Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu - Part 2

by - Saturday, August 25, 2018

Assalamualaikum wbt

Okay now mari kita bersambung bercuti di Kota Kinabalu Part 2. 


Adik aku memang kerja di KK. Kebetulan pulak ayah aku ada kerja di sana so aku dengan mak aku follow lah sekali. Saje jalan-jalan kann ~ hihihi

mihmihmih ~

So aku dengan mak tak banyak berjalan sangat sebab macam tak best lah kalau kitorang berjalan berdua je kan? Kena tunggu lengkap semua orang baru best!

Aku dengan mak aku ada pergi Ocenus, betul-betul depan Marina Court tu, jalan kaki saja bah. Tapi tak ada apa-apa pun dekat dalam tu. Maybe baru bukak? Atau macam err entah, serius tak ada apa pun dekat dalam tu

Sunset behind Oceanus

Malam tu, adik aku bawak kitorang p makan dekat Todak Waterfront. Dulu memang dah ada tapi sekarang ni, tempatnya dah elok sebab dah ada khemah yang elok sikit untuk customers duduk dan makan. 

Waterfront Todak ni macam ada berbagai-bagai kedai seafood! Korang just boleh pilih apa yang korang nak makan, then diorang masak dekat situ jugak dan terus makan. Memang banyak pilihan dan meriah dengan orang yang ramai datang, dengan suara penjual nak tarik customers lagi ~

Sabah kan famous dengan seafood yang murah kan? So memang takkan lepaskan peluang lah nak makan seafood hihihi


Tips aku - pilih kedai makan yang bersih bahh ~ 


Waterfront Todak

Tengok udang tu wehh
Murah ke takkk
Sila sila
Kebetulan adik aku memang selalu makan dekat sini dengan kawan-kawan dia so dia bawak kitorang dekat satu kedai ni. Tokenya pun dah kenal adik aku hahahaha

Kedai dan harganyaa

Pilih jangan tak pilih 
Besar wehh, dah lah berat hahaha


Licin! Semuanya harga dalam bawah RM 110
Rating sedap : 3/5
Esok petangnya pulak, kitorang pergi ke area Sepanggar. Haaaaaaaaa actually Sepanggar ni tempat Navy duduk. Sepanggar ni quite jauh jugak dari bandar KK. Kalau datang lewat petang, alamatnya wehhhh memang traffic jammed lah esp dekat Likas tu. 

So make sure kalau nak makan lokan di Sepanggar, datang awal around pukul 3 dah kena gerak!

Haa nak makan lokan? Apa tu?!

Ni haa ~ 

Lokan . Satu longgok RM 5
Actually, lokan ni sebenarnyaaa macam kerang tapi versi yang XXL Hahahah sebab besar! Isi dia sedap, tak macam kerang. 


Selalunya lokan ni di bakar dengan macam kunyit dan serai dan dihidangkan panas-panas. Ya Allah, sedap weyh. Dulu masa kitorang duduk KK, masa first time try macam "eei apa ni" tapi lepas dah makan, "dik tambah lagi lokan bakar!"


Tapi nak menunggu siap lokannya di bakar, mau dekat sejam jugak menunggu weyh -.- So kalau dah tahu nak makan banyak, order banyak-banyak terus! Hahahhahah Haritu, kitorang order dekat 5 longgok jugak lah ~ hihihi

Lokan yang sudah siap dibakar, dicicah dengan sos dia dan makan panas-panas. Sedapppp!
Nah gambar close up dia

Selfie lah dulu before makan kann hihihi
Wow licin weh!
   
Sebab perempuan ni dah makan hahahha

Dengan ini saya approve lokan bakar di Sepanggar untuk anda datang!
Jangan lupa order jugak jelly kelapa! Sejukkk!
  
Yang ni pun jelly kepala jugak tapi dalam bekas, yang ni baru boleh rasa isi dia seketul-ketul

Dekat Sepanggar tu ada banyak kedai yang jual lokan bakar tau. So terpulang pada korang semua nak pergi kedai yang mana. Basically sama je semua, hihihi

Lepas dah perut kenyang, kitorang p Nexus Resort & Spa Karambunai. Actually sini tempat orang main golf dan cantik tempatnya. Kitorang saja je pusing-pusing datang sini hahahha

Selfieeeee
Lepas perut dah kenyang, balik Marina Court!

In love with my new spec!
In love too with my skin! Semua sebab Bougas Beauty Serum
Siapa nak, meh contact saya!

p/s : Baru sudah Part 2, alhamdulillah. part seterusnya bakal muncul! 


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments