Assalamualaikum
Sailang? Fuh ~ satu perkataan yang macam boleh menusuk jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh ke dalam hati bila sebutnya. Sebab apa? We already knew the meaning whattt
Tapi honestly, aku tak rasa semua orang ada definisi yang sama dengan maksud SAILANG ini. Sebab semua orang ada sejarah dan pengalaman masing-masing dan of course akan ada bermacam-macam maksud sailang dari perspektik korang kan?
Tapi cuba fikir-fikir baliklah sebenarnya. Sailang ni sape je lah yang nak kan benda tu berlaku. Selalunya kes ni akan terjadi bila si A dan B couple lepas tu tetiba dapat tahu si C ni pun ada affair dengan si B. Dah si A ni yang meroyan tak tentu pasal, apatah lagi si C ni sebenarnya adalah kawan baik kepada si A. Perghh ~ havoc kau kes sailang nie. Well ~ basically semua orang tahu dan faham macam tu lah jalan ceritanya kan?
A dan C adalah kawan baik dan B adalah pakwe kepada si A. Get it now? Nak kasi korang faham sikit apa yang aku nak explain cause I have my own theory behind the sailang case nie. fuh ~
Bagi aku lah ~ ada certain people yang memang akan macam habis-habisan kutuk dan meroyan si C ni dan tuduh macam-macam. Cakap perempuan sundal lah, dasar betina jalang lah, perampas lah dan macam-macam lagi. Tak cukup dengan itu, pergi pulak update dekat social media, tuduh orang itu ini lepas tu nak lagi havoc pulak, pegi kecohkan dekat member-member yang lain dan tak memasal semua orang tahu dan bila ada kes sampai-meyampai ni, konfemlah ada tokok tambah kepada ceritanya kan? Mana aku tahu? Sebab its happened around us cuma kita je yang tak perasan kan?
Ada dua keadaan yang mungkin berlaku kepada si C sama ada :
1) Dia akan hentam balik jugak. Well ~ dia akan kutuk balik si A. Dah elok kawan baik, terus jadi musuh ketat utama sebab kan hal nie. Dah masing-masing duk pung pang pung pang dekat social media. Why social media? Cause they are keyboard warriors! Hahahaha tapi ada jugak kes yang memang berani bergaduh depan-depan, tu yang sampai kes tarik tudung tu kan?
2) Dia akan senyap. Dah tau dah buat salah, takkan lah nak bising jugak kan? So duduk diam dan buat macam tak tahu pape dan berbahagialah dengan pasangan barunya. Orang yang macam ni pulak ada dua jenis ; samada dia tahu dia salah dan sebab tu dia diam atau dia memang jenis memang tak malu sebab dia pentingkan diri sendiri. Ibarat "Aku dah dapat apa yang aku nak, so persetankan semuanya"
Dan of course si lelaki atau si A ni akan bangga sebab dua perempuan berebutkan dia atau dia akan mula berasa salah. Aku tak tahulah dari pihak lelaki macam mana kan tapi entahlah ~ tak tahu apa yang diorang rasa sebab tak pernah tahu. So tinggalkan yang kes si A ni dulu, biarkan sesiapa yang nak tolong explainkan ke
So ini adalah senario yang basically semua orang tahu dan faham dan dah dapat agak dah. Konfem punya. Sebab kes sailang ni bukan dah sampai ke orang couple bahkan kepada orang yang kahwin pun ada jugak. Come on dude ~ sekarang ni nak curang bukannya susah kan? Apatah lagi adanya social media yang berlambak tue
BUT IN MY OWN PERSPECTIVE okay, sailang means yang kau memang tak ada jodoh dengan dia. Thats it. Simple je kan? Kalau tak, kenapa ada sailang kan? Sailang ni macam ibarat salah satu cara je yang menunjukkan kau memang tak ada jodoh dengan dia selain dari pasangan kau meninggal dunia, bercerai atau berpisah, halangan keluarga etc dan sailang adalah salah satunya
Why?
I believed in Allah swt dan sailang ni adalah salah satu cara yang nak tunjukkan maybe dia bukan pasangan yang baik untuk kita. Maybe dalam satu tahap, kita akan terus merayu dan menangis, pujuk rayu tapi kalau dah Kun Fa Ya Kun yang mengatakan dia adalah jodoh kita sampai ke akhirat, jadilah seteruk mana pun kes sailang kau - when he is our jodoh, he will be, Insyallah
Mungkin kes sailang ini terjadi sebab Allah swt nak uji kita berdua. Yes, hidup ni memang penuh dengan cubaan dan Allah swt takkan pernah berhenti nak uji kita sebab Dia rindukan rintihan kita. Tu je. He miss you and when He find you lost, He will guide you.
Tapi kalau dah kes sailang ni sampai dah peringkat yang sampai mereka berkahwin, ask ourself - siapa kita untuk menidakkan takdir Allah swt yang Maha Besar tue? Kita ni hanya HambaNya yang terus menerus akan berharap dengan dia. Kalau dah memang jodoh mereka berdua, kita doakan yang baik-baik sahaja dan percayalah bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
So bila jadi kes sailang ni, istighfar banyak-banyak. Renung balik apa yang kita dan dia buat yang mungkin Allah swt murka dengan kita dan Dia tarik dia dari kita untuk kita perbaiki diri kita. Believe in Allah, remember that. Sudah jodoh mereka berdua, who are we to question about that?
Kepada si A dan si C - berdamailah kamu. Masing-masing dah besar dan takkan kamu berdua bodoh sangat sampai nak putuskan tali persahabatan yang dah terjalin? Come on ~ be matured bebeh and always pray good for both of you. Selagi boleh bincang, try bincang elok elok. Kepada si A, jaga pakwe awak baik-baik. Kepada si C, atleast cuba elakkan dari sailang atau apa apa sahaja berkaitan dengan ini. You know the consequences kan?
Si A - just setia pada yang satu. Kalau ada masalah, cubalah bincang dulu. Jangan buat kerja belakang sebab bila dah terbongkar rahsia, korang jugak yang menanggung. Bajet hot lah tu ye sebab ada orang berebutkan kamu? Dont .
Ingat Dia. Redha dan mohon diberi petunjuk Allah swt. Doa banyak-banyak moga diberi kekuatan. Ada sebabnya Allah swt jadikan ini caturan hidup kamu. Cuma hikmahnya adalah cepat atau lambat saja. Kalau dah memang dia jodoh kamu sampai ke akhirat, larilah dia sejauh mana pun ; dia akan tetap balik kepada kamu. Pegang ni
Tapi aku tak nafikan ; sakit tu memang sakit. Tapi dah nak buat macamana kan? Cinta tak boleh memaksa dan dipaksa. Its come naturally.
Kenapa aku macam boleh relaks dan tenang je?
Sebab aku pernah berada dalam situasi ni.
Assalamualaikum
Hai semua. Ini adalah entry yang menunjukkan effort aku nak memenuhkan blog aku dengan kisah tulisan aku hehehhe
Okay. Hmm entahlah, tak tahu nak tulis apa hihihi
So my weekend berlalu dengan begitu sahaja. Tak ada special things pun. Just keluar makan dengan family, spend time dan tengok cerita dekat TV
Oh yess! Pasal dekat cerita dekat TV kan, aku paling melekat depan TV kalau ada cerita memasak atau macam reality shows. Ok copp! Bukan macam reality shows macam menyanyi ke apa. Eh tipuuu ~ padahal lepas Subuh menghadap TV layan The Voice dekat AXN -.-
Aku rasa family aku tahu aku dekat rumah kalau aku bukak channel 727 iaitu Food Network Channel. Hahah sebab aku suka betul orang memasak dan belajar tips tips dan tengok diorang masak apa. Walaupunnnnnnnnnn jarang memasak aku ni tapi alhamdulillah, setakat ini kalau aku masak bolehlah orang makan tanpa muntah hahahah
Aku ni tak adalah pandai masak tapi kalau belajar, rasanya boleh jadi chef dekat rumah. Aku ni suke memasak tapi tu lah ~ biasalah malas kan? Balik kerja tidur, Balik dari kelas tidur. Sebab tidur adalah best heheh
Aku paling suka Barefoot Contessa dari Ina Garten sebab dia masak memang nampak sedap dan bersih je tengok dia memasak. Macam tak adalah nampak eiiii eiii kotornya! Sebab kebersihan dalam memasak tu kan penting. Lepas tu dia pun jenis slow je, tak kecoh dan tergopoh gapah sangat masak so best lah tengok hehehe
Padahnya tengok Food Network Channel adalah - terliur dan teringin nak makan lepas tu pergi dapur, konon nak masak tapiiiiiiiiiiii bahan tak cukup! Nak keluar makan, malas so simpanlah kempunan sensorang diri hahahhaha
Lepas tu cerita yang aku tak boleh nak alihkan dan memang akan stay diam depan TV sambil cakap "Gilerlah!" adalah Ghost Hunter. Dulu dulu aku ni tak suka giler tengok cerita hantu tapi sekarang ni macam dah okay sikit, rasa macam ingin tahu dah makin ada so bolehlah layan tapi kena berpada-pada hahahah
So alkisahnya duk layan channel KIX HD sekali terlayan Ghost Hunter nie. Ceritanya pasal diorang satu group yang akan pergi ke rumah client mereka yang didakwa kena kacau lah, dengar suara lah, dengar orang berjalan kaki lah dan macam-macam lagi.
Diorang ni satu group ni tapi yang gambar atas ni group lama diorang. Sekarang ni dah ada orang baru, ada yang investigator in training. Apa yang aku suka sebab ianya adalah satu hunter yang memang betul-betul, diorang hunt hantu tu bukan sebab nak menakutkan ke apa tapi sebab nak tahu, kenapa hantu ni suka kacau. Adakah sebab diorang mati tak tenang ke apa ke kan
And diorang sumpah berani nak mampus. Kalau aku, konfem takkan dah nak join benda-benda macam nie. Diorang pulak akan rekod, akan cek guna peralatan canggih dan kalau nasib mereka baik, diorang akan ada direct interaction dengan hantu. Contoh macam kalau diorang tanya soalan "Adakah awak ni pemilik rumah ini dulu?" dan hantu tu akan bagi jawapan macam bunyi ke atau boleh detect kehadiran mereka dengan guna alat mereka yang entah apa entah nama dia
So benda-benda ni memang akan buat kau cakap "Gilerlah! sambil cakap dan pleaseeee siapa tengok cerita ini jangan nak cakap jugak. Sebab kadang-kadang kau kena dengar betul-betul bunyi tu dan baru ada feel. Hahah over tauu ~
So dua cerita ni setakat ini yang memang boleh buat aku macam "Alaaa tak nak keluar lah! Nak duduk rumah tengok TV!" HAHAHA Tapi Barefoot Contessa tu aku tak kisah sangat kalau tinggal cerita dia. Tapi kalau cerita Ghost Hunter tu, oh please no no no no ~ memang akan melekat depan TV sampaikan dengan ayah aku pun join sekali tengok cerita tue
Act ada lagi cerita lagi dekat TV yang aku suka tengok contoh macam The Voice, American Ninja Warrior, My Kitchen Rules (WEYH SUKE GILER TENGOK!) lepas tu cerita macam talk show ke macam Oprah Winfrey kan? Entah ~ sebab aku suka tengok cerita yang bagi aku info dan input. Lepas tu yang sekali tengok, terus habis cerita tue. Tak adanya nak bersiri bagai macam cerita Rindu Awak 200% Opss! Hahah :D
TBH, aku tak tengok Rindu Awak 200% sebab aku rasa masa dia tak sesuai nak tengok TV dan aku tunggu orang download then aku boleh copy je terus dalam lappy hahaha
So apa cerita favourite korang setakat nie? Boleh share?
Assalamualaikum
Agak lama jugak aku tak update. Sebenarnya aku rasa macam dah malas and tak ada mood. Sebab aku ni kadangkadang mau amik satu hari sebab nak update blog tapi i know i dont have one day for blogging sebab memang busy. Biasalah, bila dah besar - makin banyak komitmen kan?
As for now, aku sekarang tengah praktikal, dekat Setiawangsa. Dekat ehem ehem ~ hahahah mana boleh bagitau :p So bila dah intern, lagilah tak ada masa. Balik kerja terus bammm tidur. Bangun, mandi dan makan terus sambung tidur balik sebab esok pagi kena bangun awal untuk pergi kerja
So sekarang ni aku baru tahu alam pekerjaan macam mana dan betapa berharganyaaaaaaaaaaaa dan heavennya bila weekend datang menjelma! HAHAHAH over tau ~
Nothing to be share actually sebab macam yelah ~ tak ada benda yang menarik. Actually ada je cuma macam malas nak kecoh-kecoh. Papehal dekat Insta aku je lah ye? Search je mysaranewrie and there my insta. Dekat situ ada jugaklah aku upload gambar raya, dengan kawan-kawan semua, tengok je lah ~
Al kisahnya - aku rasa macam nak tutup blog
Berapa lama? I dont know. Maybe temporarily. Maybe permanent. Maybe saje nak bikin havoc ke apa ke hahaha tapi yeah ~ aku selalu fikir nak tutup blog je. Sebab aku rasa malu dengan cerita-cerita aku yang lama-lama. Tak kisah lah cerita apa apa pun tapi bila dah besar nie, dah boleh fikir secara matang dan bukan dengan emosi, aku rasa I should not write that and post it to public as it was personal life kan?
Kalau nak delete cerita lama, aku macam tak ada banyak masa nak baca balik semua cerita. Kalau nak delete terus blog, aku macam kesian pulak dengan upcoming generation yang maybe nak tahu pasal Diploma Pentadbiran Awam hahahah over tapi yeay ~ betul lah apa yang aku cakap nie :) Sejak aku update pasal DPA, terus jadi entry paling femes sepanjang zaman blog Mysara Newrie nie :)
So tengoklah dulu. Kalau korang ada terbaca cerita lama tue esp yang part jatuh cinta bagai tue, just get rid of it. Tu semua mainan perasaan seorang gadis yang menjadikan blog sebagai luahan perasaan aka diarinya cuma bezanya ; ianya dikongsi bersama orang ramai dan orang ramai boleh 'masuk' dalam life dia tanpa fikir apa tanggapan orang terhadap dia. faham tak? hehehe
Sekarang aku adalah Mysara Newrie yang baru :) Yang dah besar, matang hahahahha yang macam dah boleh fikir baik dan buruk everything. Kita sebenarnya boleh rasa perubahan dalam diri kita walaupun orang lain tengok kita ni sama je peel perangainya. Sebab aku rasa apa yang berlaku dalam diri kita, biarlah kita senyapkan dan biar kita dengan Dia je yang tahu
Aduh, aku rasa sungguh matang dalam entry aku kali ini hahaha tak ada giler macam yang selalu :)
Kalau dibicarakan tentang hati dan perasaan, masih sama macam dulu. Tak ada yang berubah. I mean ianya masih berubah tapi kalau disakitkan dengan benda yang sama, makin lama jadi serik and malas nak bercinta sebelum kahwin. Better bercinta selepas kahwin kan?
So yeah ~ tu saje kot buat masa nie :)
![]() |
| Hai :) |
Semester 5 Yang Penuh Dengan Cerita & Kerja
By Mysara Newrie - Wednesday, July 16, 2014
Assalamualaikum
Hai semua. Okay kali ini tak nak tulis ayat ayat cliche seorang blogger bila dah lama tak update blog seperti "lamanyaaaa tak update blog", "fuhhhhhh ~ siap pun tiup debu dekat blog", "berhabuk dah blog aku nie" dan sebagainya hahahah eh terasa ke? maaflah kak, gurauan di bulan Romadhon ni hihi
Okay so as you all knew, Iolss dah habiskan Semester 5 Degree ni! Alaa kalau yang follow aku dekat IG tahulah sebab aku rajin je upload gambor dekat situ. To be honest, aku rasa sangat-sangatlah bersyukur kepada Allah swt sebab finally aku dapat jugak habiskan Part 5 yang penuh dengan dugaan, cabaran, kekangan masa, tenaga dan wang dan sebagainya.
Agak keterlaluan tak kalau aku cakap, sejak aku masuk Diploma sampai Degree sekarang ni, Part 5 adalah yang paling hebat dugaan dan cabaran dia?
First, sebab subjek semester 5 adalah subjek yang paling banyakkkkkkkkkk kau kena interact dengan group members kau. Kalau before this, semua assignments and presentations boleh buat sorang-sorang and no need to do the discussions etc tapi sebaliknya untuk subjek part 5 sebab kau mesti mesti mesti dan WAJIB untuk sit together with your groupmates and discuss everything.
Malaysian Economy for example. Aku dengan groupmates aku terpaksa turun ke Kedah sebab kitorang amik tajuk Rural Poverty sebab Kedah adalah negara ketiga tertinggi peratus povertynya selepas Sabah dan Kelantan. Pergi Khamis petang, ponteng kelas dan buat kerja itu ini sebab rushing nak kejar masa.
![]() |
| My groupmates for Malaysian Economy. Singgah rumah Ikmal for breakfast dan celebrate birthday Paan |
![]() |
| Ini scrap book kami! Haha comel tak? Bentuk rumah tuu ~ |
![]() |
| Behind the scene of making our scrap book! |
Balik UiTM pulak kena handle untuk buat video documentary and scrap book hasil dari lawatan kami ke Kedah. Amik masa jugak tu sebab semua ni melibatkan marks kan? Tapi alhamdulillah, we manage to do it in the time given! Happy giler kot masa lepas present video untuk satu batch tengok dan submit scrap book dekat lecturer walaupunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ada masalah teknikal sikit huhu
Project Management. Ambui ~ yang ni pulak kita kena buat satu proposal pada client ynag Request For Proposal (RFP) from the tenders. So for this semester, kami dapat tender untuk promote Terengganu dalam masa setahun dengan budget RM 200K. So macam-macamlah event yang groupmates aku buat, buat itu ini.
Yang paling tak tahan adalah masa nak kena attach network diagram, yang tu memang dugaan. Sabar je lah nak sambungkan semua kertas A4. Tambah pulak, group aku salah pergi print sampai jadi 300 kertas A4 bilamana lepas tu baru sedar kami sepatutnya boleh je print 100 kertas A4. Fuhh ~ nampak tak dugaan tue? Haha
Tapi dugaan tu rasa berbaloi sebab proposal kami dapat highest marks dalam kelas. Syukur Alhamdulillah :)
![]() |
| Groupmates aku dengan Proposal kami yang besar tue hahah yeay! rindu pulak nak buat kerja sama-sama dengan diorang |
![]() |
| Behind the scene masa discuss Proma hahaha |
![]() |
| BTS tampal netwok diagram yang besar gedebak nak mampus bila lepas tu baru tahu kami dah salah print hahah :D |
Research! Weyh yang ni sumpah aku nak menangis. Rasa macam tak ada mood langsung nak buat research sebab macam tak tahu dan tak nampak apa yang kena buat! Tapi lepas dah banyak kali consult, kena tegur dengan supervisor baru lah macam okayyyyyyyyyyyyyyyyyyy ~ tu pun last minute okay! Haihlah ~ dugaan dugaan.
Nasib baik aku dapat research partnet yang awesome. Okay dah. Aku rasa perkataan 'awesome' tu dah cukup nak gambarkan yang betapa bagusnya research partner aku nie hihihih Kak Nad, if you read this, i just want you to know that I'm very lucky to have kakak like you :)
![]() |
| Me with Kak Nad hihihi tgklah muka aku tue, memang tak cukup rehat dan tidur sigh |
Environment. Ni subjek elektif. Well ~ aku rasa env ni okay dan tak adalah susah sangat cuma penatlah sikit kan nak baca current issues tapiii jadi penat bilamasa kami kena buat event! Ya, event Green Vengers. Boleh baca dekat sini lah ye? Malas aku nak taip balik hahaha
Dan subjek Public Finance yang kami kena pergi Pejabat Audit di Seremban dan interview orangnya. Overall, presentation kami dapat pujian dari lecturer kami, Sir Zul. Subjek yang lain macam BEL dan Arab macam okay okay je sebab bila dah busy dengan final year project, BEL dan Arab di anaktirikan sobs sobs Selalu masuk kelas BEL dan tiru homework member sebab tak tahu BEL ada kerja hahaha
![]() |
| Shooting video Arab dekat Port Dickson. Khelas kauu ~ hahhaa Oh they have been my Arab mates since semester 3 lagi :) |
Okay itu cerita yang dalam kelas ye. Dalam kelas. Cerita luar kelas pulak aku kan one of the Bacas Committee. Bacas ni stand for faculty aku punya kelab pelajar lah kononnya. So semester ini di UiTM Seremban 3, aku rasa kami semua memang having fun buat kerja, event kami pun berjaya dan dapat sambutan dan students get to know us.
| Event PTD Talk with Dato Dr Muhammad, bekas pengarah INTAN aka my former lecturer :) |
| Dinner Masquerade, collaboration with Bacas & CASS yawww |
![]() |
| Handle Debat Piala Dekan FSPPP UiTM Se-Malaysia dengan SMF, Cass dan Bacas. Kenangan paling manis pernah aku rasa :) |
![]() |
| Bacas Day Out ; hahah kitorang makan steamboat ramai-ramai tapi sayang, tak cukup korum huhu |
So bila dah kena buat event, memang agak penatla sebab aku kena buat poster, print dan pergi tampal dekat sekitar faculty. Tapi aku enjoy je buat poster tu semua hahha
Lepas tu pulak kannnnnnnnnnnnn, hmm aku ni jugak adalah salah seorang Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) jadi bertambahlah kerja aku yang kena buat. Kena buat itu ini, lepas tu kadang kadang pukul 1 pagi ada students sakit kita yang kena handle everything. Paling teruk masa kena handle pendaftaran pelajar diploma selama dua minggu berturut-turut, Sabtu dan Ahad. Sakit memang sakit tapi aku rasa macam dah mula suka dengan jawatan aku as JPK nie heheheh
![]() |
| Semasa pendaftaran pelajar Diploma :) |
![]() |
| JPK and Seketariat ; Iftar at Nasi Arab Damsyik yawww |
![]() |
| Perjumpaan JPK dengan Diploma students fuh ~ |
So despite from all of these semuaaaaaaaaaa yang aku tulis nie, ya - aku kena buat dan handle. Aku memang kena gilergiler kena pandai bahagikan masa, buat itu ini. The top of the stories is after Hari Gawai break di mana hari hari aku kena buat kerja yang memang kena siap on that time jugak sebab esoknya dah kena submit. Ya Allah ~ masa tu pulak memang aku tak cukup rehat, tak cukup tidur, makan ikut dan je. Kerja memang banyakkkkkkkkkkkkk sangat!
Kadang kadang aku ada dekat fac dari pukul 8 pagi dan balik bilik pukul 6.30 petang. Memang seharian duduk dekat fac je buat kerja. Lunch hour pulak kadang kadang ada meeting dengan MPP, Cass atau SMF lagi so macam ya rabbi, penatnya. Masuk kelas dalam keadaan tergesa-gesa, tak makan tak apa. Balik kolej pulak kena handle kerja JPK dan kadang-kadang ada meeting lagi dengan JPK yang lain.
![]() |
| Masa ni pukul 6.30 petang dah tapiii kami masih dekat lab lagi, duk buat kerja dan tolong member yang lain |
![]() |
| Meeting with MPP, SMF, CASS and Bacas. Fuhh ~ |
To make it short, every 24 hours yang kau ada semasa semester 5 adalah sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh dibazirkan begitu sahaja sebab hello ~ kau dah tahu kerja banyak tapi masih nak tangguhkan lagi?
Ya - semester 5 memang buat aku jadi bingung dan penat yang keterlaluan sampai rasa macam aku nak lepaskan semua jawatan yang aku ada dan rest for a while. Sampai satu tahap aku rasa aku nak kerat-keratkan badan aku ni dan bagi dekat semua orang yang perlukan aku pada masa yang sama masa tue. Sampai tahap di mana aku nak upah personal assistant (PA) untuk handle kerja aku dan sampai satu tahap aku rasa macam nak upah orang buat assignments aku hahahah tapiiiiiii semua ni tak pernah aku buat pun :p
Final examination pulak aku tak nak cakap apa-apa. Aku rasa macam aku boleh buat kecuali paper Project Management je lah yang aku rasa macam was was sikit tapi pape pun aku harapkan semuanya dapat A plus plus lagi, Insyallah amin! Carrymarks pun bagi aku macam okay je lah ~ so lets hope for the best ye? Doakan untuk aku :)
Cuma kau bayangkanlah, bila kau dah penat dan tak cukup rehat dan tidur selama sebulan lebih dan tetiba nak forcekan diri kau untuk belajar jugak dengan study week hanya dua hari, memang sangat-sangatlah mengundang kemalasan dalam diri kau. Come on, kau dah penat dan nak rest tapi tak boleh sebab ada final paper? Memang sakit wa cakap sama lu ~
Ada satu time tu, aku macam dalam keadaan demam baik-takbaik-baik-takbaik hampir dekat 2 minggu. Siang dia okay tapi lepas Maghrib memang demam panas aku dibuatnya. Lepas tu makan sikit, muntah balik. Muntah yang memang angin keluar terus dari perut. Maybe sebab selalu skip makan kot ~ Ada satu masa tue, aku termuntah dekat McDonalds hahahh redha je lah member-member aku dapat member macam aku nie hahaha
![]() |
| Meja study aku :) Rindu! |
Sebab tu masa semester 5 dah habis, aku rasa yeayyyyyyyyyyyyyyyyy happynya! sebab sakit betul aku rasa masa semester 5 nie. Ada kawan aku nak buat sujud syukur sebab berjaya tamatkan semester 5. Ada jugak kawan aku yang cakap dengan aku "Setough-tough kau Mai, kau sendiri tak larat nak hadap sem nie. Apatah lagi aku nanti kalau sambung belajar" Entahlah ~ actually its depends on the people right when it comes to handle and manage your time and stress kan?
Aku bersyukur sangat dengan Allah swt sebab berjaya kuatkan aku dan kawankawan aku yang lain nak hadapi semua nie. Maybe kami ada antara satu sama lain, bagi semangat dan kekuatan. Tambah pulak, groupmates aku untuk semua subjek sangat sangat awesome! Yang jenis 'kau susah, aku pun susah' so macam kerja tu tak adalah rasa beban sangat :)
Tapi dalam masa duk sibuk dengan kerja banyak sangat, aku bersyukur sebab dapat kawankawan yang sangat sporting, perangai masing-masing yang suka buat lawak tak ikut masa, cerita kelakar yang diorang duk buat aku gelak, gelagat masing-masing. Terima kasih korang untuk semua memori yang kita ciptakan bersama hihi iloveyou olss :D
![]() |
| Makan besar ramai ramai dengan classmates before Ramadhan hari tue :) |
![]() |
| Classmates aku, hahah sem depan satu kelas lagi please? |
![]() |
| My benchmark princess. yang ni memang tak boleh nak remove dari hati dah ni |
![]() |
| Iftar together with Benchmark hihi |
![]() |
| Diorang ni geng dengan roomate aku tapi dah jadi kawan aku dah hehehe Diorang yang melayan perangai aku dekat kolej Alaaa baru sedar tak ada gambar dengan roomate hmm |
and now you know why I'm not update my blog for a long time hehe






























