Menjelang SPM...

by - Friday, November 13, 2009

Salam. Hehe. Sepatutnya tak boleh balik tapi entah macam mana entah cikgu bagi kebenaran untuk balik bermalam tapi dengan syarat Jumaat petang kena check in dah sekolah. Argh, tak kisah ar. Asal boleh lari sekejap dari ketensionan yang makin menggunung macam Gunung Everest. Haih.

Kali ini aku tak taw nak cakap ape. Actually aku ingat nak cakap pasal jamuan2 yang berlangsung kat sekolah sepanjang 2 minggu berturut2. Haih, memang penat lorh. Tiap2 malam kena pakai baju lawa2, pakai make up *ehem2x.. Haha. Apa salahnya menjadi cantik kan? Memang sifat semulajadi seorang wanita lah.. Tapi disebabkan jamuan2 itu memang ada banyak story dan banyak gambar, so aku decide lepas SPM nanti aku cerita k. Masa 2 otak lebih rilex sikit kan dari sekarang ini. Owh..sangat penat + sangat tension + sangat bimbang + sangat emosional + sangat berdebar + sangat tak tentu arah dan macam2 lagi lah sangat nie. I'm sory guys. At this moment, I can't put how I'm feeling into words. Yang pasti sangat tak happy.

Ok. Menjelang SPM ini kan, macam aku cakap sebelum ini, ada Jadual Kelas Anjal. Sepanjang kelas2 itu diadakan, memang tak sah kalau tak dapat kertas2 soalan dari negeri2 lain. Kadang2 aku dengan kawan2 aku tak taw nak letak mana kertas2 2 semua. Kalau kitorang kemas kertas2 2 hari nie, esok lusa ada kertas lagi. Haih, so aku dan kawan2 aku amik keputusan untuk pakat letak je kertas2 kat mana2 tempat yang dirasakan selamat.
Bagi aku pulak, aku dah ada 3 locker buku kat dalam kelas tapi masih tak mencukupi untuk menyimpan semua buku2 dan kertas2 soalan aku. Haha. Amacam? Terror kan kitorang? Hehe. Tak ingat pulak nak amik gambar bundle2 kertas 2. Kalau tak boleh korang tengok. Pintu locker aku dah rosak dah sebab byk sgt barang yang aku letak expecially buku2 ar. Haha. Maaf cikgu! bukan salah saya, pintu locker 2 yang tak berkualiti! Haha.

Budak lelaki kelas aku. Masa nie kitorang baru dapat Paper 2 & 3 Kimia Negeri Johor. Tadi sebelum balik kitorang dapat 5 set soalan Paper 1 & 2 Add Math Negeri Melaka, Selangor & Perlis tak silap aku. Lepas 2 dapat Paper Trial English. Tak dan lak nak tengok dari negeri mana sebab Cikgu Jat suruh budak2 nie pergi sembahyang Zohor belaka. Haih. Tak pasal2 kena marah dengan cikgu lagi. Bengang giler aku masa 2. Rasa cam nak meletop je!!

My click! Muke sume cam bengang jer. Ye lah, exam kan dah nak dekat. Huhu. Insyallah kami semua pasti boleh buat. Amin ~

Wah! 1st time dapat bergambar dengan budak2 nie. Haha. Akhirnya dapat jugak dicapture oleh Cik Siti Aishah kite! Nway, know dis boys as [from right to left] Shakir Zufayri aka Lubby, Nainiman aka Jebeng & Shahir Md Azam aka Districz. Hehe. Mereka ni sgt2lah kepala giler2 dan suke sgt mengusik orang. Agaknya dorang tak sedar yang gmbr dorang kena snap masa nie. Haha. Lantak korang lah!

Hurm. Rasa dah tak ada apa2 lagi nak tulis. Just sibuk tengah membilang hari je lah skrg nie. Hehe. Aku cuba untuk menjadi rilex dan bertenang. Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk SPM ini demi masa depan aku sendiri. Anyway, 2 jelah yag latest pasal aku. Bubye semua. Jaga diri korang bek2 taw dan doakan kejayaan saya di medan SPM.

Oh ya! Aku da bawak hp pergi asrama. So sesape nak hantar msj dialu2kan tetapi aku hanya boleh balas pada masa2 tertentu sahaja. Hehe.

Jadual SPM 2009 [untuk subjek Sains shj]

18 NOV 09 - BM 1 - SEJ 1 - BM 2

19 NOV 09 - BI 1 - BI 2 - SEJ 2

23 NOV 09 - MATH 1 - MATH 2

24 NOV 09 - PAI 1 - PAI 2

25 NOV 09 - ADDMATH 1 - ADDMATH 2

30 NOV 09 - BIO 2 - BIO 1 - BIO 3

03 DIS 09 - FIZ 1 - FIZ 2 - FIZ 3

08 DIS 09 - CHEM 1 - CHEM 2 - CHEM 3

You May Also Like

0 comments