Kita Ada Tanggungjawab :)

by - Tuesday, August 07, 2012



 Assalamualaikum


Fuh ~ makin lama, aku rasa aku makin okay :) Alhamdulillah ~ tak ada lah aku nak nangis bagai macam dulu-dulu. So sekarang ni aku just rileks dan sabar je lah dengan apa yang bakal terjadi lepas-lepas nie :)


Lately ni aku rasa memang penat sikit lah sebab yelah ~ kita kan puasa lepas tu ke hulu hilir sebab nak settlekan beberapa assignment, test dan ada proposal lagi aku kena settle kan. Tak masuk lagi dengan kerja-kerja yang aku kena buat. So macam yelah ~ banyak lah kerja dan itu akan menjadikan aku busy :)


BTW aku tertarik lah dengan orang-orang di sekeliling aku yang kadang-kadang cakap "Kau ni busy lah Mai! Asyik busy je! Nak jumpa pun susah" FYI masa korang cakap macam tu, nampak je aku okay tapi dalam hati aku berasap jugak sebenarnya -__-




Sebab ini adalah tanggungjawab aku. Orang dah bagi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan sesuatu perkara dah tu, tak kan aku nak gunakan kepercayaan tue? Tak kan aku tak nak buat kerja tu dan anggap macam tak ada apa-apa? Tak kan aku nak buat bodoh je dan amik sikap tak kisah?


Tidak. Aku tak kan buat macam tu. Selagi aku rasa aku boleh buat, aku buat kerja-kerja yang aku buat tue. Dan disebabkan kerja-kerja yang banyak, aku jadi busy lah. Kadang-kadang meeting. Kadang-kadang kena buat assignment. Kadang-kadang kena buat itu ini. Dah tue? Sebab tu aku busy


Maaflah kawan-kawan. Bukan tak nak keluar dengan korang. Nak keluar sangat-sangat, nak lepak macam masa part 1 dulu-dulu. Rilekssss je all the time. Sekarang ni, masing-masing dah besar, dah ada tanggungjawab. So kenalah utamakan kerja-kerja dulu sebab itulah tanggungjawab :)


Kadang-kadang di sebabkan kerja-kerja yang ada, aku jadi stress sorang-sorang. Tambah-tambah lagi, aku ada masalah aku sendiri dan aku jarang sangat bukak masalah aku dengan orang. Sampai lah satu tahap tu, aku tak tahan, aku bercerita dengan kawan aku. Menangis jugak lah aku dengan dorang dan dorang pun menangis sama dengan aku. Terima kasih kawan :')


Apa yang aku boleh cakap adalah, semakin hari kita semakin ada banyak kerja dan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang pelajar, seorang kawan, seorang pemimpin dalam komuniti, seorang anak, seorang hamba Allah swt, seorang rakyat Malaysia. Semua tanggungjawab ni kita kenalah laksanakan even though kita penat sebab dah memang kewajiban kita. Once kita dah ada tanggungjawab dan kita tak laksanakannya, kita akan berdosa nanti.


Aku dah 20 tahun. Aku sedar lepas ni aku ada banyak lagi tanggungjawab yang aku kena pikul. Memang dalam hati aku ni aku dah parah dah tapi aku sabar je sebab aku pegang satu yang Allah swt tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya kalau Dia tahu hambaNya tak mampu nak hadapinya. Kawan aku pulak pesan, ada dugaan tu, adalah hikmahnya :)


Dah lah ~ dari aku duk mengarut lagi dekat sini, baik aku chow :) Aku ada siapkan entry baru untuk korang, tapi entry tu terlalu panjang dan penuh dengan gambar. Nanti dah siap edit bagai, aku publish eyh? :)



 

You May Also Like

0 comments