Apa Nak Buat Kalau HP Kau Hilang?

By Mysara Newrie - Sunday, February 05, 2017

Assalamualaikum wbt

Hanya orang yang pernah hilang handphone sahaja mengerti perasaan orang yang hilang handphone


Gitoh kauu  ~ ayat pembukaan edisi entry kali ni hahhaa


Al kisahnya, aku ni dah dua kali handphone hilang. 1st sebab hp masuk jamban dan 2nd hp memang betul-betul kena curi. Tapi yang paling perit masa 1st time hilang tu lah ~ Dah lah first time kena, hp masuk jamban sebab salah sendiri pulak tue so nak marah dekat sapeee kalau bukan dekat diri sendiri kan?


Yang paling perit pulak, kes hp hilang masuk jamban tu berlaku lagi 2 hari nak final exam Ethics -.- Dah lah masa tu aku cerita dekat kawan-kawan aku, pakat semua gelakkan aku hahhahaha yelah ~ benda ni kelakar sebenarnya hahahha Masa 2nd time hp hilang pulak berlaku kurang dari 24 jam nak VIVA untuk Master aku. Kau ghassseeee? Malam tu aku memang paksa otak aku untuk fokus dengan VIVA je dan tidak berfikir langsung pasal hp aku -.- Dah lah hp aku tu kena curi dalam masa kurang 6 bulan dari kes pertama aku yang hp masuk jamban tu.

Nasib baik HP hilang masa tengah study -- so tak adalah fikir sangat pasal
kehilangan HP tue hahahhaha
Dalam gambar -- kenangan HP yang kena curi tue Y.Y

Okay, pape pun ; benda dah nak jadi kan? So kena redha. Yang penting nyawa kau terselamat, tu je. Okay back to the topic! What to do when you lost your phone?



1st . Dont panic

Bila kau panik, kau mula gelabah ayam which is tak elok sebab masa tu otak kau memang tengah serabut. Cuba duduk diam, jangan gelabah dan tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Masa tu kau paksa otak kau untuk bertenang dan cuba fikir dengan baik


Cuba cari betul-betul hp kau tu. Kot kot terselit celah beg ke, seluar ke, kereta ke. Kita mana tahu kan? Kadang-kadang hp tu ada jeeee tapi disebabkan kau tengah panik, kau akan tend untuk takkan jumpa. Minda kau tengah tak sedar. Nopeee, you shouldnt okay?


Kalau dah jumpa, yaa Alhamdulillah. Kalau tak jumpa, sila baca yang seterusnya



2nd. Cuba ingat balik tempat-tempat yang anda dah pergi sebelum ni

Kadang-kadang tempat yang pernah kita pergi before kita sedar hp kita hilang ada tendency untuk hp kita ada. Tapi tak tinggi peratusnya, around dalam 30% je so kau jangan nak mengharap sangat. Kalau nasib kau baik, mungkin ada orang yang tolong simpankan hp kau "Akak, tadi akak tertinggal hp akak. Saya simpan dulu. Nasib baik akak datang balik" Well ~ mari kita berdoa agar kita dipertemukan manusia-manusia murni yang macam ni :)

Tapiiiiiiii kalau tak jumpa, kau kena buat step di bawah nie



3rd. Redha dalam keterpaksaan

Bukan nak cakap la, tapi selalunya bila melibatkan kes-kes hp hilang nie esp kalau macam dekat shopping mall ke, memang sorry to say ; youve to let it go *efek guruh*. Susah nak detect dengan keadaan orang yang ramai dan entah sesape entah yang kau dah jumpa. Lainlah kalau kau yakin hp tu hilang di restoran ke, itu boleh bincang baik-baik dengan owner kedai tue kan. Kita mana tahu, wallahualam


Habis tu bila dah redha nak buat apa? Takkan nangis?


Bangun. Kau ada kerja nak kena buat kalau kau sedar hp kau dah hilang



4rd. Block everything

Untuk Samsung, aku rasa hp jenis ni memang dah auto untuk jadikan Android Device Manager sebagai admin hp kita. Kalau hp kau hilang, cepat cepat kau p Google dan taip 'Android Devive Manager' dan tekan dekat 1st link yang keluar tue


Kalau nasib kau baik, hp kau masih di on oleh pencuri, kau boleh detect hp kau dekat mana, dengan syarat hp kau tue kena turn on location laa. Kalau tak, memang tak dapat detect. So dari sini, kau boleh cek dekat mana hp kau dah di bawa and maybeee sempat kau kejar? Hihihi


Dalam masa yang sama, kau boleh tekan butang 'Ring' . Hp kau akan ringinggg jeeee tanpa henti. Pencuri hp mana tahu so dia akan panik lah kot kalau dah hp duk ringing  tapi dia tak reti nak off kan hahahahha Padan muka kau pencuri!


Lepas tu, kalau semuanya yang aku dah cakap dekat atas nie kau dah buat tapi masih tak berjaya ; please cepat cepat kau tekan butang 'Erase' iaitu dia akan buang semua data-data dalam hp kau. Kita mana tahu kann kot kot kalau kita tersave num pin atm ke, password cimbclicks ke kann so benda-benda ni haruslah kita padamkan cepat-cepat


Lepas dah 'Erase', kau pun boleh terus 'Lock' hp kau dengan tekan je butanggg dekat website tue. Bila dah lock, habis hp kau kena format baru. Masa ni kau tak payah nak risau dah pasal gambar selfiee free hair kau ke, password FB ke apa sebab masa ni hp kau dah memang kosong.


Ingat, data-data yang kita simpan dalam hp tu penting so kita seboleh-bolehnyaa elakkan ianya jadi viral lepas nie, okay?


Kalau untuk Apple pulak, kau boleh p mana-mana Machines atau buat sendiri dekat rumah dengan log in iTunes kau dengan guna lappy and sign in AppleID kau dan tekan butang 'Find Iphone' eyh? Lupa entah tapi tekan butang yang ada gambar radar warna hijau tueee. Alaa p lah cek iphone korang sekarang hahahhaha


Masa ni, kau tekan butang apa entah ; aku lupa sebenarnyaaa tapi yang pasti ada butang 'Lost' and kau boleh masukkan phone number sesape yang terdekat dengan kau untuk senang kot-kot sesapeee terjumpa so boleh hubungi number tu and pulangkan hp


Dalam masa yang sama, kau boleh jugak 'Lock' hp kau dan pencuri tu takkan dapat buat apa-apa pun. Sebab kalau hp tu dah di lock dan dia bawak hp tu ke Machines atau mana-mana Apple Store untuk bukak, konfemm orang Apple akan tahu tu hp curi sebab pencuri tak tahu AppleID kau kann?


Well ~ thanks to me



5th. Buat simcard baru

Sekarang ni tak macam dulu tau. Kau boleh dapatkan simcard yang baru dengan nombor yang sama. Yes, senang kan? Hahahha So tak payahlah nak whatsapp semua orang and cakap "Hai saya guna nombor ni. Nombor lama tak guna sebab dah kena curi, lol!"


Kalau Celcom, kau pergi je mana-mana Celcom Centre, bagi IC and kena bayar RM 10 and there it goes, your new simcard with old number! Kalau selain celcom, aku tak tahu heheheh



Extra Tips untuk semua!

Tolonglah rajin backup whatsapp kau, atleast dalam seminggu sekali ke. Kita tak tahu apa akan jadi kann so bila dah backup, atleast kita boleh selamatkan conversation kita, esp kalau melibatkan hal-hal kerja. Kalau whatsapp dengan buah hati boleh save, apatah lagi whatsapp dengan kawan-kawan kan, gitohh ~


Kalau dah backup whatsapp, kau masih akan dapat number kawan-kawan kau sebab whatsapp akan automatik keluar semua group yang kau ada dengan number kau tue. So dah kira senang lah kerja kau dekat situ sebab takpayah nak mintak balik number semua orang kan?


Tolonglah link kan hp anda dengan email, Dropbox, iTunes atau apa-apa je lah. Sebab ini demi keselamatan kau. Walaupun hp kau dah hilang, tapi data-data, gambar etc kau masih selamat sebab kau dah backup. Please, back up tau! Biar hp hilang asalkan data penting tu masih selamat lagi.


Yeah ~ aku rasa tu je lah kot yang boleh aku share dengan korang :) Sebenarnyaaa aku tak tahu nak tulis apa di blog so why not aku tulis pasal pengalaman aku sendiri masa kes HP aku hilang kan? Mana tahu ~ dapat tolong korang kan? Hehehe


Sharelah entry ni kalau rasanya ia bermanfaat untuk kau dan orang lain! :D


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



  • Share:

You Might Also Like

0 comments