda ni macam "Ah peduli apa aku" but we're talking about common sense here dude. 


To make it simple, kau tengah sedih giler then suddenly ada orang lain yang bergembira macam apaa. Dia punya happy tu langsung tak peduli dah dekat kau atau atleastt macam tak tanya kenapa dengan kau. Eh eh paling worst, everyone lebih tertarik dengan cerita gembira dia berbanding kau yang tengah merundum kesedihan. Wahh ayatt ~


Kau rasa? Mesti rasa left out giler kan?


Bukan nak suruh awak pun sedih macam orang yang tengah bersedih tu tapi atleast kata-kata semangat, kata-kata yang menenangkan pun dah okay :) Ianya sangat menenangkan dan melegakan seseorang itu yang tengah dalam keadaan memerlukan semua nie.


Now, sekarang ni aku tengah sedih dan down. Banyak sangat assignment dan kerja nak kena settle. Tak cukup tidur dan badan sangat penat. Rasa macam nak demam pun ada sebab selalu redah hujan dekat Shah Alam nie tanpa payung. Aku bagitau awal-awal nie, aku tengah sedih dan down. So sedikit (banyak pun takpe) nasihat, kata-kata semangat, ayat-ayat yang dapat legakan hati dan perasaan aku adalah sangat-sangat dialu-alukan sekarang nie. 


Boleh komen, whatsapp aku, wechat aku, FB aku, Insta aku semua boleh. Cause I do appreciate little things even its just a "Mai you are strong" or "Mai, are you okay?" THIS! Memang win okayy and aku sangat-sangat hargai kehadiran orang-orang yang macam nie,


Sebab tak ramai yang sanggup habiskan dua minit dalam hidup dia untuk orang lain :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, December 06, 2015

#EMASTripToPenang Yaw!

Assalamualaikum


Cerita ini adalah pada 19 sehingga 21 November 2015 hari tu tapii biasalah, banyak sangat kerja kan nak buat, tu yang macam lambat sangat nak update hehehe


Al kisahnya, kami budak Part 2 Executive Master of Admin Science telah buat lawatan ke Penang sempena nak penuhi requirement subjek Strategic Management kami untuk semester nie. Mulanya, nak buat asing-asing tapi end up, kitorang decide nak gabung. Alaa batch aku for this sem pun tak sampai dalam 40 orang pun so why not gabung kan? Barulah meletopss!


Oh ya, sempena dengan trip batch kitorang ni, ada hashtag tauu. Cuba click #EMASTripToPenang dekat IG. EMAS tu stand for Exec Master of Admin Sn -.- bukan emas yang orang pakai tu hahaha

Meeting pasal Trip :)

Berhenti rehat dekat RnR :)
Khamis petang pukul 2 kitorang gerak. Macam biasa, dalam bas semua orang tidur je. Berhenti rehat dekat RnR Tapah rasanya untuk sembahyang dan makan then shoot terus ke Penang. Around 7 pm macam tu, kitorang dah ada dekat Jambatan Pulau Pinang dah! :D


Kami tidur dekat Grand Inn Hotel. Okay hotel ni sumpah terbaik untuk kitorang lah. Recommended kalau ada yang nak pergi dengan kawan-kawan. Malam tu tak buat pape sangat punnn tapiiiiiiiii aku dengan geng-geng aku pergi melaghaaaa main game Werewolf sampai 2 pagi padahal pukul 8.30 pagi dah nak berkumpul -.-


Jumaat pagi kami pergi ke Ministrt of Toursim Culture (MOTAC) Penang. Alhamdulilah, our sharing session sangat best dan banyak input yang kitorang dapat hihihih At the end of our sharing session, kitorang ada main pop quiz hahaha tapi aku tak menang punn. Thank you MOTAC sebab terima kitorang and sanggup layan dan jawab soalan-soalan kami :)

Sharing session with MOTAC :)

Thank you MOTAC! :D
#ChaYaNunAlifBa :D

Lepas tu kitorang jalan kaki ramai-ramai pergi dekat Padang Kota untuk lunch. Oh mak oiii ~ datang Penang ni haruslah lupakan semua peraturan diet kann? Aku makan mee sotong dia dan ya Allah, sedap sangat weyh! Nak menangis masa taip entry ni sebab teringat betapa sedapnyaaa mee sotong dia! Hahahaha


Balik hotel kejap untuk rest (masa ni kitorang buat prank call dekat kawan-kawan hahahha) dan bersiap sedia untuk pergi ke Penang Trick Art Museum! Wohooo! Masa dekat sini memang limited so kitorang memang amik gambar cepat cepat tauu! Tapi sumpah best hahahahha sebab macam layan jugaklah 3D dia hahahah Bayaran dia dalam RM 8 kot, tu pun dah dapat diskaun sebab kami ni kan datang dalam a group :) 


HAHAHAHAH :D

Larii selamatkan diriiiii

Is it me youre looking for?
Lepas tu kami terus ke Batu Feringghi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sebaik sahaja kitorang sampaii, terus hujan lebat selebatnya. Oh mak oii frust giler. Lepas tu abang bas bawak kami patah balik ke Georgetown balik. Pergi Gurney Plaza sebab memang lapar giler lah masa nie. Masa ni blur giler sebab tak tahu nak makan apa


Nasib baik Naim ada, kampung dia dekat Penang so dia bawak kitorang p makan dekat food stall tu. Yeayy! Finally, this is Penang! Inilah dia yang kami nantikan iaitu makanan Penang! Hahaha

Makan makan di Gurney Plaza

Masa ni makan char kuew tiau, pasembur, cendol, laksa Penang. Perghhh ~ nak meletop perut sebab kerjanya asyik makan je. Kitorang share share so dapatlah merasa semua makanan. Hahah lepas tu masuk Gurney Plaza untuk main games dekat arcade hahahha Kitorang buat liga sendiri, main Daytona ramai-ramai. Adudududu mudah terhibur betul masa nie hahha


Then balik hotel. Masa ni memang aktiviti bebas. So memang tak lah aku dengan kawan-kawan aku nak terus tidur so kitorang decide nak main Werewolf lagi. Oh mak oii, addicted giler nak main game ni. 


Lepas tu entah macam mana, aku dapat WhatsApp dari kawan aku. Rupanya diorang plan nak p makan Nasi Kandar Beratur! Nak p Batu Feringgi boleh tapi macam mahal sangat pulak kan. So decide nak p makan je memandangkan masing-masing dah lapar. 


Kumpul-kumpul orang so dapat dalam 14 orang nak pergi. Pergi naik teksi guna apps MyTeksi. Oh mak oii  ~ bagus giler apps ni! Konfem selamat tau tak? So you guys shoud try it :)

Demi Nasi Kandar, sanggup beratur!
Muka kenyang lepas makan! 

Dah lah murah, sedap pulak tue! Memang pure Nasi Kandar lah orang cakap :) Dah makan, kitorang nak p Padang Kota jalan kaki tapi entah macam mana entah, end up tak jadi so terus balik hotel :) Aku dengan kawan-kawan aku baru nak naik hotel untuk tidur sekali classmates aku yang lain "Jom lah Werewolf sekali" Hahahahhaa so kitorang duduk bersila depan hotel dan main Werewolf sampai pukul 2 pagi :)

Bergambar depan hotel before check out! :D

Esok paginya, kitorang check out hotel dan terus ke Jeruk Pak Ali untk sharing session kitorang. Aku memnag tabik betul dengan syarikat ni dan macam mana anak Pak Ali tu handle. Diorang sangat pentingkan assest diorang iaitu pekerja. Yes, pekerja adalah asset utama dalam syarikat kau. Okay dah tamat kelas kita hari nie. Next.


Bergambar depan kilang Jeruk Pak Ali :)
Lepas je settle urusan kami di Jeruk Pak Ali, kitorang terus shoot balik ke Shah Alam after lunch. Kalau semua orang duk tidur lepas kekenyang, aku dengan kawan-kawan aku pulak macam biasa, main Werewolf sampai lebam! Bayangkan dari Penang ke Shah Alam, seramai 16 orang duk main Werewolf ! Hahahaha giler betul oiii


Tapi aku dah surrender masa tengah main sebab aku asyik terkeluar je so end up aku terus tidur hahahah Tapi kejap je sebab terjaga bunyi diorang duk bising bising hahahha


Sampai Shah Alam, aku terus balik rumah dan lepak dengan adik aku pulak :) Best giler lepak dengan adik aku sebab dah lama tak borak dengan dia heheh


Overall, trip Penang ni sangat best sebab ada kawan-kawan yang memang masuk air dengan aku hahah. Masa ni barulah aku kenal kawan-kawan yang satu batch dengan aku hehehe Jom buat event lagi sem depan! hahaha

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, December 02, 2015



Hi Mai!

Anas ni,
Mai, dalam hidup ni memang banyak perkara yang akan jadi penjatuh semangat kita.
Stay positive is never wrong Mai
Kau kena stay positive and strong
Lagi kau positive tedency untuk kau selesaikan masalah or apa je jadi lebih mudah.

Aku tak tahu apa problem kau, tapi aku percaya kau boleh hadapi.
One thing aku nasihat, jangan penat jadi positive.
sentiasa fikir benda benda yang baik tau.

Mai yang aku kenal, seorang Mai yang sangat positive and ada good vibes.
Stay strong and semoga dipermudahkan segalanya!




Sincerely your friend.
Love you Mai!

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Penat

Assalamualaikum

There are too many things that I want to say but I just cant and I dont remember the password of my another blog. Yes, I do have another blog, where I can just be myself.


Penatlah sebenarnya nak jadi positif all the time. It just too tired


 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts