Perlu Ke Nak Upload Gambar Harta-Benda?

By Mysara Newrie - Saturday, August 03, 2013

Assalamualaikum


Ehem ehem ~ wah dah macam rancak pulak aku nak update blog sekarang nie. HAHA :D Bagus bagus, sementara aku tengah cuti dan line tengah laju nie, moh ler kita buat something yang bermanfaat hehe


Tadi kan, tadi lah ~ masa dalam kereta aku macam terlintas something dalam otak aku. Pasal something yang aku macam "Haih ~ yang ni pun nak tunjuk kan jugak ker?" Haaa amenda?



Okaylah, sekarang ni kan aku rasa macam dah jadi trend semua rakyat Malaysia, yes, rakyat Malaysia untuk upload gambar. HAHA :D Eh tak habis cakap lagi ayat aku nie. Trend upload gambar harta benda sendiri! Fuh ~ amik kau ~ haha :D


Dulu trend upload gambar makanan. Okaylah ~ aku boleh terima sebab yelah kadang-kadang kita pun dalam mencari-cari tempat makan yang sedap dan best kan so bila ada orang upload gambar, kita pun "wah wah dekat mana nie? Jom lah nanti kita pergi!" 


See, dekat sini adalah jugak benefits yang kita boleh nak share dengan kawan-kawan dengan upload gambar makanan walaupunnnnnnnnnnn orang yang tengok gambar makanan tu macam telan air liur tengok dan walaupunnnnnnn dalam surat khabar cakap orang yang upload gambar makanan ni adalah orang yang sakit mental. Wallhualam. Tapi make sure gambar makanan tu something yang berbaloi lah, jangan lah gambar air suam or nasi putih pun nak upload jugak -.-


Tapi sekarang ni kan, aku rasa macam dah bertukar trend di mana hmm ~ orang upload gambar harta benda sendiri yang aku rasa macam "err perlu ker?" Okay contoh, kau upload gambar rumah kau, gambar duit, gambar kereta or gambar apa-apa sahaja yang kita rasa macam "wah kayanya kau!" 

Kalau boleh, setiap sudut rumah nak amik gambar -.-

Okay dont get me wrong about this. Macam ni, aku tak kisah pun korang nak upload. Tapi kadang-kadang kalau dah melampau sangat aku rasa macam errr macam menunjuk pun ada. Sebab kita semua tahu yang kau mampu untuk mendapat semua tue so aku rasa no need nak upload gambar macam tue. Sebab yes, we all know that you are capable to have all this


Plus, kalau korang upload gambar harta-benda kan, bukan ke benda tu macam ibaratnya macam bagi peluang kepada orang ramai untuk macam mengambil kesempatan atas kau? Macam hmm bagi peluang kepada orang untuk merompan dan mencuri kau? Sebab yelah ~ korang duk upload sangat gambar duit, rumah dan kereta so macam benda tu sebagai hint untuk orang ramai "Oh rompaklah aku, curilah duit aku" HAHA :D 


Malaysians, kita semua tahu sekarang ni masing-masing dah berkemampuan untuk beli apa sahaja yang kita nak. Taip sometimes, aku rasa kadang-kadang tak payah lah kot. Macam setiap gambar nak tunjuk "Oh ini kereta baru saya, ini rumah baru saya" Kalau nak sangat tunjuk dekat orang ramai dan kawan-kawan, jemput lah kitorang pergi open house raya nanti! HAHA :D Ada makan-makan, kitorang amik dan upload gambar. Kitorang siap boleh tengok rumah dan kereta awak semua live depan mata lagi! HAHA :D Kitorang perut berisi, tuan rumah puas hati. Ah gitu ~


Lagipun, kalau share gambar makanan, kitorang boleh lah pergi ke tempat makan tu bila-bila masa. Tapi kalau upload gambar rumah dan kereta? Awak nak bagi kitorang stay rumah awak ker? Awak nak kasi kitorang pinjam kereta awak ker? HAHA :D Tak kan? Eh tapi lainlah kalau upload gambar kereta dan rumah tu untuk tujuan bisness macam homestay atau perkhidmatan sewa kereta kan? Benda ni takpelah, kita boleh consider :)


Aku cakap ni sebab benda ni dah lama betul terlintas dalam otak aku. Aku bukan jeles ke apa cuma kadang-kadang tu macam tak payah lah. Nak upload sekali sekala, aku boleh terima tapi kalau dah macam every minute kan, kadang-kadang macam meluat pun ada. Macam kau nak menunjuk-nunjuk pun ada. So better tak payah. Sekali sekala, okay? Bukan selalu



Aku pun pernah jugak upload gambar yang macam tu dulu dan sekarang tapi lepas lama-lama, kita boleh fikir sendiri lah benda nie. Macam its common sense babe! So gunakan otak dan fikir. Cuba letak diri kita kepada orang yagn akan tengok apa yang kita upload. Dari situ kita boleh tengok benda tu macam annoying ataupun tak. Always think what people gonna say to us


Benda ni terpulang kepada personal masing-masing. Aku percaya pasti korang akan cakap "Lah IG dia! Lantak dialah nak upload pape pun!" Ya, memang IG dia tapi kang kalau kena rompak, kena curi ; kita sebagai kawan-kawan dia, takkan nak berdiam diri kan? Sebab sooner or later, orang tu akan mintak tolong kita dan kalau tak pun, kita mesti atleast nak tolong dia kan? Better to make precaution than cure the illness, gituu ~


Aku just cakap benda ni secara general okay? Sebab benda ni terlintas masa dalam kereta aku nak pergi bazaar petang semalam HAHA :D So macam yeah, tulis dekat blog dan eh eh eh eh dekat tweet pun aku terlepas jugak sebab dah macam tak tahan sangat HAHA :D

Hmm yang kedua

Hmm ~



 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments