Assalamualaikum wbt
Why its a wedding series? Because its mysaranewrie coming to their wedding!
So bila dah meningkat usia ini, makanya FB aku penuh dengan events dan invitations dari kawan-kawan aku untuk ke wedding mereka. Mana-mana yang rapat dan dekat aku akan usaha juga untuk pergi :) Selain dari meraikan majlis kawan-kawan, dapat jumpaaa dengan kawan-kawan pun ye jugak weyh! Hahahha
Kadang-kadang kan, aku pernah lepak dari jam 12 sampai 4 petang semata-mata nak tunggu kawan sampai dah bila dah sampai, weh berborak tak hengat dunia. Boleh pulak makan sampai 2 kali round weyh Y.Y Punyalah kann seronok jumpa kawan-kawan lama
Now I know kenapa orang tak ramai buat reunion. Sebab dah tahu boleh jumpa kawan-kawan dekat majlis kahwin! Hehehe
So lets recap on beberapa majlis perkahwinan kawan-kawan aku yang pernah aku pergi :)
1) Wedding Amey & Nuar
Amey ni kawan aku dari sekolah menengah lagi dekat Besut. Dia ni ada kembar, kembar dia tu lah yang rapat dengan aku. Selalu ajak jumpa tapi susah benor nak cari masa free hahah So bila dah wedding kembarnya, haruslah aku pergi :)
Diorang berdualah yang bertanggungjawab heret aku masuk pancaragam dan ajar aku main tenor saxesphone hhihihi weyh mana entah gambar zaman sekolah menengah dulu Y.Y Tak tahu dalam laptop yang mana huhu
Tahniah Amey dan Nuar :) Comel sangat korang tau! Hahaha
Aaaa backlight! |
Kawan-kawan satu sekolah dulu ni :) |
Ahahaha terima kasih untuk mereka berdua ni sebab teman! |
Haa yang sebelah tu kembar Amey, Wiwin :) Actually ni semua nama panggilan je tahu haha |
Tahniah Amey dan Nuar :) |
Lepas wedding Amey, kita terus pergi rumah Kak Ayu sebab Kak Ayu ada buat Open House Rayaaaaaaaa hehehe |
2) Wedding Farah & Pejal
Alhamdulillah, inilah wedding paling aku nantikan dan terus macam "Okay aku kena pergi jugak wedding Farah Pejal!" Sebab dulu zaman Diploma, ada jugak aku meneman diorangp dating! Hahah lari dari pakguard sama-samalah dengan plastik Pok Eng Tin kiri kanan, duduk lepak bawah pokok tepi pantai lah hahah So haruslah kena pergi kan :)
So aku dengan Angie gigih laaaa naik LRT untuk ke TBS yang sebenarnyaaaaaaaaaa kitorang dah tersalah LRT HAHAHHA So haruslah berpatah balik dengan masa tu dah jam 9.30 and bas kitorang jam 10 malam. Wehhh ~ tapi sebenarnya bas sampai pukul 11 malam okay! Penat tau aku lari-lari dalam TBS cari makanan sebab lepas je habis kerja hari Jumaat, terus siap-siap nak naik bas pulak so mana sempat nak makan T.T
Naik bas? Yesss. Aku dengan Angie pergi wedding Farah and Pejal naik bas hahahha Gigih tak kitorang? :) Kitorang tumpang tidur rumah pakcik dan makcik Angie dekat Felda Keratong tue :)
Hmm syok berborak dalam LRT akhirnya melepas stesen! hahha |
Pakai mask dalam bas HAHAHHAHA Acah-acah nak muka berseri sebelum p wedding Farah lah katakannnnnnn hahaha |
The bridesmaids! |
Pengantin baru nak makan tue hehe |
So kami bergambar dulu! hahhha |
Selfie ramai-ramai bersama arwah Ashrool |
Selamat Pengantin Baru Farah & Pejal :) Sayang Farah! hahahha Pejal? Farah je lah yang tolong sayangkan HAHAHA |
3) Wedding Fatin Liyana & Hilmi
Bortakk Ayerm Fatin saya dah kahwin! Dengan pasangan dia yang sebenarnyaaa classmates dia :) Aku dengan dia dah berkawan since kitorang Form 3 tanpa kitorang sedar. Bila dah jumpa and exchange our Facebook, baru macam laaaaaaaaaaa dah kawan rupanya kita nie haha
Walaupun wedding dia dekat Kemaman, aku gigihkan jugak datang dengan parents aku :) Dapat jumpa kawan-kawan lagi! Hahaha
Pemanggil setia Mak Jemah |
Reunion classmates Diploma dulu :) |
Kacau aa Didi! Apa-apa pun, tahniah dekat Fatin dan Hilmi! hihih |
4) Wedding Shafiq Baywatch dan Atiyahh
Shafiq ni sebenarnyaaa junior aku masa belajar tapi bila dah kerja, eh eh barulah rapat hahaha Mana dapat Baywatch? Adalahh. Tu sebenarnya nama gelaran tapi dah melekat dah sampai sekarangg hahaha
Terima kasih princess Faralizza sebab sudi amik saya di rumah :D |
My junior masa belajar dulu turns out to be bestman for the groom |
Senyummm! |
Geng-Geng ULC |
With our instructor, Monaa :D |
Tahniah Shafiq dan Atiyahh! |
Nasib tak runtih pelamin weh haha |
Pengantin tenggelam! hahahha |
5) Wedding Pian dan Etin
Hahahhahahahah Pian ni sebenarnya classrep kitorang masa dekat Diploma dulu. Ya Allah dulu kitorang memang selalu bergaduh dalam kelas. Alaa bukan gaduh yang memang gaduh. Gaduh gaduh mulut, lepas tu gelak-gelak hahahhaaha Ada jeeeeeeee benda nak kacau si Pian nie dan Pian ni menyabor je layan tapi membebel dalam slang Terengganu dia yang pekat tue hahhahah
Tahniah Pian dan Etin |
Pengantin ajak selfie haha |
Batch DPA UITM Dungun :) |
Selfie di luar |
Bersama goodies |
Lepas lepak di mamak hehe |
Lepas wedding Pian, macam biasaaa -- kitorang lepak mamak. Ya Allah weyhhhh -- aku rasa macam dah lamaa betul tak gelak yang sampai keluar air mata tau! Hahahhahaa kitorang borak-borak je tapi macam borak yang mengenakan kawan-kawan, bercakap pasal hal-hal lepas masa di Dungun dulu sambil update perkembangan masing-masing hahahhaha Memang kelakar.
Aku rasa mamak Shaaz tu lega je lepas kitorang dah nak balik hahhahaha
So buat masa ini, itu sahajaaa wedding series yang aku boleh update. Insha Allah coming soon nanti! :D
Seronok jugak datang wedding sebenarnyaa. Makan tak adalah beria sangat sebab yang penting nak jumpa kawan-kawan :)
Wedding aku? Tu lah ~ either Sabtu atau Ahad, tahun taktahu bila