Family Day ASCAPS

by - Thursday, March 03, 2011


Salam. Yeah ! Hari itu kan aku ada cakap pasal Kesan Family Day ASCAPS. Haaaa ~ Kali ini aku nak bercerita pasal Family Day pulakk. Hehe :)

Aku dan Angie -.- Kawan mengilai


Pagi Sabtu lagi, aku, Faezah, Amira dan Angie bangun pukul 6.45 pagi. Pergh ~ Lewat giler sebab malam sebelum tu dorang layan filem Eiffel Im In Love. Tapi aku takk. Aku tidur awal dah. Haha :D


Kitorang ni adalah AJK bagi Family Day ini sebab Family Day dan Futsal ASCAPS budak-budak Part 2 yang kena handle. Dan kitorang kenalah berada kat Padang Tenggol tu seawal pukul 7 pagi. Dah tu kalau dah bangun pukul 6.45 pagi, memang rancangan tinggal kenangan lah kan? Haha :D


Dalam pukul 7.30 pagi tu, aku dengan Faezah mintak tolong pak cik Cafe Perhentiaan hantar kitorang ke Tenggol. Haha :D Nasib baik pak cik itu tak kisah nak hantar kitorang. Thanxx pakcikk ! :D

Aku, Fiza and Pekjahh


Sampai je kat Tenggol, terus aku bancuh tepung untuk buat Coklat Tersembunyi. Tepung gandum + Air + Pewarna Coklat + Sugus. Memang the best :) Lepas tu aku sambung buat line kat tengah-tengah padang tue. Pergh ~ Pening pening XD


Then acara pun start dalam pukul 9 pagi rasanya. Family Day dimulakan dengan menari poco-poco. Masa ini hanya yang sporting je yang buat. Yang tak buat tu just tengok je. Argh ~ Lantak kau lah weyhhh. Ada aku kisah?


Kitorang pakai baju ikut warna part masing-masing. Part 1 warna Pink, Part 2 pakai Biru atau Putih dan Part 3 warna Merah. Yang tu je yang aku ingat. Part 4 and 5 aku tak ingat.Tapi Part 6 and Degree pakai warna Hitam.


Lepas tu acara Ballon Hunter. Ok yaa. FYI aku adalah salah seorang dari AJK Aktiviti Family Day which means, semua game yang dimainkan pada hari itu, aku dan kawan-kawan aku yang buat. Hehe :)


Ballon Hunter ni adalah belon diikat di kaki kita dan masing-masing hendaklah menjaga belon tu. Belon sape yang paling lambat meletup dikira sebagai pemenang. Masa mula-mula nak start game, agak kelam kabut jugak lah sebab belon tak tiup lagi.

"Mak, orang nak maen dah nie. Doakan kejayaan saya ye makk" Abang baju merah tu tengah cakap telefon tak silap aku. Haha ;D


So dengan bantuan pelajar DPA Part 2, belon-belon pun dah ditiup. Yang aku tak boleh blahnya adalah ada budak-budak lelaki Part 2 tiup-tiup belon dan letak air dalam belon tue. Aku dengar air liur dorang. Pergh ~ Memang tak lah kan? Haha :D


Then dorang pun bermain. Mula-mula perempuan kemudian lelaki. Best jugak lah masa ini sebab semuanya buat bulatan besar dan bagi sokongan dekat pemain tue. Macam-macam ragam kot tengok bila pemain nak selamatkan belon-belon dorang. Haha :D

Akak ini memang terror jugak lah aku tengok. Hehe :)

Yeahhhhhh ~ Tengok muka-muka cik kakk - cik kakk tue. Haha ;D


After that, maen Water Straw. Game ini amik air dalam bekas minuman pakai straw dan transfer dalam bekas yang satu lagi. Bagi mengelakkan dari peserta simpan air dalam mulut, kitorang dah letakkan garam banyak giler dalam air tue. Haha :D Sumpah masin giler XD


Dorang tak tahu yang kitorang buat macam tue sebab kitorang buat air tu nampak macam air mangga padahal tak pun. Haha :D Sekali bila dah sedut air, muka masing-masing terus berubah. Haha :D

Tengok muka budak baju biru tue. HAHAHAHAHAHAHAHAHA :D


Tapi masa nak tentukan sape yang menang, sume bekas tu macam penuh dengan air liur je. Ya Allah sabar je lahh -.- Dah macam air kencing pun ada jugak sebab air tu kan warna kuning dan campur campur sikit dengan buih-buih dari air liur dorang. Haha :D



Kemudian, main Coklat Tersembunyi. Amik coklat dalam bancuhan tepung tu dengan mulut dengan keadaan mata tertutup kemudian makan coklat sugus tue. Markah diberi berdasarkan warna Sugus tue. Haha :D Sumpah game ni memang geli dan jijik XD


Tapi alhamdulillah. Akak-akak senior dan abang-abang senior semuanya macam tak kisah dan mereka lagi suke kalau maen dengan benda-benda yang kotor macam nie. Haha :D Tergelak aku bila aku tengok sorang-sorang macam mana. Memang lah dorang maen tipu tipu tapi ni kan Family Day? What do you aspect? Mestilah nak enjoy and having fun kan? :)



Kemudian rehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor. Masa ini padang memang betul-betul terik dengan cahaya matahari. Panas giler masa ini tapi masing-masing macam tak kisah pun nak berpanas dekat tengah-tengah padang.

Rehat dan makannn ! Tapi masa ini aku tak makan sebab aku dah kenyang dengan air -.-

Affin dan Lily ; our MC for Family Day :)


Kemudian sambung maen game. Game paling kontroversi dan diilhamkan oleh aku sendiri. Haha :D Game apa? Game Telur Terbang ! Haha :D Dengar tajuk die pun, macam tak boleh blah kan? Haha :D


Peserta kena baling telur dekat pasangan die yang sorang lagi dan makin lama, jarak dorang makin jauh. Masa ini bergegar padang tu sebab duk gelak-gelak masa nak tangkap telur tue. Haha :D Memang have fun giler :)

"Ok semua. Beratur dulu. Jangan berebut-rebut" Pekjah


Kemudian sambung game Special Music Chair. Apa yang specialnya? Rilexx dulu :D Haha. Game ini tak kisah berapa ramai pun yang nak masuk tapi kitorang sediakan hanya 10 kerusi je. Nasib kau lah nak dapatkan kerusi tu macam mana

Haha :D Tengok abang tu. Siap angkat tangdan dan mengucapkan Alhamdulillah sebab dapat kerusi. Haha :D

Sampai berdiri atas kerusi sebab tak nak bagi orang lain amik kerusi dia. Haha :D Lawak lawakkk


Bagi yang tak dapat kerusi, dorang dikumpulkan dalam satu bulatan dan penonton akan baling tepung kat dorang. Haha ;D Ini lah yang specialnya tapi tak jadi buat sebab sape yang kalah tu, sempat lari. Haha :D


So tepung yang ada dengan kitorang masa tu, kitorang bagi dekat semua orang. Maka berlakulah perang tepung dekat tengah-tengah padang tue di bawah cahaya matahari terik -.- Aku tak nak join so aku duduk jauh je dari dorang semua. Sekali mari Faezah, panggg ! Memang terbaik lah kena kat muka dan tudung aku -.-

Terima kasih Pekjah sebab buat tudung aku macam ini. Aku tahu kau jelesss sebab muka aku bersih kan? Haha ;D

Tengok tuuu. Pakat duk kejar-kejar sebab nak baling tepung -.- Bala bala ~ Haha :D

Tuuuuuu diaaaaaaaaaaaaa. Semuanya budak laki kelas aku yang duk maen. Haha :D Kelakar giler masa ini aku tengok dorang duk main. Aku tengok dari jauh jer. Takut lah nak pergi. Kang tak pasal-pasal aku yang kena -.-


Then game paling last ialah Tarik Tali. Tarik Tali memang paling kontroversi sebab ada yang main tipu. Pergjhh ~ Menyirap gak darah aku bila ada yang maen tipu. Habis semua kawan-kawan aku sakit belakang sebab tersentak dengan tali secara tiba-tiba. Pelik kan macam mana boleh tali tu tiba-tiba jadi macam kuat giler ditarik. So of course lah ada orang yang tolongggggg -.- Tapi takpe lahh. Its just for fun je kan? :)

Masa ini, kitorang yang perempuan Part 2 menang. Pakat bersorak belaka. Haha ;D Oh yaaa. Tak kira lah game apa apa pun, kalau ada yang Part 2 menang, mesti senior cakap "Tak acii!!!" Haha ;D Ada ada jeee :)

Lelaki Part 2. Pian, yang baju warna putih, ketua Projek Family Day pun maen jugak tapi aku tengok macam die tak tarik punnn. Haha ;D


Sepanjang Family Day berjalan, ada senior yang jual aiskrim. Haha :D Laku betul lah business akak tu sebab aku rasa semua orang pakat duk beli aiskrim die. Yelahh ~ Cuaca panas kan? And ada jugak senior kitorang yang gunakan kesempatan ini untuk berkempen sempena Pemilihan MPP masa tue. Haha :)

Akak akak and abang abang yang jual aiskrim :) Maju maju ^.^


Dalam pukul 3 lebih, ada penyampaian hadiah oleh Encik Asri, Penasihat kitorang. Encik Asri pun best giler sebab dari awal plan Family Day sampailah ke akhir Family Day die tolong kitorang. Siap bagi pinjam kereta kot nak pergi beli barang-barang! Perghhh ~ Heavenn. Haha :D

Yang bestnya adalah masa Encik Asri nak bagi hadiah, die baling dekat students and students tu kena tangkap. Kalau tak dapat, makanya kena boooooooooooooo lahhh. Haha :D Kelakar giler masa nie. Nasib lah Encik Asri spoting giler habis dengan kitorang :)


Lepas dah habis penyampaian hadiah, masing-masing balikkkkk. Tapi memandangkan kitorang ini AJK so kenalah stay sebab nak kemas-kemas barang. Tapi takkan jadi lah sebab rupa-rupanya dorang sambung lagi maen perang tepung. Ngok ngek betul. Tapi best giler masa ni. Berlari dan berkejaran di tengah padang ragbi di bawah sinaran terik cahaya matahari. Haha :D


Tapi aku balik awal. Balik bilik, mandi and sembahyang Zohor terus. Tunggu Asar kemudian aku stay up sampai lewat malam buat presentation yang kena submit pada esok hari padahal takpunnn -.-


Dan malam itu, masing-masing menggelupar kepanasan sebab kesan dari berjemur dan sistem badan yang dah tak betul dah. HAHA :D


Apa apa pun, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua budak DPA yang join Family Day ini. Sumpah rasa terharu sangat-sangat dengan sambutan yang korang berikan. Thanxx kepada lecturer, akak-akak dan abang-abang senior dan kawan-kawan seperjuangan yang sporting gile dan kerjasama yang diberikan. Sayang korang giler-giler!! :D

Akak akak senior Part 3

My classmatesssssssssss ! ;D Sayang korang semua. Sumpah cakap, kita ni dah macam adik beradik kan? Sampai lecturer pun cakap macam tu jugak :)


Senior senior kuuuuuuuu ! ;D

Part 2 boysssssssss


And tak lupa jugak kepada semua AJK Family Day ASCAPS yang sumpah sporting, fun and giler-giler. Rindu nak meeting dengan korang malam-malam macam dulu-dulu. Haha :D



Dan aku tahu korang rindu nak dengar aku bergendang kan? Haha :D


*Credit pictures to Angie and Epi :)

You May Also Like

0 comments