Assalamualaikum
Aku masih ingat lagi, minggu pertama after Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Dungun. Masa tu kelas Business Math dan semua budak-budak kelas aku, AM110 Group B tengah belajar dekat Blok 8
Sedang asyik belajar, tiba-tiba kau masuk dengan tergopoh-gapah dan cakap dengan slang English aka Mat Salleh yang macam urghh ~ poyonya aku rasa! Kau cakap, kau salah kelas dan tak tahu ada kelas masa tu dan sesat nak cari kelas masa tue. Satu kelas tengok kau sebab yeah ~ masa tu kau tengah free hair
Tahu tak apa 1st impression aku kepada kau? Aku rasa sumpah annoy dengan kau dan slang English kau HAHA :D
Kau memang pandai giler dalam kelas. Tapi kau tak pernah nak lepak dengan kitorang semua. Masa tu aku dengan Faizah slowly rapat dan Lisda pun rapat dengan kitorang. Dalam masa yang sama, Lisda macam tarik kau untuk selalu hang out dengang kitorang. Okay lah ~ masa tu baru kita semua macam nak rapat dan aku mula kenal kau
Kita bertiga jadi rapat sebab masuk Debate kan? Faizah cakap "Jom budak Debate amik gmbar!" Dan gambar ini pun terhasil :) |
The starting point where our friendship become stronger day by day :) Rehearsal Teater Cinderella for Dinner ASCAPS :) |
Aku rasa kita betul-betul jadi kawan baik selepas Persidangan Mahasiswa FSPPP dekat UiTM Merbok, Kedah bilamana aku dengan kau sahaja wakil part 2 untuk pergi ke situ dan kita berdua je yang kenal antara satu sama lain. Dan disinilah titik tolaknya kita jadi rapat bilaman kita berdua je yang sanggup heret tilam dan tidur dekat ruang tamu sebab nak tidur bawah kipas, pergi shopping tak hengat duniaaa dekat Queensbay Mall
Naik Part 2, kita berempat ; aku, kau, Faizah dan Lisda dah jadi macam kembar siam. Pergi mana-mana mesti nak berempat. Lepastu kalau gelak, memang gelak yang segelak-gelaknya. Maksud aku gelak yang betul-betul kuat dan tak peduli orang lain. Yup ~ aku rasa masa tu satu Dungun akan tahu dan kenal dengan muka-muka kitorang nie. Gelak tak hengat dunia sampaikan pernah tegur tapi kita pegang pada prinsip "Lepas ni aku takkan jumpa kau lagi so suka hati aku nak gelak macam mana pun"
Masa ni ada KI kan? Kita duduk depan sekaliiii tapi yeah, tengok apalah yang kami buat -.- |
After class, mesti lepak tepi pantai dan makan keropok lekor dengan air kelapa ; WAJIB! Dan of courselah, amik gambar jugak kan :) hehe |
Ronda-ronda dalam UiTM Dungun :) |
Sedar tak, dalam geng kita berempat, kita selalu compete study bersama secara indirectly. Memanglah kita tak pernah cakap "Okay aku paling tinggi dari kau" tapi kita macam dah tahu-tahu je sape yang akan tinggi dan akan dapat tempat 1st dalam kalangan kita berempat. Dan semestinyalah kau akan mendapat antara tempat yang tinggi selepas Lisda kan -.-
Masa ni test CTU dan kau duduk jauh dengan kitorang sebab tak nak kitorang psiko HAHA :D Perasan tak, kita berempat tak pernah study bersama-sama sebab kalau study sama-sama, konfem tak jadi study! |
Makan cake sama-sama dekat UiTM Dungun HAHA :D |
Kita berlima termasuk Angie ni memang suka conquer dan buat lawak bodoh kan? Aku ingat lagi kau dengan Angie baring atas rumput belakang ATM UiTM Dungun sebab Angie tolak kau HAHA :D Selalu suka duduk depan sekaliiii dalam kelas tapi kitalah yang paling bising, kitalah yang paling berlagak macam duduk belakang sekali dengan berborak.
Susah senang kita semua bersama. Aku rasa semua lecturer kenal dengan muka-muka kita nie. Kitalah yang paling nakal dan giler-giler masa tue. Tapi dalam kita giler-giler, aku tahu kita semua mempunyai hati yang paling lembut. Hanya dengar masalah kawan-kawan sahaja, kita dah mampu menangis, share everything.
Good old days during my Diploma :) |
Bila lagi nak amik gmbar lagi berempat macam ni oitt? |
Habis Diploma, aku dengan kau lagi rapat. Pantang ada free time, mesti kita nak hang out bersama. Paling aku seronok masa kita bertiga ; shopping bagai nak rak dekat Times Squre masa bulan puasa. Punyalah penat sangat, kita sanggup duduk atas eskalator yang sedang bergerak HAHA :D Sumpah, aku rindu kau sekarang nie
Dan yang paling aku gembira, setelah aku kenal kau, akhirnya kau mengambil keputusan untuk pakai tudung. Alhamdulillah ~ aku bersyukur sangat masa tu dan aku mengaku aku gembira sangat-sangat. Ingat tak masa kita jumpa dekat KL Sentral masa kita nak tutup akaun BIMB tu? Masa tu aku memang gembira sangat-sangat tengok kau dah pakai tudung :')
Kalau buat assignment, mesti kita berempat :) |
Kau lah teman aku time aku shopping bundle dekat Pasar Malam Dungun. Kau lah teman aku yang hanya beri nasihat sikit je tapi zappp terus menusuk dalam hati dan aku ingat sampai bila-bila. Kau lah teman aku yang paling cantik kalau pakai apa-apa pun sekali! Kau lah teman aku, penasihat shopping aku yang paling terbaik. Kau lah teman aku yang memberi nasihat dengan aku tentang gaya hidup yang sihat. Kau lah penasihat fashion yang paling terbaik pernah aku jumpa. Dan kau lah jugak teman dan sahabat dunia akhirat aku
Di Uptown Shah Alam, during our class trip! Masa ni tinggal kita bertiga je sebab Faizah buat fastrack dan Lisda ke SPA |
Nanti dah sampai UK, belajar elok-elok. Ingat pesanan mak ayah kau, banggakan family kau dan banggakan kitorang dekat sini. Duduk sana, jaga diri elok-elok. Jaga diri kau macam mana kau jaga kucing-kucing kau masa part 1 dulu HAHA Jaga diri, sembahyang jangan tinggal, ingat Allah swt selalu. Sebelum buat apa-apa, fikir yang di atas sana dan mak ayah dan jugak kami dekat sini
During our visit to LHDN :) |
During our Diploma's convocation :') |
Kepada kau, aku letak harapan yang tinggu untuk melihat kau berjaya. Aku bangga dengan kau. Sumpah aku tak tipu. Aku percaya Angie, Faizah dan Lisda pun mesti bangga dengan kau. Insyallah, waktu aku akan menyusul selepas kau ini, kalau ada rezeki nanti. Ingat balik apa yang kita pernah kongsi, ingat balik waktu-waktu kita lepak tepi pantai, pergi Mesra Mall hanya nak tengok wayang, makan kuew tiau kungfu dan esoknya sakit perut cirit-birit, ingat bahasa bortakksss kita, ingat balik semuaaaaaaaaaaaa kenangan kita semasa Diploma dekat UiTM Dungun.
Trip class :) |
Ingat, aku dengan yang lain-lain sayang kau sampai bila-bila. Kitorang dekat sini akan tunggu kau untuk melihat kau berjaya. Ingat! Ingat! Ingat! Jangan sesekali kau lupa pun! Sumpah aku sayang kau. You're my sister, my soulmate, my everything. If you need me, you know where to find me okay? I always love you and never leave you alone. Kau selalu ada aku, ingat tue?
Kau ; Nabilah Hani bt Azali :')
Mysara Newrie & Nabilah Hani Azali :') Gonna miss you so much! |