Assalamualaikum
Well sebenarnya macam malasnya nak update blog. Rasa nak buang pun ada tapi tak sanggup sebab banyak kenangan dalam blog ni :) Kadang-kadang bila aku free, aku baca balik entry lama-lama
Basically, life is getting tough from day to day. Why?
Here's the reason
My grandmother, Wan belah mama meninggal dunia 28 April 2015 right after Isyak. To be honest, aku memang blur masa mula-mula dapat tahu tapi end up, aku menangis macam apa je. Yelah, dengan Wan aku banyak spend time sama-sama. Berborak, tidur satu katil, before tidur cerita dan borak-borak pasal semua benda, dengan dia aku ceritakan everything pasal aku, mandikan dia, bagi dia makan dan minum.
Tapi bila dia dah pergi, it such a big lost for me. Bila aku masuk bilik dia, aku ternampak-nampak Wan terbaring atas katil, sambil dia duk pegang tasbih. Bau dia masih ada dekat katil tu. Aku macam tak percaya pun ada bila Wan dah tak ada. Kalau dulu, balik Terengganu aku tahu dia ada. Now?
Cuma seminggu before dia pergi, aku sempat balik kampung seminggu dan belikan dia macam-macam yang dia nak makan. Hehe, Sempat belikan dia tray baru sebab tray lama besar sangat. Nasib baik Wan sempat guna dalam dua kali before she passed away. Bila Bibik nak buang botol air dia, aku rasa kehilangan sangat-sangat
Dah lah. Cakap pasal Wan buat aku jadi sedih je. yes, memang aku sedih. Sedih dengan apa yang dah jadi, dengan apa yang dah berlaku. Sedih yang tak dapat nak aku luahkan dengan kata-kata except just sit alone and cry like a baby. Aku tak tahu nak ceritakan macam mana rasa tue. Aku dah biasa dengan 'kehilangan' tapi untuk 'kehilangan' yang ini, aku macam tak dapat nak hadapinya dengan betul
Bila Wan pergi, terus aku rindu dekat arwah Tok. Arwah Tok dah meninggal since 2008 lagi. Bila Wan pergi, aku teringat dekat arwah Tok. Sebab aku tahu, Tok dah bersama dengan Wan sekarang nie dekat sana. Aku sempat mandikan Wan, kafankan Wan sebelum dia dikebumikan. Tak tipu masa tu memang menangis macam apa esp time mandikan dia. Sebab aku teringat masa aku mandikan Wan, kitorang sama-sama main air sambil gelak-gelak tapi hari tu, Wan senyap je, kaku. Hahaha memories do hurts us sometimes.
Wan dikebumikan dekat sebelah kubur arwah Tok. Wan pernah cakap dia nak dikebumikan sebelah kubur arwah Tok. Well ~ she got what she want. Bersemadilah dengan tenang ye Wan? I'm gonna miss you and your smile. Wan sumpah nampak comel giler bila dipakaikan telekung before wajah dia ditutup dengan kain kafan
Tolong doakan aku kuat, please? Tolong sedekahkan Al Fatihah dekat Wan aku ye?
Second, well ~ currently aku tengah sambung Master dekat UiTM Shah Alam. Aku tak ingat ada bagitau ke tak dekat dalam blog nie. Dont care. Well ~ mula-mula aku macam okay je tahu cuma sekarang ni, aku dah mula rasa macam tension dengan banyak kerjanya.
Master ni lain macam level of thinking dia. KBKK memang tahap kena tinggi. Bukan dah macam level Diploma dan Degree dah. Then, kerja yang berlambak. Dengan research proposal aku tak siap apa-apa lagi sedangkan kena siap dalam masa yang terdekat ni, dengan group assignment aku tak buat pape lagi. Kenapalah aku terus lost dan lost nie?
Kadang-kadang aku risau aku tak sempat nak catch up dengan semua nie. Risau dengan semua benda. Yes, risau tu memang kena ada cuma kadang-kadang aku rasa risau aku tu tak bertempat. Adik aku selalu marah aku bila aku ceritakan aku risau pasal itu ini. Kenapalah aku jadi macam ni?
Kadang-kadang aku rasa macam aku murung pun ada jugak. Entahlah.
Itu je kot yang boleh aku tulis sekarang nie. Aku tak tahu nak expect apa di masa depan cuma aku sedang berusaha untuk jadi kuat macam Superman, macam sape-sape je lah. Sebab aku tahu sekarang ni aku hanya ada aku sahaja. Tak tipulah kalau ada one time, aku rasa macam tak mampu nak pandang depan dah. Sebab penat.
Bila dah terlalu biasa jadi kuat, orang tak pedulikan apa yang kita rasa. Maybe ni hanya mainan perasaan sahaja tapi kalau dah aku terus tak ada mood nak bercakap dan lebih suka tenggelam dengan perasaan sendiri, amenda tue? I know this is not myself. This is totally not me
Mungkin awak semua tengok saya sering sahaja bercerita tentang duka. Bukan simpati yang saya pinta, cuma doa ikhlas dari awak semua :)
0 comments