Pilihan Raya Umum Ke 14 -- Kisah Di Sebalik Aku #PulangMengundi
By Mysara Newrie - Saturday, May 26, 2018
Assalamualaikum wbt
Hmm well aku sebenarnyaaa tak ada plan pun nak tulis dan update blog aku sebab hari ni, aku memang nak rehat, nak tengok drama series ke (13 Reason Why Season 2 dah keluar guys!) tapi bila tertengok blog, macam dah lamaaa je tak update -- so meh lah kita tulis story :)
Nak cerita pasal apa?
Pasal #GeneralElection14 , pasal #PRU14 wowowoowowowo!
Hahah topik panas kan?
Al-kisahnyaaa, this PRU is my first time voting tau? And I'm so exciteddddddddddd untuk vote! Hahah Aku ingat lagi masa last PRU13 aku baru register sebab dah cukup umur tapi tak sempat voting pun sebab baru register on the same year.
Tapi yang aku dapat masa tu adalah assignment pasal PRU13 hahhahaha Masa tu belajar subjek Malaysian Premiership Studies (MPS), bawah Prof Shaharuddin Badaruddin. Macam familiar kan nama dia? Well -- yes, he is my former lecturer dan dia bertanding dalam PRU14 dekat kawasan Seri Setia dan sekarang dah angkat sumpah menjadi salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri Selangor :)
Prof Shaharuddin Badaruddin |
And I'm honored to be one of his students. Best weh belajar dengan dia! Aishh -- rindunya nak belajar! Hahaha
Okay, now berbalik kepada cerita aku nak balik mengundi. Panjang pulak intro aku tadi hahahha
Lepas je pengumuman tarikh untuk mengundi PRU14, aku terusssssssss beli tiket balik kampung Hahaha sebab apa? Sebab aku kena mengundi di Marang, Terengganu. Aku tak tukar alamat sejak aku mula mendaftar pada PRU13 tu Hahahaha Tapi aku tak beli tiket balik ke KL semula sebab aku plan Khamis Jumaat aku nak cuti hahhahaa ~
Parents aku pulak mengundi pos. So aku dah dapat rasa vibe mengundi tu. Tapi entah macam mana entah, by hook or by crook, aku kena jugak balik KL selepas mengundi sebab adik aku ada tauliah Kursus Asas Komando. Ah sudahhh ~ Tauliah tu hari Sabtu, Jumaat nak kena pergi Melaka. So either hari Rabu, hari mengundi atau Khamis aku kena balik KL
Pening tak?
Aku memang masa tu rasa give up betul nak balik mengundi sebab tiket tak ada, dengan rushing pulak nak balik KL. Dan even kalau aku drive pun, aku rasa macam penat gila badan. Sesiapaaaaaaaaa yang duduk area Pantai Timur, akan tahulah betapa teruknyaaaaaaaaaaa weh jammed dekat area Karak dan Bentong tu T.T Menangis weh kalau dah jammed dekat situ. Cukuplah aku pernah hadap jam balik kampung dari jam 6.30 pagi dan sampai kampung jam 12.00 tengah malam T.T
Gambar ihsan dari kawan aku dekat LRT Gombak jam 945 malam pada 8 May 2018 |
Tapi bila kawan-kawan aku tahu aku tak balik mengundi, aku kena marah hahahhaha Diorang cakap "Balik lah weh! Rugii!" Semua pakat suruh balik. Even kawan aku yang Chinese pun cakap "I rasakan you patut balik" Aku pulak dah macam "Ah sudahh, patut ke?"
So pada 8 May 2018 pagi, aku up status dekat semua social media aku - Twitter, IG dan FB aku pasal aku nak tiket balik ke KL pada 9hb May 2018 jugak sebab aku plan, selepas je aku mengundi, aku nak terus balik ke KL. Aku dah nekad gilaa masa ni nak balik untuk mengundi #anakmuda
Dan aku sangat-sangat bersyukur sebab kawan-kawan aku semua menolong aku. Oh ya, aku dah cari dan sign in dalam website #PulangMengundi tu untuk cari dana dan #CarPoolGE14 tapi tak ada. Aku cari tiket bas, langsung tak ada. Habis weh! Tiket flight? AirAsia ada tapi jam 8.20 pagi nak berlepas. Apoooo? Tiket MAS pulak? Adaaaaaaaaa tapi RM 800. Kau rasaaaa?
Tengoklah jam berapa dan berapa HB aku post dekat FB nak cari tiket, memang last minute hahahha |
So aku rasa aku kena cari tiket bas yang orang nak jual atau carpool tapi aku prefer dengan tiket bas lah hihihi
Kawan-kawan aku ramai yang tolong aku carikan. Siap post dalam group FB universiti (group FB UIA), siap postkan dalam IG story -- awww, semangat Malaysia sangat sebab nak balik mengundi kan? Hahahhaha
Dan Alhamdulillah, ada dua orang hamba Allah yang sudi nak kasi aku tumpangkan mereka sebab diorang memang plan nak balik KL after mengundi dan jugak tak disangka-sangka, classmates aku Munzir tetiba whatsapp aku "Mai, kau nak tiket tak? Aku nak letgo ni" Masa tu aku yakin aku boleh balik kampung untuk mengundi! yeayyy!
Aku terus whatsapp ayah aku aku nak balik kampung dan malam tu, after Maghrib terus parents aku drop aku dekat TBS dan jam 10.30 pm aku naik bas balik kampung. Masa ni aku memang penat gilaaa lain macam sebab before that, aku kerja cuma dapat half day je. Naik bas je aku terus tertidur.
Balik kampunggggg! |
Aku terus whatsapp ayah aku aku nak balik kampung dan malam tu, after Maghrib terus parents aku drop aku dekat TBS dan jam 10.30 pm aku naik bas balik kampung. Masa ni aku memang penat gilaaa lain macam sebab before that, aku kerja cuma dapat half day je. Naik bas je aku terus tertidur.
Bila aku bangun balik, aku tengok jam dah 2.30 pagi. Aku terjaga pun sebab bas asyik duk brek brek je. Aku macam "apo hal ni?" Aku pun buka location, nak tahu aku dah di mana and aku macam terkejut gile sebab "Wehh baru dekat Genting Sempah?!" Apoooooo?
Gila betul wehhh jammed malam tue. Semua sebab kes nak balik untuk mengundi. Gila betul rasanyaaa hahahaha Aku rasa macam balik kampung untuk raya pun ada! Hahahah kereta banyak giler weh masa tu
Cermin bas kotor guysss ~ hahahha |
So aku pun sambung tidur. Sedar tak sedar, aku terjaga jam 5.40 pagi dan masa tu baru dekat Paka, berhenti solat dan rehat. Masa tu aku dah macam ahh sudahh, panik jugak sebab takut apa yang aku plan tak jadi. Aku target jam 5 atau 6 pagi aku dah sampai Kuala Terengganu tau tapi habiss semua timing plan aku dah lari. Hahahhaha panik weh Dah lah bas nak balik KL semula jam 1 petang. Ya guys, 1 petang Y.Y
So end up, aku sampai stesen bas jam 745 pagi. Ayah Nik, Cik Noor dan Ain amik aku di stesen bas dan terus balik Losong. Yang kelakarnyaaaa, aku ni dah lah 6 bulan tak balik kampung. Masuk masuk je rumah, tak adanya aku bagi salam. Aku terus menyanyi "Marilah mari, mari mengundi! Tunaikan kewajiban pada negaraaaaaaaaaa"! Hahahhahahahahhahahahha Manalah tak gelak nenek dan mak sedara aku dapat anak sedara dan cucu yang bising ni? Hahhaha
Sampai je Losong, aku sempat p tandas je dan terus aku pinjam kereta Cikpah dan shoot pergi ke SK Rusila. Nasib baik Ain teman.
Sempat selifie lagi dengan Cikna before bertolak ke pusat mengundi hahah Weh aku rasa macam dah berhari raya dah sebab semua orang pakai cantik-cantik! Hahahha |
Aku sampai je, terus beratur. Wehhh ~ kenapa saluran aku sangatlah slow gilaaaaaaaaaaaaaa?! 3 jam weh aku beratur! Aku dah nekad dah, kalau lambat sangat, aku mintak potong que sebab nak kejar naik bas jam 1 jap lagi. Oh ya, sempat jugak jumpa jiran arwah Tok aku, jumpa sepupu aku, jumpa classmates Diploma aku hahhaha Meriah pulak rasaaa
Panas terik masa tu, |
Ramai weh dekat saluran aku, dah lah lama pulak tu nak beraturrrr |
Tapi nasib baik jam 10.54 aku dah habis mengundi. Aku terus shoot p kampung aku yang satu lagi dekat Chendering, jumpa jiran arwah Tok aku yang satu lagi. Lepas tu nak COD tiket bas balik kampung pulak dengan Munzir
Kebetulan pulakkkk ada jammed dekat depan Istana Terengganu. Si Munzir pulak ada dekat situ sebab dia bawakkan parents dia mengundi dekat area tue. So bayangkan, tengah jammed tu, aku dengan Munzir pas pas je tiket dan duit dekat tepi jalan. Hahahhahahah gamble teruk weh masa tu.
AHAHAHHAHAHA Weh nama Ujirina Natasha Belinkov ni nama timangan yang kitorang buat masa belajar dulu. Hahah |
Sampai je Losong, aku ada masa dalam sejam je lagi untuk naik bas Y.Y Babunn kalut nak mampus aku masa tu! Masa ni, aku terus mandi siap-siap dan makan cepat-cepat. Baru makan weyh T.T Lepas tu Cikna dan Ain hantar aku dekat stesen bas dan sampai around 12.30 tengahari. Wehhh Y.Y Nasib baik takk jammed dekat bandar KT tu wehh. Ni mesti semua orang sibuk duk beratur nak pergi mengundii
So aku pun beli makanan sikit, naik bas dan borak kejap dengan budak sebelah aku (I'm easily to get new friend) then aku terus tidur. Wahh masa ni baru rasa penat dia terasa. Tidur sepuas hati aku, dengar lagu dekat MP4 which is dah lama tak dengar hahahhaha
Balik KL jom! |
Serius --- masa tu aku tak percaya dalam masa 24 jam aku boleh balik kampung untuk mengundi. Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan kemudian terus balik ke Kuala Lumpur semulaa -- dengan jammed lagi, battle of time dan beratur untuk mengundi, dengan nak COD tiket bas dan nak makan dan mandi lagi, wow ~ Im so proud of myself!
Nampak comot lah sebab akak mengundi tu yang celupkan jari aku then dia p pusing-pusingkan jari aku dalam bekas tu hahahhahaa |
Sampai je TBS, my parents amik aku, makan dan balik rumah untuk tengok keputusan PRU14 pulak. Aku mampu bertahan sampai jam 1 pagi je, then aku tidur. Penat terasaaaa. Bangun je dari tidur, aku tengok group whatsapp aku dah bising pada jam 7 pagi, dengan semua ucapan dari kawan aku "Malaysia Baru weh!" Terus aku bukak Astro Awani dan baca dan tengok semua berita, dan yaaa -- Malaysia Baru :)
Despite on what had happened, aku rasa inilah pengorbanan aku untuk negara HAHHAHA Weh kelakar pulak kan tapi it really is kan? Kalau aku tak balik, mesti aku rasa ralat. Dah lah first time mengundi, dengan battle of time dengan macam-macam hal dan finally aku berjaya jugak. Serius, aku rasa sangat happy dengan diri sendiri sebab struggle jugak untuk mengundi :)
Ive read a lot about PRU14 dekat Twitter dan macam-macam kes dekat berita. Too much things sampai rasa setiap sejam mesti nak update apa yang dah berlaku dekat Malaysia. What I can say is rileks semuaa. Give time to our new government to setup what they need to do and give them some space. Let them do their own work cause they know what are the best. They need to be focus and plan new things for our own benefits. Ni kalau tak ada pape, dah konfem -- apooo masalah?
Credit to the photographer, Sorry, tak tahu siapa punya gambar ni tapi gambar ni cantik sangat! |
To our previous government, thank you so much for what you've done to us. Susah untuk menjadi ketua dan memimpin but you've done your best. Kita yang anak muda ni, janganlah terlalu aggresif sangat bab-bab kutuk orang lain. Diri sendiri macam mana? Dengan apa yang dah jadi dan di bulan Ramadhan ni, bukankah adalah lebih baik jika kita duduk dan cerminkan diri sendiri? Ingat -- previous government had done a lot to our grandparents and parents for our independence so pleaseee -- do have some respect for them.
Tak ada maknanyaaa if Malaysia Baru kalau perangai dan pemikiran kita masih di bawah batu