Apa Itu Sarjana Muda Sains Pentadbiran?

By Mysara Newrie - Tuesday, August 09, 2016

Assalamualaikum wbt

[IKLAN BOUGAS BEAUTY]

Korang boleh dapatkan Bougas Beauty Serum di kedai Shopee saya! Follow Shopee saya dan awak akan dapat rebate discount! Hihihi


Kedai Shopee Bougas Beauty Kuala Lumpur : SHOPEE MYSARA NEWRIE

Selamat menggunakan produk Bougas Beauty!


[IKLAN BOUGAS BEAUTY TAMAT]


Okay entri kali ni memang dah lama aku nak buat tapi macam tak sempat and malas jugak sebenarnya hahaha so macam okayy kita postponedd! So sementara aku free ni, meh lah aku nak share dekat korang!


Pasal apa?


Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) aka 
Bachelor in Administrative Science (BASS) AM228

Masa grad Degree tahun 2015 hehehhee

Weyh cerita ni dah lama okay? Aku start amik tahun 2013, sebaik sahaja habis Diploma Pentadbiran Awam di UITM Dungun dan berjayaaaaa habis pada 19 Januari 2015. Wah ingat! Hahahaha Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan Degree aku dengan second upper class. Sedih jugak tak dapat 1st class (sebab boleh tukar pinjaman PTPTN jadi biasiswa) tapi tak dapat so takpelah :) So bear in your mind, kalau ada yang aku tak tahu ; aku mintak maaf dan kalau ada yang salah pun, aku minta maaf awal-awal okay? Aku cuma bagi info yang aku ingat dan tahu je :)


Okay so basically, apa dia BASS ni? 


BASS ni adalah kos yang memang banyak membaca dan menghafal. Tapi pleaseeeee aku nasihatkan tolonglah jangan hafal tapi FAHAM sebab bila faham, senang hafal dan senang nak buat ayat sendiri. Dalam BASS ni kau akan belajar macam-macam ; contohnya pasal Human Resource, Accounting, Law, pasal Perdana Menteri termasuk sejarah dan latar belakang mereka, ethics, belajar pasal macam mana polisi dibuat dan dirangka, pasal economy dalam Malaysia.

Masa dalam kelas, present Policy Analysis dengan Dato Dr Muhammad

Korang pun akan belajar jugak pasal project management, macamana sesuatu event dan projek itu dilaksanakan dan apa yang perlu dibuat, belajar financeeee, belajar macam mana nak maintainkan environment, belajar macam mana services perlu dibagi pada customers (paling sukaa subjek niiii!), belajar pasal macam mana nak selesaikan masalah dan rancangkan satu strategi khas yang perlu untuk capai Wawasan 2020, belajar pasal public management etc. 

Meja belajar aku masa sem 3

Oh yaaa, aku ada mention jugak tak korang kena jugakkkkkk buat research dan present depan panel yang kitorang panggil tu sebagai VIVA? Hahahaha Benda ni lahh paling scary sebenarnya dalan hidup seorang pelajar BASS hahahahhaa Oh yaa, lepas tu korang akan kena amik subjek 3rd language. Ada subjek Bahasa Arab, French dan Mandarin. Lepas tu korang kenaa buat video lakonan cakap bahasa 3rd language yang korang amik. Hahahahahaha memang terus terbelit lidah nak cakap bahasa asing nanti

Masa hidup tengah kacau bilau dengan research dan VIVA hewhewhewh

Okay itu antara benda-benda yang korang akan belajar sepanjangggg 3 tahun korang akan belajar BASS. Macam mana nak masuk? Mostly yang masuk BASS ni adalah budak lepasan Diploma UITM. Kalau korang budak lepasan Diploma Pentadbiran Awam (macam aku), korang boleh terus masuk ke Semester 3 masa Degree ni. Masa awal sem 3 ni, korang boleh tolak credit atau orang panggil pengecualian credit untuk beberapa subjek sebab ada subjek Degree korang dah belajar masa Diploma Pentadbiran Awam. Memang bestlahh sebab orang lain amik BASS 3 tahun tapi kita amik BASS 2 tahun je, Insha Allah :)


TETAPI


Kalau korang budak lepasan Diploma selain dari Diploma Pentadbiran Awam (DPA) atau dari fakulti selainn dari Fakulti Sains Pentadbiran Awam dan Pengajian Polisi (FSPPP), korang kena start amik dan belajar BASS dari semester 1 okay? Which is 3 years laaa, hehehe Mostly yang amik BASS selama 3 tahun ni adalah budak-budak dari lepasan Diploma lain atau budak Asasi. Okay , now faham eyh? 

Sebelum tu, kalau jadi student, mesti kulit muka burn, berminyak dan kulit kusam kan? Jom baca macam mana Bougas Beauty Serum dah rawat kulit muka saya

NAK TAHU? BACA SINI 

Buat masa ni, UITM Seremban 3 adalah kampus baru yang ada sediakan kos BASS ni termasuk kos DPA. Ada jugak dekat Sabah dan Sarawak. Lepas tu dekat mana lagi eyh? Tak tahu dah hahaha Oh yaaa, untuk sambung Degree bawah FSPPP ; ada satu lagi kos Degree iaitu Bachelor of Corporate Administration (BCA). Kalau BASS ni macam banyak membaca dan menghafal, BCA ni memang banyakkkkkkkkkk giler mengiraa! Ada subjek taxation, subjek CSP (taktahu apa maksud dia! hahahah) BCA ni basically akan menyediakan students untuk jadi company secretariat. No no ~ bukan setiausaha yang layan boss tu tau? Ni setiausaha syarikat! Berbeza tu and memang banyak giler benda kena buat esp bab-bab kena prepare documents, Board Meeting, buat circular etc. Kalau tadi aku cakap BASS ada kena research and VIVA kan, BCA ni pulak akan ada mock meeting! Haaa dia macam ala-ala meeting yang company selalu duk buat.


Kalau nak suruh aku cakap pasal BCA, sorry ~ aku memang tak tahu sebab aku budak BASS ; bukan budak BCA hahahah :D

Fac FSPPP di UITM Seremban 3. FYI, batch aku adalah batch yang pertama
yang merasmikan kampus baru nie pada 2014 hihihi

Kalau untuk peluang pekerjaan pulak, selalunya budak BASS ni memang boleh masuk government, jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), lepas tu boleh kerja under admin atau HR. Tapi jujur aku cakap ; dengan keadaan sekarang ni ; semuanyaaa tak kisah dah nak jadi dan kerja apa sebab asalkan dapat kerja dan pengalaman. Tu yang penting


Kalau nak comparekan dengan Diploma, Degree ni macam more kepada macam mana kau betul-betul nak manage diri kau sendiri. Yes, memang lecturer akan lepaskan kau 100% dan pandai-pandai kau lah nak survive. Nak dekan? Buat kerja lebih dan mantop. Tak nak dekan? P tidur dalam kelas Hahahhaa okay reason ni tak valid lah sebab ada je budak tidur dalam kelas tapi dekan :p hahahha


Kalau korang nak tahu apa perbezaan Diploma dan Degree dari segi semua bendaaaaaaa, korang boleh rujuk dekat entry SINI sebab dekat entry tu aku dah explain 10 Perbezaan Diploma dan Degree yang pentinggggggggggggggg untuk korang rujuk okay? Hehehehe So aku harap sangat entry tu membantu korang :)


Okay kalau nak cakap pasal pengalaman aku sepanjang Degree ni ; penat dik oiii ~ hahahhaa Penat sebab 1st aku join persatuan pelajar BASS iaitu di panggil Bachelor of Administrative Science Students Society (BACAS) dan jugak dalam masa yang sama, aku jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Penat, sumpah penatt. Kerja-kerja luar kelas lagi, dengan assigments dan projek-projek yang nak kena buat lagi. Boleh rujuk dekat SINI apa kerja-kerja yang aku kena buat dalam minggu-minggu aku seorang pelajar hahahha


Tips aku ; selagi boleh join mana-mana persatuan pelajar or kelab, go for it! Banyak benda kau boleh belajar dengan join persatuan-persatuan nie. Benda-benda ni memang tak ada dalam kelas, memang tak boleh di ajar melainkan kau kena alaminya sendiri. Penat memang penat, terkejar-kejar masa. Nak makan pun kadang-kadang ikut dan jeee tapi pengalaman tu paling bermaknaaaa, priceless omputeh kabor! Hahahha

Geng-geng MPP, SMF, CASS dan BACAS sessi 20114/2015
Rindu nak buat event sama-sama dengan diorang!
Geng BACAS ; paling sayang, paling rindu!
Insha Allah kita jumpa tak lama lagi nanti okay? :*
Geng JPK Kolej Mayang Selida dan Bendahara Skudai. Kejap je dengan diorang tapi
cepat je ngam dengan peragai masing-masing hahaha

Dalam BASS ni, semester yang paling heavyyyyyy adalah masa sem 5. Sebab dalam sem ni semuaaa projek, video dan research kau kena buat Y.Y Aku pernah demam tak demam dua minggu. Tidur tu memang tak pernah cukup lah ~ Kadang-kadang p fac pukul 8 pagi, balik dah settle kerja pukul 10 malam ke. Selalu macam tue.


Tapi yang paling best masa Degree, kau akan lebih banyak explore dunia luar. Err macam mana ye nak cakap? Hahahah contoh macam subjek Malaysian Economy kena buat video kan? So aku dan groupmates aku sanggup p Kedah dari UITM Seremban 3 untuk cari bahan-bahan untuk video dan scrapbook kami. Lepas tu, kena bajet-bajet reka projekk berjuta-jutaa untuk subjek Project Management guna Microsoft Project hahahah Lepas tu untuk subjek Enviroment, kitorang kena buat event, jemput budak sekolah dari luar untuk masuk ke UITM and sediakan games untuk diorang, makanan dan upacara perasmian lagii (Boleh click SINI untuk tau pasal event Green Vengers kitorang!)

Dengan classmates. Weyhhh hmm rindunyaaa dekat korang semua.
Dulu hari-hari jumpa, overly attached hahaha

Trip p Kedah untuk buat research pasal povertyyyyy. Panas baq hang!

Weh rinduu betul dekat diorang semua, paling lawak, paling banyak gelak hahaha
Masa buat event Green Avengers dengan budak sekolah HAHAHHA
Kakak-kakak je yang over, adik-adik rileks je haha
Masa tengah stress buat Project Management, Sakit kepalooo

Eh eh sempat lagi p mandi-manda dekat air terjun dengan classmates hahaha

Penatt weyh tapi best! Best sebab dapat teammates yang best takpelah ~ semua buat kerja, kalau yang lepas tangan? Haa boleh gaduh tauu. Tetiba rindu dengan classmates aku, paling best sebab masing-masing ada je otak geliga buat lawakk hahha


Dan juga yaaa, kena buat research. Korang mesti selalu dengar pasal research kan? So yeah ~ this is it! Korang kena buat berpartner dan selalu kena consult dengan lecturer korang. Lepas tu korang akan kena guna software Statistical Software for the Social Science (SPSS). SPSS ni apa? Haaa SPSS ni macam software yang akan tolong kira data dan analysis kan hasil dari data kau. Masa buat research ni lah, kau kena p edarkan kertas soalan dan suruh mereka jawab soalan-soalan kau dan jawapan mereka tue akan diproses dalam SPSS. Pernah tak korang kena jawab kertas soalan pasal transport ke, pasal kesihatan ke, pasal duit ke? Haaa tu lah questionnaires untuk research! Hehehe


Dan nasihat aku ; pleaseeeeeeeeeeeeeeee fokus dalam kelas research dan explore SPSS. SPSS ni memang susah nak faham kalau tak practise. Kalau kau dah tahu cara-cara dia, senang je. In fact, kau pulak boleh ajar kawan-kawan nak guna SPSS. Tips aku ; kalau tak reti nak guna SPSS, rujuk dekat YouTube! Situ banyak omputeh upload video pasal cara-cara nak guna SPSS :) Oh ya, kalau ada korang yang berhajat nak sambung Master, make sure korang dah expert SPSS masa Degree sebab time dekat Master nanti, lagi banyak benda yang sangat sangat lahhhh mendalam (dan susah) untuk korang explore sendiri nanti.


Hmm nak tulis apa lagi eyh?


Actually kann, kalau korang nak tahu pasal life aku sebagai pelajar Degree, korang boleh je rujuk entry entry dekat blog aku dari tahun 2013 sampai awal tahun 2015. Hehehe. 



Boleh ke budak lepasan DPA nak masuk BCA?
Boleh tak ada masalah! Nanti masa nak apply sambung kos apa, kau pilih je lah BCA :) Settle. Tapi sekarang ni aku dengar dah ada Diploma in Corporate Admin (eyh?) Diploma ni dah fokuskan direct ala-ala BCA so okay je lah. Ramai je kawan-kawan aku dari DPA amik BCA. Alhamdulillah, dekan je diorang siap dapat selempang pink lagi! :D



BASS ni guna English ke?
Yes! Fully English. UITM kott ~ hahhaha


Tapi kann ~ dalam duk penat-penat, sampai tak larat nak cakap dengan orang ; Alhamdulillah ~ berjayaa jugak aku graduated dalam Bachelor in Administrative Science nie :) Rasa happy pun ada sebab tak sangka, dalam duk penat dan sibuk ; aku berjaya habiskan. Bagi aku, Degree life aku adalah sangat bestt sebab aku memang fully utilized hari-hari aku dengan kerjaaa, macam tak ada social life dengan kawan-kawan pun ada hahaha Banyak masa aku habiskan dengan classmates dan budak-budak persatuan pelajar aku. Nak lepak saja-saja pun macam payah sebab sentiasaaa ada kerja nak kena buat hehehe


Hmm so nak ceritakan apa lagi eyh? Tak tahu dah so yeahh ~ tu je lah yang aku mampu share. Kalau korang ada apa-apa nak tanya pasal Degree BASS ni, boleh lahh contact aku dekatt Twitter, Facebook, IG. Lagi senang, kalau korang tekan je dekat mana-mana butang social media yang dekat sidebar sebelah kanan korang ni haaa ~ hehehhee Insha Allah aku akan try jawab mana-mana soalan korang yang boleh okay? :)


Insha Allah kalau ada masa, aku akan update pulak pasal Master! Jeng jeng jeng! Sebab lepas habis Degree bulan Januari 2015, aku terus sambung belajar di peringkat Master pada bulan March 2015. So memang tak ada stop langsung hihihi Yang tu aku akan buat di entry yang lain :)


Rindu zaman Degree dan Seremban esp Tomyam Fitdauuuu! Thorbaikkkk!


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments