[Topik] Bila Dah Couple, Kawan-kawan Mula Dilupakan -.-
By Mysara Newrie - Thursday, March 31, 2011
Perghhhh ~ Tak ada sivik punya orang ! Dah lama tak update blog.
Ok fineeeeeeeeee. Aku nak update lah nie. Sabar sabar -.-
Sementara aku tengah free ni, aku rasa aku nak update blog aku nie. Dah lama giler aku tak update blog. Huhu. Sorry lah. Aku sibuk sangat-sangat dengan assignment, test dan quiz yang Maha Berlambak. Maaf lah yer. Ditambah lagi dengan line internet aku yang super slow. Sorry :)
See? Nampak tak apa yang aku nak sampaikan kat sini? Meh meh baca apa yang aku nak tulis nie :)
Aku paling tak suka bila kawan-kawan aku bila dah couple, dah mula lupa dekat aku dan kawan-kawan aku yang lain. Haaa ~ Korang yang baca entry aku ini yang ada sikap macam nie, tak payah jadi kawan aku. Haha :D
Kalau kau dah couple, couple je lah. Aku sebagai kawan kau mestilah akan happy sebab kau dah ada orang yang boleh jaga kau and teman kau 24 jam. Honestly dari hati aku yang jujur dan ikhlas suci murni ni, aku rasa happy bila kawan-kawan aku yang dah berpunya
Masalahnya, bila dah couple, mula lah lupa kat kawan-kawan yang suatu ketika dulu pernah lepak, makan and study sama-sama. Ni yang buat aku panas nie. Aku nak tanya sikit, ada ke peraturan yang mengatakan bila dah couple, kena lupakan kawan-kawan? Tak kan? Kalau ada, bak mai kat aku. Aku nak tengok
Aku bukannya apa. Couple tu belum tentu kau akan berkahwin dengan pasangan kau. Lainlah kalau kau dah bernikah dengan pasangan korang kan? Masa tu kenalah dengar nasihat husband/wife korang. Tapi ini setakat couple? Aku bukannya nak mendoakan benda-benda yang tak baik cuma kita mana tahu kan apa yang akan terjadi pada masa depan nanti.
Kita semua sendiri tahu yang sekali kita kawan, kita akan kawan sampai lah ke akhir nafas kita yang terakhir. Kawanlah orang yang akan bersama dengan kita time susah dan senang. Bukannya aku nak cakap couple kita tak ada dengan kita selalu, cuma prespektif kawan dan couple tu macam lain sikit.
Contohnya macam ni. Dengan pasangan korang, ada tak korang nak jadi gila-gila dengan buat something yang bodoh dan tak masuk akal macam kenakan orang ramai di pasar malam? Bukan aku nak cakap tak ada couple yang buat macam tu, cuma bila buat perbandingan, antara kawan-kawan dan couple, mana yang lagi best? Haaaaaaaaa ~ Jawab jawab !
Dah lah. Aku malas dah nak layan benda-benda yang kecik macam nie. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa bila ada kawan-kawan aku yang bila dah couple, mula dah tak nak kawan dengan aku dan kawan-kawan aku yang lain. Haih ~ Orang jenis apa macam nie? -.-
Kepada orang-orang yang macam nie, terima kasih kerana buat aku dan kawan-kawan aku macam nie. Kami cuma mampu mendoakan kebahagiaan korang semua. Tapi kalau ada apa-apa, jangan cari kami erk? Cari lah couple korang tuuuuuuuuuuuu ~
p/s : Kawan sampai mati weyhh ! :D