Hari Sukan Negara 2018
By Mysara Newrie - Sunday, October 14, 2018
Well semalam dah berlangsung lah Hari Sukan Negara di Malaysia dan aku seperti biasa, tidak ketinggalan untuk join benda-benda macam ni hahaha
"Mai nak join Fun Walk untuk Hari Sukan Negara tak? 13 Oktober nanti dekat Stadium Bukit Jalil"
Tengok calendar kosong pada tarikh tu
Pagi hari kejadian, aku dengan keadaan mata bengkak (sebab before that, aku memang sangat tak cukup tidur) merangkak lah pergi gosok tudung HAHAH Dah siap-siap semua, ayah hantar aku dekat LRT then terus pergi ke LRT Bukit Jalil
"Eh diorang ni macam rileks je. Tak tahu ke hari ni ada Hari Sukan Negara"
Sebab aku tengok dalam LRT tu semua macam nak pergi kerja, ada foreigners yang kerja construction semua. Aku sorang je yang beria dengan kasut sports, seluar dengan tshirt, gaya orang nak bersukan lah katakan hahaha
Tapi lepas sampai dekat LRT Masjid Jamek, barulah nampak ramai orang pakai baju putih Hari Sukan Negara tue. Okay lawa terokk weh baju HSN tahun ni, kualiti kain jersey pulak jenis tip top and you got the tshirt for just only RM 17 sahajaaaaaaa. Worth it lah, serius
Sampai je dekat LRT Bukit Jalil, aku tunggu Zura and the geng datang dari Putrajaya. Then bila dah sampai, aku pergi tukar baju kejap then berkumpul area depan pentas HSN untuk tunggu ketibaan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah untuk upacara perasmian dan juga ketibaan Menteri Belia dan Sukan, kalau bukan siapa lagi -- YB Syed Saddiq!
Pentas utama |
Meriah meriah! |
Basically, Fun Walk ni memang jalan kaki je. Ramai yang datang ; dari yang baby dalam stroller kepada orang tua, tak kisah bangsa apa ; Melayu, Cina, India - semua orang pakai sports attire dan having fun! Serius best!
Tapi yang paling best adalah bila part masuk dalam Stadium Bukit Jalil.
OTW nak masuk ke dalam Stadium Bukit Jalil |
Okay, this is my second time aku pergi Stadium Bukit Jalil sebab before this aku pergi untuk closing Sukan SEA 2017 (shoot! aku tak update pasal ni rupanya dekat dalam blog tapi dekat IG ada gambar dan video hahaha) Tapi masa tu, aku cuma duduk di tempat penonton sahaja
Tapiiiii khas untuk mereka yang join Fun Walk sahaja, kami diberi kebenaran khas untuk masuk dalam stadium dan jalan atas trek tu weh. Masa mula-mula masuk, semua orang macam "Wah wah wah!" HAHAHAHA
Tapi mostly yang jerit "Wah wah wah" tu budak-budak je tapi heh, aku kisah apa. Aku pun join jugak "Wah wah wah" Kasi meriah sikit majlis hahahhaa
Dalam stadium |
Dan bila aku jalan atas trek ni, I felt something inside.
Dulu masa sekolah, aku selalu join pertandingan lumba lari. Aku selalu masuk 100m, 200m dan 4x100m dan aku pelari baton yang keempat. Fuh ~ hahahah
Bila berlari tu, aku rasa macam terbang. Aku macam lupakan semuanyaa, aku dah tak peduli orang lain, aku lari tinggalkan semuanyaa dekat belakang aku. Yang aku nampak masa tu, garisan penamat je yang ada orang di sekeliling duk bersorak untuk aku. Lagi aku cuba untuk lajukan larian aku. Lagi aku kuat genggam baton yang aku pegang tu.
Shooot - meremang pulak bulu roma aku masa aku menaip ni sebab aku masih ingat lagi saat-saat aku berlari tu
Lepas tu bila perasaan dah menang tu, fuhh ~ semua orang bersorak macam pestaaaa. Semua orang macam happy bila dah menang, semua orang duk tepuk tangan dan aku dikelilingi oleh semua orang. Mama ayah pulak memang takpernah lepaskan pandangan mata mereka dekat aku time aku berlari. Masa tu penat berlari pun dah tak rasa sebab duk seronok menang.
Then kitorang keluar dari Stadium Bukit Jalil dan amik makanan. Lepas tu beratur untuk dapatkan air milo dari lorry pulak. Hello, kena gigih sikit untuk dapatkan secawan kertas berisi air milo yang sangat sedap tue
Then ada satu cerita kelakar dan comel jugak lah masa tengah beratur nak amik air milo ni
Beratur beratur |
Ada sekumpulan budak perempuan darjah 4 dan 5, dalam 8 orang semuanya duk beratur sebelah aku. Then aku terdengar perbualan diorang
"Eh kita kena bayar tak nak air milo ni?"
"Entah, aku tak tahu"
"Kejap, aku kira berapa ringgit aku ada"
Masa ni aku tengok ada sekeping RM 10 dan beberapa keping duit RM 1 dalam tangan budak tu. Then aku cakap lah,
"Eh tak payah bayar dik. Air ni memang free je. Sepanjang akak hidup, tak pernah akak bayar"
Kau tahuuuuuuuuuu -- muka diorang semua macam "Eh akak ni, biar betul tak payah bayar" HAHAHHA Muka diorang memang hairan dan penuh dengan judgment yang keji bila aku cakap tak payah bayar.
Aku syak dalam otak mereka mesti macam "Biar betul akak ni minum air milo ni tak payah bayar? Its haram akak!" hahhahahah Tapi diorang tetap beratur dan aku borak-borak dengan diorang semua, saje suka usik-usik, gelak ketawa riang ria
Abang lorry milo tu pulak dengan baik hatinya cakap "Kasi budak-budak tu air milo dulu" Sebab diorang je budak-budak yang beratur. Yang lain semua bakal mak ayah budak-budak yang bernafsu nak air milo, acah kekonon nak #throwback minum air milo ahahahhahaha
Then bila budak-budak tu dah dapat air milo tu, semua rasa seronok sebab dapat minum air milo tu dengan free dan mereka terus pergi ke cikgu mereka yang tengah tunggu diorang untuk senamrobik. Awwww so cute lah all this little girls!
Nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan ex colleague aku, Danial and his parents. Lepas tu terserempak dengan Edy dan Munir pulak. Kiranyaa dapat jumpa member-member je kalau pergi HSN ni hahaha Tu pun ada yang aku tak terserempak tapi bila tengok IG masing-masing, ramai rupanya yang datang hahahha
Met Danial, my ex colleague |
Dan untuk terus menyahut dan menambah cabaran HSN pada hari ni dalam rekod peribadi aku, aku pergi ke Batu Caves dan naik tangga dekat situ. Masha Allah sister -- lenguh kaki dan tak adalah semput sangat. Okay je cuma sakit kaki sebab tak stretching.
Tapi masa nak turun tangga Batu Caves tu, fuhh ~ gayatnyaaa ya Allah. Tinggi gilaa. Menggigil jugak kaki aku masa tu sebab aku memang gayat. Aku duk berpegang kepada pemegang je sambil turun sebab nak sampai ke bawah dengan cepat.
Tahniah Kementerian Belia dan Sukan dan YB Syed Saddiq yang meneruskan legasi YB Khairy Jamaluddin dalam meneruskan Hari Sukan Negara ni. Aku rasa sangat happy tengok semua orang sanggup korbankan pagi hujung minggu mereka untuk datang dan bersukan dengan kawan-kawan dan keluarga dan semua orang memang really having fun!
Yelah, lagipun bukan senang kan nak kumpulkan semua orang dari pelbagai latar belakang, agama dan bangsa dalam satu hari, satu tempat dan satu tujuan?
Oh kecuali majlis makan-makan ahahahha
Facebook : Mysara Newrie
0 comments