Mini Reunion at Besut :)

By Mysara Newrie - Monday, August 26, 2013

Assalamualaikum


Dah lama kauuuuu aku tak update blog. HAHA :D Dasar pemalas sebab sejak aku sampai rumah dari balik kampung haritu, lappy aku memanjang overheating so ke kliniklah jawabnya -.- Kesian kawan-kawan aku dekat Besut menanti entry aku nie HAHA :D


Kawan-kawan Besut?! Yezaaaaaaaa! Dulu aku pernah stay Besut 5 tahun you olls ~ Lepas pindah keluar dari Besut, terus aku macam tak jumpa langsung diorang nie. Mau dekat 6 tahun jugak HAHA :D Bukan sombong tapi memang tak ada masa.


So raya baru-baru ni, aku memang ada masa dan kebetulan ayah aku pun nak turun sana so hape lagiiiiiii meh lah kita turun ke Besut!


Sepanjang perjalanan tu, aku tak tidur langsung sebab aku nak tengok jalan dan kampung-kampung yang selalu aku tengok kalau on the way dari Kuala Terengganu-Besut. Dulu masa arwah tok aku sakit, selalu jugaklah aku dengan mak aku berulang alik so macam dah kiranya hafal dah jalan dekat area situ haha :D

Sekolah rendah Darjah 5 - Darjah 6 ; Sek Keb Tengku Mahmud
Dekat sekolah ni lah aku mula-mula masuk selepas pindah dari Port Dickson. HAHA :D Dekat sinilah aku berjaya dapat 5A dalam UPSR. Dekat sini lah macam-macam benda yang mengarut aku buat dulu dengan kawan-kawan aku. Mula-mula memang stress weyh duduk Besut sebab aku langsung tak faham apa diorang cakap sebab mostly diorang dah cakap Kelantan so yeah ~ Tapi lama-lama macam okay lah :) Oh ya, dekat sini lah aku slowly start pakai tudung, sampai sekarang :)


Nak cerita panjang pasal kenangan masa sekolah rendah tapiii takut korang bosan pulak haha :D

Form 1 - Form 4 ; Sek Men Keb Tengku Mahmud
Ya Allah ~ aku rasa sekolah di sinilah yang paling banyak benda lucu dan kelakar berlaku dalam life aku! HAHA :D Aku rasa tak ada pun masa ni aku nak sedih-sedih ke, nak hape ke. Aku banyak gelak ketawa je. Dekat sini aku dapat 8A PMR. Aku join band sekolah, choir. Aku join team majalah sekolah. Aku mengarut dengan kawan-kawan. HAHA :D Lawak lawak ~


Nak tulis lagi tapiii panjang sangat pulak dah nanti HAHA :D

Rumah lama :D

Rumah baru! :D
 Dekat Besut, aku duduk dekat Gong Kedak. Okayyyyyyyyyyyyy ~ sape yang tau, pandai-pandai lah fikir hokayy? HAHA :D Sebut je Gong Kedak, orang Besut memang tahu lah ~ HAHA :D Aku dulu stay rumah lama lepas tu baru pindah rumah baru.


Aku paling suka duduk rumah baru tue sebab sumpah best dan masyukkkkkkkkk! Sepanjang aku asyik berpindah randah nie, rumah baru ni lah yang paling best dan terbaik pernah aku stay :) Tapi kejap je kitorang stay rumah baru sebab lepas tu kena pindah ke Sabah bahh ~

Port lepak waktu petang HAHA :D
Dekat gambar atas ni adalah bus stop tapi tak guna sangat pun. So kitorang selalu guna bus stop ni untuk main Ice Water HAHA :D Sapa tahuuuu?! Weyh memanglah game dia biasa-biasa je tapi yang bestnya adalah bila main Ice Water tapi dengan syarat tak boleh keluar langsung dari bus stop tu. Bayangkan kalau kitorang mau dekat 10 orang main? Tak ke haru nak lari ke mana? HAHA :D


So cara nak selamatkan diri adalah kitorang akan panjat bus stop tue, baringlah, macam-macam cara nak selamatkan diri bila main Ice Water. Paling best kadang-kadang panjat sampai ke atas bumbung tau? Lepas tu masa ni lah macam-macam ragam yang dapat tengok. Lepas penat main, kitorang lepak sambil borak-borak atau makan ice cream HAHA: D #memories :)


After that, pergi office ayah aku, tengok runway then shoot terus pergi rumah Wiwin. HAHA :D Oh my ~ Dah bertahun jugak aku tak jumpa Wiwin nie. Mau dekat 6 7 tahun kott ~ Mula-mula jangkal lah jugak sebab dah lama tak jumpa tapi lepas tu okayy ~ HAHA :D


Masa aku dengan Wiwin duk syok berborak, sekali ada mau dekat 3 kereta berhenti depan rumah Wiwin. Sekali yang keluar dari kereta, semua kawan-kawan sekolah menengah aku! HAHA :D Weyh jumpa kawan-kawan sekolah menengah weyh! HAHA :D Sumpah seronok! Perangai masing-masing tetap maintainnnnnnnnnnnn macam masa dekat sekolah. Sengal je memasing haha :D

Kecoh kecoh -.-

Kawan sekolah menengah! :D
Kemudian, lepas je diorang balik, eh eh tak samapai dalam sejam lebih, ada pulak dalam 3 kereta kot datang HAHA :D Oh my God! Terharunya mereka semua datang. Kebetulan diorang pun sedang beraya dan alang-alang tu mari singgah rumah Wiwin sebab rumah Wiwin ada aku! HAHA :D 

The boys! :D
Classmates masa sek men, schoolamates dan kawan sek rendah :)
From left ; Apik, Ayyad, Mat Nor, Adzim, Eijo, Me, Amna, Farrah and Wiwin :)


Dengan dioranglah aku banyak mengarut dan buat benda giler masa sekolah HAHA :D
Abaikanlah muka aku tue. Panas terik masa nie -.-

Kawan sekolah rendah dan men :)
From left ; Amna, Pipoh, Aku, Wiwin dan Farrah :)
Apa yang bestnya dekat Besut adalah mostly kawan sekolah rendah aku adalah kawan sekolah menengah aku. So persahabatan tu lagi panjang. Lepas tu, even though kau lain-lain sekolah masa sekolah menengah, tak kisah sangat pun sebab kadang-kadang tu macam pusing-pusing balik, alih-ailh kenal dengan orang yang sama jugak :)


Besut ni daerah yang kecik je kalau nak difikirkan. So sebab tu kalau tak pernah satu sekolah pun, masih kenal jugak. Dalam hal nie, Farrah dan Pipoh ni tak pernah satu sekolah dengan Wiwin pun tapi kenal jugak sebab dah duduk satu daerah kan? Lepas tu Amna ni pulak bestfriend dengan Farrah, Pipoh dan Wiwin so lagilah buat diorang kenal :) 


I love Besut :) *tetiba HAHA :D

Cepatlah balik HAHA :D Masa ni sumpah kelakar sebab Apik nak balik cepat.
Alasan dia ; sebab ada game futsal tapi sebenarnya adalah jeng jeng jeng HAHA :D

Muka mat salleh nie ; Adzim, one of my bestfriend masa sekolah
Masa sekolah menengah dulu, aku selalu lepak dengan Adzim. Pantang cikgu tak ada dalam kelas, mesti kitorang lepak, duduk satu meja dan borak-borak. Buat benda-benda sengal haha :D Masa dia dapat tahu aku nak pindah, kitorang macam sedih jugaklah HAHA :D Hadoi ~ kenangan betul masa sekolah dulu. Sama kelas, rumah sukan pun sama. 


Aku ingat lagi dia ada text dekat aku "Kau ada something yang special Mai dalam diri kau" HAHAHA :D Lebih kurang macam tu lah ayat dia :p


After diorang balik, aku dan Wiwin bersama dua adiknya naik kereta ronda satu Kampung Raja HAHA :D Tak berani sangat nak pergi jauh sebab atas sebab-sebab tertentu heheheh :p Lepas tu layan dengan Rayyan dan Weena yang nak jalan-jalan hehe :)

Adik Wiwin ; Rayyan dan Weena :)
After Maghrib tue, barulah aku dengan Wiwin ada masa nak berborak panjang. Ya Allah macam-macam benda aku boleh borak dengna dia. Semua bendalah! HAHA :D FYI, Wiwin ni student law dekat UKM dan salah satu MPP UKM so banyaklah benda yang dia share dan cerita. Aku tanya dia pasal law, politik dekat Malaysia nie, pasal Perdana Menteri, pasal trip dia ke New York hari tue HAHA :D


Sampai sekarang, aku macam dahsyat jugak aku dengan Wiwin nie. Sebab mana mungkin dua orang perempuan bestfriends yang dah lama tak jumpa, boleh cakap pasal isu-isu semasa? Esp bab-bab benda macam nie. Sebab yelah ~ kalau orang lain mesti cakap pasal gossip, fesyen bagai haha :D


Lepas tu, dalam pukul 3 pagi boleh pulak aku makan maggi yang Wiwin masakkan HAHA :D Dalam duk syok makan lagi, boleh pulak makan cake sekali HAHA :D 


Esok harinya, aku dengan Wiwin pergi open house rumah kawan kitorang, Ayyad :) Ayyad ni kebetulan buat open house dan jemput kitorang dekat tweet HAHA :D Kitorang decidelah pergi sebab mana tahu kot kot kebetulan boleh jumpa dengan lebih ramai lagi kawan-kawan hehe :)


Tapi kitorang pergi awal sangat so macam kitorang adalah orang yang pertama sampai HAHA :D Tak lama lepas tu, baru lah yang lain sampai hehe :)

My high school friends :)
Masa tengah borak-borak nie, masing-masing gelak macam hape sebab buat lawak pasal vissa

Aiman : Aku buat visaa sajo tapi dok fly lagi
Ayyad : Bakpe wat vissanyo kalau dok fly?
Aiman : Aku fly tok lamo lagilah
Adzim : Takpo, buleh g oversea. G Golok, g Golok
Cheng : G Golok mane guna vissa!


HAHA :D Aku yang masa tu pasang telinga dorang duk berborak, tergelak besar sampai sakit perut aku. Hadoi ~ aku macam terbayangkan pergi Golok naik sampan tapi kena tunjuk vissa. HAHA :D


FYI, most of my friends dekat Besut ni semuanya hebat-hebat belaka. Ayyad ni tak silap aku hari ni fly balik Russia. Aiman tu tak lama nanti nak fly jugak tue. Mat Nor dekat UIA Kuantan, Adzim IPG amik Tesl. Macam tu lah ~ 


With my bestfriend, Wiwin :)
Wiwin ni ada kembar tau? Kitorang panggil dia Amey tapi masa hari aku sampai ke Besut, dia dah on the balik ke U dia sebab dah start kelas. Heheh :) Sekali imbas memang tengok Wiwin dan Amey sama je muka dia tapi bila dah kenal dan expert HAHA :D Kitorang dah boleh bezakan dah heheheh


After that, Wiwin dan maknya hantar aku ke stesen bas Jerteh dan tunggu bas. Bapak lama weyh tunggu bas! Mau dekat sejam! Nak maroh aku HAHA :D Tapi nasib baik ada Weena dan Rayyan. Layankan diorang je lah. Lepas tu makan Sugus ramai-ramai dalam kereta HAHA :D

Peace yaww! :D
Sebenarnyakan mula-mula jumpa diorang semua, aku jad macam awkward giler sebab aku tak faham apa yang diorang cakap dan aku tak tahu nak cakap Klate macam mana HAHAHAHA :D Sebab diorang ni cakap memang dah pekat dah sedangkan aku dah lama tinggalkan ckp Klate nie. HAHA :D

So mula-mula tu aku macam blur-blur lepas tu aku macam ahh pedulikan je lah ~ HAHA :D Aku cakap macam biasa je dan suddenly Wanie cakap "Mai, kuat mu kecek Ganung lening" HAHA :D

Nananannanana Ganung kiterr :)


     

  • Share:

You Might Also Like

0 comments