3 Dalam 1

by - Saturday, October 17, 2009

Salam. Kali ini nak cerita benda lain pulak. Maybe ada banyak gambar so kalau tak suke,
sila klik petak X kat atas sebelah kanan 2. Haha.
Ok. Sehari sebelum kitorang semua pergi ke Kem Rehat Minda di Sekayu 2, sekolah kitorang da organize 3 majlis dalam 1 iaitu Majlis Perpisahan Ustaz Awang, Jamuan Hari Raya & Penggambaran Mentor Mentee. Aku cerita satu2 ok.

Ustaz Awang, PK HEM kitorang dah naik pangkat jd Pengetua di Sek Agama kat Dungun. Nth pe nth nama skul 2. Tak mau taw sebab sakit ati. Sakit ati sebab student kat skul agama 2 dapat Ustaz Awang sedangkan kitorang kena lepaskan Ustaz Awang pergi. Oh tidak..!!

budak Form4 buat persembahan. Haha. Memang kelakar giler ar. Mendapat tepukan gemuruh dari semua orang. Diorang buat macam musical lakonan lah jugak. Haha.

Salah satu babak masa lakonan diorang 2. Yang depan 2 lelaki taw tapi berlagak jd mak kepada budak yang pakai baju batik 2. Haih, masa diorang berlakon babak nie, lagu 'Ku Pohon Restu Ayah Bonda' by Mamat berkumandang.

Kita buli sama PKP Sester..!! Haha. Yang kat tengah 2 lah PKP kitorang bagi tahun nie. Die 2 boleh tahan nakal jugak lah. Haha. My classmate last year. Lupa nak bagitaw, nama dia Cik Nurhanani Suhaimi, budak Kota Bharu

Masa nak keluar dari aspuri baru perasan kitorang punya baju sama. Haha. Semua orang gelak tapi aku rileks jer. Actually warna je yang sama, bukannya jubah 2 yang sama. Paham?

Teng..!! Ni lah mentor mentee ku. Mentor mentee ini ibarat macam keluarga angkat kita lah. Yelah kan, jauh dari family masing2 so dengan ada mentor mentee ni at least terubat jugak lah rindu kat family 2. But honestly aku tak rapat sangat pown dengan mentee2 aku nie. Haha. Just cakap benda2 yang penting2 jer. Kalau nak lepak sama2 dengan diorang 2, rasanya terima kasih je lah ye. Haha. *saya taw saya sangat kejal dan tidak mengenang budi. Jangan kisah pasal saya! Fullstop!

Biasalah pompuan. Kalau tak da kerja nak buat bercakap bercakap dan bercakap. Masa nie kitorang tengah bercakap pasal kawan kitorang [budak lelaki nama tutt aka classmate aku] Masa jamuan ini dan masa pergi Sekayu dia tak join sekali sebab die balik rumah. Actually ada something happen kat dier. Org tuduh die buat something yang die tak buat. Kesian kat die sebab aku kenal die dari tahun lepas lagi. Dia ni seorang yang baik dan aku percaya die tak kan buat 'benda' tu. Benda apa? Hanya budak2 sekolah aku je yang tahu rahsia ini. Harap maaf! Saya tak nak malukan kawan saya 2.

Entah camana entah. Hari 2 warna ungu memang popular betol! Pandang sana, warna purple. Pandang sini warna ungu. Termasuklah cikgu aku yang kat tengah2 2 hah. Nama die Cikgu Fauzi, cikgu BM aka Cikgu Koko kitorang. Cikgu Fauzi ni pown sporting giler taw.

Ustaw Awang Dahan bin Jusoh. Kami budak2 Sester memang sayang sangat kat ustaz nie. Sebab die sangat2 lah baik, memahami jiwa remaja kami, sangat sporting, kelakar dan sangat2 cute! Die lah juga pembekal kad fon kat sekolah. Tanpa die, kami semua tak dapat nak call mak bapak kitorang. Tapi nak buat macam mana, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ustaz, kami kat Sester akan doakan ustaz di tempat baru. Kehadiran ustaz kami alu-alukan sentiasa. Kalau boleh Malam Perdana nanti ustaz datang boleh tak? Kami dah mula rindu dengan muka ustaz. Boleh ya ustaz?
Mood : Ustaz Awang?

You May Also Like

0 comments