Assalamualaikum
OMG Im so excited nak ceritakan dekat blog pasal vacation kitorang dekat Port Dickson so semalam lepas dah settle copy semua gambar, now its the timeeeeeeeeeeeeee! :D Cepat excited dengan aku cepat, kalau tak ; tak payah baca lol
Well. Vacation ni dah plan lama dah dan untuk mengumpulkan semua orang dalam satu-satu masa adalah sangatttttttttt susah sebenarnya! Dah lah kitorang ada berbelas-belas orang, ada yang dah bekerja dan berkahwin, komitmen dengan keluarga lagi, dengan kerja dan assignment dan juga dengan dissertation tapiiiiiiiiiiii Alhamdulillah we all managed to free our time for this vacation! :D
Sabtu 2 April pukul 10 pagi semua orang dah siaps-siap dan pukul 12.30 tengahari macam tu kitorang mula bergerak ke Port Dickson. Aku, Aten, Tirah dan Alep satu kereta. Iman, Anas, Echa dan Khalis satu kereta. Ahmad dan Nini gerak dari Cheras. Naim pulak gerak dari Sepang.
Sampai je dekat Seri Sutera Homestay, kitorang terussssssss mulakan gerak kerja memasak! Aku cuma tolong-tolong kemas je. Anas buat perapan ayam untuk BBQ kitorang malam tue, Iman buattttt kentang guna perapan BBQ, Echa pulak buat spagetti. Aku, Tirah dan Aten cuma tolong-tolong je lah yang mana patut. Sambil-sambil tu Khalis sibuk buat games dia untuk malam tue. Tak lama lepas tu Naim, Ahmad dan Nini pun datang.
Masak-masak timeeeeeeee! |
Finallyyyyyyyyyyyyyyy kitorang satu geng #ChaYaNunAlifBa dapat berkumpul sama-sama kecuali Miza je lah sebab tak dapat join kitorang. After so long, finally dapat pun kumpul semua orang dan ianya adalah satu perasaan yang sangat best! Yelahhh ~ tahun lepas kitorang selalu lepak sama-sama sebab buat SPSS tapi sekarang ni sangat susah nak jumpa huhu
Around 6.20 petang macam tue, kitorang pun pergi pantai sebab nak mandi HAHAHAH Masa ni memang dah terfikir konfem kejap je dapat mandi tapi ahh lantak lahh ~ bestnyaaaaaaaa weyh dapat mandi pantai! Dah lah dengan semua kawan-kawan ada, sambil gelak-gelak lagiii hahhaha Kebetulan petang tu, ombak sangat kuat. Maybe sebab dah lewat petang kot. Lepas tu around 7.30 kitorang pun balik ke homestay kitorang
Kamiii :D |
Before mandi, selfie duluuu hihihi |
The boys |
The girls kecuali Miza |
Sampai-sampai jeee dekat homestay, kitorang tengok Qiqi, owner Seri Sutera Homestay, Port Dickson dah set up semua tempat BBQ, kerusi meja pinggan mangkuk. Fuh, memang terbaik dan highly recommended! So siapa yang nak contact number homestay ni, dekat hujung entry nanti aku bagi okay :D
Memandangkan budak lelaki tak mandi pantai, lepas Maghrib diorang pun startlah bakar-bakar ayam sedangkan kitorang yang perempuan ni sibukkk duk berebut bilik air sebab nak mandi hahhahaha Bestnyaaaaaaaa malam tu sebab kitorang sama-sama bakar ayam, buat air sambil goreng-goreng kentang perapan yang tak jadi nak bakar sebab tak beli aluminium foil, amik-amik gambar hahahhaa So around pukul 9 malam tu, kitorang pun dah start makan! Yang paling best, semua makanan sangat best! Perapan ayam BBQ Anas adalah sangat sedappppppppp!
Terima kasih korang sebab tolong bakarkan ayam! :D |
Bakar ayam pun kena amik gambar tau |
Tunggu ayam siap dibakar |
Its BBQ timeeeeeeee! Aku tak ada sebab aku yang amik gambar -.- |
Lepas dah makan, kitorang nak main games muehehehheehe so masing-masing decide p tukar baju #ChaYaNunAlifBa and here we go! Iman yang design baju ni and paling best, dekat baju ni ada gambar / simbol yang melambangkan identiti setiap dari kitorang hihihi So lepas dah gerak ke pantai yang dituju tu, malangnya pantai tu ramai giler orang -.- Yelah, pergi on weekend kann? Memanglah ramai orang heheheh So end up p lepak dekat pantai dekat-dekat dengan Pantai Saujana
Get ready nak p cari pantai untuk main games! |
Dalam proses nak cari port nak main games hihihi |
So kitorang main games yang dibuat oleh Khalis. Hahahah best giler game dia sebab Khalis buat games ala-ala Running Man, siap ada tag nama lagi dekat belakang hahahhaha Lepas dah penat main games, kitorang busking wiwiwiiwwi Khalis main gitar and kitorang pun menyanyii di bawah sinaran lampu, bawah langit, bunyi ombak dan pasir pantai yang sangat sejuk! Sedar tak sedar eh eh dah pukul 3.30 pagi weyh T______T Lama giler kitorang lepak masa tue hahhahaha
Yes. Gunalah MiracleMH Serum untuk kulit muka yang sebegini hahaha IG : @serumforyou |
From left ; Echa, me, Nini, Ahmad and Anas :) |
"We fit each other differences" - Anas |
So balik homestay dan nak tidur. Tapi biasalah, bila dah ramai-ramai ; memang tak menjadinya nak tidur sebab dah kecoh macam apa. Bayangkanlahhhh, pukul 7 pagi nak pergi mandi pantai sebab diorang nak main speed boat tapi pukul 5 pagi duk ketuk-ketuk pintu mintak bantal dan tilam -.- Dah guane macam tue? Hahahha
So esok paginyaaaaaaaaaaaaaaa, masing-masing bangun lewat tapi memang nekad nak mandi pantai hahhahaha Tapi before kita mandi pantai, kita p makan dulu! Kebetulan pulak, Apit datang dari Melaka untuk berjumpa dengan buah hatinya, Echa Sawal ni hahhahahah So makin ramailah group kami iaitu 12 orang :) So kami makan dekat Cowboy ayam bakar eyh, yang dekat area PD Marina World tu hihihi Sedap ayam bakar dia tapi pedas weyh!
Kenyang perut suka hati! |
Gambar lagi selepas makan |
So lepas makan, mariiiiiiiiiiiii kita p mandi pantai! Perghhh ~ Bayangkanlahhh kitorang nak mandi jam 12.00 tengahari di Port Dickson dengan cuaca El Nino yang panas nie hahahhaa pasir pantai sangat panas sampai rasa nak terbakar kaki nie hahhahaa Kitorang sampai je dekat situ, abang Banana Boat approach kitorang dan bagi harga murah untuk naik Banana Boat.
Bagai pucuk di cita ulam mendatang, so apa lagiii! Memang semua excited giler nak naik Banana Boat. Cuma aku, Echa dan Apit je yang naik speed boat so kitorang boleh tolong amik gambar diorang main hahahhahahah Seronok weyhhhhhhhhhhhhhh masa nie hahahhaa Dah tak kisah dah cuaca panas masa tu asalkan dapat main air :D
Excited yeee memasing nak naik Banana Boat :D |
Jam 12.00 tengahari di Port Dickson hahahha |
Detik sebelum muka masing-masing sunburn teruk! |
Atas speedboat pun nak berdiva AA HAHAHAHA |
Tu tuuu ~ diorang duk dekat atas Banana Boat |
Saat-saat lepas jatuh dari Banana Boat hahahha |
Lepas tu diorang main apa entah, aku lupa games apa. Diorang semua mandi kecuali aku. Aku memang tak nak mandi sebab tak tahu sebab apa. Tak ada mood? Macam nak demam? Entahlah. Yang pasti aku berdebar giler masa naik speedboat tue hahhahaha So aku lah yang kena menjaga barang-barang diorang semua
Diorang main benda ni, aku tak tahu apa nama dia hahahhaa |
Around 2.30 petang macam tue, diorang naik dan mula mandi-mandi. Lepas dah siap bilas-bilas semua, kitorang pun gerak makan cendol dulu sebab nak alas perut! Lega weyh dapat makan benda sejuk-sejuk di cuaca yang panas sekarang nie.
Cendol timeeeeeeee! |
Lepas makan cendol, meh kita gerak ke Seremban! HAHAHAHA Sebab apa? Sebab nak makan dekat Oriental Park. Iman cakap butter chicken dia sangat sedap. Okay okayy ~ memang sedap weyh. Nasi goreng sambal dia pun sedap giler. Kenapalahhhhhhhhhhh aku tak pernah tahu pasal kewujudan kedai makan ni masa aku belajar dekat UiTM Seremban dulu? -.- Oh ya, kitorang sempat singgah dekat UITM Seremban 3 kejap sebab nak pergi ATM hahahhahahah
So lepas makan, kitorang pun gerak balik ke Shah Alam. Thank you Ahmad dan Nini sebab hantar aku and Aten balik! Alhamdulillah ~ masing-masing selamat sampai ke destinasi masing-masing.
To be honest, rasa happy giler dapat kumpul semua member #ChaYaNunAlifBa termasuk dengan Alep dan Apit yang sudi jugak join kitorang hihihi Best giler. Rasa tak puas pun ada jugak! Hahahah nak vacation dengan korang lagiiiiii! Korang, thank you so much for another memories that we created!
Sekarang ni, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang tengah struggle macam mana nak hilangkan sunburn kitorang yang sangat teruk! Hahahahah even aku yang tak mandi ni pun sunburn tau! So jawabnyaaa hariharilah kena sapu aloe vera dekat muka dan badan hahahhaha
Gais, jom plan next trip? ;)
Whatsapp from Qiqi :) |
Oh ya, kepada sesiapa yang nak cari homestay murah, tempat perfect dan selesa, boleh contact Aqilah Ashari atau Qiqi di IG dia ; SeriSuteraHomestay. Korang boleh whatsapp dia untuk tau bila tarikh yang available okay :) Konfem puas hati dengan services dan homestay dia. Jangan lupaaa mention blog aku bila deal dengan Qiqi ye :)
0 comments