Tenanglah Kau Disana, Ashrool Alif
By Mysara Newrie - Sunday, September 10, 2017
Assalamualaikum wbt
Jam 10.09 malam tadi, 9 September 2017 -- tiba-tiba whatsapp masuk
"Mai, Ashrool meninggal"
Terkejut. Speechless. Terus aku call beberapa kawan-kawan aku yang lain, tanyaa -- betul ke berita yang aku dengar ni dan semuanya cakap ya. Masing-masing gerak ke Hospital Selayang malam tu jugak.
Aku terdiam. Ya Allah ya Tuhanku. Masih lagi dalam terkejut
Ashrool Aliff -- kawan satu kelas masa Diploma aku dulu, tahun 2011 di Dungun. Budak baru masuk dengan Pokcik dan Din -- yang aku dengan kawan-kawan aku jadikan sasaran untuk mengusik dan kacau dalam kelas sebab yelah -- budak baru kan?
Tapi dia tak layan pun. Dia hanyaa senyumm, nampakkan gigi putih dia je. Sabar je dengar dan kena usik dengan kitorang yang macam apa. Buat kerja dan assignment dengan elok, buat kelakar. Lama-lama hubungan persahabatan tu develop. Dari kawan satu kelas, pergi membawa kepada kawan yang lepak dan BBQ masa dekat Dungun.
Semasa BBQ bersama classmates kami |
Disebabkan perwatakkan dia yang tenang dan baik tu lah yang buat kami satu kelas pun boleh berkawan dan kamceng dengan dia. Bukan itu sahaja, dengan budak satu batch DPA kami pun jadi rapat dan lepas tu, tak ada langsung istilah budak baru dalam kelas kami.
Mengenali dia -- aku ingat lagi dia akan selalu main futsal wakil part kami dengan yang lain. Khamis malam je, lepas balik dari pasar malam, kami akan selalu p court futsal dekat Stadium Gemilang untuk tengok dia dengan kawan-kawan yang lain main futsal. Lelaki main futsal, yang perempuan makan makan dan makan sambil borak-borak. Itulah masa dan aktiviti yang kami selalu buat hampir setiap minggu semasa di Dungun. Inilah yang menjadikan kami bonding dan rapat antara satu sama lain
Masa Dinner faculty, kita semua sama-sama tolong-menolong buat kerja. Target kami nak buat dinner yang the best! Alhamdulillah, kami berjaya :) Kenangan paling indah dan tanpa sedar -- dinner faculty tu lah yang buat kita semua lagi rapat sampai habis Diploma
Semasa ASCAPS Dinner Corporate Colours Arwah paling kanan |
Semasa Degree, walau jauh pun -- masih contact. Walau tak contact secara direct, tetapi masing-masing tahu perkembangan masing-masing. Facebook dan Instagram jadi medium kita sesama sendiri dengan kawan-kawan yang lain untuk saling update perkembangan masing-masing. Aku ingat lagi bila Ashrol whatsapp tanya macam-macam pasal nak masuk Degree macam mana, tanya itu ini -- macam-macam dan tak pernah lekang ucapan "Terima kasih Mai" dari whatsapp dia masa tue
Bila dah bekerja, kita hanya berjumpa semasa majlis perkahwinan kawan-kawan je. Dekat sinilah kita sama-sama akan saling update dengan diri sendiri. "Kau buat apa sekarang nie Mai?" "Kerja dekat mana?" "Okay set! Lepas ni kita lepak!"
Tapi siapa sangkaa -- wedding Farah dan Pejal hujung bulan lepas adalah perjumpaan empat mata kita yang terakhir
Gambar terakhir bersama arwah, dua dari kanan semasa wedding Farah & Pejal pada 27 Ogos 2017, baru-baru ini |
Ashrool, kau memang seorang kawan yang sangat baik. Betul kata semua orang -- kau memang kawan yang berada dengan kita semasa susah dan senang, susah nak cakap tidak bila kita meminta tolong, selalu ada dan selalu sabar, tenang sentiasa. Senyuman tak pernah lekang di bibir kau.
Berita pemergian kau betul-betul adalah sesuatu yang mengejutkan semua orang termasuk pensyarah-pensyarah kita, satu tamparan yang hebat mungkin. Ya Allah -- kalau kau tahu betapa ramainya menangisi pemergian kau Ashrool, ketahuilah kau memang benar seorang anak dan sahabat yang baik, yang sentiasa disayangi semua orang. Ketahuilah keluarga kau pasti bangga dengan kau, dengan apa yang dah kau buat dan berkorban untuk menjaga keluarga kau.
Ashrool, maafkan aku tak dapat nak pergi tengok kau buat kali terakhir, Doa aku mengiringi kau agar kau tenang di sana dan diampunkan semua dosa-dosa kau. Tenanglah kau dekat sana. Allah swt lebih menyayangi kau. Bila aku tengok video-video dan gambar-gambar kita semasa di Dungun dahulu, ya Allah -- betapa sekejapnyaa Allah swt pinjamkan kau untuk bersama dengan kami.
Semoga Allah swt tempatkan kau di tempat-tempat orang yang beriman, ampunkan salah silap kau. Terima kasih untuk persahabatan yang singkat tapi sangat bermakna ini. Semoga roh kamu dicucuri rahmat
Ashrool Aliff, 1992-2017 |
Al Fatihah
0 comments