Cuci Berus Makeup Anda Dengan Mudah & Murah!

By Mysara Newrie - Sunday, December 10, 2017

Assalamualaikum wbt


Aku percaya dekat sini semuaaaa yang berjantina perempuan mesti ada pakai makeup? Jap jap -- tak semestinyaa yang tebal tu tapi atleast you guys letak something at your face kan? Lets recap on what the definition of makeup!


MAKE UP ;
cosmetics such as lipstick or powder applied to the face,
used to enhance or alter the appearance


So get it? Tak semestinyaaa makeup tu something yang kau kena letak bedak tebal tebal tu, okay?


Bila dah pakai makeup, slow slow korang pun mesti akan berjinak dengan pakai brush kan? Yelah -- bila guna makeup dengan brush, mesti kesan dia lagi kemas dan teratur compare dengan pakai dengan jari kan?


Now, aku nak tanya korang -- pernah tak korang cuci berus makeup korang? Haaaaaaaaaaaa terkejut lah tue dengan soalan macam ni kan? Dan kalau korang cuci make up korang -- berapa kali pernah cuci berus makeup tue? Pergh bertubi-tubi haaa soalan aku bagi hahahaha


Dan baru-baru ni ada kawan aku tanya aku, "Mai macam mana kau cuci berus makeup kau?" Hmm thats give me an idea so yesss aku tulis je lah dalam blog hihihi


Okay sebelum tu, aku nak ceritakan apa kebaikkan cuci berus make up ni. Macam baju dan seluar, same goes dengan berus make up. Sebab kadang-kadang berus makeup yang tidak bersih akan buat kita punya kulit akan breakout. Pelik kan? Tapi yess -- inilah kebenaran ye! 


Plus, bila berus makeup dah bersih, ianya akan buat application foundation dan makeup kita lebih teratur dan cantik compare dengan berus makeup yang tidak dicuci hihi So apa lagi -- jom cuci berus make up kita!

Berus make up anda

Sekarang ni kan, dah banyak dah cleanser khas untuk berus make up -- banyak sangat jenama cuma yang bezanya adalah harganyaa. Even aku tengok dekat IG pun ada yang jenis local punya and received good feedback too! Ada jugak aku usha tapi bila fikir malas nak tunggu postage, so aku decide dengan cara aku sendiri :)


Oh yaa -- ini adalah cara aku untuk cuci berus makeup aku tauu? Caranya ini lebih menjimatkan kos dan mudah :) If ada sesiapa yang mampu nak beli cleanser berus makeup yang lebih elok, dipersilakan :) Aku hanya sediakan options lain hihihihhi


So aku ada Google dan baca di IG. Tak kisah jenama apa pun sabun berus make up korang asalkan ianya lembut dan tidak merosakkan berus makeup korang. So ada yang suggest baby shampoo and I was like whutttttttttttttttttttt -- okay ayuh start enjin kereta dan pergi ke AEON!


I bought this :)

Kenapa baby shampoo? Sebab baby shampoo kan macam lembut. Dan aku tengok ramai yang guna baby shampoo so aku macam okay aku pun akan beli benda yang sama. Untuk sebotol baby shampoo ni, harganya around dalam RM 6 sehingga RM 8. Nak beli size kecik tapi tak ada pulak hahaha See, dah banyak dah aku gunaa, tu menandakan aku rajin cuci berus makeup. K muntah darah cepat!


Dan benda yang paling pentingggggggggggggg sekali dalam kes nak cuci berus makeup ini adalah benda bawah nie ;

Brush egg! :D
Amboi mengadanyaaa, warna brush egg pun nak sama dengan warna baby shampoo -.-

Kenapa? Sebab kegunaan brush egg ni ibarat macam berus kepada berus makeup. Ahh sudah -- apa yang aku duk taipkan ni? Hahahhaah jangan pening yee semua! Brush egg ni boleh keluarkan semua kotoran dan sisa makeup yang tersorok dalam berus makeup kita sebab dia ada permukaan yang bergerigi tu :) Aku tengok ada jugak orang yang DIY sendiri papan brush egg dia. Hebat hebat!


Banyak benda ni dijual dekat merata-rata tempat but again -- the price! Ada dijual dekat Uptown, dekat Mr DIY -- Aku beli brush egg aku ni dekat Mr DIY around dalam RM 2 kot? Murah kan? Aku tak beli lah yang besar-besar sebab aku nak cuci pun dua batang berus tu je hahahhhaa Kalau mampu nak beli yang besar, beli jeee.

Korang kena ingat, berus makeup yang bersih akan menjamin kulit muka yang cantik dan sihat. Eh tapi kalau nak cara yang mudah untuk jaga muka, jom jom nak share something!

ASK ME HOW!

Enough with the bebel part. Jom kita start!

Tengok ini elok-elok sebab dekat bawah ni aku nak explain :D
Amboi macam cikgu dah aku nie hahahha

Mula-mula korang rendamkan berus makeup korang dengan air. Ada orang cakap, kalau rendamkan dalam air suam pun lagi bagus sebab dapat matikan kuman-kuman. Orang cakap ye, aku cuma sampaikan je apa yang orang cakap tue :D Hahhahahah Again, depends on your preferences okay?


Dalam air rendaman tu, make sure letak sikit amount baby shampoo korang. Kalau banyak berus makeup, letaklah banyak. Kalau sikit je macam aku nie, letak je lah sikit ye :)


PERINGATAN! Make sure masa korang rendamkan berus tu, jangan sampai rendamkan besi yang atas berus makeup tu! Sebab kadang-kadang takut berus korang tertanggal kang sebab dia dah jadi kembang dan rosak. Tak memasal kena beli berus makeup yang lain hahaha


So make sure korang rendamkan berus makeup dan dirikan atau sandarkan berus makeup korang macam yang dalam gambar aku tunjukkan dekat atas ni :) Just biarkan berus tu sahaja okay yang terendam. Ish ~ rasa macam nak buat kelas tutorial pulak! HAHAHAHHA Over kan? :p


Rendam tu tak lama pun, around 2 - 3 minit, sambil-sambil tu goyangkan berus tu dalam air sabun tue. Konfem korang akan terkejut tengok air rendamkan tu jadi macam air teh ais! Hahahhaha yaaaa percayalahhh -- mak dah pernah buat nokss


Now -- kini tibalah masanyaa untuk keluarkan berus telur korang iaitu brush egg HAHAHAH


Macam mana? Macam ni :


Kenapa brush egg dah bertukar warna?
Sebab ini gambar Google! Hahahahhaha

Korang gosokkan perlahan-lahan berus korang atas brush egg ni sebijik macam dalam gambar atas buat ni. Buat banyak kali, lepas tu bilas dengan air. Gosok lagi dan lagi sampailah air bilasan dah bertukar jadi warna putih macam biasa, which means berus korang dah dicuci sampai bersih :)


Masa gosok berus dengan brush egg ni, make sure korang cuci dalam tepi dan luar berus sebab nak kasi tanggalkan semua sisa makeup yang tersorok. Tak lama pun, kejap je :) 


Ada jugak orang yang cuci dan gosok atas tapak tangan. Pun boleh tak ada masalah! Tapi kalau ikut logik akal, tapak tangan kan permukaan rata, kita perlukan tapak yang tidak rata dan bergerigi untuk betul-betul sental berus makeup kita tu haaaaaaaaaa 


So lepas dah cuci semua, picit-picit berus tu kasi air semua keluar. Lepas tu baringkan berus atas tuala bersih dan letaklah dekat tempat yang terkena cahaya matahari. Aku just letak atas almari je and esok harinyaa Insha Allah kering :) Make sure berus betul-betul kering tauu! Kalau tak, rosak pulak makeup korang nanti 


Tapi ada jugak orang yang gantungkan berus makeup dia dekat hanger, kena ikat dengan getah lah hihi pun bolehh! Tak ada masalah :)


And there you have it! A nice clean makeup brush! 


REVIEW :

Harga : 
Under RM 10


Masa : 
Around 15 minutes, bergantung kepada berapa banyak berus yang dibasuh


Tahap kesusahan : 
Easy Messy Brezzy hahahhaa


Bila time yang sesuai untuk mencuci : 
Before tidur di mana esoknya korang tahu takkan guna sangat berus makeup tu



So amacam? On tak on? Hahahhahahah lets cuci our berus makeup!


p/s : rasa macam nak lebih kerap menulis entry pasal makeup dan skincare jee :) just a sharing session gitohh!


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / bougasbeauty.mysaranewrie
Twitter : @mysaranewrie

  • Share:

You Might Also Like

0 comments