Otak Aku Adalah Pejabat Paling Sibuk Di Dunia

By Mysara Newrie - Tuesday, November 17, 2015

Assalamualaikum


Mood : Sang Penikam - Noh Salleh


Mungkin ini akan menjadi emosi, mungkin tidak. Tapi harapan aku tidak lah ye? *senyum


Pada tahap ini, aku sangat penat. Penat dan tak larat. Aku penat sebenarnya untuk selalu be positive, be cool. Ada sahaja masalah yang datang, yang datang, eh eh bertimpa-timpa pulak tue. Belum settle yang ini, yang itu datang. Dah settle yang itu, eh eh yang ini datang lagi


Semua benda macam too much kot? Entahlah aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Salah diri aku sendiri ke yang tak pandai nak handle dan settlekan everything? Salah aku ke sebab aku yang keep on overthinking? Salah ke?


Setiap kali apa apa yang berlaku, aku selalu cakap "Eh benda boleh settle ni!" Sebab aku rasa benda tu ibarat semangat yang aku cuba untuk terapkan dalam diri supaya aku macam yeah, lebih bersemangat. Tapi kan, aku pun manusia biasa jugak kan?


Tadi aku macam sampai tahap blur sangat-sangat. Tak tahu apa nak buat. Kelam kabut. Ribut terus dalam otak aku. Hati aku apatah lagi, terus hancur berkecai. Benda kecik je tapi bila benda kecik tu dah datang banyak kali, lama-lama mesti jadi besar kan?


Tadi, aku terus duduk dan termenung tepi katil. Tak tahu nak buat apa. Nak mandi, tak nak. Nak tidur, tak nak. Nak makan, tak nak. Nak cakap, tak nak. Blur. Aku macam lost. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni, aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang nie. Even kalau aku luahkan dekat kawan-kawan, dekat adik aku - seems to be nothing works on me. 


For just once, sekali jee aku cuma harap ada orang atau benda yang boleh bagi aku semangat. Aku tak pernah rasa putus asa, tak pernah rasa dan pantang dengan perkataan give up tapi kali ini, aku rasa macam benda tu selalu je main-main dalam otak aku. Ya Allah, aku tak nak give up. Aku nak teruskan apa yang aku dah mulakan nie


Aku rasa macam nak terbang. Nak lari kejappp je. Nak bawak diri jauh-jauh. Nak lepaskan apa yang aku rasa sekarang nie. Sebab aku dah penat lah sebenarnya. Aku rasa kena pause kejap dari semua ni. Lepas tu datang balik dengan semangat baru, dengan benda baru dan idea-idea baru yang boleh settlekan semuanyaaa dengan cemerlang. Aku rindu nak jadi diri aku yang dulu


Mysara kena kuat! Tak boleh lemah semangat macam nie! Kena kuat dan kena kuat! Ingat, kena kuatttt! Tak boleh nak cengeng sangat! 


Allah, bantu aku 


 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments