Mari Kita Ke Labuan !

by - Tuesday, December 28, 2010



Salam. Hai hai hai ! Kali ini aku nak bawak korang semua pergi bercuti di Sabah. Wakaka ~ Bukan betul betul lah ~ Alamak ehh. Kalau lah betul betul aku nak bawak korang bercuti kat sana, mau dekat 20 tahunlah aku terpaksa berpuasa. Haha ;D


Ok hari tu, 3 Disember aku pergi ke Labuan. Yeahhh ! Setelah setahun aku tak pergi, tahun ini aku pergi jugak ! Haha :D


Bertolak dari Kota Kinabalu ke Menumbok awal-awal pagi. Tapi korang jangan haraplah aku nak layan semua pemandangan masa tue. Masuk je dalam kereta, amik gambar aku yang tengah ngantuk dan terus tidur dalam kereta.


Sampai Menumbok, naik speed boat dan terus check in kat Grand Dorsett Hotel. Hoi ! Mentang-mentanglah nak Krismas so dorang hias lah hotel tu dengan baik punya. Auwww ~ Apa lagi, aku pun posing bagai nak rak lah ~ Haha :D Nasiblah ayah aku ini seorang yang suke amik gambar dan aku ni pulak suke diambil gambar. Haha ;D


Duduk rehat-rehat sampai petang sebab malam itu kita makan ikan bakar ! Tapi tak syokklah sebab kawan ayah aku ada dan tempat baru ikan bakar tu macam kurengggg sikit. Ketam pun kecik-kecik je. Wuaaa ! Best lagi yang masa tahun lepas nie



Hotel aku. Haha ;D Untung manyakkkk woooo ! Full house pulak ! Haha :D


Balik hotel tidur terus ! Haha ;D Keesokkan harinya, kitorang pergi ke Patau-Patau, tempat Ekin AF tu duduk. Alamakkk ehh ! Bukannya jumpa dengan Ekin pun ! Haha ;D


Kampung Patau Patau ini istimewa sikit sebab semua rumah-rumahnya atas air je. Haaa ~ Sebab itulah jadi tarikan pelancong. Lepas tu, rumah dorang semuanya dekat-dekat. Memang bestlah kalau time raya ke, mesti sibuk dan meriah kan? Hehe :)


Kampung Patau Patau ini pulak ada 2, Patau Patau 1 dan Patau Patau 2. Yang bezanya ialah dari segi infrastruktur die. Tak percaya? Tengok gambar bawah ini. Tapi aku dah tak ingat dah mana satu Patau Patau 1 dan mana satu Patau Patau 2. Huhu :(

Yang ini Patau Patau yang masih guna kayu dan masih original hand made iaitu tak ada lagi pembangunan yang die lakukan. Memang terbaik dari ladang lah ~ Haha ;D




Haaa ~ yang gambar kat atas ini adalah gambar Patau Patau yang dah moden dah sikit. Tengok lah jalan die pakai batu dah, tak pakai kayu dah. Haha ;D Lepas tu piring Astro tak usah cakaplah ~ Memang banyak !


Kalau dikumpulkan semua piring Astro ini, memang cukuplah nak guna masa kenduri kahwin aku nanti. Haha ;D

Dalam Kampung Patau Patau ini, semuanya ada. Surau, kedai makan, tadika, kedai runcit. Erm yang tu je lah yang dan aku jumpa. Haha :D



Penduduk kat Kampung Patau-Patau ini pun semuanya ramah-ramah belaka. Memang bestlah borak-borak dengan pakcik dalam gambar ini. Masa ini die tengah tengok jaring die dan dapatlah 3 ekor udang. Hehe :) Pak cik ini cakap, memang inilah kebiasaanya dorang tangkap dekat bawah rumah dorang sebab hasil tangkapan tu, dorang buat makan untuk keluarga. Ok lah tue kan?


Masa kitorang ronda-ronda ini, ada lah sorang pakcik ini, entahlah aku tak taw die rumah mana tapi die karaoke, hoooiiii kuat giler ! Aku rasa satu Kampung Patau-patau ini dengar suara die. Haha :D Tapi aku tengok dorang semua macam tak kisah punn. Hehe :) Bagusnya ! Kalau aku, dah lama dah aku tembak orang macam tue. Haha ;D

Kemudin pergi jalan-jalan sekitar Labuan. Gambar atas ini aku just pergi ke signboard die je untuk amik gambar. Haha :D Hoi ! Aku memang nak masuk dalam taman ini tapi cuaca die, Ya Allah -.- Memang panas sangat sebab pulau kan? Memang berpeluh-peluh ar. Kulit ini rasa macam nak terbakar je. Huhu

Yeah ! Lepas tu kitorang pergi ke Labuan War Memorial. Ok dengar sini baik-baik. Aku nak bercerita tentang sejarah ini :) Haha :D

Dulu masa Perang Pasifik dan Jepun ada di negara kita, tentera Austarlia dan British telah dijadikan tawanan mereka. Jepun telah memaksa mereka untuk buat padang terbang di Sandakan.


Namun begitu, kebajikan tentera Australia dan British ni tak dijaga. Makanan tak cukup, ubat yang sikit, penyakit yang berleluasa, ditambah lagi dengan seksaan dari Tentera Jepun menyebabkan mereka sangat-sangat terseksa.

Tapi masa Jepun dekat-dekat nak kalah, Jepun mula rasa terancam dan tak selamat. Masa ini, Jepun plan nak bawak semua tahanan mereka tu dalam 10 000 orang dari Sandakan ke Ranau dengan 3 peringkat. Perjalanan yang penuh dengan cabaran iaitu sepanjang 250 km dan mereka hanya berjalan kaki dengan kaki ayam sahaja.


Mereka kekurangan makanan, kebuluran, penyakit yang teruk, ubat yang kurang menyebabkan ramai yang mati. Perjalanan dari Sandakan ke Ranau dinamakan Kawad Maut sebab ramai yang mati dan mayat mereka hanya ditinggalkan di tepi jalan tu je. Dah lah perjalanan tu merentasi gunung-ganang dan hutan tebal.


Dalam kira-kira 10 000 yang mati dan hanya 6 orang je yang terselamat. Tu pun sebab mereka ni berjaya melarikan diri dari Jepun dengan bantuan penduduk kampung. Mereka ini lah yang bawak kisah-kisah perang ini ke negara mereka


Setelah Jepun kalah, pihak Australia dan British mula menjejaki ke semua tentera-tentera mereka yang mati dan kesemua mayat yang dikumpul diberikan penghormatan dan bagi memperingati mereka, kesemua mereka dibawa ke Labuan untuk disemadikan. Maka, muncul lah Labuan War Memorial.


Lest We Forget atau Jangan Sampai Kita Lupakan bermain di bibir mereka yang masih hidup kerana mereka tidak mungkin akan lupakan apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga mereka, kawan mereka, ayah mereka, pak cik mereka, abang mereka, adik mereka dan juga anak mereka

Haaaaaaaa ~ Ok tak penjelasan aku ni? Haha ;D Aku ini bab-bab bercerita dan sejarah ini memang aku minat. Haha :D Ada lagi taw cerita pasal ini masa aku pergi Sandakan hari tue. Nanti aku story. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal kisah perang ini, korang boleh lah cari dekat Google


Kawasan War Memorial ini memang dijaga dengan rapi. Die punya rumput, perghh ~ Kau nak bergolek-golek pun no hal lah ~ View die cantik sangat-sangat !


Memang giler betul aku bergambar masa tu tapi tu lah ~ Masa ini ayah aku dalam kereta sebab nak tidur jap. Aku suh adik aku amik gambar aku tapi mana lah die nak layan kan? Huhu :*( Last-last aku yang amik gambar mak dan adik aku. Haha ;D


Yeahh ! Mari kita berlagak indie ! Sape nak amik aku jadi vokalis die? Suara aku sedap taww. Haha :D


Lepas tu kitorang pergi shopping ! Haha :D Aku ada beli coklat lah untuk geng-geng aku. Hehe :) Cukuplah tue. Atleast tu tandanya aku ingat dekat dorang. Haha :D Kat korang? Aku bagi cerita pasal Labuan dah lah ye. Haha :D


Esoknya balik ke Kota Kinabalu. Ayah dan mama aku ajak naik kapal besar tue. Erm aku dengan adik aku macam keberatan je sebab naik kapal tu amik masa dalam 2 jam, naik speed boat dalam 20 minit je. Aku dengan adik aku lagi suka naik speed boat.


Tapi lepas fikir-fikir balik, kitorang pun naiklah kapal tue. Besar wooo ~ Boleh muat beribu-ribu orang dalam tue. Boleh bawak kereta skali taw ! Haha :D



Ni masa mula-mula naik. Dalam kapal ini ada kedai, jual macam-macam makanan. Haha :D Lepas aku tibai Maggi, aku pun tidur. Haha ;D Tapi tidur aku terganggu bila satu kapal duk gelak-gelak tengok cerita Thailand.


Masa tu ada sorang hero dalam cerita ini terpaksa lari bogel satu bandar Thailand tu sebab nak lari dari musuh-musuh die. Masa die lari-lari tu lah macam-macam benda yang terjadi kat hero bogel tue. Haha :D Aku yang tengok, tetiba jadi malu pulak. Huhu. Tak patut kot tayang cerita tue. Budak-budak kecik sumenya pakat tengok. Haha :D


Masa ini dah nak balik dah. Dorang pasang CD Karaoke. Lagu-lagu Indon. Tapi dorang pasang lagu yang happy je. Lagu-lagu sedih dorang tekan next. Haha :D Yang paling best adalah masa ada satu lagu yang macam ini,


Aku suka singkong, kau suka keju ohhhhh ohhhh


Haaaaaaaa ~ Masa ini memang best giler lah sebab boleh dikatakan semua orang dalam kapal tu nyanyi lagu nie. Rasa macam satu big happy family pun ada. Haha :D Aku pun joinlah jugak. Haha ;D


Lepas tu masuk kereta, dan balik ke Kota Kinabalu. Hohoii ~ Masa ini aku memang tak leh nak tidurlah so aku pun meroyan tak tentu pasal dalam kereta. Bosan doeee. Huhu


Yeahh ~ Ayah aku potong lori tue. Haha ;D Yeay ! Cepat cepat balik rumah ! Sakit pinggang weyh duduk lama-lama dalam kereta. Haha :D


Ok tamat sudah ! :D

You May Also Like

3 comments