Bougas Toner

Friday, March 26, 2021

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah dalam sedar tak sedar, Bougas dah pun ada 5 produk dan pada bulan February 2021 baru-baru, kita dah launch Bougas Toner pulak! :D





Ramai orang anggap toner ini adalah tidak penting, samalah jugak dengan Mai tapi lepas Mai dah berhenti pakai toner selama setahun, dan tiba-tiba add on Bougas Toner ni, ya Allah ada perubahan yang sangat besar tau!




Bougas Rejuvenating Toner atau Bougas Toner adalah toner yang jenis hyrdartion toner yang memang sangat-sangat berasaskan air (water based). Dalam Bougas Toner ni ada Niacinamide dan Witch Hazel yang akan dapat bantu buang semua lebihan makeup, lebihan sebum dan sel-sel kulit mati yang tertinggal.

Bila korang gunakan secara konsisten Bougas Toner ni, korang akan dapat rasa extra moist dekat muka, kulit makin cerah pun ada, rasa segar je mukaaa dan juga dapat kurangkan size pores muka korang hahaha Eh percayalah cakap Mai ni tau! 


Apa kebaikkan Bougas Toner ni?

Okay antara kebaikkan Bougas Toner yang boleh disimpulkan adalah 
  • Meremajakan kulit muka
  • Mengurangkan saiz liang pori
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Membantu melembapkan kulit muka
  • Mencerahkan kulit muka
  • Memperbaiki struktur dan keanjalan kulit muka
Tapi ingat tau, kena guna secara konsisten baru akan dapat hasilnya nanti! Hihi bukannya sekali pakai terus dah boleh nampak kesan hahahah adoiii


Apa bahan-bahan dalam Bougas Toner ni?

Okay Mai ringkaskan dalam 5 main bullet point tau sebab nak memudahkan korang baca dulu satu-persatu hihi

  • Niacinamide - Vitamin B3, mengurangkan keradangan, non-comedogenic, mengurangkan kemerahan dan awet muda
  • Witch Hazel - mengurangkan keradangan, mengurangkan kemerahan, mengurangkan saiz pori dan menghilangkan lebihan minyak dari kulit wajah
  • Camellia - antioksidan, perlindungan UV, awet muda, mengurangkan keradangan dan anti-bakteria
  • Aloe Vera - mengurangkan keradangan, menenangkan, penyembuhan, pelembapan, melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari
  • Chamomile - ejen pelembut semula jadi, mengurangkan keradangan, anti-oksidan, menenangkan dan memberi kesan penyamaan terutamanaya untuk kulit kering dan sensitif
Okay yang ini pulak full ingredients list untuk Bougas Toner untuk korang rujuk hihi



Full ingredients list Bougas Toner

Kalau korang tengok dekat full list bahan-bahan/ingredients Bougas Toner ni untuk tengok apa function untuk setiap ingredientsnya hihi

Best kann? Hahha


Macam mana texture Bougas Toner ni?

Macam toner yang lain-lain, Bougas Toner ni sama je macam iaitu macam air-air. Bau dia macam ala-ala bedak sejuk macam arwah nenek yang kita buat hihi

Sebab dulu arwah nenek aku buat bedak sejuk, dia letak hirisan daun pandan dan bila daun pandan tu dah kering, dia jadi macam bau sedappppppppp sangat! Rasa tenang dan damai je bila bauu.

So dah boleh bayangkan kan macam mana bau dia? Heheh tapi tak ada lah kuat sangat, bau dia macam light light jeee



Adakah saya patut gunakan cotton pad / kapas muka untuk apply toner atau hanya cukup dengan gunakan tangan saya sahaja?

Okay ni adalah antara soalan yang paling famous dalam kalangan kita-kita ni hahaha


Ada yang cakap gunakan toner bersama dengan cotton pad akan buat kulit kita akan lebih lembut sebab cotton pad tu dah tolong bersihkan sisa-sisa kotoran di kulit muka kita yang masih tertanggal. 

Tapi ada jugak yang cakap guna cotton pad ni akan sebabkan toner kita cepat habis, ah sudah! hahahha

Tapi ada jugak yang nak cara senang hanya dap dap je toner dekat muka dengan tapak tangan ni dan biarkan ianya kering sendiri

Bagi Mai, mana-mana cara yang sesuai dan senang dengan awak, awak teruskan sahaja buat ya? Tak ada masalah hihi

LIMITED OFFER! Sesiapa yang dapatkan Bougas Toner sekarang, awak berpeluang untuk dapat free 1 cotton pad premium dari Bougas Beauty macam yang dalam gambar bawah ni. Sementara stok masih ada yaa? Hihihi

Free 1 cotton pad premium with every purchase of Bougas Toner - LIMITED STOCK


Macam mana cara guna Bougas Toner ni?

Senang je korang! Everytime lepas keluar tandas dan masuk bilik, time berkemban tu (HAHAHHA contoh mudah nak bagi korang faham) korang dap dap je toner tu dekat muka.

Ataupun letak toner dengan cotton pad dan sapu je dekat muka, dah siap! Kasi kering jap then baru boleh teruskan dengan Bougas Serum, Bougas Moisturizer dan Bougas Sunscreen

Okay so turutannya macam ni lah senang cakap :

Scrub (2-3 kali seminggu) > Cleanser > Toner > Serum > Moisturizer > Sunscreen

Wow, lengkap dah full set dan basic skincare routine hanya dengan Bougas sahaja, Alhamdulillah :)



Ada feedback untuk Bougas Toner ni Mai? 

Mai dah gunakan almost a month right now dan apa yang Mai dapat rasakan adalah kulit muka jadi lebih lembut dari biasaaaaaaaaaaa! Bestnyaaa!

Every time lepas guna Bougas Toner, mesti akan rasa muka jadi fresh sangat-sangat. Paling best lepas dah dap dap dengan kapas muka, terus Mai rasa lagi bersih sebab masih ada lagi sisa lebihan kotoran di muka yang masih bersisa, ish puas hati betul!

Pores Mai pun dah tak kelihatan sebab kalau before this, memang nampak ketara tapi now Alhamdulillah dah okay dah! Hihih  



Okay ni feedback dari customer Mai sendiri lepas dia gunakan Bougas Toner, kelakar kan? Hahahhaah ya Allah tergelak besar aku hahahha Tapi alhamdulillah sebab dia puas hati dengan Bougas Toner

Mai pun bersyukur sangat sebab dapat customer yang semuanya baik-baik, memudahkan urusan Mai dan sangat memahami Mai hihi i love you all lah! 

Kalau nak tahu lagi tentang feedback Bougas Beauty Serum, boleh baca dekat SINI 




Macam mana nak dapatkan Bougas Toner?

Korang boleh dapatkan Bougas Beauty di kedai Shopee saya! Follow Shopee saya dan awak akan dapat rebate discount! Hihihi


Kedai Shopee Bougas Beauty Kuala Lumpur : SHOPEE MYSARA NEWRIE

Selamat menggunakan produk Bougas Beauty!




Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / bougasbeauty.mysaranewrie
Twitter : @mysaranewrie

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Follow my Instagram @mysaranewrie