Apa Yang Berlaku Semasa Aku di UiTM Dungun?

by - Friday, July 09, 2010



Assalamualaikum wbt !


Haaaaaaaaa ~ Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku dah lama giler tak on9 kan? Alamak weh ~ Aku memang nak on9 weh tapi aku tak ada broadband lah. Wifi ada tapi macam siput babiii jer =.=" Makanya dari dosa aku bertambah sebab mencarut tak tentu pasal, baik aku tak payah on9 kan? Haha :D


Entry ini sangat panjang. Lu cayalah sama gua ! :D



Minggu Destini Siswa. Itulah nama orientasi aku dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku. Pergh ~ Masa MDS ini, macam-macam benda yang berlaku. Korang nak apa? Cakap cepat! Semuanya adalah bai ~ :D Hehe


Mandi sekali sehari jer. Badan ini tak usah cakap lah ~ Memang panas dan melekit-lekit jer. Ya Allah ~ Fasi-fasi pulak ada yang garang, ada yang ok, ada yang baik, ada yang comel. Haha :D Pendek kata semuanya ada lah ~ Tapi Pudin jugaklah adalah Fasi yang baik dan sporting. Haha :D

Masa ini lepas Sembahyang Subuh. Masa ini memang bapak mengantuk ! Kau bayangkan, masuk dalam bilik dalam pukul 1 lebih, nak kemas-kemas beg lagi untuk esok hari, nak mandi lagi. Lepas tu bangun dalam pukul 3 lebih sebab 4.40 pagi dah kena berkumpul sebab nak Sembahyang Subuh berjemaah =.=" Mana tak ngantuknya bai


Oh ya ~ Sebelah kiri aku tu, roommate aku dari Selangor. Shamira Fatiha namanya. Dia ok. Kelakar pun ada jugak. Tiap kali balik bilik, mesti ada cerita kelakar yang die bawak =.=" Dan ayat yang selalu keluar dari mulut die adalah "Macam siooottttt jer !" Haha :D

Inilah Dewan Aspirasi atau lebih dikenali dengan DA. Bapak bestlah dewan nie sebab aircond die memang terbaiklah ~ Haha :D Dah lah sejuk, perut pulak kenyang sebab selalu masuk DA ni time lepas breakfast atau lunch, badan melekit-lekit, kepenatan yang tahap melampau menyebabkan peluang nak tidur memang tinggi lah ~ Hehe :D Seronok woo kalau dapat bawak katil, tilam dan bantal masuk ke DA nie. Haha :D


Memandangkan batch kitorang paling ramai iaitu dalam 2000 students, makanya kitorang gilir-gilir lah masuk DA nie. Contohnya kalau pagi kau dah masuk DA, petang tu pulak kau tak boleh masuk dah. Hehe :D Kalau DA dah penuh, terpaksalah kau duduk kat luar DA di bawah khemah yang panas sangat-sangat =.="


Tapi aku lagi best ! :D Bila ada akak OC suruh aku masuk DA waktu pagi, aku tak nak. Aku nak masuk waktu petang sebab waktu petang pukul 2 panas kat luar. Haha :D Waktu pagi tu kiranya macam ok lagi. Hehe :D Bijak tak? Haha :D


Disebabkan batch yang terlalu ramai, makanya macam-macam hal boleh berlaku. Gambar diatas diambil semasa pelajar siswi yang kena keracunan makanan diberikan air garam. Hailoh =.=" Masa ni pun perut aku tengah sakit taw tak. Tapi nasib baiklah tak teruk sangat. Hehe :D


Oh ya ~ Keracunan makanan ni Siswi je yang kena. Siswa tak kena sebab masa makan, siswa dan siswi diasingkan tempat makan. Siswa kat DA dan siswi pulak kat Cafe Perhentian. Siyes ~ Cafe tu agak kotorlah pada pandangan aku semasa MDS dijalankan =.=" Sabar je lah ~


Dan kebetulan pada hari yang sama jugak, ada histeria berlaku selepas Sembahyang Isyak. Aku dah syak sesuatu yang pelik dah masa tu tapi aku senyapkan je dulu tapi lama-lama 'benda' tu dah kacau kawan-kawan aku dah. Haihloh =.="

Aku rasa ini kes histeria yang ke 4 dah kot pernah aku alami. Bukan nak berlagak tapi kali ini aku dah boleh kontrol emosi aku supaya kuat agar 'benda' tu tak datang kepada kita

Semasa dalam Bangunan Intelek. Masa ini dah habis MDS dah. Jadi agak free lah rasanya. Hehe :D Masa ini tengah pening-pening kepala nak isi borang insentif makananlah, group kos kitoranglah, jadual kuliah kitorang lah ~ Memang peninglah ~ =.=" Al-maklumlah, 1st time cuba berdikari sendiri. Selalunya kan ada pengumuman kat sekolah. Hehe :D


Oklah. Kos aku ada 250 students dengan 58 orang daripadanya adalah pelajar lelaki. Kos aku adalah kedua tertinggi yang ramai bilangan students. Kami dibahagikan mengikut Group. Group ini ibarat macam classmate lah ~


Ada 6 group tak silap aku dalam kos aku. Setiap group pulak ada 42 pelajar. Tapi dengar-dengar cerita lah kan, Koordinator Program (KP) kos aku nak kurangkan jadi 30 orang dalam setiap group. Huhu. Tak taw lah betul ke tak =.=" KP ini adalah orang yang bertanggungjawab untuk handle sesuatu kos itu. Faham? Bagus ~ Teruskan membaca :)


Yeah ! Akhirnya aku dah berjaya menjadi pelajar UiTM Dungun dengan rasminya ! Haha :D Sebab apa? Sebab aku dah dapat Kad Matrix ! Hehe :D Suke doee ~ Lepas ini boleh lah keluar masuk keluar masuk U sesuka hati :D


Masa nak buat Kad Matrix ini, bapak lama kena beratur dan menunggu. Hailoh =.=" Inilah akibatnya kalau dah ramai sangat students sampai staff UiTM Dungun dah tak menang tangan. Huhu

Otak dah serabut maka kitorang pun pergilah pantai. Bangunan biru, kuning dan putih kat belakang tu adalah Kolej Duyung, kolej yang aku duduklah. Kolej ini masih baru lagi sebab baru je siap awal tahun ini. Makanya kamilah perasmi nya ! Haha :D


Satu bilik 4 orang. Guna katil double decker. Aku duduk bawah. Ada beranda tapi kecik jer. Tapi satu je yang tak best. Tak ada ampaian ! Nak sidai baju macam mana bai?! Last-last kitorang semua guna tali rafia.

Alamak ehh ~ Tali rafia manalah kukuh sangat weh ! Sekali kau letak baju kurung yang basah-basah, dah mengendur tali rafia tue =.=" Dah lah cuci baju pakai tangan je taw ~ Hebakk kan? Haha :D Guna washing machine boleh tapi kena ada duet syiling 50$ sekeping sebanyak RM2. Malas aku :D

Muka serabut sekejap =.=" Masa ini otak memang macam dah weng sangat-sangat sebab terpaksa fikir macam-macam hal pasal U ni. Itulah ~ Inilah ~ Lepas ini sibuk duk fikir pasal benda lain pulak. Ya Allah ~ Banyak nya benda yang nak kena fikir =.="

Hari Sabtu lepas aku dengan roommate aku dan yang lain-lain pergi Bandar. Sebenarnya aku sorang je yang nak beli HP ini. Alah ~ Murah jer ~ HP paling murah kot. RM85 jer.Tup tup rommate aku dengan member aku sorang lagi pun beli jugak. Haha :D Sehati sejiwa kot? Haha :D


Yang aku punya? Eh mestilah yang kanannnnnn sekali. Yang ada tulis '3 Messages Received' tue. Haha :D Untuk HP ini aku guna number Hotlink Youth Club. Hehe :D Bapak best woo guna HP ini sebab keypad die best! Haha :D Senang nak maen mesej. Ringan kecik dan simple. Tak payah guna HP yang mahal-mahal kalau menyakitkan hati kita je. Haha :D

Kebetulan pulak, ramai pulak kawan-kawan sekolah lama aku yang study sama-sama dengan aku kat UiTM Dungun nie. Hehe ;D Suka dowh dapat jumpa dengan diorang semua. Ada yang di Poli Dungun. Hehe :D


Yang kat atas ini Amer dan Eijo, classmate aku masa aku Form 2 dan Form 3. Bapak best dapat jumpa dengan diorang. Dah lama tueee tak jumpa. Hampir 3 tahun jugaklah. Macam-macam cerita keluar. Buat masa ini, budak 2 orang ni je yang aku dah jumpa. Yang lain-lain, belum ada masa lagi. Hehe :D


Aku rasa setakat tu je kot yang mampu aku cerita pasal UiTM Dungun. Hehe ;D Aku pun tak tahu kenapa momentum untuk aku menulis di blog ini dah berkurang. Huhu. Dah lah Nuffnag aku macam tak beroperasi dah. Agak sedih jugaklah tapi nak buat macam mana =.="


Dahlah ~ Aku nak chow. Oh ya ~ FYI 1st day class pun aku dah demam tahu tak. Tadi cek dengan doktor, demam aku dengan suhu 39.4. Ok ~ Agak tinggi tue =.="


Later update ! Tu pun kalau ada line :D

You May Also Like

28 comments